amali sce 3101

23
Laporan Eksperimen (ms. 25) Tajuk : Sel Haiwan( sel pipi) dan Sel Tumbuhan (sel epidermis tumbuhan) Objektif : Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik pewarnaan yang betul. Bahan dan Radas: Mikroskop, slaid mikroskop, slip kaca, penitis, forcep, pisau, pencungkil gigi, metilena biru,larutan iodine, bawang. Kaedah: (a) Memerhati sel pipi. 1. Berkumur dengan air bersih 2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian dalam pipi anda dan dapatkan satu lapisan nipis specimen sel pipi. 3. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid kaca. 4. Tutup specimen dengan penutup slaid kaca. 5. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. 6. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut: nucleus, jalinan kromatin, membrane sel dan sitoplasma. (b) Memerhati sel epidermis daun. 1. Gunakan forcep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun sisik bawang. 2. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodine di atas slaid kaca. 3. Tutup specimen dengan penutup slaid kaca.

Upload: veronica-usin

Post on 28-Oct-2015

304 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Page 1: Amali sce 3101

Laporan Eksperimen (ms. 25)

Tajuk : Sel Haiwan( sel pipi) dan Sel Tumbuhan (sel epidermis tumbuhan)

Objektif : Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik pewarnaan yang betul.

Bahan dan Radas: Mikroskop, slaid mikroskop, slip kaca, penitis, forcep, pisau, pencungkil gigi, metilena biru,larutan iodine, bawang.

Kaedah:

(a) Memerhati sel pipi.

1. Berkumur dengan air bersih

2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian dalam pipi anda dan dapatkan satu lapisan nipis specimen sel pipi.

3. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid kaca.

4. Tutup specimen dengan penutup slaid kaca.

5. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.

6. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut: nucleus, jalinan kromatin, membrane sel dan sitoplasma.

(b) Memerhati sel epidermis daun.

1. Gunakan forcep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun sisik bawang.

2. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodine di atas slaid kaca.

3. Tutup specimen dengan penutup slaid kaca.

4. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.

5. Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian yang berikut: nucleus, jalinan kromatin, membrane sel, sitoplasma dan vakuol.

Keputusan: *Rujuk Lampiran di belakang.

Page 2: Amali sce 3101

Soalan :

1. Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi anda.

Nukleus, sitoplasma dan membran plasma.

2. Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas?

Epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas kerana fotosentesis tidak berlaku tanpa cahaya memandangkan bawang ini adalah organ simpanan di dalam tanah.

3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.

Persamaan :

1. Membran plasma mengelilingi sitoplasma.2. Kedua-dua sel mengandungi nucleus dan sitoplasma3. Kedua-dua sel mempunyai organel seperti mitokondrion,jalinan endoplasma,

jasad Golgi dan ribosom.

Perbezaan:

Struktur Sel Haiwan Sel tumbuhan

1. Saiz Umumnya lebih kecil dari sel tumbuhan

Umumnya lebih besar dari sel haiwan

2. Bentuk Ada yang berbentuk tidak tetap dan berbentuk tetap bergantung pada jenis sel haiwan.

Berbentuk tetap

3. Dinding sel Tiada Ada4. Kloroplas Tiada Kloroplas mengandungi

klorofil dan terdapat di dalam sel fotosintetik.

5. Vakuol Tiada vakuol besar. Jika ada vakuol adalah kecil, banyak dan berselerak di dalam sel.

Biasanya ada vakuol tengah yang besar dan terdapat di dalam sel fotosintetik.

6. Simpanan makanan Makanan di simpan dalam bentuk glikogen.

Makanan disimpan di dalam bentuk kanji.

7. Sentriol Ada Tiada8. Silium dan flagela Sesetengah sel haiwan

mempunyai silium dan flagella.

Tiada

Page 3: Amali sce 3101

4. Mengapakah nucleus dikenali sebagai “pusat kawalan” bagi sel?

Ini kerana di dalam nucleus terdapat segmen DNA pada kromosom yang berfungsi sebagai gen yang mengawal semua aktiviti sel.

