amalina binti mustafa _d20041019186

Upload: wde-3001

Post on 10-Apr-2018

274 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    1/79

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    2/79

    2

    MAJALAH HIBORAN SEBAGAI SUARA MASYARAKAT

    1946-1958

    AMALINA BINTI MUSTAFA

    (D20041019186)

    LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT

    PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEJARAH):

    JABATAN SEJARAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

    JABATAN SEJARAH

    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    SESI 2007/2008

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    3/79

    3

    PENGAKUAN

    Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan, petikan dan rangkaian

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    ______________ ________

    Tarikh ( Amalina Binti Mustafa )D20041019186

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    4/79

    4

    PENGHARGAAN

    Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan restu-Nya saya dapatmenyiapkan Latihan Ilmiah ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasihdiucapkan kepada Cik Siti Zahrah Binti Mahfood pensyarah di Jabatan Sejarah, UniversitiPendidikan Sultan Idris selaku Penyelia Latihan Ilmiah ini yang banyak membantu sayadalam menyempurnakan latihan ilmiah ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Prof. Adnan

    Nawang Dekan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan serta pensyarah-pensyarah di JabatanSejarah atas dorongan dan bimbingan kepada saya dalam kajian ini.

    Selain itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan Arkib Negarayang banyak membantu dalam mendapatkan sumber-sumber asli dalam penyelidikan ini.Penghargaan juga diucapkan kepada kakitangan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan

    Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia di atasbantuan yang diberikan bagi mendapatkan bahan-bahan penyelidikan.

    Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada keluarga tercinta iaitu kedua ibubapa saya Mustafa Bin Khatib Mohammad dan Zawilah Binti Abd. Majid serta adik-beradikiaitu Adilah, Aminuddin, Nasruddin, Rodiah, Mohd Nurul Hadi dan Siti Nur Najmie yangsentiasa memberi dorongan serta sokongan dari segi kewangan kepada saya dalammenyiapkan latihan ilmiah. Sekali lagi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semuarakan-rakan yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam penyelidikanini.

    AMALINA BINTI MUSTAFADEPAN KILANG ASRAMA RAYA,JALAN JERANGAU 21810 AJIL,HULU TERENGGANU,TERENGGANU DARUL IMAN.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    5/79

    5

    ABSTRAK

    Majalah Hiboran merupakan sebuah majalah yang bercorak hiburan pada peringkat awalpenerbitannya. Namun begitu, di bawah pimpinan Harun Aminurrashid yang dikenali sebagaiseorang reformis membawa perubahan kepada majalah Hiboran. Majalah Hiboran tidakhanya memaparkan isu tentang hiburan semata-mata tetapi mula mengupas isu-isu berkaitansosial, ekonomi dan juga politik. Majalah Hiboran menyiarkan isu berkaitan sosial denganmemberi tumpuan kepada isu wanita-wanita Melayu. Selain, keadaan masyarakat Melayu di

    Negeri-Negeri Melayu (NNM). Isu-isu wanita yang dikupas oleh majalah Hiboran ialahseperti kehebatan wanita dan kemajuan wanita di mana terdapat sebilangan wanita yang

    berjaya di dalam lapangan politik seperti Dato Halimahton yang menjadi ahli Parlimenwanita yang pertama. Majalah ini juga membuat perbandingan kemajuan yang dicapai olehwanita di Barat sebagai satu kesedaran kepada golongan wanita di Tanah Melayu. Selain itu,isu perkahwinan juga dikupas oleh majalah Hiboran seperti kahwin paksa yang memberi

    kesan buruk kepada sosial masyarakat Melayu. Majalah Hiboran juga menyelar ibu-bapayang tidak mementingkan pendidikan terutama kepada anak perempuan. Sementara, dari segiisu ekonomi, majalah Hiboran mengkritik kemunduran orang Melayu dalam lapanganekonomi sedangkan bangsa lain terutama orang Cina mencapai kemajuan dan danmeninggalkan orang Melayu jauh di belakang. Selain itu, majalah Hiboran juga menjadi

    penyambung bagi membangkitkan semangat kebangsan orang Melayu untuk menentang pihakpenjajah untuk kemerdekaan tanah air.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    6/79

    6

    SENARAI KEPENDEKAN

    JMBRAS Journal of Malayan /Malaysian Branch, Royal Asiatic Society

    NNMB Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

    NNMTB Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu

    NNM Negeri-Negeri Melayu

    NNS Negeri-Negeri Selat

    Peny Penyusun

    Terj. Terjemahan

    SITC Sultan Idris Training School

    MPSI Maktab Perguruan Sultan Idris

    SP Surat Persendirian

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    7/79

    7

    ISI KANDUNGAN HALAMAN

    PENGAKUAN 3PENGHARGAAN 4ABSTRAK 5SENARAI KEPENDEKAN 6ISI KANDUNGAN 7-8SENARAI JADUAL 9SENARAI LAMPIRAN 10

    BAB SATU: PENGENALAN PENYELIDIKAN

    Pengenalan 11-12

    Objektif Kajian 12

    Tujuan Kajian 13

    Skop Kajian 13

    Kepentingan Kajian 13-18

    Permasalahan Kajian 19

    Kaedah Penulisan 20

    Ringkasan Bab-Bab 20-21

    BAB DUA : SEJARAH PERKEMBANGAN MAJALAH HIBORAN

    Pengenalan 22

    Latar Belakang MajalahHiboran 23-28

    Kandungan MajalahHiboran 28-30

    Latar Belakang Pengarang-Pengarang 30

    Mahmud Bin Ahmad 30-31

    Harun Aminurrashid 31-35

    Kesimpulan 36

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    8/79

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    9/79

    9

    Senarai Jadual Halaman

    Jadual 1: Jumlah Pengeluaran Surat Khabar dan Majalah 16-17Pada tahun 1946 Di Singapura

    Jadual 2: Kategori Majalah Melayu Selepas Perang 18

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    10/79

    10

    Senarai Lampiran

    Lampiran 1 : Muka depan majalah Hiboran yang menunjukkan muka

    depannya dipaparkan dengan gambar artis.

    Lampiran 2 : Muka depan majalah Hiboran yang memaparkan gambar tentangpendidikan di NNM.

    Lampiran 3 : Blue Book For The Year 1946 Colony of Singapore.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    11/79

    11

    BAB 1

    PENGENALAN PENYELIDIKAN

    Pengenalan

    Pengkaji akan melakukan pengkajian terhadap salah sebuah majalah yang diterbitkan selepas

    perang, iaitu majalahHiboran. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Januari 1946 yang

    diterbitkan oleh Syarikat Royal Press Ltd. bertempat di Singapura.1 Faktor yang

    membolehkan Singapura menjadi pusat penerbitan Melayu yang terpenting adalah kerana

    Singapura pada ketika itu menjadi pusat tumpuan penerbit dan pencetak dan kota itu juga

    menjadi pusat komunikasi yang maju. Justeru, selepas perang pertumbuhan majalah-majalah

    adalah sangat pesat. Pertumbuhan majalah-majalah selepas perang ini membuka peluang

    kepada para penulis dan pujangga untuk menyiarkan bahan-bahan penulisan, mengasah

    fikiran dan mencanai idea untuk dilontarkan kepada para pembaca apabila keamanan semakin

    pulih.2

    1 Hamedi Mohd. Adnan,Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, Kuala Lumpur : Penerbit UniversitiMalaya, 2000, hal. 248.2

    Hamedi Mohd. Adnan,Penerbitan Majalah Di Malaysia : Isu-Isu dan Cabaran, Selangor : KarismaPublications Sdn. Bhd, 2002, hal. 120.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    12/79

    12

    Majalah Hiboran menjadi pilihan pengkaji adalah kerana majalah ini adalah antara

    majalah yang mampu bertahan lama di pasaran berbanding akhbar-akhbar dan majalah-

    majalah lain yang hanya dapat bertahan selama 2-3 bulan sahaja. Selain itu, majalah Hiboran

    juga menarik minat pengkaji kerana majalah ini merupakan majalah jenis kesusasteraan dan

    artis-artis wanita dijadikan kulit muka depan majalah tetapi isi kandungannya bukan hanya

    membincangkan isu-isu hiburan malah menyelitkan isu- isu politik, ekonomi dan isu-isu

    masyarakat. Ia juga berperanan penting dalam memupuk dan mengembangkan bakat-bakat

    penulis muda selain, mengandungi cerita-cerita pendek, tinjauan, aneka warna, ruangan untuk

    wanita, riwayat hidup nabi, umum, halaman budaya, puisi, selain gambar artis-artis ternama.

    Majalah ini adalah sebuah majalah yang bertulisan jawi. Majalah ini diterbitkan secara

    bulanan pada awal penerbitannya dan setelah mendapat reaksi yang baik daripada pembaca

    ianya diterbitkan secara dwimingguan pada tahun 1947, seterusnya secara mingguan pada

    Julai 1948.

    Selain itu, pengkaji berminat untuk mengkaji mengenai majalahHiboran adalah untuk

    mengetahui mengapakah majalah ini diterbitkan dalam bentuk hiburan walaupun isi

    kandungannya banyak menyentuh mengenai keadaan politik, isu-isu masyarakat dan ekonomi

    masyarakat di Negeri-Negeri Melayu (NNM) pada ketika itu.

    Objektif Kajian

    Mengkaji isu-isu yang terdapat di dalam majalah Hiboran, iaitu dari segi isu masyarakat,

    peranannya dari segi politik dan ekonomi. Selain itu, penulis juga ingin mengkaji kerelevenan

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    13/79

    13

    majalah ini turut menyelitkan isu-isu politik walaupun ianya adalah sebuah majalah yang pada

    peringkat awalnya banyak menyiarkan cerita-cerita berbentuk hiburan.

    Tujuan Kajian

    Tujuan penyelidik melakukan pengkajian terhadap majalah Hiboran ialah untuk mengkaji

    latar belakang sejarah majalah Hiboran. Pengkaji juga ingin mengetahui tentang latar

    belakang pengarang-pengarang yang terlibat di dalam penerbitan majalah Hiboran. Selain itu

    juga, pengkaji ingin mengkaji isu-isu yang dikupas oleh majalahHiboran, iaitu dari segi isu

    politik, ekonomi, dan juga sosial.

    Skop Kajian

    Ruang lingkup pengkajian pengkaji terhadap majalah Hiboran mencakupi dari awal

    penerbitannya pada tahun 1946 hingga majalah ini diberhentikan pada tahun 1958. Majalah

    Hiboran diterbitkan pada tahun 1946 kerana pada tahun-tahun selepas perang begitu banyak

    majalah-majalah berbentuk hiburan dikeluarkan bagi memberi hiburan ringan kepada

    masyarakat yang baru sahaja melalui satu fasa yang amat kritikal dalam hidup mereka, iaitu

    perang.

    Kepentingan Kajian

    Kajian tentang akhbar-akhbar dan majalah banyak dilakukan oleh para pengkaji. Namun

    begitu, menurut analisa yang dilakukan oleh pengkaji hanya terdapat seorang sahaja yang

    melakukan pengkajian terhadap majalah Hiboran. Pengkaji tersebut ialah Mustafa Kamal

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    14/79

    14

    Mohd Yunus di dalam Latihan Ilmiahnya yang bertajukPerkembangan Penerbitan Majalah

    Di Singapura 1945-1957 : Satu Kajian Khusus Kepada Majalah-MajalahHiburan.3 Selain

    itu, melalui pengkajian terhadap majalah ini juga akan membuktikan bahawa terdapatnya

    aspek-aspek lain disentuh seperti aspek ekonomi dan juga sosial di dalam majalah Hiboran.

    Oleh itu, pengkaji memerlukan buku-buku lain yang menjelaskan tentang akhbar dan majalah

    bagi memperlengkapkan lagi kajian pengkaji.

    Pengkaji akan menjadikan buku yang bertajuk Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai

    Sumber Sejarah4 hasil tulisan oleh Khoo Kay Kim sebagai rujukan pengkaji. Buku ini

    menerangkan mengenai peranan akhbar sebagai sumber sejarah di mana akhbar- akhbar ini

    menjadi medan untuk memperjuangkan kepentingan kaum-kaum yang terdapat di NNM.

    Buku ini juga menyentuh mengenai semangat nasionalisme orang Melayu terpengaruh

    daripada Asia Barat yang dibawa melalui berita-berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar.

