harta intelek
Post on 02-Aug-2015
145 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HARTA INTELEKAHLI KUMPULAN:
LUQMAN HAKIM BIN HENDON LB110423
NOR HAFIZA BINTI MOHD IZAZI LB110410
NUR SYUHAIRAH ABU BAKAR LB110380
NORWATI ABD RAHIM LB110288
SITI ASMAH BINTI ABDULLAH LB110285
NORA BINTI IBRAHIM LB110221
PENGERTIAN
Harta intelek ialah satu tuntutan (claim) kepada hasil ciptaan manusia dan merupakan harta yang perlu dilindungi.
JENIS HARTA INTELEK
HARTA INTELEK
HARTA INDUSTRI
HAK CIPTA
HARTA INDUSTRI
REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU
PETUNJUK GEOGRAFI
PEMBAHARUAN UTILITI
PATEN
CAP DAGANGAN
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
MAKLUMAT SULIT
HAK CIPTA Harta Intelek adalah hak eksklusif yang
diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
Pencipta kepada harta boleh memperlakukan seperti berikut terhadap harta mereka:
i-Dijual iv-Disewakanii-Dibeli v-Diwasiatkaniii-Dipindahmilikkan
CAP DAGANGAN Apa-apa sahaja tanda atau label yang
digunakan bagi tujuan membezakan perkhidmatan dan barangan daripada seorang peniaga dengan peniaga yang lain.
Membolehkan pengguna mengenali dan seterusnya mengaitkan sesuatu barangan dengan pengeluarnya.
Terdiri daripada logo, gambar, nama, perkataan, huruf, nombor atau gabungan daripada unsur-unsur tersebut.
FUNGSI CAP DAGANGAN
Lima Fungsi Cap Dagangan
Fungsi Asal Menunjukkan pengeluar yang bertanggungjawab mengeluar dan menjual produk atau perkhidmatan.
Fungsi Pemilihan Memudahkan pengguna membuat pemilihan semasa membeli barangan atau perkhidmatan.
Fungsi Kualiti Melambangkan kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan yang memudahkan pengguna memilihnya.
Fungsi Pemasaran Digunakan sebagai alat pengiklanan dan berupaya mempengaruhi pengguna untuk membeli atau mendapatkan perkhidmatan.
Fungsi Ekonomi Difrancaiskan atau dilesenkan.
KEPENTINGAN PENDAFTARAN CAP DAGANGAN
1. Hak EksklusifPemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak ekslusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan/perjalanan perdagangan. Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.
2. Bukti sah di sisi Undang-undang Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak penguatkuasaan. Ia juga merupakan dokumen penting untuk membuktikan ‘kesahan’ hak milik cap dagangan dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negeri.
REKA BENTUK INDUSTRI
Seksyen 3, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
"...... Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata ………" .
PATEN
Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan untuk suatu rekacipta baru sama ada ia adalah satu produk atau satu proses. Perlindungan Paten adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.
Paten akan dianugerahkan apabila ia menepati ciri-ciri berikut: i- Baru (Novelti) ii- Melibatkan langkah merekacipta iii- Boleh digunakan dalam mana-mana
industri.
PEMBAHARUAN UTILITI
Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang
diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang
tidak memerlukan ujian langkah merekacipta
sebagaimana yang diperlukan untuk
mendapat paten. Perbaharuan utiliti
dilindungi selama 10 tahun dari tarikh
pemfailan dan boleh dilanjutkan ke 5+5
tahun lagi tertakluk kepada penggunaan.
PETUNJUK GEOGRAFI
Petunjuk geografi adalah satu petunjuk yang
mengenal pasti apa-apa barang kerana berasal dari
sebuah negara atau wilayah, atau satu kawasan atau
tempat dalam atau negara wilayah, di mana mutu
yang ditentukan, atau reputasi ciri lain barang-barang
itu pada asasnya adalah berpunca dari asal geografi
mereka. Tanda-tanda geografi boleh digunakan ke
atas atau semula jadi atau hasil pertanian sebarang
keluaran atau kraftangan industri.
REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU
Rekabentuk susun atur litar bersepadu
adalah susunan tiga dimensi unsur-unsur
sesuatu litar bersepadu dan sebahagian atau
semua hubungan litar bersepadu itu atau
susunan tiga dimensi sedemikian yang
disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang
dimaksudkan untuk dikilang.
JENIS PERLINDUNGAN
Sesuatu karya atau hasil ciptaan dilindungi secara automatik sebaik sahaja memenuhi syarat-syarat yang berikut:
Usaha telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli.
Karya telah ditulis atau produk telah dijadikan dalam bentuk bahan.
Penciptanya merupakan orang yang berkelayakan atau karyanya telah dibuat atau mula-mula diterbitkan di Malaysia.
HAK CIPTA
Hak Cipta memberi perlindungan kepada:
karya sastera karya muzik
karya seni filem
rakaman bunyi siaran
karya terbitan
PERLINDUNGAN HAK CIPTA Bagi karya sastera, muzik dan seni diberi perlindungan
semasa hayat pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya.
Bagi karya-karya lain, perlindungan diberikan selama 50 tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun karya-karya berkenaan mula diterbitkan.
Perlindungan hak cipta di Malaysia berasaskan Akta Hak Cipta 1987.
Cap dagangan, dilindungi oleh Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan-peraturan Cap Dagangan 1997 (Pindaan 2001).
Perlindungan diberi kepada reka bentuk perindustrian yang berdaftar selama 5 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan untuk 2 tempoh lagi dengan perlindungan 5 tahun setiap kali lanjutan.
Paten dilindungi selama 20 tahun daripada tarikh pemfailan, manakala pembaharuan utiliti dilindungi 10 + 5 + 5 tahun daripada tarikh pemfailan.
PERLAKUAN YANG MELANGGAR HAK CIPTA
Menjadi satu pelanggaran peraturan sekiranya perbuatan-perbuatan yang disenaraikan di bawah tidak mendapat persetujuan atau lesen pemilik hak cipta:
Mengeluar semula dalam sebarang bentuk. Menayang, mempamer, memain dan mengedar
kepada awam atau menyiarkan sebahagian daripada karya tersebut.
Mengimport apa-apa sahaja artikel dari negara lain dengan tujuan mengaut keuntungan atau perdagangan.
Membuat untuk jualan atau sewa apa-apa langgaran.
SAMBUNGAN …….
Mengedarkan salinan langgaran. Dengan cara dagangan, mempamer kepada
awam. Memiliki, melainkan untuk kegunaan
persendirian atau domestik. Mengimport ke Malaysia, melainkan untuk
kegunaan persendirian. Membuat atau memiliki sebarang perekaan
yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran.
Siapakah yang layak untuk membuat permohonan pendaftaran perlindungan?
Mana-mana pemilik sesuatu reka bentuk, cap dagangan dan paten sama ada warganegara ataupun bukan warganegara boleh mengemukakan permohonan. Pemilik-pemilik tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian, syarikat atau pertubuhan. Walaubagaimanapun, seorang ejen reka bentuk boleh dilantik untuk membuat permohonan bagi pihak pemilik.
CONTOH BORANG PERLESENAN HAK CIPTA
PROSEDUR PERMOHONAN CAP DAGANGAN Borang TM5 perlu dibuat 5 salinan dengan disertakan sekali 5
salinan logo. satu salinan asal Surat Akuan Bersumpah (SD) dan
disertakan bersama dengan satu salinan logo. saiz logo tidak melebihi 10cm x 10cm. satu salinan Borang 49/Borang D/ surat yang menyatakan
senarai ahli pekongsi dan pengarah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) jika permohonan didaftarkan di atas nama syarikat.
dokumen tuntutan prioriti (jika perlu). terjemahan dari penterjemah bertauliah bagi logo yang
mempunyai perkataan selain perkataan roman (jika perlu). pembayaran untuk satu permohonan adalah
sebanyak RM370.00. pembayaran boleh dibuat melalui tunai/ cek/ wang pos/bank draf di atas nama
“Perbadanan Harta Intelek Malaysia”.
