iblis dan alamnya (2)
Post on 13-Jul-2015
314 Views
Preview:
TRANSCRIPT
IBLIS DAN ALAMNYA (2)
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
2
IBLIS DAN ALAMNYA
Musuh Kamu Yang Paling Nyata
Mukasurat 2
MASAALAH MELAYU BER JIN :
Setelah kita telah didedahkan dengan sebahagian daripada
masaalah orang-orang Melayu yang membela Sahabat, Khadam,
Saka Daulat, Saka Keturunan dan lain-lain nama yang searti
dengannya di mukasurat 1, mari kita lihat masaalah sebenar
kenapa orang-orang Melayu suka sangat membela Jin atau
berJin, jika menurut perkataan yang sebenar bahasa digelar
berhantu.
Anggapan bahawa hantu tidak sama dengan Jin menyebabkan
mereka menerima kehadiran Jin dengan baik seolah-olah kaum
Jin itu lebih tinggi darjatnya dari hantu dan berbeza antara
mereka. Pada hal mereka itu didalam kelompok yang sama,
sehati sejiwa dan mengidamkan manusia-manusia untuk
dijadikan hambanya seperti binatang ternakan.
Penyebab utama yang dapat dikenal pasti adalah mereka
merasakan suatu kuasa ghaib perlu membantu mereka untuk
menjaga keluarga, anak bini, rumah, kebun, harta, kampong,
kawasan, daerah dan negeri. Juga adalah kerana asalusul nenek
moyang yang tidak terdedah dengan soal kebenaran dan
kesalahan atau keburukan dan kebaikan atas semua
kepercayaan yang telah mereka anuti, pegang dan yakini.
Mereka telah terbiar tidak beragama sekian lama berabad-abad
sebelum kedatangan Islam ke Nusantara. Diwaktu itulah
kepercayaan kepada Dewa, Syaitan dan Iblis atau Kepercayaan
Kebatinan bermaharajalela tersebar begitu luas oleh puak-puak
yang datang terdahulu sebelum Islam seperti kepercayaan sesat
Pagan Majusi Mesir Kuno Sembah Dewa, Majusi Mesir Sembah
Api, Hindu sembah Dewa, ditambah dengan puak-puak Melayu
itu sendiri mempunyai Tok Batin, Tok Dukun dan Tok Pawang
yang sangat kreatif mencipta sendiri "Tuhan" mereka dengan
segala bentuk penyembahan, adat istiadat, pemujaan,
persemadian, retual, jampi serapah, persembahan tanda taat
setia yang akhirnya berkembang biak menjadi pegangan hidup
orang-orang Melayu dikebanyakan negeri, daerah dan
perkempongan mereka. Kemudian mereka menopoli pihak-pihak
Ketua Puak-puak Melayu, Raja-raja Melayu, Pemimpin
Masyarakat Melayu setempat mempamirkan Ilmu Sihir, Ilmu-ilmu
Sakti, Megik, Silap Mata (semua kategori sesat belaka).
Kemudian menyatakan semua itu hasil taat kepada 'Tuhan
Dewata' (Iblis la tu) mereka itu yang kemudiannya telah
membuat semua pemimpin Melayu itu kehairanan, Pelik dan
Taksub lalu mengambil Tok- tok Dukun atau pun Pawang tadi
menjadi Penasihat Raja.
Maka senanglah Dukun atau Pawang tadi menetapkan halatuju
pemerintahan Raja itu kerana diberi pangkat dan diberi tugas
didalam hal ehwal Adat Istiadat Istana. Kemudian semakin jauh
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
3
ia akan menguasai Raja apabila ia menjadi tempat rujuk Raja,
apa juga masalah pentadbiran akan dirujuk dahulu kepada
Penasihat Negara, Pawang Negara dan Ahli Nujum Negara, maka
dikala inilah ia dapat menukarkan ' agama Istana' kedalam
agama yang dia anuti atau kepercayan baru ciptaannya. Raja
yang telah terpengaruh itu dengan mudah mengikut sahaja
sebab telah di mind control (pukau). Jika Raja telah menganuti
dan memegang kepercayaan, Umpamanya Majusi Sembah Dewa,
maka semua rakyatnya akan mengikut pula, Jadi tidak susah lagi
kerja Tok dukun, tok Pawang tadi untuk menyebarkan ajaran
sesat mereka diseluruh negara. Pawang dan Dukun ini pula
mengada-adakan adat istiadat dan upucara yang bukan-bukan
sebagai contoh Upucara Sembah Beradap, Upacara Pertabalan,
Upucara Berarak Junjung Duli Tuanku, Upucara Sembah,
Upucara Bersemayam, Upucara Mandi, Upucara Gendang Nafiri
dll untuk golongan Raja. Kemudian menyusun kata-kata seperti
seolah-olah Raja tu dah jadi dewa atau tuhan. Sebagai
contohnya beta, patek, menjunjung duli, mencemar duli, daulat
Tuanku. Dalam kajian yang dibuat, perkataan- perkataan ini ada
dua maksud. Maksud diluar seperti biasa saja, seolah-olah
rakyat semua menhormati raja yang telah biasa di amalkan oleh
orang-orang melayu pada waktu itu. Tetapi jika diselak disebalek
kata-kata itu penuh dengan sanjungan melampau seolah-olah
dewa atau sama taraf denganTuhan. Perkataan Tuanku adalah
berasal dari kata Tuhan-ku. Patek bermaksud Anjing (jadi rakyat
ni semua sanggup sampai mengelar diri mereka itu anjing), Duli
bererti gusti (bahasa jawa) ertinya dewa tuhan, Sembah ertinya
sujud kepada dewa (dari perkataan Sembah yang - sembah
dewa yang) , Daulat sejenis Raja Iblis keturunan Ifrait,
bersemayam ertinya naik atau duduk ditempat tertinggi seperti
Tuhan, Permainan Nafiri itu alat-alat puja dewa kuno orang-orang
asli dan berbagai lagi ciptaan Dukun dan Pawang yang mesti
diikut, jika tidak Duli Daulat akan marah dan mengamuk. Adat
istiadat inilah yang tidak pernah dibuang walaupun mereka
kemudiannya memeluk agama Islam. Hanya Nama saja berubah,
tetapi amal perbuatan penyembahan kepada dewa ini sampai
sekarang diamalkan.
Kepada orang awam, Batin, Pawang dan Bomoh pula mesti
berbuat sesuatu yang tidak nampak sesat, alasannya ialah
"untuk tujuan perubatan", "Tak apa, sikit je", "Nak baik,
dibolehkan...(membuat sesuatu bertentangan Syarak)
membuang ancak, membuang sial, mandi bunga, mandi minyak
dan semah darah ayam, kambing, kerbau dll. Membakar
kemenyan, stanggi, colok dan lilin dimestikan. Sebenarnya
semua jenis pekara yang disebuatkan ini adalah merupakan
"ISYARAT" memanggil, penyatuan dan masuk dalam badan. Jin
akan menerima isyarat ini dan memulakan kerja jahatnya pada
manusia. Adalah diingatkan, sebarang bentuk isyarat pada jin
sangat penting pada mereka. Tanpa isyarat yang kita buat, dia
tidak boleh berbuat apa-apa, kecuali jin yang sedia ada dalam
badan pesakit tadi. Begitulah serba sedikit contoh pujaan,
anutan dan kepercayaan kuno masarakat Melayu yang masih
lagi berlaku sampai sekarang.