    Selain itu, turut disentuh mengenai akhbar-akhbar yang memainkan peranan dalam

    memperjuangkan hak-hak kaum wanita. Kebanyakan akhbar dan majalah yang disentuh oleh

    Khoo Kay Kim dalam buku ini adalah akhbar yang diterbit sebelum merdeka yang

    menyalurkan pandangan mengenai kedudukan masyarakat yang tertindas dari segi politik dan

    ekonomi terutama kepada orang Melayu. Buku ini dapat membantu pengkaji untuk mengupas

    peranan yang dimainkan oleh akhbar dan majalah dalam bidang politik dan ekonomi.

    3 Mustafa Kamal Mohd Yunus, Perkembangan Penerbitan Majalah Di Singapura 1945-1957 : Satu KajianKhusus Kepada Majalah-MajalahHiburan, Tesis Sarjana Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi :

    Selangor, 1984.4

    Khoo Kay Kim, Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai Sumber Sejarah, Kuala Lumpur : PerpustakaanUniversiti Malaya, 1984.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    15/79

    15

    Sementara itu, bukuA Biography of Malaysian Writers5yang ditulis oleh Nor Azizah

    Abu Bakar et.al yang menyentuh berkenaan penulis-penulis yang terdapat di Malaysia dapat

    digunakan oleh penyelidik dalam melakukan kajian terhadap latar belakang pengarang-

    pengarang majalahHiboran. Di antara tokoh-tokoh penulis yang terdapat di dalam buku ini

    ialah Harun Bin Mohd Amin @ Harun Aminurrashid. Beliau merupakan salah seorang ketua

    pengarang yang menulis di dalam majalahHiboran antara tahun 1950-1958. Selain itu, buku

    ini juga menyentuh mengenai Mahmud Bin Ahmad @ Wiwaha yang juga merupakan

    pengarang majalahHiboran. Buku ini membolehkan pengkaji mengetahui latar belakang

    penulis-penulis majalahHiboran, karya hasil tulisan mereka serta sumbangan yang dilakukan

    dalam bidang penulisan.

    Selain itu, pengkaji juga menggunakan buku yang bertajuk Penerbitan Majalah Di

    Malaysia : Isu-Isu dan Cabaran6

    yang di tulis oleh Hamedi Mohd. Adnan yang mengulas

    mengenai akhbar dan majalah dari zaman sebelum perang sehingga kini. Buku ini turut

    menyatakan taburan majalah Melayu selepas perang, iaitu sebanyak 145 buah majalah

    diterbitkan dalam tempoh lebih kurang 12 tahun. Sementara itu, Singapura dijadikan lokasi

    penerbitan Melayu kerana kota ini mempunyai infrastruktur budaya, ekonomi, politik dan

    intelektual yang mampu menyuburkan majalah-majalah Melayu. Terdapat sebanyak 64 buah

    majalah yang diterbitkan di sini yang kebanyakan diterbitkan oleh penerbit swasta, khususnya

    tokoh penulis yang terkenal, iaitu Harun Aminurrashid. Buku ini dapat membantu pengkaji

    mengetahui penulis-penulis majalah selepas perang yang terlibat dalam majalah Hiboran,

    selain itu, pengkaji juga dapat mengetahui jenis majalah yang paling popular selepas perang

    kerana buku ini menyatakan bahawa majalah-majalah berbentuk hiburan dapat menarik minat

    pembaca. Hal ini bertepatan dengan objektif kajian pengkaji untuk mengkaji sama ada

    5 Nor Azizah Abu Bakar, (Terj) et.al, A Biography of Malaysian Writers, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa DanPustaka, 1985.6 Hamedi Mohd. Adnan,Penerbitan Majalah Di Malaysia : Isu-Isu dan Cabaran.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    16/79

    16

    majalah Hiboran hanya menyelitkan aspek hiburan semata-mata kepada para pembacanya

    ataupun sebaliknya.

    Buku Direktori Majalah-Majalah Melayu7

    yang juga ditulis oleh Hamedi Mohd.

    Adnan menerangkan mengenai penerbitan akhbar yang terawal antara Januari 1900 sehingga

    merdeka, iaitu bermula daripada akhbar Khizanah Al-Ulum sehinggalah kepada majalah

    terakhir sekali sebelum merdeka, iaitu majalah Wartawan. Buku ini memberi penerangan

    yang jelas mengenai jenis, tarikh, tempat, moto, penerbit, dan pengarang semua majalah yang

    diterbitkan di NNM. Melalui buku ini pengkaji dapat mengetahui dengan sejelasnya mengenai

    keseluruhan berkenaan majalah Hiboran. Hal ini kerana buku ini ada menyentuh tentang

    majalahHiboran, iaitu majalahHiboran merupakan sebuah majalah jenis kesusasteraan yang

    diterbitkan pada Januari 1946, di mana kandungannya berkisar mengenai cerita- cerita, syair-

    syair dan pengetahuan umum. Selain itu, buku ini juga menyentuh mengenai penerbit, ketua

    penerbit dan pengarang-pengarang yang terlibat dalam majalahHiboran. Ini dapat membantu

    pengkaji dalam pengkajian terutama tentang latar belakang majalah ini dan juga pengarang-

    pengarang yang terlibat di dalam majalah ini.

    Sementara itu, melalui bukuNasionalisme Melayu8 yang ditulis oleh William R. Roff,

    melaluinya pengkaji dapat mengetahui bahawa akhbar pertama sekali diterbitkan di NNM

    adalah akhbarJawi Peranakan. Selain itu, buku ini turut menyentuh berkenaan peranan yang

    dimainkan oleh akhbar-akhbar anak negeri seperti Al- Imam, Neracha, Lembaga, Utusan

    Melayu, Warta Malaya dan juga Idaran Zaman dalam memberi kesedaran kepada masyarakat

    yang mundur dari pelbagai segi. Kesedaran itu cuba dicetuskan oleh akhbar-akhbar melalui

    rencana-rencana yang dipaparkan. Selain itu, Pengaruh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)

    7Hamedi Mohd. Adnan,Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka.8

    William R. Roff,Nasionalisme Melayu, (Terj.) Ahmad Boestamam, Kuala Lumpur : Penerbit UniversitiMalaya, 2003.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    17/79

    17

    turut dibincangkan di dalam buku ini, maktab ini banyak melahirkan tokoh-tokoh penulis

    yang terkenal dan salah seorangnya adalah Harun Aminurrashid yang menjadi penerbit

    majalah Hiboran. Pengkajian terhadap buku ini membolehkan pengkaji mengetahui bahawa

    bukan hanya buku serta majalah yang memaparkan berita-berita berkenaan kesedaran orang

    Melayu tetapi majalah berbentuk hiburan khasnya majalah Hiboran juga menyelitkan

    semangat kebangsaan orang Melayu.

    Sementara itu, buku Nasionalisme Melayu yang ditulis oleh William R. Roff juga

    lebih memfokuskan kepada akhbar-akhbar dan majalah-majalah yang diterbitkan sebelum

    perang. Antara akhbar tersebut ialahAl- Imam, Neracha, Lembaga, Utusan Melayu, Warta

    Malaya dan juga Idaran Zaman. Penyelidikan ke atas buku ini lebih memfokuskan kepada

    akhbar yang terawal di NNM dan bagaimana perkembangannya sehinggalah memasuki fasa

    selepas perang, iaitu akhbar Jawi Peranakan yang menjadi tempat untuk menyebar

    propaganda melawan penjajah.

    Sementara itu, buku Sejarah Surat- Surat Khabar Melayu9 oleh William R. Roff pula

    berkisar mengenai penerbitan akhbar Melayu yang berperanan sebagai penyebar buah fikiran,

    berita-berita dan isu-isu yang berlaku di dalam dan di luar negara. Buku ini sama dengan buku

    Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia10 yang ditulis oleh Azmah Abdul Manaf berkisar

    mengenai akhbar dan majalah di awal kemunculannya dan idea- idea yang disampaikan oleh

    akhbar dan majalah di NNM. Sementara itu, William R. Roff juga menyentuh mengenai

    akhbar pertama berbahasa Melayu, iaitu Jawi Peranakan yang memberi sumbangan kepada

    pertumbuhan akhbar-akhbar dan majalah selepasnya. Selain itu, akhbar-akhbar di Sabah dan

    Sarawak turut dikaji dalam buku ini. Buku ini memberi tumpuan kepada akhbarAl- Imam

    9 William R. Roff, Sejarah Surat- Surat Khabar Melayu,Pulau Pinang : Saudara Sinaran Berhad, 1967.10

    Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd, 2001.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    18/79

    18

    yang banyak menyentuh mengenai kemunduran orang Melayu dan memberi peringatan untuk

    bangkit menentang penindasan yang dilakukan ke atas mereka. Justeru itu, pengkaji dapat

    menjadikan ianya sebagai sumber rujukan dalam pengkajian terutama isu-isu sosial adakah

    sama seperti yang disiarkan oleh majalahHiboran. Buku ini juga menyatakan bahawa akhbar-

    akhbar pada zaman sebelum perang banyak menyentuh mengenai kemunduran orang Melayu

    dan masalah yang melanda kaum lain dan terus berterusan disuarakan oleh majalah-majalah

    selepas perang.

    BukuDilema Melayu11

    pula menyentuh mengenai kedudukan ekonomi orang Melayu

    dan mereka terpaksa bersaing dengan orang Cina untuk merebut kuasa ekonomi. Buku ini

    ditulis oleh Mahathir Mohamad, (Terj.) Ibrahim Bin Saad. Buku ini juga sama dengan buku

    Orang Melayu : Masalah dan Masa Depannya12

    yang ditulis oleh S. Husin Ali. BukuDilema

    Melayu membincangkan ekonomi orang Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka

    lagi sehingga kini. Walaupun orang Melayu sudah merasakan mereka maju namun,

    sebenarnya mereka ditinggalkan jauh di belakang oleh orang Cina. Buku ini dapat membantu

    pengkaji mengetahui sebab kemunduran orang Melayu, serta hak-hak yang sering dituntut

    oleh orang Cina. Hal ini kerana berita-berita kemunduran orang Melayu banyak disentuh oleh

    majalah Hiboran. Buku ini juga menyatakan kadar ekonomi kaum-kaum lain. Hal ini

    membolehkan pengkaji mengkaji keadaan ekonomi kaum-kaum lain berbanding dengan orang

    Melayu.

    11 Mahathir Mohamad, (Terj.) Ibrahim bin Saad,Dilema Melayu, Kuala Lumpur : Federal Publications, 1982.12

    S. Husin Ali, Orang Melayu : Masalah dan Masa Depannya, Kuala Lumpur : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd,1979.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    19/79

    19

    Permasalahan Kajian

    Penyelidikan berkenaan majalah berbentuk hiburan sebelum ini dikaji secara umum,

    contohnya Mustafa Kamal Mohd Yunus di dalam Latihan Ilmiahnya yang bertajuk

    Perkembangan Penerbitan Majalah Di Singapura 1945-1957 : Satu Kajian Khusus Kepada

    Majalah-MajalahHiburan lebih memfokuskan kepada 3 majalah hiburan iaitu, majalah

    Filem, majalahRemaja serta majalah Hiboran. Pengkajian beliau terhadap ketiga-tiga majalah

    ini terlalu umum dan hanya menyentuh sedikit berkenaan politik dan ekonomi masyarakat

    Melayu. Hal ini berbeza dengan pengkaji yang ingin mengkaji secara terperinci berkenaan

    majalah Hiboran dari segi latar belakang pengarangnya serta isi kandungannya yang

    mengandungi aspek politik, ekonomi dan juga sosial.

