5 cara menghilangkan jerawat yang anda boleh lakukan hari ini
Post on 21-Dec-2014
2.589 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
..Cara Menghilangkan Jerawat Yang Boleh Anda
Lakukan Hari Ini!
Disini saya kongsikan 5 cara menghilangkan jerawat yang boleh dilakukan bagi mengawal pembiakan jerawat anda bermula hari ini!
Sedia
?
1.Senaman
Mengekalkan kesihatan tubuh adalah kunci bagi membantu melawan bakteria jerawat dengan melawan tahap tekanan negatif yang kerap datang dari dalam diri atau disebabkan kemurungan.
Walau bagaimanapun, ada beberapa langkah yang perlu diambil bagi menghindari serangan jerawat berterusan yang mungkin di sebabkan daripada rutin senaman anda.
Perhatikan jenis pakaian anda, peralatan sukan atau peralatan-peralatan senaman yang lain.
Sebagai contoh, penggunaan lycra ketat dan pakaian senaman nilon mungkin kelihatan hebat didalam filem atau majalah.
Tetapi jika anda terdedah kepada masalah jerawat, elakkan menggunakan pakaian berasaskan kain sintetik yang sangat cenderung untuk memerangkap kelembapan dan haba badan yang boleh mengakibatkan serangan bakteria.
Sebaiknya, pilihlah pakaian yang longgar yang diperbuat daripada kapas atau campuran bahan semula jadi bagi membolehkan udara untuk lebih sampai ke kulit anda.
Dan apabila anda telah selesai dengan senaman atau latihan anda, segera mandi dan tukar dengan pakaian yang bersih dan kering.
Dan pastikan alat-alat senaman yang telah anda gunakan tadi dalam keadaan bersih.
2.Kosmetik
Untuk mengelakkan liang tersumbat dan iritasi kulit yang boleh menyumbang kepada jerawat, gunakan produk yang dilabel noncomedogenic atau bebas minyak.
Warna wajah berkilauan biasanya menggandungi mineral serpihan disebut mika yang juga boleh menyebabkan iritasi kulit dan menyumbat liang.
Fahami bahawa krim mata mengandungi kepekatan berat pelembab berbanding krim biasa dan losyen, bermakna mereka mempunyai potensi yang lebih besar untuk menyumbat liang di daerah wajah atau sekitarnya.
3.Diet
Kajian menunjukkan bahawa diet bukanlah faktor utama dalam penyebab atau rawatan jerawat.
Namun, apa yang disyorkan untuk rawatan pencegahan jerawat adalah apa yang terbaik untuk tubuh anda adalah yang terbaik untuk kulit anda, kerana kulit anda adalah organ terbesar dalam tubuh badan.
Jadi rancang pola makan anda dengan mengambil vitamin sihat, mineral dan makanan tambahan lain.
Ini bukan sahaja dapat membantu untuk mencegah jerawat malah ianya sangat baik untuk menghilangkan jerawat.
4. Penjagaan diri
Untuk memastikan kulit anda sentiasa sihat pastikan anda tidak menggosok kulit anda terlalu kuat ketika mencuci kerana ini boleh menyebabkan iritasi kulit atau pengeluaran minyak secara berlebihan kerana menggantikan apa yang telah dicuci tadi.
Dan seterusnya menyumbat liang-liang ketika proses tersebut.
Produk dengan bahan pengelupasan kulit lembut amat disarankan untuk digunakan, pastikan ianya tidak menggatalkan atau menggunakan kepingan kulit buah-buahan yang boleh memedihkan kulit.
Dan sebaiknya elakkan penggunaan produk alkohol kerana ia boleh menanggalkan lapisan atas kulit dan memaksa kelenjar menghasilkan lebih banyak minyak.
Dan ini bakal menyumbat liang-liang pada kulit ketika proses tersebut.
5. Bercukur
Bercukur sebenarnya cara terbaik untuk membuang kulit mati kerana ia membantu mencegah jerawat dari merebak.
Ini kerana kulit yang mati boleh menyumbat liang di kulit anda.
Dan bagi sesetengah kes-kes jerawat ringan, bercukur boleh membantu menghilangkan whiteheads dan bintik hitam dari muka.
Perhatian!
Untuk kawasan yang mempunyai jangkitan atau aktiviti keradangan tinggi (kemerahan, sensitif, jerawat terbuka, kudis, dan lain-lain), sebaiknya jangan mencukur.
Atau sekurang-kurangnya, gunakan krim pencukur bagi kulit sensitif!
Ketahui Rahsia Menghilangkan Jerawat
Yang Disembunyikan Oleh Pakar-Pakar Kecantikan
Selama Ini!
&Dapatkan Rahsia & Teknik Yang Betul 'Mengempur
Jerawat Anda' Dalam Masa 30 HARI!
P/s- kesemuanya saya muatkan didalam ebook setebal 42 muka surat ini..''Gerak Gempur Jerawat”
Terima Kasih!
Gerak Gempur
top related