11 gerhana bukti keagungan ilahi - darulhuffaz.sg

Post on 16-Oct-2021

18 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

“SEKARANG abah kasi nama diaAhmad. Pasal dia suka pintu, taruk namadia Ahmad Pintu... Ahmad Pintu tak bagus.‘Pintu’ dalam bahasa Arab, ‘albab’, jadiabah taruk nama dia Ahmad Albab!”

Bagi peminat filem Allahyarham Tan SriP. Ramlee, anda mungkin masih ingat peti-kan babak dalam filem Ahmad Albab yangmenunjukkan si datuk memberi nama kepa-da cucunya yang hanya berhenti menangissebaik sahaja dia mengetuk pintu.

Hasil ketukan tersebut, maka terilhamlahnama Ahmad Albab.

Ketika menyentuh tentang pilihan namauntuk anak, ada kalanya kita terfikir ten-tang filem Melayu kerana ada yang mema-parkan nama anak yang begitu unik, malahcara nama itu diperolehi juga ada kalanyabegitu luar biasa.

Baru-baru ini ketika saya menontonfilem itu semula, saya dapati babak tersebutboleh dikaitkan dengan keadaan masa kinidan menjadi bahan perli terhadap ibu bapatatkala mereka hendak memberi nama kepa-da cahaya mata mereka.

Malah, tidak menghairankan jika iamencerminkan realiti hidup dalam dunia ser-ba moden ini meskipun filem itu diterbitkanhampir 50 tahun lalu.

MAHU NAMA UNIKRamai ibu bapa bagaikan dilanda dilema

dan cabaran besar dalam mencari nama se-suai untuk anak yang akan lahir – merekamahu yang unik tetapi tidak terlalu‘bergaya’.

Nama anak diperolehi melalui pelbagaicara berbeza – daripada campuran namakedua-dua ibu bapa hingga kepada mendap-at ilham setelah melihat atau membaca se-suatu yang menarik perhatian mereka.

Ada juga ibu bapa yang menggunakan bahasa as-ing untuk dijadikan nama si anak kerana ia didapatimempunyai sebutan yang sedap seperti ‘Albab’. Mem-beri nama sebegini bak trend di kalangan mereka.

Lihat sahaja rencana yang disiarkan dalam akhbarThe Straits Times minggu lalu mengenai ibu bapa alafbaru yang memberi nama pelik dan susah disebut ke-pada anak mereka.

Terlahirlah nama seperti Abcde (disebut sebagaiAb-si-dee) dan Rheago (disebut sebagai Rah-he-go)yang diambil sempena watak dalam siri televisyenpopular Game of Thrones.

Rencana yang mendapat banyak perkongsiandalam laman sosial Facebook itu turut menyatakan ki-an ramai orang di serata dunia memberi nama luar bi-asa dan aneh kepada bayi mereka.

Laporan mengenai ibu alaf baru yang diterbitkanoleh Goldman Sachs pada Mei lalu menyebut tentangkajian yang menunjukkan terdapat pengurangan jum-lah bayi yang diberi nama popular dan tradisional.

Satu kajian yang dilakukan pada 2012 oleh Univer-siti Victoria di Wellington, New Zealand, pula menun-jukkan bahawa jika nama anda mudah disebut, oranglain akan menganggap anda mudah dipercayai. Seba-liknya, jika nama anda susah disebut, ada yang akanmelihat anda sebagai orang yang tidak boleh diper-cayai.

Setiap orang Islam disunatkan memberi namayang elok kepada anaknya, sesuai dengan sabda Rasu-lullah saw yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu semua akandiseru/dipanggil pada hari kiamat dengan nama ka-mu dan nama bapa kamu. Oleh itu perelokkanlah na-ma kamu.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari AbuDardak ra.)

NAMA LAMBANG DOANama seharusnya melambangkan identiti dan ciri

seseorang. Tambahan pula ia juga melambangkandoa dan harapan ibu bapa terhadap anaknya.

Justeru, sebaiknya setiap pilihan nama anak perluada tujuan dan maksud yang boleh menjadi ataumengandungi doa yang baik.

Pasangan ibu bapa juga perlu sentiasa ingat baha-wa sesuatu nama yang diberikan kepada anak mere-ka boleh mempengaruhi kehidupan mereka apabiladewasa kelak.

Mungkin ada yang tidak suka nama yang terteradalam kad pengenalan mereka kerana sering diejekatau dipermainkan dan akhirnya akan menyebabkansesuatu kejadian yang tidak diigini berlaku.

Maka itu, jika anda tidak mahu kejadian tersebutberlaku, berilah nama yang sempurna kepada cahayamata anda untuk kebaikan dirinya dan juga sebagaiibu bapa.

TARIKH 9 Mac 2016 adalah detik berse-jarah dalam kehidupan 82 rakyat Singapurayang berada di Palembang.

