khb tingkatan 2 [tanaman hiasan pemasuan semula]

Post on 18-Jan-2017

123 Views

Category:

Environment

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADUBAB 5

TANAMAN HIASAN[ PEMASUAN SEMULA ]

Disediakan oleh :Amyra Ardini binti Suhimi

Ilustrasi Pemasuan Semula

Tujuan Pemasuan Semula• Memudahkan tanaman hiasan memperoleh

nutrien, air dan cahaya matahari.• Membolehkan pasu dialihkan dan dipindahkan

dengan mudah.• Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti

menyiram,menggembur,membaja, memangkas dan merumput.

• Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak sesuai dengan saiz tanaman.

Ciri – ciri Tanaman Yang Perlu Pemasuan Semula

Ciri – ciri Pemilihan Pasu

• Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok yang hendak ditanam.

• Mempunyai lubang saliran untuk mengeluarkan air berlebihan dari pasu.

• Mudah dibersihkan supaya kelihatan cantik dan menarik.

• Menarik, kemas dan ringan supaya mudah untuk mengalihkan pasu.

Menyediakan Medium Memasu

3 : 2 : 1 atau 7 : 2 : 1 ( 7 tanah loam , 2 bahan organik dan 1

pasir sungai )

Alatan Pemasuan Semula

Baldi Penapis Penyiram

Sekateur

Skop

Sudip Tangan

Langkah – langkah Pemasuan Semula

Penjagaan Tanaman Hiasan

Menyiram• Kerja menyiram dilakukan untuk membekalkan air

yang mencukupi untuk tanaman.• Tanaman perlu disiram sekurang-kurangnya sekali

sehari.• Siram tanaman dengan menggunakan bekas yang mempunyai muncung yang berlubang halus.

Merumput• Aktiviti ini bertujuan membuang rumpai yang

tumbuh bersama–sama tanaman hiasan.• Rumpai perlu dibuang untuk mengelakkan

persaingannya dengan tanaman hiasan bagi memperoleh cahaya, nutrien, air dan ruang.

• Merumput boleh dilakukan dengan menggunakan tangan atau

serampang tangan.

Menggembur• Bertujuan melonggarkan medium keras

supaya akar dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih mudah.

• Medium yang digembur dapat memudahkan akar menembusi dan membaiki pengudaraan tanah.

• Menggembur dilakukan dengan menggunakan serampang tangan dan sudip.

Membaja• Tujuan utama membaja ialah membekalkan

nutrien kepada tanaman hiasan.• Setelah selesai kerja membaja, siramkan

tanaman hiasan.• Baja yang digunakan terdiri daripada baja

organik dan baja kimia.

Memangkas• Pemangkasan ialah aktiviti mengerat atau

mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru.

• Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak berfungsi.

• Pemangkasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk

tanaman.

top related