    Selain itu, majalah Hiboran merupakan sebuah majalah berbentuk hiburan namun,

    terselit juga isi kandungan yang serius seperti berita-berita politik serta permasalahan sosial

    yang sedang melanda NNM ketika itu. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengkaji sebab

    pengarang-pengarangnya mengambil langkah sedemikian. Isi kandungan majalah ini juga

    berbeza dengan majalah dan akhbar-akhbar lain. Selain itu, berita-berita yang dimuatkan lebih

    memberatkan kepada negara Indonesia, oleh itu pengkaji ingin mengetahui apakah tujuan

    sebenarnya majalah ini lebih memberi tumpuan kepada Indonesia. Selain itu, adakah isu-isu

    yang dipaparkan oleh majalahHiboran berkenaan masalah masyarakat dan masalah ekonomi

    dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    20/79

    20

    Kaedah Penulisan

    Pengkaji akan menggunakan kaedah penulisan yang pelbagai untuk menjadikan kajian lebih

    menarik dan bersepadu. Kaedah naratif, iaitu kaedah penceritaan dan deskriptif (huraian) akan

    digunakan untuk menceritakan latar belakang penulis-penulis yang terlibat di dalam majalah

    Hiboran dan akan ditulis mengikut kronologi. Ini kerana pengkaji ingin memperlihatkan

    bahawa penulis-penulis yang terlibat dalam penerbitan majalah ini adalah tokoh yang

    berwibawa khususnya Harun Aminurrashid walaupun majalah ini berbentuk hiburan. Kaedah

    deskriptif digunakan oleh pengkaji kerana kaedah ini dapat menghuraikan sesuatu maklumat

    yang penting dengan teliti dan terperinci. Kaedah analitikal digunakan untuk menjawab segala

    isu yang telah dikenalpasti sebagai permasalahan dalam kajian terutama bagi menjawab

    persoalan mengenai majalah ini. Pengkaji akan membaca banyak bahan dari sumber primer

    dan sumber sekunder untuk menjawab segala tujuan dalam pengkajian pengkaji.

    Ringkasan Bab-Bab

    Kajian ini mengandungi lima bab. Bab pertama kajian lebih terarah kepada pengenalan

    kepada penyelidikan pengkaji, objektif kajian, tujuan kajian, skop kajian, kepentingan kajian,

    permasalahan kajian, kaedah penulisan dan juga ringkasan bab-bab yang terdapat di dalam

    pengkajian pengkaji

    Sementara itu, bab kedua akan memfokus kepada latar belakang majalah Hiboran.

    Pengkajian terhadap latar belakang majalah ini akan dilakukan secara menyeluruh. Pengkajian

    pengkaji bermula dengan sejarah awal penerbitan majalah Hiboran, isi kandungan dan juga

    pengarang-pengarang yang terlibat dalam majalah ini.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    21/79

    21

    Bab ketiga pula, akan mengkaji tentang isu-isu masyarakat yang terdapat dalam

    majalah Hiboran yang mana ia banyak menyiarkan berita-berita, rencana, cerita-cerita

    terjemahan dan kritikan sosial dengan meluas. Contoh Isu-isu masyarakat yang disentuh

    adalah seperti perkahwinan orang Melayu, iaitu Kahwin Muda -Kahwin Tua, Isu Janda-

    Janda dan Anak-Anak Dara Tua,Isu Pelacuran dan kahwin paksa. Isu yang berkaitan sosial

    bukan hanya berfokus kepada isu yang berkaitan dengan golongan wanita tetapi terdapat juga

    isu lain seperti isu pendidikan.

    Bab keempat pula, perbincangan berfokus kepada peranan yang dimainkan oleh

    majalah Hiboran dalam mengupas isu-isu berkaitan politik. Isu politik yang disiarkan ialah

    berkenaan semangat kebangsaan sepanjang NNM berada di bawah penjajah. Selain itu, di

    dalam bab ini juga pengkaji akan mengkaji kemunduran orang Melayu dari aspek ekonomi.

    Bahagian akhir, iaitu bab kelima yang merupakan kesimpulan keseluruhan tentang

    bab-bab sebelumnya. Di dalam bab ini pengkaji akan menyimpulkan bahawa majalah

    Hiboran pada peringkat awalnya membawa hiburan kepada pembacanya. Namun, selepas

    diterajui oleh Harun Aminurrashid majalah ini mula mengupas isu-isu berkaitan masalah

    politik, ekonomi dan sosial khusus kepada masyarakat Melayu.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    22/79

    22

    BAB 2

    SEJARAH PERKEMBANGAN MAJALAH HIBORAN.

    Pengenalan

    Bab ini akan membincangkan latar belakang majalah Hiboran sejak dari awal penerbitannya

    pada tahun 1946 sehingga majalah ini ditamatkan pada 1958. Di samping itu, bab ini juga

    akan memfokuskan juga kepada pengarang-pengarang13

    yang terlibat di dalam penerbitan

    majalah Hiboran. Pengarang-pengarang majalah ini yang utama ialah Mahmud Ahmad, dan

    Harun B. Mohd Amin (Harun Aminurrashid), pemikiran mereka jelas mempengaruhi aliran

    majalah ini. Terutama Harun Aminurrashid yang mempunyai latar belakang politik yang amat

    kuat. Pengaruhnya jelas mempengaruhi penerbitan majalahHiboran setelah beliau mengambil

    alih sidang pengarang majalah ini daripada Mahmud Ahmad.

    13 Pengarang pertama yang menerajui majalah ini ialah Mahmud Ahmad @ Wiwaha dari Januari hingga April1946, kemudian jawatan ini disandang oleh M. Yusof Lana @ Yuzila dari Mei hingga September 1946.Kemudian pada bulan Oktober 1946 hingga Ogos 1950 ia diambil alih oleh Harun Aminurrashid. Selepas itu,majalah ini terus bertukar tangan kepada Abdul Jalil Hj. Nor dari bulan September 1950 hingga September 1958,di mana pada tahun tersebut majalah ini telah dihentikan penerbitannya. Lihat : Hamedi Mohd. Adnan, DirektoriMajalah-Majalah Sebelum Merdeka, hal. 299.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    23/79

    23

    Latar Belakang MajalahHiboran

    Sejarah perkembangan surat khabar dan majalah di NNM dimulai oleh akhbar Jawi

    Peranakan14

    . Akhbar Jawi Peranakan terbit pada zaman sebelum perang (Perang Dunia

    Pertama). Selepas perang (Perang Dunia Kedua) penerbitan majalah-majalah yang berbentuk

    hiburan mula laris di pasaran. Salah satu majalah yang manyajikan rencana-rencana berbentuk

    hiburan adalah majalah Hiboran. Perkembangan awal penerbitan majalah-majalah Melayu di

    NNM di dorong oleh dua faktor, iaitu eksploitasi terhadap agama dan perjuangan bersifat

    kebangsaan.15

    Majalah Hiboran termasuk di dalam kategori kedua yang bersifat kebangsaan

    selain menyiarkan isu-isu hiburan. Persoalan tentang agama merupakan teras dalam

    perjuangan majalah-majalah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Hanya pada dekad 30-an,

    baru muncul persoalan-persoalan selain dari isu agama antaranya berhubung dengan semangat

    kebangsaan dan kesusasteraan. Majoriti majalah mempunyai matlamat untuk memberi

    kesedaran, pengetahuan, dan didikan kepada orang Melayu supaya sedar akan semangat

    kebangsaan mereka dan hak mereka di tanah air sendiri.

    Majalah Hiboran adalah sebuah majalah yang berbentuk hiburan kerana

    mengandungi cerita-cerita rakyat, syair-syair dan ilmu pengetahuan. Tujuan ia diterbitkan

    adalah untuk memberi hiburan ringan kepada pembaca. Seperti kata pengarang majalah

    Hiboran di awal penerbitannya.

    14 AkhbarJawi Peranakan diterbitkan di Singapura pada tahun 1877. Lihat Zainal Abidin Bin Ahmad, MalayJournalism In Malaya, JMBRAS, Vol xix, 1941, hal. 244. Lihat juga Nik Ahmad Nik Hassan, The MalayPress, JMBRAS, Vol.xxxvi, Part 1, May 1963, hal. 37. Menurut Nik Ahmad Nik Hassan akhbarJawiPeranakan diterbitkan pada 1876 yang mengandungi empat halaman yang diterbitkan pada setiap Isnin diSingapura mengandungi iklan, notis kerajaan, surat-surat daripada pembaca dan ruangan shear (syair). Lihatjuga, William R. Roff,Bibliography Of Malay & Arabic Periodicals : Published In The Straits Setllements AndPeninsular Malay States 1876-1946, London : Oxford University Press, 1974.15

    Hamedi Mohd. Adnan,Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, hal. 2.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    24/79

    24

    Hiboran ini maksudnya tidak lain tidak bukan ialah memberi

    hiburan kepada tuan-tuan pembaca lelaki, perempuan, tua, muda

    bahkan kanak-kanak.16

    Majalah Hiboran mula diterbitkan pada bulan Januari 1946 yang diterbitkan oleh

    Syarikat Royal Press Ltd. bertempat di Singapura. Kandungan majalah Hiboran ialah cerita-

    cerita pendek, tinjauan, aneka warna, ruangan untuk wanita, riwayat hidup nabi, umum,

    halaman budaya, puisi, selain gambar artis-artis ternama. Majalah Hiboran secara fizikalnya

    berukuran 5 inci lebar dan 7 inci panjang pada tahun 1950 yang mengandungi sebanyak 52

    halaman.17 Ianya menggunakan tulisan jawi. Majalah Hiboran diterbitkan secara bulanan

    pada awal penerbitannya dan setelah mendapat reaksi yang baik daripada pembaca ianya

    diterbitkan secara dwimingguan pada tahun 1947, seterusnya secara mingguan pada Julai

    1948. Bagi menjelaskan penerbitan awal majalahHiboran adalah seperti jadual di bawah :

    16Hiboran, bil. I (Januari 1946), hal. 117

    A.M. Iskandar Hj. Ahmad,Persuratkhabaran Melayu 1876-1968, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka1973, hal. 55.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    25/79

    25

    Jadual 1Jumlah Pengeluaran Surat Khabar dan Majalah Pada tahun 1946 Di Singapura

    Title of Publication Circulation Published Price andSubscription Rate

    Cost ofPostages toUnited

    Kingdom

    Colony of Singapore Ordinances

    Goverment Gazette

    Malaya Rubber Statistics

    Malayan Statistics

    Summaries of Malayan Foreign Trade

    The Charter of the United Nations

    450 copies

    1,400 copies

    350 copies

    450 copies

    400 copies

    3,000 copies

    $ c.

    0 40 p.c under 50 pages

    0 65 p.c12 50 p.a (Malaya)25 00 (Foreign)1 50 p.c3 00 p.c

    0 50 p.c

    1 00 p.c

    S c.

    Various

    Various

    Various

    Various

    Various

    0 03

    OTHER PUBLICATIONS

    Allied Screnn Review

    Ban Yu Monthly

    Cathedral Courier

    Comrade

    Dunia Filem Melayu

    Hiboran

    Hwa Chiao Jit Pau

    Indian Daily Mail

    Kerala Bandhu

    7,000 copies monthly

    1,000 copies monthly

    500 copies monthly

    4,000 copies weekly

    2,000 copies monthly

    1,000 copies monthly

    9,000 copis daily

    6,000 copies daily

    3,000 copies daily

    0 80 p.c

    1 00 p.c

    1 00 monthly

    Gratis

    0 20 p.c

    0 50 p.c

    0 15 p.c

    1 10 p.c

    1 10 p.c

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    26/79

    26

    Kung Pao

    Malaya Nanban

    Malaya Tribune

    Malayan Law Journal

    Morning Tribune

    Nan Chiao Jit Pao

    Nanyang Siang Pau

    Nanyang Weekly

    Offece Dairy

    Radio Malaya News

    Sin Chew Jit Poh

    Singapore Free Prees

    Strais Budget

    Straits Times

    Sunday Times

    Sunday Tribune

    Tamil Murasu

    The Amusement

    The Scholiast

    Union Times

    Utusan Melayu

    10,000 copies daily

    4,000 copies daily

    16,000 copies daily

    350 copies monthly

    4,000 copies daily

    20,000 copies daily

    44,000 copies daily

    10,000 copies per issues

    1,000 copies annually

    2,000 copies forninghtly

    35,000 copies daily

    12,000 copies daily

    1,200 copies weekly

    35,000 copies daily

    44,000 copies weekly

    24,000 copies weekly

    8,000 copies daily

    10,000 copies monthly

    2,000 copies monthly

    5,000 copies daily

    12,400 copies daily

    1 15 p.c

    1 10 p.c

    1 10 p.c

    60 00 p.c

    1 10 p.c

    1 15 p.c

    0 15 p.c

    1 30 p.c

    6 00 p.c

    0 0 p.c

    1 15 p.c

    0 10 p.c

    0 40 p.c

    0 10 p.c

    0 10 p.c

    0 10 p.c

    0 10 p.c

    0 10 p.c

    0 60 p.c

    0 15 p.c

    0 10 p.c

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    Sumber : Diubahsuai daripada : Blue Book For The Year 1946 Colony of Singapore.

