lembaran 2

Post on 25-Jul-2015

111 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Pindahkan maklumat yang terdapat dalam puisi kepada bentuk prosa atau ayat biasa. Isi tempa t kosong dengan jawapan yang betul.

Ketika kaki ini mengorak langkah

Ke gedung ilmu

Tangan ayah dan ibu

Kukucup pohon restu.

Ketika menaiki bas

Berbaris aku tidak terlepas

Kuamati waspada langkah

Agar tidak sumbang tingkah.

Ketika bas membelah jalan

Etika berhemah aku biasakan

Aku patuhi pesan ayah dan ibu

Usah berlari, tatapilah buku

Di tangga aku tidak berdiri

Di tingkap aku tidak jengahi

Ketika gedung ilmu kulihat

Dengan tenang

Roda bas kutunggu berhenti

Tidak ku mahu mengundang

tragedi.

Ketika kaki ini menjejak ke gedung

ilmu

Tangan kuangkat tanda

kesyukuran

Aku selamat dalam perjalanan.

Ketika hendak pergi ke _____________, aku

___________ tangan ayah dan ibu untuk

_____________ restu.

Ketika ____________ bas, aku beratur dalam

___________ untuk mengambil langkah

___________ supaya aku sentiasa berada dalam

keadaan tingkah laku yang ___________.

Ketika bas bergerak, aku ikut pesanan ayah dan

ibu, aku tidak ___________, aku

___________buku, aku tidak berdiri di tangga,

dan aku __________menjenggahi tingkap.

Ketika aku melihat ____________, dengan tenang

aku ____________sehingga bas berhenti, kerana

aku tidak mahu berlaku ___________.

Ketika kakiku ___________sekolah, aku

____________tangan tanda syukur kerana aku

telah ____________sepanjang perjalanan ke

sekolah.

top related