borang pengesahan status tesis€¦ · borang pengesahan status tesis judul: kajian penggunaan...
Post on 17-Aug-2020
12 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KAJIAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF (KBKK) DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN
TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN: 2003/2004. Saya WONG SHUI WAH
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).
Alamat tetap: PM DR WIDAD BT. OTHMAN. 23, JALAN PERKASA 15, TAMAN UNGKU TUN AMINAH, ...................................................... 81300 JOHOR BAHRU, JOHOR. Nama Penyelia.
Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”
Tandatangan : ….……………………..
Nama Penyelia : PM. DR. WIDAD BT. OTHMAN.
Tarikh : ………………………..
KAJIAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF (KBKK) DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN
KEJURUTERAAN TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
JOHOR BAHRU
WONG SHUI WAH
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : WONG SHUI WAH.
Tarikh : FEBRUARI 2004.
DEDIKASI
Dengan Ingatan Kasih dan Sayang Yang Abadi kepada
Ayahanda
WONG WAI KONG
dan
Bonda
CHUNG YUAN THYE
Serta sahabat-sahabatku yang tersayang.
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
dapat saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan ribuan terima kasih kepada PM Dr Widad Bt. Othman selaku Pensyarah
Pembimbing Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat,
buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya
menyempurnakan projek ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan
seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun empat, Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak
membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.
Akhir sekali istimewa untuk ibu bapa, pengorbanan serta dorongan yang
diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan
dari Allah s.w.t.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif pelajar berdasarkan bagi mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan. Empat persoalan kajian telah dibina bagi menyelidik tahap
penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif pelajar dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan empat terutamanya bagi tajuk Lukisan
Ortografik. Tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis yang dikaji adalah
membanding dan membeza serta membuat klasifikasi. Manakala tahap penguasaan
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif yang dikaji adalah menjana idea dan mencipta
analogi. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data bagi kajian berbentuk betul-
salah. Responden kajian terdiri daripada 57 orang pelajar tingkatan 4 dari
pengkhususan Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Johor
Bharu. Analisis mengikut item dilakukan dengan perisian SPSS ( Statistical
Package for the Social Science ) Versi 11.5. Hasil analisis mengikut item
diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Hasil kajian menunjukkan
pencapaian pelajar bagi Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif berada pada
tahap baik tetapi analisis terperinci mengikut item menunjukkan wujud kelemahan-
kelemahan tertentu. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah kelemahan
menguasai Kemahiran Berfikir Secara Kreatif untuk menjana idea semasa
melakukan proses menyelesaikan masalah lukisan ortografik. Adalah dicadangkan
agar diadakan kajian-kajian seperti mengenalpasti tahap Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif bagi tajuk seperti Unjuran Ortografik, Lukisan Ortografik
dan juga hubungannya dengan pendekatan pengajaran guru. Kajian ini juga boleh
dijalankan di negeri seperti Sabah dan Sarawak.
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the critical and creative thinking
level for the subject Engineering Drawing of Form 4 Civil Engineering Students.