    Jadual di atas menunjukkan pengeluaran majalah Hiboran pada tahun 1946. Pada

    tahun pertama penerbitannya sebanyak 1000 naskah telah diedarkan kepada seluruh pembaca

    di NNM. Majalah Hiboran di jual dengan harga $ 0.50 p.c pada awal penerbitannya. Selain

    itu, jadual di atas juga menunjukkan jumlah keseluruhan surat khabar dan majalah di

    Singapura pada tahun 1946. Di awal penerbitan majalah Hiboran terpaksa bersaing dengan

    surat khabar dan majalah berbahasa lain seperti akhbar Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    27/79

    27

    Poh, Indian Daily Mail, dan Sunday Times. Walaupun, mendapat persaingan yang kuat tetapi

    majalah Hiboran mampu bertahan sehingga ditamatkan pada tahun 1958. Majalah Hiboran

    dapat bertahan lama di pasaran berbanding majalah-majalah lain adalah disebabkan oleh

    kerana para pembaca yang setia memberi sokongan kepada majalah ini.18

    Jadual 2Kategori Majalah Melayu Selepas Perang

    KATEGORI JUMLAH PERATUS

    Agama

    Hiburan

    Kebangsaan

    KesusasteraanOrganisasi

    Pendidikan/ Kanak-kanak

    Umum

    Wanita

    Lain-lain

    18

    28

    18

    2107

    21

    24

    05

    03

    12.4

    18.7

    12.4

    14.54.8

    14.4

    16.5

    4.1

    2.1

    Jumlah 145 100

    Sumber : Hamedi Mohd. Adnan,Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, KualaLumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2002.

    Jadual di atas menunjukkan kategori majalah Melayu selepas perang . Majalah yang

    paling popular di kalangan pembaca di NMM selepas perang adalah majalah berbentuk

    hiburan. Dua puluh lapan buah majalah atau 18.7% daripada keseluruhan majalah Melayu

    pada zaman ini adalah majalah berbentuk hiburan. Majalah-majalah ini kebiasaanya

    menyiarkan isu-isu berkenaan filem-filem tempatan dan antarabangsa, cerita-cerita pendek

    tentang cinta, kisah lucu dan komik-komik.19

    MajalahHiboran juga termasuk dalam kategori

    majalah berbentuk hiburan. Penerbitannya selepas perang amat sesuai kerana pada waktu ini

    pembaca-pembaca di NNM lebih berminat kepada majalah-majalah seperti ini.

    18Hamedi Mohd. Adnan,Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, hal. 51.19

    Ibid, hal. 46.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    28/79

    28

    Kelahiran majalah Hiboran bertujuan untuk memberi sedikit hiburan ringan kepada

    masyarakat NNM yang pada ketika itu dihimpit dengan peperangan.20

    Walaupun, majalah ini

    pada peringkat awal lebih memberi fokus kepada rencana-rencana berbentuk hiburan. Namun,

    perubahan mula nampak berlaku dalam majalah ini setelah di ambil alih oleh Harun

    Aminurrashid sebagai ketua pengarang. Harun Aminurrashid mula mengambil alih kerusi

    pengarang majalah ini pada keluaran majalah ini yang ke-10. Perubahan yang nyata apabila

    majalah Hiboran mula menyiarkan rencana-rencana dan berita-berita berkaitan isu politik,

    ekonomi dan sosial. Perubahan ini dilakukan oleh Harun Aminurrashid adalah untuk memberi

    kesedaran kepada para pembaca terutama orang Melayu tentang kemunduran mereka di tanah

    air sendiri.

    Kandungan Majalah Hiboran

    Pada peringkat awal penerbitannya, majalah Hiboran banyak menyiarkan cerita-cerita pendek

    berkenaan kisah-kisah percintaan. Antara karya-karya yang dihasikan ialah seperti Rahsia Di

    Domba Hoteloleh Wiwaha, Kumbang Emas (Yuzila), Di mana Kita Terkandas dan Rozita

    Gadis Gorila (Harun Aminurrashid).21

    Penyiaran cerita-cerita pendek sebegini adalah kerana

    20 Selepas perang tamat, dunia permajalahan Melayu terus bergerak dengan kadar yang lebih pantas,menggunakan tenaga tambahan yang tersimpan sewaktu zaman pendudukan Jepun itu. Orang ramai pula cukup

    haus dengan bahan bacaan yang dapat memuaskan hati mereka, dan para penulis pula cukup beria-ria mahumelontarkan idea-idea yang diperamkannya sebelum ini. Penerbit pula yang berasa cukup lega terbebas dari belenggu yang menyekat kebebasan niaganya, cukup bersedia untuk mengeluarkan modal bagi mengatasipermintan yang ada. Keadaan ini ditambah pula dengan dasar British yang cukup liberal dalam dunia penerbitan,asalkan tidak bertentangan dengan status quo kepenjajahannya. Di negara-negara lain, sama ada di Britian danAmerika malah di negara jiran Indonesia yang baru mencapai kemerdekaan, dunia penerbitan majalah danakhbar selepas perang berkembang cukup pesat, khususnya majalah-majalah hiburan. Perkembangan ini banyaksekali pengaruhnya kepada dunia permajalahan Melayu yang sememangnya sejak sebelum perang lagi banyak bergantung pada bahan-bahan penerbitan dari negara-negara itu. Lihat Hamedi Mohd Adnan, PenerbitanMajalah di Malaysia : Isu-Isu dan Cabaran, hal. 120-121.21Hiboran, bil. I (Jan, 1946), hal. 27 Lihat juga,Hiboran, bil. 10 (April 1946), hal. 6.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    29/79

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    30/79

    30

    Kaum perempuan sangat patut bahkan perlu diberi pelajaran,bagaimana kaum lelaki, kerana mereka itu manusia juga. Mereka

    ada hak untuk mendapat pelajaran dan hak-hak mereka seperti

    lelaki-lelaki jua.24

    Selain itu, majalah Hiboran juga menyiarkan berita-berita politik dan ekonomi sebagai

    kesedaran kepada orang Melayu. Berita-berita mengenai politik disiarkan untuk orang Melayu

    bangkit menuntut hak mereka yang ditindas oleh penjajah. Sementara, berita-berita tentang

    soal-soal ekonomi dikupas bagi membolehkan orang Melayu bersaing untuk mendapat

    kemajuan seperti yang diperolehi oleh kaum-kaum lain terutama kaum Cina.

    Latar Belakang Pengarang-Pengarang

    Di dalam perkembangan sesebuah majalah terdapat tenaga kerja yang menyumbangkan idea-

    idea bernas bagi melariskan jualan majalah. Tenaga kerja tersebut ialah terdiri daripada

    pengarang-pengarang. Pengarang-pengarang dalam majalahHiboran terdiri daripada

    Mahmud Ahmad @Wiwaha, M. Yusof Lana @Yuzila, Harun Aminurrashid dan Abdul Jalil

    Hj. Nor.

    Mahmud Bin Ahmad

    Salah seorang pengarang pertama yang terlibat dalam Majalah Hiboran ialah Mahmud bin

    Ahmad25 dan turut bertindak sebagai penerbit majalahHiboran. Mahmud bin Ahmad lebih di

    24Hiboran,Kewajipan Pelajaran Bagi Kaum Perempuan, bil. 218 (20/10/195), hal. 35.

    25Dilahirkan pada 29 Mac 1906 dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanjong Katong dan

    berpindah ke Sekolah Melayu Kampung Glam semasa berada di darjah 6. Beliau kemudian menyambungpelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim pada 1925. Selepas menamatkan pelajarandi MPSI, beliau telah ditawarkan berkhidmat sebagai ketua tukang kayu. Kemudian, beliau berkhidmat pula diSekolah Melayu Tanglin Besar pada tahun 1929. Mahmud Ahmad juga terkenal sebagai seorang yang giat

    berpolitik semasa menuntut di MPSI. Lihat Raja Ahmad Shalaby et.al, Tokoh-Tokoh Guru Nusantara, TanjongMalim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2004, hal. 86.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    31/79

    31

    dikenali sebagai Mahmud. Namun, di dalam majalah Hiboran beliau banyak menggunakan

    gelaran seperti Wiwaha dan Teruna Jaya. Apabila Mahmud Ahmad memegang kerusi

    pengarang di majalahHiboran26

    , beliau telah menyalurkan pemikiran beliau berkenaan

    semangat kebangsaan melalui artikel-artikel dalam majalah ini.27

    Beliau juga bergiat cergas

    dalam aktiviti kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGSM).28

    Harun Bin Mohd. Amin

    Selepas Mahmud Bin Ahmad meletak jawatan, Mahmud Ahmad telah menyerahkan

    jawatannya kepada M. Yusof Lana. Selepas itu, jawatan pengarang majalah Hiboran diambil

    alih pula oleh Harun B. Mohd. Amin atau juga lebih di kenali sebagai Harun Aminurrashid29

    .

    Harun Aminurrashid merupakan tokoh penyemai semangat kebangsaan Melayu tulen30

    dan

    tokoh kesusasteraan31

    yang tidak asing lagi di NNM. Harun Aminurrashid dilahirkan pada 8

    26Majalah Hiboran telah menjadikan Mahmud seorang yang berminat pada kerja-kerja kreatif dan di dalam

    penyelidikan. Dua buah buku yang paling diminati di dalam bidang kesusasteraan ialahImbuhanSastera danPancaran Sajak. Lihat Nor Azizah Abu Bakar (Terj) et.al, A Biography of MalaysianWriters, hal. 188.27

    Di antara artikel-artikel tulisan Mahmud Bin Ahmad dalam Majalah Hiboran seperti Peristiwa Di DombaHoteldan Sesal Dahulu Pendapatan.28 Beliau memegang jawatan pengarang sejak mula menjadi ahli sehinggalah beliau bersara. Di dalam (KGSM)beliau bertugas menyelenggara majalah KGSM yang berjudul Saujana dalam tulisan jawi. Oleh kerana, banyak jasa yang ditabur sepanjang bergiat di dalam KGSM, beliau dianugerahi gelaran Jasawan KGSM. Selain itu, beliau juga terlibat di dalam Persatuan Pengakap Melayu Singapura dan Persaudaraan Sahabat Pena (PSM).Karya-karya yang dihasilakn oleh beliau tidak terhad kepada keluaran PSM sahaja. Selain itu, beliau jugamenjadi orang penting dalam Kongres Bahasa Melayu. Antara penglibatan beliau dalam kogres ini ialah diKongres Bahasa Melayu I dan II, Kongres Bahasa Indonesia pada tahun 1954 dan Kongres Bahasa danPersuratan Melayu III. Raja Ahmad Shalaby et.al, Tokoh-Tokoh Guru Nusantara, hal. 86-87.29 Beliau juga lebih mesra dipanggil Cikgu Harun. Beliau banyak menggunakan nama pena, selainmenggunakan gelaran Harun Aminurrashid, beliau juga menggunakan gelaran seperti Si Ketuit, Har, GustamNegara, dan Atma Jiwa.Nama gelaran ini digunakan di dalam penulisan yang beliau hasilkan, terutama di dalamMajalahHiboran. Lihat SP. 75/A/141, Hilangnya Seorang Lagi Pejuang Kebangsaan Melayu.30

    Ibid.31Penglibatan Harun Aminurrashid dalam kesusasteraan adalah dalam penulisan novel. Novelnya yang palingmembawa kesan ialah Panglima Awang. Novel ini diterbitkan dalam tulisan rumi oleh kerana menyambutKemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Diterbitkan oleh Pustaka Singapura dalam bulan Mei 1958 dandicetak kali kedua pada bulan Oktober 1959. Buku ini juga diterjemahkan oleh Ahmad Husain kepada BahasaInggeris pada tahun 1961 yang bertajukA Malay Among The PortugueseNovel tersebut mempunyai isi tersuratyang dikemukakan oleh Harun yang menyatakan keberanian orang Melayu, kebijaksanaan dan kepandaianmereka dalam ilmu pelayaran. Hal ini menunjukkan Harun mengambil berat mengenai bangsa Melayu dan mahumereka bangkit dari penindasan pihak penjajah. Orang Melayu tidak perlu berasa rendah diri kerana merekaadalah golongan yang hebat seperti yang digambarkan di dalam cerita Panglima Awang. Selain itu, novel lainmenunjukkan beliau menyerapkan unsur-unsur patriotisme ialah novel Siapakah Yang Bersalah. Melalui novel

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    32/79

    32

    Ogos 1907 di Teluk Kurau. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Teluk

    Kurau, kemudian melanjutkan pelajaran ke School Idris Training College (SITC)32 pada