Tepat 7.20 pagi waktu tempatan, merekadisajikan dengan pemandangan yang cukupmengagumkan: gerhana penuh matahari.Satu pemandangan yang jarang dapat dili-hat.

Ramai daripada mereka mengalirkan airmata. Kesyahduan mencengkam jiwa.Tersentuh dengan keagungan Sang Pencip-ta.

Persiapan melihat gerhana penuh itu ber-mula seawal 2015 lagi.

Syarikat pelancongan Sunny Island Tra-vel & Tours merupakan satu-satunyasyarikat pelancongan Melayu tempatanyang menyediakan pakej melihat gerhanaitu.

Peserta yang mengikuti rombongan itudiberi taklimat dan penerangan berkenaangerhana agar mereka memahami fenomenaitu dan dapat menyediakan persiapan yangperlu untuk mencerapnya.

Pagi 9 Mac disambut dengan deretanawan tebal yang berkepul-kepul di ufuktimur.

TEMPAT PALING STRATEGIKLIHAT GERHANA

Puluhan ribu manusia yang sudah ber-kumpul dari subuh mula berkerut di dahi.Hati berdebar-debar bimbang, takut tidakdapat melihat pemandangan hebat gerhanapenuh yang tidak akan kembali di kawasanyang sama selama 54 tahun lagi.

Rancangan asal rombongan Sunny Islanditu adalah bergabung dengan ribuan rakyatIndonesia dan luar negara di Masjid AgungPalembang yang berdekatan dengan SungaiMusi.

Jambatan Ampera yang merentasi Su-ngai Musi adalah tempat paling strategik un-tuk melihat gerhana.

Namun jambatan itu sudah dikhaskan un-tuk mereka yang sudah membeli pakej festi-val gerhana. Mereka disajikan dengan sara-pan dan acara sampingan.

Pada saat-saat akhir, ketua rombonganmembuat keputusan untuk menukar tempatmencerap. Ini setelah mereka mendengar ba-hawa ada beberapa orang dari Belanda yangtelah menjumpai tempat strategik untuk me-lihat gerhana, jauh daripada Sungai Musi.

Namun, langit yang mendung pagi itutetap membimbangkan.

Manusia merancang, Allah menentukan.Maka mereka dianjurkan memperbanyakdoa dan membaca ayat Kursi dalam perjalan-an ke tempat mencerap. Harapan merekasatu: semoga Allah mengabulkan hasratmereka mahu melihat gerhana penuh ma-tahari.

Mereka diingatkan dari awal lagi bahawaperjalanan melihat gerhana ini merupakansatu ibadah, bukan setakat berseronok meli-hat fenomena yang hebat itu.

Mereka diterangkan tentang ibadat-iba-dat khas yang boleh dilakukan ketika gerha-na. Ini termasuk mendirikan solat gerhana,berzikir, berdoa dan mengeluarkan sede-kah.

Setibanya rombongan itu di kawasanmencerap iaitu di sebidang tanah lapangyang mempunyai ufuk sebelah timur yangterbuka, mereka mendapati langit masih lagi‘kotor’ dengan awan yang tebal.

Ini tidak mematahkan semangat mereka.Setiap orang bergegas mencari tempat untukmendirikan alat kamera dan video.

Setelah melakukan persiapan tersebut,mereka berkumpul untuk melakukan solatgerhana. Doa dipanjatkan dengan penuhkeikhlasan.

Selesai sahaja solat, awan mula menguak,memperlihat matahari yang tertutup sejakawal pagi.

Ketika itu, mereka dapat melihat hampir70 peratus permukaan matahari sudah ditu-tup bulan.

Awan terus berarak lalu. Matahari seke-jap timbul dan sekejap hilang.

Mulut mereka yang ada di padang terse-but terus berkumat-kamit, bertasbih, ber-doa, memohon kepada Allah agar diperlihat-kan gerhana penuh nanti.

Dalam masa yang sama, tabung mulabergerak dari seorang ke seorang, mengum-pulkan sedekah yang akan diserahkan kepa-da rumah anak yatim.

SEMACAM KEAJAIBANBERLAKU

Sememangnya Allah tidak mengecewa-kan permintaan hamba-Nya yang ikhlas.

Beberapa minit sebelum saat terjadinyagerhana penuh, satu perkara yang amatajaib berlaku.

Kawasan langit di sekeliling matahari ti-ba-tiba bersih daripada sebarang awan. Bu-kan itu sahaja, malah kawasan awan yangterbuka itu membentuk segi empat denganmatahari berada hampir di tengah-tengah-nya. Ia seakan-akan jendela langit dibuka un-tuk semua yang berada di padang tersebutmelihat gerhana total.

