pertanyaan-pertanyaan bertulis daripada y.b....
Post on 06-Sep-2020
22 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. PUAN ROZANA BINTI ZAINAL ABIDIN
(N09 PERMATANG)
TAJUK : PENTERNAKAN
1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk
sektor penternakan?
b) Berapakah peruntukan yang disediakan untuk mencapai sasaran
penambahbaikan ini?
JAWAPAN:
a) Penambahbaikan jangka pendek untuk sektor penternakan yang sedang
dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :
Penambahbaikan Tujuan Skop
Transformasi projek
ternakan ruminan
Meningkatkan
produktiviti dan daya
saing projek
penternakan ruminan
Mengagihkan bantuan input-input
penternakan seperti ternakan,
peralatan, bahan binaan dan
makanan ternakan.
Transformasi projek
ternakan unggas dan
bukan ruminan
Meningkatkan
produktiviti dan daya
saing projek
penternakan unggas
dan bukan ruminan
Mengagihkan bantuan input-input
penternakan seperti ternakan,
peralatan, bahan binaan dan
makanan ternakan.
Transformasi projek
industri asas ternak
Meningkatkan
produktiviti dan daya
saing projek industri
asas ternak
Mengagihkan bantuan input-input
pusat pemprosesan seperti peralatan,
bahan binaan, bahan mentah dan
pembungkusan.
Penternakan Mesra Alam Menggalakkan
kelestarian projek
penternakan
i. Menganjurkan kempen bagi penternakan tentang kepentingan dan kaedah penternakan mesra alam.
ii. Kajian tentang penternakan mesra alam.
iii. Mengeluarkan dan memasarkan kepada penternak produk-produk
c) Berikan beberapa contoh projek dikategorikan cemerlang yang telah dicapai.
Penambahbaikan Tujuan Skop
efektif mikrob (EM) yang mampu mengurangkan gejala pencemaran.
Pembangunan
Kompetensi Usahawan
Meningkatkan
pengetahuan
usahawan
penternakan dan
industri asas tani
i. Menganjurkan latihan tentang teknologi baharu dan ulangkaji asas penternakan bagi penternak dan usahawan industri asas ternak.
Pembangunan Genetik
Ternakan Ruminan
Meningkatkan mutu
ternakan tempatan
i. Pembiakan ternakan ruminan secara permanian beradas dengan benih ternakan bermutu tinggi.
ii. Mengagihkan peralatan dan bahan pembiakan bagi membantu penternak melakukan sendiri pembiakan secara permanian beradas.
Penambahbaikan jangka panjang yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh
Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
Penambahbaikan Tujuan Skop
Penempatan semula
(Translokasi) penternak
lembu, kerbau, kambing
dan bebiri yang
menghadapi masalah
kawasan menternak
Menyelesaikan isu
kacau ganggu akibat
ternakan berkeliaran
dan pencemaran
berpunca daripada
projek penternakan
i. Mengutamakan penternak yang mengamalkan sistem lepas bebas.
ii. Mengutamakan penternak yang telah menerima notis tutup.
Pembangunan projek
makanan ternakan
Mengurangkan kos
pengeluaran
penternakan ruminan
dan
menggalakkan
penternakan secara
intensif
Penanaman tumbuh-tumbuhan yang
sesuai sebagai makanan ternakan
seperti jagung, HBG, sorghum, azola
dan sebagainya secara kerjasama
dengan pihak swasta.
Pembangunan projek
penternakan secara
klusterisasi
Mewujudkan projek-
projek penternakan
baharu dan
menyusun semula
kedudukan projek-
projek sedia ada ke
tempat yang lebih
Mewujudkan kluster-kluster baharu
untuk lembu, kambing, bebiri, ayam
dan arnab di seluruh Selangor.
Penambahbaikan Tujuan Skop
sesuai supaya
berdaya saing dan
lestari
Penekanan kepada
aspek pengeluaran induk
bermutu tinggi dan
pengeluaran ternakan
pengganda
Meningkatkan
populasi ternakan
bernilai tinggi (high
value animal)
i. Pembiakan ternakan secara permanian beradas dengan benih ternakan bermutu tinggi
ii. Mewujudkan ladang-ladang pengganda komersial dan semi komersial
b) Peruntukan yang disediakan untuk mencapai sasaran penambahbaikan ini
adalah seperti berikut:
Penambahbaikan
Belanja
(Sebenar) 2018
(RM)
Peruntukan 2019
(RM)
Peruntukan
(Anggaran)
2020
(RM)
Transformasi projek ternakan
ruminan
876,957 993,000 725,000
Transformasi projek ternakan
unggas dan bukan ruminan
347,227 650,000 350,000
Transformasi projek industri
asas ternak
381,283 724,000 435,000
Penternakan Mesra Alam 19,800 620,000 20,000
Pembangunan Kompetensi
Usahawan
98,107 100,000 100,000
Pembangunan Genetik
Ternakan Ruminan
212,495 280,000 290,000
Penempatan semula
(Translokasi) penternak
lembu, kerbau, kambing dan
bebiri yang menghadapi
masalah kawasan menternak
319,700 1,560,300 Bergantung
keluasan
kawasan baharu
yang diluluskan
Pembangunan projek
makanan ternakan
- Inisiatif swasta Inisiatif swasta
Pembangunan projek
penternakan secara
klusterisasi
- Bergantung
keluasan kawasan
baharu
Bergantung
keluasan
kawasan baharu
c) Contoh projek-projek dikategori cemerlang yang telah dicapai:
Nama Keterangan projek Pengiktirafan
Siti Fatonah binti Arbain
(Akademi MJ Fatonah
Sdn. Bhd.)
Menternak 80 ekor lembu fidlot,
100 ekor kambing dan pelbagai
jenis ternakan serta unggas lain
bagi menyokong aktiviti latihan
swasta di Akademi MJ Fatonah,
Kg. Teluk Penyamun, Kuala
Selangor
Anugerah Penternak
Jaya Peringkat
Kebangsaan 2014 dan
Anugerah Khas Perdana
Menteri 2014
Saipol Azmir bin
Zainuddin
Menternak 800 ekor lembu, 50
ekor kerbau dan 150 ekor kambing
secara intensif di Kg. Endah, Kuala
Langat
Anugerah Peladang Jaya
Peringkat Kebangsaan
2015
Dato’ Hj. Haris bin
Embong
(Arisprop Holding Sdn.
Bhd.)
Menternak 80,000 ekor ayam
kampung kacukan di Tanjung Dua
Belas, Kuala Langat dan
menjalankan loji pemprosesan
burger pelbagai rasa dengan
pengeluaran 4 tan sebulan di
Inkubator IATn Jabatan
Perkhidmatan Veterinar N.
Selangor, Shah Alam
Anugerah Penternak
Jaya Peringkat Negeri
Selangor 2017
Dato’ Hj. Ishak bin Mat
Arif
Menternak 1,000,000 ekor ayam
pedaging di Sg. Panjang, Sabak
Bernam
-
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. PUAN ROZANA BINTI ZAINAL ABIDIN
(N09 PERMATANG)
TAJUK : PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN JKM
2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Senaraikan semua penerima bantuan kebajikan yang terkini di DUN Permatang
serta jenis dan jumlah amaun bantuan yang diterima oleh mereka setiap bulan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
JAWAPAN:
a) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor menyalurkan bantuan
kebajikan kepada golongan sasar yang berkeperluan dan berkelayakan melalui
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Berdasarkan statistik jumlah penerima
bantuan kebajikan sama ada Skim Bantuan Persekutuan dan Negeri di seluruh
Negeri Selangor adalah seramai 41,935 orang. Sebahagian penerima bantuan
tersebut adalah DUN Permatang yang mempunyai seramai 467 orang dengan
jumlah perbelanjaan bulanan sebanyak RM154,800.00. Berikut adalah
senarai penerima bantuan kebajikan di DUN Permatang seperti di lampiran.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. PUAN ROZANA BINTI ZAINAL ABIDIN
(N09 PERMATANG)
TAJUK : PENERIMA BANTUAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Senaraikan semua penerima bantuan kebajikan yang terkini di DUN Permatang
serta jenis dan jumlah amaun bantuan yang diterima oleh mereka setiap bulan
daripada Lembaga Zakat Selangor.
JAWAPAN:
a) Maklumat berkaitan senarai penerima bantuan tidak dapat dikemukan berikutan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) tertakluk kepada Akta Perlindungan Data
Peribadi (PDPA). Bagaimanapun, untuk makluman jumlah keseluruhan asnaf
fakir, miskin dan mualaf yang berdaftar di LZS bagi DUN Permatang adalah
seramai 981 keluarga.
