acf422 fasa1 induksi analisis penilaian js
Post on 30-Jul-2015
105 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Analisis Penilaian Fasa 1 (Induksi)
Fasa pertama ini merupakan induksi kepada teks drama Jalan Sempit.
Secara sepintas lalu, fasa ini mengandungi:
1. aktiviti permainan Traffic Jam,
2. pengisian lembaran kerja berdasarkan slaid pembentangan, dan
3. perbincangan mengenai video.
Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan bagi langkah ini
berbentuk formatif yang dilakukan secara informal. Memandangkan pelajaran
ini merupakan pelajaran induksi bagi teks drama ini, jenis penilaian
sedemikian sudah mencukupi. Lebih-lebih lagi, ini berpadanan dengan jenis
aktiviti dan pelajaran yang lebih kepada tahap-tahap rendah dalam
Taksonomi Bloom. Penilaian yang dilakukan ialah dalam bentuk pemerhatian,
lisan dan penulisan.
Melalui aktiviti permainan Traffic Jam, penilaian yang dilakukan
berdasarkan perbincangan pasca permainan dan pemerhatian guru ketika
permainan itu dijalankan. Melalui perbincangan setelah tamat permainan,
guru mengajak para pelajar untuk membuat penilaian kendiri ketika
permainan itu sedang berlangsung, dengan mengajukan soalan-soalan
berangsang seperti berikut:
bagaimana anda mencapai tujuan permainan?
bagaimana anda menyelesaikan masalah perbezaan pendapat rakan-
rakan sekumpulan?
bagaimana anda menyelesaikan masalah perbezaan pendapat &
keputusan dengan kumpulan lain?
apakah yang telah anda pelajari melalui permainan ini?
Melalui perbincangan dan pemerhatian yang dijalankan guru bagi
aktiviti tersebut, guru dapat mengukur kebolehan para pelajar untuk
mengemukakan isu-isu yang dihadapi dengan masalah ruang yang sempit.
Guru dapat menggunakan isu-isu tersebut dan kaitkan dengan isu-isu yang
terdapat dalam teks Jalan Sempit. Ini dapat mengukuhkan pemahaman
pelajar mengenai teks dan membolehkan mereka mengupas pemikiran dan
nilai yang ingin disampaikan melalui teks tersebut. Aktiviti ini meningkatkan
apresiasi pelajar terhadap karya tersebut serta nilai-nilai yang ingin
disampaikan, di samping mengukuhkan pemahaman. Lembaran kerja yang
diedarkan juga dapat mengukuhkan pemahaman dan membolehkan pelajar
untuk mengingati jalan cerita dengan lebih baik.
Penayangan sedutan video bertujuan untuk melatih para pelajar
menggarap isu atau nilai negatif yang ingin disampaikan. Nilai-nilai tersebut
berkaitan dengan teks Jalan Sempit dan dari itu boleh dianggap sebagai
tahap pengenalan kepada aspek pemikiran teks tersebut.
Sepertimana yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilaian
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan
untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk memperbaiki
kelemahannya dengan serta merta. Objektif penilaian yang dilakukan ialah
untuk menilai pemahaman para pelajar mengenai teks Jalan Sempit, dari
yang tertera mahupun yang terselindung. Selain itu, ia juga untuk mereka
memahami dan memetik maklumat yang relevan untuk menyokong hujah
mereka. Mereka harus membuat intepretasi dan menyatakan respons
peribadi terhadap aktiviti yang dijalankan, iaitu untuk permainan Traffic Jam
dan ketika perbincangan mengenai sedutan video yang ditayangkan.
Unsur kepelbagaian kecerdasan yang terlibat ialah spatial, kinestetik,
interpersonal, intrapersonal, dan linguistik. Berdasarkan Taksonomi Bloom,
kemahiran berfikir yang dilatih melalui pelajaran ini ialah kemahiran
mengingat, memahami, mengaplikasi dan menilai. Dari itu, meskipun
pelajaran ini hanya pada tahap induksi, hampir kesemua unsur kepelbagaian
kecerdasan digunakan untuk melatih kemahiran kognitif, afektif dan
psikomotor para pelajar. Ini selari dengan Hasil yang Diingini melalui
Pendidikan (DOE). Antara hasil yang diingini dalam setiap pelajar setelah
tamat tahap sekolah menengah yang berkaitan dengan aktiviti ini ialah:
1. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan menunjuk
empati kepada orang lain,
2. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara
efektif, dan akhir sekali, dan
3. dapat meletakkan kepercayaan ke tanahair dan memahami apa yang
penting bagi Singapura.
top related