nisbah kecairan dan leveraj
Post on 04-Oct-2015
510 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
1
1.0 PENGENALAN
1.1 Syarikat Produk Pengguna Syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Sejarah penubuhan syarikat Ajinomoto bermula daripada kajian yang dilakukan oleh Profesor
Kikunea Ikeda dari Universiti Tokyo tentang isolated glutamate sejenis asid amino yang
mempunyai rasa UMAMI (rasa sedap) yang dihasilkan dari rumpai laut. Pada tahun 1909,
beliau telah memperkenalkan hasil kajian beliau di pasaran di bawah label penambah perisa
jenama Ajinomoto. Sejak diperkenalkan, syarikat beliau telah berjaya mengeluarkan pelbagai
jenis produk berasaskan makanan, amino asid, produk farmasi dan kesihatan juga produk
berasaskan kesihatan (Ajinomoto (Malaysia) Berhad, n.d.).
Malaysia merupakan antara 25 buah negara yang mempunyai jalinan rangkaian
perniagaan dengan syarikat Ajinomoto di Jepun. Syarikat ini merupakan salah sebuah
syarikat usaha sama dengan jepun yang terawal di Malaysia. Mula ditubuhkan pada 1961
dengan menggunakan nama Ajinomoto (Malaya) Co. Ltd. Tetapi kini, nama syarikat telah
ditukar kepada Ajinomoto (M) Berhad. Pengerusi bagi syarikat ini adalah Janeral Tan Sri
(Dr.) Dato Paduka Mohamed Hashim Bin Mohd. Beliau telah dilantik sebagai pengerusi
Ajinomoto (M) Berhad pada 5 September 1995.
Ajinomoto (M) Berhad mula berkembang maju menjadi pengeluar perasa makanan
yang dinamik dan memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama
beberapa Dekad. Antara produk yang dikeluarkan di bawah label syarikat Ajinomoto adalah
Tumix, Seri Aji, Aji-Mix, Vono Instant Soup, Slim Up, Aji-Aroma dan beberapa produk lagi.
Produk-produk Ajinomoto berada di pasaran seluruh negara dari kedai runcit hingga pasar
raya besar di seluruh negara.
Contoh produk Syarikat Ajinomoto (M) Berhad
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
2
1.2 Syarikat Pembinaan- Gamuda Berhad
Gamuda mula ditubuhkan pada tahun 1976. Pada tahun10 Ogos 1992, syarikat ini telah
disenaraikan di Bursa Saham. Syarikat ini dipengerusikan oleh Dato Mohammed Bin Haji
Che Hussein Bermula dari saat itu, Gamuda Berhad telah menjadi syarikat yang bergerak
maju dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, infrastruktur dan hartanah. Antara projek-
projek yang menjadi skop perniagaan Gamuda Berhad asalah pembinaan lebuh raya, landasan
pengangkutan ringan, lapangan terbang, jambatan, dan beberapa projek lain.
Antara projek-projek gergasi yang dilaksanakan Gamuda Berhad di Malaysia adalah
pembinaan dan penyelenggaraan lebuhraya Shah Alam untuk 28 tahun 9 bulan, pembinaan
Lingkaran Pengangkutan Kota Holdings Berhad (LITRAK) di lebuh raya Damansara
Puchong, perjanjian konsesi untuk pembinaan MRT bernilai RM8.28 billion dan beberapa
projek gergasi lain.
Di peringkat antarabangsa pula, Gamuda Berhad telah menandatangani beberapa
perjanjian projek-projek untuk membina lebuh raya di Barat Bengal, India (2001), pembinaan
transit ringan di Taiwan (2003), pembinaan landasan kapal terbang di lapangan terbang
antarabangsa Doha (2005) dan beberapa projek antarabangsa lain. Syarikat ini mempunyai
visi yang jelas bagi merealisasikan matlamat mereka untuk menyediakan infrastruktur
bertaraf dunia dan inovatif kepada semua pelanggan mereka.
