seminar kesihatan berita harian 2014 warga emas … · seminar kesihatan berita harian pada ......

Post on 09-Apr-2019

229 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ENURMAYA ALIASnurmayaa@sph.com.sg

LEBIH rela dibedah daripada menang-gung rasa sakit di lutut.

Encik Abdul Majid Moulabas, 65tahun, seorang peniaga agensi pelanco-ngan, telah berkongsi manfaatnya men-jalani pembedahan penggantian sendi diSeminar Kesihatan Berita Harian padaSabtu lalu.

Beliau telah tampil memberitahu parapeserta yang hadir di Auditorium Singa-pore Press Holdings:

“Saya baru menjalani pembedahan lu-tut 17 hari lalu dan sekarang, saya bolehberjalan tanpa rasa sakit.”

Encik Abdul Majid, antara 250 peser-ta di seminar anjuran Berita Harian de-ngan kerjasama Hospital Tan Tock Seng(TTSH) – Sihat Banyak Untungnya.

Encik Abdul Majid menceritakan ba-hawa kededua lutut kanan dan kirinyamulai sakit ketara dua tahun lalu.

Punca kesakitan itu disebabkan usiayang kian meningkat dan di samping itu,beliau kerap mengangkat benda berat ser-

ta aktif bergiat dalam sukan pada usia mu-da. Lantas, beliau telah berjumpa seor-ang doktor yang memberikan beberapapil perubatan dan satu suntikan di bahagi-an lututnya.

Namun, sendi lututnya masih sakit. Inimenjejas kehidupan hariannya dan be-liau tidak lagi seronok berjalan-jalan ketempat riadah bersama isterinya.

“Saya fikir saya patut menjalani pem-bedahan semasa saya masih sihat, aktifdan bekerja. Jika saya tunggu lima tahun

kemudian, tempoh pemulihan mungkinmengambil masa yang lebih lama,” kata-nya yang telah menjalani pembedahanpenggantian sendi bagi kaki kiri di TTSH.

Beliau cepat pulih. Selepas pembedah-an, beliau hampir segera menjalani fisio-terapi dan dibenarkan pulang ke rumahempat hari kemudian. Beliau juga telahkembali bertugas genap pada hari ke-10dan kini boleh memandu keretanya.

Kos pembedahan tersebut sekitar$8,000.

Doktornya, Konsultan Jabatan Orto-pedik TTSH, Penolong Profesor AdjungHitendra K. Doshi, yang bercakap ten-tang mencegah artritis sendi di seminaritu berkata:

“Encik Abdul Majid adalah seorangusahawan yang aktif. Sebab itu, sayamenyarankannya membuat pembedahansupaya dia boleh kembali membuat rutinharian tanpa rasa terganggu dengan rasasakit di lutut.”

Seorang lagi peserta turut berkongsibahawa beliau telah menjalani pembeda-han penggantian sendi bagi kededua ka-ki. Pembedahan itu berserta kos peruba-

tan di Hospital Besar Singapura sekitar$20,000.

Ini merupakan seminar kesihatan ke-empat yang dianjurkan sebagai usahaberterusan Berita Harian mendekati pem-baca dan meningkatkan kesedaranmasyarakat tentang peri pentingnya kesi-hatan.

Bayaran $5 telah dikenakan kepadapara peserta yang menghadiri seminar ituyang turut menawarkan pemeriksaankesihatan percuma kepada semua peser-ta.

Tiga lagi penceramah dalam seminaritu adalah:

Ahli fisioterapi kanan, Encik AhmadZaki Hairodin, memperkatakan tentangpencegahan osteoartritis atau sakit sendilutut.

Konsultan klinik gigi TTSH, Dr ChungTze Onn, menyentuh tentang penggan-tian gigi.

Konsultan Jabatan Otorinolaringologi(Telinga, Hidung dan Tekak), Dr Ho EuChin, menyentuh tentang kehilangan pen-dengaran.

Salah seorang peserta yang telahmenyertai kesemua seminar kesihatanakhbar ini adalah Cik Aminah Othman,61 tahun, seorang pembantu makmal.

“Ia bagus mengadakan seminar kesiha-tan seperti ini setiap tiga bulan sekali ker-ana saya mahu ketahui lebih lanjut ten-tang penjagaan kesihatan,” katanya.

TIGA doktor berbangsa asingfasih berbahasa Melayu semasamenyampaikan ceramah di Semi-nar Kesihatan Berita Harian, Sab-tu lalu.