Apabila Mubaligh-mubaligh Islam datang atas arahan Baginda
Rasullah saw, maka didapati kerajaan-kerajaan tersebut telah
mempunyai kepercayaan dan satu jenis pegangan seoleh-olah
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
4
agama anutan mereka. Memang sesetengah Raja Melayu
berjaya di Islamkan oleh mubaligh-mubaligh Islam tadi. Tetapi
sebenar-benarnya mereka tidak meninggalkan adat istiadat lama
mereka. Sebab itulah hingga kehari ini semua Raja-raja Melayu
akan melalui proses yang sama dalam adat istiadat kuno itu
semasa pertabalan dan lain-lain lagi, dan yang paling nyata
sekali semasa laungan "Daulat Tuanku" itu berkumandang
dilaungkan oleh semua rakyat dan pembesar -pembesar negeri.
Tahu kah anda semua apa sebenarnya berlaku ??? Inilah
"Isyarat" yang meletakkan "Dewa Daulat" sebagai ikutan dan
pegangan sebenar mereka. Apa sebenarnya nama DAULAT itu ???
Ia adalah NAMA SE EKOR JIN IBLIS PERINGKAT TINGGI DARI
KETURUNAN JIN IFRAIT, laungan daulat tuanku bererti DAULAT
TUHAN KU seperti yang telah disebutkan diatas tadi. Bagaimana
sekarang ??? Mana ada sebut pasal Allah, pasal Rasullah. Ada
dimana-mana perkataan Allah dan Rasullah disebutkan ???
Semua ini kepercayaan kurafat dan sesat, baik dari segi Syarak,
Akidah, Akhlak, Pengorbanan diri dan Harta. Tidak ada dimana-
mana hadis Rasullah saw mengajar sahabatnya atau umatnya
pekara seperti ini atau disebuat dimana-mana ayat dalam Al
Quran ajaran seumpama ini dan pastinya juga ulama-ulama
dahulu dan sekarang juga bersependapat tidak akan
menbenarkan pekara kurafat seumpama ini diterima dalam
agama Islam
Adakah fakta ini benar ??? Sial tanyakan persoalan ini kepada
Dato Dr. Hj Harun Din, kerana beliau pernah menulis fakta yang
sama didalam sebuah Akhbar Utama negara ini pada suatu
ketika dahulu. Beliau telah cuba merungkai permasaalah ini,
namun dipandang sepi oleh Pihak Istana, Pemimpin Negara,
Jabadan Agama Islam, JPM, KDN, Penyimpan Mohor Besar Raja-
raja, Majlis Raja-raja Melayu, Penyimpan Adat Istiadat Diraja dan
semua Masyarakat. Malahan beliau telah diberi amaran oleh
beberapa pihak berkepentingan didalam soal adat istiadat ini
pula. Nah.... sampai bila??? Persolannya sampai bila mahu
disimpan PEKONG ini ??? Pekong yang telah sampai kesum- sum
tulang, pekong yang telah sebati dengan urat, daging dan darah
orang-orang Melayu. Fikirkanlah !
Anda tak puas hati lagi ??? baik, bukankah anda semua
golongan terpelajar ? Sekarang sudah masuk zaman Moden,
zaman Milenium bukan lagi zaman Kuno. Fikir pakai Logik
akal....kawan nak tanya anda, dari mana datangnya "daulat Raja"
(berlaku pekara mencarek adat) itu ??? Ya, dari mana ??? sila
jawab.... ??? tolong bagi hujah anda ???
Kawan pasti tuan-tuan semua akan mengaru kepala... atau
melopong sahaja... atau terdiam... nak cuba lagi...????????
Nak kawan tolong anda semua jawab ????
Adakah pekara mencarek adat itu merupakan "MAU'NAH" atau
"KORAMAH" (pertolongan dari Allah swt) kepada Raja itu tadi ????
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
5
ooooopppp sorry, itu tanya bukan jawab ????
Susah sangat ke nak menjawabnya ??? atau anda dah dapat
teka, tapi tak boleh nak cakap????
Takut kena marah dengan Raja ????
OK..... Bagi nak menentukan samada ia datang dari Allah atau
tidak, kenalah dipastikan dulu beberapa pekara, iaitu :
1) Bagaimana raja itu beribadat ???
2) Darimana ia belajar semua bab dan juzuk-juzuk pengajian
Islam itu ???
3) Siapa Guru yang mentarbiah dan mengajar beliau ???
4) Darimana kah asas pengajian Syariat, Tauhid, Usuluddin dan
Tasaauf yang beliau dapat ???
5) Ada kah beliau pernah 'Mubaiaah' dengan mana-mana Ulama-
ulama yang Muktabar , atau paling kurang pun guru-guru yang
mengambil ilmunya dari Ulama Muktabar itu ???
6) Adakah Gurunya itu mempunyai Sanad Keilmuannya
menyampai kepada Rasullah saw ???
7) Adakah Wasilah dan Rabitahnya juga menyampai ketangan
Nabi saw ???
8) Adakah telah "bulat penyerahan dirinya kepeda Allah" atau
pun menyampai Makrifah nya kehadrat Allah swt ???
Jika kesemua 8 soalan diatas ini mempunyai jawapan yang betul,
ya dan benar, maka memang benarlah ia mendapat
perlindungan dari sumber sebenarnya iaitu Allah swt. yang
dinamakan 'Mau'nah' atau juga dipanggil 'Makwanah' atau pun
"Karomah" (pertolongan Allah swt).
Tetapi jika sebaleknya tiada jawapan yang boleh diterima
sebagai benar, maka perlindungan atau pekara mencarek adat
itu datangnya dari sumber yang dimurkai Allah swt.............iaitu
semestinya dari IBLIS LAKNATULLAH !!! (dinamakan 'Istidrajh',
atau 'Syakwazah').
Jika masih tidak berpuas hati lagi..... cari mana-mana Ustaz yang
faseh akan bab ini dan tanya. Atau anda boleh bertanya di TV 9
didalam program "Tanyalah Ustaz", kot Ustaz boleh tolong
berikan jawapan yang anda muskilkan.
Bukan nya apa tuan- tuan dan puan- puan sekalian, bukan
kawan nak buka aib sesiapa, atau merendahkan keturunan
sesiapa atau pun bukan juga kawan nak mencabar sesiapa. Ini
adalah tanggungjawab kita sesama Islam untuk menegur jika
berlaku sesuatu Kekufuran dalam Masyarakat. " Amal Makruf,
Nahi Mungkar ". Kewajipan, Fardu Kifayah didalam Syarak ini
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
6
akan ditanya dihadapan Allah Rabuljalil diakhirat kelak, Bagi
setiap jiwa rakyat yang bernaung dibawah Kerajaan Malaysia
yang indah ini. Kita wajib menegur kepincangan ini samada
dengan mulut, anggota dan hati. Dari dekat atau dari jauh. Jika
kita tidak berbuat demikian, kita juga turut menerima padahnya
kerana membiarkan dan membenarkan terus pekara seumpama
itu berterusan. Maka berlepas dirilah anda semua dari masaalah
fitnah Iblis yang sangat kronik dan besar ini kepada orang-orang
Melayu Islam ini khasnya. Adakah akan hilang kuasa kalau Raja-
raja Melayu tidak ber "Daulat" ? Sebenarnya mereka akan lebih
baik lagi kedudukan mereka didunia dan akhirat. Percayalah,
semua orang-orang Melayu sentiasa menyokong Rajanya walau
apa pun terjadi, ia adalah jati diri Melayu. Tetapi Tuanku
janganlah mengambil yang lain selain Allah swt sebagai tempat
berlindung kerana bukan Tuanku seorang saja yang akan
menanggung akibatnya malahan semua rakyat Tuanku juga
akan terpalit sama. Maka jalan terakhir bagi kami rakyat Tuanku
ialah melepaskan diri kami daripada fitnah ini.
