ambil kira kriteria ini - jobshop.uitm.edu.my tips ogos... · apakah kriteria yang perlu dilihat...

2
oleh : Roslinda Mohd Subbian | [email protected] Ogos 2017 Apakah kriteria yang perlu dilihat keka membuat pemilihan kerjaya? Kebiasaannya, nasihat yang diberikan adalah dengan membuat penilaian samada ia bersesuaian dengan minat, kemahiran dan kemampuan seseorang individu. Ianya penng kerana akan memberi kesan kepada tahap kepuasan bekerja seterusnya mempengaruhi prestasi dan mutu kerja anda. Namun begitu, ada beberapa kriteria lain yang sama penng untuk diberi tumpuan keka membuat pemilihan kerjaya. 1. Wang Jenis pekerjaan yang menuntut banyak mobili serta perjalanan jauh seper ahli perniagaan, wartawan, juruterbang dan sebagainya memerlukan pengorbanan wang yang bukan sedikit. Adakalanya tuntutan boleh dibuat ke atas wang pendahuluan dalam menjalan tugas rasmi, adakalanya dak. Bayaran gajinya mungkin mahal, tetapi lama manakah anda mampu bertahan? 2. Persekitaran Adakah anda seorang yang senang bekerja sendirian atau berkumpulan? Mampukah anda untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh majikan/tempat kerja anda? Kenalpas semua ini kerana ia akan menentukan kepuasan kerjaya anda. 3. “Deadline” Bidang penerbitan atau pengiklanan misalnya memenngkan kehendak pasaran dan pelanggan. Tugasan seper wartawan, pelukis grafik, “lay-out arst”, pihak pencetak dan sebagainya akan senasa berdepan dengan “deadline”. Adakah anda mampu bertahan dengan tekanan tersebut? 4. Nilai Moral Sesetengah kerjaya menekankan nilai moral yang nggi seper bidang kedoktoran dan perguaman. Namun ada juga jenis pekerjaan yang terdedah kepada unsur dak bermoral seper salah guna kuasa atau wang rasuah. Pekerjaan sebagai polis, pegawai kastam dan pengurus adalah antara contoh yang memungkinkan seseorang berisiko terjebak dengan nila dak bermoral. Paskan anda mengambil kira keupayaan anda dalam mendepani TAK TAHU NAK PILIH KERJA YANG MANA? AMBIL KIRA KRITERIA INI ! “Masa depan tidak bergantung pada pekerjaan, tetapi pada orang yang mengerjakan” George Crane

Upload: buicong

Post on 10-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

oleh : Roslinda Mohd Subbian | [email protected] Ogos 2017

Apakah kriteria yang perlu dilihat ketika membuat

pemilihan kerjaya? Kebiasaannya, nasihat yang

diberikan adalah dengan membuat penilaian samada

ia bersesuaian dengan minat, kemahiran dan

kemampuan seseorang individu. Ianya penting

kerana akan memberi kesan kepada tahap kepuasan

bekerja seterusnya mempengaruhi prestasi dan

mutu kerja anda. Namun begitu, ada beberapa

kriteria lain yang sama penting untuk diberi

tumpuan ketika membuat pemilihan kerjaya.

1. Wang

Jenis pekerjaan yang menuntut banyak mobiliti serta

perjalanan jauh seperti ahli perniagaan, wartawan,

juruterbang dan sebagainya memerlukan

pengorbanan wang yang bukan sedikit. Adakalanya

tuntutan boleh dibuat ke atas wang pendahuluan

dalam menjalan tugas rasmi, adakalanya tidak.

Bayaran gajinya mungkin mahal, tetapi lama

manakah anda mampu bertahan?

2. Persekitaran

Adakah anda seorang yang senang bekerja sendirian

atau berkumpulan? Mampukah anda untuk

mematuhi peraturan dan undang-undang yang

ditetapkan oleh majikan/tempat kerja anda?

Kenalpasti semua ini kerana ia akan menentukan

kepuasan kerjaya anda.

3. “Deadline”

Bidang penerbitan atau pengiklanan misalnya

mementingkan kehendak pasaran dan pelanggan.

