mesyuarat disambung semula pada yang mulia timbalan ......
Post on 23-Mar-2019
223 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 36
Mesyuarat disambung semula pada
pukul 2.00 petang
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dalam persidangan kita yang telah
diadakan pada pagi tadi, kita telah pun
membincangkan beberapa soalan yang
terkandung dalam Perkara V, Soalan-
Soalan Yang Diberi Notis. Sebanyak
9 soalan telah pun dikemukakan dan
dijawab sepenuhnya oleh Yang
Berhormat Menteri-Menteri yang
berkenaan. Manakala, Soalan-Soalan
Yang Diberi Notis selebihnya, saya
mencadangkan supaya ianya kita
bincangkan pada kemudian hari nanti
untuk membolehkan pihak-pihak yang
berkenaan meneruskan persidangan ini
bagi melancarkan perjalanan
pentadbiran kita.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan
Majlis Mesyuarat Negara akan kita
teruskan untuk membincangkan Perkara
VI, Usul-Usul Yang Diberi Notis iaitu
dalam menyembahkan sepenuh-
penuhnya menjunjung kasih Kehadapan
Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam atas
keberangkatan Baginda ke Istiadat
Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama
Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas
Majlis Mesyuarat Negara ini.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis:
Perkara VI, Usul-Usul Yang Diberi Notis
yang akan dicadangkan oleh Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna
Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu
Bakar bin Haji Apong, Yang Berhormat
Menteri Pendidikan.
Yang Berhormat Menteri
Pendidikan: Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Alhamdulillahi Rabbil‟alameen.
Wassalaatu Wassalaamu „Alaa Sayyidina
Muhammadin, Wa‟alaa Aalihee
Wasahbihee Ajma‟een. Yang Berhormat
Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang
Berhormat, Alhamdulillah kita bersyukur
ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala
kerana dengan izinNya jua Istiadat
Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama
Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas
Majlis Mesyuarat Negara telah selamat
disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam pada
14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan
5 Mac 2015 Masihi.
Lebih dahulu, saya mewakili Ahli-Ahli
Yang Berhormat di Dewan yang mulia
ini, sukacita mengucapkan setinggi-
tinggi tahniah kepada Yang Berhormat
Yang Di-Pertua atas pelantikannya
sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat
Negara. Abiskaola penuh percaya Yang
Berhormat Yang Di-Pertua dengan
kewibawaan Yang Berhormat Yang
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 37
Di-Pertua akan dapat melaksanakan
amanah yang diberikan dengan
kepimpinan yang tinggi lagi penuh
bertanggungjawab demi menaikkan lagi
martabat Majlis Mesyuarat Negara
sebagaimana jua hasrat Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini
menjunjung kasih setinggi-tingginya jua
atas keberangkatan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam bercemar
duli ke Istiadat Pembukaan Rasmi
Mesyuarat Pertama Dari Musim
Permesyuaratan Kesebelas Majlis
Mesyuarat Negara dan seterusnya
berkenan mengurniakan titah.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
sesungguhnya padat dan bernas yang
mengandungi nasihat dan peringatan,
pengamatan tajam serta pandangan
jauh, mencerminkan dengan jelas
keprihatinan dan kebijaksanaan Baginda
dalam memastikan kemakmuran dan
kesejahteraan negara sentiasa terjamin
apa lagi berhadapan dengan berbagai-
bagai cabaran masa ini.
Majlis ini menjunjung kasih atas titah
Baginda dan atas pemerhatian dan
pengamatan Baginda yang telah
beberapa kali Baginda ingatkan akan
peranan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat
Negara bagi mengetengahkan
pendekatan terbaik, berpandangan jauh
dan seterusnya menghidangkan idea-
idea besar dan bernas untuk kemajuan
negara. Pendekatan kontekstual secara
positif setentunya akan dapat
membentuk minda yang sihat dalam
kalangan rakyat secara amnya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Dengan itu, saya bangun berdiri di sini
mencadangkan satu usul yang berbunyi:
“Majlis ini bersetuju meluluskan satu
usul menyembahkan sepenuh-penuhnya
menjunjung kasih Kehadapan Majlis
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali
Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam atas keberangkatan
Baginda ke Majlis ini pada hari Khamis,
14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan
5 Mac 2015 Masihi dan atas titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali
Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam yang majlis ini
menjunjung kasih dengan sepenuh-
penuhnya.”
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Negara Brunei
Darussalam alhamdulillah sentiasa
diberkati dengan kurnia kekayaan
sumber aslinya termasuk minyak dan
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 38
gas yang menjadi nadi kepada
kestabilan ekonomi dan keharmonian
sosial negara. Kita bagaimanapun, tidak
dapat lari daripada cabaran politik,
keselamatan dan kemelesetan
kewangan yang dialami dunia.
Alhamdulillah, kita sejauh ini telah dapat
mengharungi badai cabaran seperti
Krisis Kewangan Asia 1997 Masihi dan
Krisis Kewangan Global 2008 Masihi
dengan melaksanakan dasar kewangan
berhemah yang telah memastikan
kemajuan negara sentiasa dapat
berdaya tahan.
Dengan trend harga minyak mentah
dunia yang tidak menentu, kita sekali
diuji. Pengalaman kita dalam menangani
krisis terdahulu masih belum berjaya
membudayakan kita dengan strategi-
strategi yang mapan. Kita seharusnya
menggunakan peluang ini bagi
memastikan kita akan lebih bersedia
dalam mengharungi apa jua cabaran-
cabaran baru yang mungkin melanda.
Sama-samalah kita berusaha mengambil
iktibar daripada krisis dan keadaan ini.
Mungkin ramai yang memikirkan kita
hanya berdepan dengan krisis harga
minyak yang jauh merudum. Saya
bagaimanapun, berpendapat ada
cabaran yang lebih besar daripada ini,
iaitu kemampuan kita untuk bertindak
balas dengan pantas dan bijak terhadap
kejatuhan harga minyak dan merancang
masa depan yang cerah untuk Negara
Brunei Darussalam yang kita cintai ini
dengan cara yang kukuh dan berdaya
tahan.
Inilah sebenarnya takrifan pembentukan
jati diri dan daya tahan bangsa. Krisis
penurunan harga minyak ini bukan kali
pertama dan sudah setentunya bukan
yang terakhir, bahkan cabaran pada
masa akan datang mungkin akan lebih
complex daripada ini. Oleh itu, kita
perlu mengelakkan diri daripada sikap
leka atau complacent dan
mempersiapkan diri kita semua dengan
berusaha keras dan keluar daripada
comfort zone demi menjamin masa
depan negara yang berdaya tahan.
Pembentukan jati diri yang seiring
dengan realiti baharu dalam dunia masa
ini memerlukan pendekatan yang
bersepadu. Selain sikap yang positif
kepada perubahan, kita memerlukan
pengetahuan dan kemahiran. Dalam
konteks ini, keupayaan kita untuk
mempelbagaikan ekonomi perlulah
menjadi agenda utama kita dalam
mengenal pasti bidang-bidang
keutamaan ekonomi atau economic
priorities yang jelas. Di samping itu,
pelaburan dalam sains dan teknologi
adalah amat penting bagi menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi dan
penyelidikan asas.
Dalam hubungan ini, kepimpinan
berwawasan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam adalah amat jelas terpancar
melalui aspirasi negara dalam Wawasan
Negara 2035 yang memfokuskan
kepada pembangunan sumber tenaga
manusia, ekonomi yang dinamik dan
kualiti kehidupan tinggi. Wawasan ini
adalah satu aspirasi yang menyatukan
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 39
kita semua dalam menuju ke satu
destinasi yang sama. Oleh itu, adalah
amat penting bagi kita semua
mempunyai pemahaman dan
penghayatan yang sama dalam
mencapai wawasan ini.
Penjana untuk menuju ke destinasi ini
ialah rakyat negara ini sendiri. Oleh itu
pihak kerajaan tidak kendur-kendur
sentiasa komited untuk melabur dalam
pembentukan sumber tenaga manusia
yang berkemahiran terutamanya para
belia.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam telah bertitah agar
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara akan
mampu untuk mengetengahkan
pendekatan-pendekatan terbaik untuk
permbangunan termasuklah penyerapan
positif mindset kepada rakyat supaya
mereka lebih matang bertindak selaras
dengan tuntutan zaman.
Inilah peranan kita bagi sama-sama
menyemai mindset yang positif. Kita
sewajarnya menjunjung tinggi titah
Baginda ini bagi membuat anjakan
paradigma bagi mengubah mindset kita
kepada budaya suka bergantung
daripada budaya suka bergantung pada
mindset berdikari dan berusaha.
Pengikisan sikap ini akan menjadi benih
kepada budaya suka berjimat cermat.
Kita haruslah menanam budaya
berbelanja dengan berhemah dan value
for money di setiap peringkat
masyarakat, bermula dari individu,
keluarga sehinggalah kepada komuniti.
Sama-samalah kita menggunakan
budaya berhemah dari awal lagi
di rumah agar ia menjadi budaya kita
untuk berbelanja mengikut kemampuan
dengan mengukur baju di badan sendiri.