    1924.33

    Bertitik tolak dari sinilah Harun Aminurrashid mula menunjukkan ketokohan beliau

    dalam berpolitik. Semangat yang beliau semai ketika menjadi guru di Maktab Perguruan

    Sultan Idris (MPSI) telah bercambah dan menjadi ikutan kepada beberapa orang anak

    muridnya untuk merintis perjuangan kebangsaan di zaman sebelum perang.34

    Harun dianggap

    sebagai penyemai semangat kebangsaan dan ini diakui sendiri oleh beberapa orang guru

    dan bekas pelajar SITC yang menyatakan bahawa semangat yang disemai oleh Harun ke

    dalam diri mereka telah mendorong mereka untuk memperjuangkan nasib bangsa, agama dan

    negara yang ditindas oleh penjajah pada ketika itu. Semasa di SITC beliau dibantu oleh 2

    orang lagi rakannya35

    . Selain itu, beliau juga seorang yang mempunyai semangat cekal dan

    sentiasa bersabar walaupun berhadapan dengan keadaan yang getir. Semasa berada di MPSI

    Harun telah mengadakan satu ceramah yang bertajuk Kebangkitan Bumiputera Di Alam

    ini Harun mengambil pengalaman semasa memberi khidmat di Brunei selama 6 tahun dan penentangan yangdilakukannya terhadap pihak Jepun. Namun, usaha beliau tidak dihargai malah beliau sendiri dituduh bersubahatdengan pihak Jepun dan di penjara selama 86 hari. Lihat Shaharom Husain,Antara Pengarang-Pengarang NovelMelayu Dan Karyanya, Singapura, Pustaka Melayu, 1963, hal. 64-121. Lihat juga, Abdullah Hussain, HarunAminurrsahid : Pembangkit Semangat Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1982, hal.166-195, SP 75/P.24,Panglima Awang

    32 SITC dinamakan bagi menghormati almarhum Sultan Idris Raja Iskandar. Dibuka di Tanjong Malim padatahun 1922. Maktab ini boleh memuatkan 200 orang pelajar dan guru-guru dikawasan seluas 80 hektar. Guru

    pertama di maktab ini ialah terdiri daripada 4 orang Eropah (guru besar, 2 orang guru umum dan seorangpengajar dalam ilmu tanaman), 9 orang Melayu, dan seorang orang Filipina bagi mengajar ilmu menganyam.Pelajarnya diambil daripada sekolah anak-anak negeri di desa melalui satu peperiksaan menguji kepandaian dankebanyakan mereka terdiri daripada anak-anak tani dan nelayan. Lihat: William R. Roff, Nasionalisme Melayu,(Terj.) Ahmad Boestamam, hal.155.33

    Raja Ahmad Shalaby et.al, Tokoh-Tokoh Guru Nusantara, hal. 86.34

    SP. 75/A/141, Hilangnya Seorang Lagi Pejuang Kebangsaan Melayu.35 Rakan-rakan rapat Harun di SITC ialah Abdul Hamid bin Hj. Abdul dari Melaka dan Md. Nor bin Ibrahim dariPulau Pinang. Mereka digelar The Three Musketeers. Mereka sentiasa membincangkan soal-soal politik danbencikan penjajahan. Lihat Shaharom Husain, Memoir Shaharom Husain : Selingkar Kenangan Abadi, Bangi :Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1996 hal. 93-94.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    33/79

    33

    Melayu36. Syarahan beliau begitu bersemangat dan banyak menyelar tali barut37 penjajah. Di

    antara isi syarahan tersebut ialah :

    ...... Saya tau, mngkin inilah syarahan saya yang terakhir di kolejini, kerana saya percaya, ada orang yang cuba mengintai- intaidi balik-balik pintu dewan ini nak mendengar isi syarahan saya.

    Tapi saya bertanggungjawab segala-galanya...38

    Syarahan tersebut berjaya membangkitkan kesedaran kebangsaan39 dan menanamkan

    rasa tanggungjawab kepada penuntut dan guru-guru terhadap kemajuan bangsa dan tanah air.

    Akibat keberanian tersebut, Harun telah di hantar ke Brunei dan memegang jawatan Penguasa

    Pelajaran di sana. Kehidupan Harun Aminurrashid terus dirundung malang apabila British

    menuduh beliau bersubahat dengan Jepun dan Harun dipenjara selama 68 hari. Tetapi,

    peristiwa tersebut tidak menggungat prinsip beliau untuk terus menyemai semangat

    kebangsaan kepada penduduk NNM terutama orang Melayu.

    Sementara itu, setelah terlibat dalam majalah Hiboran, Harun Aminurrashid telah

    menyemai semangat kebangsaan kepada pembaca majalah Hiboran. Pada keluaran majalah

    Hiboran bilangan ke-386 pada 8 Januari 1955, beliau telah menulis mengenai Orang Melayu

    Dengan Kebangsaannya40. Menerusi artikel itu Harun Aminurrashid memberi peringatan

    supaya orang Melayu tidak lalai untuk mempertahankan hak orang Melayu terhadap tanah air.

    36Di dalam syarahan tersebut beliau menekankan kebangkitan pejuang kebangsaan (politik) Indonesia

    menentang penjajahan Belanda kerana mempertahankan hak dan kemerdekaan Indonesia. Tokoh-tokoh yangdinyatakan di dalam syarahan ini seperti Wahidin Sudirohu, Chokroaminoto, Sutomo, Imam Bonjol, SultanHasanuddin, Pattimura, Sukarno, Hatta dan Kartini. Lihat Ibid, hal. 98.37

    Menurut kamus Dewan, tali barut boleh didefinisikan sebagai orang orang yang menjadi ampama orang lain,

    barua ataupun orang suruhan. LihatKamus Dewan: Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka,2000, hal. 1353.38

    Shaharom Husain, Memoir Shaharom Husain : Selingkar Kenangan Abadi, hal. 98.39 Oleh kerana terpengaruh dengan syarahan yang disampaikan oleh Harun Aminurrashid pada 4 Mac 1939, parapenuntut MPSI seramai 400 orang lebih telah mengadakan satu perarakan beramai-ramai mengelilingi kawasanmaktab. Para demontrasi ini telah menyanyikan lagu Pemuda Kita hasil gubahan Harun sendiri. LihatIbid.40

    Artikel tersebut berkenaan saranan Harun Aminurrashid kepada orang Melayu tentang semangat kebangsaanadalah di mulai oleh orang Melayu yang dinyatakan sebagai kebangsaan semulajadi iaitu kebangsaan yangbukan dicipta atau kebangsaan yang mendatang. Hal ini kerana kemerdekaan Malaya sememangnya asal datangdari semangat orang Melayu bukan dari kaum lain. Lihat SP 87/154, Hiboran, Orang Melayu DenganKebangsaan, bil. 386-436 (8 Januari-24 Disember 1955), hal. 16.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    34/79

    34

    Sikap alpa boleh menyebabkan hak orang Melayu jatuh kepada kaum-kaum lain yang

    semakin hari semakin ramai datang ke NNM dan memonopoli kegiatan ekonomi, terutama

    kaum Cina.

    Oleh yang demikian, Harun Aminurrashid telah menjadikan akhbar-akhbar dan

    majalah41 sebagai platform untuk menabur benih perasaan cintakan tanah air dan bencikan

    penjajah. Pemikiran beliau dalam bidang penulisan jelas sekali menentang penjajah.42

    Keberanian beliau semakin terserlah apabila menjadi ketua pengarang akhbarMelayu Raya43

    .

    Hal ini dapat dilihat apabila Harun begitu berani menyiarkan berita-berita mengenai

    perbicaraan Natrah44. Beliau sendiri mengikuti perbicaraan tersebut dan mengarahkan berita

    mengenainya disiarkan sehingga membakar semangat orang Melayu di Singapura sehingga

    mencetuskan rusuhan Natrah pada tahun 1951.45

    41

    Harun mengembangkan bakat politiknya menerusi syarahan dan karangan di akhbar dan majalah, antaranyaWarta Ahad, Warta Jenaka, Warta Malaya dan Cenderamata, majalah Hiboran.42 Walaupun Harun Aminurrashid lebih dikenali sebagai seorang novelis Melayu, tetapi beliau banyakmenghasilkan cerpen dan kisah kepahlawanan. Di dalam karya-karyanya sentiasa ditonjolkan kepahlawanan bangsa Melayu dan semangat nasionalisme tanpa berselindung. Antara novel-novelnya seperti Melur KualaLumpur, Siapa Yang Bersalah?, Dayangku Fatimah, Korban Kinabalu, Cinta Gadis Rimba, Darah Kedayan,Memilih Kata Hati, Melihat Terang, Merebut Gadis Jelita, Panglima Awang, Anak Panglima Awang, Jong Batu,Terbang Ke Barat, Cacatan Ke Tanah Suci, dan Meninjau Ke Negara Siam. Lihat Shaharom Husain,Antara Pengarang-Pengarang Novel Melayu Dan Karyanya, hal. 64-121. Lihat juga SP 75/P.20, Anak PanglimaAwang, SP/ 75/ P. 24, Pangliam Awang, SP 75/ P. 17, Chatetan Ke Tanah Suci.43 AkhbarMelayu Raya diterbitkan pada 29 Ogos 1950. Akhbar ini dikendalikan oleh Harun Aminurrashid dibawah penerbitan Melayu Raya Press Ltd., No. 380 & 382, Geylang Road, Singapura. Di bawah penerbitan ini ,mereka turut menerbitkan majalah Filem Raya, Bulanan Filem Raya dan Mingguan Melayu. Lihat HamediMohd. Adnan,Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, hal. 256.44

    Natrah merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga Melayu, iaitu anak angkat kepada Mak Minah. MakMinah mengambil Natrah yang nama asalnya, Maria Hertogh daripada sepasang suami isteri berbangsa Belanda.Namun selepas perbicaraan merebut hak penjagaannya. Mahkamah telah memerintahkan dia diserahkan kepadaibu bapa kandungnya yang merupakan warganegara Belanda. Peristiwa tersebut membangkitkan perasan tidakpuashati orang Melayu di Singapura dan mencetuskan rusuhan kaum di Singapura. Lihat : Hiboran,Natrah, bil.157 (15/8/1950), hal. 17. Untuk keterangan lanjut lihat, Haja Maideen , Tragedi Natrah : Kontreversi MariaHertogh, Selangor : IBS Buku Sdn. Bhd, 1989, hal. 122-128. Lihat penerangan lanjut Rusuhan Natrah dalamAbdul Rahman Haji Abdullah, Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950 : Pengaruh Agama & Tarikat,

    Kuala Lumpur : Penerbit Kintan Sdn. Bhd, 1994, hal. 119 - 135. Lihat juga Ramlah Adam, Kemelut PolitikSemenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1998, hal. 102 10445 SP. 75/A/141, Hilangnya Seorang Lagi Pejuang Kebangsaan Melayu.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    35/79

    35

    Sementara, karya-karya yang dihasilkan di dalam majalah Hiboran juga menunjukkan

    pemikiran beliau yang sama. Semasa beliau memegang jawatan sebagai pengarang di majalah

    Hiboran, karya-karya yang dihasilkan lebih berbentuk saranan agar orang Melayu bangkit dan

    mengatasi kemunduran yang mereka hadapi serta bangkit menentang sebarang bentuk

    penindasan oleh penjajah ke atas mereka.

    Sementara itu, di atas sumbangan Harun Aminurrashid dalam berkarya, novelnya yang

    berjudul Simpang Berenang telah dipilih sebagai bahan bacaan Rancangan Perkhidmatan

    Antarabangsa dan novel terebut juga diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dan Urdu.

    Kegiatan menulisnya juga banyak mendapat pengiktirafan dari pertubuhan antarabangasa

    seperti dari The Board Of Dictionary Of International Biography yang telah

    menganugerahkan The Certificate of Merit. Anugerah ini disampaikan kepada Harun

    Aminurrashid kerana mengenang jasa beliau yang banyak menulis bahan-bahan dalam bentuk

    sejarah Bahasa Melayu moden.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    36/79

    36

    Kesimpulan

    Kesimpulannya, penerbitan majalah Hiboran di NNM pada zaman selepas perang, iaitu

    perang dunia kedua amat bertepatan. Hal ini kerana masyarakat di NNM pada masa tersebut

    amat dahagakan hiburan ringan bagi membantu pembaca-pembaca melupakan kesan

    peperangan yang berlaku. Sementara itu, para pengarang yang terlibat di dalam majalah

    Hiboran memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan hala tuju majalah Hiboran.