Tugasan seperti wartawan, pelukis grafik, “lay-out

artist”, pihak pencetak dan sebagainya akan sentiasa

berdepan dengan “deadline”. Adakah anda mampu

bertahan dengan tekanan tersebut?

4. Nilai Moral

Sesetengah kerjaya menekankan nilai moral yang

tinggi seperti bidang kedoktoran dan perguaman.

Namun ada juga jenis pekerjaan yang terdedah

kepada unsur tidak bermoral seperti salah guna

kuasa atau wang rasuah. Pekerjaan sebagai polis,

pegawai kastam dan pengurus adalah antara contoh

yang memungkinkan seseorang berisiko terjebak

dengan nila tidak bermoral. Pastikan anda

mengambil kira keupayaan anda dalam mendepani

TAK TAHU NAK PILIH KERJA YANG MANA?

AMBIL KIRA KRITERIA INI !

“Masa depan tidak bergantung pada pekerjaan, tetapi pada orang yang

mengerjakan”

George Crane

perkara sebegini. Sekiranya anda seorang yang

berprinsip teguh tetapi cuba disogok di tempat

kerja, anda pasti tidak gembira dengan keadaan

sebegitu.

5. Rutin/Sistem Kerja

Pengkhususan kerja samada di sektor pembuatan

dan perkilangan sering mengakibatkan kebosanan

kerana tiada perkembangan dari segi kemahiran

dan kepelbagaian bidang tugas. Kebosanan

selalunya timbul setelah bertahun-tahun melakukan

rutin tugas yang sama setiap hari. Jika anda jenis

yang lekas merasa bosan, pastikan memilih kerjaya

yang dapat mempelbagaikan kemahiran diri anda.

6. Kreativiti

Kerjaya dalam bidang senibina, senilukis dan

penulisan memerlukan daya kreativiti dan imaginasi

yang tinggi. Tanpa kemahiran tersebut, kerjaya

anda sukar untuk berkembang. Walaupun bidang

sebegini jarang menawarkan imbuhan yang

lumayan, tetapi ia ternyata memberi kepuasan dan

kebanggaan hasil yang tinggi kepada mereka yang

tebabit.

7. Kekuatan fizikal

Sesetengah kerjaya menuntut kemampuan dan

ketahan fizikal yag tinggi dan mantap. Kerjaya

segegini mungkin melibatkan pengendalian jentera

berat, atau memerlukan anda untuk berdiri dalam

tempoh yang lama. Pastikan kekuatan dan

kelemahan anda sebelum memilih kerjaya anda.

8. Orang Ramai

Adakah anda seorang peramah, sedia bergaul

dengan orang ramai atau anda seorang yang

pemalu? Adakah anda senang bekerja dengan anak-

anak kecil, remaja atau orang dewasa? Sesetengah

kejaya memerlukan anda berdepan dengan pelbagai

ragam manusia seperti bidang perguruan, jururawat

dan perbankan. Kriteria ini penting dan mesti

diambil kira sebelum ada membuat pilihan.

Buatlah pilihan yang bijak. Berbincang dengan

orang berpengalaman boleh membantu

memperluaskan perspektif anda seterusnya

memberi anda lebih banyak pilihan untuk

menentukan kerjaya anda. Nilai wang/imbuhan

mungkin penting, tetapi apa yang patut diberi

penekanan adalah memastikan anda gembira

dengan apa yang dilakukan. Adalah lebih

menggembirakan lagi jika kita dibayar melakukan

apa yang menyeronokkan dan memberi kepuasan

kepada kita.

Sumber Rujukan:

Levinson, H (1993). Career Mastery San Francisco: Berret-Koehler Publishers.

Dewi Murni Mohamed “Ke Mana Selepas Ini?” Ummi: November 1993.

Bolles, R.N. (1990). The New Quick Job-Hunting Map. New York: Ten speed Press.

TAHUKAH ANDA...

... bahawa Leonardo da Vinci

adalah orang pertama yang

telah menulis resume?.

Dikatakan tiada siapa

pernah membuat senarai

tentang kemahiran dan

pengalaman kerja

sehinggalah ditulis oleh Da

Vinci untuk dihantar kepada

Duke of Milan pada tahun

1492.