rph dan lembaran kerja
Post on 30-Jul-2015
214 Views
Preview:
TRANSCRIPT
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN EMPAT
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 4
Tarikh : 16 November 2011
Masa :Pukul 11.10 – Pukul 12.10 tengah hari
Tajuk pengajaran : Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;
1 ) Mengecam intonasi soalan tanpa kata tanya.
2 ) Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah serta menjawabnya secara logik dan tepat.
3 ) Membuat rumusan dan keputusan tentang isi kandungan pelajaran
Pengalaman sedia ada : Murid-murid pernah mengemukakan dan menjawab soalan di persekitaran mereka.
Penerapan nilai : Interaksi yang baik, kepatuhan, berdikari, bersahsiah tinggi, serta dapat menilai dan membuat keputusan .
Alat Bantu Mengajar : Radio, pita rakaman, manila kad, komputer, buku teks dan soalan teka silang kata.
KBKK :1 ) Murid - murid dapat menginterpretasi dan membanding beza sistem pertanyaan dan kaedah jawapan tentang sesuatu
perkara secara bertatasusila.
2 ) Murid-murid dapat membuat rumusan dan keputusan secara logik tentang sesuatu perkara.
LANGKAH /
MASA
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN ISI PENGAJARAN / FOKUS CATATAN
Set Induksi
( 10 Minit )
1. Guru mengajukan soalan kepada murid
tentang aktiviti yang akan dilakukan.
2. Guru meminta murid – murid
menyanyikan lagu tersebut mengikut
irama dan lagu yang dimainkan.
1. Mengajar konsep soalan dan
jawapan.
2. Murid – murid mendengar lagu
dan menyanyi mengikut intonasi
muzik.
o Pita rakaman,
o Radio
o Senikata lagu
o Bangau Oh
Bangau
o Manila kad.
Langkah 1
( 20 Minit )
1. Guru menerangkan tentang cara
bertatasusila ketika mengajukan soalan.
2. Guru memilih dua orang murid
membaca petikan dialog di antara dua
pihak di hadapan kelas.
3. Guru mengemukakan soalan lisan
kepada murid mengenai dialog tersebut.
4. Contoh soalan :
Berapa orangkah yang terlibat
dalam dialog tersebut?
Apakah rancangan mereka?
1. Murid mengajukan soalan kepada
guru mengenai penerangan yang
diberikan oleh guru.
2. Pada masa yang sama guru
memperbetulkan kesalahan
pertanyaan murid yang kurang
bertatasusila.
3. Murid mendengar dengan peka
perbualan tersebut.
4. Murid menjawab persoalan yang
dikemukakan oleh guru dengan
tepat dan cepat serta bertatasusila.
o Pita rakaman,
o radio
Langkah 2
( 15 minit )
1. Guru meminta beberapa orang murid
keluar ke hadapan kelas untuk menulis
beberapa contoh soalan.
2. Guru meminta beberapa murid yang lain
untuk menjawab soalan yang ditulis oleh
rakan mereka.
1. Beberapa orang murid keluar
ke hadapan lalu menulis
beberapa soalan.
2. Beberapa orang murid
seterusnya keluar ke hadapan
lalu menjawab soalan yang
ditulis oleh rakan mereka itu.
o papan tulis
o marker pen.
o Teknik:
Bersoaljawab
Langkah 3
( 15 minit )
1. Guru menerangkan tentang cara
bertatasusila ketika menjawab persoalan.
2. Guru mengemukakan beberapa soalan
secara lisan tentang isi pelajaran yang
diajar.
3. Contoh soalan :
Apakah yang dimaksudkan
dengan tatasusila?
Bagaimana menjawab soalan
dengan bertatasusila?
1. Murid mengajukan soalan kepada
guru mengenai penerangan yang
diberikan guru.
2. Murid menjawab persoalan yang
dikemukakan oleh guru dengan
tepat dan cepat serta bertatasusila.
o Slide show
o Komputer riba.
Langkah 4
( 15 minit )
1. Guru meminta beberapa orang murid ke
hadapan kelas untuk melakonkan watak
berdasarkan kepada dialog yang terdapat
buku teks.
