amaran - ums - home · induksi perpustakaan kemudahan-kemudahan umum . 5 perkhidmatan ict ... 2.30...

23
1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ manipulasi maklumat berkaitan dengan: Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Bumiputera Sabah/Sarawak Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan Akan diambil tindakan dengan; Surat tawaran ditarik balik, dan Dikenakan tindakan undang-undang Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran. PERINGATAN PENTING SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ADALAH TIDAK LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR UMS

Upload: others

Post on 30-Jul-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

1

AMARAN

Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ manipulasi maklumat berkaitan dengan:

Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Bumiputera Sabah/Sarawak

Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan

Akan diambil tindakan dengan;

Surat tawaran ditarik balik, dan

Dikenakan tindakan undang-undang

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.

PERINGATAN PENTING

SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT

DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ADALAH TIDAK

LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR UMS

Page 2: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

2

LATAR BELAKANG PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS

Visi Misi

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN DI UMS KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM

Pengangkutan Bas Pusat Kesihatan Perpustakaan Perkhidmatan ICT Kemudahan-Kemudahan Lain

PANDUAN PENDAFTARAN

Pakej Tawaran Kemasukan ke UMS Tindakan yang perlu diambil oleh Calon

o Setelah Menerima Tawaran o Surat Tawaran

Syarat-syarat Tawaran Kemasukan ke UMS

o Mematuhi Peraturan Pengguguran Tawaran

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Kemasukan Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi Menyediakan wang untuk pembelian Buku Teks dan Buku Lab Manual, yuran MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) Membuat Pemeriksaan Kesihatan Penyediaan Gambar Keperluan Peribadi

SEMASA HARI PENDAFTARAN

Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai Pelajar UMS o Dokumen-dokumen Asal o Dokumen-dokumen Salinan o Menyediakan wang untuk pembelian Buku Teks dan Buku Lab Manual, yuran MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar

SELEPAS HARI PENDAFTARAN

Program Minggu Suai Mesra Pelajar

SENARAI SEMAKAN MAKLUMAT UMUM SOALAN-SOALAN LAZIM

KANDUNGAN

Page 3: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

3

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010. Pusat ini beroperasi di bangunan Sekolah Sains dan Teknologi yang kini dikenali sebagai Fakulti Sains dan Sumber Alam dengan matlamat untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan asas yang kuat dan juga minat yang mendalam di dalam bidang sains agar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah. VISI Pusat Persediaan Sains dan Teknologi bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran untuk persediaan bagi program prasiswazah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gabungan amali dan teori bagi perkembangan sains dan teknologi yang mapan. MISI Pusat Persediaan Sains dan Teknologi berdedikasi di dalam penyediaan pelajar untuk program prasiswazah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dengan menyemai nilai-nilai murni di dalam kecemerlangan akademik beserta tanggungjawab etika.

SISTEM PENGAJIAN

Pelajar hendaklah mengikuti minimum 50 kredit kursus atau yang ditetapkan oleh Senat untuk layak dianugerahi sijil asasi. Kalender Akademik Program Asasi UMS dibahagikan kepada dua semester .Pelajar mestilah mengikuti program asasi selama tidak kurang daripada dua (2) semester dan tidak lebih daripada empat (4) semester dikira dari tarikh pendaftaran masuk Pusat.

PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN DI PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS

Page 4: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

4

PENGANGKUTAN BAS UMS menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk memudahkan pelajar pergi dan balik ke Sekolah/Pusat masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Kemudahan ini disediakan dari kawasan asrama ke blok-blok akademik/sekolah, perpustakaan dan juga kawasan berhampiran seperti Taman Indah Permai dan Taman Kingfisher. Pelajar dikehendaki menunjukkan kad pelajar semasa kad pelajar semasa menaiki bas. PUSAT KESIHATAN Pelajar dibenarkan menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan seperti berikut:

Panel Klinik Kesihatan yang dilantik dan terdapat di kawasan berhampiran kampus.

Pusat Kesihatan Warga terletak di dalam kampus. PERPUSTAKAAN Kumulatif bahan di Perpustakaan UMS ialah lebih kurang 421,938 naskah monograf, 68,339 judul e-jurnal, 28 pangkalan data elektronik, 15,236 judul e-books dan 4,565 judul bahan media dalam pelbagai bidang. Disamping itu, perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan seperti;

1. Perkhidmatan

Perkhidmatan Pinjaman, Pemulangan dan Tempahan.

Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan PerkhidmatanPembekalan Dokumen (PPD)

Perkhidmatan Rujukan dan Informasi

Perkhidmatan Pangkalan Data Komersial, E-Jurnal dan E-Book

Perkhidmatan Terbitan Bersiri

Perkhidmatan Koleksi Khas (Perdana, Nobel Laureate, Aseana dan Kanak-kanak)

Perkhidmatan Pelanggan

Perkhidmatan Repografi

Perkhidmatan Multimedia dan ICT

Kelas Literasi Maklumat

2. Kemudahan

Auditorium

Bilik Tayangan

Bilik Latihan

Bilik Multimedia

Bilik Seminar

Bilik Muzik

Bilik Kubikal

Bilik 24 jam

Loker Berkunci

Surau

Peti Cadangan dan E- Aduan

Katalog Awam Atas Talian (WebOPAC) melalui iPortal

Wireless

Komputer

Mesin Pinjaman Sualayan

Peti Pemulangan Buku

Xpress OPAC

Taklimat pelawat, dan

Induksi Perpustakaan

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM

Page 5: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

5

PERKHIDMATAN ICT

BIL MAKLUMAT PERKHIDMATAN MASA OPERASI RUJUKAN/URL

1 Perkhidmatan Internet & Pendaftaran Akaun Pengguna

Rangkaian tanpa Wayar(Wireless)

ISNIN – KHAMIS

8.00 Pg – 12.15 Tgh

2.00 Ptg – 4.15 Ptg

JUMAAT

8.00 Pg – 11.15 Pg

2.30 Ptg – 4.15 Ptg

SABTU & AHAD

(TUTUP)

Borang boleh didapati di

(Bangunan JTMK, Aras Bawah

Kaunter Teknikal)

2 Perkhidmatan Instalasi Perisisan Berlesen (MS Office,

SPSS,Visual Studio)

3 Perkhidmatan Video Conferencing

4 Perkhidmatan Pinjaman Alat Bantu Mengajar (ABM)

5 Percetakan Kad Pelajar

Borang boleh didapati di Bangunan

JTMK, Aras Bawah & di Fakulti

masing-masing.

Kaunter Kad Pelajar (JTMK)

6 Perkhidmatan E-Learning 24 Jam (Dalam Talian) http://smart2.ums.edu.my

7 Sistem Maklumat Pelajar (SMP) 24 Jam (Dalam Talian) http://smp.ums.edu.my

8 Perkhidmatan 1 Megalab(Thin Client)

HARI BIASA

ISNIN – JUMAAT

8.30 Pg – 10.00 Mlm

SABTU & AHAD

8.30 Pg – 6.00 Ptg

CUTI SEMESTER

ISNIN – JUMAAT

8.30 Pg – 5.00 Ptg

SABTU & AHAD

8.30 Pg – 6.00 Ptg

MINGGU ULANGKAJI

ISNIN – JUMAAT

8.30 Pg – 12.00 Mlm

SABTU & AHAD

8.30 Pg – 6.00 Ptg

Tiket Penggunaan Perkhidmatan 1

Megalab boleh diperolehi dikaunter

Perpustakaan, Aras Bawah

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

Kompleks Sukan merangkumi Gimnasium, gelanggang bola tampar, tenis, bola jaring dan lain-lain

Stadium

Padang Kawad

Pejabat Pos

CIMB Bank Berhad

Mesin ATM (Maybank & Bank Rakyat)

Kolej Kediaman

Kafeteria

Telefon Awam

Kedai Buku Anjung Siswa

Koperasi (perkhidmatan mesin cetak dan penjualan cenderahati)

Page 6: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

6

Page 7: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

7

PANDUAN PENDAFTARAN PAKEJ TAWARAN KEMASUKAN KE PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS Calon hendaklah memastikan bahawa pakej yang diterima mengandungi dua (2) dokumen berikut: 1. Buku Panduan Kemasukan (online) ` (1 Salinan) 2. Surat Tawaran (online) (1 Salinan) Jika anda tidak menerima mana-mana dokumen di atas, sila hubungi Pusat Persediaan Sains dan Teknologi di nombor telefon: 088-320000 samb 613611/613602/613604 atau layari laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON SETELAH MENERIMA SURAT TAWARAN Calon hendaklah menjawab penerimaan atau penolakan tawaran dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh surat tawaran. Sekiranya dalam tempoh tersebut Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi tidak menerima sebarang pengesahan, pelajar dianggap telah menolak tawaran. Untuk makluman pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS tidak akan menghantar sebarang PERINGATAN. Nota: Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama ada menerima atau menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat ia tidak boleh lagi dipinda. SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS 1. Tawaran Kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Pengesahan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah. ii. Pengesahan dan kelulusan doktor bahawa calon berada dalam keadaan sihat untuk mengikuti kursus pengajian di Pusat

Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS. iii. Tidak terdapat sebarang kesilapan mengenai syarat minima yang diperolehi oleh calon dan calon mestilah memenuhi syarat-

syarat khas program yang ditawarkan untuk diterima masuk oleh Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS ini. iv. Tiada maklumat yang palsu / salah diberikan atau dirahsiakan semasa permohonan masuk ke Pusat Persediaan Sains Dan

Teknologi, UMS.

2. Setelah mendaftar sebagai pelajar, seseorang calon adalah WAJIB:

i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti, Peraturan Perpustakaan, Kaedah-kaedah Tatatertib Pelajar Universiti serta peraturan-peraturan lain Fakulti/Pusat yang berkenaan;

ii. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan perkhidmatannya daripada dirosak oleh sesiapa juga;

iii. Menghormati para Pegawai Universiti;

iv. Mematuhi Peraturan Asrama Universiti;

v. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalulintas Negara serta Peraturan Keselamatan Universiti;

vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat masyarakat dan aktiviti lain yang berkenaan yang

dianjurkan oleh Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, Universiti dan Negara;

vii. Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti;

viii. Mematuhi Etika Pakaian Universiti;

PANDUAN PENDAFTARAN

Page 8: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

8

3. Pelajar hendaklah melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran sekiranya menerima tawaran ini. Tawaran ini

dianggap terbatal sekiranya calon gagal melaporkan diri pada tarikh tersebut, melainkan telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS;

4. Pelajar diwajibkan mengikuti Minggu Suai Mesra kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS;

5. Pihak berkuasa Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar syarat-

syarat tersebut di atas; PENGGUGURAN TAWARAN

1. Pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS berhak menarik balik tawaran sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi dan sekiranya calon mengemukakan maklumat/ dokumen palsu semasa permohonan/ pendaftaran.

2. Calon yang tidak mendaftar sebagai pelajar pada tarikh dan tempat pendaftaran yang ditetapkan, tawaran tersebut akan terbatal dengan

sendirinya. * sila rujuk laman web http://www.ums.edu.my/ppst untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini bagi proses pendaftaran dan minggu suai mesra seperti butiran berikut :

TARIKH TEMPAT PERKARA

24 Mei 2017 (Rabu)

8.30am-4.30pm

Pendaftaran Kolej Kediaman

Pelajar-Pelajar Baharu (Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)

UMS

Pendaftaran Kemasukan

24 Mei 2017 (Rabu)

8.30am-4.30pm

BT1-BT5

(Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)-

ANNAXE, UMS

Pendaftaran Program

25 Mei 2017 hingga

27 Mei 2017 (bermula pukul 8.30pagi hingga

10.00malam) (Rabu-Sabtu)

BT1-BT5

(Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST),

UMS

Minggu Suai Mesra (MSM)

Page 9: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

9

Page 10: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

10

Sekiranya calon bersetuju menerima tawaran ini, calon hendaklah;

1. Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Kemasukan dan bawa Semasa Pendaftaran iaitu;

UMS/AKAD 01 Borang Pengesahan Penerimaan/Penolakan Tawaran

Surat Tawaran ( Salinan Akademik )

Salinan Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa

Salinan Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa

Salinan Sijil SPM

Salinan Sijil Berhenti Sekolah

Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa

Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport)

UMS/HEP/01 Ikrar

UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar (*Sekeping gambar perlu disertakan)

UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan

UMS/HEP/04 Akujanji Etika Berpakaian

PUMS/01 Borang Pendaftaran Keahlian Perpustakaan (*Sekeping gambar perlu disertakan)

Wajib membuka akaun Bank Islam bagi tujuan biasiswa. *NOTA : PELAJAR DIWAJIBKAN MEMPUNYAI AKAUN BANK ISLAM sebelum datang mendaftar/jika pelajar masih tidak

cukup umur untuk membuka AKAUN BANK ISLAM, perlulah ada sokongan daripada ibubapa (maklumat lanjut pembukaan AKAUN BANK ISLAM bolehlah rujuk laman web ini https://www.bankislam.com.my/) .