Penyerapan positif mindset ini juga
berkait rapat dengan pemikiran
keusahawanan atau (entrepreneurial
mindset) di kedua-dua sektor awam dan
swasta.
Adalah penting pemikiran
keusahawanan ini dipupuk sedari awal
melalui pendidikan. Oleh itu, Agenda
Keusahawanan Kebangsaan ataupun
National Entrepreneurship Agenda
(NEA) yang diungkayahkan oleh
Kementerian Pendidikan melalui
Universiti Brunei Darussalam mulai April
2014 Masihi, adalah bertujuan untuk
memupuk minda keusahawanan dalam
kalangan rakyat dan penduduk
di negara ini. Agenda ini meliputi tiga
(3) tunggak iaitu pendidikan teras,
pendidikan tinggi dan komuniti yang
melibatkan masyarakat umum.
Ia diharap akan memupuk nilai-nilai
seperti berdikari, berdaya cipta, inovatif,
berpandangan jauh, mampu melihat
peluang, mengenal pasti risiko dan cara
mengurangkannya mempunyai sense of
urgency dan pandai berikhtiar atau
(resourcefullnes).
Setakat ini seramai 1,222 orang pelajar
telah terlibat dalam inisiatif ini dan
beberapa success stories telah dapat
dicapai. Sebagai contoh, tujuh (7) buah
syarikat telah ditubuhkan oleh para
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 40
pelajar yang ada antaranya telah
berjaya mendapat kontrak
perkhidmatan. Ini membuktikan orang-
orang kitani dapat berjaya dengan
usaha dan cara mereka sendiri.
Harapan untuk negara melahirkan lebih
ramai ahli perniagaan dalam kalangan
anak tempatan telah di titahkan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
semasa Istiadat Pembukaan Rasmi
Mesyuarat Pertama Dari Musim
Permesyuaratan Kesepuluh Majlis
Mesyuarat Negara pada tahun lepas.
Bidang keusahawanan bukan hanya
akan dapat melahirkan generasi yang
tidak hanya bergantung pada bantuan
pihak kerajaan atau mempunyai sikap
menanti-nanti malahan mempunyai
sikap yang lebih ambitious dan
kompetitif serta mampu mencari dan
mengambil peluang bagi kemajuan diri
dan masyarakat umum. Ini antara ciri-
ciri yang akan membawa kita berjaya
menembusi arena global dalam apa jua
bidang yang diceburi.
Insya-Allah, ia juga akan dapat menjana
perkembangan ekonomi negara.
Justeru, penglibatan dan kerjasama
semua pihak berkepentingan adalah
mustahak bagi memastikan kemajuan
yang signifikan akan dapat dicapai.
Ini juga bertepatan dengan titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
bagi para usahawanan yang sedia ada
di negara ini untuk bergerak
mengembangkan lagi perniagaan dan
industri masing-masing dan tidak
terhenti setakat tangga pertama sahaja.
Perusahaan kecil dan sederhana
ataupun SMEs (small medium
enterprises) khusunya perlu mengambil
perhatian akan perkara ini dalam
meningkatkan lagi sumbangan SME
kepada kemajuan ekonomi dan sosial
negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam juga bertitah bagi
kita semua di Dewan yang mulia ini
membincangkan usaha-usaha negara ke
arah mengukuhkan asas-asas ekonomi
negara, termasuk memperkasa sektor
awam untuk lebih berkesan
dan berkualiti dan dasar fiskal negara
yang stabil, terutama dalam
mempertimbangkan peruntukan
kewangan dan perbelanjaan negara.
Pada masa yang sama, rakyat negara ini
juga diseru untuk sentiasa berjimat
cermat dalam pengurusan perbelanjaan.
Perkara ini juga disentuh oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam dalam titah
Baginda sempena Sambutan Ulang
Tahun Hari Kebangsaan Kali Ke-31 pada
tahun ini.
Peranan kerajaan dan sektor swasta
adalah amat penting dalam memacu
pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara. Sehubungan dengan itu,
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 41
penambahbaikan urus tadbir dalam
kerajaan dan perniagaan adalah amat
penting. Pihak kerajaan pada masa ini
giat berusaha memperkukuhkan
persekitaran sektor awam dan ekonomi
agar lebih berkualiti dan kondusif bagi
meningkatkan daya saing negara.
Antara langkah yang telah dan
sedang dilaksanakan termasuklah
mengurangkan birokrasi, memperkemas
dan permudahkan prosedur bagi
menjalankan perkhidmatan awam dan
perniagaan dan meningkatkan sense of
urgency demi memastikan yang kita
akan dapat memantau kemajuan yang
berorientasikan hasil dan impak dalam
mencapai hasrat Wawasan Negara
2035.
Sehubungan dengan itu, usaha
penggerak di Jabatan Perdana Menteri
ke arah mempertingkatan daya saing
dan tahap produktiviti negara ini amat
dihargai. Antara usaha yang telah
diambil ialah peningkatan ease of doing
business melalui penggantian lesen
rampaian kepada lesen perniagaan bagi
lesen perniagaan dapat diperolehi dalam
tempoh satu hari. Permohonan dan
kebenaran pendaftaran syarikat secara
online, projek meningkatkan prestasi
Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan
inisiatif yang lain sedang diusahakan.
Kita berharap dalam tempoh terdekat,
kita akan dapat memperkasakan sektor
awam yang berkualiti dan berkesan.
Sehubungan dengan itu juga, sektor-
sektor lain juga perlu bergerak ke arah
tujuan yang sama dalam memberikan
perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan
berkesan. Ini akan membantu
mengubah imej negara selaras dengan
wawasan untuk menjadikan ekonomi
Brunei Darussalam antara yang teratas
di dunia.
Namun begitu masih banyak lagi yang
perlu kita usahakan. Ia memerlukan
usaha secara menyeluruh dan inklusif
untuk memahami ekspektasi dan
kebergantungan pelbagai pihak
berkepentingan di negara ini, baik di
sektor awam dan swasta, komuniti,
masyarakat dan individu. Justeru,
keperluan merentasi agensi untuk
mengurangkan silo dan menambah
sinergi untuk memanfaatkan kelebihan
masing-masing adalah perlu apatah lagi
dalam memastikan penyejajaran usaha
dalam kita mendekati 2035 Masihi.
Pendekatan secara menyeluruh dan
inklusif akan memastikan kita membuat
perancangan dan pelaksanaan sesuatu
inisiatif itu secara holistik dan strategik.
Matlamat inisiatif perlu dikenal pasti dan
dikupas dengan lebih mendalam untuk
memastikan pulangan pelaburan
ataupun return of investments (ROIs)
yang memuaskan, penggunaan sumber
(resources) yang bijak, dan memberikan
impak yang maksimum termasuklah
pembawaan manfaat dan kesan
berganda ataupun multifie effect kepada
sektor-sektor lain.
Sebagai contoh, transformasi pendidikan
teknikal di Kementerian Pendidikan
memberikan impak bukan sahaja
kepada kualiti kurikulum, bahkan yang
lebih utama, ialah kerjasama erat
dengan pihak industri atau agensi-
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 42
agensi kerajaan yang berkepentingan
umpamanya Jabatan Tenaga di Jabatan
Perdana Menteri (EDPMO) melalui
Energy Industry Competency
Framework (EICF) dalam memastikan
peluang pekerjaan dapat dijamin.
Penyejajaran antara kursus yang
ditawarkan dengan keperluan dari
industri telah menarik ramai anak-anak
tempatan untuk melanjutkan pengajian
mereka dalam aliran teknikal. Usaha ini
bertepatan dengan titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam yang menginginkan
peluang pekerjaan dalam sektor industri
dapat diisikan oleh ramai anak
tempatan. Di sini, kita dapat lihat
kejayaan EICF dalam membukakan
peluang pekerjaan kepada anak
tempatan.
Adalah diharapkan, model EICF ini akan
dapat dilaratkan ke sektor ataupun
industri lain seberapa segera dengan
merangka industri competency
framework (ICF) masing-masing dalam
memastikan jaminan sumber tenaga
kerja tempatan yang memenuhi
keperluan pasaran dan industri.
Sehubungan dengan itu, kita
menjunjung titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dengan memberi perhatian
terhadap peluang anak-anak tempatan
memegang jawatan-jawatan penting
di sektor swasta.
Ini sudah setentunya akan dapat
memberikan keseimbangan dalam
pengambilan pekerja tempatan dan
pekerja asing di sektor swasta di negara
ini, di samping menitikberatkan
kepentingan perkembangan kerjaya
atau career progression anak-anak
tempatan. Oleh itu, marilah kita sama-
sama menyediakan strategi-strategi
yang akan dapat meningkatkan
pembangunan kapasiti, capacity building
anak-anak tempatan secara sistematik.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Melalui
Persidangan Majlis Mesyuarat Negara
Yang Kesebelas ini, marilah kita semua
menggunakannya sebagai satu wadah
untuk kita sama-sama membincangkan
perencanaan langkah-langkah strategik
untuk memantapkan lagi kaedah
bagaimana kita di sektor awam dan
swasta dapat memperolehi faedah
maksimum daripada dasar,
perkhidmatan, infrastruktur dan sumber
yan sedang dan akan dirancangkan.
