lisan bergambar

Post on 30-Jun-2015

245 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

LISAN BERGAMBARTEKNIK MENJAWAB SOALAN

LISAN BERGAMBAR

MATLAMAT PENGAJARAN

Para pelajar akan mempelajari cara untuk menjawab soalan bahagian lisan bergambar dengan memberikan keterangan/pendapat yang bernas dan menyeluruh berdasarkan penelitian yang mendalam terhadap gambar yang diberikan.

5 soalan ransangan

1. Apakah yang sedang berlaku dalam gambar itu?

Latar tempat: di mana? terangkan aksi/kegiatan yang sedang

berlangsung ketika gambar itu diambil berikan pendapat/tafsiran aktiviti/acara

yang sedang berlangsung

Cuba kamu terangkan apa yang sedang berlaku dalam gambar ini…

Adakah kamu menjawab… Gambar ini menunjukkan sekumpulan

pelajar yang sedang mendirikan khemah di sebuah padang yang mungkin merupakan padang sekolah mereka (latar tempat/aksi)

Mungkin mereka sedang melakukan sedemikian sebagai sebahagian aktiviti perkhemahan yang sedang diadakan oleh kegiatan kokurikular mereka seperti pasukan seragam pengakap, pandu puteri dsbnya. (tafsiran/pendapat)

5 soalan rangsangan

2. Siapakah yang ada dalam gambar itu?

Latar watak terangkan secara terperinci apa yang boleh

kita fahamkan tentang watak-watak dalam gambar itu.

tafsiran/pendapat tentang watak-watak

Jelaskan tentang watak-watak dalam gambar ini…

Sudahkah kamu terangkan secara terperinci?

Terdapat 6 orang pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dan ini jelas menunjukkan bahawa mereka dari sekolah yang bercampur jantina ataupun yang lebih dikenali sebagai ‘co-ed’.

Saya dapat melihat bahawa mereka sedang dalam pakaian yang selesa dan sesuai untuk aktiviti lasak dan seorang daripada mereka sedang memakai topi, mungkin untuk melindungi diri daripada terikan matahari.

5 soalan rangsangan

3. Apakah yang sedang dibuat/difikirkan/ dirasakan oleh watak tertentu?

Pilih watak yang boleh diteliti dan diberikan tafsiran tentang perasaan/fikirannya

Pilih watak tertentu…

Contoh watak yang dipilih…

Pelajar yang mengenakan seluar putih berjalur hitam di tepinya kelihatan seperti sedang memberikan tumpuan kepada pembinaan khemahnya. (jelaskan siapa dan apa yang sedang dilakukan)

Mungkin pelajar itu sedang cuba mengingati cara yang betul untuk mendirikan khemahnya kerana khuatir jika tidak didirikan dengan betul, kumpulannya mungkin tidak ada tempat berteduh sekiranya mereka harus bermalam di situ.

5 soalan rangsangan

4. Bagaimanakah gambar ini boleh kamu kaitkan dengan pengalaman sendiri?

Pernahkah kamu lakukan perkara yang sama

ada peristiwa yang terlekat dalam ingatan yang berkaitan dengan gambar ini?

Ceritakan tentang pengalaman kamu…

Pengalaman yang boleh dikongsi…

Baru-baru ini, pelajar menengah 2 sekolah saya telah dibawa ke Kahang di Johor untuk sebuah perkhemahan kepimpinan.

Pada hari pertama, kami harus mendirikan khemah kami seperti yang dilakukan para pelajar dalam gambar ini.

Perihal mendirikan khemah memang susah dan memerlukan kerjasama yang kukuh antara semua ahli. Tugas yang pada mulanya susah, akhirnya berjaya kami lakukan berkat kegigihan dan sumbangan setiap ahli kumpulan saya.

5 soalan rangsangan

5. apakah yang mungkin telah berlaku sebelum/selepas gambar ini diambil?

Terangkan perkara yang mungkin dilakukan sebelum mereka melakukan kegiatan dalam gambar itu

Berikan pendapat kamu tentang apakah yang akan berlaku sesudah aktiviti dalam gambar itu

Sebelum dan sesudah…?

Adakah kamu mengatakan... Pada pendapat saya, sebelum mereka

mendirikan khemah seperti yang dilihat dalam gambar ini, pastinya para pelajar ini telah pun diberikan taklimat tentang program dan aktiviti yang akan mereka lalui sepanjang perkhemahan itu. Juga, arahan telah diberikan untuk mengajar cara yang betul untuk membina khemah.

Sesudah aktiviti mendirikan khemah ini, mereka sudah tentu akan menjalani aktiviti lain yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah seperti permainan meningkatkan keyakinan diri dsbnya sebelum dibenarkan berehat di dalam khemah yang didirikan itu.

Giliran kamu pula…

selanjutnya, sebuah gambar akan diberikan, kamu dikehendaki untuk melengkapkan lembaran kerja yang telah dimuatturunkan (tugasan lisan bergambar daripada bahagian course materials)

Akhir sekali…

cari sebuah gambar yang menarik daripada berita harian, majalah, internet untuk dibawa ke kelas pada waktu pengajaran selanjutnya.

gambar ini akan digunakan untuk aktiviti seterusnya.

SYABAS!

KAMU TELAH SELESAI DENGAN PENGAJARAN E-LEARNING BAGI SUBJEK

INI…

top related