doa majlis penutupan pertandingan

Post on 04-Oct-2015

1.447 Views

Category:

Documents

100 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pi

TRANSCRIPT

DOA MAJLIS PENUTUPAN , Ya Allah, Ya Karim ,

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada dalam Majlis Perasmian Penutupan kejohanan antara rumah sukan peringkat SMK sunai Merah pada hari ini Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) mutu dan tahap sukan ini akan mencapai kecemerlangan sehingga kami dapat memberi sumbangan yang positif dan bermakna ke arah memajukan sukan di negara yang tercinta .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,

Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami,Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

semoga dengannya dapat kami berbakti kepada agama bangsa dan Negara

Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

top related