Berdasarkan apa yang telah dititahkan
oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,
kita semua diseru agar memeduli semua
permasalahan rakyat dan penduduk
dengan perlu sama-sama berganding
bahu dan mengambil perspektif yang
benar-benar diyakini dapat memajukan
mereka.
Ini bermaksud, kita perlu mengkaji
permasalahan dan mencari jalan
penyelesaian dengan penuh masak
dalam menangani sesuatu isu itu.
Marilah kita sama-sama bermusyawarah
dengan membuat perundingan secara
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 43
baik. Inilah sebenarnya pendekatan
yang dianjurkan oleh Islam yang selaras
dengan konsep Melayu Islam Beraja
(MIB), falsafah negara kita.
Mudah-mudahan dengan perbahasan
yang matang dan berkualiti, kita akan
dapat melaksanakan tanggungjawab
kita dalam sama-sama memartabatkan
institusi Majlis Mesyuarat Negara
sebagai sebuah institusi penting bagi
pembangunan negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum
mengakhiri ucapan sembah menjunjung
kasih ini saya penuh berharap dengan
kepimpinan Yang Di-Pertua Majlis,
perbincangan-perbincangan yang akan
diadakan dalam beberapa hari akan
datang ini diharap akan mampu
membantu pihak kerajaan dalam
melaksanakan usaha-usaha dalam
membangun negara yang sama-sama
kita cintai ini.
Selari dengan pembangunan tersebut,
kita akan terus mengekalkan identiti kita
sebagai sebuah negara yang
berpaksikan kepada konsep Melayu
Islam Beraja yang rakyat dan
penduduknya akan terus hidup dalam
keamanan, ketenteraman serta
kesejahteraan yang berterusan dan
berkekalan, insya-Allah.
Sekian Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Wabillahit Taufik Walhidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri
Pendidikan dan saya ingin mengucapkan
terima kasih atas ucap selamat yang
telah dikemukakan dengan lantikan saya
sebagai Speaker. Dengan itu, saya
meminta adakah ahli yang ingin
menyokong usul yang dikemukan oleh
Yang Berhormat Menteri Pendidikan itu.
Yang Berhormat Menteri
Kesihatan: Bismillahir Rahmanir
Rahim. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang
Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-ahli
Yang Berhormat. Saya menyokong
sepenuhnya Usul daripada Yang
Berhormat Menteri Pendidikan. Terima
kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih Yang Berhormat Menteri
Kesihatan. Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri
Pendidikan telah mencadangkan Satu
Usul menyembahkan sepenuhnya
menjunjung kasih Kehadapan Majlis
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Muizzaddien Waddaulah Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam atas keberangkatan Baginda
Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat
Pertama Dari Musim Permesyuaratan
Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara yang
telah diadakan pada hari Khamis,
5 Mac 2015 Masihi.
Usul ini telah disokong sepenuhnya oleh
Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Maka sekarang, usul ini saya bukakan
untuk dibahas. Saya melihat bahawa
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 44
ada 11 Ahli Yang Berhormat yang telah
menyatakan untuk berucap dan
berhujah bagi usul ini, dan sekarang
dalam senarai saya yang pertama saya
persilakan Yang Berhormat Pehin Datu
Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji
Awang Abdul Hamid bin Bakal. Silakan
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pehin Datu Imam
Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji
Awang Abdul Hamid Bin Bakal: Saya
dengan hormat mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada
Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana
memberi peluang bercakap bagi
menjunjung kasih atas kurnia titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali
Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam pada hari Khamis
yang lalu di Dewan yang mulia ini.
Saya terlebih dahulu mengucapkan
setinggi tahniah atas pelantikan Yang
Berhormat Pehin sebagai Yang
Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir
Rahim. Alhamdulillahi Rabbil‟alamin
Wassalaatu Wassalaamu „Alaa Asyrafil
Anbiya Walmursalin Sayyidina
Muhammaddin Wa‟ala Alihi Wasahbihi
Ajmain Amaa Ba‟adu
Yang Berhormat Pehin Datu Imam
Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji
Awang Abdul Hamid bin Bakal:
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh Wassalamu Alhamdulillahi
Rabbil‟alamin Wassalaatu Wassalaamu
„Alaa Asyrafil Anbiya Walmursaleen
Sayyidina Muhammaddin Wa‟ala Alihi
Wasahbihi Ajma‟een Amaa Ba‟adu.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Yang
Berhormat Menteri-Menteri Kabinet,
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Negara. Sebagaimana yang
sama-sama kita maklum bahawa
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali
Saifuddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam telah bertitah
di Dewan yang mulia ini pada hari
Khamis yang lalu, menggariskan empat
perkara yang perlu menjadi tumpuan
sidang Majlis Mesyuarat Negara kali
kesebelas ini, bagi memacu negara
menghadapi suasana kelembapan
ekonomi ke arah pembangunan dan
kemajuan yang mampan.
Perkara-perkara tersebut termasuklah:
1. Memperkasa sektor awam;
2. Mengekalkan dasar kestablian
fiskal;
3. Menggerakkan anak-anak
tempatan bagi mengisi peluang-
peluang pekerjaan; dan
4. Bidang Keusahawanan.
Baginda bertitah supaya ada
penghijrahan pemikiran daripada suka
bergantung pada bantuan kepada lebih
berdikari dan berusaha. Saya dalam
ucapan ini hanya akan menyentuh soal
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 45
mengenai perkara berdikari dan
berusaha.
Menyebut tentang perlunya tentang
berdikari dan berusaha, rakyat yang
terdiri daripada masyarakat Islam
khususnya di negara ini perlulah
menyedari bahawa agama Islam bukan
sahaja menggalakkan umatnya berdikari
dan berusaha untuk mendapatkan
perbelanjaan nafkah sara hidup bagi diri
dan ahli keluarga masing-masing,
bahkan Rasulullah Alaihi Wasallam
dalam sebuah hadis Baginda telah
bersabda “Talabul halal faridatun ba‟dal
faridah” ertinya berusaha dan bekerja
bagi mendapatkan rezeki yang halal
adalah suatu kewajipan fardu. Ini
bererti bekerja dan berusaha bagi
mendapatkan rezeki yang halal itu
hukumnya fardu atau wajib, bukan
sunat dan bukan harus. Sesiapa dalam
kalangan orang Islam yang tiada uzur
syar‟ie mengabaikan kewajipan
berusaha dan bekerja ini akan berdosa
dan orang yang melakukannya
mendapat pahala.
Sikap sesetengah orang yang layak dan
berdaya, berusaha dan bekerja yang
lebih suka menganggur dan hanya
mengharapkan bantuan-bantuan pihak
kerajaan atau pihak-pihak lain tidak
selari dengan ajaran-ajaran agama
Islam. Dalam satu hadis lain Rasulullah
Alaihi Wasallam telah bersabda
“Manhasamkalan mina‟amalihalali
Amsamalmakfurallah” ertinya sesiapa
yang pada waktu petangnya dalam
keadaan letih disebabkan bekerja untuk
mendapatkan rezeki halal dari paginya
nescaya dia mendapat keampunan
dosanya pada petang itu. Ini
menunjukkan bahawa Islam
memandang tinggi kepada orang-orang
yang bekerja dan berusaha pada
mendapatkan rezeki yang halal sehingga
kepenatan disebabkan bekerja dan
berusaha itu diberi nilai yang tinggi
oleh Allah Subhanahu Wata‟ala dengan
mengurniakan pengampunan dosa
kepada orang itu disebabkan berusaha
dan bekerja.
Rasulullah Sallallahu „Alaihi Wasallam
pernah juga menerangkan bahawa
orang yang berusaha dan bekerja untuk
menyara dirinya, isterinya dan anak-
anaknya yang lemah adalah beroleh
pahala seperti pahala orang berjihad
fisabilillah iaitu orang berjuang,
berperang bagi menegakkan agama
Allah. Melalui penerangan Baginda
Rasulullah Sallallahu „Alaihi Wasallam
itu, jelas kepada kita bahawa pahala
bekerja dan berusaha untuk
mendapatkan rezeki yang halal adalah
sama pahala dengan pejuang fisabilillah.
Selain itu, golongan peniaga pula,
adalah mendapat martabat yang tinggi
di sisi Allah Subhanahu Wata‟ala
sebagaimana yang telah diterangkan
Sallallahu „Alaihi Wasallam dalam
sebuah hadis sabda Baginda “Attajurus
sadukul aminu yuksyaruma
anabiyisidiqin” ertinya peniaga yang
lurus lagi jujur akan dihimpunkan
di akhirat bersama nabi-nabi dan orang-
orang sidiqin. Orang-orang sidiqin itu
adalah orang-orang yang mendapat
darjat yang tinggi di sisi Allah
Subhanahu Wata‟ala di akhirat yang
akan ditempatkan bersama nabi-nabi
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 46
Alaihi Wasallam di akhirat. Tetapi perlu
juga dingati bahawa seseorang yang
hendak menceburkan diri dalam satu-
satu pekerjaan atau perniagaan atau
perusahaan hendaklah lebih dahulu
mempelajari perkara-perkara perlu
diketahui yang dari segi hukum ugama
mengenai bidang yang hendak diceburi
itu supaya ia terhindar daripada
melakukan perkara-perkara yang
bercanggah dengan hukum agama
Islam.