Contoh projek yang dijalankan Syarikat Gamuda Berhad
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
3
2.0 PENGIRAAN DAN TAFSIRAN NISBAH KECAIRAN DAN NISBAH
LEVERAJ
Angkaangka di dalam penyata kewangan tidak begitu bermakna jika kita tidak
mengupasnya dengan teliti. Dalam analisis kewangan, semua maklumat dalam penyata
kewangan ditunjukkan dalam bentuk nisbah. Nisbah kewangan merupakan angka yang
menghurai nilai angkubah kewangan berbanding dengan angkubah yang lain (Samad, Ismail,
& Zainir, 2003). Nisbah-nisbah dalam pengurusan kewangan ada lima. Namun begitu, dalam
tugasan ini, hanya nisbah kecairan (mudah tunai) dan nisbah pengurusan hutang (Leveraj)
sahaja yang akan dihuraikan.
2.1 Nisbah Kecairan (Mudah Tunai)
Nisbah mudah tunai atau nisbah kecairan menilai kemampuan firma membayar liabiliti
jangka pendek dengan aset mudah tunai. Nisbah semasa dan nisbah segera merupakan dua
nisbah yang kerap digunakan untuk mengukur kemampuan tersebut (Samad et al., 2003).
Perbincangan mengenai nisbah kecairan akan dibincangkan mengikut syarikat yang dipilih.
2.1.1 Nisbah semasa
Nisbah semasa berdasarkan tafsiran Anuar, Yusof, Alfiah, & Ramakrishnan (2006) ialah
aset syarikat yang mempunyai tempoh kegunaan yang kurang dari setahun. Aset semasa
dianggap aset mudah tunai jika aset itu merupakan wang tunai atau mudah ditukarkan
menjadi tunai. Liabiliti semasa ialah liabiliti yang harus dijelaskan dalam tempoh setahun.
Formula yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
Nisbah Semasa = Aset Semasa
Liabiliti Semasa
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
4
SYARIKAT AJINAMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Jadual 1: Nisbah semasa bagi Syarikat Ajinomoto (M) Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun Nisbah Semasa Syarikat Ajinomoto (M) Berhad
2009 RM 119,678,045
= 5.07 RM 23,623,487
2010 RM 135,740,701
= 5.38 RM 25,235,878
2011 RM 164,016,975
= 4.08 RM 40,175,870
2012 RM 164, 978, 783
= 5.68 RM 29,023,688
Jadual 1 menunjukkan nisbah semasa bagi syarikat Ajinomoto (M) Berhad untuk
tahun 2009 hingga 2012. Pada tahun 2009, setiap liabiliti semasa syarikat dilindungi oleh
RM5.07 aset semasa. Pada tahun 2010, berlaku peningkatan sedikit dalam nisbah semasa.
Didapati setiap liabiliti semasa syarikat dilindungi oleh RM5.38 aset semasa iaitu
peningkatan sebanyak 0.31 mata. Kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka
pendek syarikat menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan nisbah semasa pada
tahun 2009. Pada tahun 2011, berlaku penurunan yang sangat besar. Didapati setiap liabiliti
semasa syarikat hanya dilindungi oleh RM4.08 aset semasa. Pada tahun 2012, berlaku
peningkatan semula dalam nisbah semasa bagi syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad.
Nisbah semasa syarikat ini ialah 5.68 kali. Ini jelas menunjukkan syarikat mampu untuk
membayar hutang jangka pendek jika dibandingkan dengan nisbah semasa pada tahun 2011.
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
5
SYARIKAT GAMUDA BERHAD
Jadual 2: Nisbah semasa bagi Syarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun Nisbah Semasa Syarikat Gamuda Berhad
2009 RM 3,279,213,000
= 2.3 RM 1,427,451,000
2010 RM 4,203,173,000
= 2.18 RM 1,930,241,000
2011 RM 4,545,632,000
= 2.1 RM 2,166,435,000
2012 RM 5,229,183,000
= 1.68 RM 3,106,509,000
Jadual 2 menunjukkan nisbah semasa bagi syarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009
hingga 2012. Pada tahun 2010, nisbah semasa bagi syarikat Gamuda Berhad adalah 2.3 kali.
