doa sempena majlis pendaftaran tingkatan 1-2014

Post on 09-Oct-2015

701 Views

Category:

Documents

84 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

doa

TRANSCRIPT

DOA SEMPENA MAJLIS PENDAFTARAN TINGKATAN 1

DOA SEMPENA MAJLIS PENDAFTARAN TINGKATAN 1/2014 , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri .......................................................................................................................... pada pagi yang berbahagia ini . Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Ya Allah. Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), anak didik kami yang mendaftar pada pagi ini akan menjadi murid yang cemerlang, murid yang disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum, seterusnya mampu menjadi generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Jadikanlah murid-murid kami yang mendaftar pada pagi termasuk dalam golongan yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran. Dan Janganlah Engkau jadikan murid-murid kami.. yang hanya berpuas hati dengan apa yang telah mereka perolehi dalam peperiksaan yang lalu .

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

.

top related