Misalnya dalam bidang perniagaan, ia
mestilah mempelajari hukum-hukum
jual beli, riba, sewa beli dan sebagainya.
Begitu juga ia hendaklah mempelajari
etika sebenar berniaga secara lurus dan
jujur, niatnya juga hendaklah bagi
mendapatkan nafkah dan sara hidup
bagi diri dan orang-orang di bawah
tanggungannya. Dia juga perlu berniat
untuk menolong golongan miskin dan
orang-orang daif jika pendapatannya
melebihi daripada keperluannya dan
keperluan orang-orang di bawah
tanggungannya.
Satu perkara lagi yang perlu diambil
perhatian oleh umat Islam yang
menceburkan diri dalam suatu
pekerjaan atau perniagaan ataupun
perusahaan ialah tentang ibadat khusus
kepada Allah Subhanahu Wata‟ala.
Di samping menunaikan tugas bekerja
dan berusaha, dalam apa jua bidang
pun hendaklah jangan dicuaikan tugas
beribadat kepada Allah, misalnya
sembahyang lima waktu pada waktunya
dan kewajipan-kewajipan lain ibadat
khusus, jangan sampai dalam
menjalankan kewajipan satu fardu,
misalnya, bekerja dan berusaha
mendapatkan rezeki halal lalu kewajipan
lain seperti sembahyang umpamanya
diabaikan. Jika ini berlaku sudah tentu
akan mengundang kemurkaan Allah
Subhanahu Wata‟ala. Semua ajaran
agama Islam yang saya bentangkan tadi
merupakan antara motivasi bagi
merangsang umat Islam bekerja dan
berusaha, membuang sikap malas dan
berpada dengan bantuan-bantuan
daripada kerajaan dan pihak-pihak lain
atau suka meminta-meminta kepada
orang lain bagi keperluan sara hidupnya
dan sara hidup ahli-ahli keluarganya.
Buanglah sikap negatif pada diri masing-
masing supaya setiap orang hidup
berdikari demi kebaikan hidup mereka
di dunia dan juga di akhirat. Sekian
saja ucapan saya Wabillahit Taufik
Walhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima
kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih, Yang Berhormat Pehin.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato
Paduka Seri Awang Haji Yaakub bin
Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato
Paduka Awang Haji Zainal. Silakan,
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Maharaja Kerna Dato Paduka
Awang Haji Yaakub bin Pehin
Orang Kaya Maharaja Diraja Dato
Paduka Awang Haji Zainal:
Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang
Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli
Yang Berhormat. Saya menyokong usul
yang dicadangkan oleh Yang Berhormat
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 47
Menteri Pendidikan bagi menyembahkan
sembah ucapan menjunjung kasih yang
setinggi-tingginya Kehadapan Majlis
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
atas keberangkatan Baginda ke Istiadat
Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama
Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas
pada hari Khamis, 14 Jamadilawal 1436
Hijrah bersamaan 5 Mac 2015 Masihi
dan titah kurnia Baginda dalam Istiadat
Perasmian tersebut. Merujuk kepada
titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,
Baginda ada menyentuh perkara
berhubung dengan penyerapan positif
“mindset” kepada rakyat. Pentingnya
mindset yang postif kerana ianya akan
mempengaruhi segala tindak-tanduk
seseorang itu dalam apa jua perkara.
Dari itu, dengan titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam pada hari Khamis
yang lalu, menekankan hasrat Baginda
untuk melihat perubahan kehidupan
rakyat Baginda ke posisi yang lebih baik
dan lebih matang dalam mengharungi
kehidupan harian yang semakin
mencabar.
Kita semua berperanan untuk
menyerapkan nilai-nilai positif kepada
rakyat dan penduduk negara ini.
Tatacara penerimaan rakyat terhadap
perubahan yang baik memerlukan
perpaduan dari segenap penjuru.
Sebagai langkah pertama kita mesti
meyakinkan rakyat bahawa Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
adalah agensi yang amat responsif
terhadap aspirasi dan sangat prihatin
terhadap keperluan rakyat.
Walau bagaimanapun, kita mesti
mencari jalan untuk mengubah sifat
rakyat yang terlalu bergantung pada
pihak kerajaan semata-mata dengan
mengubah pemikiran rakyat terhadap
kerajaan sebagai agensi pemudah cara,
bukannya menyediakan segala-galanya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-
Ahli Yang Berhormat. Dalam menyentuh
ekonomi negara, alhamdulillah rakyat
dan penduduk negara ini menikmati
kehidupan yang selesa, walau
bagaimanapun adalah perlu bagi semua
pihak untuk sama-sama menanamkan
sikap seperti peribahasa; “sediakan
payung sebelum hujan”. Sikap
persediaan ini tidak begitu diambil berat
oleh sebahagian rakyat dan penduduk
di negara ini kerana alpa dalam
keselesaan dan keharmonian negara
kita.
Agensi-agensi yang berkenaan perlu
bekerjasama dalam memberi
pendedahan terhadap kepentingan siap
siaga dalam semua hal. Maklumat yang
ringkas, padat dan mudah difahami
berhubung dengan pasang surut
ekonomi negara perlu disuarakan
kepada rakyat dari semasa ke semasa
melalui pelbagai penyampaian sesuai
dengan konsep dunia terbuka masa kini.
Penghijrahan mindset ini juga perlu
ditekankan kepada pihak majikan sama
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 48
ada di sektor awan mahupun sektor
swasta kerana kejayaan bagi perubahan
dalam organisasi amat bergantung pada
cara penerimaan oleh orang bawahan.
Mereka akan menerima dengan mudah
jika segala justifikasi untuk perubahan
itu berjaya meyakinkan mereka. Justeru
peranan kepimpinan bagi setiap ketua
dalam sektor awan dan swasta adalah
penting kerana ia akan menentukan
keberkesanan segala usaha yang
diungkayahkan.
Pimpinan yang berwawasan, inovatif
dan mahir merupakan faktor paling
kritikal dan perlu dipandang serius
dalam menggalakkan transfomasi
pengurusan sumber manusia di sektor
awam dan juga di sektor swasta pada
abad ini. Dalam pada itu, pihak sektor
swasta juga perlu memainkan peranan
menuju penghijrahan mindset yang
positif dengan mengubah pemikiran dan
menanamkan keyakinan mereka
terhadap potensi warga tempatan dalam
penggerak ekonomi negara.
Alasan warga tempatan tidak
mempunyai pengalaman harus
dihapuskan dalam kamus sektor swasta.
Peluang haruslah diberikan kepada
warga tempatan. Pengalaman hanya
akan lahir setelah warga tempatan ini
memulakan pekerjaan. Pihak majikan,
seharusnya bersiap sedia dengan
menyediakan berbagai-bagai pelan
tindakan bagi mengasah kebolehan
warga tempatan ini.
Dalam perkara yang sama, warga
tempatan di negara ini seharusnya
bersikap terbuka dan tidak bersandar
pada pihak kerajaan dalam mencari
pekerjaan. Sikap yang suka memilih
kerja dan menjadikan sektor swasta
sebagai part-time job perlulah diubah.
Kita mesti berkeyakinan tinggi bahawa
kita sebagai rakyat dan penduduk
Negara Brunei Darussalam merupakan
agensi penggerak yang berkualiti
setanding dengan luar negara dan
mampu menggerakkan ekonomi negara
ke tahap yang lebih baik.
Wahai para usahawan sekalian yang
saya hormati, abiskita mesti
menggalakkan mengembangkan
perniagaan dan industri masing-masing
tanpa berhenti setakat peringkat
pertama sahaja tetapi perlu mendekati
dan mendakinya sehingga sampai ke
puncak. Hasrat Baginda yang murni ini,
ingin melihat rakyat Baginda maju
dalam apa jua bidang, terutama bidang
keusahawanan tanpa mengharapkan
semata-mata bekerja dengan kerajaan.
Pengusaha secara kecil-kecilan pada
masa ini memang banyak, terutamanya
sekali kita akan dapat melihat bila ada
perayaan-perayaan atau gerai-gerai
pada bulan Ramadan.
Alhamdulillah kebanyakannya ialah
anak-anak tempatan yang terdiri
daripada belia kitani. Mereka ini
berniaga di gerai-gerai dan juga
berniaga melalui secara online.
Sayangnya mereka ini setakat itu sahaja
tidak melangkah pergi jauh untuk usaha
yang lebih besar lagi. Seolah-olah
mereka ini tidak ada arah tuju yang
pasti untuk mereka meneruskan
perniagaan yang lebih mencabar.