Ini bermakna bagi setiap RM1 hutang, syarikat dapat menanggung sebanyak RM2.30 dalam
bentuk aset semasa. Pada tahun 2010, berlaku penurunan sedikit dalam nisbah semasa bagi
syarikat Gamuda Berhad. Nisbah semasa bagi syarikat ini ialah 2.18 kali. Pada tahun 2011,
Nisbah semasa bagi syarikat ini ialah 2.1 kali. Pada tahun 2011 nisbah semasa bagi syarikat
ini ialah 1.68 kali. Ini menunjukkan bagi setiap RM1 hutang, syarikat dapat menanggung
sebanyak RM1.68 dalam bentuk aset semasa. Keadaan ini membimbangkan kerana nisbah
semasa ini sudah semakin menghampiri ke 1. Jika ianya berlanjutan, dikhuatiri aset semasa
syarikat tidak mampu untuk memenuhi tanggungan hutang semasa syarikat.
2.1.2 Nisbah segera
Nisbah ini digunakan untuk mengukur keupayaan aset cair syarikat dalam memenuhi tuntutan
jangka pendek tanpa perlu bergantung kepada penjualan inventori. Ini kerana inventori adalah
aset semasa yang paling tidak cair. Semakin rendah inventori, semakin rendah tahap kecairan
syarikat (Anuar et al., 2006). Untuk mendapatkan nisbah segera, kita boleh menggunakan
formula berikut:
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
6
SYARIKAT AJINAMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Jadual 3: Nisbah segera bagi Syarikat Ajinomoto (M) Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun Nisbah Segera Syarikat Ajinomoto (M) Berhad
2009 RM 119,678,045 RM46,356,553
= 4.87 RM 23,623,487
2010 RM 135,740,701 RM 52,255,273
= 3.31 RM 25,235,878
2011 RM 164,016,975 RM 62,802,628
= 2.52 RM 40,175,870
2012 RM 164, 978, 783 RM 63,212,136
= 3.51 RM 29,023,688
Nisbah segera syarikat Ajinomoto pada tahun 2009 adalah 4.87 kali. Ini bermakna
bahawa bagi setiap RM1 hutang, syarikat dapat menanggung sebanyak RM4.87 dalam bentuk
aset semasa tanpa bergantung kepada inventori. Pada tahun 2010, nisbah segera bagi syarikat
Ajinamoto adalah 3.31 kali. Ini menunjukkan keupayaan syarikat untuk membayar liabiliti
segera tanpa bergantung pada inventori pada tahun 2010 telah menurun jika dibandingkan
dengan tahun 2009 (4.87 kali). Nisbah segera syarikat Ajinomoto pada tahun 2011 adalah
2.52 kali. Ini bermakna bahawa bagi setiap RM1 hutang, syarikat dapat menanggung
sebanyak RM2.52 dalam bentuk aset semasa tanpa bergantung kepada inventori. Nisbah
segera syarikat Ajinomoto pada tahun 2012 adalah 3.51 kali. Ini bermakna bahawa bagi
setiap RM1 hutang, syarikat dapat menanggung sebanyak RM3.51 dalam bentuk aset semasa
tanpa bergantung kepada inventori. Ini menunjukkan keupayaan syarikat untuk membayar
liabiliti semasa tanpa bergantung pada inventori telah meningkat kembali jika dibandingkan
dengan tahun 2011.
Nisbah Segera = Aset Semasa - Inventori
Liabiliti Semasa
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
7
SYARIKAT GAMUDA BERHAD
Jadual 4: Nisbah segera bagi Syarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun Nisbah Segera Syarikat Gamuda Berhad
2009 RM 3,279,213,000 RM 101,082,000
= 2.23 RM 1,427,451,000
2010 RM 4,203,173,000 RM 79,738,000
= 2.14 RM 1,930,241,000
2011 RM 4,545,632,000 RM 34,105,000
= 2.09 RM 2,166,435,000
2012 RM 5,229,183,000 RM 66,481,000
= 1.66 RM 3,106,509,000
Jadual 4 menunjukkan nisbah semasa bagi syarikat Gamuda Berhad. Pada tahun 2009,
nisbah semasa syarikat adalah 2.23 kali. Ini bermakna setiap RM1 hutang, syarikat dapat
menanggung sebanyak RM2.23 dalam bentuk aset semasa tanpa bergantung kepada
inventori. Pada tahun 2010, ianya menunjukkan penurunan kepada RM1=RM 2.14. Sekali
lagi keupayaan syarikat memenuhi tuntutan jangka pendek menurun kepada RM2.09 pada
tahun 2011. Pada tahun 2012 pula, syarikat hanya mampu memenuhi tuntutan nisbah segera
syarikat sebanyak RM1=RM 1.66. Penurunan ini boleh menjejaskan keupayaan syarikat
untuk menyelesaikan hutang tanpa penjualan inventori.
