keperluan perkakasan

Post on 26-May-2015

316 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Peranti

TRANSCRIPT

apa yang kamu nampak ?????

KEPERLUAN PERKAKASAN

3.2.1 PERANTI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Mengenal pasti peranti yang diperlukan dalam komunikasi rangkaian komputer:• Kad Antaramuka Rangkaian/ Kad Antara muka Rangkaian

tanpa wayar Modem (dalaman dan luaran) / Hab atau PerantiSuis, Penghala( router ) / Titik capaian Tanpa Wayar.

Menyatakan secara bertulis fungsi peranti yang diperlukan dalam komunikasi rangkaian komputer:• Kad Antaramuka Rangkaian/ Kad Antara muka Rangkaian

tanpa wayar Modem (dalaman dan luaran) / Hab atau PerantiSuis, Penghala( router ) / Titik capaian Tanpa Wayar.

PERANTI

• Peranti diperlukan dalam membina sesebuah rangkaian komputer:– Kad Antaramuka Rangkaian– Kad Antara muka Rangkaian tanpa wayar – Modem (dalaman dan luaran)– Hab atau Peranti Suis– Penghala( router ) – Titik capaian Tanpa Wayar.

Kad Antaramuka Rangkaian

Kad Antara muka Rangkaian tanpa wayar

Modem (dalaman dan luaran)

Hab atau Peranti Suis

Penghala( router )

Titik capaian Tanpa Wayar

AKTIVITI

• Sesi soal jawab• Senaraikan peranti dalam rangkaian

komputer.

Kad Antaramuka Rangkaian

• Kad antara muka rangkaian merupakan peranti perkakasan yang mengendalikan satu antara muka rangkaian komputer dan membolehkan komputer mendapatkan akses internet dalam rangkaian.

Kad Antaramuka Rangkaian tanpa wayar• Adalah kad rangkaian yang menghubungkan

komputer kepada rangkaian tanpa wayar berasaskan gelombang video.

• Kad ini menggunakan antenna untuk berkomunikasi menerusi gelombang mikro.

• WNIC di dalam komputer biasanya dipasang pada slot Peripheral Component Interconect (PCI) atau sudah siap bina pada papan induk komputer.

• Ia sering kali dikaitkan dengan zon WiFi

Modem

• Terdapat 3 jenis modem iaitu modem bina luar, bina dalam dan jenis USB.

• Modem (modulator demodulator) berfungsi dalam menukar isyarat gelombang elektrik (talian telefon) kepada isyarat digital (PC) dan sebaliknya. 

• Ia membolehkan PC dihubungkan kepada internet melalui perantara ISP (pembekal perkhidmatan internet ) seperti Stremyx, Maxis, Celcom, P1 Wimax, YES dan sebagainya. 

Hab

• Hab adalah peranti rangkaian yang terdapat di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) yang menggunakan topologi bintang.

• Hab dan peranti suis terdiri daripada port – port yang menyambungkan kabel rangkaian dari setiap komputer / peralatan dalam sistem rangkaian setempat.

• Kebanyakan hab disambungkan melalui jack RJ-45 yang disambungkan kepada kabel pasangan terpiuh (UTP).

• Manakala switch bertindak sebagai ‘multiport bridge’ untuk menyambungkan peranti –peranti atau segmen – segmen dalam satu LAN.

• Namun, kedua-dua ini mempunyai perbezaan dari cara bekerja dan berfungsi.

Penghala (Router)

• Penghala adalah peranti komunikasi yang digunakan untuk menterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan dengan menggunakan kabel atau wireless.

• Ia juga digunakan dalam menghubung di antara beberapa buah komputer dalam rangkaian atau dengan penghala lain bersama –sama.

• Selain itu, penghala membenarkan sambungan internet tunggal dapat dikongsi bersama di dalam rangkaian. Contohnya di Kafe Siber.

Titik Capaian Tanpa Wayar

• Dalam rangkaian komputer, Titik Capaian Tanpa wayar (WAP) adalah alat yang membolehkan peranti tanpa wayar mempunayai sambungan kepada rangkaian berwayar dengan menggunakan Wi-Fi, Bluetooth atau standard yang berkaitan. WAP biasanya bersambung ke router (melalui rangkaian berwayar) jika ia adalah satu peranti yang berdiri sendiri, atau adalah sebahagian daripada router sendiri.

Aktiviti

• Nyatakan fungsi peranti dalam rangkaian komputer :– Kad Antaramuka Rangkaian– Kad Antara muka Rangkaian tanpa wayar – Modem (dalaman dan luaran)– Hab atau Peranti Suis– Penghala( router ) – Titik capaian Tanpa Wayar.

***Buat dalam buku latihan

Kesimpulan

PERANTI DALAM RANGKAIAN KOMPUTER

Latihan kerja rumah

Nyatakan perbezaan antara peranti-peranti dalam rangkaian komputer: kad antara muka rangkaian kad antara muka rangkaian tanpa wayar Modem Hab Penghala (router) Titik capaian tanpa wayar

***hantar pada kelas akan datang

top related