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 49
Pada pandangan saya, sesetengah
pengusaha ini ibarat kanak-kanak yang
merangkak tanpa dipandu dan dipimpin
oleh indungnya. Tidak ada yang akan
menarik jika mereka tergelincir atau
rebah untuk mereka bangkit berdiri
dengan tegak semula. Tidak ada
tempat mereka untuk meminta nasihat
dan tunjuk ajar. Tidak ada yang
memberi semangat bila mereka ditimpa
oleh masalah.
Memandangkan perkara seperti ini,
maka saya mengusulkan di dalam
Dewan yang mulia ini, agar ditubuhkan
sebuah kementerian baru yang diberi
nama Kementerian Pembangunan
Keusahawanan, yang berfungsi khusus
bagi memantau dan memberi bantuan
pengurusan, kursus, dana, bimbingan
dan juga sokongan dan galakan yang
berterusan kepada usahawan
bumiputera yang berminat untuk
menceburi dalam keusahawanan yang
kira dapat menyumbang ke arah
mempertingkatkan pertumbuhan
ekonomi negara selain industri minyak
dan gas.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-
Ahli Yang Berhormat. Negara Brunei
Darussalam sudah dikenali dengan halal
produknya di rantau ini. Ini merupakan
senjata marketing kita yang amat
penting, seharusnya kita manfaatkan
dengan sebaik-baiknya. Saya berharap
kerajaan tidak akan teragak-agak untuk
memberikan peruntukan kewangan
yang secukupnya bagi merealisasikan
kejayaan projek ini kerana hasilnya
adalah semata-mata untuk
kesejahteraan rakyat dan negara ini
juga. Kita boleh mengadakan kilang-
kilang bagi memproses produk halal
untuk kegunaan dalam negeri dan
seterusnya boleh dieksport ke luar
negeri. Contoh, kita boleh mengimport
atau memasukkan buah-buahan dari
negara jiran dan memproses
pembungkusannya dan pemasarannya
dengan menggunakan jenama Brunei
Halal yang sedia ada.
Selain itu, perusahaan Small Medium
Entreprise (SME) bermula dari industri
kecil dan sederhana, seperti
pengeluaran plastik, baja, fibre-glass,
simen dan lain-lain yang dikira dapat
menghasilkan berjenis-jenis barangan
pengeluaran sendiri. Dengan
tertubuhnya Kementerian Pembangunan
Keusahawanan ini secara langsung akan
dapat membantu bumiputera yang
mempunyai kredibiliti untuk memulakan
sebarang perusahaan yang dirancang
dan secara automatik akan dapat
menyediakan beberapa kekosongan
pekerjaan dan jawatan untuk diisi oleh
para belia lepasan sekolah atau
universiti yang belum mempunyai
sebarang pekerjaan.
Dalam masa yang sama sekurang-
kurangnya akan dapat membantu
menyelesaikan masalah pengangguran
di negara ini. Marilah kita dengan
bertawakal kepada Allah Subhanahu
Wata‟ala berani maju ke hadapan bagi
melaksanakan Industri Perkilangan
(Manufacturing) untuk sama-sama
menjayakan visi atau projek ini.
Kerajaan seharusnya tidak akan
membiarkan kementerian baru ini
bersendirian mengungkayahkan malah
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 50
kementerian-kementerian yang
bersangkutan seperti Kementerian
Kewangan, Kementerian Perindustrian
dan Sumber-Sumber Utama dan
Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan dapat memberikan kerjasama
kepada kementerian yang baru
ditubuhkan ini, kalaulah ia
diperkenankan insya-Allah.
Sebelum saya mengundur diri sekali lagi
dengan hati yang tulus ikhlas saya
merafak sembah menjunjung kasih atas
pengurniaan titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam yang mencerminkan
kewibawaan dan pandangan jauh
Baginda sebagai pemimpin dan raja
yang berjiwa rakyat yang senantiasa
memikirkan kesejahteraan rakyat dan
negara. Sekian, Wabillahit Taufik
Walhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima
kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang
saya persilakan Yang Berhormat Haji
Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang
Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila
Utama Haji Awang Abdul Rahman.
Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Haji Awang
Ahmad Morshidi bin Pehin Orang
Kaya Digadong Seri Diraja Dato
Laila Utama Haji Awang Abdul
Rahman: Terima kasih Yang Berhormat
Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang
Berhormat. Saya tidak lupa
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
ke atas pelantikan Yang Berhormat
sebagai Yang Di-Pertua Majlis
Mesyuarat Negara. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam
sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim.
Alhamdulillahi Rabbil‟alamin Wassalaatu
Wassalaamu „Alaa Asyrafil Anbiya
Walmursalin Sayyidina Muhammaddin
Wa‟ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Saya
berdiri di Dewan yang mulia ini,
mewakili Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat
Negara Yang Dilantik Dari Orang-Orang
Yang Mencapai Kecemerlangan.
Saya menyokong dengan sepenuhnya
usul yang dicadangkan oleh Yang
Berhormat Menteri Pendidikan bagi
menyembahkan ucapan berbanyak-
banyak menjunjung kasih Kehadapan
Majlis Baginda bagi bercemar Duli
ke Istiadat Pembukaan Rasmi
Mesyuarat Pertama dari Musim
Permesyuaratan Kesebelas Majlis
Mesyuarat Negara dan berkenan
mengurniakan titah pada Hari Khamis
14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan
5 Mac 2015 Masihi.
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat
Allah Subhanahu Wata‟ala yang telah
memberi rahmat nikmat keamanan dan
kesejahteraan di bawah kepimpinan
kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam. Harapan tinggi Baginda
yang diletakkan kepada peranan Ahli-
Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang
Dilantik adalah amat disanjung tinggi
sejak Majlis Mesyuarat Negara ini
berjalan selama 11 tahun yang lalu dan
adalah menjadi amanah yang perlu kita
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 51
jalankan sebaik yang terdaya untuk
menggalas tanggungjawab yang besar
ini untuk sama-sama memacu
pembangunan negara sesuai dengan
bidang masing-masing.
Peranan positif mindset kepada rakyat
supaya lebih matang bertindak selaras
dengan tuntutan zaman adalah juga
menjadi sukat-sukat dan asas bagi
setiap cadangan atau pandangan yang
kita utarakan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Seperti tahun-
tahun sebelumnya pada tahun ini kita
juga sangat berbesar hati dan berterima
kasih kepada kementerian-kementerian,
khususnya kepada menteri-menteri dan
pegawai-pegawainya yang telah
berkesudian mendengar persoalan-
persoalan dan pandangan daripada kita
semasa sesi permuzakarahan diadakan.
Ini semata-mata supaya dalam
Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini
nanti hanya perkara-perkara yang
difikirkan menjadi fokus utama saja
yang akan diketengahkan. Namun
begitu, akan timbul juga persoalan-
persoalan semasa untuk menjadi
maklum balas dan informasi kepada
orang ramai yang tidak kurang
kepentingannya kepada keharmonian
masyarakat di negara ini.
Sebagaimana juga titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam yang memperkasa
sektor awam supaya lebih berkesan dan
berkualiti adalah bertepatan dengan
situasi semasa yang memerlukan kitani
bertindak lebih proaktif, produktif dan
dinamik kerana sektor awam merupakan
jentera pentadiran yang melaksanakan
dasar dan keputusan kerajaan bagi
mencapai matlamat negara. Harapan
tinggi diletakkan kepada sektor awam
oleh kerajaan, rakyat dan juga pihak
swasta.
Perubahan mindset dan sikap setiap
warga perkhidmatan awam amat
penting untuk menggerakkan
perkhidmatan ke arah yang lebih
cemerlang. Ekspektasi orang ramai
semakin meningkat dan memerlukan
sistem perkhidmatan awam yang lebih
responsive, tulus dan berkesan.
Memperkasa sektor awam tidak
memerlukan banyak perubahan kerana
yang terpilih di sektor awam memang
sudah mempunyai kelulusan yang
tinggi, hanya memerlukan satu attitude
bagi melaksanakan tanggungjawab yang
sentiasa mempunyai positif mindset
kepada stability dan pemudah cara
untuk maju ke hadapan bagi menjana
ekonomi yang memerlukan tindakan
yang positif bagi menggerakkan semua
warga di sektor awam dan juga sektor
swasta dengan pengenalan program-
program negara bagi membantu
peniaga-peniaga kecil dan sederhana
dan pengusaha-pengusaha yang mahu
maju ke hadapan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita
menyokong penuh titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam mengenai peluang-
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 52
peluang pekerjaan untuk anak
tempatan. Satu pemerhatian yang
sangat disanjung tinggi daripada
seorang ketua negara yang
berpandangan jauh dan berwawasan.