2. Lengkapkan Dokumen Perjanjian Program Asasi IPTA ; (Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA) Kementerian Pendidikan

Tinggi yang dimuat turun daripada portal berikut : https://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/. *PERINGATAN : Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian yang disediakan di laman web

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Pengerusi JKK /Ketua Kampung/Pengerusi JKK/ Wakil Rakyat/Pegawai Daerah

Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri/Cawangan

Page 11: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

11

3. Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

a) Jadual Yuran Pengajian Program Asasi Sains, 2 Semester, sesi 2017/2018 :

STRUKTUR YURAN PENGAJIAN PROGRAM ASASI SAINS, PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BIL. YURAN TIDAK BERULANG AMAUN (RM)

1 Wang Hemat Diri 378.00

2 Insuran Kolompok Pelajar 25.00

Jumlah 403.00

BIL. YURAN SEMESTER AMAUN (RM)

1 Yuran Pengajian 675.00

2 Yuran Asrama 336.00

JUMLAH 1011.00

JUMLAH KESELURUHAN 1414.00

b) Jadual keseluruhan mengikut yuran semester:

Caj Yuran Amaun (RM)

Jumlah Yuran Semester 1 1414.00

Jumlah Yuran Semester 2 1011.00

Jumlah Keseluruhan 2,425.00

c) Jadual Buku untuk 2 semester

Buku Teks/Kursus Amaun (RM)

1. Fizik 2. Kimia 3. Biologi 4. Matematik 5. Bahasa Inggeris 6. Lab Manuals

520.00

PERINGATAN : Bayaran buku teks MESTI dijelaskan pada hari pendaftaran iaitu pada 24 Mei 2017

d) Pelajar Pusat Persediaan Sains dan Teknologi perlu memohon bantuan kewangan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi

e) KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR

Kaedah bayaran di Bank Islam Malaysia Berhad melalui: i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di mana-mana cawangan Bank

Islam di seluruh Malaysia. ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.

iii. Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.

Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui: i. Perkhidmatan FPX (Financial Process eXpress) bagi pemegang akaun Bank Islam, Maybank, CIMB, RHB,

Public Bank & Hong Leong Bank. ii. Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari sahaja.

iii. Menggunakan Cek dan Deraf Bank (pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dalam Ringgit Malaysia) menggunakan bank tempatan di dalam Malaysia sahaja.

f) AKAUN BANK ISLAM

Pembukaan akaun di Bank Islam semasa hari pendaftaran adalah PERCUMA. Pelajar boleh membuka akaun tanpa deposit.

Pelajar DIGALAKKAN membuka akaun di Bank Islam bagi tujuan memudahkan pembayaran yuran pengajian melalui kaedah:

i. Pindahan Wang dan bayaran Bil Pelajar melalui ATM (Automatic Teller Machine) ii. Pindahan Wang melalui Perbankan Internet

Page 12: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

12

Pelajar yang telah membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad atau di lain-lain bank WAJIB mengemaskini maklumat akaun bank dalam e-Daftar dengan memberikan NOMBOR AKAUN dan juga NAMA BANK bagi memudahkan sebarang urusan bayaran pemulangan kepada pelajar sepanjang berada di university.

4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta dengan tanggungan sendiri sebelum mendaftar sebagai pelajar UMS. Mereka yang menjalani pemeriksaan di hospital/klinik swasta dikehendaki mendapatkan pengesahan dari mana-mana hospital kerajaan. Sekiranya tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan, anda dibenarkan membuat pemeriksaan tersebut dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh pendaftaran.

5. Penyediaan Gambar

Anda diminta menyediakan lima (5) keping gambar berukuran pasport sebagai persediaan membuat permohonan yang berkaitan. Sila sediakan softcopy gambar yang terbaru dalam bentuk "CD" (format jpg).

6. Keperluan Peribadi

Persiapan Keperluan Peribadi Siswa/Siswi adalah seperti berikut:

Kasut Hitam dan T-shirt putih (wajib bagi keperluan siswa) dan tudung hitam (wajib bagi keperluan siswa) dan pakaian sukan

Kemeja putih, seluar hitam dan tali leher (untuk siswa)

Baju kurung putih, kain hitam dan tudung hitam @ blouse putih dan skirt labuh hitam (untuk siswi)

Kelengkapan solat/sejadah Nota : Segala keperluan harian boleh didapati di Koperasi UMS atau kedai yang berhampiran dengan Kampus UMS.