5. Apa itu tisu? Apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu untuk melaksanakan suatu tugas yang tertentu?

Tisu terdiri dari sekumpulan sel yang mempunyai struktur yang sama dan khusus untuk menjalankan fungsi yang sama.Gabungan tisu untuk melaksanakan suatu tugas tertentu dinamakan organ.

Laporan Eksperimen 2 ( ms. 48)

Page 4: Amali sce 3101

Tajuk : Ujian makanan.

Objektif : Untuk menguji kehadiran vitamin C dalam buah-buahan tempatan dan import.

Hipotesis : Jus buah jambu batu mempunyai kandungan vitamin C yang paling tinggi.

Bahan dan radas :

1.0% larutan dichlorophenolindophenol (DCPIP), 0.1% larutan asid askorbik, Jus buah betik, jambu dan mangga tempatan segar yang baru disediakan, Jus buah kiwi, lemon dan oren, picagari berjarum (1ml dan 5ml), tiub specimen, Kain kasa, pisau dan bikar.

Prosedur;

1. Larutan 1ml 1.0%DCPIP di masukkan ke dalam tiub specimen dengan menggunakan 1ml picagari.

2. 0.1% larutan asid askorbik dipenuhi dalam 5ml picagari.3. Jarum picagari yang mengandungi 0.1% larutan asid askorbik dimasukkan ke dalam

larutan 1.0% DCPIP.Asid Askorbik dimasukkan perlahan-lahan tanpa mengacau larutan DCPIP sehingga warna biru DCPIP terluntur.

4. Langkah 1-3 diulangi dengan mengantikan larutan asid askobik dengan jus buah-buahan segar yang baru disediakan.Kuantiti jus buah yang digunakan untuk melunturkan warna DCPIP ditentukan.

5. Keputusan dimasukkan dalam jadual. Peratusan dan kepekatan Vitamin C dalam jus buah-buahan dikira dengan menggunakan formula dibawah.

Keputusan:

Larutan/ Jus buah

Kuantiti jus buah yang diperlukan untuk melunturkan warna DCPIP

Peratusan Vitamin C dalam jus buah

Kepekatan Vitamin C dalam jus buah

1 2 3 PurataLarutan asid askorbik 0.1% 1.0 1.1 1.0 1.0

Jus nanas 3.2 3.0 3.1 3.1 1.0 x 0.1 = 0.032%3.1

1.0 = 0.32 mg ml-1

3.1

Jus jambu 2.0 2.2 2.1 2.1 1 x 0.1 = 0.048%2.1

1 = 0.48 mg ml-1

2.1

Jus limau4.9 4.9 4.8 4.9 1.0 x 0.1 = 0.02%

4.91.0 = 0.2 mg ml-1

4.9

Jus oren 5.0 5.3 5.2 5.2 1.0 x 0.1 = 0.02%5.2

1.0 = 0.19 mg ml-1

5.2

Pengiraan :

Page 5: Amali sce 3101

Isipadu 0.1% asid askorbik untuk menyahwarnakan DCPIP = x cm3

Isipadu jus buah untuk menyahwarnakan DCPIP = y cm3

x cm3 0.1% asid askorbik (kepekatan 1mg/cm3) boleh menyahwarnakan 1 cm3 1.0% DCPIP dan

y cm3 jus buah-buahan kepada k mg/cm3 boleh menyahwarnakan 1 cm3 1.0% DCPIP

jadi,

kuantiti asid askorbik dalam x cm3 0.1% asid askorbik = kuantiti asid askorbik dalam y cm3 0.1% jus buah. Dengan itu,

x cm3 x 1mg/cm3 = y cm3 x k mg/cm3

k mg/cm3 = x cm3 x mg/cm3

y cm3 = x mg/cm3

y Dengan demikian kepekatan asid askorbik dalam jus buah ialah x mg/cm3

yPerbincangan;

