kertas kerja pendaftaran syarikat

Post on 20-Jul-2015

255 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN

PENDAFTARAN SYARIKAT DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

1.0 PENGENALAN

Merujuk kepada Teras 3 Pelan Pengukuhan keusahawanan Jabatan

Pengajian kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2010-2015 yang

berkenaan memantapkan program pembangunan dan pengukuhan keusahawan,

agar pihak e-Tech Center dapat membantu pelajar dalam mendapatkan persijilan

dalam bidang keusahawan. Selaras dengan itu, e-Tech Center Kolej Komuniti Batu

Pahat mencadangkan agar empat orang pelajar yang terpilih untuk dibuat

pendaftaran syarikat sebagai langkah awal dalam mengharungi dunia

keusahawanan.

2.0 OBJEKTIF

i. Membuat pendaftaran syarikat kepada empat orang pelajar yang terpilih.

ii. Memberi pengalaman kepada pelajar tersebut mengenai proses pendaftaran

syarikat agar pengalaman tersebut dikongsi kepada pelajar yang lain.

3.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

25 Julai 2012

Pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang

Bangunan Aked Mara, Jalan Rahmat, Batu Pahat

4.0 KUMPULAN SASARAN

Empat orang pelajar yang terpilih

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Bayaran pendaftaran perniagaan = RM 60.00 satu syarikat

Jumlah = 4 orang pelajar X RM 60.00

= RM 240.00

2. Cop syarikat = RM 30.00 satu

Jumlah = 4 X RM 30.00

= RM 120.00

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN = RM 360.00

6.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif yang

digariskan. Kerjasama diperlukan dari semua pihak amatlah diharapkan untuk

menjayakan program ini. Semoga semua mendapat ilmu dan manfaat yang berguna

dari program ini.

Disediakan oleh :

...................................

(ROSEDI BIN IBRAHIM)

Pegawai Keusahawanan,Kolej Komuniti Batu Pahat,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tarikh :

Disemak oleh,

.......................................(SITI NORMAH BTE SUIB )Ketua JabatanPembelajaran Sepanjang HayatKolej Komuniti Batu Pahat,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tarikh :

Diluluskan oleh :

.......................................(RADZUAN BIN OTHMAN)PenngarahKolej Komuniti Batu PahatKementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tarikh :

top related