powerpoint kata adjektif
Post on 30-Jun-2015
502 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Angin sejuk di waktu petang
laut berombak luas terbentang
warna-warni terumbu karang
menjadi sumber para nelayan
Warna-warni terumbu karang
sungguh indah mata memandang
kepah, remis, gonggong dan kupang
siput, ketam dan juga lokan
Warna-warni terumbu karang
sungguh indah mata memandang
kepah, remis, gonggong dan kupang
siput, ketam dan juga lokan
Mari kita cari kata adjektif dalam
puisi ini
Ikan kerapu ikan siakap
Ikan pari berekor panjang
Ikan bawal berbadan lebar
Sungguh enak dijadikan hidangan
Ikan kerapu ikan siakap
Ikan pari berekor panjang
Ikan bawal berbadan lebar
Sungguh enak dijadikan hidangan
Sotong kurita berkaki lapan
Tapak sulaiman seperti bintang
Mutiara bersinar di dalam tiram
Kuda laut berlompat-lompatan
Rumpai laut dijadikan makanan
Hidup subur di dasar lautan
Hatiku tenang melihat lautan
Semakin kagum semakin menakjubkan
Rumpai laut dijadikan makanan
Hidup subur di dasar lautan
Hatiku tenang melihat lautan
Semakin kagum semakin menakjubkan
Yok, tuliskan beberapa kata adjektif yang sesuai untuk ____________ ini.udang
cantik
panjang
jingga
putih
tajam
sedap
Sekarang, mari kita lihat bagaimana kita boleh
menggunakan kata adjektif ini di dalam ayat.
cantik
panjang
jingga
putih
tajam
sedap
Udang ini sungguh cantik.
Badannya berwarna jingga dan putih.
Ia mempunyai sesungut yang sangat panjang.
Kita mesti berhati-hati semasa memegang udang kerana tanduknya
tajam.
Saya suka makan masakan sambal udang ibu yang sungguh sedap.
1) Kuda laut ini sejenis hidupan laut yang kecil.
2) Ia mempunyai ekor yang lentik.
3) Badannya berwarna coklat dan hitam.
4) Saya gemar kepada binatang ini kerana ia sangat cantik.
1) Lukis dan warnakan 1 hidupan laut yang kamu gemari di kertas kecil.
2) Tuliskan 4 kata adjektif di kotak kecil di sebelah lukisan kamu.
3) Bina ayat menggunakan kata adjektif yang telah kamu tuliskan itu.
4) Setelah selesai, tunjukkan kepada cikgu kemudian ambil buku aktiviti Mekar dan buat muka surat 45 dan 46.
5) Letak buku aktiviti di sebelah kiri di atas meja kamu setelah selesai.
6) Jumpa cikgu untuk mendapatkan PERMAINAN istimewa.
7) Buat setiap kerja kamu dengan betul tetapi cepat. Ingat tanggungjawab kamu!!!
8) Buat dengan SENYAP, jika ada soalan ANGKAT TANGAN.
9) Gunakan suara 6-inci pada setiap masa.
Masa untuk kamu melukis dan menulis…
kecil
lentik
cantik
coklat
Kuda Laut
top related