Four research questions were constructed specifically focusing subject on the topic
Orthographic Projection. The critical thinking levels identified were comparison
and classification, whilst the creative thinking levels identified were creating more
idea and creating analogy. Questionnaire was used to collect data. A total of fifty-
seven Form 4 Civil Engineering students from Johor Bahru Secondary Technical
School were selected. Items analysis were done using SPSS (Statistical Package for
the Social Science) version 11.5 which were then interpreted into frequencies and
percentages. Results showed that the achievement of students in those levels were
at a satisfactory level. However through the item analysis, specific weakness such
as generating an idea, especially to solve Orthographic Drawing problems were
identified. It was suggested that studies on identifying the critical and creative
thinking levels for Orthographic Projection of technical students in Sabah and
Sarawak.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1 - 2
1.1 Latar Belakang Masalah 2 - 5
1.2 Pernyataan Masalah 6 - 7
1.3 Persoalan Kajian 7
1.4 Objektif Kajian 7 - 8
1.5 Kepentingan Kajian 8 - 9
1.6 Skop dan Batasan Kajian 9
1.7 Definisi Terminologi 9 – 12
1.8 Punutup 13
BAB 2 SOROTAN PENULIS
2.0 Pengenalan 14
2.1 Konsep-konsep Am Kemahiran Berfikir 15 - 18
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
2.2 Kepentingan Kemahiran Berfikir 19
2.2.1 Mengelakkan Kesilapan Berfikir 19 - 22
2.2.2 Meningkatan Pemikiran Secara 23 - 24
Kritis dan Kreatif
2.3 Tujuan Kemahiran Berfikir Secara Kritis 25
dan Kreatif (KBKK)
2.4 Pemikiran Kritis 25 - 26
2.4.1 Kemahiran-kemahiran Dalam
Pemikiran Kritis Peringkat Rendah 26
2.4.1.1 Membanding dan
membeza 27
2.4.1.2 Membuat Kategori Atau
Klasifikasi 27
2.4.1.3 Menyusun Mengikut
Urutan 28
2.4.1.4 Meneliti Bahagian-
Bahagian Kecil dan
Keseluruhan 28
2.4.1.5 Menerangkan Sebab 29
2.4.2 Kemahiran-kemahiran Dalam
Pemikiran Kritis Peringkat Tinggi 29
2.4.2.1 Membuat Ramalan 30
2.4.2.2 Mengusul Periksa Andaian 30
2.4.2.3 Membuat Inferens 30 - 31
2.4.2.4 Mengesahkan Sumber
Maklumat 31
2.4.2.5 Membuat Generalisasi 31 - 32
2.4.2.5 Mencari Sebab dan Membuat
Kesimpulan 32
2.5 Pemikiran Kreatif 33
2.5.1 Kemahiran-kemahiran dalam
Pemikiran Kreatif 34
2.5.1.1 Menjana Idea
34
2.5.1.2 Mencipta Analogi
34
2.5.1.3 Mencipta Metafora
35
2.6 Kajian Dalam Negara 36 - 37
2.7 Kajian Luar Negara 37 - 39
2.8 Pengaruh Persekitaran Di Dalam
Penguasaan KBKK 40
2.9 Peranan Guru Dalam Penguasaan KBKK 41 - 43
2.10 Peranan Ibu Bapa Dalam Penguasaan KBKK 43
2.11 Rumusan 44
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 45
3.1 Rekabentuk Kajian 46
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 47
3.3 Instrumen Kajian 47 - 48
3.4 Kajian Rintis 48 - 49
3.5 Prosedur Mengumpul Data Kajian 49
3.6 Analisis Data 50 - 51
3.7 Rumusan 52
BAB 4 ANALISIS KAJIAN
4.0 Pengenalan 53
4.1 Penganalisaan Latar Belakang
Responden 53 – 55
4.2 Analisis Secara Kesuluruhan Pencapaian
Tahap Penggunaan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif Dalam
Menyelesaikan Masalah Dalam Mata
Pelajaran Lukisan Kejuruteraan
Tingkatan Empat 56
4.3 Analisis Item Mengikut Persoalan
Kajian 57
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan
Pelajar Berfikir Secara Kritis Untuk
Membanding dan Membeza Semasa
Melakukan Proses Menyelesaikan
Masalah Lukisan Kejuruteraan 57 - 58
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan
Pelajar Berfikir Secara Kritis Untuk
Membuat Klasifikasi Semasa
Melakukan Proses Menyelesaikan
Masalah Lukisan Kejuruteraan 59
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan
Pelajar Berfikir Secara Kreatif Untuk
Menjana Idea Semasa Melakukan
Proses Menyelesaikan Masalah
Lukisan Kejuruteraan 59 - 61
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan
Pelajar Berfikir Secara Kreatif Untuk
