masyarakat industri

Post on 18-Aug-2015

64 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

KARYA :

MAZWAN BIN MUHAMMED

SEJARAH DUNIA

TEMA : MASYARAKAT TAJUK : MASYARAKAT INDUSTRISUB TAJUK : MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE 19-20TAJUK SOALAN : CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE 19-20

DISEDIAKAN OLEH : MAZWAN BIN MUHAMMEDKelas : 6 rendah za’ba

PENGENALAN

•Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri selepas di England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

PENGENALAN

PENGENALAN

• Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri

CIRI – CIRI INDUSTRI MASYARAKAT DI JERMAN PADA ABAD KE-18 DAN KE-19

CIRI-CIRIINDUSTRI DI

JERMAN PADA

ABAD KE-18 DAN KE-19

MASYARAKAT PERTANIAN

MASYARAKAT PERINDUSTRIAN

KEMAJUAN SISTEM PENGANGKUTAN

PERLUASAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

KEMAJUAN KEWANGAN

MASYARAKAT PERTANIAN

• Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin.

• Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.

• Mengadakan uji kaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk menghasilkan baja tiruan dan baja kimia .

• Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.

sdMASYARAKAT PERINDUSTRIAN

pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di saxony dan silesia barat Jerman, Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun 1860 - 1670.

Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.

Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan pendidikan.

Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.

Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di Jerman.

Ciptaan baru berkembang di Jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martina menyebabkan pengeluaran keluli meningkat pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal dengan kejuruteraan elektrik.

Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik.

KEMAJUAN SISTEM PENGANGKUTAN Pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870

Firma Jerman di Borsig menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman.

PERLUASAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah. Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur

Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun1884.

Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.

KEMAJUAN SISTEM KEWANGAN

Pada tahun1880-an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.

Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada :

- Disconto Gesellischaft of Stuttgart (1851) - Deutshe bank (1870),- Darmstadter bank (1870)- Dresdener Bank (1872).

Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat penubuhan Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian . Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.

Faktor perkembangan revolusi perindustrian

Faktor perkembangan revolusi perindustrian

1)Kemajuan pertanian2)Kemajuan dalam

penyelidikan3)Penubuhan koperasi4)Kekayaan bahan mentah5)Kemunculan bank

Kemajuan pertanian

kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh penerbitan karya mengenai teknologi pertanian

justus von liebig menjalankan kajian tentang penggunaan kimia bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian

penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran dalam hasil pertanian

kerajaan juga menubuhkan sekolah pertanian dan universiti bagi menjalankan kajian dalam bidang pertanian.

Kemajuan dalam bidang penyelidikan

makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elekrik di jerman

ahli-ahli kimia dan fizik yang terlatih daripada universiti menjalankan kajian dan penyelidikan di makmal tersebut

perkembangan ini telah menyebabkan jerman berjaya mencipta peralatan dan inovasi baharu

Penubuhan koperasi

institusi ini memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam perindustrian,contoh kesatuan kredit schulze delitzsch

menjelang pada tahun 1911,terdapat lebih kurang 25 000 buah kesatuan kredit di seluruh jerman

Kekayaan bahan mentah

• antara sumber bahan mentah yang terdapat di jerman ialah arang batu,bijih besi dan biji timah

•Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal ialah lembah rurh,lorainne dan silesia . Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan sektor perindustrian di jerman

• pada tahun 1875,jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan pengeluaran bahan galian ini meningkatan kepada 287 juta tan pada tahun 1913

• bahan kimia seperti garam kalium ditemui dalam Kuantiti yang besar di jerman

Kemunculan bank

kerajaan menubuhkan bank dan menyediakan pinjaman jangka panjang bagi merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di jerman

menjelang pertengahan kedua abad ke-19,joint stock bank ditubuhkan di jerman

sistem perbankan di jerman dikawal oleh gabungan empat buah bank utama yang terdiri darpada :

1. Disconto gesellschaft of stuttgart (1851)2. Deustsche bank (1870)3. Darmstadter bank (1870)4. Dresdener bank (1872)

Peranan bank

o Menggalakkan penggabungan perniagaano Memberi bantuan modal kepada

pengusaha industri o Menggalakan pertumbuhan industri

perlombongano Membangunkan sistem peengangkutan

darat dan laut

KESIMPULAN

Perkembangaan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.

Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

1 2 3 4 5

6 7 8 9 10

11 12 13 14 15

16 17 18 19 20

SOALAN

1. NYATAKAN 3 CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN

•masyarakat pertanian• masyarakat industri• kemajuan sistem pengangkutan• perluasan perdagangan antarabangsa • kemajuan sistem kewangan.

SOALAN

2. NYATAKAN PERTANIAN YANG KHUSUS SETELAH TERCIPTANYA MESIN

1. penanaman2.penuaian

SOALAN

3. Siapakah yang menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan ?

Humpray Davy

SOALAN

4. Berikan 2 tempat pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di jerman

Saxony dan silesia barat jerman.

SOALAN

5.Siapakah pengusaha terkemuka yang mengeluarkan alat ganti yang berkualiti tinggi ?

Alfred krupp

SOALAN

6. Bandar manakah yang mengeluarkan mesin-mesin yang meningkat pengeluaran industri tekstil di jerman ?

Bandar berlin

SOALAN

7. Berikan satu sebab kenapa perluasan empayar dilakukan ?

- Untuk meluaskan perdagangan- usaha untuk mendapatkan tanah jajahan di kawasan pasifik

SOALAN

8. Apakah tujuan jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan china ?

- Untuk mendapatkan arang batu- Membina pengkalan tentera laut di pinggir laut china

SOALAN

9. Wilayah manakah yang tertumpu dengan pembangunan industri tekstil ?

Rhineland, saxonia dan selisia

SOALAN

10. Tahap berapakah berlaku revolusi perindustrian di jerman

SOALAN

TAHAP KEDUA

11. Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh ?

Penerbitan karya mengenai teknologi pertanian .

SOALAN

12. Siapakah yang menjalankan kajian tentang penggunaan kimia bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian ?

Justus von liebig

SOALAN

13. Siapakah yang menubuhkan makmal penyelidikan ?

Syarikat kimia dan elektrik di jerman

SOALAN

14. Perkembangan dalam industri kimia dan elektrik telah menyebabkan jerman muncul sebagai ?

Pemimpin dunia

SOALAN

15. Apakah tugas kesatuan kredit schulze delitzsch ?

Memberi bantuan kewangan kepada penduduk bandar

SOALAN

16. Apakah sumber bahan mentah yang terdapat di jerman ?

Arang batu,bijih besi dan bijih timah

SOALAN

17.Dimanakah kawasan perlombongan bahan mentah yang terkenal di jerman ?

Lembah ruhr,lorainne dan silesia .

SOALAN

18. Berikan 2 peranan bank di jerman ?

1.Menggalakkan penggabungan perniagaan

2. memberikan bantuan modal kepada pengusaha industri

3. menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan

4. membangunkan sistem pengangkutan darat dan laut

SOALAN

19. Berikan 2buah bank utama yang mengawal sistem perbankan di jerman ?

1.Disconto gesellschaft of stuttgart2.Deustche bank3.Darmstadter bank4.Dresdener bank

SOALAN

20. Berikan 3 faktor perkembangan revolusi perindustrian di jerman ?

1.Kemajuan pertanian2. kemajuan dalam penyelidikan3. penubuhan koperasi4. kekayaan bahan mentah5. kemunculan bank

SOALAN

top related