CONTOH BORANG PERMOHONAN CAP DAGANGAN
CONTOH BORANG PERMOHONAN HARTA INDUSTRI
CONTOH BORANG PERMOHONAN PERLINDUNGAN PATEN
REKA CIPTA YANG BOLEH DIPATENKAN
Sesuatu yang baru, iaitu yang belum dizahirkan kepada awam di mana-mana sahaja di dunia ini.
Mempunyai langkah mereka cipta, iaitu reka cipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang teknologi reka cipta tersebut.
Dapat digunakan pada industri, iaitu dapat dibuat atau digunakan untuk pelbagai jenis industri.
REKA CIPTA YANG TIDAK BOLEH DIPATENKAN Sesuatu penemuan, teori-teori saintifik dan kaedah-
kaedah matematik. Kaedah merawat tubuh manusia atau binatang
melalui proses pembedahan atau terapi dan cara diagnosis ke atas tubuh.
Kaedah atau cara, skim bagi menjalankan perniagaan, melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa sahaja jenis permainan.
Kepelbagaian tumbuhan atau binatang atau proses biologi yang perlu bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang, selain mikroorganisma hidup buatan manusia, proses mikrobiologi dan keluaran daripada proses mikroorganisma.
Karya terbitan.
Sesuatu reka bentuk susun atur layak mendapat perlindungan secara automatik sebaik sahaja memenuhi syarat-syarat berikut;
Asli iaitu ia adalah hasil usaha intelek penciptanya sendiri dan bukan perkara biasa antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang litar bersepadu;telah ditetapkan dalam bentuk material atau digabungkan dalam suatu litar bersepadu; danpemegang hak reka bentuk susun atur itu adalah orang yang layak.
Tempoh perlindungan
Sesuatu reka bentuk susun atur dilindungi bagi tempoh 10 tahun dari tarikh ia mula-mula dieksploitasi secara perdagangan. Walau apa pun, perlindungan yang diberikan tamat selepas 15 tahun selepas tarikh ia dicipta.
AKTA-AKTA HARTA INTELEK
Akta Perbadanan Harta Intelek 2002 Akta Cap Dagangan 1976 Akta Paten 1983 Akta Hak Cipta 1987 Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu
2000 Akta Petunjuk Geografi 2000
KUIZ 1
Harta Industri terdiri daripada :
I. ………..……………………II. ..........................................III.……………………………..IV.……………………………..V. ……………………………..VI.……………………………..VII.……………………………..
SEMAK JAWAPAN
Harta Industri terdiri daripada :
I. Cap DaganganII. Reka Bentuk IndustriIII.Paten IV.Pembaharuan UtilitiV. Petunjuk GeografiVI.Reka Bentuk Susun Atur Litar BersepaduVII.Maklumat Sulit
KUIZ 2
Pernyataan berikut adalah tentang tujuan
membuat permohonan perlindungan harta
intelek. Tandakan ( ) pada pernyataan
yang BETUL dan ( ) pada pernyataan yang
SALAH pada ruangan yang disediakan.
Memberikan perlindungan eksklusif kepada pemilik.
Hasil rekaan ciptaan tidak dicetak rompak oleh orang lain.
Cap Dagangan boleh dipinjamkan kepada orang lain.
Mengelakkan pemilik hak cipta menyewa secara komersial kepada orang awam.
SEMAK JAWAPAN Memberikan perlindungan eksklusif kepada
pemilik.
Hasil rekaan ciptaan tidak dicetak rompak oleh orang lain.
Cap Dagangan boleh dipinjamkan kepada orang lain.
Mengelakkan pemilik hak cipta menyewa secara komersial kepada orang awam.
top related