Mencipta Analogi Semasa
Melakukan Proses Menyelesaikan
Masalah Lukisan Kejuruteraan 62
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian
Berdasarkan Perbezaan Tahap
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan Kreatif Berdasarkan Status
Sosio-ekonomi Keluarga. 62 - 63
4.3.5.1 Status Sosio-ekonomi
Keluarga Ringgit
Malaysia 499 Ke Bawah 64 – 69
4.3.5.2 Status Sosio-ekonomi
Keluarga Ringgit
Malaysia 500 Hingga Ringgit
Malaysia 1499 70 - 76
4.3.5.3 Status Sosio-ekonomi
Keluarga Ringgit Malaysia
1500 Hingga Ringgit
Malaysia 2499 76 - 82
4.3.5.4 Status Sosio-ekonomi
Keluarga Ringgit Malaysia
2500 Hingga Ringgit
Malaysia 3499 83 - 88
4.3.5.5 Status Sosio-ekonomi
Keluarga Ringgit Malaysia
3500 Ke Atas 89 - 94
4.3.5.6 Perbezaan Tahap KBKK
Berdasarkan Status Sosio-
Ekonomi Keluarga 94 - 95
4.4 Hasil Kajian 95 - 96
4.4 Rumusan 96
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 97
5.1 Rumusan 97 - 98
5.2 Perbincangan 98 - 99
5.2.1 Penguasaan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Untuk Membanding
Dan Membeza Semasa Melakukan
Proses Menyelesaikan Masalah 99 – 100
5.2.2 Penguasaan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Untuk Membuat
Klasifikasi Semasa Melakukan
Proses Menyelesaikan Masalah 100 - 102
5.2.3 Penguasaan Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif Untuk Menjana
Idea Semasa Melakukan
Proses Menyelesaikan Masalah 102 - 103
5.2.4 Penguasaan Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif Untuk Mencipta
Analogi Semasa Melakukan
Proses Menyelesaikan Masalah 104 - 105
5.2.5 Perbezaan Penggunaan Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Keluarga 105 - 106
5.3 Cadangan-cadangan 107
5.3.1 Pelajar 107 - 108
5.3.2 Guru 108 - 109
5.3.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan
Jabatan Pendidikan Teknikal 110
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 110 - 111
5.5 Penutup 111
BIBLIOGRAFI 112 - 116
LAMPIRAN
A. Kertas Soal Selidik 117 - 126
B. Data SPSS 127 - 135
C. Surat kebenaran EPRD 136 - 137
D. Surat kebenaran JPN Johor Darul Ta’zim 138
E. Surat kebenaran UTM 139
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA
SURAT 1.1. Sekolah-Sekolah Yang Menawarkan Mata
Pelajaran Elektif KBSM Lukisan Kejuruteraan
1992-1998.
5
2.1 Kesilapan-kesilapan Utama Semasa Berfikir. 21
2.2 Perbezaan Antara Pemikiran Kritis dan Pemikiran
Kreatif.
35
3.1 Senarai Item Mengikut Kemahiran berfikir
Secara Kritis dan Kreatif.
51
3.2 Pengiraan Skor Item Positif dan Skor Item
Negatif
53
3.3 Analisis Skor Markah dan Tahap Pencapaian
KBKK Secara Keseluruhan Mengikut Peratus
53
4.1 Taburan Jantina Responden 55
4.2 Taburan Jantina Responden Mengikut Etnik 55
4.3 Taburan Pendapatan Keluarga Sebulan
Responden
55
4.4 Taburan Pekerjaan Penjaga 55
4.5 Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Dalam
Menyelesaikan Masalah Dalam Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Empat 56
4.6 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan Pelajar
Berfikir Secara Kritis Untuk Membanding dan
Membeza Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
58
4.7 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan Pelajar
Berfikir Secara Kritis Untuk Membuat Klasifikasi
Semasa Melakukan Proses Menyelesaikan
Masalah Lukisan Kejuruteraan
60
4.8 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan Pelajar
Berfikir Secara Kreatif Untuk Menjana Idea
Semasa Melakukan Proses Menyelesaikan
Masalah Lukisan Kejuruteraan
61
4.9 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan Pelajar
Berfikir Secara Kreatif Untuk Mencipta Analogi
Semasa Melakukan Proses Menyelesaikan
Masalah Lukisan Kejuruteraan
63
4.10 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis Untuk
Membanding dan Membeza Semasa Melakukan
Proses Menyelesaikan Masalah Lukisan
Kejuruteraan Berdasarkan Status Sosio-ekonomi
Ringgit Malaysia 499 Ke Bawah.
