peraturan bilik sains

Post on 17-Jan-2016

372 Views

Category:

Documents

27 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

peraturan bilik sains

TRANSCRIPT

KESELAMATAN DIUTAMAKAN

PERATURAN MAKMAL

Peraturan makmal ialah satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi semasa berada dan bekerja di dalam makmal Sains. Penerangan mengenai peraturan makmal sains akan dilakukan pada pertama kali pelajar menggunakan makmal. Senarai peraturan juga akan ditampal di tempat yang mudah dilihat oleh pelajar untuk mengingatkan pelajar tentang peraturan tersebut pada setiap masa

Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.  Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.

Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi  dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.

Peralatan sains, dan bahan sains  dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.

Peralatan sains, hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru

Semua peralatan sains, dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.

Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.

Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru .

Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.

Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru.

Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.

Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.

Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.

Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa.

top related