kerja khusus geografi tingkatan 3
Post on 27-Oct-2015
186 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BARU BINTULU,
97000 BINTULU,SARAWAK
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
2012
EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI KAWASAN
PERINDUSTRIAN NYIGU, BINTULU, SARAWAK
NAMA MURID: AWANG ANAS BIN AWANG MAHSEN
TINGKATAN: 3KRK
NAMA GURU: PUAN SITI NAZIRAH BINTI CHE PA
……………………….. …………………………….
TANDATANGAN MURID TANDATANGAN GURU
EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA TERGANGGU DI
KAWASAN
PERINDUSTRIAN NYIGU,
BINTULU, SARAWAK
SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT1.0 PENGHARGAAN2.0 PENDAHULUAN3.0 OBJEKTIF KAJIAN4.0 KAWASAN KAJIAN
5.0 KAEDAH KAJIAN6.0 DAPATAN KAJIAN6.1 KONSEP EKOSISTEM
HUTAN DI KAWASAN KAJIAN
6.2 KEPENTINGAN EKOSISTEM DI KAWASAN
KAJIAN SG. NYIGU ,BINTULU,NEGERI
SARAWAK.6.3 FAKTOR YANG
MENYEBABKAN EKOSISTEM TERGANGGU
DI KAWASAN KAJIAN.6.4 KESAN EKOSISTEM
HUTAN TERGANGGU DI KAWASAN KAJIAN
6.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN
EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI
KAWASAN KAJIAN7.0 BAHAN GRAFIK8.0 RUMUSAN9.0 LAMPIRAN10.0 RUJUKAN
PENGHARGAAN
1
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Baru Bintulu iaitu Puan Rohani Binti Haji Daud kerana telah memberikan
kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima
kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3KRK iaitu Puan Siti Nazirah Binti
Che Pa yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja
kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya iaitu Awang Mahsen Bin
Awang Kahar dan Masniah Sheikh Aminnullah yang telah memberikan banyak memberikan
dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka
tidak dapat saya lupakan.
Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi
menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan
sekumpulan dengan saya iaitu Mohd Saffize Bin Othman,Huebert Penga Anak Guyang,Mohd
Hafiezan Bin Abu Bakar dan Muhammad Haikal Bin Ruzni.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi
meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan tajuk yang saya
pilih iaitu Ekosistem Hutan Terganggu Di Kawasan Perindustrian Nyigu,Bintulu,Sarawak.
2
PENDAHULUAN
3
Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3
diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan,Mohd
Saffize Bin Othman, Mohd Hafiezan Bin Abu Bakar,Huebert Penga Anak Guyang dan
Muhammad Haikal Bin Ruzni telah memilih tajuk “ Ekosistem Hutan Terganggu Di Kawasan
Perindustrian Nyigu,Bintulu,Sarawak
Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan PerindustrianNyigu,Bintulu,Sarawak
kerana lokasi ini merupakan kawasan hutan hujan tropika yang pesat dengan kegiatan
perindustrian dan terletak berdekatan dengan sekolah kami iaitu,Sekolah Menengah Kebangsaan
Baru Bintulu.
Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankan kajian ini selama lapan
minggu.Laporan ini telah berjaya disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan
4
OBJEKTIF KAJIAN
5
OBJEKTIF KAJIAN
Sepanjang saya menjalankan tugasan ini,saya telah menyenaraikan beberapa objektif
kajian.Antara objektif kajian tersebut ialah:
Mengetahui konsep ekosistem hutan.
Mengetahui kepentingan ekosistem hutan di kawasan kajian.
Menyatakan factor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu
Mengenal pasti kesan ekosistem hutan terganggu.
Mencadangkan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian.
Menerapkan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian.
6
KAWASAN KAJIAN
7
Kawasan Kajian
Kawasan Kajian yang kami pilih ialah kawasan perindustrian Nyigu, di Bintulu, Sarawak.
Sebelum ini, kawasan ini merupakan sebuah hutan hujan tropika.Namun, faktor
peningkatan jumlah penduduk di Daerah Bintulu, pokok-pokok di kawasan tersebut telah
ditebang bagi dijadikan kawasan.Kemudian, penduduk kawasan tersebut dipindahkan ke tempat
lain bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan perindustrian.
Kawasan Perindustrian Nyigu terletak berdekatan dengan Hill Top Villa dan Kampung
Baru. Kawasan ini terletak kira-kira 3km dari Bandar Bintulu dan 1 km dari sekolah kami.
Lokasi kajian saya adalah seperti yang ditunjukkan dalam peta 1.1.
Kawasan Perindustrian Nyigu terletak di kawasan kaki bukit Kemunting merupakan
kawasan perindustrian yang pesat. Kawasan Perindustrian Nyigu terletak di bawah pentadbiran
Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA).