Page 13: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

13

Page 14: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

14

1. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR. Dokumen Asal Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen asal seperti berikut:

4. UMS/AKAD 01 Borang Pengesahan Penerimaan/Penolakan Tawaran 5. Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa 6. Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa 7. Sijil SPM 8. Sijil Berhenti Sekolah 9. Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa 10. Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport) 11. UMS/HEP/01 Ikrar 12. UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar yang lengkap (*Sekeping gambar perlu disertakan) 13. UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan 14. UMS/HEP/04 Akujanji Etika Berpakaian 15. PUMS/01 Borang Pendaftaran Keahlian Perpustakaan (*Sekeping gambar perlu disertakan) 16. Buku bank BANK ISLAM (pelajar) 17. Dokumen Perjanjian Program Asasi IPTA ; (Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA yang layak) Kementerian Pendidikan Tinggi

Nota:

Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.

Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara. Dokumen Salinan Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen salinan seperti berikut:

1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa 2. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa 3. Salinan Sijil SPM 4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah 5. Salinan Slip Gaji/Akaun Pendapatan ibu dan bapa 6. Surat Tawaran ( Salinan Online ) 7. Salinan muka depan buku akaun BANK ISLAM (pelajar) 8. Slip gaji ibu bapa/penjaga yang terkini 9. Salinan penyata cukai ibu/bapa/penjaga 10. Surat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat

berkaitan dengan (bagi ibu bapa/penjaga yang tidak bekerja); Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa/penjaga Nota :

Perkara 3 hingga 10 dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat

2. SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN SEPANJANG SESI PENGAJIAN

a) Pelajar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan kerana pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa/i Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.

b) Pelajar dilarang BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan MENJOLOK MATA seperti berikut:

Berselipar

Berskirt atau berseluar pendek di atas paras lutut

Berbaju T tanpa kolar

Berbaju tanpa lengan

Berseluar terlalu ketat

Berpakaian nipis

SEMASA HARI PENDAFTARAN

Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri/Cawangan

Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Pengerusi JKK /Ketua Kampung/Pengerusi JKK/ Wakil Rakyat/Pegawai Daerah

Page 15: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

15

(c) Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) TIDAK DIBENARKAN kerana menyukarkan pihak berkuasa

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi dan Universiti mengenali pelajar.

(d) Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan pakaian yang dikuatkuasakan.

ETIKA PAKAIAN PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS:- Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar jeans untuk ke kuliah, perpustakaan dan semasa berurusan di pejabat. Amalkan berpakaian kemas dan sopan di semua aktiviti rasmi dalam kampus (baju kemeja biasa, baju T berkolar, berkasut, berseluar panjang,berskirt panjang di bawah paras lutut) terutamanya di khalayak ramai seperti di dewan kuliah, perpustakaan, pejabat dan dewan makan. Pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher pada hari Isnin, Rabu, Khamis dan semasa menghadiri majlis rasmi.

PELAJAR DIKEHENDAKI MEMATUHI ETIKA PAKAIAN DAN RAMBUT SUPAYA KELIHATAN KEMAS DAN BERSOPAN SEPERTI BERIKUT:

KERJASAMA ANDA DALAM MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN UMS ADALAH DIHARGAI

Page 16: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

16

Page 17: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

17

PROGRAM MINGGU SUAI MESRA (MSM) Semua pelajar baru DIWAJIBKAN mengikuti program MSM yang bermula pada tarikh pendaftaran.Sebarang urusan peribadi perlu dilakukan sebelum atau selepas MSM. Bagi memastikan semua pelajar baru dapat mengikuti MSM tanpa sebarang gangguan, ibu/bapa/penjaga ”TIDAK DIBENARKAN” untuk berjumpa atau melawat anak kecuali jika berlaku kecemasan. PAKAIAN MINGGU SUAI MESRA

Lelaki : Perlu membawa sekurang-kurangnya 2 pasang kemeja berlengan panjang formal, tali leher, t-shirt putih berkolar, kasut hitam, 2

pasang seluar berwarna gelap (hitam/biru) dan 2 pasang seluar panjang untuk sukan (track bottom). Pelajar yang beragama Islam diminta membawa pakaian kebangsaan/baju Melayu serta songkok hitam.