    Terutama peranan yang dimainkan oleh Harun Aminurrashid. Latar belakang pengarang

    majalah Hiboran yang berlatar belakang reformis menjadikan majalah Hiboran sebagai

    medan menyalurkan pandangan dan rasa tidak puas hati terhadap ketidakadilan pihak

    penjajah.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    37/79

    37

    BAB 3

    ISU MASYARAKAT (SOSIAL)

    Pengenalan

    Bab ini akan membincangkan tentang isu masyarakat (sosial) yang terdapat dalam majalah

    Hiboran. Pada peringkat awal penerbitan, isu-isu yang disiarkan lebih terarah kepada rencana-

    rencana berkenaan cerita-cerita rakyat. Namun, di pertengahan penerbitannya majalah ini

    mula menumpukan kepada isu-isu masyarakat terutama isu-isu wanita46 seperti isu kehebatan

    wanita, wanita dan kemajuan serta isu pendidikan, pelacuran dan kahwin paksa. Walaupun

    majalah ini bertujuan untuk memberi hiburan ringan namun begitu, majalah ini juga turut

    memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah-masalah sosial yang berlaku di

    sekeliling mereka.

    46 Banci penduduk di Tanah Melayu pada akhir tahun 1947, jelas menunjukkan pertambahan kaum wanitaberbanding kaum lelaki sebanyak 29,691 orang. Selain itu banci penduduk tersebut juga menunjukkan pendudukdi seluruh Tanah Melayu bertambah sebanyak satu million berbanding pada tahun 1931. Pada tahun 1931, penduduk di Tanah Melayu hanya seramai 3,787,758 dan pada akhir tahun 1947 telah meningkat menjadi4,867,491 orang. Selain itu, bangsa asing yang datang ke Tanah Melayu juga bertambah, iaitu pada tahun 1931tedapat sebanyak 1,575,448 dan telah meningkat kepada 2,130,493 orang. Lihat Hiboran, Banci Jiwa Di TanahMelayu, bil :36 (Jan-Jun), 1948, hal. 1.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    38/79

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    39/79

    39

    hak-hak golongan wanita. Wanita pertama yang berada di Parlimen ialah Dato Halimahton

    Abdul Majid51. Keadaan tersebut menunjukkan pencapaian yang dicapai oleh wanita Melayu.

    Namun begitu, percapaian yang sedikit itu tidak dapat menunjukkan keseluruhan pencapaian

    wanita Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan, apabila golongan wanita masih

    kurang di sekolah-sekolah kerana ramai anak-anak gadis yang dipaksa oleh ibu bapa mereka

    untuk berkahwin awal. Terdapat ramai ibu bapa yang berpendapat bahawa anak-anak

    perempuan tidak perlu mempunyai pendidikan. Oleh itu, mereka perlu berkahwin awal untuk

    mengelak daripada fitnah. Keadaan ini berlaku kerana masyarakat terpengaruh dengan adat-

    adat kuno yang masih membelenggu kehidupan masyarakat Melayu.

    Adat-adat kuno ini dibincangkan secara terperinci dalam majalah Hiboran bilangan

    ke-79 yang bertajuk Adat Kuno Menyekat Kemajuan52

    menyatakan:

    Adat kuno ialah adat jumud kolot adalah satu adat yang

    menyekat kemajuan kita yakni adat yang bermacam-macamcaranya telah dipergunakan. Sebelum agama Islam menjelma ke

    Tanah Melayu anak-anak Melayu telah terdidik dengan agama Hindu dan lain-lain ajaran lagi yang bersalahan dengan ajaran

    Islam sejati al-Quran.53

    51 Yang Berbahagia Dato Halimahton juga dikenali dengan nama Halimahton Muhammad dilahirkan pada tahun1920 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau berasal dari katurunan Raja-raja Tanapuli, Sumatera. Beliaumendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris di Kuala Lumpur, serta melanjutkanpelajaran dalam bidang sains rumah tangga di Cambridge. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datuk

    Muhammad Baba, iaitu Pengawai Daerah Rembau, Negeri Sembilan. Penglibatan beliau dalam politik bermulaapabila beliau mengumpulkan tenaga wanita dan mengadakan tunjuk perasaan menentang Malayan Union.Sumbagan beliau yang terbesar ialah beliau telah dipilih sebagai ahli parlimen yang pertama bertanding untukkawasan Ulu Selangor dalam pilihanraya Persekutuan pada tahun 1955. Beliau memenangi kerusi tersebut danmenjadi ahli Parlimen sehingga tahun 1959. Lihat Trankripsi Wawancara, Y.B Datuk Halimahton Bt. Abd.Majid oleh Ahmad B. Hj. Abd. Kadir (Arkib Negara Malaysia), hal. 29-39. Lihat juga Biografi Tokoh WanitaMalaysia, Selangor : Pejabat Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), 2004, hal. 153-155, Wan Mohd.Mahyiddin Wan Nawang et.al, Pergerakan Wanita UMNO :Sepanjang 5 Dekad, Kuala Lumpur : KembanganKristal (M) Sdn. Bhd, 1993, hal. 62.52

    Hiboran,Adat Kuno Menyekat Kemajuan,, bil. 79 (14/2/1949), hal. 16.53

    Ibid.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    40/79

    40

    Berdasarkan petikan di atas, menyatakan bahawa adat-adat kuno yang diamalkan oleh

    masyarakat Melayu boleh menyekat kemajuan masyarakat. Oleh itu, masyarakat diseru

    kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Hanya dengan berpegang terhadap ajaran yang

    terdapat di dalam al-Quran dan Hadis sahaja yang dapat memajukan diri masyarakat dan

    sekaligus membebaskan tanah air dari kuasa penjajah. Melalui kepercayaan kepada ajaran

    Islam juga gejala sosial akan dapat dikurangkan seperti kahwin paksa, perceraian, dan juga

    khalwat.54

    Selain itu, majalah ini juga ada membuat perbandingan keadaan wanita di NNM

    dengan wanita Barat. Rencana tersebut bertajukPerjuangan Wanita Barat55 disiarkan untuk

    memberi kesedaran kepada golongan wanita di tanah air. Menurut majalah ini, di Amerika

    selepas perang dunia pertama, golongan wanita mula berfikiran terbuka dan tidak tertutup

    seperti sebelum ini dan mereka mula berani mengeluarkan pendapat bagi mempertahankan

    hak mereka. Di Liverpool (London) pula, kebanyakan wanita berumur 20-an yang keluar

    bekerja tidak lagi takut diejek jika keluar dari rumah. Di sekolah-sekolah di Barat juga,

    terdapat ramai guru-guru dari kalangan golongan wanita. Keadaan ini menunjukkan wanita di

    negara Barat mempunyai pendidikan tinggi dan majalahHiboran mengharapkan perkara sama

    berlaku kepada golongan wanita di NNM. Di dalam artikel itu juga menyatakan :

    Wanita Barat juga berani melibatkan diri dalam persatuan-

    persatuan dan kelab-kelab untuk membela nasib mereka. Di dalam

    persatuan dan kelab ini mereka bebas berbahas, mendapatkan

    ilmu pengetahuan dan mendapatkan bantuan kebajikan umum.56

    Melalui artikel di atas, wanita yang berpersatuan akan dapat membuka minda mereka

    sekaligus mereka mengetahui hak-hak mereka dan tidak sewenang-wenangnya diperdaya oleh

    54Ibid.55

    Hiboran, Perjuangan Wanita Barat, bil. 131 (18/2/1950), hal. 22.56Ibid, hal. 23.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    41/79

    41

    orang lain. Majalah Hiboran bilangan 275, yang bertajuk Majulah Terus Wanita Melayu

    juga menyeru kaum wanita :

    .......Pihak-pihak wanita menyematkan dihati dengan sematan yang abadi dan patutlah kita, wanita-wanita bersungguh pada

    menuntut pelajaran, supaya kita juga tidak kalahnya dengan

    wanita-wanita bangsa asing, lihatlah dan pandanglah wanita-wanita bangsa asing lagikan boleh maju kita juga wanita-wanita Melayu tanah air, !kita juga mesti terus menerusmengapai kemajuan.57

    Paparan yang disiarkan oleh majalah ini sedikit sebanyak dapat membuka mata

    golongan wanita di NNM untuk mencapai kemajuan seperti golongan wanita di negara Barat

    terutama dalam bidang pendidikan. Hanya dengan pendidikan kaum wanita dapat

    meninggikan martabat kaum wanita selain, dapat bersaing dengan kaum lelaki.

    Selain itu, terdapat juga penulis wanita yang menulis mengenai keadaan wanita

    Melayu, antara yang sering menulis dalam majalah Hiboran, iaitu Ibu Zain58

    . Pada ulang

    tahun majalah ini yang ke sepuluh tahun. Ibu Zain telah menulis satu artikel berkenaan

    wanita, antara isi kandungan artikel terbabit, beliau memuji para guru-guru di sekolah

    perempuan Melayu dan Agama di Johor yang telah menubuhkan petiDerma Pelajaran Tinggi

    Anak-Anak Perempuan Melayu Semenanjung.59 Peti derma dilancarkan bertujuan untuk

    57Hiboran, Majulah Terus Wanita Melayu, bil. 275 (1/7/1952), hal. 41.

    58Nama sebenar beliau ialah Zainun Munshi Sulaiman atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, iaitu Ibu

    Zain.. Beliau dilahirkan di kampung Nyalas, Melaka pada 22 Januari 1903. Beliau mendapat pendidikan awaldi pra-sekolah di sebuah kindergarten di perkarangan rumah Shellabear iaitu seorang tokoh Inggeris yangterkenal pada masa itu. Kemudian beliau menyambung pelajaran di sekolah Methodist Girls School Melaka.Sumbangan terbesar yang dilakukan oleh beliau apabila beliau menerbitkan Bulan Melayu dan beliau sendiribertindak sebagai editor. Beliau juga menulis artikel dalam akhbar-akhbar tempatan termasukUtusan Melayu,Warta dan Lembaga Melayu. Beliau turut dilantik sebagi pengerusi akhbar Melayu Raya. Lihat Raja AhmadShalaby et.al, Tokoh-tokoh Guru Nusantara, hal. 42. Lihat juga Zainal Abidin Borkan et.al, Warisan PersuratanJohor, Johor : Yayasan Warisan Johor, 1997, Trankripsi Wawancara (AP 133/U/1/6, Majlis KebangsaanPentadbiran Malaysia-Biografi), Ahmad Kadir. (Peny.), Sejarah Penulisan Wanita Massa Rampaian, KualaLumpur, Arkib Negara Malaysia, 1992. hal.3-4.59Hiboran,HiboranSepuluh Tahun , hal. 54.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    42/79

    42

    membina sebuah kolej perempuan Melayu berdasarkan prinsip hidup beliau sendiri, iaitu

    Agama Dididik, Moden Dibela. Artikel itu menyatakan :

    Kolej itu juga akan dijadikan tempat perempuan-perempuanMelayu mendapat pendidikan dalam ilmu rumahtangga, sebagai

    pemimpin, dan penganjur-penganjur membela nasib golongan

    wanita.60

    Hal tersebut menunjukkan Ibu Zain amat menitikberatkan pendidikan kepada

    golongan wanita. Hal ini kerana hanya dengan ilmu pengetahuan dan pendidikan sahaja kaum

    wanita dapat membela kaum mereka. Di dalam artikel yang sama juga Ibu Zain menyatakan

    rasa dukacitanya kerana tanah air dijajah oleh bangsa asing secara tipu muslihat. Oleh itu, Ibu

    Zain mahu golongan wanita bersama-sama tenaga lelaki mempunyai semangat kebangsaan

    dan bekerja keras bagi membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman penjajah.

    Semangat Ibu Zain yang berkobar-kobar menunjukkan kehebatannya dalam memperjuangkan

    pendidikan orang Melayu dan juga pembela nasib wanita ketika itu.

