evidence dan instrumen.ppt

Post on 22-Dec-2015

238 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Mesyuarat menentukan evidence dan instrumen

pentaksiran berdasarkan band - KHB

1

MENENTUKAN DAN MENGENALPASTI..

Evidence Instrumen

2

Evidence

Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapatditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan.

Dalam bentuk produk atau proses.Contoh evidence:

Foto Grafik Artifak Laporan bertulis

3

Kertas jawapan

Bukti bertulis daripada respons murid

terhadap sesuatu tugasan daripada ujian

bertulis.

4

Artifak

Produk atau hasil kerja daripada sesuatu

tugasan yang telah dilaksanakan, dibuat atau

disempurnakan.

5

Tugasan bertulis (written assignment)

Laporan atau dokumen dalam bentuk penulisan

mengikut spesifikasi atau format yang

ditetapkan.

6

Portfolio

Bukti autentik ( asal/asli) yang dikumpul,

dihimpun atau koleksi hasil kerja dalam

bentuk dokumen yang berstruktur yang

mempunyai tujuan tertentu yang

memerlukan perancangan dan mengikut

format pendokumentasian.

7

Gambar

Maklumat atau paparan yang terdiri

daripada lukisan/foto/gambar rajah/simbol

dll. untuk menyatakan/menyampaikan idea

atau maklumat.

8

Foto

Gambar yang diambil menggunakan

kamera.

9

Grafik

Maklumat atau paparan yang terdiri

daripada lukisan/ foto /gambar rajah/ simbol/

dll. untuk menyatakan/menyampaikan idea

atau maklumat.

10

Lukisan

Gambaran atau paparan yang memberikan

maklumat sebenar mengikut skala.

11

Lakaran

Gambaran atau maklumat sebenar idea

awalan dalam sesuatu proses reka bentuk,

tanpa skala.

12

1. Ujian bertulis

2. Ujian secara lisan

3. Demonstrasi

4. Ujian amali

13

Alat, kaedah, pendekatan atau mekanisme untuk mendapatkan maklumat atau respons murid.Contoh instrumen:

1. UJIAN BERTULIS 5. PERBINCANGAN

2. UJIAN SECARA LISAN 6. PROJEK

3. DEMONTRASI 7. KUIZ

4. UJIAN AMALI 8. PEMERHATIAN

INSTRUMEN

14

1. Ujian bertulis

Ujian bertulis ialah satu instrumen untuk

melihat respons murid melalui penulisan.

Terbahagi kepada: Ujian objektif Ujian subjektif

15

***

Ujian objektif

Ujian objektif ialah ujian yang memerlukan

murid memilih respons daripada maklumat

yang diberi atau mengemukakan respons

sendiri secara objektif/spesifik/khusus.

16

***

Ujian objektif terbahagi kepada: Ujian objektif aneka pilihan (simple MCQ) Ujian objektif bukan-aneka pilihan (non

MCQ)

17

***

Ujian objektif aneka pilihan

Memilih respons daripada maklumat yang

disediakan.

- aneka pilihan (simple MCQ)

- aneka pilihan/gabungan ( multiple

completion)

18

***Ujian objektif bukan-aneka pilihan (non MCQ)

Memberi respons kepada rangsangan yang diberikan. Select type

- benar-palsu

- betul-salah

- ya-tidak

- padanan mudah

- padanan dengan pernyataan Supply type

- isi tempat kosong

- jawapan pendek 19

***

Ujian subjektif

Ujian subjektif ialah ujian yang

membenarkan subjektiviti kepada respons

yang diberikan.

(murid boleh mempamerkan kedalaman

pengetahuan dan kefahaman dan

kemahiran)

20

***

Ujian subjektif terbahagi kepada: Respons terhad Respons terbuka Berstruktur (dan banyak lagi…)

21

*** Respons terbuka: memberi kebebasan kepada

murid untuk merancang dan memberikan respons dengan mengundang pelbagai kemungkinan respons.

Respons terhad: menghadkan bentuk dan respons murid, biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah yang diperuntukan.

Berstruktur: satu siri tugasan yang dikemukakan yang mempunyai perkaitan antara setiap tugasan dengan rangsangan.

22

2. Ujian secara lisan

Satu instrumen untuk mendapatkan bukti murid

mengemukakan pendapat/cadangan/idea dan

mempertahankan hujah serta kebolehannya

secara verbal (dari segi sebutan dan

kelancaran bertutur).

23

3. Ujian Amali

Satu instrumen yang memerlukan murid

melakukan sesuatu tugasan mengikut prosedur

tertentu dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

24

***Portfolio

Satu evidens yang menunjukkan bukti asal

(asli) yang dikumpul, dihimpun atau koleksi

hasil kerja dalam bentuk dokumen yang

berstruktur yang mempunyai tujuan tertentu

yang memerlukan perancangan dan mengikut

format pendokumentasian.

25

4. Projek

Satu instrumen yang memerlukan murid

melaksanakan atau membuat atau

menghasilkan satu produk berdasarkan

tugasan yang diberikan.

26

5. Demonstrasi

Satu instrumen yang memerlukan murid

membuat persembahan atau menunjukkan

sesuatu tugasan atau hasil kerja dengan

penerangan secara verbal.

27

6. Perbincangan

Satu instrumen yang memerlukan murid

mengemukakan pendapat atau idea atau

hujah tentang sesuatu perkara dalam kumpulan

perbincangannya.

28

7. Kuiz

Satu instrumen yang memerlukan murid

memberi respons kepada sesuatu rangsangan

secara segera (instant).

29

8. Pemerhatian

Satu instrumen yang memerlukan murid

melaksanakan tugasan dengan cara melihat

atau mengawasi sesuatu perkara secara

berkala atau berjadual tentang apa yang di

hasratkan.

30

***

Terima kasih.

31

top related