Ikrar dan doa melepaskan diri dari fitnah Iblis dalam bab ini ;
Bismillahirahmanirahim, " Kawan dan semua peringkat perguruan yang bersama-sama kawan, Guru-guru, dan semua rakan-rakan, sahabat-sahabat yang sealiran dengan kawan dan sesiapa juga yang beragama Islam yang membaca rencana ini, hari ini dengan rasminya bahawa kami semua melepaskan diri kami dari fitnah ini dan tiada lagi kaitan dengan kami akan kesemua permasaalahan ini iaitu dari mereka-mereka yang ber Sakakan Jin atau bersahabatkan Jin didunia dan akhirat. Semoga Allah menerima
pelepasan diri kami ini dengan berkat Nabi kami Muhammad saw di semua arah, bab dan juzuk-juzuknya. Bahawa ikrar ini menjadi saksi, anda semua dan kami juga turut menjadi saksi diakhirat kelak bahawa kami telah membuat teguran didalam rencana ini. Jika mereka tidak mahu berubah atau tidak mahu mendengar akan teguran ini, maka dikala itu putuslah tanggungjawab Syarak diatas kami semua keatas mereka dan janganlah kami ditanyakan lagi akan permasaalahan ini diakhirat kelak ".... amin ya rabal alamin.
( Kepada anda pembaca rencana ini, sila "Qhosad" dalam hati
akan ikrar melepaskan diri ini supaya do'man kita semua
melepaskan diri bersama-sama).
Teguran kawan ini bukan untuk golongan Raja-raja Kerajaan
Melayu Islam saja, malahan kesemua orang-orang Islam Melayu
yang masih mempertahankan perbuatan mereka membela,
menyimpan dan menyangai akan semua jenis "sahabat" atau
'Khadam" dari puak Jin itu, samada mereka sedar atau pun tidak,
suka atau pun tidak, dengar atau pun tidak. INGAT... kami semua
telah berlepaskan diri kami semua dari perbuatan anda,
tinggalah anda bersendirian dengan masaalah anda sampai bila-
bila, kekal ia selamanya. Nasihat kami kepada anda yang
berkenaan.... Buanglah semua 'sahabat', 'khadam' atau 'jin saka'
yang bersama dengan anda sebelum mata anda tertutup. Amat
besar seksaan yang sedang menenti anda yang telah disediakan
Allah swt diakhirat kelak iaitu Neraka Jahanam kepada mereka-
mereka yang menyekutukanNya dalam semua ibadah atau pun
kerja buat mereka disemua tempat dan masa, sama ada sedar
atau tidak, sama ada anda tahu atau pun tidak, sama ada anda
suka atau pun tidak. Percayalah, seksaan bagi golongan yang
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
7
kufur dan syirik itu amat pedih yang tak terhingga dan ia kekal
selama-lamanya didalan Neraka Jahanam bersama-sama
dengan "Sahabat" dan "Khadam" kesayangan anda itu.
Allah berfirman didalam surah Al A’raaf ayat 179 yang
mafhumnya ;
" Sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam kebanyakan diantara Jin dan Manusia, bagi mereka ada jantung (Kalbi) hati, tiada mengerti dengan hatinya dan bagi mereka ada mata, tiada melihat dengan matanya dan bagi mereka ada telinga, tiada mendengar dengan telinganya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang leka".
Keterangan ayat : Allah telah menciptakan Neraka Jahanam
tempat kembali kepada mereka yang bersekutu dengan Jin.
Malah kedua-duanya sekali akan dicampakkan kedalamnya.
Mereka telah diberi segala keterangan terdahulu tetapi tidak
mahu melihat dengan mata mereka, mereka juga tidak mahu
mendengar nasihat dan amaran yang telah diberi didalam Al
Quran dengan telinga-telinga mereka malahan mereka tidak
mahu membuka hati mereka untuk bertaubat. Mereka seperti
binatang ternakan yang ditarik hidungnya oleh Iblis dan Syaitan.
Malahan menjadi lebih sesat dengan kebodohan mereka itu.
Hati mereka keras, otak mereka tertutup, semua pancaindera
mereka telah diikat sebab itu mereka tidak lagi dapat
melepaskan diri dari perangkap Iblis dan Syaitan. Jangan terjadi
seperti ini.
Firman Allah didalam surah Jin ayat 6 yang mafhumnya;
" Dan sesungguhnya seorang lelaki diantara Manusia minta berlindung kepada beberapa lelaki diantara Jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin bertambah sombong ".
Keterangan ayat: Begitu telah Allah gambarkan bahawa jika
manusia meminta pertolongan dari pihak Jin dengan Ber
"sahabat " dengan mereka, bukannya akan membetulkan
keadaan, malahan menyebabkan kaum Jin itu bertambah-
tambah sombong dan bongkak terhadap Allah swt. Maka apabila
manusia berkawan dengan musuh-musuh Allah itu dengan
sendirinyalah mereka itu sama seperti sahabat-sahabat mereka
itu juga.
Firman Allah lagi didalam surah An Nisak ayat 38 yang
mafhumnya ;
"Barang siapa yang mengambil Syaitan menjadi temannya, maka Syaitan itu adalah seburuk-buruk teman".
Keterangan ayat : Janganlah kita mengambil Jin sebagai sahabat,
kerana Jin, Syaitan dan Iblis itu sebenarnya Sahabat yang
membawa kamu sesat dari jalan Allah swt untuk selama-
lamanya. Mereka hanya akan membawa keburukan kepada
kamu dan tiada kebaikan langsung.
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
8
Dan firman Allah didalam surah Al Mumtahinah ayat 1 yang
mafhumnya ;
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh Ku dan musuh mu menjadi wali (penolong atau penjaga), kamu hubungkan kepada mereka kaseh sayang pada hal mereka itu kafir (Iblis yang kufur) kebenaran yang datang kepada mu. Mereka mengusir rasul dan kamu (Nabi Adam as dan keturunannya), kerana kamu beriman kepada Allah Tuhan mu, Jika kamu keluar berjuang pada jalan Ku dan menuntut keredhaan Ku, kamu rahsiakan kepada mereka kaseh sayang Pada hal Aku mengetahui apa-apa yang kamu sembunyikan dan apa-apa yang kamu lahirkan. Barang siapa berbuat demikian diantara kamu, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus ".