Maka, hal ini hendaklah kitani tangani
dan laksanakan dengan segera kerana
untuk mencapai matlamat Wawasan
Negara 2035, sumber manusia dalam
kalangan anak-anak tempatan
yang berilmu dan berkualiti adalah
pencapaian yang utama
demi kelestarian pembangunan-
pembangunan bangsa, agama dan
negara, begitu juga dalam bidang
industri dan swasta dalam kalangan
anak-anak tempatan sudah ramai yang
berkelayakan, berpengalaman dan
berkemahiran. Sudah tiba masanya
mereka ini diberi peluang dan
kesempatan untuk membuktikan
kebolehan dan kepakaran mereka dalam
bidang masing-masing dan sudah
setentunya penilaian dan pengetahuan
dibuat untuk kita sama-sama mendapat
hasil yang diharapkan.
Dasar dan akta pekerja asing yang
digubal oleh kerajaan adalah
satu langkah awal untuk melihat
perkembangan ini, begitu juga dasar
mendapatkan lesen perniagaan yang
cepat adalah bukti kesungguhan
kerajaan untuk membantu rakyat dan
penduduk dalam bidang perniagaan
dan perekonomian mereka. Namun
perkara ini juga memerlukan ketelusan
dan pemantauan yang teliti supaya
ianya benar-benar menepati tujuannya
diadakan.
Sebagai Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat
Negara Yang Dilantik kita menyokong
dan bersetuju dengan titah Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
negara Brunei Darussalam untuk
diversify ekonomi daripada minyak
dan gas dan juga dilihat hasil
pendapatan negara 90 peratus dari
minyak telah turun kepada 50 peratus
dan pengeluaran minyak telah turun
kepada 40 peratus. Maka negara akan
mendapat masalah dari fizikalnya.
Sudah tiba masanya untuk
mempebagaikan ekonomi dan
perniagaan daripada berharap
pendapatan minyak dan gas. Ini boleh
dilaksanakan dengan jayanya jika ada
satu badan yang membimbing
monitoring sesiapa yang berminat dalam
perniagaan dengan program-program
bantuan kewangan perlu diperkukuhkan
daripada yang sedia ada seperti
dari Lembaga Kemajuan Ekonomi,
Kementerian Perindustrian dan Sumber-
Sumber Utama, Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Perubahan
mindset untuk berdikari daripada hanya
mengharapkan bantuan adalah satu
idea bernas yang perlu dikembangkan
kerana kitani secara teori dalam
beberapa kajian yang dibuat sudah
mendapati beberapa faktor menyebab
kenapa masih ramai memerlukan
bantuan. Kitani masih boleh lagi
mestilah dibantu, dibimbing untuk
mengenal pasti potensi keberanian,
kemahuan untuk orang-orang Brunei
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 53
maju dalam apa juga bidang, insya-
Allah. Kita ungkapkan pepatah melayu,”
Kalau hendak seribu daya, kalau tidak
hendak seribu dalih.”
Pada saat-saat ekonomi global yang
sedang menunjukkan penurunan ketara
seperti harga minyak yang jauh turun,
terutama sekali pendapatan negara
lebih dari 90 peratus dari hasil minyak
dan gas. Satu program jangka pendek
perlu dilaksanakan seperti perbelanjaan
yang tidak mustahak hendaklah
diketepikan buat sementara, dan jua
mengawal pembelian aset rumah
perseorangan keluar negeri. Percutian
dan perbelanjaan negeri jiran akan
menambah kos bagi negara, membawa
balik wang yang dibelanjakan di sana
dan cara ini ia boleh mengurangkan
foreign exchange lost dan cost saving
dari segi foreign transaction.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Saya persilakan sekarang Yang
Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji
Mohd. Daud bin Karim.
Yang Berhormat Awang Haji Gapor
@ Haji Mohd. Daud bin Karim:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang
Berhormat, Yang Di-Pertua, Yang
Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat
Negara dan rakan-rakan. Lebih dahulu
kola mengucapkan ribuan terima kasih
di atas kesempatan yang diberikan
kepada kaola.
Di samping itu juga saya mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada Yang
Berhormat Pehin atas pelantikannya
sebagai Yang Di-Pertuan Majlis
Mesyuarat Negara. Yang Berhormat,
Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang
Berhormat saya menyokong untuk
sama-sama, menyokong usul yang
dicadangkan oleh Yang Berhormat,
Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri
Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar
bin Haji Apong, Menteri Pendidikan
Negara Brunei Darussalam iaitu usul
menyembahkan menjunjung kasih
Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam di atas keberangkatan
Baginda ke Majlis Pembukaan Rasmi
Mesyuarat Negara pada hari Khamis,
14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan
dengan 5 Mac 2015 Masehi.
Semasa persidangan Majlis Mesyuarat
Pertama Dari Musim Permesyuaratan
Kesebelas atas kurnia titah Baginda
di Majlis bersama pada hari tersebut.
Antara lain Baginda bertitah,
penghijrahan mindset ataupun
pemikiran perlu juga mengubah sikap
daripada semata-mata meminta suka
bergantung pada bantuan haruslah
dikikis dan fikiran bertukar kepada
lebih daripada berdikari dan berusaha
dalam memperbagaikan jurusan seperti
pertanian, perniagaan, nelayan,
penternak. Semua usaha-usaha ini
akan dapat dibantu oleh kementerian-
kementerian seperti Kementerian
Perindustrian dan Sumber-Sumber
Utama, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan dan Kementerian-
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 54
Kementerian yang lain. Semoga perkara
ini untuk menjamin masa hadapan yang
cerah bagi mereka tersebut.
Mengenai ekonomi global yang sedang
terjadi ini adalah penurunan ketara
harga-harga minyak yang jauh
menjunam. Dalam situasi ini Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan negara Brunei Darussalam
akan melaksanakan langkah-langkah
untuk menambahkan lagi ke arah
keazaman bagi menerokai lagi aset-aset
ekonomi negara.
Sehubungan dengan itu Baginda
seterusnya bertitah supaya perlu
mendekatkan dasar kestabilan fiskal
terutamanya dalam perbelanjaan
peruntukan kewangan, kementerian-
kementerian dan jabatan-jabatan
supaya memikirkan perbelanjaan-
perbelanjaan berhemah dan berjimat
cermat dan mampu menabung lebihan
perbelanjaan peruntukan tersebut bagi
kegunaan yang lebih penting.
Yang Berhormat, Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Menyentuh
mengenai perkara bagi anak-anak
tempatan, Baginda menekankan
perhatian perlulah sebulat untuk
membenarkan anak-anak tempatan dan
memberi peluang yang ada supaya
sudah sekian lamanya masih lagi
dimonopli oleh pekerja-pekerja asing.
Sehubungan dengan itu, anak-anak
tempatan kita boleh mampu memegang
jawatan-jawatan yang penting di sektor
industri kerana mereka ini mempunyai
kelulusan, kemahiran serta pengalaman.
Dalam hubungan ini, adalah usaha kita
mengurangkan pembaziran tenaga
dan kewangan.
Dalam kesempatan ini, saya
juga menyembahkan sepenuhnya
menjunjung kasih Kehadapan Majlis
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
atas kesudian Baginda berangkat
bercemar duli dan seterusnya
menyerahkan pengagihan sebanyak
1,738 buah anak-anak kunci rumah
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung
Mata-Mata, Skim Tanah Kurnia Rakyat
Jati Kampung Meragang, Rancangan
Perpindahan Tanah Jambu, Rancangan
Perpindahan Negara Mengkubau pada
3 Rabiulakhir 1436 Hijrah bersamaan
dengan 24hb Januari 2015 Masihi.
Sebelum mengakhiri titah, Baginda
menyeru kepada Ahli-Ahli Yang
Berhormat supaya meneruskan dan
meningkatkan usaha dalam memeduli
permasalahan rakyat dan penduduk
mahupun di dalam dan di luar bandar.
Saya selaku Ahli Yang Berhormat Majlis
Mesyuarat Negara akan lebih berusaha
dengan sepenuh bagi menyahut titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Saya mempersilakan, Yang Berhormat
Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 55
Yang Berhormat Awang Haji
Tahamit bin Haji Nudin: Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang
Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli
Yang Berhormat. Saya ingin bergabung
dengan Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.)
Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong,
Menteri Pendidikan menjunjung kasih
setinggi-tingginya atas titah Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam.
Isi petikan titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia di Pembukaan Rasmi
Mesyuarat Pertama Dari Musim
Permesyuaratan Kesebelas Majlis
Mesyuarat Negara Tahun 2015 Masihi
terdapat dua point utama yang ingin
saya sentuh:
1 Penghijrahan mindset daripada
semata-mata suka bergantung
pada bantuan kepada lebih
berdikari dan berusaha adalah
suatu kelebihan yang perlu
dihuraikan oleh majlis ini; dan
2 Memberikan perhatian kepada
bidang keusahawanan untuk
merangsang iklim perniagaan,
perekonomian yang lebih kondusif.
Untuk mengurangkan masyarakat
mengharap dan seterusnya
merangsang iklim perniagaan dan
perekonomian yang lebih kondusif,
kerajaan perlu bertindak memberi
pendedahan kepada masyarakat
awam akan kelebihan self
employment dan mengadakan
program-program yang
menyokong self employment
seperti bidang keusahawanan
perusahaan kecil dan sederhana
(small and medium enterprise).