Senarai bantuan yang diberikan kepada asnaf di DUN Permatang dari bulan
Januari-Jun 2019 adalah seperti di lampiran:
LAMPIRAN
*PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF YANG BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR BAGI DUN
PERMATANG DARI JANUARI-JUN 2019
BIL JENIS BANTUAN
FAKIR MISKIN MUALLAF GHARIM JUMLAH
KESELURUHAN
BIL JUMLAH
(RM) BIL
JUMLAH (RM)
BIL JUMLAH
(RM) BIL
JUMLAH (RM)
BIL JUMLAH (RM)
1 Bantuan Makanan Bulanan
65 11,891.21 269 66,231.05
334 78,122.26
2 Bantuan Kewangan Bulanan
88 199,450.00 309 732,450.00 14 25,400.00
411 957,300.00
3 Bantuan Sewa Rumah 11 21,400.00 88 158,620.30 7 17,300.00
106 197,320.30
4 Bantuan Dialisis 3 35,340.00 11 110,297.00 0 - 38 396,659.56 52 145,637.00
Nota:
i. Data belum diaudit
ii. Terdapat penerima yang menerima lebih daripada satu jenis bantuan.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. PUAN ROZANA BINTI ZAINAL ABIDIN
(N09 PERMATANG)
TAJUK : TAPAK MASJID DAN SURAU YANG TELAH DIGAZETKAN
4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapakah jumlah tapak yang telah digazetkan di daerah Kuala Selangor
khususnya di DUN Permatang?
JAWAPAN:
a) Jumlah tapak masjid dan surau yang telah digazetkan di daerah Kuala
Selangor khususnya di DUN Permatang adalah seperti berikut:-
MASJID / SURAU WARTA HAK MILIK DALAM
SEMAKAN
MASJID 4 0 1
SURAU 1 2 6
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. PUAN ROZANA BINTI ZAINAL ABIDIN
(N09 PERMATANG)
TAJUK : BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI
5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Senaraikan permohonan yang telah diterima untuk semua sekolah di dalam
DUN Permatang.
b) Nyatakan jumlah amaun yang telah diluluskan untuk setiap satu permohonan
tersebut bermula dari tahun 2017-2019.
JAWAPAN:
JAWAPAN BELUM DITERIMA DARIPADA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA (BPSM), SUK
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. PUAN ROZANA BINTI ZAINAL ABIDIN
(N09 PERMATANG)
TAJUK : PENJAJARAN PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah sebab utama penjajaran program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR)
dilaksanakan di saat rakyat sedang dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi?
b) Adakah Kerajaan Negeri akan menyemak semula program TAWAS yang telah
dihapuskan sebelum ini?
JAWAPAN:
JAWAPAN BELUM DITERIMA DARIPADA SEKSYEN SEKTORAL, UPEN
a)
YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR
b) Lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Retreat Y.B. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri bersama Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor pada 31 Mac
2019 – 2 April 2019 di Casa Del Rio Melaka yang mahu Kerajaan Negeri
membina kerjasama dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi
program baru menggantikan TAWAS iaitu Amanah Saham Anak Selangor
(ANAS). Walau bagaimanapun kerjasama tersebut tidak dapat dilaksanakan
berikutan ketiadaan unit dana harga tetap ASNB.
Pengurusan YAWAS kini sedang mencari dan mengkaji mekanisme-
mekanisme lain untuk ditawarkan bagi menggantikan TAWAS pada awal tahun
depan.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. PUAN ROZANA BINTI ZAINAL ABIDIN
(N09 PERMATANG)
TAJUK : PELANCONGAN
7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapa jumlah sebenar kemasukan pelancong luar negara ke Selangor tahun
2018 & 2019?
b) Apakah manfaat ekonomi yang Selangor perolehi daripada pelancong luar?
c) Berikan statistik berkaitan pelancong domestik di Selangor dan berapa jumlah
nilai ekonomi pelancong domestik?
JAWAPAN:
a) Jumlah Kedatangan Pelancong Luar Negara ke Negeri Selangor bagi Tahun
2018 adalah sebanyak 3.2 juta orang pelancong.
Untuk makluman, bagi Tahun 2019 ini Laporan Statistik kedatangan Pelancong
yang telah dikeluarkan adalah bagi tempoh Januari hingga Mac 2019 (Suku
Tahun Pertama) 2019 kerana Pelaporan Statistik Kedatangan Pelancong bagi
tempoh April hingga Jun (Suku Tahun Kedua) 2019 masih di dalam proses
pengumpulan data dan Laporan akan dikeluarkan pada bulan Ogos 2019 ini.
Jumlah Kedatangan Pelancong Luar Negara ke Negeri Selangor bagi tempoh
Januari hingga Mac (Suku Tahun Pertama) 2019 adalah sebanyak 795,627
orang pelancong.
b) Pada tahun 2017 Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan kutipan cukai
pelancongan kepada para pelancong asing yang menginap di premis
penginapan pelancongan di seluruh Negara berkuatkuasa pada 1 September
2017. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan telah menetapkan sebanyak
50% daripada hasil kutipan cukai tersebut akan dikongsikan bersama Kerajaan-
Kerajaan Negeri agar ianya mampu membantu pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri
meningkatkan lagi agenda pelancongan di Negeri masing-masing.
Bagi kutipan hasil cukai pelancongan Negeri Selangor bagi tahun 2018, jumlah
kutipan cukai pelancongan adalah sebanyak RM20.6 juta dan Kerajaan
Persekutuan telah membuat agihan 50% daripada kutipan cukai tersebut
kepada Kerajaan Negeri Selangor pada penghujung bulan Mac 2019 yang lalu
sebanyak RM10.3 juta. Untuk pengetahuan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri, agihan hasil cukai pelancongan tersebut merupakan yang ketiga
tertinggi berbanding Negeri-Negeri lain di Malaysia.
Manfaat ekonomi dapat dirasai secara terus kepada pengusaha-pengusaha
industri pelancongan seperti penggiat industri perhotelan dan pengusaha
produk-produk pelancongan namun ia turut akan dirasai secara tidak langsung
kepada pengusaha industri kecil dan penduduk tempatan dimana pelancong
akan turut berbelanja kepada komponen perbelanjaan lain seperti makanan,
pengangkutan tempatan dan membeli belah.
c) Statistik pelancong domestik ke Negeri Selangor untuk Tahun 2018 adalah
sebanyak 4,015,068 orang pelancong. Manakala Jumlah Kedatangan
Pelancong ke Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Mac (Suku Tahun
Pertama) 2019 adalah sebanyak 916,199 orang pelancong.
Nilai ekonomi atau receipt pelancong domestik Negeri Selangor bagi tahun
2018 adalah sebanyak RM2.39 Billion (berdasarkan purata perbelanjaan
pelancong sebanyak RM595.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. PUAN ROZANA BINTI ZAINAL ABIDIN
(N09 PERMATANG)
TAJUK : SUKAN
8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Selangor kini tertinggal dalam bidang sukan khususnya kepada Negeri
Terengganu dan Johor. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk
kembali menjadi jaguh dalam sukan bola sepak, sukan air, padang dan
balapan?
JAWAPAN:
a) Perancangan Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor adalah
dengan merangka program pembangunan sukan dengan kerjasama Persatuan
Sukan Negeri khususnya dalam membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
Antara program-program yang dijalankan adalah Pusat Latihan Majlis Sukan
Daerah (PLMSD) bagi sukan padang dan balapan manakalan Akademi
Bolasepak Merah Kuning dilaksanakan di semua daerah Negeri Selangor.
Pusat Latihan Majlis Sukan Daerah pada masa ini mempunyai sebanyak 36
pusat latihan dari pelbagai jenis sukan di daerah masing-masing dan 7 pusat
latihan daripadanya adalah sukan balapan dan padang.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. PUAN ROZANA BINTI ZAINAL ABIDIN
(N09 PERMATANG)
TAJUK : ALAM SEKITAR
9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Pencemaran air, udara serta alam sekitar membimbangkan rakyat. Apakah
perancangan serta kawalan yang sedang dibuat serta perancangan bagi
mengawal agar tidak akan berlaku pencemaran alam sekitar?
JAWAPAN:
a) Fungsi utama Jabatan Alam Sekitar adalah untuk mencegah, menghapus,
mengawal pencemaran dan memulihara alam sekitar selaras dengan kehendak
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Pelaksanaan fungsi dan peranan ini adalah melalui Bahagian-bahagian yang
terdapat di Jabatan Alam Sekitar. Antara Bahagian-Bahagian tersebut adalah
Bahagian Operasi, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pentadbiran dan
Kewangan. Peranan JAS melalui bahagian-bahagian tersebut adalah seperti
berikut:
i. Melaksanakan program penguatkuasaan dan memastikan punca-punca
pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
dipatuhi sepenuhnya;
ii. Memproses Laporan Penilaian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling
(EIA);
iii. Memberi input dan nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa
Tempatan dalam perancangan projek pembangunan;
iv. Menjalankan siasatan aduan pencemaran alam sekitar;
v. Melaksanakan program pengawasan kualiti alam sekitar; dan
vi. Melaksanakan dan mempromosi program kesedaran dan pendidikan
kepada pihak-pihak berkenaan;
Untuk tempoh jangka panjang JAS sedang dalam proses untuk meminda Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana kelemahan-kelemahan yang terdapat
dalam akta sedia ditambahbaik termasuklah menaikkan kadar hukuman dan
denda yang dikenakan pesalah alam sekitar.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
(N46 PELABUHAN KLANG)
TAJUK : SMART TAHFIZ UNISEL
10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapakah jumlah had pelajar bagi setiap sesi pengambilan?
b) Berapakah jumlah keseluruhan pelajar mengikut tahun 2016 sehingga kini?
c) Berapakah jumlah pelajar yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat
pengajian tinggi mengikut bidang pengajian dan institut?
