buletin sepang pejabat daerah/tanah sepang · sijil penghargaan sukan orang kampung. pelancaran...
Post on 03-Feb-2020
54 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1 Buletin Sepang Pejabat Daerah/Tanah Sepang
BULETIN SEPANG
PEJABAT DAERAH/ TANAH SEPANG
BIL. 2/2014
EDISI FEBRUARI
Perhimpunan Bulanan
MS 4
Kebakaran di Pejabat
Daerah Sepang
MS 7
Program Senamrobik &
Gotong Royong Perdana
MS 8
Pelancaran Pasukan Keselamatan
Kejiranan 2014
2 Buletin Sepang Pejabat Daerah/Tanah Sepang
Perutusan Pegawai Daerah Sepang
Persekitaran harmoni perkhidmatan berkualiti
merupakan moto 5S Pejabat Daerah/Tanah Sepang. Ia
perlu direalisasikan dengan kerjasama dan penglibatan
daripada semua warga kerja. Justeru itu matlamat
untuk mencapai sistem penyampaian yang efisien dan
berkualiti pasti akan tercapai. Ke arah itu amalan Sisih,
Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal perlu
disematkan dalam setiap sanubari warga kerja Pejabat
Daerah/ Tanah Sepang.
YBhg Dato’ Haji Haris Bin Kasim D.P.M.S,S.I.S,A.S.A,P.P.T
Pegawai Daerah /Tanah Sepang
Isi Kandungan BIL. 2/2014 EDISI FEBRUARI Ms
Pelancaran Pasukan Keselamatan Kejiranan 2014 3
Perhimpunan Pejabat Daerah /Tanah Sepang Bagi Bulan Februari 2014 4 Sambutan Hari Jadi Warga Kerja pada Bulan Februari 6
Kebakaran di Sekitar Pejabat Daerah/Tanah Sepang 7
Program Senamrobik dan Gotong Royong Perdana 8 Promosi Info 5S 9
Sidang Redaksi
PENAUNG KETUA EDITOR
Dato’ Hj Haris Bin Kasim Siti Noorliza Binti Md. Salleh
Pegawai Daerah /Tanah Sepang
SIDANG EDITORIAL FOTOGRAFI
Nurul Ainul Aqma Binti Baharin Mohd Rezal Bin Awang
Mohd Zaharil Fitri Bin Sailan
Khatijah Binti Nasir Mohd Zaharil Fitri Bin Sailan
3 Buletin Sepang Pejabat Daerah/Tanah Sepang
Pada 12 Februari yang lalu, pihak Pejabat
Daerah/Tanah Sepang (Pembangunan) telah
menganjurkan sebuah program komuniti iaitu
Program Pasukan Keselamatan Kejiranan
“Community Policing” Daerah Sepang.
Pelancaran program ini telah diadakan di
Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi
pada jam 8.30 malam.
Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh
Yang Berhormat Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Exco Kerjaan Negeri merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan
Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi.
Selain itu, acara diteruskan dengan
penyampaian Watikah Penubuhan Pasukan
Keselamatan Kejiranan (PKK) dan Penyampaian
Sijil Penghargaan Sukan Orang Kampung.
Pelancaran Pasukan Keselamatan
Kejiranan 2014
4 Buletin Sepang Pejabat Daerah/Tanah Sepang
Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah/
Tanah Sepang Februari 2014
Pada 26 Februari 2014 (Rabu) Majlis
Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah/
Tanah Sepang yang dihoskan oleh
Bahagian Pembangunan diadakan di Bilik
Seminar Pejabat Daerah Sepang.
Majlis tersebut telah dimulakan dengan sesi
perkongsian informasi dari setiap wakil
bahagian.
Bahagian Khidmat Pengurusan diwakili
oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah
Sepang iaitu Puan Siti Noorliza binti Md.
Salleh, Bahagian Pembangunan diwakili
oleh Puan Luraashy binti Hassim dan
Bahagian Tanah telah diwakili oleh Encik
Muhammad Saad Bin Arshad.
Selain itu, terdapat juga sesi perkongsian
ilmu 5S yang telah disampaikan oleh Cik
Sarafina Binti Saroji.
5 Buletin Sepang Pejabat Daerah/Tanah Sepang
6 Buletin Sepang Pejabat Daerah/Tanah Sepang
Bagi meraikan kakitangan Pejabat Daerah/ Tanah Sepang yang lahir pada bulan Februari,
satu majlis Hari Jadi telah diadakan di Bilik Seminar Pejabat Daerah /Tanah Sepang pada 26
Februari 2014.
Majlis disambut meriah dengan upacara potong kek dan acara penyampaian hadiah oleh Tuan
Pegawai Daerah Sepang, Dato’ Haris bin Kasim kepada mereka yang diraikan.
Mereka yang diraikan telah diberi hadiah berupa baucar membeli-belah di Pasaraya Giant sebanyak RM100.
Senarai Kakitangan Lahir Pada Bulan Februari
Sambutan Hari Lahir Warga
Kerja Bulan Febuari
7 Buletin Sepang Pejabat Daerah/Tanah Sepang
Kebakaran di Sekitar Pejabat
Daerah/Tanah Sepang
Pada 27 Februari yang lalu, sekitar Pejabat Daerah Sepang telah dilanda kebakaran akibat cuaca
panas berpanjangan dan pokok-pokok kering di sekitar kawasan pejabat.
Beberapa ahli bomba telah dikejarkan ke tempat berkenaan untuk memadamkan api yang marak
dan telah mengambil masa kira-kira 20 minit untuk proses memadamkan api.
Jabatan yang paling teruk terjejas akibat kebakaran adalah Pejabat Sukarelawan Malaysia (RELA)
kerana lokasinya berada sangat hampir dengan tempat kejadian.
8 Buletin Sepang Pejabat Daerah/Tanah Sepang
Pada 28 Februari yang lalu, Pejabat Daerah/ Tanah Sepang telah mengadakan Program Senamrobik
dan Gotong Royong Perdana.
Program Senamrobik turut disertai agensi kerajaan daerah Sepang yang lain seperti Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pertanian.
Seterusnya program Gotong-Royong Perdana telah diadakan secara menyeluruh di setiap jabatan
masing-masing.
9 Buletin Sepang Pejabat Daerah/Tanah Sepang
PROMOSI 5S
KENAPA PERLU 5S?
10 Buletin Sepang Pejabat Daerah/Tanah Sepang
top related