    Wanita dan Kemajuan

    Wanita dan kemajuan juga mendapat perhatian majalah Hiboran. Hal ini kerana, keberanian

    golongan wanita pada zaman ini tidak boleh dipertikaikan. Kaum wanita mula pandai

    berdikari dan tidak lagi bergantung kepada orang lelaki semata-mata. Bagi mengubah

    kedudukan kaum wanita61, anak-anak yang masih dibangku sekolah telah diubah pemikiran

    mereka dan diibaratkan sebagai ombak naik pasang.62

    Kini, golongan wanita berlumba

    60Ibid, hal. 55.61 Mengikut pendapat orang tua dulu-dulu ibu bapa hanya mahukan anak mereka pandai memasak sahaja. Hal inikerana bagi ibu bapa apabila besar anak-anak gadis akan masuk ke ceruk dapur juga. Di dalam Hiboran bil ke-79 telah menegur sikap ibu bapa yang mengurung anak-anak gadis mereka di rumah seolah-olah merekabarangan peliharaan atau barang permainan. Keadaan ini sudah lama berlaku walaupun sudah berzaman bangsaMelayu terjajah. Lihat :Hiboran, Wanita Dengan Kemajuan Sekarang, bil. 79 (14/2/1949), hal. 3.62Ibid.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    43/79

    43

    ingin menjadi wanita yang mempunyai pendidikan. Hal ini kerana golongan wanita juga

    mampu menyumbang kepada kemajuan negara.63 Terutamanya, mereka ingin menyumbang

    jasa dalam membebaskan tanah air daripada penjajah dan sekaligus mendapatkan

    kemerdekaan bagi NNM. Majalah Hiboran bilangan ke-79 yang membawa tajuk Wanita

    Dengan Kemajuan Sekarang64 menyeru :

    Supaya wanita-wanita kita yang sedang mengorak langkah didalam segala segi pergerakan kemahuan itu hendaklah jangan

    undur dan patah apabila menerima ancaman atau kata kesat

    ataupun halangan yang didatangkan oleh puak-puak yang tidak

    sukakan kemajuan wanita Melayu.65

    Sementara itu, di dalam majalah Hiboran bilangan 349-384, bertajuk Kaum Wanita

    di Tengah Masyarakat66

    juga menyentuh mengenai kehebatan golongan wanita. Hal ini

    kerana golongan wanita juga mempunyai pengaruhnya. Pengarang menyatakan :

    Wahai kaum wanita yang hidup di tengah-tengah masyarakat,

    jikalau kita selidiki sedalam-alamnya kaum wanita kepadamasyarakat bangsa kita sememangnya besar pengaruhnya,

    bahawasanya kamu adalah satu alat yang bergerak lagi

    berpengaruh kepada masyarakat, kamu adalah sebagai satu asas,

    ibarat rumah sebagai satu tiang, apabila tiangnya condong tak

    dapatlah tidak rumahnya ikut condong juga begitulah juga kaumperempuan apabila adab sopan santun kamu terpelihara dengan

    mengikut ajaran agama (Allah) yang maha kuasa maka baiklahkamu dan eloklah negeri kamu yang kamu cintai..........

    67

    Oleh yang demikian, kaum wanita sememangnya memberi pengaruh yang besar dalam

    masyarakat. Terdapat sebilangan kaum wanita yang menyumbangkan jasa kepada NNM.

    63Ibid.

    64Ibid.65Ibid.66

    Hiboran, Kaum Wanita Di Tengah Masyarakat, bil. 349-384 (24 April- 25 Disember 1954), hal. 8.67Ibid.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    44/79

    44

    Namun, sekiranya kaum wanita diabaikan haknya boleh mendatangkan mudarat kepada

    negara kerana kaum wanita akan terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti masalah

    pelacuran yang banyak berlaku di NNM.

    Isu Perkahwinan

    Kahwin Paksa

    Menurut Kamus Dewan mendefinisikan kahwin paksa sebagai kahwin tidak dengan suka hati

    sendiri (kerana desakan dan ugutan).68

    Menurut majalah Hiboran kahwin paksa ialah anak

    gadis dipaksa oleh ibu bapanya berkahwin dengan seorang lelaki dan lelaki itu tua ataupun

    lelaki yang kurang digemari oleh anak gadis, cara paksaan yang dilakukan oleh ibu itu ada

    dengan jalan berlembut atau juga dengan jalan kekerasan.69 Gejala kahwin paksa sudah

    menjadi perkara kebiasaan pada tahun 1940-an. Sehinggakan majalahHiboran juga mengupas

    tentang kahwin paksa. Dalam bilangan ke-79 satu rencana yang bertajuk Kahwin Paksa70

    telah disiarkan. MajalahHiboran menyeru :

    ............ lebih elok kalau hendak berkahwin sama-sama suka antara

    keduanya, atau bercinta dahulu kemudian kahwin, pendeknya kalau

    pemuda dan pemudi sudah mahu berumahtangga segera cari pasangansupaya kita hidup aman dan damai.

    71

    Kahwin paksa boleh membawa masalah yang besar sekiranya tidak di atasi. Akibat

    dari kahwin paksa akan berlakunya penceraian kerana tidak mempunyai keserasian dalam

    rumahtangga. Masalah perceraian juga boleh menyebabkan masyarakat berada dalam keadaan

    bermusuhan dan keamanan yang dicari selama ini akan hilang secara perlahan-lahan. Di

    68Kamus Dewan :Edisi Ketiga,, hal. 960.69Hiboran,Kahwin Paksa, bil. 79 (14/2/1949), hal. 19.70

    Ibid.71Ibid.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    45/79

    45

    dalam rencana tersebut juga pengarang turut memberi cara mengatasinya. Antaranya ialah

    sekiranya seseorang itu mengambil keputusan untuk berkahwin, mereka hendaklah berkahwin

    dengan pilihan hati mereka sendiri. Hal ini kerana mereka sendiri sudah benar-benar

    mengenali hati pasangan mereka. Oleh yang demikian, masalah yang berlaku selepas

    berkahwin akan dapat ditangani bersama-sama.72 Permasalahan yang dapat diatasi dalam

    rumahtangga juga membolehkan mereka menumpukan kepada perkara lain terutama

    memajukan bangsa Melayu untuk berada sama taraf dengan kaum lain.

    Kahwin Muda dan Kahwin Tua.

    Majalah Hiboran pada Disember 1954 pula, menyentuh mengenai undang-undang di India

    yang mahu menguatkuasakan undang-undang perkahwinan bagi lelaki yang berumur 40 tahun

    dengan wanita berumur 25 tahun ke bawah. Rencana tersebut bertajuk Kahwin Muda

    Kahwin Tua73

    . Isu tersebut telah mendapat reaksi yang hangat daripada pembaca majalah

    Hiboran. Masing-masing memberi pendapat yang pelbagai. Seorang pembaca daripada

    Singapura bersetuju undang-undang terbabit digubal kerana dia berpendapat lelaki yang

    matang mengahwini wanita muda akan membolehkan rumahtangga yang dibina akan rukun

    dan damai.

    Sementara, terdapat juga pembaca yang tidak bersetuju sekiranya undang-undang yang

    sama dijalankan di NNM. Dia memberi alasan perbezaan umur antara suami dan isteri

    mungkin akan memberi tekanan emosi kepada pihak isteri. Isteri mungkin berasa malu

    mempunyai suami yang lebih tua berbanding dengan dirinya. Akibatnya rumah tangga tidak

    72Ibid.

    73Hiboran,Kahwin Muda- Kahwin Tua, bil. 349-384 (24 April- 25 Disember 1954), hal. 5.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    46/79

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    47/79

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    48/79

    48

    terpaksa melibatkan diri dalam pelacuran disebabkan oleh ketidaktanggungjawaban ibu

    sendiri. Keadaan ini berlaku kerana terdapat ibu yang memaksa anak-anak mereka melibatkan

    diri dalam pelacuran kerana terpesona dengan kemewahan yang akan diperolehi daripada

    perbuatan kotor tersebut. Anak-anak yang tidak mempunyai pendidikan ini terpaksa menurut

    kata ibu mereka, jika diingkari mereka takut dikatakan derhaka kepada ibu sendiri. Majalah

    Hiboran dengan jelas menyeru :

    ..... orang-orang yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakandan menyelidiki bagaimana punca dan sebabnya perempuan-perempuan

    muda bangsa kita menjadi pelayan dan pelacur yang sepatutnya soal

    yang menjadi halangan bagi kemajuan bangsa dan orang-orang yang

    bertanggungjawab itulah yang sepatutnya mencari jalan-jalan

    memperbaiki yang buruk ini.81

    Justeru, pada masa ini masyarakat perlu bersatu padu bagi memperkuatkan ukhwah

    persaudaraan untuk menentang penjajah. Penceraian yang berlaku juga menyebabkan ramai

    golongan wanita menjadi janda, ini akan menimbulkan masalah lain, di mana janda-janda ini

    akan terlibat dalam lembah kehinaan seperti pelacuran.82 Oleh itu, pentingnya golongan

    wanita mendapat pendidikan. Ibu bapa seharusnya memberi peluang kepada anak-anak

    mereka mendapat pendidikan sekaligus dapat memperkuatkan masyarakat Melayu bagi

    menentang sebarang bentuk penindasan oleh penjajah ke atas mereka.

    81Ibid.

    82 Sekiranya golongan wanita leka dan lalai dengan kebendaan dunia yang palsu, maka rosaklah mereka. Jikagolongan ini sudah rosak dan terjeremus di lembah kehinaan maka negara akan kucar-kacir. Oleh itu bagimenyekat diri mereka dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat, mereka perlulah memperlengkapkan diridengan ajaran Islam dengan lengkap. LihatHiboran,Kaum Wanita Di Tengah Masyarakat, hal. 8.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    49/79

    49

    Majalah Hiboran juga meyelar sikap golongan wanita Melayu sendiri menjadi Ibu

    Ayam83 yang memperdagangkan anak-anak gadis Melayu. Majalah Hiboran dengan sinis

    menyatakan :

    ....... kebanyakkan dari ibu-ibu ayam itu adalah wanita yang

    setengah umur dan lebih banyak dari yang tua, lebih-lebih

    kebanyakkan dari mereka di zaman mudanya jadi pelacuran oleh

    sudah tua dan tidak menarik minat laki, mereka menukar cara

    penghidupan- tidak lagi mereka memperjajakan badan merekatetapi diperjajakan hak orang lain. Adalah dikatakan oleh

    susahnya untuk menentukan ibu-ibu ayam itu dalam pergaulan

    sehari-hari. Maka orang-orang yang mempunyai perhubungan

    dari ibu-ibu ayam itu yang kenal dengan mereka.84

    Kes-kes pelacuran di NNM tidak dapat ditangani oleh pihak berkuasa kerana pihak

    yang terlibat dalam sindiket pelacuran bijak menyembunyikan kegiatan mereka. Majalah

    Hiboran bilangan ke-356, telah menyiarkan satu rencana yang bertajuk Wanita

    Perhambaan85 menyatakan sindiket pelacuran merasuah pengawai-pengawai polis yang

    menjadi mata-mata86 sindiket untuk memberi maklumat kepada sindiket pelacuran tentang

    operasi-operasi pihak berkuasa bagi membanteras pelacuran. Oleh itu, sukar untuk pihak

    berkuasa menangkap mereka. Kegiatan pelacuran yang berleluasa ini menyebabkan keadaan

    masyarakat Melayu berada dalam keadaan kucar-kacir.

    83 Menurut Kamus Dewan mendefinnisikan ibu ayam sebagai perempun yang memperdagangkan pelacur. Lihat: Menurut Kamus Dewan : Edisi Ketiga, hal. 475. Lihat juga : Hiboran, Wanita Perhambaan,, hal.3,menyatakan terdapat kira-kira 9 atau 10 orang ibu ayam di seluruh Singapura.84

    Ibid85Ibid.86 Menurut Kamus Dewan edisi ketiga mendefinisikan mata-mata sebagai polis atau penyuluh. Dalam ertikatayang jelas mata-mata ialah polis rahsia, polis khas yang mempunyai tugas-tugas tertentu (pada zaman darurat)atau juga polis tentera (untuk mengawasi tatatertib tentera. LihatKamus Dewan :Edisi Ketiga, hal. 867.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    50/79

    50

    Selain itu, pengarang juga menasihati kaum wanita supaya tidak terjebak dalam

    kancah pelacuran kerana apabila sudah terjebak sukar untuk wanita-wanita ini berpatah

    balik.87

    Pemikiran orang Melayu yang cetek menyebabkan mereka mudah tertipu dan hanya

    menambahkan lagi kemunduran yang selama ini membelenggu kehidupan orang Melayu.

    Oleh itu, penyiaran berita-berita sebegini dalam majalah Hiboran dapat membuka mata

    masyarakat Melayu tentang masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat Melayu.