2.2 Nisbah Pengurusan Hutang (Nisbah Leveraj)
Kumpulan nisbah ini cuba mengukur sejauh mana firma menggunakan hutang dalam
pembiayaan syarikat. Ini melibatkan konsep keumpilan kewangan. Keumpilan kewangan
wujud apabila syarikat menggunakan hutang sebagai salah satu daripada sumber pembiayaan
syarikat. Nisbah-nisbah dalam kumpulan ini juga cuba membayangkan kemampuan syarikat
menanggung perbelanjaan tetap yang bersabit dengan penggunaan hutang. Secara ringkas,
nisbah pengurusan hutang mencerminkan kemampuan syarikat membayar kesemua
hutangnya, iaitu hutang jangka panjang campur hutang jangka pendek (Samad et al., 2003).
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
8
Terdapat tiga nisbah pengurusan hutang yang boleh digunakan untuk tujuan analisis
keumpilan iaitu:
(i) Nisbah Hutang
(ii) Nisbah hutang: Ekuiti
(iii) Nisbah Liputan Perbelanjaan Faedah
2.2.1 Nisbah Hutang
Nisbah hutang mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang. Komponen hutang
terdiri daripada segala liabiliti semasa dan hutang jangka panjang. Formula untuk
mendapatkan nisbah hutang adalah:
SYARIKAT AJINAMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Jadual 5: Nisbah hutang bagi Syarikat Ajinomoto (M) Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun Nisbah hutang Syarikat Ajinomoto (M) Berhad
2009 RM 33,163,063
X 100 = 14.9 % RM 222,460,060
2010 RM 35,469,939
X 100 = 14.8 % RM 239,586,247
2011 RM 49,983,540
X 100 = 18.5 % RM 270,172,280
2012 RM 38,528,820
X 100 = 14.1 % RM 273,851,710
Nisbah hutang = Jumlah Hutang / liabiliti
Jumlah Aset
X 100
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
9
Jadual 5 menunjukkan nisbah hutang bagi syarikat Ajinamoto (M) Berhad bagi tahun 2009
hingga tahun 2012. Pada tahun 2009, didapati 14.9 peratus daripada aset yang dimiliki
syarikat Ajinamoto (M) Berhad dibiayai oleh hutang. Pada tahun 2010 pula, nisbah
hutangnya telah menurun sebanyak 0.01 peratus. Walaupun jumlah liabiliti syarikat pada
tahun ini, peningkatan aset syarikat telah menyebabkan nisbah hutang syarikat menurun
walaupun sedikit. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011didapati nisbah hutang syarikat
telah meningkat kepada 18.5 peratus. Tetapi pada tahun 2012, ianya menurun semula kepada
14.1% kerana syarikat telah mengurangkan liabiliti jangka panjang dan dalam masa yang
sama meningkatkan aset syarikat.
SYARIKAT GAMUDA BERHAD
Jadual 6: Nisbah hutang bagi Syarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun Nisbah hutang Syarikat Gamuda Berhad
2009 RM 2,670,685,000
X 100 = 45.4 % RM 5,878,459,000
2010 RM 3,243,187,000
X 100 = 49.5 % RM 6,550,910,000
2011 RM 3,664,392,000
X 100 = 48.5 % RM 7,551,298,000
2012 RM 4,230,057,000
X 100 = 49.8 % RM 8,498,928,000
Jadual 6 menunjukkan nisbah hutang bagi syarikat Gamuda Berhad bagi tahun 2009 hingga
2012. Nisbah hutang bagi syarikat Gamuda Berhad agak tinggi dan hampir menjejak 50
peratus aset syarikat dibiayai oleh hutang. Pada tahun 2009, nisbah hutang syarikat adalah
sebanyak 45.4 peratus. Pada tahun 2011 pula, ianya meningkat kepada 49.5 peratus. Walau
bagaimanapun, pada tahun 2011, nisbah hutang menurun sedikit sebanyak 1 peratus sahaja.