8
Peta 1.1. Peta Kawasan Kajian
9
10
KAEDAH KAJIAN
11
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan dua kaedah kajian untuk menyiapkan tugasan yang telah cikgu saya
beri.Antaranya ialah seperti berikut:
(a)Pemerhatian
Saya telah memerhatikan kegiatan manusia yang mengakibatkan ekosistem hutan hujan
tropika terganggu di kawasan perindustrian Nyigu.
(b) Rujukan
Saya juga ada merujuk kepada buku rujuakan sekolah saya iaitu buku teks geografi
tingkatan 3. Saya mendapati bahawa banyak kesan ekosistem hutan terhadap alam
sekitar.Selain itu, saya juga telah membuat rujukan dari internet untuk mendapatkan
maklumat tentang ekosistem.
(c) Soal Selidik
Rakan saya,Muhammad Haikal Bin Ruzni telah menggunakan borang soal selidik
terhadap 20 orang responden berkenaan factor-faktor yang menyebabkan ekosistem hutan
hujan tropika terganggu di kawasan tersebut.Soalan-soalan yang dikemukakan adalah
seperti yang terdapat di lampiran 1.
12
DAPATAN KAJIAN
13
KONSEP HUTAN
HUJAN TROPIKA
14
Konsep Ekosistem Hutan
Pengertian ekosistem pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli ekologi berkebangsaan
Inggeris bernama A.G. Transley pada tahun 1935, walaupun konsep itu bukan merupakan
konsep yang baru.Sebelum akhir tahun 1800-an, pernyataan rasmi tentang istilah dan konsep
yang berkaitan dengan ekosistem mulai terbit cukup menarik dalam literature ekologi di
Amerika, Eropah dan Rusia(Odum, 1993).
Beberapa definisi tentang ekosistem dapat dihuraikan seperti berikut:
1. Ekosistem adalah tatanan dari satuan unsur-unsur lingkungan hidup dan kehidupan(biotik
dan abiotic)secara utuh dan menyeluruh, yang saling mempengaruhi dan saling
tergantung satu dengan yang lainnya.Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis
dalam satu komunitas dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai satu satuan interaksi
kehidupan dalam alam.(Dephut, 1997)
2. Ekosistem, iaitu tatanan kesatuan secara kompleks di dalamnya terdapat habitat,
tumbuhan dan binatang yang dipertimbangkan sebagai unit kesatuan secara utuh,
sehingga semuanya akan menjadi bahagian mata rantai siklus meateri dan aliran energy.
(Woodbury, 1954 dalam Setiadi, 1983)
Lingkungan ekosistem terdiri atas dua jenis:
1. Lingkungan biotik(komponen makhluk hidup ), misalnya haiwan, tumbuh-tumbuhan dan
mikroorganisma.
2. Lingkungan abiotik(komponen benda mati), misalnya cahaya, air, udara dan tanah.
15
Sementara, ekosistem hutan pula adalah hubungan antara kumpulan beberapa populasi
yang sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah dan terletak
pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem.
Ekosistem hutan terganggu apabila terdapatnya aktiviti manusia yang sewenang-
wenangnya meneroka kawasan hutan semulajadi untuk tujuan pembangunan.
16
KEPENTINGAN HUTAN
HUJAN TROPIKA DI
KAWASAN
PERINDUSRTIAN NYIGU
17
Kepentingan Ekosistem Hutan Hujan Tropika Di Kawasan Perindustrian Nyigu.
Hutan merupakan khazanah yang tidak ternilai kepada manusia dan benda-benda di
sekitarnya.Antara Kepentingan hutan hujan tropika di Kawasan Perindustrian Nyigu ialah:
1. Menyederhanakan Suhu/mengekalkan kelembapan udara
Melalui pemerhatian saya, hutan hujan tropika di Kawasan Perindustrian Nyigu
bertindak sebagai pengawal suhu.Hal ini demikian kerana ketebalan hutan yang terdapat
di sesuatu kawasan akan mempengaruhi suhu di kawasan berkenaan.Lapisan yang
berbeza kepentingannya boleh mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan
melalui proses sejatan seterusnya menstabilkan kelembapan udara.
2. Sumber Bahan Mentah
Melalui pemerhatian saya, hutan hujan tropika di Kawasan Perindustrian Nyigu
juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan perubatan tradisional.Akar, kulit,
ranting, daun dan buah daripada tumbuhan semulajadi tertentu dapat dijadikan bahan perubatan.
3. Zon Pemampan Pengawal Hakisan
Melalui pemerhatian saya, hutan hujan tropika di Kawasan Perindustrian Nyigu
juga berfungsi sebagai zon pemampan pengawal hakisan.Hal ini berlaku kerana hutan bertindak
sebagai penutup bumi semulajadi dan melindungi tanah daripada hakisan angina dan
air.Manakala, litupan daun dan sarap di atas permukaan tanah juga akan mengurangkan kadar
larian air di permukaan bumi.
