isu guru bukan opsyen
Post on 14-Aug-2015
102 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Isu Guru Bukan Opsyen - Surat Dari Pembaca« on: January 13, 2012, 07:05:02 PM »
Forum: Rangka strategi cukupkan guru berilmu
2012/01/13
PENDIDIKAN di negara ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang
seimbang. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan merangka beberapa strategi. Ini
termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini
bertujuan menyediakan guru yang berilmu dan berkualiti untuk melaksanakan kurikulum
yang sudah digubal.
Saya tertarik dengan masalah yang melanda di mana-mana sekolah di daerah saya,
yang mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan
guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul
tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka.
Persoalannya, adakah guru-guru itu mampu menyampaikan ilmu terbabit dengan
berkesan? Mereka yang terpaksa akur dengan kehendak sekolah dan kehendak
pentadbir terpaksa menurut perintah. Atau situasi ini akan berlaku, ‘pelajar dahagakan
ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu terbabit’.
Situasi lain juga turut dialami apabila si murid bertanya mengenai satu soalan, kemudian
si guru tidak tahu. Jadi, dialog ini akan keluar “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang”.
Terdapat juga kes di mana guru bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik,
tanpa mengambil kira, kelas yang diajar itu mempunyai murid yang lebih bijak dalam
subjek berkenaan. Akhirnya guru yang belajar dengan murid. Keadaan ini bukan saja
mengaibkan guru berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti guru untuk menjadi
penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan. Apakah IPT di negara ini gagal
memenuhi keperluan guru di negara ini?
Sehingga hari ini guru-guru ini tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar dan
khidmat guru GSTT masih diperlukan. Mungkin masalah ini berpunca daripada
pengurusan data di sekolah dan mungkin kurangnya pemantauan terhadap isu ini dari
pihak yang dipertanggungjawabkan. Sampai bilakah sistem pendidikan seumpama ini
berterusan? Ramai guru yang akur mengajar subjek tidak opsyen, kerana mereka terikat
dengan jolokan ‘SYMP’ – saya yang menurut perintah. Kita boleh mengisi kekosongan
dan keperluan mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal menyampaikan sesuatu ilmu itu
dengan berkesan.
SUARA KAMI,
Kuala Lumpur.
Sumber : Berita Harian
Pautan :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Forum_Rangkastrategicukupkanguruberilmu
top related