2. Sesi soal – jawab antara guru dengan
murid berkaitan dengan drama yang
dilakonkan.
1. Murid keluar ke hadapan dan
melakonkan watak yang
diberikan.
2. Sesi soal-jawab antara murid dan
guru.
o Buku teks dan iringan
muzik (radio dan pita
rakaman)
Penutup
( 5 minit )
1. Guru memberikan soalan dalam bentuk
teka silang kata mengenai cara
bertatasusila semasa berkomunikasi.
1. Murid diberikan soalan dalam
bentuk teka silang kata dan
diminta untuk menghantarnya
sebelum tamat kelas.
o Soalan teka
silang kata.
LAMPIRAN
SENI KATA LAGU BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus ?
Macam mana aku tak kurus
Rumput panjang sangat
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang ?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput ?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut oh perut
Kenapa engkau sakit ?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah ?
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah
Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah ?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan oh hujan
Kenapa kau timpa kayu ?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak oh katak
Kenapa kau panggil hujan ?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak ?
Macam mana aku tak makan
Itu makanan aku.
Petikan Dialog
Aman : Selamat pagi, Johan. Awak hendak ke mana?
Johan : Selamat pagi, eh awak rupanya Aman. Saya hendak pergi ke
sekolah. Ada perjumpaan persatuan. Awak pula hendak ke mana?
Aman : Oh begitu. Saya juga hendak pergi ke sekolah. Ada kelas tambahan
matapelajaran Matematik. Pukul berapakah perjumpaan awak akan tamat?
Johan : Kalau begitu tujuan kita samalah nampaknya. Berkemungkinan
perjumpaan saya akan tamat pada pukul 5.30 petang. Kenapa?
Aman : Kelas tambahan saya juga akan tamat pada pukul 5.30 petang. Bagaimana
kalau selepas selesai urusan kita petang ini, kita pergi bermain bola di
padang permainan taman saya. Setuju?
Johan : Elok benar cadangan awak itu. Saya pun sudah lama tidak bermain bola.
Kalau begitu, jumpa awak petang ini saja, ya?
Aman : Baiklah kalau begitu saya tunggu awak di rumah petang ini. Nampaknya
kita pun sudah sampai ke sekolah. Saya hendak masuk kelas dulu. Jumpa
awak petang ini, jangan lupa ya. Selamat jalan…
Johan : Okey. Jumpa awak petang ini. Selamat jalan….Man
Dialog dari buku teks
Nabila : Johan, muka kamu pucat. Mengapa?
Johan : Saya pening dan berasa hendak muntah.
Nabila : Mari kakak rasa dahi kamu. Panasnya, kamu demam.
Johan : Mata saya pun berasa perit, kakak.
Nabila : Mari baring di sini. Biar kakak basah tuala dan demah dahi kamu.
Johan : Ha, macam inilah yang ibu buat semasa saya demam dulu.
Nabila ke dapur untuk memberitahu Mak Jah tentang Johan.
Nabila : Mak Jah, adik saya demam.
Mak Jah : Ha, demam? Biar Mak Jah tengok.
Setelah melihat keadaan Johan, Mak Jah segera menelefon Puan Arfah untuk memberitahu
keadaan Johan. Tidak lama kemudian, Puan Arfah datang ke pusat jagaan kanak-kanak
itu.
Ibu : Bagaimana keadaan adik kamu, Nabila?
Nabila : Badannya panas, ibu. Sebentar tadi dia muntah. Dia kelihatan lemah.
Ibu : Ambil beg dan pakaian kamu. Kemudian masukkan ke dalam kereta. Kita
akan bawa adik ke klinik
SOALAN:
Menurun
1. Cara menambah ilmu.
5. Sama maksud dengan tekun.
7. Bersatu kita _______ bercerai kita roboh.
8. Kasih sayang sesama makhluk.
Melintang
1. Kemalangan kerap berlaku kerana kita _________ semasa memandu.
2. Tidak bohong atau bercakap benar.
3. Harus bercakap secara _______ dengan orang tua.
4. Pertolongan yang tidak mengharapkan balasan
top related