diari pengumuman persatuan sukan & sosial keratan...
Post on 12-Aug-2019
243 Views
Preview:
TRANSCRIPT
muka sebelah
muka sebelah
terkini & informatifRabu, 25 Mac 2009terkini & informatifJumaat, 9 September 2016
palmLink • MPOB Daily News Report
diari • Ceramah oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
Ceramah berhubung Penilaian Prestasi Tahunan oleh Pegawai Penilai di Dewan Bactris, Ibu Peja-bat MPOB, dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Ceramah disampaikan oleh Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
pengumuman • Permohonan Pelajar Latihan Industri
Pegawai MPOB yang ingin memohon untuk mengambil pelajar latihan industri bagi kemasukan 2016/2017 perlu menghantar segera Borang Permohonan Latihan Industri ke Unit Pembangunan Insan & Pengurusan Persidangan (UPIPP) yang lengkap bersama pengesahan Ketua Unit & kelulu-san Pengarah Bahagian untuk tindakan UPIPP selanjutnya. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sila kemukakan permohonan lengkap ke UPIPP beserta resume pelajar dan surat penge-sahan universiti / institusi / kolej. Sebarang pertanyaan sila hubungi: Cik Nur Afiqah Ahmad Kamal, 03 - 8769 4870 / afiqah.kamal@mpob.gov.my. Klik: Lampiran. Sumber: Unit Pembangunan Insan & Pengurusan Persidangan.
• Permohonan Latihan Jangka Panjang Anggota dan GSAS 2016/2017 Permohonan latihan jangka panjang di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah hendaklah dinilai terlebih dahulu oleh Pengarah Bahagian sebelum di sokong untuk sesi temubual yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Pembangu-nan). Jadual sesi temubual adalah seperti ketetapan berikut:
Sesi Kemasukan Tahunan Tarikh Temuduga1. Sesi September / Oktober 2016 Telah ditutup2. Sesi Februari / Mac 2017 November 2016 (tarikh akan dimaklumkan)3. Sesi September / Oktober 2017 Julai 2017 (tarikh akan dimaklumkan)
Permohonan yang lengkap bersama cadangan penyelidikan serta sijil-sijil akademik hendaklah dikemukakan ke Unit Pembangunan Insan & Pengurusan Persidangan (UPIPP) melalui Ketua Unit dan Pengarah Bahagian dua minggu sebelum tempoh yang berkenaan untuk mengelakkan kelewatan kelulusan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Nurul Zuha Abd Hamid, samb. 4866 / nurulzuha@mpob.gov.my dan Pn Nurul Najwa Jalil samb. 4879 / najwa@mpob.gov.my. Sumber: Unit Pembangunan Insan & Pengurusan Persidangan
persidangan/seminar/kursus/bengkel • POMREQ 2016
POMREQ 2016 akan berlangsung pada 29 dan 30 November 2016 yang bertempat di The Royale Chulan, Kuala Lumpur. Pegawai penyelidik dijemput untuk menyertai POMREQ 2016 sebagai pem-bentang poster. Kepada yang berminat diminta untuk menghantar abstrak poster sebelum atau pada Isnin, 31 Oktober 2016. Abstrak poster boleh dihantar kepada Pn Nur Sulihatimarsyila Abd Wafti (nursulihati@mpob.gov.my) atau Pn Hasliyanti Alias (hasliyanti@mpob.gov.my).
sampaikan salam • Selamat Hari Raya Aidil Adha
Edisi MPOB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga MPOB dan ahli keluarga yang beragama Islam. Kepada yang pulang ke kampung, sentiasa berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Diari Pengumuman Keratan AkhbarPersatuan Sukan & SosialPalmLink • Diari • Pengumuman • Persidangan/Seminar/Bengkel/Kursus PalmLink • Diari • Pengumuman • Persidangan/Seminar/Bengkel/Kursus
Keratan Akhbar • Persatuan, Sukan dan Sosial • Tip • Komentar • Sampaikan Salam • Iklan Keratan Akhbar • Persatuan, Sukan dan Sosial • Tip • Komentar • Sampaikan Salam • Iklan
top related