Pada tahun 2012, nisbah hutang syarikat meningkat kembali kepada 49.8 peratus. Keadaan
nisbah hutang syarikat ini agak membimbangkan kerana nisbah hutang yang terlalu tinggi
mendedahkan firma kepada risiko kebankrapan (Samad et al., 2003).
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
10
2.2.2 Nisbah Hutang: Ekuiti
Nisbah ini menggambarkan perlindungan yang diberi kepada pemiutang jangka panjang
dengan adanya pelaburan pemegang saham. Formula yang digunakan untuk mencari nisbah
ini adalah:
SYARIKAT AJINAMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Jadual 7: Nisbah hutang: Ekuiti bagi Syarikat Ajinomoto (M) Berhad tahun 2009 - 2012
Tahun Nisbah hutang:Ekuiti Syarikat Ajinomoto (M) Berhad
2009 RM 33,163,063
X 100 = 14.9 % RM 222,460,060
2010 RM 35,469,939
X 100 = 14.8 % RM 239,586,247
2011 RM 49,983,540
X 100 = 18.5 % RM 270,172,280
2012 RM 38,528,820
X 100 = 14.1 % RM 273,851,710
Berdasarkan jadual 7, pada tahun 2009 Syarikat Ajinamoto hutang jangka panjang
menyumbang sebanyak 14.9 peratus terhadap pembiayaan syarikat berbanding dengan
pembiayaan melalui ekuiti. Pada tahun 2010 pula, hanya berlaku penurunan sebanyak 0.01
peratus hutang jangka panjang yang dibuat oleh syarikat. Peningkatan yang sangat besar iaitu
3.7 peratus berlaku pada tahun 2011 apabila sebanyak 18.5 peratus hutang jangka panjang
digunakan untuk pembiayaan syarikat. Namun begitu, pada tahun 2012, ianya menurun
kembali kepada 14.1 peratus sahaja hutang jangka panjang digunakan untuk membiayai
syarikat.
Nisbah hutang: Ekuiti = Jumlah Hutang jangka panjang
Jumlah Ekuiti Biasa
X 100
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
11
SYARIKAT GAMUDA BERHAD
Jadual 7: Nisbah hutang: Ekuiti bagi Syarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009 - 2012
Tahun Nisbah hutang:Ekuiti Syarikat Gamuda Berhad
2009 RM 1,243,234,000
X 100 = 38.8 % RM 3.207,774,000
2010 RM 1,312,946,000
X 100 = 39.7 % RM 3,307,723,000
2011 RM 1,497,957,000
X 100 = 38.5 % RM 3,886,906,000
2012 RM 1,123,548,000
X 100 = 26.3 % RM 4,268,871,000
Pada tahun 2009, syarikat Gamuda Berhad telah membiayai syarikat dengan
menggunakan 38.8 peratus hutang jangka panjang. Jumlah ini meningkat sedikit pada tahun
2010 iaitu 39.7 peratus. Peningkatan ini menunjukkan syarikat semakin banyak berhutang
untuk membiayai perjalanan syarikat. Pada tahun 2011, syarikat hanya dibiayai sebanyak
38.5 peratus sahaja hutang jangka panjang dan nilainya menurun kepada 26.3 peratus sahaja
pada tahun 2012.
2.2.3 Nisbah Liputan Faedah
Nisbah ini menunjukkan kemampuan firma membayar perbelanjaan faedah daripada
pendapatan operasi tahunan. Nisbah yang tinggi menandakan bahawa firma mampu
membayar perbelanjaan faedah pada masa depan. Nisbah yang rendah akan membahayakan
kedudukan kewangan firma kerana kegagalan membayar faedah boleh dijadikan alasan untuk
membubarkan syarikat (Samad et al., 2003). Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan
nisbah ini. Untuk tugasan ini, formula yang digunakan untuk mendapatkan nisbah liputan
faedah adalah:
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
12
SYARIKAT AJINAMOTO (M) BERHAD
Syarikat Ajinamoto (M) Berhad telah mengisytiharkan mereka bebas daripada hutang. Dalam
setiap laporan tahunan syarikat dari tahun 2009 hingga 2012, tiada bayaran faedah dibuat.