Perempuan : Perlu membawa sekurang-kurangnya 2 pasang baju kurung, kasut hitam, 2 pasang seluar panjang untuk sukan yang berwarna

gelap, baju kemeja T lengan panjang tebal yang berwarna gelap. Pelajar yang beragama Islam diminta membawa sekurang-kurangnya 1 tudung hitam.

Selain dari pakaian rasmi Minggu Suai Mesra di atas, pelajar perlu membawa pakaian dan keperluan harian yang lain termasuk cadar, sarung bantal, keperluan peribadi dan sebagainya.

SELEPAS PENDAFTARAN

Page 18: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

18

Page 19: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

19

1. Membuat Pemeriksaan Kesihatan di klinik kerajaan/swasta

2. Penyediaan gambar pasport sebanyak 12 keping dan sediakan softcopy gambar terbaru dalam

bentuk ″CD” (format jpg).

3 Keperluan Peribadi seperti keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, sarung bantal, cadar, kasut

dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat/sejadah dan sebagainya.

Dokumen Asal Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki mengemukakan dokumen asal seperti berikut: 1. Surat Tawaran ( diberi pada hari pendaftaran )

2. Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa

3. Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa

4. Sijil SPM

5. Sijil Berhenti Sekolah

6. Salinan Slip Gaji/Akaun Pendapatan ibu dan bapa

Nota:

Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf

Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara Sila masukkan semua dokumen ini dalam fail pelajar mengikut susunan dan serah di Kaunter Serahan Borang/Dokumen 1. UMS/AKAD 01 Borang Pengesahan Penerimaan/Penolakan Tawaran

2. Surat Tawaran (diberi pada hari pendaftaran)

3. Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)

Satu Salinan dokumen dan sijil-sijil di bawah yang telah disahkan benar;

4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa

5. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa

6. Salinan Sijil SPM

7. Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa

8. Salinan Berhenti Sekolah

9. Salinan muka depan Buku akaun bank BANK ISLAM

10. PUMS/01 Borang Pendaftaran Keahlian Perpustakaan

11. UMS/HEP/01 Ikrar

12. UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar (*Sekeping gambar perlu disertakan)

13. UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan

14. UMS/HEP/04 Akujanji Etika Berpakaian

15. Dokumen Perjanjian Program Asasi IPTA ; (Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA yang layak)

Kementerian Pendidikan Tinggi

SENARAI SEMAKAN SEBELUM PENDAFTARAN

SENARAI SEMAKAN SEMASA PENDAFTARAN

Page 20: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

20

Nota: Pengesahan benar bagi kad pengenalan, Sijil kelahiran dan siji-sijil lain adalah sepertimana yang dinyatakan sebelum ini

Page 21: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

21

MAKLUMAT SEMASA KETIBAAN 1. Menggunakan Perkhidmatan Udarat/Darat

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 1;

Kaunter perkhidmatan bas disediakan untuk pelajar baru. (Rujuk pada senarai borang. Wajib emel bagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan UMS)

Bas UMS akan berada di terminal mengikut waktu ketibaan semasa yang telah ditetapkan (Rujuk : http://www.ums.edu.my/ppst)

Bas UMS akan membawa pelajar terus ke Bangunan Baru, PPST, UMS sahaja sepertimana yang ditetapkan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.

Perkhidmatan bas hanya disediakan pada 24 Mei 2017 SAHAJA (RABU).

Perkhidmatan bas akan disediakan bermula jam 8.30 pagi sehingga 3.00 petang pada 24 Mei 2017 (Rabu).

Nota Penting : Sila pastikan dokumen penting anda tidak tertinggal/tercicir sebelum atau semasa berada di Universiti Malaysia Sabah bagi mengelakkan kerumitan semasa proses pendaftaran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.