JAWAPAN:
a) Smart Tahfiz Masjid UNISEL boleh menampung sehingga 120 orang pelajar
lelaki setiap kali pengambilan pelajar baru.
b) Jumlah pelajar : 2017 : 48 orang
2018 : 120 pelajar
2019 : 120 pelajar (belum selesai)
Jumlah : 288 pelajar
c) Mengikut rekod, berikut adalah pecahan pelajar yang menyambung pelajaran
selepas tamat pengajian di Smart Tahfiz UNISEL:
1. UNISEL 15 orang (bidang pendidikan Islam, TESL, Asasi, dan
Pengurusan Pentadbiran);
2. KUIS 60 orang (Pengajian Islam);
3. USIM 1 orang (Asasi Syariah Undang-Undang);
4. UiTM 3 orang;
5. IPG Alor Star 1 orang (Pendidikan);
6. UIA 1 orang (Asasi Kejuruteraan);
7. Rusia 1 orang (Perubatan);
8. USAS 1 orang (Pengajian Islam);
9. UNISHAMS 1 orang (Pengajian Islam);
10. Politeknik 1 orang;
11. Turki 1 orang (basaksehir arap dili islami ilimer akademisi);
12. Selebihnya bekerja dengan keputusan SPM yang mereka ada (imam ).
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
(N46 PELABUHAN KLANG)
TAJUK : GERAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf gerai-gerai PBT/Pejabat
Daerah dan Tanah ke tahap yang lebih kondusif?
b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menetapkan satu "standard design"
dalam membina gerai-gerai milik kerajaan pada masa akan datang?
JAWAPAN:
a) Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT menyambut baik hasrat atau cadangan
untuk menaiktaraf gerai-gerai di bawah pengurusan PBT ke tahap yang lebih
kondusif, bersih dan selamat serta kerja-kerja naiktaraf dilakukan secara
berperingkat dengan menggunakan peruntukan PBT masing-masing.
b) Tiada reka bentuk atau piawaian bagi pembinaan gerai dan reka bentuk adalah
bergantung kepada keluasan tapak dan keputusan mesyuarat
teknikal/penyelarasan reka bentuk.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
(N46 PELABUHAN KLANG)
TAJUK : PUSAT PELANCONGAN PELABUHAN KLANG
12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan Pekan Pelabuhan
Klang yang kini seperti pekan tinggal kepada pusat pelancongan yang baru?
b) Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan sehingga kini?
JAWAPAN:
a) Pekan Pelabuhan Klang mempunyai potensi untuk dibangunkan di bawah
seliaan Majlis Perbandaran Klang dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Ini
kerana, Pekan Pelabuhan Klang akan menerima impak daripada cadangan
pembangunan di bawah segmen ‘Kluster Industri Sokongan Pelabuhan dan
Maritim’ yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
b) Kerajaan Negeri Selangor melalui UPEN Selangor telah meletakkan kawasan
Pelabuhan Klang sebagai salah satu segmen di bawah ‘Kluster Industri
Sokongan Pelabuhan dan Maritim’ di mana Tourism Selangor bersama agensi
lain telah menetapkan hala tuju kluster ini seperti berikut :
1. Menyediakan dan melaksanakan Port City Development Master Plan
2. Menyelaras bidang kuasa PBT dan Pihak Berkuasa Pelabuhan dari
aspek penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan
asas
3. Menetapkan ‘zoning’ sebagai ‘Sea Fronting Land’ untuk “Port Related
Activities” seperti pergudangan, depoh kontena kosong dan haulier yard
4. Menambah baik infrastruktur di kawasan Pelabuhan Klang dan Pekan
Pelabuhan Klang
5. Menambah baik connectivity KLIA – Pelabuhan Klang
6. Menjadikan kawasan pelabuhan sebagai “Smart Integrated Logistic Hub”
7. Menggabungkan pelan tindakan dan pelaksanaan SMG seiring dengan
pembangunan pelabuhan dan kawasan sekitar.
Kawasan Pekan Pelabuhan Klang mempunyai masa hadapan dalam aspek
tenaga kerja, pelaburan, pelancongan dengan beberapa pelan perancangan di
bawah Kluster ini merangkumi :
1. Cadangan penubuhan Regional Maritime Centre dan Pembangunan
Universiti Maritim – skilled and semi-skilled, innovation to industry
2. Menaik taraf fasiliti pelancongan cruise di Bousted Cruise Centre
sebagai Main Water Gateway ke Selangor:
a) Mewujudkan perkhidmatan Teksi Air, klinik, restoran & muzium.
b) Mewujudkan pusat kebudayaan
c) Menaik taraf Bousted Cruise Centre
d) Pusat Informasi Pelancongan Negeri Selangor
e) Pusat Penjualan Kraf - “MADE IN SELANGOR”
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
(N46 PELABUHAN KLANG)
TAJUK : USAHAWAN KECIL NEGERI SELANGOR
13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Adakah Kerajaan Negeri memperkenalkan kursus untuk usahawan kecil?
Mohon senaraikan nama kursus dan bilangan penyertaan.
b) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memberikan ruang dan peluang kepada
usahawan kecil bagi membawa produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi?
c) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan kelebihan kepada
peserta-peserta daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) untuk memohon
bantuan perniagaan seperti Skim Mikrokredit Usahawan dan Blueprint
Pembasmian Kemiskinan?
JAWAPAN:
a) Setiap tahun Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan
Usahawan ada menyediakan pelbagai jenis kursus untuk usahawan. Tawaran
kursus ini adalah terbuka kepada semua usahawan di Negeri Selangor. Setiap
sesi kursus akan di tawarkan kepada 50-100 usahawan sahaja. Tawaran
tempat adalah terhad mengikut kesesuaian usahawan dan jenis kursus yang
ditawarkan dan bagi memastikan keberkesanan impak kursus kepada peserta.
Berikut merupakan jenis kursus yang ditawarkan kepada usahawan bagi tahun
2019:
Bil Nama kursus/seminar Peserta Catatan
1. Bengkel Facebook Beginner & Teknik Asas
Fotografi – Smartphone Untuk Pemasaran 50 orang
Telah
laksana
2. Seminar Peningkatan Jualan Melalui Online
“Revolusi Perniagaan Internet”
50 orang Telah
laksana
3. Bengkel Advance Smartphone Photo And
Videography Editing
50 orang Telah
laksana
4. Kursus Advance Facebook Marketing –
Targeting Strategies
50 orang Telah
laksana
5.
Kursus (Insken)- Melonjakkan Jualan
Dengan Pengesahan Pasaran Yang
Berkesan - Product And Market Validation
30 orang
Telah
laksana
Bil Nama kursus/seminar Peserta Catatan
6.
Kursus Pengurusan Perniagaan Dan
Kewangan Kepada Peniaga Kecil &
Sederhana
60 orang
Telah
laksana
7. Taklimat Elakkan Disenaraihitam
80 orang Telah
laksana
8. Perundangan Syarikat Kepada Peniaga
Kecil Dan Sederhana 60 orang
Belum
laksana
9. Kursus Strategi Pemasaran “Business
Model Canvas (Bmc)” 2019
100 orang Belum
laksana
10. Bengkel Mangkin Keusahawanan Diri
(MKD)
100 orang Belum
laksana
11. Kursus Women In Business Leadership
(Roses) Bersama We Initiative
50 orang Belum
laksana
b) Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah dana setiap tahun bagi
memperkasakan dan melahirkan usahawan berjaya di dalam Negeri Selangor.
Program sebegini adalah usaha untuk memberi value added kepada produk
tempatan agar dapat meluaskan pasaran bukan sahaja di peringkat tempatan
malahan ke pasaran antarabangsa (market penetration and expansion). Bagi
tujuan tersebut, Kerajaan Negeri mengadakan Program Pembungkusan Produk
Made In Selangor (MIS) kepada usahawan yang sudah bersedia untuk
mempertingkatan mutu pembungkusan dan pensijilan produk. Peserta yang
mengikuti program ini akan menerima pensijilan produk, rekabentuk jenama,
pendaftaran jenama (MyIPO) dan cetakan pembungkusan yang diperbaharui.