Ketiga-tiga doktor dari Hospi-tal Tan Tock Seng itu adalah Kon-sultan klinik gigi, Dr Chung TzeOnn; Konsultan Jabatan Otorino-laringologi (Telinga, Hidung danTekak), Dr Ho Eu Chin; dan Kon-sultan Jabatan Ortopedik, Pe-nolong Profesor Adjung HitendraK. Doshi.

Ini sekali gus membolehkanlebih 250 peserta yang hadir mu-dah memahami ceramah kesiha-tan tersebut.

Dr Chung yang menyentuhtentang penggantian gigi misal-nya menerangkan maksud peru-batan seperti osteo-integrasi (os-teo-integration) dalam bahasaMelayu yang mudah dan ringkas.

Dr Ho pula menjelaskan ten-tang punca kehilangan pendenga-ran dan rawatannya iaitu alat ban-tuan pendengaran.

Sementara itu, beliau membu-at penonton tergelak apabila be-liau membalas satu pertanyaantentang cara membersihkan teli-nga.

“Sebenarnya, telinga tidak per-lu dibersihkan sebab telinga akanbersih sendiri. Ramai tidak per-caya tapi tahi telinga akan keluarsendiri. Awak boleh cuba satu bu-lan, jangan korek telinga, gerenti99 peratus, kotoran dalam telingakeluar sendiri,” kata Dr Ho.

Perbendaharaan kata yangbaik turut disertakan dalam cera-mah Dr Doshi.

Beliau yang bercakap tentangmencegah artritis sendi menggu-nakan perkataan seperti ‘tergelin-cir’, ‘kerapuhan’, ‘keretakan’,‘jangkitan’ dan frasa ‘kecederaanremeh-temeh’.

Di samping itu, mereka jugamenyediakan maklumat yang di-paparkan di sebuah skrin besardalam bahasa Melayu supayamudah peserta membaca maklu-mat semasa mereka menyampai-kan ceramah. ENURMAYA ALIAS

TELITI MENDENGAR: Salah seorang peserta tekun mencatat nota semasamendengar ceramah di Seminar Kesihatan Berita Harian.

JALANI PEMBEDAHAN: Salah seorang peserta turut berkongsi bahawa beliau telahmenjalani pembedahan penggantian sendi bagi kededua kaki di Hospital BesarSingapura (SGH) dengan kos rawatan keseluruhannya sekitar $20,000.

Mereka berbahasaMelayu...

KINI MUDAH BERJALAN: Encik Abdul Majid Moulabas (kiri), 65 tahun, seorang peniagaagensi pelancongan, telah menjalani pembedahan penggantian sendi bagi kaki kiri atasnasihat doktornya, Konsultan Jabatan Ortopedik dari Hospital Tan Tock Seng, PenolongProfesor Adjung Hitendra K. Doshi. – Foto-foto TAUFIK A. KADER

Warga emas kongsi kisah ‘jaga kaki’

BERSAMA WARGA KERJA BH: Penceramah (bermula empat dari kiri) Encik Ahmad Zaki Hairodin, Dr Ho Eu Chin dan Profesor Adjung Hitendra K. Doshi bersama-samaberbincang dengan kakitangan Berita Harian.

PAKAR ARTRITISSENDI: KonsultanJabatan Ortopedik

TTSH, PenolongProfesor Adjung

Hitendra K. Doshi,berkata bahawa

masalahkegemukan menjadi

punca utamamasalah sakit lutut

dan sendi.

Peserta manfaat maklumat mengenai sakit sendi,penggantian gigi dan masalah telinga

SAYANGI PENDENGARAN: Konsultan Jabatan Otorinolaringologi (Telinga,Hidung dan Tekak), Dr Ho Eu Chin, mahu agar masyarakat Melayu menjalanirawatan awal dalam masalah pendengaran.

GIGI BOLEH DIGANTI: Konsultan klinik gigi TTSH, Dr Chung Tze Onn,menerangkan pelbagai pilihan menggantikan gigi yang telah rosak.

“Ia bagus mengadakanseminar kesihatan seperti inisetiap tiga bulan sekalikerana saya mahu ketahuilebih lanjut tentangpenjagaan kesihatan.”

– Cik Aminah Othman, peserta‘tegar’ seminar kesihatan BH.

SEMINAR KESIHATAN BERITA HARIAN 2014

8 Berita Harian | Rabu, 15 Oktober 2014

Wacana

top related