slaid bantuan mengajar-melawan kebakaran tahap 3

Post on 11-Jun-2015

519 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PERINGKAT ASAS TAHAP TIGA

Disediakan Oleh :Jawatankuasa Teknikal KebangsaanKadet Pertahanan Awam Malaysia (KAPA)Tahun 2008

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

PENGENALANSetiap orang akan menyelamatkan diri masing-masing apabila berlaku kemalangan/kebakaran

Orang yang berilmu dan berkemahiran untuk menyelamatkan diri mempunyai lebih keupayaan untuk selamat

MELAWAN KEBAKARAN

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

1. MELEPASKAN DIRI SEMASA KEBAKARAN

Langkah perlindungan diri yang boleh diambil ialah: Bertenang dan jangan panik. Tutup mulut dan hidung dengan menggunakan kain

atau sapu tangan basah untuk mengelakkan kelemasan akibat asap.

Bernafas dengan perlahan-lahan. Merangkak di paras lantai dan cuba cari jalan

keluar. Hampiri tingkap, menjerit atau melambai sesuatu

untuk meminta pertolongan. Balingkan sesuatu yang tidak berbahaya melalui

tingkap untuk menarik perhatian orang ramai.

MELAWAN KEBAKARAN

2. Menyelamat Semasa Kebakaran

Berada di tingkat pertama atau lebih Susur keluar melalui tangga secara

membelangki dan rasa dengan kaki setiap anak tangga.

Menggunakan tali atau kain selimut dan cadar sebagai alat ganti untuk turun ke bawah.

MELAWAN KEBAKARAN

PERANAN PASUKAN MELAWAN KEBAKARAN

Menyelamat nyawa Tenangkan keadaan untuk mengelakkan mangsa

berasa takut dan panik sehingga melakukan tindakan yang boleh memudaratkan diri.

Beri kata-kata semangat Peraturan menggeledah hendaklah dari tingkat

atas dahulu untuk menjaga keselamatan dan dapat udara bersih pada akhir tugas.

MELAWAN KEBAKARAN

MEMASUKI BANGUNAN

Pastikan pintu besar dibuka dahulu. Elak dari melakukan kerosakan harta benda

MELAWAN KEBAKARAN

DARI TINGKAT PERTAMA

Perhatian harus di beri kepada tangga kerana ianya adalah jalan keluar yang utama.

Jika menggunakan tangga rapatkan diri ke dinding.

Menyusur ke bawah cara membelakang, rasa dengan kaki sebelum pijak.

Untuk tangga besi pastikan kepanasannya.

Ada masa kita gunakan tingkap/ bumbung/ dapur terus kebawah. Dan terjun kebawah.

MELAWAN KEBAKARAN

DARI TINGKAT KEDUA DAN KEATAS

Jangan panik, gunakan kain-kain selimut atau cadar untuk dibuat tali dan ikat pada perabot berat atau tiang.

Hulur tali sejauh yang boleh sehingga ke tanah untuk memastikan mangsa turun dengan selamat.

MELAWAN KEBAKARAN

MENGGELEDAH SESUATU BANGUNAN

Bertugas berpasangan dalam bilik / bangunan

Hendaklah dibuat dengan cepat dan selamat & Menyeluruh.

Kanak-Kanak diutamakan.

MELAWAN KEBAKARAN

MENGGELEDAH BILIK

Satu pusingan genap dibuat

Sentiasa rapat ke dinding

Rasa dan raba-raba di atas dan di bawah katil dan alatan perabut.

Merentasi bilik secara melintang.

Pastikan pintu dibuka dengan selamat.

MELAWAN KEBAKARAN

MEMBAWA KELUAR ORANG PENGSAN (MERANGKAK BOMBA)

Pusingkan mangsa supaya terlentang.

Ikatkan kedua-dua tangan mangsa dan masukkan kepala penyelamat ke dalam ikatan mangsa.

Untuk ke tingkat bawah, telentangkan kepala mangsa arah bawah tangga dan seret perlahan-lahan.

Minta bantuan penyelamat lain

MELAWAN KEBAKARAN

PAKAIAN TERBAKAR

Jangan biarkan mangsa berdiri, kerana api akan cepat merebak ke atas. Baringkan mangsa. Selimutkan mangsa dengan menggunakan kain tebal / guni.. Gulingkan mangsa dilantai / tanah. Jika mangsa cuba bangun, segera jatuhkan mangsa semula. Jika pakaian sendiri yang terbakar muka dengan kedua-dua belah tangan, rebahkan diri dan berguling di atas tanah / lantai.

MELAWAN KEBAKARAN

MELAWAN KEBAKARAN

top related