Selain itu, kerajaan juga perlu
meningkatkan pelaburan dalam self
employment programmes melalui
program-program yang berkesan,
seperti kursus-kursus kemahiran,
perniagaan dan sebagainya di samping
mengadakan program yang menjana
peningkatan social capital melalui
program-program yang memberi inisiatif
kepada lebih banyak perekonomian
negara. Terutama bagi mereka yang
menerima bantuan kerajaan atau yang
menceburi bidang keusahawanan
mestilah dipantau dan seboleh-bolehnya
diberikan pendidikan mengenai selok
belok perniagaan daripada pihak-pihak
yang berkenaan.
Ini bertujuan untuk membantu mereka
yang mendapat bantuan kerajaan dan
juga SME (small and medium
enterprise) ini untuk lebih berdikari dan
seterusnya mengurangkan kadar
kegagalan dalam bidang keusahawanan.
Mengikut kajian di negeri-negeri asing,
institusi-institusi kerajaan perlulah
berganding bahu dengan sektor-sektor
awam terutama dalam aspek
pembangunan ekonomi negara. Untuk
menangani masalah ini dengan lebih
efektif, perlu ada pengukuhan pusat
perancangan (central planning).
Untuk keberkesanan kerjasama daripada
institusi-institusi kerajaan dengan sektor
awam, pusat perancangan ini bertujuan
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 56
untuk mengadaptasi dan
mengimplementasikan policy-policy
makroekonomi dan dasar-dasar yang
menggalakkan pekerjaan dan
pencapaian hasil pembangunan ekonomi
rakyat. Terutama melalui program
self employment dalam bidang
keusahawanan.
Mengikut kajian di negeri-negeri asing,
pendekatan ini mempunyai kesan
langsung yang positif terhadap
kebajikan rakyat yang mendapat
penggalakan penyertaan rakyat yang
berkesan dalam ekonomi dan
menyumbang secara positif kepada
pembangunan ekonomi negara.
Terutamanya bagi mereka yang
bergantung kepada social welfare atau
bantuan dari kerajaan.
Dengan bantuan kemahiran dan
pembentukan modal sosial (social
capital) yang berkesan, peningkatan
peluang pekerjaan yang produktif dalam
kalangan small and medium enterprise
dan dalam kalangan mereka yang
berpendapatan rendah adalah lebih kos
efektif dan menjimatkan kos subsidi
dalam jangka masa panjang, akan
tetapi, pemantauan yang berkesan
memerlukan program yang efisien dan
diurus dengan baik dan kerap dinilai
untuk memastikan ia memenuhi
matlamat yang dititahkan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan, cara yang
kos efektif untuk mengelakkan
pembaziran sumber kos. Sekian, terima
kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih, Yang Berhormat,
sekarang saya mempersilakan Yang
Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim.
Yang Berhormat Awang Haji Jumat
bin Akim: Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Alhamdulillahi
Rabbil‟alameen. Wassalaatu Wassalamu
„Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina
Muhammadin, Wa‟alaa Aalihee
Wasahbihee Ajma‟een. Lebih dahulu,
peramba, kaola, saya, sama-sama
dengan rakan-rakan ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada Yang
Berhormat Yang Di-Pertua kerana telah
dilantik menjadi Yang Di-Pertua Majlis
Mesyuarat Negara dan berdoa semoga
Allah Subhanahu Wata‟ala akan sentiasa
memberikan taufik dan hidayah kepada
Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis
Mesyuarat Negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita
panjatkan syukur ke hadrat Allah
Subhanahu Wata‟ala kerana
mengizinkan kita semua bertemu
di Dewan yang mulia ini. Istiadat
Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama
Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas
Majlis Mesyuarat Negara telah selamat
disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam pada
14 Jamadilawal 1436 Hijriah bersamaan
5 Mac 2015 Masihi.
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 57
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya berdiri
di sini bagi mewakili bagi kawasan Zon 4
Daerah Brunei dan Muara dengan
sukacita menyokong sepenuhnya usul
yang telah dicadangkan oleh Yang
Berhormat Menteri Pendidikan
bagi menyembahkan setinggi-tinggi
menjunjung kasih Kehadapan Majlis
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
di atas keberangkatan baginda
ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat
Pertama Dari Musim Permesyuaratan
Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara
berlangsung pada 14 Jamadilawal 1436
Hijrah bersamaan 5 Mac 2015 Masihi
serta atas kurnia titah Baginda dalam
istiadat tersebut.
Saya dengan penuh hormat dan
takzim menyembahkan setinggi-tinggi
penghargaan dan menjunjung kasih
Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam atas kurnia titah baginda
yang sangat bernas dan
menggambarkan betapa kasih sayang
baginda kepada rakyat dan negara
dengan menyediakan peruntukan
belanjawan yang besar serta berhemah
dengan hasrat bagi menjalankan aktiviti
berbagai pembangunan negara.
Kurnia titah baginda itu ibarat mutiara
yang sangat bernilai serta berharga. Kita
juga bersyukur kerana kerajaan
di bawah kepimpinan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam cemerlang dengan
melaksanakan projek mega yang
bernilai tinggi untuk kesejahteraan
rakyat. Baginda juga merakamkan titah
penghargaan kepada Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Seri Laila Dato Seri
Setia Awang Haji Abdul Rahman bin
Dato Setia Haji Mohamed Taib menjadi
Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara
dan seterusnya baginda juga
merakamkan penghargaan kepada Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Laila
Setia Bakti Setia Diraja Dato Laila Utama
Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana
Manteri Dato Seri Laila Utama Haji
Awang Ibrahim atas sumbangan dan
khidmat bakti Yang Berhormat pada
masa yang lampau.
Baginda penuh yakin Majlis Mesyuarat
Negara sebagai platform untuk menjadi
ejen yang mampu menjana kemajuan
negara dengan ketokohan Ahli-Ahli
Majlis Mesyuarat Negara dan juga
Menteri-Menteri Kabinet yang dihormati
sekalian baginda penuh mengharapkan
kitani semua akan membuat pelan
strategik yang lebih mapan dan
mantap, cara berfikir dan bertindak
rakyat hendaklah mengutamakan
tindakan yang lebih menjurus kepada
suasana dan pendekatan dunia yang
sentiasa cepat berubah dan berkembang
menurut arus perkembangan semasa.
Baginda menarik perhatian ahli-ahli
majlis agar menumpukan fokus kepada
penilian dan idea yang tidak hanya
memikirkan kepentingan jangka pendek
tetapi perlu keluar daripada amalan
tradisional seperti pengurusaan yang
kurang berkesan serta menukar sikap
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 58
dan tabiat buruk yang tidak
menguntungkan kepada negara. Maka
ke arah itu kita hendaklah bersikap
positif, akfiktif dan produktif dalam
memikul setiap tanggungjawab yang
di amanahkan demi kesejahteraan
bangsa dan negara yang sama-sama
kita cintai ini.
Baginda seterusnya mengingatkan kita
semua supaya berpindah daripada
pemikiran yang suka menghitung,
menunggu-nunggu dan berharap
dengan sokongan dan bantuan tetapi
perlu berkarih dan berjarih dengan
keringat sendiri.
Ini dapat diterjemahkan bahawa
Baginda ingin melihat rakyat dan
penduduk negara ini bergiat aktif dalam
semua bidang terutama sekali bidang
perniagaan dan perekonomian yang
perlu diambil alih oleh orang-orang
kitani Brunei. Yang satu ketika dulu
orang-orang Brunei merantau berniaga
di seluruh nusantara ini. Peringatan
Baginda ini amat jelas dengan melihat
ekonomi sejagat yang semakin
merisaukan. Kita menyedari sumber
terbesar ekonomi negara ialah minyak
dan gas kerana maka dengan itu titah
Baginda rakyat dan penduduk negara ini
akan lebih bersedia untuk menjana
pendapatan negara yang lebih berdaya
saing dan berdaya tahan dengan
mempebagaikan sumber yang sedia ada
termasuk sumber tenaga manusia
yang berpendidikan, berkualiti dan
mempunyai ketahanan diri serta mampu
berdaya saing di peringkat nasional dan
antarabangsa.
Baginda ingin menjadikan sektor awam
dapat meningkatkan urus tadbir yang
efisien, jujur lagi amanah dengan niat
ikhlas kerana Allah juga sementara
rakyat dan penduduk negara ini harus
menggunakan peluang ease of doing
business sebagai landasan untuk
mengambil alih urus niaga yang banyak
dimonopoli oleh orang-orang asing. Kita
kikis stigma yang mengatakan orang
Melayu tidak bijak mengurus perniagaan
hidangan telah disediakan cuma
menunggu untuk dimakan rebutlah
peluang dengan persaingan yang sihat
demi bangsa dan negara yang ingin
mendaki puncak kejayaan. Apa yang
baginda harapkan dari aspek kewangan
dan dasar fiskal penting diberikan
perhatian dan yang paling penting agar
setiap projek menepati piawaian yang
dikehendaki dengan nilai yang
diperuntukkan yang disediakan.
