manual kerja kursus-kemas kini 20 januari 2015
Post on 10-Nov-2015
224 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
TERHAD
1 TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Kerja Kursus (Kerja Projek)
Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Kertas 4 (922/4)
Sepanjang Penggal 2 dan 3 Tahun 2015
(Kemas Kini 20 Januari 2015)
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.
__________________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 20 halaman bercetak.
Majlis Peperiksaan Malaysia 2015
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
-
TERHAD
2 TERHAD
Makluman:
Pengemaskinian terhadap tarikh-tarikh dalam manual ini disebabkan oleh penundaan sesi
persekolahan bagi tahun 2015.
Halaman yang dikemas kini adalah seperti yang berikut:
Bahagian Halaman yang dikemas kini
Bahagian 1: Guru dan Pemeriksa 6
Bahagian II: Calon 12
Lampiran 2: Borang Perakuan Calon (BPC) 16
-
TERHAD
3 TERHAD
3.6.5 Menyediakan kerja kursus berdasarkan tajuk yang dipilih
3.6.6 Mengelakkan berbincang hal-hal sensitif dalam kerja kursus, seperti hal yang
berkaitan dengan agama, kaum, dan politik
3.6.7 Menghantar kerja kursus kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum
sesi pembentangan
3.6.8 Membentangkan kerja kursus secara individu mengikut tarikh, waktu, tempat,
dan tempoh yang ditetapkan
3.6.9 Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru semasa sesi pembentangan kerja
kursus
3.6.10 Menggunakan alat bantu yang sesuai semasa sesi pembentangan kerja kursus
3.6.11 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon dan borang perakuan calon
4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS
4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus bagi semua
calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh MPM.
4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus adalah seperti yang berikut:
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
20
Disember
2014
Manual Kerja
Kursus
Kesusasteraan
Melayu
Komunikatif
Melayari portal MPM untuk memuat turun
Manual Kerja Kursus
Kesusasteraan Melayu
Komunikatif
Melayari portal MPM untuk memuat turun
Manual Kerja Kursus
Kesusasteraan Melayu
Komunikatif
26
Januari
hingga
25
September
2015
Pengajaran
dan
pembelajaran,
pelaksanaan,
pemeriksaan,
serta
pembentangan
kerja kursus
Menyampaikan taklimat kerja kursus kepada calon
Memaklumkan tarikh akhir penyerahan kerja
kursus
Membimbing calon memilih soalan kerja
kursus
Menjelaskan calon tentang elemen
kemahiran insaniah (soft
skills) yang dinilai
Membimbing calon melaksanakan kerja
kursus
Menilai elemen kemahiran insaniah (soft
skills)
Menjelaskan item yang dinilai dalam kerja kursus
Membimbing calon memproses data dan
maklumat
Menerima soalan kerja kursus dan pemakluman
tarikh akhir penyerahan
kerja kursus
Memahami soalan kerja kursus
Membincangkan soalan kerja kursus bersama-
sama dengan guru
Merancang jadual kerja
Mengumpul data dan maklumat
Menyusun dapatan
Memproses data dan maklumat
Mempersembahkan data dan maklumat
6
-
TERHAD
4 TERHAD
9 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS
Tarikh Perkara Tindakan Calon
20
Disember
2014
Manual Kerja Kursus
Kesusasteraan Melayu
Komunikatif
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus
Kesusasteraan Melayu Komunikatif
26
Januari
hingga
25
September
2015
Pengajaran dan
pembelajaran, pelaksanaan,
pemeriksaan, serta
pembentangan kerja kursus
Menerima soalan kerja kursus dan pemakluman tarikh akhir penyerahan
kerja kursus
Memahami soalan kerja kursus
Membincangkan soalan kerja kursus bersama-sama dengan guru
Merancang jadual kerja
Mengumpul data dan maklumat
Menyusun dapatan
Memproses data dan maklumat
Mempersembahkan data dan maklumat
Menghasilkan kerja kursus yang lengkap mengikut format yang
ditetapkan
Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti kerja
kursus
Menyerahkan kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru
Membentangkan kerja kursus pada
tarikh dan masa yang ditetapkan
10 FORMAT PENYEDIAAN
10.1 Penyediaan Esei
10.1.1 Hasil penulisan hendaklah ditaip pada kertas A4.
10.1.2 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan menggunakan jenis huruf Times New
Roman bersaiz 12.
10.1.3 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan langkau dua baris (double spacing).
10.1.4 Panjang setiap esei hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan.
10.1.5 Hasil penulisan hendaklah dijilid.
10.1.6 Kulit penulisan esei hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang
mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran,
kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus.
10.2 Penyediaan Portfolio
10.2.1 Portfolio hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan
proses penghasilan kerja kursus.
10.2.2 Portfolio hendaklah mengandungi rujukan, gambar, ilustrasi atau lakaran seperti
yang dikehendaki oleh soalan kerja kursus yang berkenaan.
12
-
TERHAD
5 TERHAD
Lampiran 2
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
KERJA KURSUS
PENGGAL 2 HINGGA 3 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 922/4
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja Kursus Calon
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk
meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara
sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja
kursus............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan
bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif
di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah
swasta) atau pemeriksa kerja projek mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (untuk calon
persendirian individu).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus............................................. telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
16
top related