kemahiran hidup pembiakan secara keratan batang

Post on 19-Jun-2015

8.544 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Khairin

Iman Syafiqah

Nadhrah

Maryam Balqis

Fateha

1 Hormat 2009

Menyediakan Medium Semaian

Medium semaian yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut :

- Mengandungi bahan organik yang dapat

membekalkan nutrien kepada tumbuhan

dan mampu menahan air.

- Mestilah gembur untuk saliran dan

pengudaraan yang baik.

Bahan-bahan yang sesuai digunakan sebagai medium semaian ialah:

- Tanah loam- Bahan-bahan organik seperti najis ternakan

yang reput, kompos atau tanah gambut.- Pasir sungai untuk menjadikan medium lebih

gembur dan memberikan pengudaraan yang baik.

Tapis bahan-bahan tersebut secara berasingandengan menggunakan penapis.

Tujuan menapis bahan- bahan semaian adalah

untuk mengasingkan bahan-bahan kasar dan sampah sarap.

Ketiga-tiga bahan itu dicampur dan disukat mengikut kadarnya, iaitu 2:1:1.

- 2 bahagian tanah loam.- 1 bahagian bahan organik.- 1 bahagian pasir sungai.

Fungsi bahan medium adalah seperti yang berikut:

- Tanah Loam: Mengukuhkan tumbuhan.- Bahan Organik: Membekalkan nutrien serta berupaya menyimpan air dan membaiki struktur tanah.– Pasir sungai: Memastikan saliran dan pengudaraan yang baik.

Jenis Keratan Batang

Keratan kayu lembut

Keratan kayu sederhana

Keratan kayu keras

Rajah 1.1

Pembiakan cara ini menggunakan bahagian tertentu batang,dahan, atau ranting yang dikerat dan disemai untuk mengeluarkan akar.

Keratan batang terbahagi kepada 3 jenis seperti rajah 1.1.

Keratan yang dipilih hendaklah diambil daripada tumbuhan yang bebas daripada serangan penyakit, dan haiwan perosak, sihat dan baik, serta berdiameter 1cm-1.5cm.

Contoh pokok hiasan yang boleh dibiakkan melalui keratan batang

Siantan

Bunga raya

Angsana

Menyediakan keratan batang

Gunakan pisau yang tajam dan bersih atau sekateur untuk membuat keratan 10-15cm panjang dengan dua atau lebih mata tunas.

Bahagian pangkal dipotong serong di bawah paras mata tunas.

Keratan kayu lembut Daun ditinggalkan

Keratan kayu sederhana Daun bawah dibuang

Keratan kayu keras Semua daun dibuang

Menyemai keratan batang

Renjiskan air pada pangkal keratan batang dan celupkan ke dalam serbuk hormon pengakaran.

Jentikkan keratan batang perlahan-lahan untuk membuang serbuk hormon yang berlebihan.

Keratan yang segar perlu ditanam secepat mungkin.

Buatkan lubang penanaman dengan mencucukkan sebatang kayu kecil ke dalam medium sedalam 2-3 cm.

Masukkan keratan batang ke dalam lubang dan padatkan medium di sekelilingnya.

Jarak antara lubang jangan terlalu rapat, iaitu 8-10 cm.

Siram medium dan letakkan bekas semaian di tempat yang teduh.

Menjaga keratan batang

Siram medium untuk mengekalkan kelembapannya.

Pastikan keratan tidak terganngu. ( Gerakan pada keratan

mungkinmengakibatkan akar yang baru tumbuh akan rosak dan ini akan merancatkan pertumbuhan akar)

Rumpai yang tumbuh di dalam kotak semaian dicabut dan dibuang.

Sila tekan ini

top related