18
Oleh itu, kita sebagai seorang individu yang mampu berfikir hendaklah
bersyukur di atas kurnia-Nya yang telah diberikan kepada kita.
19
FAKTOR YANG
MENYEBABKAN
EKOSISTEM HUTAN HUJAN
TROPIKA DI KAWASAN
PERINDUSTRIAN NYIGU
TERGANGGU
20
Faktor yang Mengakibatkan Ekosistem Hutan Hujan Tropika Terganggu Di Kawasan
Perindustrian Nyigu
Terdapat pelbagai factor yang telah mengakibatkan ekosistem hutan hujan tropika
terganggu di Kawasan Perindustrian Nyigu.Antara faktor yang mengakibatkan ekosistem hutan
hujan tropika terganggu di kawasan tersebut ialah:
1.Perindustrian
Melalui soal selidik yang telah rakan saya lakukan iaitu Muhammad Haikal Bin Ruzni,
rakan saya mendapati bahawa Kawasan Perindustrian Nyigu telah banyak dimusnahkan
untuk membina kilang-kilang seperti kilang kayu, kilang besi dan bengkel.Peningkatan
permintaan kayu dalam pasaran semasa mengakibatkan hutan dimusnahkan.
2.Pembinaan Jalan Raya
Melalui soal selidik yang telah rakan saya lakukan iaitu Muhammad Haikal Bin Ruzni,
rakan saya mendapati Kawasan Perindustrian Nyigu terganggu ialah disebabkan oleh faktor
pembinaan jalan raya.Jalan raya dibina dengan tujuan untuk menghantar dan mengambil bekalan
seperti kayu dari tempat lain.
3.Penerokaan Sumber
Melalui soal selidik yang telah rakan saya lakukan iaitu Muhammad Haikal Bin Ruzni,
rakan saya mendapati bahawa Kawasan Perindustrian Nyigu terganggu juga disebabkan oleh
penerokaan sumber hutan yang bernilai untuk dijadikan kayu.
21
4.Pembinaan Petempatan
Melalui soal selidik yang telah rakan saya lakukan iaitu Muhammad Haikal Bin Ruzni,
rakan saya mendapati bahawa Kawasan Perindustrian Nyigu terganggu juga telah disumbangkan
oleh faktor pembinaan petempatan.Hal ini demikian kerana pekerja-pekerja di kilang yang
berdekatan telah membina rumah berhampiran dengan kilang untuk memudahkan urusan mereka
sekaligus menjimatkan masa.
Oleh itu, kita haruslah bertanggungjawab atas apa yang kita telah lakukan.
22
23
24
KESAN EKOSISTEM HUTAN
HUJAN TROPIKA
TERGANGGU DI KAWASAN
PERINDUSTRIAN NYIGU
25
Kesan Ekosistem Hutan Hujan Tropika Terganggu di Kawasan Perindustrian Nyigu
Antara kesan-kesan ekosistem hutan hujan tropika terganggu di Kawasan Perindustrian
Nyigu ialah:
1.Kepupusan Flora dan Fauna
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati ekosistem hutan hujan tropika
yang terganggu memberikan impak yang negatif terhadap alam sekitar seperti kepupusan flora
dan fauna.Penerokaan sumber hutan telah mengancam sepsis flora dan fauna yang berada di
sekitarnya.Flora dan fauna telah kehilangan habitat untuk membiak serta kekurangan sumber
makanan.Oleh itu, lama-kelamaan, beberapa sepsis tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan diancam
kepupusan.
2.Ketandusan Tanih
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati ekosistem hutan hujan tropika
yang terganggu di Kawasan Perindustrian Nyigu juga telah menyumbang kepada ketandusan
tanih.Apabila pokok mati, daun, ranting dan dahannya akan reput.Keadaan cuaca yang panas dan
lembap akan mempercepatkan proses pereputan.Melalui proses ini, humus yang menyuburkan
akan terbentuk.Bakteria dan kulat menguraikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati.Bahan
kimia daripada tumbuhan dan haiwan akan terserap di dalam tanih bagi dijadikan nutrient
semulajadi kepada tanih.Namun, disebabkan oleh kegiatan penebangan, proses pembentukan
humus serta proses pereputan akan terhenti.Oleh hal yang demikian, tanih hilang kesuburan dan
akan menjadi tandus.
26
Konklusinya, kita sewajarnya bersikap prihain terhadap alam sekitar agar ianya
terpelihara.
