ifolio.ukm.my · web viewmeja yang digunakan terlalu panjang dan lori tiada ketika itu. kami...

Post on 20-Mar-2019

220 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Tarikh : 1 Mac 2014

Kami telah bersama-sama menyiapkan goodies bags untuk para peserta dan dengan kerjasama ahli semua berjalan dengan lancar.

Tempahan baju telah di buat terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesulitan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Kami sangat bertuah kerana dengan masa yang singkat tempahan baju kami berjaya ditunaikan.

Juga pada tarikh 1 Mac 2014, kami mempunyai masalah kerana kebanyakan peserta mendaftar mengikut kumpulan basikal mereka. Kami membuat keputusan untuk mengasing goodies bags mereka mengikut kumpulan masing-masing.

Kami mempunyai sedikit kesulitan di mana beberapa bilangan peserta daripada Universiti Kebangsaan Malaysia tidak mempunyai alat keselamatan yang sempurna. Oleh itu, pihak keselamatan kami telah meminjam beberapa buah topi keledar untuk menjamin keselamatan peserta.

Ini merupakan antara crew-crew tambahan yang telah kami terima untuk membantu melancarkan program pada 2 Mac 2014.

SITUASI KETIKA PESERTA BERHENTI BEREHAT DI CHECKPOINT.

Peserta telah dibekalkan dengan air mineral, gula-gula Dynamite untuk menelakkan perasaan ingin pitam mahupun letih yang membawa kepada sebarang parah.

Terdapat MARSHALL yang membantu pihak kami dari segi memnunjukkan jalan kepada para peserta sepanjang masa dari mula sehingga akhir. Pihak Polis Keselamatan dan Jawatan Kuasa Pertahanan Awan juga terlibat pada hari kejadian.

Saya(dalam bulatan) bersama peserta-peserta daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang berjaya menghadirkan diri pada hari tersebut. Saya sebagai crew memakai pakaian Cancer Charity Cycling yang berwarna kelabu manakala bagi peserta warna putih. Hal ini untuk membantu peserta mengenalpasti crew kami.

Ahli crew bergambar bersama artis jemputan yang dijemput khas daripada Subang Jaya untuk membuat sedikit persembahan santai di tapak program Cancer Charity Cycling. Kami merupakan kumpulan yang efektif.

Ahli crew yang berjaya menjalankan tanggunggjawab masing-masing di checkpoint dengan sempurna dan meriah. Kerja berkumpulan telah berjaya melancarkan program.

Masalah dan penyelesaian pertama :

Sampah yang berada di merata tempat, berjaya kami kumpulkan dan dilonggok di dalam kotak mineral bersama dengan plastik sampah berwarna hitam.

Masalah dan penyelesaian kedua :

Meja yang digunakan terlalu panjang dan lori tiada ketika itu. Kami membawa meja tersebut menggunakan kereta Myvi sahaja ke lokasi barangan di presint 2, putrajaya.

Berdasarkan pengalaman dan kemahiran kempimpinan dan kerja sebagai satu pasukan yang telah saya perolehi terutama yang berkait rapat dengan HP6 iaitu Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan setelah mengikuti program Cancer Charity Cycling ini. Antaranya ialah saya dapat mengenalpasti langkah-langkah awal yang perlu dilakukan demi mendapat sumbangan yang mencukupi ataupun melebihi belanjawan program. Hal ini kerana wang ringgit dan barangan keperluan merupakan kepentingan yang utama supaya perjalanan program dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, segala ilmu dan pengetahuan yang saya pelajari akan saya gunakan di masa hadapan terutamanya ketika mengendali sesebuah program yang besar. Sebagai input tambahan, saya telah belajar banyak apabila

mengendalikan sesebuah program terutamanya melibatkan satu kumpulan sebagai satu pasukan. Kerjasama daripada setiap orang adalah penting dan perlu adil demi menjayakan program.

Sekian, terima kasih. Saya harap pembuktian yang telah saya berikan ini cukup untuk membuktikan bahawa program Cancer Charity Cyling ini benar membantu saya untuk meningkatkan KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN saya.

top related