Keadaan sekeliling mula menjadi gelaptetapi gelap yang amat berlainan. Ia bukangelap malam, bukan gelap berawan, tetapi

gelap yang menjadikan suasana kelamseolah-olah alam sekeliling berwarna kela-bu.

Saat terakhir sebelum matahari ditutupbulan, ia mengeluarkan satu cahaya yangamat terang. Seolah-olah keseluruhan ca-haya matahari berebut hendak meloloskandiri daripada celah-celah bulan yang hampirmenutupinya. Inilah fenomena ‘cincinberlian’ kerana bagi yang melihatnya, iaseolah-olah sebentuk cincin berlian raksasadi langit.

Tiba-tiba matahari menjadi gelap! Gerha-na penuh sedang berlaku. Keadaan sekeli-ling menjadi amat kelam seperti waktumaghrib. Bunyi cengkerik mula terdengar disekeliling. Ayam mula berkokok. Bina-tang-binatang menjadi keliru, menyangkamalam sudah tiba.

Di langit, bebola matahari yang hitamdikelilingi cahaya putih yang terang. Inilahkorona matahari. Ia adalah gas panas yangkeluar daripada permukaan matahari.

Pemandangan ini yang menitiskan air ma-ta syahdu. Ditambah pula dengan keinsafanakan kebesaran Allah dan kemurahan-Nyamemperlihat gerhana penuh walaupunkeadaan langit yang keruh dengan awanyang tebal.

Penyatuan bulan dan matahari ini hanyaberlaku selama dua minit sahaja di Palem-bang. Selepas itu bulan mula meninggalkanmatahari. Cahaya matahari berebut keluardari celah-celah bulan untuk menyinari bu-mi kembali. Fenomena ‘cincin berlian’ ber-laku sekali lagi.

NIKMAT PEMANDANGANCUKUP MENGAGUMKAN

Beberapa saat kemudian, awan kembalimenutupi matahari. Seakan-akan isyaratdaripada Allah: Cukuplah untuk kamu nik-mati ini. Nikmat pemandangan yang tidakdapat dilupakan sepanjang hayat telah di-anugerahkan oleh Allah dalam masa duaminit tersebut.

Laporan media massa memaklumkan ba-hawa puluhan ribu manusia di Palembangkecewa kerana tidak dapat melihat gerhanapenuh akibat awan tebal yang menutupi la-ngit.

Sesungguhnya mereka yang berada dipadang tersebut merupakan antara yang pa-ling bertuah mendapat anugerah melihat-nya.

Keadaan sekeliling kembali cerah namunmatahari tetap tidak dapat dilihat kerana te-rus ditutup awan.

Bulan terus meninggalkan matahari, dansejam kemudian tiada satu pun bahagian ma-tahari yang terlindung dengan bulan.

Gerhana telah berakhir. Rombongan Si-ngapura dan Belanda mula mengemasbarang-barang mereka, meninggalkanpadang tersebut dengan kenangan manis.

Hati sudah terpaut. Azam sudah terpa-hat.

Wahai bayangan rembulan di siang hari!Kami akan berusaha terus mengejarmu.

E Penulis pengasas pusat pendidikanDarul Huffaz.

‘Nama saya‘Pintu’’

Gerhana buktikeagungan

Ilahi

PANDANGANWARTAWAN

BERI TUMPUAN: Sekumpulan warga Singapura yang turut bersama Ustaz Dr Firdaus Yahya ke Palembang, Indonesia, begitu sungguh-sungguh menyaksikan gerhana yang berlaku pada 9 Mac lalu. – Foto-fotoSUNNY ISLAND TRAVEL & TOURS

CATATAN

FAKHRURADZI ISMAILmfismail@sph.com.sg

USTAZ DR FIRDAUSYAHYA

KEBERANGKATAN KHAS 2016

AZZA TRAVEL & TOURS PTE LTD390 Victoria Street, #01-49, Golden Landmark

Tel: 6292 7110 Email: enquiries@azzatravel.comWaktu perniagaan:

Isnin - Jumaat 9.30 pagi - 6.30 petang / Sabtu 10 pagi - 3 petang

(TA

865)

TOKYO RAILDAYS(Percuma 3H Kanto Rail Pass)

Gala Yuzawa dr. S$168 & Mt.Fuji +Kawaguchiko dr. S$188

Berangkat Setiap HariBerangkat Setiap Hari3H Yogyakarta Tour dr. S$3883H Yogyakarta Tour dr. S$3884H Medan Lake Toba dr. S$3984H Medan Lake Toba dr. S$3983H Bandung Tour dr. S$4083H Bandung Tour dr. S$408

JEPUNJEPUN6H Japan Best Flower Season6H Japan Best Flower Season bkt. 19 Meibkt. 19 Mei dr. S$2448dr. S$24487H Hokkaido Special (by train)7H Hokkaido Special (by train) bkt. 04 Ogosbkt. 04 Ogos dr. S$2498dr. S$2498