27
CADANGAN UNTUK
MENGURANGKAN KESAN
EKOSISTEM HUTAN
TERGANGGU
28
Cadangan Bagi Mengurangkan Kesan Ekosistem Hutan Hujan Tropika Terganggu di Kawasan
Perindustrian Nyigu
Kegiatan manusia yang sewenang-wenangnya meneroka hutan hujan tropika di Kawasan
Perindustrian Nyigu telah menyumbangkan impak yang negatif terhadap kehidupan di
sekitarnya.Oleh itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatic harus dijalankan
secara berterusan bagi membasmi masalah ini.Antara langkah-langkah yang dapat diambil ialah:
1. Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara
Melalui rujukan saya, antara perkara yang dapat dilakukan bagi mengurangkan kesan
ekosistem hutan hujan tropika di Kawasan Perindustrian Nyigu adalah dengan mewartakan hutan
simpan dan taman negara dengan bantuan oleh Majlis Pehutanan Negara serta Jabatan Hidupan
Liar dan Taman Negara(PERHILITAN).Peranan majlis ini ialah untuk mengawal semua
kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap negeri
pada setiap tahun.Manakala, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN) pula
bertanggungjawab melindungi hidupan liar di Malaysia.Oleh itu, kepupusan sepsis flora dan
fauna serta kegiatan penebangan pokok dapat diminimumkan ke tahap yang lebih rendah.
2. Pengawalan Pembalakan Hutan
Melalui rujukan saya, pihak berkuasa seperti Lembaga Kemajuan Bintulu
seharusnya menggunakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram
dan pemburuan hidupan liar di kawsan tersebut.Hal ini demikian bagi memastikan pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab berhenti daripada terus menerus melakukan perkara
yang dapat memusnahkan ekosistem hutan di kawasan tersebut.
29
3. Pendidikan Alam Sekitar
Melalui rujukan saya, saya mendapati bahawa pihak sekolah harus memainkan
peranan yang penting dalam mengurangkan masalah ini.Pihak sekolah haruslah mendidik
para murid sejak dari bangku sekolah rendah lagi.Perkara ini akan menyedarkan murid-
murid betapa pentingnya peranan ekosistem hutan.
Tuntasnya, Kita haruslah berkerjasama bagi megurangkan kesan ekosistem hutan
hujan tropika terganggu di Kawasan Perindustrian Nyigu.
30
BAHAN GRAFIK
31
32
33
33
RUMUSAN
34
Rumusan
Saya berasa bersyukur kepada Ilahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan folio ini dalam
masa yang telah ditetapkan.
Melalui Kerja Khusus ini, saya telah berjaya menghurai dan mentakrif konsep ekosistem
hutan hujan tropika secara terperinci.
Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti kepentingan ekosistem hutan hujan tropika di
Kawasan Perindsutrian Nyigu iaitu, menyederhanakan suhu, membekalkan sumber bahan
mentah dan bertindak sebagai zon pemampan hakisan.
Seterusnya, saya telah memperolehi maklumat mengenai faktor-faktor yang telah
menyebabkan Kawasan Perindustrian Nyigu terganggu.Sebagai Contoh, ekosistem hutan hujan
tropika di Kawasan tersebut terganggu oleh aktiviti perindustrian, pembinaan jalan raya,
penerokaan sumber serta diakibatkan oleh faktor pembinaan petempatan.
Di Samping itu, saya juga telah memerhatikan kegiatan manusia yang telah menyebabkan
ekosistem hutan hujan tropika di kawasan tersebut yang telah mendatangkan kesan yang negative
terhadap persekitaran.Kejadian seperti kepupusan habitat flora dan fauna serta ketandusan tanih
berlaku di kawasan tersebut.
Akhir sekali, saya telah mengutarakan beberapa cadangan yang dapat digunakan untuk
mengurangkan kesan ekosistem hutan hujan terganggu di kawasan tersebut.Contohnya dengan
mewartakan hutan simpan dan taman negara, pengawalan pembalakan hutan dan pendidikan
alam sekitar.
35
Sebagai mengakhiri wacana saya, saya berasa amat bangga dan bersyukur kerana menjadi
seorang daripada penduduk Bintulu amnya kerana masih mempunyai pelbagai khazanah yang
masih terpelihara.
36
LAMPIRAN
37
38
39
40
41
RUJUKAN
42
Rujukan
1. Buku Teks
Latifah Binti Mahfod, Shamsiah Binti Ahmad, 2003.Geografi Tingkatan 2.
Kuala Lumpur: Edaran Kemajuan(M) Sdn.Bhd.
2. Buku Rujukan
Saharuddin Abdul Rahman, 2004.Siri Teks Referens Geografi PMR. Petaling
Jaya: Pearson Sdn.Bhd
Sabaruddin Bin Abdul Rahman, 2005. Visi Baru Emas Geografi PMR. Shah
Alam: Panpac(M) Sdn.Bhd
3. Internet
Pondoksiti.blogspot.com
Definisi.blogspot.com
43
top related