Hanya bayaran cukai sahaja dilakukan oleh syarikat. Keadaan ini membolehkan pendapatan
semasa syarikat dikembalikan semula ke dalam syarikat untuk dijadikan modal. Situasi ini
akan membantu syarikat lebih maju pada masa depan. Ianya juga memberi keuntungan besar
kepada pemegang saham untuk jangka masa panjang.
SYARIKAT GAMUDA BERHAD
Jadual 2: Nisbah liputan faedah bagi Syarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun Nisbah Liputan Faedah Syarikat Gamuda Berhad
2009 RM 326,991,000
= 7.29 RM 44,834,000
2010 RM 160,092,000
= 4.07 RM 39,354,000
2011 RM 603,303,000
= 10.26 RM 58,779,000
2012 RM 432,965,000
= 8.32 RM 52,020,000
Pada tahun 2009, kemampuan syarikat Gamuda Berhad untuk menanggung faedah
adalah sebanyak 7.29 kali. Pada tahun 2010 pula, kemampuan syarikat telah merosot
sebanyak 3.22 menjadi hanya 4.07 kali sahaja. Walau bagaimanapun, ianya telah semula
meningkat pada tahun 2011 menjadi 10.26 kali. Kemerosotan berlaku semula pada tahun
2012 menjadi 8.32 kali. Keadaan ini akan membimbangkan para pemiutang kerana jika
Nisbah Liputan Faedah =
Keuntungan Bersih + Perbelanjaan Cukai +
Perbelanjaan Faedah
Perbelanjaan Faedah
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
13
kemerosotan terus berlaku, ia akan membahayakan mereka sebagai pembekal kredit kepada
syarikat Gamuda Berhad.
3.0 PERBANDINGAN NISBAH KECAIRAN DAN NISBAH LEVERAJ
Daripada analisis nisbah kecairan bagi Syarikat Ajinomoto (M) Berhad dan Syarikat Gamuda
Berhad dari tahun 2009 hingga 2012, beberapa persamaan dan perbezaan telah dapat dikenal
pasti. Persamaan pertama dilihat dari segi aset semasa yang dimiliki oleh syarikat. Dari aspek
nisbah kecairan syarikat, dari tahun 2009 hingga 2012, aset semasa syarikat dilihat semakin
bertambah. Peningkatan aset semasa sebenarnya menggambarkan syarikat cuba untuk
menghasilkan faedah jangka pendek. Jumlah aset semasa yang tinggi menjamin perolehan
kecairan sekiranya syarikat memerlukan kewangan dalam waktu yang cepat. Selain itu,
kedua-dua syarikat juga berada pada tahap nisbah segera yang baik. Nisbah segera yang
memuaskan ialah 1:1 iaitu bagi setiap ringgit hutang jangka pendek, seringgit aset segera
akan melindunginya. Berdasarkan analisis aset segera bagi kedua-dua syarikat, syarikat masih
mampu memastikan prestasi kewangan syarikat stabil untuk kegunaan akan datang.
Perbezaan yang didapati bagi kedua-dua syarikat adalah pola nisbah semasa dan
nisbah segera. Didapati, nisbah semasa dan segera bagi syarikat Ajinomoto menaik-menurun
dan menaik semula. Berbanding syarikat Gamuda Berhad, nisbah semasa dan segera syarikat
menurun sejak tahun 2009 hingga 2012. Perbezaan ini berlaku kerana bidang perniagaan
kedua-dua syarikat tidak sama. Ajinamoto merupakan syarikat bekalan produk makanan yang
sentiasa berada di pasaran dan aliran kecairan kewangan juga sentiasa berlaku. Modal pusing
bagi syarikat juga berbeza. Jika dibandingkan dengan syarikat Gamuda, mereka memerlukan
pusingan kewangan yang besar kerana projek yang dijalankan mengambil masa yang lama
untuk disiapkan dan dalam masa yang sama pulangan modal yang dikeluarkan juga
mengambil masa yang lama untuk diterima. Walau bagaimanapun, prestasi kewangan
syarikat masih baik kerana faktor aset jangka panjang yang dimiliki syarikat adalah banyak
berbanding aset semasa
Nisbah pengurusan hutang bagi kedua-dua syarikat menunjukkan syarikat berada pada
tahap pengurusan yang baik. Liabiliti syarikat masih berada pada tahap yang rendah
berbanding jumlah aset bagi kedua-dua syarikat. Jumlah liabiliti yang rendah membolehkan
syarikat mendapat pusingan modal yang mencukupi. Adalah penting untuk memastikan
modal kerja bersih syarikat cukup untuk menjelaskan liabiliti jika dituntut oleh pemiutang
pada masa akan datang.
