el nino

Post on 23-Jun-2015

118 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

GEOGRAFIALAM SEKITAR FIZIKAL(EL NINO)

EL-NINO

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJADIAN EL-NINO :

a) perubahan intensiti bahang matahari yang tiba ke permukaan bumi

b) pembentukan tekanan udara rendah yang ekstrem telah mengubah dan melemahkan pola tiupan angin timuran dan arus lautan

Kesan Terhadap Manusia :

1) kehilangan nyawa

- El Nino menyebabkan kawasan berhampiran kepulauan Asia Tenggara diancam ribut.

- Ribut menyebabkan kerosakan kediaman dan risiko kemalangan jalan raya dan sebagainya. Runtuhan bangunan dan kemalangan boleh menyebabkan kematian dan kecederaan.

2) Kehilangan Harta Benda

- Kawasan yang terletak di sepanjang pantai Peru dan Ecuador akan mengalami banjir besar kerana hujan yang lebat.

- Banjir akibat fenomena El-Nino menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda penduduk seperti perabot dan kenderaan.

- Hakisan yang giat ke atas garis pantai kedua-dua negara tersebut menyebabkan kemusnahan premis perniagaan dan kediaman di kawasan pinggir pantai.

3) Wabak Penyakit

- Hujan yang lebat menggalakkan pembiakan nyamuk lalu membawa kepada penyakit malaria, denggi penyakit bawaan air seperti taun yang biasa berlaku selepas banjir.

Kesan Kepada Aktiviti Manusia

1) Kesan kepada aktiviti pertanian

- Akan memusnahkan tanaman penduduk.

- Di Malaysia, kebanyakan kawasan mengalami kemarau yang teruk dan telah memusnahkan tanaman seperti durian, langsat, rambutan dan sebagainya akibat fenomena El Nino

2) Kesan kepada aktiviti pelancongan

- Kemarau yang melanda negara-negara di kepulauan Asia Tenggara telah menjejaskan aktiviti pelancongan.

- Aktiviti pembakaran terbuka yang dijalankan di Sumatera telah menyebabkan berlakunya jerebu.

- Seterusnya, fenomena jerebu tersebut akan menjejaskan industri pelancongan.

3) Kesan kepada aktiviti pengankutan dan Perhubungan

- Jerebu akibat kebakaran hutan dan kemarau yang panjang telah menganggu aktiviti pengankutan terutamanya pengankutan udara.

- Mudah berlaku kemalangan disebabkan jarak penglihatan yang terhad.

4) Kesan kepada aktiviti pembalakan

- Kemarau yang panjang menyebabkan kebakaran hutan berlakunya kepupusan pokok yang bernilai menjejaskan aktiviti pembalakan

5) Kesan kepada aktiviti perlombongan

- Kemarau yang berlaku di negara-negara Asia Tenggara turut menjejaskan aktiviti perlombongan terutamanya kegiatan perlombongan yang memerlukan jumlah air yang banyak. Contohnya, biji timah.

6) Kesan kepada aktiviti akuakultur

- Aktiviti akuakultur akan menghadapi masalah kekurangan air disebabkan masalah kemarau.

- Ternakan ikan dan udang akan mati jika masalah kemarau ini berpanjangan.

Terima Kasih …

top related