KOREAKOREA6H Discover Seoul Autumn6H Discover Seoul Autumn bkt. 27 Oktbkt. 27 Okt dr. S$1288dr. S$12886H Discover Seoul6H Discover Seoul bkt. 05 Disbkt. 05 Dis9H Korea Winter Ski Experience9H Korea Winter Ski Experience bkt. 19 Disbkt. 19 Dis6H Discover Seoul Ski6H Discover Seoul Ski bkt. 27 Disbkt. 27 Dis

MALAYSIAMALAYSIA4H Terengganu Gambang4H Terengganu Gambang bkt. 24 Macbkt. 24 Mac S$230S$2301H/2H Melaka Hari Ibu High Tea1H/2H Melaka Hari Ibu High Tea bkt. 08, 07 Meibkt. 08, 07 Mei S$75/S$145S$75/S$1453H KL + Melaka3H KL + Melaka bkt. 30 Aprbkt. 30 Apr S$165S$165

INDONESIAINDONESIA4H Bali Dolphin Watching4H Bali Dolphin Watching bkt. 03 Sep, 23 Disbkt. 03 Sep, 23 Dis4H Lombok Special4H Lombok Special bkt. 06 Ogosbkt. 06 Ogos6H Bali & Lombok6H Bali & Lombok bkt. 01 Disbkt. 01 Dis5H Jakarta Puncak Bandung5H Jakarta Puncak Bandung bkt. 07 Disbkt. 07 Dis

LAIN-LAINLAIN-LAIN6H Dubai & Abu Dhabi6H Dubai & Abu Dhabi bkt. 02 Disbkt. 02 Dis dr. S$1288dr. S$128810H Montenegro Croatia Bosnia10H Montenegro Croatia Bosnia bkt. 20 Aprbkt. 20 Apr dr. S$2038dr. S$203811H Highlights of Turkey11H Highlights of Turkey bkt. 08, 17 Disbkt. 08, 17 Dis10H Finland: Laplands + Lights10H Finland: Laplands + Lights bkt. 12 Disbkt. 12 Dis11H Spain - Andalucia11H Spain - Andalucia bkt. 09 Disbkt. 09 Dis

KELAS UMRAHKelas Umrah akan diadakan di:Kelas Umrah akan diadakan di:Masjid Al ImanMasjid Al Iman (3, 10, 17, 24 Apr)(3, 10, 17, 24 Apr)Masjid Darul AmanMasjid Darul Aman (27 Mac, 3, 10, 17 Apr)(27 Mac, 3, 10, 17 Apr)Waktu: 8.30 - 10.30 pagi (Ahad)Waktu: 8.30 - 10.30 pagi (Ahad)

UMRAH 201612H Umrah12H Umrah bkt. 09 Aprbkt. 09 Apr dr. S$3300dr. S$330013H Umrah13H Umrah bkt. 04 Meibkt. 04 Mei dr. S$3280dr. S$3280Medina: Sofraa Al HudaMedina: Sofraa Al HudaMakkah: Swissotel, Le MeridienMakkah: Swissotel, Le Meridien

UMRAH AKHIR TAHUN11H Umrah11H Umrah bkt. 21 Disbkt. 21 Dis dr. $2890dr. $289012H Umrah12H Umrah bkt. 10, 14 Disbkt. 10, 14 Dis dr. $3450dr. $345013H Umrah13H Umrah bkt. 02 Disbkt. 02 Dis dr. $3150dr. $3150

Medina: Sofraa Al Huda -Medina: Sofraa Al Huda - Makkah: Rotana Marwa, LeMakkah: Rotana Marwa, Le MeridienMeridien

UMRAH RAMADHAN13H Umrah Awal Ramadhan13H Umrah Awal Ramadhan

bkt. 03 Junbkt. 03 Jun dr. $4750dr. $475014H Umrah Akhir Ramadhan14H Umrah Akhir Ramadhan

bkt. 24 Junbkt. 24 JunMedina: Sofraa Al HudaMedina: Sofraa Al HudaMakkah: Le Meridien atau setarafMakkah: Le Meridien atau setaraf

UMRAH PLUS15H Umrah Baitulmaqdis15H Umrah Baitulmaqdis bkt. 06 Disbkt. 06 Dis15H Umrah Turkey15H Umrah Turkey bkt. 06 Disbkt. 06 Dis

Visa Umrah tertakluk kepada Kelulusan PihakVisa Umrah tertakluk kepada Kelulusan PihakKementerian Arab SaudiKementerian Arab Saudi

*5H SabahPre-Ramadhan Special

bkt. 26 MeiS$888 (dgn tax)

Discover Greener PasturesCall 1800 289 8822 or e-mail

notices@sph.com.sg to place yourChange of Address Notices

Berita Minggu | 20 Mac 2016 11

Wacana PANDANGAN

top related