Selain itu, bagi mengembangkan lagi permintaan pasaran terhadap produk
usahawan di Negeri Selangor Kerajaan Negeri turut mengadakan ekspo dan
pameran. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap
Pembangunan Usahawan menyediakan platform promosi dengan menyertai
ekspo dan pameran tempatan yang bertaraf antarabangsa seperti Penang
International Halal Expo Conference (PIHEC), Malaysia International Halal
Showcase (MIHAS) dan Selangor International Expo (SIE) dan usahawan yang
berkelayakan akan ditawarkan untuk menyertai ekspo/ pameran ini bagi
mewakili delegasi Negeri Selangor. Penganjuran ekspo dan pameran ini telah
memberi ruang kepada usahawan dalam meluaskan pasaran bukan sahaja di
peringkat tempatan malahan ke peringkat antarabangsa.
Pada tahun ini, buat kali ketiga (3) Kerajaan Negeri akan menyertai pameran
antarabangsa ke China ASEAN Expo (CAEXPO) pada 19-23 September 2019
di Nanning, China anjuran People’s Government of Guangxi Zhuang
Autonomous Region dan ditaja oleh Ministry of Commerce, P.R.China.
Kerajaan Negeri Selangor menyertai pameran ini melalui Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang merupakan
badan yang berperanan untuk mempromosi, membantu dan membangunkan
perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ekspot terhadap
produk keluaran Malaysia. Pada tahun 2019, seramai 10 usahawan yang
mempunyai produk yang boleh dikembangkan ke pasaran luar telah dipilih
mewakili Negeri Selangor.
c) Program Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) diberikan kepada
usahawan mikro melalui sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Dana ini
merupakan program khas untuk membantu usahawan mikro di Negeri Selangor
bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan
yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. Setiap tahun sekurang-
kurangnya 100 usahawan menikmati manfaat daripada bantuan ini.
Setiap daerah diperuntukkan sebanyak RM250,000.00 untuk program bantuan
DUMS. Setiap pemohon yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan
berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga
RM30,000.00. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:-
i. Rakyat Negeri Selangor atau pun yang telah bermastautin lebih
daripada 10 tahun;
ii. Perusahaan dijalankan di Negeri Selangor;
iii. Berumur antara 18 – 55 tahun;
iv. Nilai jualan kurang daripada RM300,000.00 atau bilangan pekerja 2-5
orang;
v. Perusahaan telah dan masih beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun;
vi. Perusahaan dijalankan sepenuh masa; dan
vii. Perusahaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Manakala Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan
sebahagian daripada empat puluh dua (42) Program Inisiatif Peduli Rakyat
(IPR) Kerajaan Negeri Selangor untuk mengupayakan masyarakat keluar
daripada kitaran kemiskinan. Program ini dilaksanakan melalui Jawatankuasa
Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi.
Matlamat utama program ini ialah untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui
penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi individu yang berpendapatan di
bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah
RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi
pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang
dijalankan. Program bantuan ini terbuka kepada semua pemohon yang
menepati syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan. Pada masa ini, peserta
daripada PWB adalah layak memohon dan penyertaan mereka amatlah dialu-
alukan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
(N46 PELABUHAN KLANG)
TAJUK : PRESTASI JABATAN PENGUATKUASAAN PBT
14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah kekuatan/kelemahan dan strategi untuk meningkatkan prestasi Jabatan
Penguatkuasan PBT?
JAWAPAN:
a) Pada masa kini, tugas dan tanggungjawab anggota di Jabatan
Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semakin mencabar. Skop
tugasan Jabatan Penguatkuasaan PBT termasuk membantu dalam menangani
masalah bencana perbandaran seperti banjir kilat, ribut dan pokok tumbang,
kemalangan dan kebakaran melalui anggota skuad PANTAS. Isu pembuangan
sampah haram di tanah persendirian dan juga tanah rezab juga telah menjadi
tugas utama Jabatan Penguatkuasaan PBT bersama agensi/ jabatan dalaman
di samping tugas rutin yang lain. Antara kekangan yang dihadapai untuk
menjalankan tindakan penguatkuasaan adalah kekurangan perjawatan
pegawai/ anggota penguatkuasaan kerana kawasan PBT yang luas. Oleh yang
demikian strategi yang dilaksanakan bagi memastikan tugas dan
tanggungjawab dapat dilaksanakan adalah memberi tumpuan utama di lokasi-
lokasi yang berisiko tinggi dan membuat siasatan segera apabila menerima
aduan awam.
Prestasi jabatan boleh ditingkatkan dengan kaedah berikut :
i) Melaksanakan latihan kemahiran secara konsistant
Pegawai/ anggota diwajibkan menghadiri latihan dan kursus asas yang
berkaitan penguatkuasaan dan ujian kemahiran untuk kenaikan pangkat
atau anugerah prestasi.
ii) Pembelajaran berkaitan peraturan/ undang-undang semasa secara
berterusan
Perkembangan dan perubahan arus keperluan/ kehendak masyarakat
perlu diselaraskan dengan perkembangan peraturan/ undang-undang
semasa agar keharmonian dan kelestarian kehidupan dapat
diseimbangkan.
iii) Keperluan logistik dan peralatan yang terkini dan lengkap
Tindakan penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan dengan baik
sekiranya kelengkapan logistik dan peralatan masih ketinggalan
kebelakang untuk mencapai visi kelestarian Perbandaran.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
(N46 PELABUHAN KLANG)
TAJUK : PEMERKASAAN PERPUSTAKAAN AWAM
15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapakah jumlah semua jenis perpustakaan awam kerajaan dan senaraikan
secara terperinci iaitu nama/lokasi/pihak yang mengurus/luas/bilangan buku
rujukan dan bahasa di seluruh Negeri Selangor?
b) Apakah strategi, pelan dan polisi Kerajaan Negeri bagi memperkembangkan
dan memodenisasikan perpustakaan agar budaya membaca, mengkaji dan
menyelidik di kalangan awam lebih tinggi dan berkualiti?
JAWAPAN:
a)
Daerah Kategori Perpustakaan
Jumlah
Pusat Daerah Cawangan Pekan Desa Bergerak
Petaling 1 - - 3 3 7 14
Klang - 1 1 1 4 - 7
Kuala Langat - 1 - - 9 1 11
Kuala Selangor - 1 1 1 11 - 14
Sabak Bernam - 1 - 2 22 1 26
Hulu Langat - 1 1 3 7 - 12
Hulu Selangor - 1 - 1 7 - 9
Gombak - 1 1 - 2 - 4
Sepang - - - 1 6 - 7
Jumlah 1 7 4 12 71 9 104
Berikut adalah senarai perpustakaan Daerah di seluruh Negeri Selangor:-
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
1 Pustaka Raja Tun Uda
Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor DE.
Perpustakaan
Negeri
Daerah Petaling
PPAS 203,600
2 Perpustakaan Sultan Abd Samad Daerah PPAS 26,775
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
Jalan Morib
42700 Banting
Kuala Langat
3 Perpustakaan Syed Mashor
44000 Kuala Kubu Bharu
Daerah
Hulu Selangor PPAS 26,649
4 Perp. Daerah Sabak Bernam
Jalan Pejabat Daerah
45300 Sungai Besar
Daerah
Sabak Bernam PPAS 26,775
5 Perpustakaan Daerah Gombak
Persiaran Pegawai
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Daerah
Gombak PPAS 29,649
6 Perpustakaan Daerah Hulu Langat,
Bandar Baru Bangi
Persiaran Pusat Bandar 1, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Daerah
Hulu Langat PPAS 25,000
7 Perpustakaan Daerah Kuala Selangor
Tingkat 2 & 3,
Kompleks PKNS Kuala Selangor
Jalan Perusahaan 1
45000 Kuala Selangor
Daerah
Kuala Selangor PPAS 15,918
8 Perpustakaan Daerah Klang
Jalan Tengku Kelana
41000 Klang
Daerah
Klang PPAS 6,627
Perpustakaan yang telah dinaik taraf menggunakan konsep ‘Rebranding’
i) Pustaka Raja Tun Uda dan Daerah Gombak : Telah di naik taraf
ii) Perp. Daerah Sabak Bernam, Daerah Kuala Langat & Hulu Selangor:
