pelaksanaan dasar 1murid 1sukan program yang telah
Post on 01-Feb-2017
233 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN
� Program yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 di bawah pelaksanaan Dasar
1Murid 1Sukan
� Program pada tahun 2011 yang akan diteruskan pada tahun 2012
� Program yang dirancang untuk tahun 2012
SUKAN ADALAH DIMESTIKAN DI SEMUA SEKOLAH (WAJIB)
� Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-beramai yang melibatkan
penyertaan SEMUA murid.
� Permainan-permainan di sekolah seberapa yang boleh hendaklah melibatkan
penyertaan murid yang ramai seperti dalam perlumbaan merentas desa, jalan kaki dan
sebagainya.
� Kegiatan sukan dan olahraga diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
hendaklah terus dipergiatkan supaya matlamat perpaduan antara murid-murid
berbilangan kaum dan lapisan masyarakat dapat dicapai
• Dasar ini bukan merupakan perkara baharu dalam pendidikan
• Dasar ini merupakan penjenamaan semula sukan di sekolah
• Bagi mengembalikan kemeriahan dan kegemilangan sukan di sekolah
AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH
� Merentas Desa
� Sukan Tara
� Kejohanan Balapan dan Padang (mulai Jun setiap tahun)
� Sukan Di Bawah Aktiviti Kokurikulum
� Pertandingan- Pertandingan peringkat sekolah
Apa yang perlu pihak sekolah lakukan bagi menjayakan Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan?
� Mempunyai takwim dan jadual aktiviti sukan sepanjang tahun dan perlu
memastikan takwim tersebut dilaksanakan
� Mesyuarat perancangan dan penyediaan takwim
� Mesyuarat perancangan program sukan sekolah secara terancang dan berkala
melalui Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah
� Pengagihan dan pendaftaran rumah sukan dan kelab sukan secara seimbang
(bilangan ahli, jantina dan pelbagai kaum)
Bahagian Sukan sentiasa menyahut seruan untuk mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah
melalui pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan. Susulan daripada pelancaran dasar ini, program
dan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 akan diteruskan pada tahun 2012 bagi
memastikan penglibatan menyeluruh murid secara aktif dalam sukan dapat direalisasikan.
top related