65
4.11 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis Untuk
Membuat Klasifikasi Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 499 Ke Bawah.
66
4.12 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Untuk
Menjana Idea Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 499 Ke Bawah.
67
4.13 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Untuk
Mencipta Analogi Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 499 Ke Bawah.
68
4.14 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Keluarga
Ringgit Malaysia 499 Ke Bawah.
69
4.15 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis Untuk
Membanding dan Membeza Semasa Melakukan
Proses Menyelesaikan Masalah Lukisan
Kejuruteraan Berdasarkan Status Sosio-ekonomi
Ringgit Malaysia 500 Hingga Ringgit Malaysia
1499.
71
4.16 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis Untuk
Membuat Klasifikasi Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 500 Hingga Ringgit Malaysia 1499.
72
4.17 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Untuk
Menjana Idea Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 500 Hingga Ringgit Malaysia 1499.
73
4.18 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Untuk
Mencipta Analogi Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 500 Hingga Ringgit Malaysia 1499.
75
4.19 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Keluarga
Ringgit Malaysia 500 Hingga Ringgit Malaysia
1499.
76
4.20 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis Untuk
Membanding dan Membeza Semasa Melakukan
Proses Menyelesaikan Masalah Lukisan
Kejuruteraan Berdasarkan Status Sosio-ekonomi
Ringgit Malaysia 1500 Hingga Ringgit Malaysia
2499.
78
4.21 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis Untuk
Membuat Klasifikasi Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 1500 Hingga Ringgit Malaysia 2499.
79
4.22 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Untuk
Menjana Idea Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 1500 Hingga Ringgit Malaysia 2499.
80
4.23 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Untuk
Mencipta Analogi Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 1500 Hingga Ringgit Malaysia 2499.
81
4.24 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Keluarga
Ringgit Malaysia 1500 Hingga Ringgit Malaysia
2499.
82
4.25 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis Untuk
Membanding dan Membeza Semasa Melakukan
Proses Menyelesaikan Masalah Lukisan
Kejuruteraan Berdasarkan Status Sosio-ekonomi
Ringgit Malaysia 2500 Hingga Ringgit Malaysia
3499.
84
4.26 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis Untuk
Membuat Klasifikasi Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 2500 Hingga Ringgit Malaysia 3499.
85
4.27 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Untuk
Menjana Idea Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 2500 Hingga Ringgit Malaysia 3499.
86
4.28 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Untuk
Mencipta Analogi Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 2500 Hingga Ringgit Malaysia 3499.
87
4.29 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Keluarga
Ringgit Malaysia 2500 Hingga Ringgit Malaysia
3499.
88
4.30 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis Untuk
Membanding dan Membeza Semasa Melakukan
Proses Menyelesaikan Masalah Lukisan
Kejuruteraan Berdasarkan Status Sosio-ekonomi
Ringgit Malaysia 3500 Ke Atas.
90
4.31 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis Untuk
Membuat Klasifikasi Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 3500 Ke Atas.
91
4.32 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Untuk
Menjana Idea Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 3500 Ke Atas.
92
4.33 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Untuk
Mencipta Analogi Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Ringgit
Malaysia 3500 Ke Atas.
93
4.34 Tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif Semasa Melakukan Proses
Menyelesaikan Masalah Lukisan Kejuruteraan
Berdasarkan Status Sosio-ekonomi Keluarga
Ringgit Malaysia 3500 Ke Atas.
94
4.35 Perbezaan Tahap Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif Berdasarkan Status Sosio-
ekonomi Keluarga.