Proses naik taraf
iii) Perp Daerah Hulu Langat: Dalam proses naik taraf najet 2019
iv) Kuala Selangor : Bajet 2020
v) Klang : Belum di naik taraf
vi) Sepang : Belum ada Perpustakaan Daerah
Berikut adalah senarai perpustakaan Cawangan di seluruh Negeri Selangor:-
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
9 Perpustakaan Cawangan Kajang
No 13 Jalan Metro Avenue 1, Cawangan PPAS 5,104
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
Metro Avenue,
43000 Kajang, Selangor
10 Perp. CawanganTanjong Karang
Tingkat 2, Wisma PPAS
45500 Tanjong Karang
Cawangan PPAS 23,764
11 Perpustakaan Cawangan Rawang
No 2, Jalan RP 4/1
Bandar Rawang Perdana
48000 Rawang
Cawangan PPAS 3,650
12 Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya
Jalan Pandan 4, Pandan Jaya
68000 Ampang , Selangor
Cawangan PPAS 5,500
13 Perpustakaan Komuniti Sg Udang
Lorong Telok Gadung 2
Taman Emas, Sungai Udang
41250 Klang.
Cawangan PPAS 6,500
14 Perp. Cawangan Pelabuhan Klang
Jalan Pekeliling, Seksyen 7
Bandar Pelabuhan Klang
42000 Pelabuhan Klang
Cawangan PPAS 3,300
Perpustakaan yang telah dinaiktaraf menggunakan konsep ‘Rebranding’
Berikut adalah senarai perpustakaan Pekan di seluruh Negeri Selangor:-
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
15 Perp. Pekan Sungai Pelek
26, Jalan Sungai Pelek
Kampung Baru
43950 Sungai Pelek ,Sepang
Pekan PPAS 5,610
16 Perpustakaan Pekan Sekinchan
Jalan Dewan Sri Sekinchan
45400 Sekinchan
Pekan PPAS 3,100
17 Perp. Pekan Semenyih
Jalan Besar
43400 Semenyih
Kajang
Pekan PPAS 2,500
18 Perpustakaan Pekan Hulu Bernam
Jalan Besar Hulu Bernam Pekan PPAS 3,724
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
35900 Tanjung Malim
19 Perpustakaan Komuniti Ampang
Waterfront
Jalan AWF , Ampang Waterfront, 68000
Ampang, Selangor
Pekan PPAS 3,500
20 Perpustakaan Komuniti Sri Manja
No 15, Jalan PJS 3/32, Taman Sri
Manja,
Bt 6 ½ , Off Jalan Klang Lama
46150 Petaling Jaya, Selangor
Pekan PPAS 1,650
21 Perpustakaan @PJKita Community
Library, Kg Lindungan
No Lot 62231, Jalan PJS 6/3B
Kg Lindungan
Petaling Jaya, Selangor
Pekan PPAS 3,930
22 Perpustakaan Dataran Sabak Bernam
Jalan Syed Hashim,
45200 Sabak Bernam
Pekan PPAS 7,042
23 Perp. Pekan Batang Berjuntai
No. 31A, Jalan Berjuntai 3,
Pusat Perniagaan Batang Berjuntai
45600 Kuala Selangor
Pekan PPAS 2,905
Perpustakaan yang telah dinaik taraf menggunakan konsep ‘Rebranding’
Berikut adalah senarai perpustakaan Desa di seluruh Negeri Selangor:-
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
24 Perpustakaan Komuniti Bukit Beruntung
JMB Apartment Mawar
Rumah Apartment Mawar
Tingkat Bawah Apartment Mawar, Bukit
Beruntung , Hulu Selangor
Desa PPAS 711.5
25 Perpustakaan Komuniti Sri Perantau
L-G-2, Blok L, Pangsapuri Sri Perantau
42000 Pelabuhan Klang, Selangor
Desa PPAS 690
26 Perp. Desa Meru
Dewan Serbaguna Meru Desa PPAS 741
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
Pekan Meru
41050 Klang
27 Perp. Desa Pulau Indah
Kampung Teluk Nipah
42920 Pel. Klang
Desa PPAS 1,500
28 Perp. Desa Bukit Kapar
Taman Sri Cerakah
Bukit Kapar Timur
42000 Kapar
Desa PPAS 1,250
29 Perp. Desa Sijangkang
Balai Serbaguna, Batu 1,
Kg. Sejangkang
42500 Telok Panglima Garang
Kuala Langat.
Desa PPAS 1,080
30 Perp. Desa Olak Lempit
Kampung Olak Lempit
42700 Banting
Desa PPAS 1,500
Perpustakaan yang telah dinaik taraf menggunakan konsep ‘Rebranding’
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
31 Perp. Desa Sri Jugra
Kampung Sri Jugra
52700 Banting
Desa PPAS 1,500
32 Perp. Desa Kg. Endah
Kampung Endah
42700 Banting
Desa PPAS 1,500
33 Perp. Desa Jenjarom
Jalan Masjid,
Kampung Jenjarom,
42600 Jenjarom,
Selangor
Desa PPAS 1,500
34 Perp. Desa Kg Ladang Batu(PNM)
Bangunan Penduduk
Kg Ladang Batu
42800 Tanjung Sepat
Desa PNM 1,500
35 Perp. Desa Kampung Batu Laut (PNM)
Bangunan Penduduk Desa PNM 1,500
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
Kg Batu Laut
42800 Tanjung Sepat
Selangor
36 Perp. Desa Sungai Kelambu (PNM)
42700 Banting Desa PNM 1,500
37 Perp. Desa Kampung Morib (PNM)
Balai Raya Kampung Morib
42700 Banting, Selangor
Desa PNM 1,500
38 Perp. Desa Kg. Sg. Merab
Kg. Sungai Merab Tengah
43000 Kajang
Desa PPAS 1,450
39 Perp. Desa Jenderam Hilir
Kg. Jenderam Hilir
43900 Sepang
Desa PPAS 1,700
40 Perp. Desa Bukit Bangkong
Kampung Bukit Bangkong
43900 Sepang
Desa PPAS 1,500
41 Perp. Desa Bagan Lalang
Jalan Besar, Kg. Bagan Lalang
43900 Sungai Pelek, Sepang
Desa PPAS 1,500
Perpustakaan yang telah dinaik taraf menggunakan konsep ‘Rebranding’
PNM : Perpustakaan Negara Malaysia
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
42 Perp. Desa Kg. Dato Ahmad Razali
22, Kampung Dato’ Ahmad Razali,
43800 Dengkil
Desa PPAS 2,300
43 Perp. Desa Batu 14 H.Langat
Pekan Batu 14,
43100 Hulu Langat
Desa PPAS 1,500
44 Perpustakaan Desa Beranang, Beranang
Kompleks Penghulu Mukim Beranang
43700 Hulu Langat
Desa PPAS 1,500
45 Perpustakaan Desa Kg. Melayu
Ampang, Dewan Dato’ Tahir Karim
Kg Melayu AMpang
68000 Ampang
Desa PPAS 1,500
46 Perp. Desa Lembah Jaya, Desa PPAS 1,500
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
d/a Masjid Al-Aman, Jalan 9C,
Lembah Jaya Selatan,
68000 Ampang, Selangor
47 Perp. Desa Kg. Pandan
Dewan Dato’ Haji Mad Aris
Jalan H, Kg. Pandan Dalam,
55100 Kuala Lumpur
Desa PPAS 1,500
48 Perpustakaan Desa Taman Mawar,
Balairaya Taman Mawar, Jalan Bunga
Cempaka 5a, Taman Mawar, 56100
Cheras, Kuala Lumpur
Desa PPAS 2,005
49 Perp. Desa Mahkota (PNM)
Balai Raya Desa Mahkota
Kampung Sungai Kembong Hilir
43000 Kajang, Selangor
Desa PNM 1,500
50 Perp. Desa Ijok
Kg. Batu 8, Ijok
45600 Batang Berjuntai
Kuala Selangor
Desa PPAS 1,259
51 Perp. Desa Sri Tiram Jaya
Kg. Sri Tiram Jaya
45500 Tg. Karang
Desa PPAS 1,500
Perpustakaan yang telah dinaik taraf menggunakan konsep ‘Rebranding’