    Isu Pendidikan

    Pendidikan di NNM sebelum kedatangan British ialah bersifat tradisional88 sebelum British

    memperkenalkan pendidikan vernakular89

    . Walaupun British memberikan pendidikan kepada

    orang Melayu tetapi orang Melayu masih ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Hal ini

    kerana sikap British berat sebelah dalam memberi pendidikan kepada orang Melayu. Selain

    itu, orang Melayu sendiri yang menolak pendidikan terutama ibu bapa yang memandang

    serong untuk memberi pendidikan kepada anak-anak perempuan. Hal ini dibuktikan jika

    dilihat di sekolah-sekolah Melayu jumlah pelajar lelaki mengatasi pelajar perempuan

    87Hiboran, Wanita Perhambaan, hal. 3.

    88 Pendidikan tradisional ialah satu sistem pendidikan yang bersifat tempatan tanpa pengaruh sistem pendidikanyang diperkenalkan oleh dunia moden. Pendidikan pondok dan sekolah rakyat diklasifikasikan sebagai sistem pendidikan tradisional. Perbezaan yang nyata dalam sistem pendidikan tradisonal terutama dari segi strukturorganisasi, pentadbiran, kurikulum dan mata pelajaran yang diajar. Lihat Azmah Abd. Manaf, Sejarah Sosial

    Masyarakat Melayu, hal. 257-258. Menurut Awang Had Salleh, pendidikan Melayu sebelum kedatangan Britishumumnya berbentuk agama, lihat Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya ZamanBritish, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, hal. 1.89 British telah memperkenalkan pendidikan Melayu sekular. Dengan adanya bangunan yang didirikan khasuntuk mengajar mata pelajaran-mata pelajaran seular secara formal. Pendidikan ini bermula apabila pada tahun1821 bila pihak penyelenggara Penang Free School memulakan pengajaran Bahasa Melayu di Gelugor, PulauPinang. Sekolah Melayu secara percubaan dimulakan di Province Wellesly dalam tahun 1871. Lihat Awang HadSalleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, hal. 1-2. Lihat juga Azmah Abd. Manaf,Sejarah Sosial Masyarakat Melayu, hal. 277, Khathijah Abdul Hamid Penggunaan Bahasa Melayu DalamPendidikan Di Malaysia, A. Aziz Deraman, Tamadun Melayu: Jilid Enam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa DanPustaka, 2004, hal. 2841.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    51/79

    51

    sebanyak 75 peratus.90 Majalah Hiboran menyelar juga ibu bapa yang mengongkong anak-

    anak terutama anak-anak perempuan untuk mendapat pendidikan :

    Setiap lelaki dan perempuan keduanya berhak mendapat nasi

    bagi tubuh badannya, tentulah begitu juga keduanya sama

    berhak mendapat pendidikan bagi makanan untuknya. Maka, tidak

    adil dan berat sebelah jadinya, lelaki sahaja diberikan

    pelajarannya, dan perempuan tidak. Yang demikian, menjadikan seolah-olah lelaki itu tamak akan faedah bagi dirinya sendiri

    sahaja pihak perempuan biarlah tinggal dalam gelap dan bodoh,

    perempuan-perempuan yang berpendidikan kemajuan, masih

    sangat kecil bilangannya yang menyebabkan mereka itu sangat

    susah hendak mencari ilmu pengetahuan. Ialah tak lain darikongkongan dan adat yang tidak sesuai lagi di zaman kemajuan ini

    iaitu adat yang melarang anak-anak perempuan keluar rumah.91

    Kepentingan pendidikan kepada bangsa Melayu juga diperjelaskan oleh majalah

    Hiboran, satu artikel yang bertajuk Pendidikan92

    telah disiarkan. Kandungannya menyentuh

    tentang pentingnya pendidikan kepada bangsa Melayu. Melalui pendidikan dapat menentukan

    sama ada sesuatu bangsa itu akan menjadi maju atau mundur. Punca yang menyebabkan

    bangsa Melayu menjadi mundur ialah kurangnya ilmu pengetahuan sama ada dalam pelajaran,

    ilmu ekonomi dan ilmu rumahtangga.93 Bagi menerapkan pendidikan kepada anak-anak

    sebenarnya bermula dari rumah, ibu bapa memberi kesan yang besar terhadap anak-anak

    mereka. Ibu bapa akan menjadi role modelkepada anak-anak, setiap tingkah laku mereka

    akan diperhati dan ditiru oleh anak-anak.94

    90Hiboran,Ketinggalan Perempuan Dalam Pelajaran Merosokkan Masyarakat Melayu, bil. 87 (16/4/1949), hal.17.91Hiboran,Kewajipan Pelajaran Bagi Kaum Perempuan, bil. 218 (20/10/1951), hal. 35.92Hiboran,Pendidikan, bil. 274 (15/11/1952), hal. 35.93

    Ibid.94Ibid, hal. 36.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    52/79

    52

    Di dalam artikel yang sama juga menyentuh kewajipan ibu bapa kepada anak-anak mereka,

    iaitu:

    Ibu bapa harus mengerti iaitu, perbuatan dan percakapan kitahari-hari berupa kasar halus, buruk baiknya itulah pendidikan

    yang utama dan sangat memberi bekas dan kesan yang amat

    dalam kepada anaknya........... ini adalah salah satu daripada

    kewajipan yang sememangnya sentiasa kita lakukan walaupun

    perkara itu tidak terus pada hati kita kewajipan yang daripada itumasih ada lagi. Ibu bapa haruslah, bersifat bersifat lemah

    lembut, aman dan damai dirumahtangga bersih berperaturan,

    dalam segala hal, berkata benar dalam segala perkara.........95

    Selain itu, melalui pendidikan juga dapat menimbulkan semangat kebangsaan kepada

    anak-anak Melayu, supaya mereka sedar akan keadaan bangsa mereka sekarang. Pendidikan

    yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak perlu ditanam bersama perasaan jangan berasa

    rendah diri.96 Guru-guru di sekolah juga perlu menerapkan perasaan kebangsaan kepada

    anak-anak muridnya dan sentiasa memperlengkapkan diri murid-murid dengan rasa

    tanggungjawab dan perlu berjiwa merdeka. Oleh itu, mereka akan sentiasa beringat dan tidak

    begitu mudah ditindas oleh penjajah.

    95Ibid, hal. 35.96

    Di dalam keluaran akhbarMelayu Raya turut menyatakan antara sebab-sebab kemunduran orang Melayu, iaituantaranya ialah ramai murid-murid tinggal di rumah, kemiskinan menyebabkan mutu makanan dan kesihatanrendah, tiada pengawasan yang baik dari pihak ibu bapa terhadap kelakuan anak-anak mereka, dan orang Melayukahwin muda sekaligus tidak dapat memberikan pelajaran yang cukup kepada anak-anak mereka. Lihat KhooKay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia, 1984, hal. 265.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    53/79

    53

    Kesimpulan

    Secara kesimpulannya, majalah Hiboran bukanlah majalah yang membawa cerita-cerita

    hiburan semata-semata tetapi terdapat mesej yang tersirat yang cuba disampaikan oleh

    majalah ini. Hal ini dibuktikan melalui rencana-rencana serta artikel yang mengandungi isu

    masyarakat yang serius berlaku di NNM. Ia disiarkan untuk memberi kesedaran kepada

    masyarakat supaya mereka peka tentang keadaan masyarakat terutama orang Melayu.

    Majalah Hiboran turut menyiarkan berita luar negara tentang kehebatan dan kemodenan

    masyarakat di Barat. Perkara ini dilakukan untuk rujukan masyarakat di NNM supaya mereka

    membuka mata yang selama ini tertutup dengan perkara khurafat dan adat-adat kuno yang

    menyekat pemikiran mereka.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    54/79

    54

    BAB 4

    PERANAN DARI SEGI POLITIK DAN EKONOMI

    Pengenalan

    Bab ini akan membincangkan perkara berkenaan politik, dan ekonomi orang Melayu yang

    pernah di siarkan oleh majalahHiboran. Bab-bab sebelum ini menerangkan bahawa majalah

    Hiboranbukan sahaja membawa berita berkenan hiburan sahaja tetapi majalah ini juga tidak

    ketinggalan menyiarkan berita-berita lain seperti politik dan masalah-masalah ekonomi orang

    Melayu di NNM. Kehangatan berita tentang politik di dalam majalah Hiboran adalah pada

    pertengahan tahun 1950-an kerana NNM pada ketika itu berada pada fasa untuk

    membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.97 Majalah Hiboran cuba menaikkan

    semangat kebangsaan orang Melayu dengan menyiarkan berita-berita tentang penindasan

    penjajah terhadap orang Melayu, pentingnya orang Melayu mendapat pendidikan seperti

    bangsa lain, selain menyiarkan artikel berkenaan kemerdekaan yang dicapai oleh Indonesia

    97 Zaman setelah Perang Dunia Kedua merupakan zaman yang jauh lebih bergelodak bagi orang Melayu darisegi sosiopolitk. Peperangan yang baru berlalu telah mematangkan orang Melayu dari segi politik. Kuasa Baratyang memerintah tanah air selama beberapa abad tidak lagi kelihatan perkasa yang tidak mungkin ditundukkan.Percaturan politik yang dilaksanakan oleh kelompok-kelompok bukan Melayu selama waktu perang dan selepas perang, telah membentuk asas yang kukuh dalam mewarnai sikap orang Melayu sendiri terhadap mereka.Terbentuknya negara-negara baru di Asia dan Afrika teah menimbulkan satu kesedaran kepada orang Melayutentang masa depan mereka. Lihat : Rustam A. Sani. Ke Mana Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur : R.Publishing Sevices. 2004, hal. 50.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    55/79

    55

    yang dilakukan oleh rakyatnya. Selain itu, majalah Hiboran turut menyiarkan kemunduran

    orang Melayu dalam bidang ekonomi sebagai kesedaran kepada orang Melayu.

    Politik

    Semangat Kebangsaan Orang Melayu

    Semangat kebangsaan orang Melayu timbul apabila orang Melayu terpengaruh dengan

    gerakan reformis Islam yang bermula di Mesir pada abad ke 19, di mana gerakan ini

    dipelopori oleh Sheikh Mohd. Abduh.98

    Semangat kebangsaan ini juga boleh dikaitkan

    nasionalisme99 Melayu. Melalui semangat kebangsaan ini orang-orang Melayu mula

    menubuhkan persatuan-persatuan berunsur politik sebagai perjuangan untuk mendapatkan

    kemerdekaan tanah air daripada penjajah. Penubuhan persatuan pertama di NNM ialah

    Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada tahun 1926, dan diikuti penubuhan cawangannya di

    Pulau Pinang dan Melaka pada tahun 1937.100

    Ekoran daripada itu, persatuan-persatuan lain

    mula muncul di negeri-negeri lain seperti Persatuan Melayu Perak, Selangor, Pahang,

    Kelantan, Kesatuan Melayu Muda, UMNO dan PKMM.101

    Semangat kebangsaan yang terdapat dalam bidang penulisan, pada peringkat awal

    hanya tertumpu pada persoalan-persoalan masyarakat terutama dalam bidang sosial dan

    ekonomi. Contohnya penerbitan akhbar dan majalah seperti al-Imam, Tunas, al-Ikwan,

    Utusan Melayu, al-Hikmah, Pengasas, Saudara, Idaran Zaman yang memberi tumpuan

    98Abdul Karim Abdullah dan Ghazali Basri. Latar Belakang dan Sejarah Malaysia Moden. Kuala Lumpur :

    Penerbitan Adabi Sdn. Bhd. 1979. hal. 222.99 Nasionalisme ialah gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa,dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk kepeiabadian sejati. Perasaannasionalisme lahir berpunca daripada tekanan dan pengaruh asing atau penjajah sehingga sesuatu bangsa ituberasa lemah dan tertinggal dalam lapangan politik, ekonomi, sosial dan juga kebudayaan. Lihat : Abdul LatiffAbu Bakar, Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya,1996, hal. 130.100

    Ibid, 132.101Ibid.

  • 8/8/2019 Amalina Binti Mustafa _d20041019186

    56/79

    56

    kepada persoalan ekonomi, kemiskinan, pendidikan dan Islah Islamiah.102 Pada peringkat

    kedua dan ketiga gerakan kebangsaan pula, di NNM lebih tertumpu kepada masalah

    sosioekonomi dan politik orang Mel