95
4.36 Ranking Penggunaan Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif.
96
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Modal Kemahiran Berfikir 18
2.2 Peta Domain Pemikiran 22
2.3 Fungsi HOKA dan HOKI 24
SENARAI SINGKATAN JPN : Jabatan Pendidikan Negeri
SMT : Sekolah Menengah Teknik.
PKA : Pengajian Kejuruteraan Awam
SMA : Sekolah Menengah Atas.
SMS : Sekolah Menengah Sains.
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia.
SPSS : Statistical Packages for the Social Science.
JPT : Jabatan Pendidikan Teknikal.
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.
KBKK : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.
KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
Soal selidik
117 - 126
B Surat kebenaran EPRD 127 - 128
B Surat kebenaran JPN Johor
Darul Ta’zim
129
B Surat kebenaran UTM 130
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Manusia yang dicipta oleh Tuhan sebagai khalifah atau pemimpim di muka
bumi ini mempunyai berbagai-bagai keistimewaan dan kelebihan berbanding
dengan makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana
manusia dikurniakan akal. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, di
antara manusia dengan haiwan. Akal sering dikaitkan dengan organ otak manusia.
Sekiranya manusia dapat menggerakkan sel-sel otaknya dan mengeluarkan buah
fikiran, maka ia dikira sebagai telah memanfaatkan akal dan otaknya. Kemahiran
mengeluarkan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang bakal mengangkat
darjat ‘keinsanan’ manusia berbanding haiwan. Sejarah membuktikan bahawa
manusia yang bertindak tanpa menggunakan akal dan buah fikirannya boleh
terjerumus ke dalam darjat kehaiwanan, bahkan lebih dahsyat daripada itu.
Manusia mencipta sesuatu, apa sahaja, atau mencapai suatu yang baru
dalam bidang tertentu bukan perkara baru bagi manusia. Manusia telah
menyaksikan berbagai-bagai bidang kehidupan, semenjak dari menggunakan batu
dalam pembuatan senjata-senjata sampai kepada penggunaan kekuatan nuklear,
dari menciptakan pedati dan menggunakan haiwan dalam pengangkutan sampai
kepada penggunaan pemancar gas. Sejarah tamadun manusia telah menyaksikan
ciptaan demi ciptaan, sebagaimana sejarah umat manusia telah mengenal banyak
pencipta.
Keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh manusia ada
kaitan dengan kemahiran berfikir. Sekiranya keputusan dan tindakan itu membawa
natijah positif kepada dirinya dan orang lain, ia dikatakan keputusan yang
berhikmah atau bijaksana. Sebaliknya, jika keputusan tidak bermanfaat kepada diri,
orang lain dan alam sekelilingnya, keputusan itu dikatakan tidak bijak atau tidak
berhikmah.
Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas
sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah Hadis Nabi, ‘Berfikir sesaat itu
lebih baik daripada sembahyang sepanjang malam’. Manakala di dalam kitab suci
Al-Qur’an perkataan yang merujuk kepada kata akar aqal disebut sebanyak 40 kali.
Allah S.W.T. juga menempelak manusia yang tidak mahu berfikir. Apabila Allah
S.W.T. memberitahu manusia, ‘lihatlah bulan, lihatlah langit, lihatlah bintang dan
fikirkan’. (Al-Qur’an, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman,1992). Manusia dituntut supaya
menggunakan akal fikiran. Justeru itu, berfikir adalah sesuatu yang menjadi
tuntutan dan seharusnya dilakukan oleh manusia dalam setiap aktiviti dan tindak
tanduk yang dilakukan. Namun begitu, tidak ramai di antara kita yang memahami
pengertian serta selok-belok berfikir yang sewajarnya.
1.1 Latarbelakang Masalah
Kementerian Pendidikan yakin sistem pendidikan negara ini mengajar
pelajar-pelajar berfikir. Ini benar. Buktinya, sekolah tidak mengajar pelajar supaya
tidak berfikir. Guru-guru pun yakin mereka mengajar pelajar-pelajar berfikir.