PNM : Perpustakaan Negara Malaysia
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
52 Perp. Desa Parit Mahang
Kg. Parit Mahang
45800 Jeram
Kuala Selangor
Desa PPAS 1,600
53 Perp. Desa Bukit Badong
Kg. Bukit Badong
45600 Batang Berjuntai
Kuala Selangor
Desa PPAS 1,500
54 Perp. Desa Jeram
Batu 19, Jeram
Kuala Selangor
Desa PPAS 1,500
55 Perp. Desa Sg. Gulang-Gulang Desa PPAS 2,340
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
Kg. Sg. Gulang-Gulang
45500 Tg. Karang
Selangor
56 Perp. Desa Kg Assam Jawa (PNM)
Balai Raya Kg Assam Jawa
45500 Bukit Rotan
Selangor
Desa PPAS 1,500
57 Perp. Desa Puncak Alam (PNM)
PT 1562, Fasa 1D, Bandar
Baru Puncak Alam
Mukim Ijok, 45600
Kuala Selangor
Desa PNM 1,500
58 Perpustakaan Desa Estet Tunku Abd.
Rahman (PNM)
Perumahan Ladang Tan Sri
Manikavasagam
Jalan Raja Musa
45600 Kuala Selangor
Desa PNM 1,500
59 Perp. Desa Bagan Terap
Sungai Panjang
45300 Sg. Besar
Desa PPAS 1,127
Perpustakaan yang telah dinaik taraf menggunakan konsep ‘Rebranding’
PNM : Perpustakaan Negara Malaysia
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
60 Perp. Desa Bagan Nakhoda Omar
Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar
45200 Sabak Bernam
Desa PPAS 1,500
61 Perp. Desa Binjai Jaya
Sungai Panjang ,
45300 Sungai Panjang
Desa PPAS 1,500
62 Perp. Desa Pasir Panjang
Ban 1 ½, Parit 10,
Pasir Panjang
45400 Sekinchan
Desa PPAS 1,500
63 Perp. Desa Batu 2,Sepintas
Kg. Sepintas
45200 Sabak Bernam
Desa PPAS 1,500
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
64 Perpustakaan Desa Sungai Air Tawar,
Sabak Bernam Kg. Sg. Air Tawar
45100 Sabak Bernam
Desa PPAS 1,500
65 Perpustakaan Desa Kampong Banting,
Sabak Bernam Kg. Banting
45200 Kuala Selangor
Desa PPAS 1,409
66 Perpustakaan Desa Tebuk Berihun,
Sabak Bernam Kg. Tebuk Berihun
45200, Sabak Bernam
Desa PPAS 1,500
67 Perpustakaan Desa Sungai Apong,
Sabak Bernam Kg. Sungai Apong
45200 Sabak Bernam
Desa PPAS 1,500
68 Perpustakaan Desa Taman Muhibbah,
Sabak Bernam
45200 Sabak Bernam
Desa PPAS 1,500
69 Perpustakaaan Desa Batu 4, Sepintas,
Sabak Bernam Kg. Batu 4, Sepintas
45200 Sabak Bernam
Desa PPAS 1,500
70 Perpustakaan Desa Batu 38, Sabak
Bernam Sabak Bernam
Kg. Batu 38,
45200 Sabak Bernam
Desa PPAS 1,500
71 Perpustakaan Desa Simpang Lima,
Sungai Besar Simpang Lima, 45300 Sg.
Besar
Desa PPAS 1,500
Perpustakaan yang telah dinaik taraf menggunakan konsep ‘Rebranding’
PNM : Perpustakaan Negara Malaysia
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
72 Perpustakaan Desa Tebuk Mufrad,
Sabak Bernam Jalan Tebuk Mufrad,
45100 Sungai Air Tawar,
Sabak Bernam
Desa PPAS 1,500
73 Perp. Desa Parit Baru
Jalan Tanah Lesen,
45100 Sungai Air Tawar,
Sabak Bernam
Desa PPAS 2,418
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
74 Perp. Desa Tebuk Pulai,
Kampung Tebuk Pulai,
45200 Sabak Bernam,
Desa PPAS 1,500
75 Perp. Desa Parit 14, Sg Panjang
Kampung Parit 14,
Jalan Sungai Panjang,
45200 Sabak Bernam
Desa PPAS 1,386
76 Perpustakaan Desa Parit 6, Sungai
Besar Kampung parit 6 ½ Barat
45300 Sg Besar
Desa PPAS 1,500
77 Perpustakaan Desa Kg. Parit 11, Barat,
Sungai Besar (PNM))
Kg Parit 11 Barat
45300 Sungai Besar
Desa PNM 1,500
78 Perpustakaan Desa Parit 7, Baroh Sg.
Leman, Sekinchan (PNM) Pejabat JKKK
Parit 7 Baroh, Sungai Leman
45400 Sekinchan
Desa PNM 1,500
79 Perpustakaan Desa Taman Setia Jaya,
Sungai Besar (PNM)
Dewan Orang Ramai
Taman Setia Jaya
45300 Sungai Besar
Desa PNM 1,500
80 Perpustakaan Desa Parit 8, Sg. Panjang,
Sabak Bernam Parit 8, Jalan Sungai
Panjang
45300 Sabak Bernam
Desa PPAS 952
81 Perpustakaan Desa Al-Syakirin, Gombak
Km. 9 Batu 5 ¾
Jalan Gombak
53100 K. Lumpur
Desa PPAS 1,500
Perpustakaan yang telah dinaik taraf menggunakan konsep ‘Rebranding’
PNM : Perpustakaan Negara Malaysia
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
82 Perpustakaan Desa Kampung
Kemensah, Ulu Kelang (PNM)Sekolah
KAFA Integrasi Kemensah
Desa PNM 1,500
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
Ulu Kelang 68000 Ampang, Selangor
83 Perp. Desa Kuang
Batu 18, Kuang
48050 Rawang
Desa PPAS 1,296
84 Perpustakaan Desa Kg. Kubu Gajah,
Sungai Buloh Kg. Kubu Gajah
47000 Sg. Buloh Petaling
Desa PPAS 1,500
85 Perpustakaan Desa Kg. Sungai Pelong,
Sungai Buloh Kg. Sg. Pelong
47200 Sg. Buloh
Kepong
Desa PPAS 1,500
86 Perpustakaan Desa kg. Sungai Masin,
Batang Kali Kg. Sg. Masin
44000 Batang Kali
Kuala Kubu Bahru
Desa PPAS 1,500
87 Perpustakaan Desa Sungai Selisek,
Kuala Kubu Bharu
Kg. Masjid, Sg. Selisik
44020 Kuala Kubu Bahru
Desa PPAS 1,500
88 Perpustakaan Desa Kerling, Hulu
Selangor Kg. Pasir
44100 Kerling
Hulu Selangor
Desa PPAS 1,500
89 Perpustakaan Desa Kalumpang, Hulu
Selangor Kg Titiwangsa,
44100 Kerling
Hulu Selangor
Desa PPAS 1,500
90 Perpustakaan Desa Sungai Choh,
Rawang
Kompleks JKKK Sg. Choh,
48000 Rawang
Desa PPAS 1,500
91 Perpustakaan Desa Kg Serigala, Kuala
Kubu Bharu (PNM Kampung Serigala
Sungai Selisek
44020 Kuala Kubu Bahru
Desa PNM 1,500
Perpustakaan yang telah dinaik taraf menggunakan konsep ‘Rebranding’
PNM : Perpustakaan Negara Malaysia
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
92 Perpustakaan Desa Bukit
Kerayong (PNM)
Kg Bukit Kerayong Satu
45800 Jeram, Selangor
Desa PNM 1,500
93 Perpustakaan Desa Hulu Chuchoh
(PNM)
Kampung Hulu Chuchoh
43900 Sungai Pelek, Sepang
Desa PNM 1,500
94 Perpustakaan Desa Sungai Sireh (PNM)
Lorong 8 1/2 ,
Parit Satu Ban 2
Kg Sungai Sireh, 45500
Tanjong Karang
Desa PNM 1,300
95 Perbadanan Perpustakaan Awam
Selangor @ The School Jaya One,
Petaling Jaya.
Ground floor @ The School Blok J, Jaya
One, No, 72A, Jalan Universiti, PJS 13,
46200 Petaling Jaya, Selangor
Desa PPAS 4,004
Berikut adalah senarai perpustakaan Bergerak di seluruh Negeri Selangor:-
Bil. Nama Perpustakaan & Alamat Perpustakaan Pengurusan Keluasan
(KPS)
96 Perpustakaan Bergerak M9 - Sungai
Besar Bergerak
PPAS
97 Perpustakaan Bergerak M10 - Klang Bergerak PPAS
98 #SmartSelangor Mobile Library -
Selangor BEST -MBPJ Bergerak PPAS
99 #SmartSelangor Mobile Library -
Selangor BEST -MPS Bergerak PPAS
100 #SmartSelangor Mobile Library -
Selangor BEST -MPAJ Bergerak PPAS
101 #SmartSelangor Mobile Library –
MPSepang/MPKj Bergerak PPAS
102 #SmartSelangor Mobile Library –
Klang/Kuala Langat Bergerak PPAS
103 #SmartSelangor Mobile Library –
Sepang/Hulu Selangor Bergerak PPAS
104
#SmartSelangor Mobile Library –
Promosi Bergerak PPAS
Perpustakaan yang telah dinaik taraf menggunakan konsep ‘Rebranding’
PNM : Perpustakaan Negara Malaysia
Jumlah Koleksi Buku Rujukan dan bahasa di seluruh Negeri Selangor
BIL PERPUSTAKAAN JUMLAH NASKHAH
1 Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam 277,958
2 Perpustakaan Daerah 400,907
3 Perpustakaan Cawangan 198,060
4 Perpustakaan Pekan 265,224
5 Perpustakaan Desa 1,566,158
6 Perpustakaan Bergerak 227,525
7 Perpustakaan SML 35,413
JUMLAH 2,971,245
b) Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam membangunkan prasarana
perpustakaan ke arah yang lebih moden seiring dengan negara-negara lain.
Melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), proses
penjenamaan semula (rebranding) perpustakaan dari Mei 2009 sehingga kini
dilakukan dengan menyedari bahawa masyarakat memerlukan 5 perkara asas
bagi mencapai kebahagian dalam hidup masing-masing, iaitu:
kebebasan kewangan (Financial freedom)
kerjaya yang stabil (Career)
keluarga yang bahagia (Happy Family)
kesihatan yang baik (Good Health)
kerohanian (Spiritual) - Ingat adanya Tuhan
Bagi membantu masyarakat mencapai 5 perkara ini, PPAS melaksanakan
konsep Transform Libraries Transform Societies iaitu transformasi
perpustakaan transformasi masyarakat:
perpustakaan sebagai rumah kedua – Library as a second home
perpustakaan sebagai pusat pembelajaran – Library as a learning Centre
perpustakaan sebagai tempat pertemuan – Library as a meeting point
perpustakaan sebagai pusat rekreasi – Library as a recreational centre
perpustakaan sebagai pusat pembangunan modal insan – Library as a
Human Development Centre
Transformasi Masyarakat
Apabila perpustakaan berubah, maka barulah dapat membantu masyarakat
meningkatkan kehidupan mereka dalam 5 aspek berikut:
1) Kebebasan Kewangan
• Perpustakaan Sebagai Tempat Pertemuan (Library as a meeting point)
• Perpustakaan Sebagai Pusat Pembangunan masyarakat (Library as a
Human Development Centre)
2) Kerjaya
• Perpustakaan sebagai pusat pembelajaran (Library as a learning
Centre)
• Perpustakaan sebagai pusat pembangunan masyarakat(Library as a
Human Development Centre)
3) Keluarga
• Perpustakaan sebagai rumah kedua (Library as a second home)
• Perpustakaan sebagai pusat pembangunan modal insan (Library as a
Human Development Centre)
4) Kesihatan
• Perpustakaan sebagai pusat rekreasi (Library as a recreational centre)
5) Kerohanian/Spiritual
• Perpustakaan sebagai rumah kedua (Library as a second home)
• Perpustakaan sebagai pusat pembelajaran (Library as a learning
Centre)
• Perpustakaan sebagai pusat pembangunan masyarakat (Library as a
Human Development Centre)
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
(N46 PELABUHAN KLANG)
TAJUK : MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN GRADUAN
16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu siswazah di Negeri Selangor
bagi mendapatkan pekerjaan?
b) Apakah program-program kerjaya yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri?
c) Berapakah jumlah permohonan siswazah yang berjaya mendapatkan pekerjaan
melalui program kerjaya yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri?
JAWAPAN:
a) Dalam usaha bagi membantu siswazah mendapatkan pekerjaan, Kerajaan
Negeri Selangor melalui Invest Selangor telah melaksanakan inisiatif berkaitan
bagi menarik pelaburan yang berpotensi dengan mengambil pendekatan dasar
terbuka bagi meneruskan kecemerlangan pertumbuhan ekonomi negeri. Sejak
penubuhan, Invest Selangor telah berjaya menarik lebih daripada 5,104 projek
perkilangan di Selangor. Secara tidak langsung bertanggungjawab untuk
mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dan menarik kepada belia Selangor
khususnya kepada golongan siswazah.
b) Kerajaan Negeri Selangor turut mengambil inisiatif lain dalam menganjurkan
program-program tersebut bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada belia
Selangor termasuk golongan Siswazah seperti berikut:
i. Program Karnival Kerjaya - Selangor Job Fair
Program Karnival Kerjaya - Selangor Job Fair merupakan program
yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Selangor
(JTK) dan Job Malaysia Selangor. Program yang dilaksanakan dua (2)
kali setahun ini telah diperkenalkan sejak tahun 2015, merupakan
platform bagi menghimpunkan majikan-majikan di negeri Selangor
dengan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat
Selangor khususnya kepada golongan belia. Program ini merupakan
salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan
kadar pengangguran. Selain itu, membantu syarikat-syarikat yang
memerlukan tenaga kerja dengan mengutamakan penglibatan warga
tempatan berbanding warga asing. Pengisian program ini ialah
temuduga terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan dari peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Ijazah. Selain itu, terdapat sesi
perkongsian informasi, taklimat dan penerangan agensi, pameran
jabatan / agensi luar dan peluang keusahawanan.
ii. Pendidikan Kemahiran dan Vokasional
Menyediakan pendidikan kemahiran dan vokasional di Kolej INPENS
dengan yuran yang berpatutan bagi belia yang kurang berkemampuan
tetapi masih ingin meneruskan pembelajaran tanpa mempunyai latar
belakang pendidikan cemerlang. Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor ini
telah menyediakan peluang pendidikan kemahiran dan vokasional dan
pembiayaan pelajaran berdasarkan kelayakan pemohon.
iii. Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS)
Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) iaitu
sebuah program latihan keusahawanan dalam melalui kursus dalam
bidang-bidang seperti berikut:
Kursus Keusahawanan Penternakan (Ruminan & Unggas)
Kursus Pemantapan Pemantauan Keusahawanan
Kursus Percetakan Segera Pentauliahan Sijil SKM Tahap 3:
Peserta Urutan Selepas Bersalin
Kursus Keusahawanan Penternakan
(Makanan ternakan dan Rancangan Perniagaan)
Kursus Soft Skills Usahawan Penternakan & Pengurusan
Kewangan (Online)
Kursus Keusahawanan Penternakan (Sembelihan Halal &
Penyediaan Makanan (BBQ)
Mobile Service Aircond
Cuci Kasut
Mobile Barber
Ayam Gunting
Terapi Bekam
Bakery
Mobile Spa
Dekorasi Pelamin
Kiosk Sate
Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa
kategori iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal. Pada tahun
2011 hingga 2018, terdapat 3,248 orang peserta yang telah terpilih
untuk menyertai Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat
Selangor (RKRS). Daripada jumlah tersebut, seramai 2,436 orang
peserta (75%) telah berjaya menjana pendapatan melalui program
tersebut. Purata pendapatan bulanan mencatatkan jumlah tertinggi
bagi purata pendapatan berjumlah RM500 - RM2,000 sebulan melalui
1,712 orang peserta (52.71%).
iv. Program Inisiatif Kemahiran Teknikal & Ikhtisas Smart Selangor
(IKTISASS)
Pada tahun 2018, Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas
Smart Selangor (IKTISASS) telah diperkenalkan oleh YAB Dato’
Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sewaktu
Belanjawan 2018 Negeri Selangor. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri
Selangor akan memberi pembiayaan kepada 1,000 belia Selangor
dalam pelbagai bidang kemahiran berimpak tinggi. Program kemahiran
ini menawarkan pelbagai latihan teknikal dan vokasional yang memberi
fokus kepada lima bidang utama dalam industri iaitu sains hayat,
elektrik dan elektronik, jentera dan peralatan, makanan dan minuman
serta aeroangkasa. Program ini ditawarkan kepada belia Selangor
dalam tempoh tertentu di mana setelah tamat program kemahiran ini,
belia-belia ini akan diserapkan sebagai tenaga mahir di dalam pasaran
industri-industri di Selangor.
c) Pada tahun 2019, Program Karnival Kerjaya – Selangor Mega Job Fair telah
diadakan pada 16 Mac 2019 bertempat di Dewan A, Malaysia Agro Exposition
Park (MAEPS), Serdang. Program ini telah mendapat kerjasama daripada
JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor, Jawatankuasa Tetap
Kebajikan Negeri Selangor dan Team Selangor.
Program Selangor Mega Job Fair pada kali ini adalah program pertama kali
berskala mega yang telah melibatkan sebanyak 180 syarikat swasta terpilih
dengan mengadakan temuduga terbuka (walk in interview) bermula dari
jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sebanyak 180 majikan dan 20 Agensi/
Jabatan Kerajaan terlibat dalam program ini. Daripada jumlah itu, lebih 12,000
peluang telah ditawarkan dan 20 majikan telah menawarkan peluang pekerjaan
kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada hari tersebut. Hampir
20,000 pengunjung mendapat manfaat melalui program ini pada hari tersebut.
Jumlah permohonan yang berjaya mendapatkan tawaran pekerjaan pada hari
tersebut adalah seramai 237 orang dan seramai 3,482 orang pemohon telah
Berjaya ke temuduga ke 2. Namun begitu, tiada data spefisik bagi permohonan
siswazah yang berjaya mendapatkan tawaran pekerjaan tersebut.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
(N46 PELABUHAN KLANG)
TAJUK : PENYELENGGARAAN JALAN
17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapakah jumlah panjang jalan yang diselenggarakan oleh Kerajaan
Tempatan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan?
b) Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk ketiga-tiga Kerajaan
bagi menyelenggara jalan pada tahun 2016, 2017 dan 2018?
c) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menangani masalah kerosakan jalan
yang mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan diselenggara?