Keterangan ayat: Sesetengah Ulama tafsir menggunakan juga
ayat ini sebagai bentuk larangan bersahabat dengan golongan
Jin kerena bentuk ayat ini juga boleh dikaitkan dengan hubungan
yang manusia buat dengan golongan Jin secara rahsia, padahal
Allah mengetahui akan semua pekara. Inilah kebodohan
manusia yang menganggap mereka cerdek padahal mereka
menipu diri mereka sendiri. Mereka yang mengikut Iblis dan
mengikut tunjuk ajarnya adalah sesat dari jalan Allah selama-
lamanya dan pastinya akan dihukum dengan setimpal.
Syekh Mahyuddin Al Arabi memberitahu " Adalah orang yang
bersedudukan (bersahabat) dengan makhluk Jin tidak akan beroleh Rahmat dan Ilmu dari Allah, kerana mereka itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifat Nya".
Maka dari semua keterangan ini, amat jelas sekali bersahabat
atau berkhadamkan makhluk Jin dari apa juga bangsanya
adalah ditegah dan dilarang sama sekali kerana mereka hanya
mempersendakan dan memperbodohkan kamu semua.
Sedangkan yang tak berkadam pun amat sukar lepsa dari
gangguan nya inikan lagi bersekududukan dengan mereka.
Sudahlah telah ditetapkan setiap individu manusia memiliki
Qarin yang sentiasa mengikuti mereka ditambah dengan jin-jin
yang lain nak diberi lagi ruang. Manusia tidak akan dapat
mengimbangkan dirinya walau apa pun yang mereka dakwa.
Berbeza dengan Rasullah saw, beliau sentiasa dijaga bahkan
Qarinnya juga diislamkannya kemudian mengikut kata-katanya
dan suruhannya. Beliau maksum dari perbuatan keji dan dosa.
Jin melihat nur yang ada padanya pun boleh hancur lebur inikan
pula hendak berhadapan dengan nya. Kita hanya manusia biasa
yang sangat jauh dari perlindungan seumpama itu. Jadi jagalah
diri kamu sebaik-baiknya supaya tidak terjerumus dengan
hasutan Syaitan dan Iblis itu. Buang segala Saka Maka yang ada
dengan kamu, bersehkan diri kamu dari semua itu, semoga
Tuhan berserta kamu dijalan yang benar.
LATARBELAKANG DAN CIRI-CIRI MAKHLUK JIN :
Adapun latarbelakang dan ciri-ciri golongan Jin ini adalah
sambungan dari mukasurat 1 rencana ini. Ia dikutip dari
beberapa pendapat Ulama-ulama tafsir dan Guru-guru yang arif
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
9
didalam bab ini kemudiannya di cantumkan didalam rencana ini
supaya dapat memberi maklumat tambahan serta kefahaman
tentang apa juga pekara yang bersangkutan dengan mereka.
Sama ada pekara itu besar atau kecil didalam memandang
masaalah permusuhan , kebencian dan halangan yang sangat
jelas dan nyata yang mereka cipta supaya kita juga jauh dari
Rahmat Tuhan. Kawan paparkan semuanya dan terpulanglah
kepada tuan-tuan semua menilai sendiri akan maklumat yang
telah dikumpulkan ini yang telah dianilisa dan dibuat rujukan
demi rujukan. Sama ada ia boleh diterima atau pun tidak kerana
sesetengahnya tiada sokongan dari hadis dan dalil dari ayat
Quran bagi menguatkan hujah-hujah mereka itu. Kebanyakannya
adalah cerita dari satu generasi kesatu generasi Guru-guru atau
Ulama -ulama yang ditulis sebagai naskah peribadi atau pun
catatan anak-anak murid mereka yang masih ada.
Didalam Alam Iblis sebenarnya terdapat berjuta-juta kerajaan
kecil dan besar yang setiap satu bersambung-sambung dengan
yang lain. Manakala setiap kerajaan itu pula mempunyai sistem
berajanya tersendiri. Kepala setiap kerajaan ini adalah
berajakan Iblis, samaada Iblis tu besar atau kecil. Syaitan pula
adalah rakyatnya yang paling kuat berkerja siang dan malam
mengikut giliran kerana mereka juga ada masa untuk tidur
macam kita. Mereka sangat tekun dan berdisplin kerana
takutkan askar-askar Iblis yang sangat garang dan ganas (lebih
ganas dari kominis, zionis atau askar jepun zaman dulu). Mereka
akan dibunuh saja jika malas kerana berjuta ada lagi yang boleh
diharap dari yang malas itu. Pendek kata mereka ini tidak mahu
meninggalkan perhatian mereka walau sesaat jua pun, silih
berganti antara mereka dikala tidur atau jaga sentiasa disisi
manusia itu sehingga manusia itu rebah ditangan mereka. Hanya
yang betul-betul bertakwa sahaja yang lepas. Yang lain
semuanya terjatuh dan tersungkur melutut dikaki Iblis
Laknatuallah.
Begitulah perasaan cemburu, irihati, kebencian dan api
permusuhan yang sangat dalam sekali dihati Iblis kepada
seluruh Manusia keturunan Adam as. Ini hanya merujuk kepada
kelompok Jin-jin kafir dan Jin-jin Islam yang fasiq dan munafiq. Ia
tidak termasuk pada kelompok Jin Islam yang Abdi, solihin, Arifin,
Mutaqin dan mendapat darjat Waliallah golongan Jin yang
mengambil Rasullah saw sebagai penjaga mereka. Kelompok ini
tidak menganggu umat Manusia, mereka hanya sebok dengan
urusan mereka sendiri dan tidak turut campur akan permusuhan
Iblis dan Manusia itu. Mereka ini lah yang tergolong daripada
Umat Muhammad yang masuk Syurga yang ada juga disebut
didalam Al Quran. Mereka juga tidak terlibat menjadi Khadam
atau Sahabat atau berkahwin dengan Manusia atas sebab malas
beribadah. Mereka sangat Taat akan perintah Rasul dan
perintah Allah tetapi jumlahnya hanya sedikit . Jika hendak
dibuat perbandingan, mungkin dalam sejuta ekor hanya seekor
dari kelompok ini. Seperti juga Manusia, yang dipilih menjadi
kekaseh Allah swt hanyalah sedikit sahaja.
Mereka mampu bergerak melebihi kelajuan Cahaya. Sangat jauh
dari kemampuan Manusia kecuali manusia yang Allah swt beri
kelebihan. Umur mereka sangat panjang ada yang mencecah
ratusan ribu tahun, puluhan ribu tahun.Manakala kelompok raja-
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
10
raja Iblis pula tidak pernah mati dari dahulu hingga sekarang
yang telah diberi izin Allah pada mereka atas permohonan
mereka dulu. Firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 36-38 yang
mafhumnya ;
"Iblis berkata, ya Tuhan ku ! berilah aku tempoh, sampai hari dibangkitkan. Allah berfirman, sesungguhnya engkau diberi tempoh. Sampai waktu yang ditentukan " .
kalau nak dihitung akan jumlah makhluk Jin ini memang tak
terhitung. Jumlahnya tersangatlah banyak, bagaimana nak
dihitung jika ; seluruh jumlah manusia dari Nabi Adam as hingga
hari kiamat didarab dengan semua jumlah seluruh binatang
didarab semua jumlah tumbuh-tumbuhan didarab dengan
semua jumlah batu batuan didarab dengan seluruh jumlah pasir
yang ada dimuka bumi ini, itu pun dikatakan hanya 1 nisbah 10
dari jumlah golongan Jin ini. Manakala jumlah Jin itu pula hanya
1 nisbah 10 jumlah para Malaikat. Jumlah Malaikat hanya Allah
swt dan Rasulnya saja yang yang tahu.