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
14
Perbezaan yang ketara dalam pengurusan hutang syarikat adalah Syarikat Ajinamoto
tidak pernah membayar apa-apa faedah dalam penyata kewangan mereka. Berbanding
syarikat Gamuda, ada faedah yang dibayar untuk liabiliti jangka panjang yang dimiliki
syarikat. Kelebihan kepada syarikat Ajinomoto adalah mereka dapat menggunakan wang
yang ada untuk kegunaan perniagaan semasa. Kelebihan ini akan boleh mengoptimumkan
keuntungan jangka panjang syarikat dan pemegang saham.
4.0 RINGKASAN
Secara ringkas, dua buah syarikat yang berada di Bursa Malaysia telah dikaji. Sebuah
syarikat adalah syarikat yang menghasilkan produk pengguna iaitu Ajinomoto (M) Berhad
manakala sebuah lagi syarikat adalah syarikat pembinaan iaitu Gamuda Berhad. Kedua-dua
syarikat mempunyai nisbah kecairan dan pengurusan hutang yang baik. Ini bermakna,
syarikat mampu menyelesaikan hutang jangka pendek dengan menggunakan aset yang
dimiliki oleh syarikat. Pendapatan dan saiz kedua-dua buah syarikat adalah berbeza
disebabkan faktor nilai pelaburan dan jenis perniagaan yang dilakukan. Semua analisis yang
dilakukan berpandukan penyata kewangan yang dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat setiap
tahun.
(2927 Patah perkataan)
-
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
15
Rujukan
Ajinomoto (Malaysia) Berhad. (n.d.). ajinomoto Corporate Brochure.
Ajinomoto (Malaysia) Berhad. (2009). Ajinomoto Annual Report 2009 (pp. 3536). Malaysia.
Ajinomoto (Malaysia) Berhad. (2010). Ajinomoto Annual Report 2010 (pp. 3435). Malaysia.
Ajinomoto (Malaysia) Berhad. (2011). Ajinomoto Annual Report 2011 (pp. 3536). Malaysia.
Ajinomoto (Malaysia) Berhad. (2012). Ajinomoto Annual Report 2012 (pp. 3637). Malaysia.
Anuar, M. A., Yusof, M. E., Alfiah, M. N., & Ramakrishnan, S. (2006). Asas Pengurusan
Kewangan. Malaysia: Pearson Prentice Hill.
Gamuda Berhad. (2009). Gamuda Annual Report 2009 (pp. 8794). Malaysia.
Gamuda Berhad. (2010). Gamuda Annual Report 2010 (pp. 89100). Malaysia.
Gamuda Berhad. (2011). Gamuda Annual Report 2011 (pp. 91100). Malaysia.
Gamuda Berhad. (2012). Gamuda Annual Report 2012 (pp. 115120). Malaysia.
Samad, M. F. A., Ismail, S., & Zainir, F. (2003). Pengurusan Kewangan. Malaysia: Thomson
Learning Asia.
(Ajinomoto (Malaysia) Berhad, 2009)
(Ajinomoto (Malaysia) Berhad, 2010)
(Ajinomoto (Malaysia) Berhad, 2011)(Ajinomoto (Malaysia) Berhad, 2012)(Gamuda Berhad,
2009)(Gamuda Berhad, 2010)(Gamuda Berhad, 2011)(Gamuda Berhad, 2012)
top related