Maksud kualiti kerja berbaloi dengan
value for money. Kerajaan dan rakyat
diingatkan perlu berhemah dalam
menguruskan kewangan dengan
bijaksana seperti kata orang „biar bijak
pandai berjimat biar sebelum habis‟ dan
„biar cangkik jangan putus‟ dengan yang
demikian mengelakkan pembaziran
serta menyediakan „payung sebelum
hujan‟. Semangat patriotik Baginda
amat jelas ingin melihat anak watan
akan merebut peluang dan ruang yang
ada di bandar, di kampung dan di desa
terutama di bidang industri perniagaan
dan kedai runcit yang tumbuh seperti
„cendawan tumbah pada waktu hujan‟.
Jangan sampai kita dan generasi yang
akan datang menjadi penonton dan
pengemis di negara sendiri.
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 59
Kita dituntut muhasabah dan merenung
pada masa yang telah berlalu, sedang
orang lain bergerak cepat menikmati
kemudahan peluang yang sedia
terhidang di depan mata, di sini Baginda
mahu melihat kelibat kita ahli-ahli
dewan yang mulia ini memberikan
perhatian, sokongan dan petunjuk bagi
mereka yang ingin mereka ceburi. Yang
Berhormat Yang Di-Pertua, SME atau
pengusaha kecil dan sederhana agar
mereka mampu mendaki puncak seperti
mana yang dititahkan hasrat dan
harapan Baginda ini hanya akan menjadi
kenyataan melalui usaha yang sepadu
antara rakyat dan berbagai agensi yang
terlebih supaya keadaan tidak akan
tempang atau pincang untuk mencapai
apa yang dititahkan oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam.
Amanat Baginda dalam mengheret titah
Baginda yang sangat bernilai lagi
berharga itu menekankan apa juga
masalah ditangani dan dipeduli dengan
bijaksana. Apa yang penting tindakan
penyelesaiaan berkesan seperti
isu kemiskinan, pengangguran,
kesejahteraan dan keselamatan dan
tidak kurang pentingnya isu pendidikan
dengan memberikan penekanan kepada
ibu bapa bahawa supaya lebih peka
terhadap Wawasan Negara 2035 yang
ingin melihat rakyat yang berilmu
berketerampilan, berdisiplin, berintegriti
dan taat kepada hukum Allah, setia
pada bangsa dan raja. Sekian, Yang
Berhormat Yang Di-Pertua. Wabillahit
Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang
saya mempersilakan Yang Berhormat,
Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad.
Silakan.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd.
Shafiee bin Ahmad: Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam
sejahtera. Yang Berhormat Yang
Di-Pertua, Yang Berhormat Menteri-
Menteri Kabinet serta Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang kaola hormati sekalian.
Saya dan rakan sejawat Yang Berhormat
Awang Haji Mohd. Yusof bin Haji
Dulamin mewakili Daerah Belait serta
rakyat di Daerah Belait dengan penuh
hormat dan takzim menyokong dan
bersetuju atas cadangan Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang
Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri
Pendidikan Negara Brunei Darussalam
bagi menyembahkan sepenuh-penuhnya
menjunjung kasih Kehadapan Majlis
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
atas keberangkatan Baginda bercemar
Duli ke Istiadat Pembukaan Rasmi
Mesyuarat Pertama Dari Musim
Permesyuaratan Kesebelas Majlis
Mesyuarat Negara di Dewan yang mulia
ini pada hari Khamis, 5 Mac 2015 Masihi
yang baru lalu.
Dalam kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan tahniah atas pelantikan
Yang Berhormat Pehin sebagai Yang
Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara. Saya
penuh berkeyakinan Yang Berhormat
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 60
Pehin mampu memikul dan menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan
oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Di samping itu, saya juga mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada mantan Yang Di-Pertua
Majlis Mesyuarat Negara, Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia
Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji
Awang Isa bin Pehin Datu Perdana
Manteri Dato Laila Utama Haji Awang
Ibrahim atas bimbingan, tunjuk ajar dan
nasihatnya kepada kami semasa
bertugas dahulu.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, saya
sangat menjunjung tinggi atas titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
yang Baginda telah mengingatkan kita
semua bahawa Majlis Mesyuarat Negara
berperanan besar sebagai pemacu
pembangunan negara.
Dalam hubungan ini, ada beberapa isu
telah pun disampaikan dalam titah
Baginda. Saya akan menyentuh secara
ringkas, antaranya ialah pertama,
penghijrahan mindset daripada terus
bergantung pada bantuan daripada
lebih berdikari dan berusaha. Tidak
dinafikan bantuan-bantuan sering
dihulurkan kepada orang-orang yang
memerlukan bantuan setelah dinilai
keadaan individu dan keluarga tersebut,
Tetapi ada kalanya penerima-penerima
itu menerima bantuan lebih dari satu
sumber.
Ini disebabkan ada dalam kalangan
sektor awam yang berkenaan dalam
memberikan bantuan terlepas pandang
untuk berkomunikasi, berkoordinasi
kalangan mereka sehingga
menyebabkan perkara itu berlaku. Kita
perlu memantau keadaan ini dan
mengemaskinikan peraturan kita supaya
jangan sampai penerima bantuan
merasa selesa dan kurang bersemangat
untuk berusaha dan berdikari dalam
mengharungi kehidupan masing-masing.
Kedua, memperkasakan sektor awam
dalam memberi perkhidmatan yang
lebih berkesan kepada orang ramai dan
merangsang iklim perniagaan dan
perekonomian yang lebih kondusif. Pada
pandangan saya, bagi memberikan
perkhidmatan yang lebih berkesan, kita
hendaklah berusaha gigih untuk
mengurangkan sungutan orang ramai
terhadap sesetengah sektor awam.
Antaranya ialah, layanan dan
perkhidmatan yang diberikan tidak
sejajar dengan apa yang dipaparkan
di TPOR mereka.
Seterusnya, dalam bidang
keusahawanan pula, Baginda mendapati
tidak seimbang kerana diceburi dan
diberi peluang kepada segelintir pihak
tertentu sahaja. Sebagai satu contoh,
di Negara Brunei Darussalam terdapat
hanya dua syarikat yang mengendalikan
Pakej Umrah dan Haji. Kita harus
membukakan kepada yang lain, biar
ramai kerana ramai itu menandakan
kemajuan, demikian titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam. Kos Pakej Umrah
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 61
dan Haji di Negara Brunei Darussalam
lebih separuh mahal kalau dibandingkan
kos mengerjakan haji dan umrah
di negara-negara jiran. Kita perlu
menyelidiki perkara ini jangan sampai
ada yang mengaut keuntungan
berlebih-lebihan.
Seterusnya, saya ingin menyentuh
tentang isu di sektor industri di negara
ini Baginda menitahkan supaya anak-
anak tempatan diberi peluang untuk
menjawat jawatan penting dan jangan
dibiarkan jawatan penting itu masih
dimonopoli oleh pekerja-pekerja asing.
Saya mendapat makum, bahawa
terdapat hanya 35 peratus anak
tempatan yang memegang jawatan
dalam kumpulan 3 ke atas di sektor
industri yang menjadi nadi negara.
Peratus ini menurun jika dibandingkan
dengan 5 tahun sebelumnya bahawa
hampir 50 peratus anak tempatan
berada dalam kumpulan tersebut. Saya
bersetuju, dengan titah Baginda supaya
keadaan ini perlu dipantau dan
dimuhasabahkan dari semasa
ke semasa secara bersepadu.
Isu yang terakhir, mengekalkan dasar
kestabilan fiskal terutama dalam
peruntukan kewangan dan perbelanjaan
negara dengan menitik beratkan
perbelanjaan berhemah dan value for
money, sebagaimana titah Baginda.
Kadang-kadang perbelanjaan kita
tersasar dari apa yang dirancang dan
yang diatur. Ada kalanya projek siap,
tetapi tidak digunakan sepenuhnya dan
lain-lain lagi. Mungkin penelitian awal
dan penilaian kurang kemas dan
sempurna.
Demikian saja yang dapat sampaikan
dan saya berharap rundingan di Dewan
yang mulia ini dapat sama-sama
memanfaatkannya demi memberi
perhatian sepenuhnya kepada
permasalahan yang dititahkan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya masih
mempunyai beberapa orang lagi yang
ingin untuk memberikan ucapan
mengenai perkara yang kita bincangkan
ini, iaitu Perkara VI Usul-Usul Yang
Diberi Notis. Oleh sebab pada malam ini
kita ada satu Majlis Makan Malam, maka
untuk membolehkan kita membuat
persediaannya saya tangguhkan majlis
ini dan kita akan bersidang semula pada
hari Isnin, 18 Jamadilawal 1436 Hijrah
bersamaan 9 Mac 2015 Masihi pada
pukul 9.30 pagi, insya-Allah. Sekian,
Wabillahit Taufeq Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
(Majlis Mesyuarat Ditangguhkan)
top related