Mereka mendiami hampir keseluruhan muka bumi ini, lautan,
udara, awan dan di Alam Mithsal. Didalam sesetengah rumah
manusia juga turut mereka diami bersama-sama dengan
manusia. Dengan jumlah mereka yang begitu sekali ramainya,
maka bolehlah kita anggapkan hampir keseluruhan muka bumi
ini telah mereka penuhi. Dari setiap inci dari muka bumi ini
mereka diami, mengikut ahli tafsir ini lagi dengan perbandingan
yang mereka selalu katakan iaitu ;
"jika sebatang jarum jatuh kelantai, jarum itu akan jatuh dahulu kebahu-bahu makhluk Jin ini sebelum berada betul-betul dilantai
tersebut". Jadi tuan-tuan bayangkanlah betapa ramainya mereka
bersesak-sesak tinggal dengan Manusia. Maka itulah kebaikan
yang Allah swt ciptakan mereka tidak kelihatan oleh Manusia.
Jika sekiranya manusia dapat melihat mereka, bolehkah kita
hidup dengan keadaan seperti itu ? Rasanya manusia tidak
dapat hidup dalam keadaan sesak dan berhempit-hempit
seumpama itu. Manusia merasa rimas, serba serbi tak kena
malah tidak boleh bekerja dan begerak pun. Contohnya jika kita
menaiki bas yang sesak dengan penumpang sehingga nak
bernafas pun tercungap-cungap seperti ikan, bagaimanakah
yang dapat anda semua gambarkan ? Tentu sekali manusia
tidak mampu tinggal dalam keadaan begitu. Maha Kaya Tuhan
yang menciptakan semua Makhluk dimuka bumi ini, telah Dia
ketahui segala setiap sesuatu dengan IlmuNya yang sangat luas.
Allah berfirman didalam surah Al A'raf ayat 27 yang mafhumnya ;
" Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka"
Telah dikatakan bahawa golongan Jin tidur waktu matahari naik
dan bangun waktu matahari turun. Mereka tidur didalam cahaya
terang Matahari, sebaleknya mula keluar pada waktu senja
menjelma ( angaran sesudah Asar) untuk mencari rezeki. Semua
peringkat umur akan merayau -rayau daripada tua sampai ke
muda hingga keanak-anak mereka juga berkeliaran. itulah
sebabnya orang tua-tua (manusia) selalu melarang anak-anak
mereka bermain selepas waktu asar kerana ditakuti akan
melanggar atau terpijak anak-anak Jin itu yang akan
mengakibatkan kaum Jin akan menuntut bela kepada manusia
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
11
itu. Jika anaknya mati akan dibalas mati, jika cedera maka
cedera juga mereka tuntut kepada anak manusia yang membuat
angkara. Begitulah keadahnya golongan Jin ini. Sebuah hadis
Nabi ada menjelaskan pekara ini iaitu ;
Diriwayatkan dari Imam Bukhari Muslim, dari sanad yang soheh
dinyatakan Nabi pernah bersabda yang maksudnya ;
"Apabila kamu menghadapi waktu malam atau pun kamu telah berada dari sebahagian malam, maka tahanlah anak-anak kamu kerana Syaitan ada berkeliaran di waktu itu dan apabila telah berlalu satu ketika malam maka tahanlah mereka (dari keluar rumah), tutup semua pintu-pintu rumah mu sebutlah nama Allah, padamkan dian (lampu) serta sebut nama Allah, tutuplah makanan mu serta sebut nama Allah dan ikatlah minuman mu serta sebut nama Allah (ketika menutup)".
Sebenarnya separuh daripada penyakit-penyakit yang kena pada
manusia adalah datangnya dari gangguan kaum Jin, Syaitan,
Iblis dan Ifrait ini. Mereka menjadi punca sebenar atas penyakit-
penyakit yang amat sukar untuk dibuktikan dengan semua
peralatan canggeh Hospital. Tetapi sesetengah Doktor
mempercayai akan alasan seumpama ini memang ujud.
Memang terdapat penyakit yang Doktor sendiri merasa hairan,
kerana tak pernah mereka belajar atau tiada didalam keilmuan
mereka akan ujudnya pekara seumpama ini. Nampak macam
penyakit biasa contohnya Busong - perut pesakit membesar dan
terus membesar, tetapi tiada punca saintifik dapat dikesan. Atau
pun Santau - pesakit terus batuk dan muntah darah tak henti-
henti, juga tidak boleh di Xray. Doktor akan menyatakan pesakit
ini normal, tetapi sebaleknya pesakit bertambah teruk dan
akhirnya mereka mati. Jadi sebenarnya memang sejak dari
zaman Nabi Allah Sulaiman lagi penyakit gangguan Jin ini telah
berlaku . Penggunaan Jin, syaitan dan Iblis dalam ilmu sihir
memang telah diakui malahan Ilmu inilah yang diajarkan oleh
mereka kepada Manusia. Mereka memang cukup licik dalam
soal sihir ini.
Lihatlah bagaimana mereka menyusun stratigi. Mereka ajarkan
satu bentuk retual kepada manusia A untuk pengambilan
"sahabat". kemudian Syaitan akan masuk mengacau manusia B.
Manusia C pula akan menjadi pendorong kepada manusia B
untuk berubat kepada manusia A. Apabila berubat, manusia A
hanya dengan mudah mengusir syaitan yang menganggu kerana
manusia ber"sahabat" dengan Iblis iaitu raja syaitan itu.
Kemudian manusia B pulih, dan dia pula akan menjadi ejen
menjaja seperti saleman akan kemampuan manusia A boleh
mengubat. Semuanya ini adalah bentuk sihir oleh Iblis tadi baik
manusia A, B dan C. Semua terkena sihir Iblis tanpa disedari,
kalau pun yang tahu ialah manusia A tetapi dia akan hanya
mendiamkan diri atau berpura-pura seperti 'zuhud' dan 'waraq'.
Penampilan manusia A harus nampak meyakinkan masyarakat
setempat, jika tidak ia akan ditangkap polis kerana menipu. Oleh
itu beliau akan mengguna nama seperti Ustaz, Imam, Tuan Guru
dan sebagainya. Begitu juga pengunaan jampi mentera harus
tersembunyi. Mula-mula dia membaca ayat-ayat suci al Quran,
tang jampi mentera tu tak bunyi kuat, perlahan je. Begitulah
berulang-ulang proses ilmu sihir , berpusing-pusing sedangkan
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
12
pencaturnya hanya dari seekor Raja Iblis atau Raja Syaitan dan
balatenteranya. Dari seorang manusia kepada seorang manusia
mengalami berbagai jenis penyakit yang akan darang merujuk
semula kepadanya untuk berubat. Mereka mencari upah yang
sedikit.