JAWAPAN:
a) Jumlah panjang Jalan Persekutuan di Negeri Selangor adalah 1,040 km dan
jumlah panjang Jalan Negeri adalah 4,458 km. Jalan PBT bukan di bawah
penyeliaan pihak JKR Selangor.
b) Jumlah peruntukan bagi menyelenggara Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri
pada tahun 2016, 2017 dan 2018 adalah seperti berikut:
Jalan / Tahun
2016 2017 2018
Jalan Persekutuan
76,523,138.38 144,129,496.27 115,729,168.64
Jalan Negeri
196,000,000.00 196,000,000.00 196,000,000.00
Jumlah 272, 523,138.38 340,129,496.27 311,729,168.64
c) JKR Negeri Selangor sentiasa mengawal dan memantau masalah kerosakan
jalan yang berlaku. Antara tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah
kerosakan jalan negeri adalah seperti berikut;
i. JKR Selangor melantik konsesi bagi melaksanakan kerja-kerja
penyenggaraan pavmen secara rutin. Kerja rutin melibatkan kerja
pembaikan berskala kecil melibatkan penampalan pothole, crack sealant
dan lain-lain.
ii. JKR Selangor juga melaksanakan kerja pembaikan pavmen secara berkala
dan berpusat bagi jalan yang memerlukan pembaikan berskala besar.
Antara kerja pembaikan yang dilaksanakan adalah resurfacing, regulating,
Cold In-Place Recycling (CIPR) dan lain-lain.
iii. JKR Daerah melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan pavmen
secara sebutharga (one-off) bernilai di bawah RM500,000.00. JKR Daerah
melaksanakan pemantauan teliti bagi memastikan kualiti di tapak mematuhi
spesifikasi ditetapkan.
iv. Kerajaan Negeri sedang di dalam tindakan meneliti dan mengenalpasti
peralatan dan mesin yang menggunakan teknologi terkini di dalam kerja-
kerja melibatkan penyelenggaraan jalan untuk kegunaan melibatkan agensi
penyelenggaraan jalan.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
(N46 PELABUHAN KLANG)
TAJUK : DEWAN SERBAGUNA
18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapakah jumlah dewan orang ramai yang masih boleh digunakan dan tidak
boleh digunakan?
b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri agar kerosakan yang berlaku tidak akan
terjadi lagi pada masa akan datang?
JAWAPAN:
a) Jumlah keseluruhan dewan orang ramai yang masih boleh digunakan di semua
PBT adalah sebanyak 433 unit. Manakala, jumlah keseluruhan dewan orang
ramai yang tidak boleh digunakan di semua PBT adalah sebanyak 2 unit iaitu
di Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Butir-butir jumlah dewan orang ramai yang masih boleh digunakan dan tidak
boleh digunakan adalah seperti berikut:-
PBT Jumlah Dewan Orang
Ramai Boleh Digunakan
Jumlah Dewan Orang Ramai
Tidak Boleh Digunakan
MBSA 64 0
MBPJ 41 0
MPK 28 1
MPAJ 114 0
MPSJ 89 0
MPS 16 1
MPKJ 25 0
MPSP 13 0
MDKL 8 0
MDHS 14 0
MDKS 8 0
MDSB 13 0
JUMLAH 433 2
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri melalui
Belanjawan 2017 telah mencadangkan pembinaan 3 buah Dewan Banquet
yang dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi moden di Taman Melawati,
Hulu Klang, Taman Bukit Mahkota, Kajang dan Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
Pelaksanaan pembangunan ini akan dilaksanakan secara usahasama antara
PBT dan Menteri Besar Perbadanan (MBI) dalam tempoh 5 tahun selaras
dengan Pelan Strategik Negeri Selangor 2018 hingga 2022 di bawah Strategi 3:
Menaiktaraf Kemudahan Awam Dan Asas PBT/ luar bandar.
b) Dalam masa yang sama, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendapati
kerosakan yang berlaku adalah berpunca daripada perbuatan vendalisme
daripada penyewa, pengguna dan penduduk sekitar kawasan dewan PBT.
Justeru itu, bagi mengatasi masalah ini beberapa langkah yang telah diambil
oleh pihak PBT agar kerosakan tidak berulang pada masa akan datang adalah
seperti berikut:
i. Mengenakan caj cagaran seperti kebersihan, keselamatan dan operasi
sekiranya pihak penyewa telah melanggar syarat penggunaan dewan;
ii. Membuat pemantauan secara berkala bagi memastikan dewan-dewan
orang ramai boleh digunakan pada tahap yang baik dan selamat; dan
iii. Melantik kontraktor panel bagi memastikan setiap kerosakan dapat diatasi
dengan kadar segera.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
(N46 PELABUHAN KLANG)
TAJUK : PROJEK PERTANIAN, NELAYAN DAN PENTERNAKAN
19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapakah jumlah projek-projek pertanian, nelayan serta penternakan, lokasi
dan kos yang telah dilaksanakan di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang
sejak tahun 2014 sehingga kini?
JAWAPAN:
a) Jumlah penerima bagi bantuan untuk pelaksanaan projek-projek sektor
pertanian dan Industri Asas Tani (IAT) dilaksanakan di DUN Pelabuhan Klang
adalah seramai 61 pengusaha. Pecahan mengikut jenis projek dan jumlah
peruntukan dari tahun 2014 hingga 2018 adalah seperti berikut :-
TAHUN JENIS PROJEK PERUNTUKAN BILANGAN
PENGUSAHA LOKASI
2014 Tanaman 48,800 9 Pelabuhan Klang
Penternakan 0 0
Akuakultur 0 0
Nelayan 0 0
Industri Asas Tani 15,000 1 Kg. Perigi Nenas, Pulau Indah
JUMLAH 63,800 10
2015 Tanaman 71,250 13 Pelabuhan Klang
Penternakan 0 0
Akuakultur 0 0
Nelayan 0 0
Industri Asas Tani 0 0
JUMLAH 71,250 13
2016 Tanaman 73,830 14 Pelabuhan Klang
Penternakan 7,000 1 Kg. Nelayan, Teluk Gong
Akuakultur 0 0
Nelayan 0 0
TAHUN JENIS PROJEK PERUNTUKAN BILANGAN
PENGUSAHA LOKASI
Industri Asas Tani 0 0
JUMLAH 80,830 15
2017 Tanaman 45,130 8 Pelabuhan Klang
Penternakan 0 0
Akuakultur 5,659 1 Pelabuhan Klang
Nelayan 0 0
Industri Asas Tani 0 0
JUMLAH 50,789 9
2018 Tanaman 42,130 8 Pelabuhan Klang
Penternakan 0 0
Akuakultur 0 0
Nelayan 9,659 5 Pelabuhan Klang
Industri Asas Tani 18,000 1 Kg. Delek, Klang
JUMLAH 69,789 14
JUMLAH
KESELURUHAN 336,458 61
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT
(N14 RAWANG)
TAJUK : PROJEK NAIKTARAF JALAN B27
20. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Status permohonan progres naik taraf jalan B27 missing link.
b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor terhadap projek Naiktaraf Jalan
B27 Fasa 2 yang kini mengalami kelewatan?
JAWAPAN:
a) Untuk makluman YB, Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor telah
menyediakan Brif Projek dan Anggaran Kos Projek untuk cadangan
menaiktaraf B27 missing link tersebut. Untuk makluman YB, cadangan projek
ini belum disenaraikan didalam senarai Projek RMK-11 disebabkan oleh jajaran
tersebut masih di bawah Pemaju Rawang Project. Pihak Jabatan Kerja Raya
Selangor sedang menyelaraskan perkara ini bersama Majlis Perbandaran
Selayang (MPS) dan JKR Daerah Gombak berhubung peruntukan Tabung
Amanah yang dicadang untuk diwujudkan bagi menaiktaraf jalan tersebut.
Projek ini juga akan dicadangkan untuk dilaksanakan di dalam RMK-12.
b) Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kepada kelewatan projek B27
Fasa 2 yang dilaksanakan oleh kontraktor Anjaria Properties Sdn Bhd.
Beberapa langkah telah dilaksanakan oleh JKR Negeri Selangor seperti berikut;
i. Sub-kontraktor penyelamat telah masuk ke tapak pada awal Mei 2019
dan menyambung kerja-kerja kontraktor yang lewat.
ii. Melaksanakan mesyuarat pemantauan 2 minggu sekali untuk memantau
kemajuan kerja-kerja pihak kontraktor.
iii. Memantau kerja-kerja yang perlu dilaksanakan pembaikan.
iv. Membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan kerja utiliti di dalam projek ini
yang menyumbang kepada kelewatan projek selain daripada kelemahan
pengurusan pihak kontraktor.
Untuk makluman YB, kemajuan kerja semasa bagi projek di atas adalah 81%
berbanding 90%.
top related