Buktinya, pelajar-pelajar mereka berjaya lulus di dalam peperiksaan (Ainon dan
Abdullah, 1994).
Pelajar yang cemerlang keputusan peperiksaannya, memasuki universiti dan
keluar sebagai siswazah cemerlang. Ini ialah hasil yang dicipta oleh suatu sistem
yang membuktikan kebenaran dirinya sendiri. Sistem pendidikan menyediakan
peperiksaan yang tujuannya ialah menguji sejauh mana ia berjaya melatih pelajar-
pelajar untuk menduduki peperiksaan itu. Pada masa ini, dapat melihat pelajar
cemerlang, cemerlang hanya di dalam bidang yang mereka pelajari sahaja. Di luar
bidang itu mereka tidak cemerlang. Hal ini menjelaskan kepada kita perbezaan
antara maklumat dan kemahiran berfikir (Ainon dan Abdullah, 1994).
Di kalangan kejuruteraan dan guru mata pelajaran lain, biasa mendengar
pelajar kami tidak boleh berfikir, tidak mampu berfikir, tidak mahu berfikir dan
malas berfikir. Atas dasar apakah guru-guru membuat tanggapan begitu terhadap
pelajar? Masyarakat pula sudah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan produk
sekolah yang tiada kemahiran berfikir dan tidak mampu berfikir. Satu persoalan
yang timbul di sini adalah, adakah pelajar memang tidak mahu, tidak mampu dan
malas berfikir, ataupun pendidikan kejuruteraan sememangnya tidak memberi
peluang kepada pelajar untuk mengatasi kemahiran berfikir? Walau apajua
jawapannya, yang penting sekarang ialah sudah ramai guru sains mulai sedar
bahawa pentingnya pelajar menguasai kemahiran berfikir di samping menguasai isi
kandungan pelajaran (Salbiah, 1995).
Peranan institusi pengajian tinggi yang paling penting ialah untuk
meneruskan program peningkatan kemahiran berfikir yang dimulakan di sekolah
rendah dan menengah (Hanafi, 1995).
Maka, timbul satu persoalan, adakah semua pelajar yang memasuki sekolah
menengah atau institusi pengajian tinggi telah menguasai kemahiran berfikir
dengan sepenuhnya.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (1993), Lukisan Kejuruteraan adalah
asas dalam segala bidang kejuruteraan kerana lukisan itu berfungsi sebagai bahasa
perhubungan bagi mereka yang terlibat. Contohnya untuk membuat sebuah kereta
seperti Proton Saga, lukisan yang terperinci perlu dibuat terlebih dahulu oleh
jurutera rekabentuk. Lukisan itu kemudian diserahkan kepada bahagian pembuatan
supaya maklumat yang terkandung dalam lukisan itu dapat disampaikan dengan
tepat (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993).
Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan salah satu mata pelajaran
elektif KBSM dalam kumpulan II iaitu kumpulan Vokasional dan Teknologi. Ianya
dikelompokkan bersama-sama dengan mata pelajaran Matematik Tambahan, Sains
Pertanian, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga,
Teknologi Kejuruteraan dan Rekacipta (Nor Fadila, 1999).
Menurut Nor Fadila (1999), mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah
mula diperkenalkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) pada tahun 1992,
diikuti di 29 buah Sekolah Menegah Atas (SMA) pada tahun 1993 dan seterusnya
di sebuah Sekolah Menengah Sains (SMS) pada tahun 1995. Jadual 1.1
menunjukkan bilangan sekolah yang telah melaksanakan Lukisan Kejuruteraan
sehingga tahun 1998 (Jabatan Pendidikan Teknikal, 1998).
Sekolah 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 Jumlah
Sek. Men. Teknik. 9 20 31 18 78
SMA (Pilihan JPN). 29 43 40 17 10 139
SMA (RM 6). 5 14 9 6 34
SMA Primier. 20 20
Sek. Men. Sains. 1 16 17
Sek. Men. Keb. Agama. 1 7 8
Jumlah 9 29 43 47 67 50 51 296
Jadual 1.1 : Sekolah–sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran Elektif
KBSM Lukisan Kejuruteraan 1992-1998. (Nor Fadila, 1999).