Lain kesahnya dengan manusia yang terang-terang puja Iblis,
puja dewa ni. Tak kira dari Sami Siam ke, Pawang Sihir ke, Tok
Batin ke atau Raja Santet (santau). Mereka mengenakan upah
yang tinggi untuk "membunuh" atau "Mengenakan" musuh
pelanggannya. Pernah kawan tinggal bersama-sama dengan
"Raja Santau" di Jokja Jawa Tengah. Kawan lihat apa yang dia
buat, bagaimana dia buat, guna apa dia buat santau. Kemudian
mentera pujanya, persamadiannya (proses bersatu dengan Iblis)
semua dalam bahasa Jawa halus dan sebagainya. Dia bukan
beragama Islam, ia beragama Hindu. Beliau pernah keluar dalam
TV3 dalam program 'Misteri Nusantara' sedikit masa dahulu.
Tujuan kawan hanya hendak membuat penyelidikan, bukan
berguru. Tapi yang hairannya memang menjadi sungguh Ilmunya
itu. Santau ini ada "pemulih" nya juga. Jadi anda lihat bagaimana
modes operandi nya, kan berpusing-pusing balek semula kepada
dia. Semua orang kenal dia, sampai orang di Malaysia pun ramai
yang datang kesana minta "dibuatkan" orang tertentu bagi mati .
Astaghfiruallah halazim. Sungguh kejam manusia ni.
Atas sifat manusia dan kelemahannya yang mempunyai sifat
mazmumah seperti iri hati, jahat sangka, pendendam, busuk hati
inilah diapi-apikan oleh pihak Jin supaya mengambil pendekatan
seumpama ini untuk selesai masaalah. Contohnya didalam
perebutan kuasa, mengajar pangkat, kontrek kerja, perniagaan,
harta pusaka, tanah dll. Pasti akan anda dengar cerita
seumpama ini berlaku dimerata tempat. Semua ini angkara
dorongan puak Jin yang jahat. Permainannya sangat halus
hingga tidak dapat dikesan dengan mata, akal dan pancaindera
manusia yang lain. Manusia akan ambil jalan mudah dan tidak
dapat dikesan sebagai perbuatan jenayah oleh pihak berkuasa.
Ada sesetengah manusia pula yang tidak percaya langsung
pekara seumpama ini boleh berlaku di Zaman Milenium seperti
sekarang ini. Sebenarnya mereka telah membuka ruang bagi
pihak Jin dipermudah untuk manusia itu dikerjakan habis-
habisan. Inilah 'Isyarat' yang kawan katakan. Dengan tidak
mempercayai langsung akan benda-benda yang kamu anggap
tahyul itu, kamu telah memberi 'Isyarat' kepada golongan Jin
untuk dengan mudah menewaskan kamu. Yang susah bagi
mereka ialah orang yang "kenal" asal usul jin. Dalam kamu tak
percaya itulah kamu menjadi 'ulam' bagi mereka. Jadi, jangan
sudah terhantuk baru nak terngadah. Terngadah dulu, jika pun
terhantuk dah lali. Ambil kisah semua disekeliling anda,
perhatikan semua sudut Ilmu Allah swt. sama ada ilmu zahir
atau batin, sama ada ilmu dunia atau akhirat, sama ada ilmu
dialam nyata atau alam ghaib (alam Mithsal). Ilmu Allah amat
luas hingga tidak menjangkau akal mu, tidak cukup umur kamu
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
13
walau ditambah dengan 1000 tahun lagi untuk khatam
semuanya. Allah Maha Kudus, sifat Kudus ini tidak akan dikongsi
dengan makhluk. Sedangkan Nabi Muhammad saw yang diberi
amanah menjaga Perbendaharaan Ilmu Allah pun tak
menyampai sifat Kudus yang Allah swt miliki, inikan kita manusia
biasa. Yang hanya mampu kita buat cuma mencari, belajar dan
yakin pada Allah serta percaya ujudnya alam ghaib (alam Mithsal)
ini. Terserahlah pada Allah yang menetapkan 'tahap' ilmu yang
boleh kita faham, ia tergantung pada rezeki kita. Ilmu sebegini
penting untuk menjaga diri dan keluarga.
Jika mengikut penyelidikan yang dibuat, diantara penyakit-
penyakit yang boleh dikategorikan didalam bentuk gangguan
Puak Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis ini ialah Histeria, Gila, Rasukan,
Hilang akal, Pengsan, Lemah semangat, Sasau, Meroyan, Susuk,
Sihir, Angau, Busong, Santau, Pelaris, Penutup kedai, Pukau,
Cinta kaseh, Hayal, Tercekek, Sakit kepala (magrin), Resdong,
Gangguan had (wanita), Angin Sanggugut, Telinga bedersing,
Waswas, Berbohong, Mencuri, Makan riba, Lemah badan, Letih
lesu, Lelah, Sakit urat, Sakit tulang, Sakit Perut, Lupa, Gatal
badan, Penyakit kudis, tokak dll. Didalam AlQuran dan Hadis
Nabi saw, ada juga disebut beberapa nama iaitu;
Al Iamam - gila, sawan. dalam hadis Nabi saw
Al Takabut - tercekek, meraung sakit. dalam surah al Bakharah
ayat 275
Al Nusbin - letih , lesu dan lelah. dalam surah Sad ayat 41
Al Nazqhu - sakit spt dipukul, menikam, membunuh. dalam suran
al Araaf ayat 200
Al Nasb - penat, hilang tenaga, sakit kudis, sopak dalam surah
ayat 41
Al Istakwaza - hilang akal, lupa, pangsan, lemah semangat dalam
surah al Mujahadah ayat 19.
Al Maas - sihir dalam surah al Baqarah ayat 102.
Didalam Al Quran dan hadis ada diterangkan beberapa jenis
penyakit yang dialami manusia-manusia dizaman Nabi dahulu
iaitu ;
1) Allah berfirman didalam surah Baqarah ayat 275 yang
mafhumnya ;
"Orang-orang yang memakan (harta) riba itu tidak dapat berdiri dengan betul (bangkit dari kubur) melainkan seperti dirasuk Syaitan kerana sakit gila ...."
Keterangan ayat: al Takhadbut didalam ayat ini juga bermaksud
tercekek, meraung kesakitan.
2) Allah berfirman didalam surah Sad ayat 41 yang mafhumnya ;
" Ingatlah (peristiwa) hamba Kami Ayub, ketika ia merayu (kepada) Tuhannya ; sesungguhnya aku disentuh Syaitan dengan kesusahan dan siksaan (penyakit yang dibawa oleh Syaitan iaitu hamba-hamba penyakit) ".
Keterangan ayat : Di ceritakan bahawa Nabi Allah Ayub as, telah
menderita penyakit kudis yang ganjil diseluruh badannya.
Dikatakan penyakit kudis (tokak) yang mengeluarkan nanah dan
darah serta berulat serta bau yang sangat busuk. Semua orang
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
14
meninggalkannya kecuali Isterinya yang sangat taat. Sekian lama
(sesetengah riwayat mengatakan 70 tahun, setengahnya pula
hanya 7 tahun) ia menderita penyakit itu lalu dia berdoa
kehadrat Allah supaya dia diberi perlindungan. Maka Allah
perintahkan ia memukul tanah tempat dia berdiri, terkeluarlah
pancutan air (sejenis air yang ada belerang gunung berapi -sulfer)
dan dengan air itu ia mandi dan minum setiap hari sehinggalah
sembuh. Begitu juga ceritanya penyakit kudis yang dialami oleh
Syekh Muhammad Yusuf Kenali (Tok Kenali) yang juga berulat,
setiap kali ia mandi akan diasingkan ulat tadi dan sesudah
mandi akan ia masukkan semula ulat tadi ditempat kudisnya
(tokak) itu, begitulah cerita Ahlilah yang sangat sabar dengan
dugaan Allah swt keatas diri mereka.
3) Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 102 yang
mafhumnya ;
" Mereka mengikuti apa yang dibacakan syaitan (ketua tukang sihir) pada masa kerajaan Sulaiman, dan Sulaiman itu bukan orang kafir, tetapi syaitanlah yang kafir. Mereka ajarkan ilmu sihir kepada manusia dan apa-apa yang diturunkan kepada kedua malaikat Harut dan Marut dinegeri Babil (Babilon). Keduanya tidak mengajar sihir kepada sesorang melainkan terlebih dahulu berkata, kami ini hanya mendatangkan cobaan sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya.Mereka itu tiada memberi melarat kepada seorang jua pun kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari apa-apa yang melarat kepada mereka dan tiada bermanafaat bagi mereka. Sesungguhnya mereka telah tahu siapa yang membeli sihir (mengerjakannya) tiadalah untuknya
bahagian diakhirat. Sesungguhnya amat jahat orang-orang yang menjual dirinya dengan sihir, jika mereka mengetahui ".
Keterangan ayat : Dalil menunjukkan amalan sihir telah belaku
seawal zaman Nabi Allah Sulaiman lagi. Iblis telah mengajarkan
ilmu sihir kepada manusia, silap mata dan untuk
menceraiberaikan suami isteri dan meruntuhkan rumahtangga
manusia. Kemudian mengajar ilmu pukau dengan kata-kata
manis dan perkataan menarek hati yang memukau. Didalam
ayat ini juga menerangkan hukuman bagi orang yang membuat
sihir dan mengupah orang membuat sihir iaitu Neraka Jahanam
dan kekal didalamnya.
4) Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 100 yang mafhumnya ;
" Kemudian Yusuf mendudukan ibubapanya diatas singgahsananya, lalu mereka sujud kepada Yusuf (hormat pd raja). Berkata Yusuf, Ya ayahdaku, inilah takwil (maksud) mimpi ku dahulu. Sesungguhnya Tuhan ku telah menjadikan dia dengan sebenar-benarnya. Sungguh Allah telah membuat baik kepada ku, ketika Dia mengeluarkan daku dari penjara, serta mendatangkan kamu dari dusun sesudah syaitan menghasut antara aku dan antara saudara-saudara ku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha halus (urusan Nya) tentang apa yang dikehandakiNya. Sungguh Dia Mahamengetahui lagi Mahabijaksana ".
Keterangan ayat : Allah telah menyelamatkan Nabi Allah Yusuf
as dari fitnah dan hasad dengki yang dihasut oleh syaitan
kepada musuh-musuhnya sehingga ia terpenjara. sebelum itu
syaitan telah menghasut abang-abang Nabi Yusuf as untuk
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
15
membunuhnya dan menyingkirkannya dari ayahnya (Nabi Allah
Yakub as) Allah swt juga penyalamat bagi dirinya dikala itu.
Begitu jahatnya syaitan-syaitan itu dengan semua
perancangannya telah digagalkan oleh Allah swt dan Dialah saja
penyelamat bagi orang-orang yang teraniaya.
5) Allah berfirman didalam surah al Araaf ayat 116 - 122 yang
mafhumnya ;
" Jawab Musa, limparkan olehmu dahulu. Setelah dilimparkan, disihirkan mata orang ramai dan ditakutinya mereka itu, hingga mereka memperlihatkan sihir yang besar ( tongkat mereka menjadi ular besar, sihir dan silap mata). Kami wahyukan kepada Musa supaya ia melemparkan tongkatnya, tiba-tiba tongkat itu (yang bertukar menjadi ular yg lebih besar) menelan apa yang mereka palsukan. Maka nyatalah kebenaran dan batallah apa-apa yang mereka buat. Maka dikalahkan mereka itu disana dan kembali menjadi orang-orang hina. Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur sujud. Mereka berkata, Kami telah beriman kepada Tuhan semesta Alam. Tuhan Musa dan Harun ".
Keterangan ayat : Di zaman Nabi Allah Musa as lah terjadinya
dengan terang-terangan amalan sihir dimerata tempat
disebabkan raja mereka Firaun juga menganut dan
mengalakkan amalan sihir bersama-sama penasihatnya Haman.
Mereka hendak menghapuskan Nabi Musa dan Nabi Harun
dengan pertandingan sihir. Allah jualah penyalamat bagi Nabi
Musa dan Nabi Harun, dengan tongkat sebagai Mukjizat Nabi
Musa, segala sihir tertewas. Maka berimanlah sebahagian besar
tukang-tukang sihir dengan Tuhan, Nabi Musa dan Nabi Harun.
Nabi Muhammad saw juga pernah di sihir oleh orang Yahudi .
Didalam sahih Muslim, telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari
dan Muslim, yang telah diriwayatkan daripada Aisyah ra, telah
bersabda Nabi saw yang maksudnya ;
"Daripada Aisyah ra beliau berkata : Seorang lelaki telah melakukan sihir kepada Rasuallah saw daripada Bani Zuriq, dikatakan bahawa lelaki itu ialah Labid bin al Asaam al Yahudi sehingga Rasullah saw berasa engak karuan (tak tentu arah) atas pekara yang dilakukan, Baginda merasa ragu (resah gelisah) sama ada telah ia lakukan atau pun tidak. Pada suatu malam ketika Rasullah saw bersama-sama ku, baginda berdoa dan berdoa kemudian bertanya kepada ku, 'Wahai Aisyah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu keatas diriku' ?. Nabi menyambung, 'Ada dua orang lelaki (malaikat) telah datang kepada ku ketika aku sedang tidur, seorang berada disisi ku dan seorang lagi disisi kakiku, maka seorang bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad saw ini' ? Jawab temannya ' Dia telah disihir orang' ditanya lagi 'Siapakah yang telah menyihirnya' ?, Dijawab lagi 'Dia telah disihir oleh Labid bin al Asaam'. Ditanya lagi 'Dengan apakah dilakukan sihir itu'?, Dijawabnya ' Dengan menggunakan sisir (sikat) rambutnya dan dengan cara lain (sihir) Ditanya lagi 'Dimana kah diletakkan barang-barang tersebut'?, Jawabnya 'Ditanam disebuah perigi namanya Dharwan'. Maka Rasullah saw menghantar beberapa orang sahabat, pergi keperigi tersebut sebelum baginda sendiri pergi, kemudian pulang lalu baginda bersabda, 'Wahai Aisyah, air perigi itu berwarna merah seperti perahan inai dan batang pohon kurmanya (diukir) berupa seperti kepala syaitan'. Aku bertanya,'Wahai Rasullah, adakah
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
16
engkau mengeluarkannya'?, Nabi saw menjawab ' Allah swt telah menyembukkan ku maka aku bimbang (jika mengeluarkannya) ia akan mendatangkan keburukan pula kepada manusia dan aku suruh agar perigi itu ditimbus ".
