akaun belum bayar
Post on 27-Dec-2015
134 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
AKAUN BELUM BAYAR
1. SYARAT PERMOHONAN PELARASAN ABB
Permohonan pelarasan ABB perlu dibuat dengan mematuhi syarat-syarat
berikut:-
i. Tempoh ABB telah melebihi tiga (3) tahun.
ii. Segala usaha telah diambil untuk membayar kepada penerima
tetapi gagal.
iii. Tiada unsur-unsur penyelewengan.
2. PERMOHONAN PELARASAN ABB
a) Pelarasan ABB hendaklah mendapat kelulusan Bahagian Akaun, KPM.
b) Pengurus Sekolah perlu menyediakan tiga (3) salinan Permohonan
pelarasan ABB seperti di Lampiran 12-2. Satu salinan disimpan oleh
pihak sekolah. Dua (2) salinan dikemukakan kepada Ketua PTJ
masing-masing untuk dipanjangkan ke Bahagian Akaun, KPM iaitu:-
i. salinan asal untuk Bahagian Akaun, KPM.
ii. satu salinan disimpan oleh Ketua PTJ.
c) Permohonan tersebut hendaklah disokong dengan salinan Laporan
Audit dan Penyata Kewangan Tahunan serta bukti segala usaha telah
diambil untuk menjelaskan bayaran. Contoh: surat-menyurat atau bukti
pos.
3. TINDAKAN SELEPAS KELULUSAN PELARASAN ABB
a) Amaun yang diluluskan untuk pelarasan ABB hendaklah diselaraskan
dalam tahun kelulusan diperolehi seperti berikut:-
i. Diambilkira sebagai pendapatan di dalam Penyata
Pendapatan Dan Perbelanjaan mengikut peruntukan yang
berkenaan.
ii. Mengurangkan amaun ABB dalam Kunci Kira-Kira.
b) Sekiranya terdapat tuntutan selepas pelarasan dilakukan, Pengurus
Sekolah boleh membuat pembayaran jika bukti yang munasabah dan
boleh diterima dikemukakan untuk menyokong tuntutan tersebut.
Bayaran mesti dibuat menggunakan peruntukan yang berkenaan.
c) Daftar ABB hendaklah dikemaskini selepas:
i. tuntutan bayaran ABB dijelaskan.
ii. kelulusan pelarasan ABB diperolehi.
Lampiran 12-2
PERMOHONAN PELARASAN AKAUN BELUM BAYAR
(1) Nama dan alamat pemiutang:
.............................................................................................................................
(2) Maklumat Perbelanjaan:
Peruntukan/Subsidiari Amaun (RM) Tarikh Urusniaga
(3) Sila nyatakan sebab-sebab mengapa pembayaran tidak dijelaskan (jika ruang
tidak mencukupi sila sertakan lampiran).
(4) Tindakan yang telah diambil untuk membuat bayaran:
(5) Tandakan ( √ ) dokumen sokongan yang disertakan:-
Salinan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah (telah diaudit) terkini
Salinan surat-menyurat kepada pembekal/pemiutang
Salinan surat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia /Jabatan
Pendaftaran Negara (jika berkenaan)
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan (sila nyatakan):
………………………………………………..
(6) Adakah pegawai yang terlibat telah dinyatakan untuk tindakan tatatertib; jika
tidak berikan sebab-sebab. (jika berkaitan)
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
(7) Saya memperakui bahawa maklumat yang diberi di atas adalah benar.
Tarikh: ……………… …………………………...
Tandatangan dan cop
Pengetua/Guru Besar
top related