Menurut Nor Fadila (1999), pencapaian Lukisan Kejuruteraan pelajar
perempuan adalah ternyata lebih rendah berbanding dengan pelajar lelaki. Menurut
laporan Post-Mortem keputusan SPM 1997 bagi Lukisan Kejuruteraan ( JPNJ,
1998) mendapati bahawa pencapaian pelajar perempuan adalah lebih rendah
daripada pelajar lelaki. Hanya 12.2 peratus sahaja pelajar perempuan yang
memperolehi tahap kredit ke atas dan kebanyakkannya mendapat kelulusan P7 dan
P8 sahaja.
Semasa di sekolah rendah dan di sekolah menengah, pelajar kurang
didedahkan dalam aspek pembinaan dan pembangunan minda untuk kemahiran
pemikiran. Kebanyakan mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah adalah berdasarkan fakta-fakta terlebih dahulu (Yusof, 1995).
1.2 Pernyataan Masalah
Kemahiran berfikir berkait rapat dengan persepsi atau tanggapan serta
penumpuan perhatian dalam hal-hal yang berhubungan dengan penerokaan
pengalaman, penggunaan pengetahuan, maklumat dan ilmu yang sedia ada
(Mukheta dan Azhari, 1995)
Guru perlulah merancangkan satu siri aktiviti pembelajaran yang akan
membawa perubahan-perubahan yang diingini. Dalam perancangan seperti ini, guru
perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, jenis pengetahuan yang
hendak diperolehi oleh murid-murid, jenis kemahiran yang harus dibentuk dan
perubahan-perubahan sikap yang hendak dicapainya ( Ee Ah Meng, 1987).
Menurut Model Roberty Swartz dan Sandra Parks, pemikiran kritis adalah
bertujuan hasil semula jadi dengan menggunakan kemahiran menjana idea, serta
pemikiran kreatif adalah bertujuan menilai secara kritis dengan menggunakan
kemahiran menilai kesesuaian idea.
Menurut Model Kementerian Pendidikan, kemahiran pemikiran kritis dan
kreatif yang digunakan untuk mencadangkan berbagai pilihan alternatif,
menentukan akibat sesuatu pilihan dan memilih pilihan yang terbaik berdasarkan
kepada kriteria serta mengenal pasti masalah, mencari cara-cara penyelesaian,
melaksanakan penyelesaian yang terbaik dan menilai keberkesanannya.
Dalam menyelidik masalah pembelajaran di kalangan pelajar, penyelidik
ingin mengenalpasti tahap penggunaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif (KBKK) pelajar Tingkatan Empat dalam menyelesaikan masalah berkaitan
dengan tajuk Bab Lima Lukisan Ortografik dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan Tingkatan Empat aliran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) di
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.
1.3 Persoalan Kajian
Menurut Abd Majid (2001), persoalan kajian adalah saranan sementara
yang menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini
membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam
kajian ini persoalan-persoalan kajian ini adalah :-
1. Adakah pelajar berfikir secara kritis untuk membanding dan membeza
semasa melakukan proses menyelesaikan masalah Lukisan Kejuruteraan?
2. Adakah pelajar berfikir secara kritis untuk membuat klasifikasi semasa
melakukan proses menyelesaikan masalah Lukisan Kejuruteraan?
3. Adakah pelajar berfikir secara kreatif untuk menjana idea semasa
melakukan proses menyelesaikan masalah Lukisan Kejuruteraan?
4. Adakah pelajar berfikir secara kreatif untuk mencipta analogi semasa
melakukan proses menyelesaikan masalah Lukisan Kejuruteraan?
5. Adakah perbezaan tahap KBKK berdasarkan status sosio-ekonomi
keluarga?
top related