Keterangan hadis : Lihatlah permusuhan golongan Yahudi
terhadap Nabi saw, pernah menyihir baginda tetapi Allah swt
sebagai pelindung telah menghantar malaikat untuk
memberitahu Nabi atas perbuatan buruk mereka itu. Para
sahabat Nabi telah masuk kedalam perigi itu dan mencari sikat
Nabi, setelah bertemu maka Rasullah pun sembuh. Mereka kira
Nabi boleh ditewaskan dengan cara halus begitu. Sebenarnya
Allah Mengetahui atas segala setiap sesuatu sama ada
tersembunyi atau yang nyata.
Jadi daripada semua keterangan diatas maka pihak Jin ini telah
begitu lama menjalankan kerja sihir kepada manusia dengan
mengajar manusia yang dipihak dia melakukan kerja-kerja
terkutuk ini. Semenjak dari zaman Nabi Adam as lagi hingga di
zaman Nabi Muhammad saw dan sehingga kini penyakit ini
masih segar dikalangan Masyarakat terutamanya Melayu.
Manusia penyembah Iblis inilah yang paling lama sekali menjadi
duri dalam daging bagi masyarakat Melayu keseluruhannya yang
menjadi keruntuhan akidah yang paling utama sekali dewasa ini.
Pengamal-pengamalnya juga silih berganti setiap zaman kerana
disebabkan SAKA keturunan inilah yang bertali arus dari satu
generasi ke satu generasi sejak dahulu lagi. Mereka Islam hanya
dibibir sahaja disebaliknya pengamal tegar dan menganut
pahaman Kebatinan Pagan Kuno Sembah Dewa Iblis Majusi
yang tersebar dimerata-rata tempat dibumi Indonesia (secara
terang-terangan) dan di Malaysia (secara rahsia kerana Undang-
undang anti Ilmu Sesat disini sangat keras). Kami amat memuji
atas sikap Kerajaan Malaysia yang punya usaha berterusan
untuk menangani ajaran-ajaran sesat yang tumbuh bagai
cendawan disini. Satu persatu akan ditahan dalam sedikit masa
lagi, Insyaallah...
Selanjutnya setelah membicarakan akan kesan penyakit-
penyakit yang boleh dihadirkan oleh kaum Jin dan kuncu-
kuncunya, mari kita lihat apakah lagi ciri-ciri kaum ini lagi.
Golongan Jin ini mempunyai berbagai agama juga selain Islam
yang telah disyariatkan Allah pada mereka sejak dahulu lagi
seperti juga Adam as dan kaum manusia. Hanya sedikit sekali
yang mengikut Nabi Muhammad saw menganut Islam dibawah
tangan Nabi sendiri hinggalah kehari ini. Boleh juga dikatakan
mejoriti golongan Jin-jin kafir ini menganut agama Yahudi,
Kristian dan Kominis atau atis, manakala hanya sedikit yang
beragama Budha, Hindu dan Majusi. Jin kafir dan yang beragama
Islam yang Munafiq, sangat cepat mendatangi manusia yang
meminta pertolongan mereka. Pertolongan itu biasanya
bersyarat yang akan pula merosakkan manusia itu sendiri.
Sebenarnya mereka yang jahat ini melihat manusia seperti
seekor binatang. Telah diberitahu bahawa manusia biasa tidak
dapat melihat kaum Jin semasa didunia kecuali manusia yang
diberi kelebihan sahaja. Tetapi diakhirat, semua tabir
penglihatan itu akan dibuka. Maka manusia semua boleh
melihat Jin di Syurga. Tetapi dikala itu rupaparas Jin ini tidak lagi
penting, kerana manusia lebih rindu melihat "Wajah Allah swt"
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
17
sahaja, selain itu wajah Nabi Muhammad saw, sahabat-
sahabatnya, Wali-wali, Guru-guru dan ibubapa mereka yang
sangat mereka rindui.
Adapun jumlah mereka yang terlalu ramai mungkin juga
disebabkan terlampau mudah mereka berkembang biak tidak
seperti manusia yang mempunyai proses dari semenjak
dikahwini sehingga mendapat zuriat yang agak lama. Golongan
Jin, syaitan, ifrait dan Iblis ini membiak tidak seperti manusia.
Mereka bertelur bukan mengandung. Apabila mereka menyentuh
peha kiri dan peha kanan pasangannya, maka akan terbit 33 biji
telur, setiap biji telur pula mengandungi 33 pasang anak. Dalam
masa sekitar 33 hari saja ia akan menetas jadi jika dihitung
akan kelahiran keturunannya dalam satu-satu masa iaitu
sejumlah 1089 pasang anak semuanya. Yang membesar juga
amat pantas (tidak diberitahu masanya). Mereka juga menyusu
dibelakang badan ibunya terdapat terlampau banyak puting susu
(tetapi tiada buah), itu sebabnya orang Melayu memanggilnya
dengan nama Hantu Kopek, ia ganjil dan bukan seperti kopek
wanita manusia. Dari pada anak-anak Jin yang berpasang-
pasang itu juga jika mereka (jin jantan) menyentuh peha kanan
dan peha kiri pasangannya iaitu jin betina maka berlakulah lagi
proses kelahiran yang sama seperti diatas. Jadi dapat kah anda
bayangkan betapa cepatnya mereka membiak ?.
Kemudian golongan Jin sama ada jantan atau betina jika
berkahwin dengan manusia juga sama ada lelaki atau
perampuan, tidak perlu melakukan persetubuhan seperti
pasangan manusia. Mereka hanya perlu menyentuh kemaluan
pasangan masing-masing maka yang betina atau wanita akan
mengandung saat itu juga dan terus mukallaf. Proses
mengandung dayi dalam kandungan serta keliharannya itu sama
seperti manusia biasa. Hanya satu orang bayi saja yang akan
lahir apabila cukup masanya iaitu 9 bulan 10 hari. Anak yang
lahir itulah yang dipanggil oleh masyarakat Melayu dengan istilah
Bunian atau Orang Halus atau Orang Ghaib. Begitulah proses-
proses persenyawaan dan kelahiran diantara orang bunian
seterusnya hingga kiamat.
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
18
NAMPAKNYA SAMPAI DISINI DULU YANG DAPAT KAWAN
MUATKAN DIDALAM MUKASURAT 2 INI DISEBABKAN RUANGAN
YANG TELAH BESAR SEDANGKAN BANYAK LAGI MAKLUMAT
YANG BELUM DAPAT DITULIS DIDALAM RUANG INI. NANTIKAN
SETERUSNYA PENGAMBARAAN KITA KE ALAM IBLIS (Musuh
Kamu Yang Paling Nyata) DIEPISOD YANG AKAN DATANG DI
MUKASURAT 3 ANTARANYA :
1) Jin yang boleh menyerupai manusia.
2) Bangsa-bangsa Jin.
3) Perbezaan Pelbagai Istilah
4) Tempat kemasukan Jin
5) Cara kemasukan Jin
6) Kejahatan Jin pada Manusia
7) Kelemahan Jin
Dan banyak lagi.................
sekian buat kali ini,
zamany
SUMBER: www.kubranewszamany.blogspot.com
PENULIS: Atok Zamany
REKALETAK: Kosong
top related