pel. 20 unit 4 wudhuk prezzzuraihi

Post on 23-Jun-2015

2.584 Views

Category:

Education

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

wudhu' mengikut kandungan buku teks KBSM tingkatan 1

TRANSCRIPT

BERSUCI :

WUDHU’

PENGERTIAN

• Perbuatan membasuh atau menyapu anggota badan tertentu dimulai dengan niat kerana ALLAH SWT.

HUKUM

• WAJIB apabila mengerjakan solat, tawaf, menyentuh al-Quran, sujud tilawah, sujud syukur.

ANGGOTA WUDHU’

1. Muka2. Kedua belah tangan hingga siku3. Sebahagian kepala4. Kedua belah kaki hingga ke buku lali

Maksudnya:Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembayang (pada hal kamu berhadas kecil) maka (berwuduk) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali (Surah al-Maidah, 6)

RUKUN WUDHU’1.Niat.• Berniat mengambil wuduk ketika sampai ke muka.• Lafaz niat• Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana ALLAH TAALA2.Membasuh muka.• Bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke dagu

dan daripada anak telinga kiri hingga anak telinga kanan.• Jika ada rambut/misaim/janggut dalam kawasan muka wajib

diratakan air sampai ke kulitnya.3.Membasuh kedua-dua belah tangan .• Bermula dari hujung jari hingga siku.4.Menyapu sebahagian kepala.• Jika tidak berambut memadai dengan menyapu kulit kepala

sahaja.5.Membasuh kedua-dua belah kaki.• Iaitu dari hujung jai kaki hingga ke buku lali.6.Tertib.• -Melakukan semua rukun wuduk mengikut susunannya.

PERKARA SUNAT KETIKA BERWUDHU’

1. Memulakan dengan membaca BISMILLAH.

2. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan.

3. Berkumur-kumur.4. Memasukkan air ke dalam hidung dan

keluarkannya semula.5. Menyapu keseluruhan kepala.6. Membasuh kedua-dua belah telinga.7. Menggosok celah-celah jari kaki dan

tangan.8. Berturut-turut antara satu dengan yang

lain.9. Mengulang 3 kali setiap perbuatan.10.Berdoa selepas berwuduk:

PERKARA MAKRUH KETIKA BERWUDHU’

• Membasuh anggota wuduk lebih daripada 3 kali.

• Mendahulukan anggota kiri daripada kanan.• Berkumur-kumur atau memasukkan air ke

dalam hidung secara berlebihan bagi yang berpuasa.

• Bercakap ketika berwuduk.

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’

1.Keluar sesuatu daripada qubur atau dubur.2.Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang

bukan mahram tanpa berlapik.3.Hilang akal kerana gila, mabuk, pengsan,

atau mengambil ubat yang boleh menghilangkan ingatan.

4.Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan tanpa berlapik.

5.Tidur yang tidak tetap punggungnya.

ADAB-ADAB KETIKA BERWUDHU’

1.Menghadap kiblat.2.Memulakan wuduk dengan membaca

BISMILLAH.3.Berjimat menggunakan air. ALLAH berfirman, maksudnya:

“Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan”.

4.Tidak bercakap ketika berwuduk.5.Menjaga diri daripada terbuka aurat.

HIKMAH BERWUDHU’

• Membersih anggota yang terdedah kepada kotoran

• Membentuk peribadi yang seimbang jasmani dan rohani

• Melahirkan induvidu yang sentiasa beradab sopan

• Membangunkan minda dan menyegarkan jiwa

• Menghapuskan dosa-dosa kecil

• Sentiasa menjaga kebersihan rohani dan jasmani.

• Berjimat menggunakan air.• Sentiasa berwuduk untuk

beribadah.

F

Disediakan oleh :

prezzzuraihihttp://prezzzuraihi.blogspot.com

top related