* sila rujuk laman web http://www.ums.edu.my/ppst untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini bagi proses pendaftaran dan minggu suai mesra seperti butiran berikut :

TARIKH TEMPAT PERKARA

24 Mei 2017 (Rabu)

8.30am-4.30pm

Pendaftaran Kolej Kediaman

Pelajar-Pelajar Baharu (Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)

UMS

Pendaftaran Kemasukan

24 Mei 2017 (Rabu)

8.30am-4.30pm

BT1-BT5

(Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)-

ANNAXE, UMS

Pendaftaran Program

25 Mei 2017 hingga 27 Mei

2017 (bermula pukul 8.30pagi

hingga 10.00malam) (Rabu-Sabtu)

BT1-BT5

(Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST),

UMS

Minggu Suai Mesra (MSM)

Pelajar dikehendaki melaporkan diri pada hari, masa dan tempat yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Semasa melapor diri pelajar dikehendaki mengambil tindakan berikut:

Membuat Pendaftaran di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. Peta lokasi disertakan Mendapatkan aturcara, pakaian dan kelengkapan Minggu Suai Mesra Menyerahkan maklumat dan borang-borang yang telah diisikan seperti yang dikehendaki

Pelajar tidak digalakkan membawa atau menyimpan wang tunai yang berlebihan semasa mendaftar diri. Sila buka akaun di mana-mana bank yang berdekatan. Diwajibkan membuka akaun di BANK ISLAM sebelum hari pendaftaran berlangsung. Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara, kaunter Universiti Malaysia Sabah disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, bagi mengatur pengangkutan ke kampus. (Sila rujuk lampiran maklumat semasa ketibaan http://www.ums.edu.my/ppst ). Bagi pelajar lelaki diwajibkan memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher dan pelajar perempuan berbaju kurung/formal.

UMUM

Page 22: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

22

Page 23: AMARAN - UMS - HOME · Induksi Perpustakaan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM . 5 PERKHIDMATAN ICT ... 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) Borang boleh didapati di Perkhidmatan Instalasi

23

S1: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku BANK ISLAM? J1: Ya, bagi tujuan memudahkan proses mengemaskini data akaun pelajar dalam portal sistem maklumat pelajar (SMP).

S2: Adakah saya perlu membayar yuran pendaftaran dan pengajian semasa hari pendaftaran? J2: Tidak perlu. Semua pelajar asasi sains akan diberikan tajaan biasiswa dan tiada yuran dikenakan semasa hari pendaftaran S3: Bolehkah saya mendaftar jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan? J3: Tidak Boleh. S4: Apakah kesannya jika saya tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan? J4: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan munasabah dan mendapat kebenaran

daripada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran kemasukan terbatal. S5: Adakah Penangguhan Pendaftaran kemasukan ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS dibenarkan? J5: Penangguhan pendaftaran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS untuk satu semester tidak dibenarkan dan tawaran

kemasukan akan menjadi luput/ terbatal. Calon tidak dibenarkan melapor diri selain daripada tarikh tawaran yang ditetapkan, selain dari tarikh tersebut, perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah, Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.

S6: Saya menghidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus? J6: Ada, di kampus mempunyai Panel Klinik Kesihatan dengan diketuai oleh pegawai-pegawai perubatan dan jururawat terlatih. S7: Siapa yang layak mendapat kemudahan kolej kediaman? J7: Kolej Kediaman disediakan bagi pelajar yang mengikuti Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS tertakluk kepada syarat-syarat oleh

Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan pelajar DIWAJIBKAN tinggal di Kolej Kediaman yang disediakan. S8: Apa yang perlu saya bawa semasa pendaftaran? J8: Anda perlu membawa duit saku/wang pembayaran buku teks dan lab manual serta yuran muet seperti dalam jadual lampiran surat

tawaran dan wang yang berpatutan untuk membeli keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, bantal dan sarung bantal, cadar, kasut dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat/sejadah, baldi, sabun dan sebagainya.

S9: Jika saya lewat sampai semasa hari pendaftaran ke mana harus saya tuju? J9: Anda dinasihatkan supaya berhubung terus ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. S10: Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya datang untuk mendaftar? J10: Boleh. Anda diberi tempoh selama tiga (3) minggu dari tarikh pendaftaran. S11: Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari pendaftaran. Di manakah penginapan yang terdekat dengan UMS untuk

keluarga saya menginap? J11: Banyak penginapan yang terdekat dengan UMS di Bandaraya Kota Kinabalu. Sila rujuk laman web http://www.sabahtourism.com S12: Sebagai pelajar baru, bolehkah anak saya membawa kenderaan sendiri? J12: Tidak boleh.

S13: Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?

J13: Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika berpakaian pelajar. S14: Apakah yang dimaksudkan dengan MSM? J14: MSM ialah Minggu Suai Mesra yang diadakan untuk mengeratkan siratulrahim dan juga mengenali Pusat Persediaan Sains dan

Teknologi, UMS.

SOALAN-SOALAN LAZIM