1. Larutan asid askorbik 0.1% mengandungi 0.1 g asid askorbik dalam 100ml cecair.2.Kandungan vitamin C (asid askorbik) dalam buah-buahan ditentukan dengan menggunakan larutan biru DCPIP (diklorofenolindolfenol), sejenis pencelup. Vitamin C menurunkan DCPIP menyebabkan warna biru terluntur.3. Semasa eksperimen dijalankan , larutan DCPIP tidak boleh digoncang dengan kuat kerana oksigen dari atmosfera boleh mengoksidakan semula DCPIP yang terturun. Sekiranya ini berlaku, ini bermakna lebih banyak asid askorbik diperlukan untuk menurunkan larutan DCPIP dan dengan itu tidak dapat menggambarkan kandungan vitamin C yang sebenar dalam buah.4. Semakin tinggi kandungan vitamin C dalam jus buah, semakin sedikit jus buah yang diperlukan untuk melunturkan suatu isipadu DCPIP yang digunakan.5. Semasa memerah jus dari buah-buahan, elakkan daripada menumbuk dengan kuat kerana haba yang terhasil boleh memusnahkan sebahagian asid askorbik di dalam buah tersebut.6. Jus buah-buahan juga tidak boleh disediakan sehari lebih awal dari hari eksperimen kerana asid askorbik dalam jus buah mudah termusnah melalui pengoksidaan.

Kesimpulan.

Setiap jus buah-buahan mengandungi kandungan vitamin C yang tertentu. Antara buah-buahan yang digunakan, jus jambu batu mengandungi kandungan asid askobik yang paling tinggi iaitu 0.48 mg/ml.Hipotesis diterima.

Eksperimen 2

Page 6: Amali sce 3101

Tajuk : Menguji kandungan nutrien dalam kelas makanan berlainan.

Pengenalan : Setiap makanan mengandungi lebih daripada satu nutrien. Kandungan nutrian dalam sesuatu sampel makanan juga berbeza.Untuk menentukan kandungan nutrient bagi dalam sampel makanan, ujian makanan bagi nutrient berikut dijalankan;

Kelas makanan Ujian PemerhatianKarbohidratKanji

Dua titik larutan iodin dititiskan ke dalam sebuah tabung uji yang mengandungi 1 ml larutan kanji 1%.

Ampaian kanji menukarkan warna perang larutan iodin menjadi biru kehitaman

Kesimpulan : Terdapat kanji Gula penurun (Ujian Benedict)

2 ml larutan Fehling atau Benedict ditambah ke dalam 2 ml larutan gula penurun. Campuran larutan kemudian dipanaskan selama 1 minit.

Larutan biru bertukar kepada hijau, kuning, jingga dan akhirnya mendakan merah bata terhasil. Jika mendakan hijau terhasil, ini menunjukkan sampel makanan mengandungi sedikit gula penurun.

Gula bukan penurun (sukrosa)

Ujian gula bukan penurun(a) 1 ml asid hidroklorik cair dicampurkan dengan 1 ml larutan sukrosa.

Catatan; Tujuan mendidihkan sukrosa dengan asid hidroklorik cair adalah untuk menukarkan sukrosa (gula bukan penurun) kepada gula penurun.

(b) Campurkan dididihkan selama 1 minit dan disejukkan

(c) Sedikit natrium hidrogen karbonat (NaHCO3) pepejal ditambahkan untuk meneutralkan asid.

Apabila pembuakan berhenti, 2 ml larutan Benedict/Fehling ditambahkan ke dalam dan dipanaskan selama 1 minit.

Pendidihan sukrosa dengan asid hidroklorik menghidrolisiskan molekul sukrosa (disakarida yang terdiri daripada glukosa dan fruktosa)

Sukrosa asid glukosa + Hidrolisis fruktosa Pembuakan diperhatikan apabila natrium hidrogen karbonat dicampur dengan asid. Natrium hydrogen karbonat meneutralkan asid hidroklorik. Gas karbon dioksida terbebas.

Mendakan merah bata terhasil.

Kesimpulan: Gula bukan penurun boleh dihidrolisiskan kepada gula penurun dengan mendidihkannya bersama asid. Sukrosa ialah gula bukan penurun.

(B) Protein (a) Ujian Millon2 titis bahan uji millon ditambah ke

Mendakan putih bertukar menjadi mendakan merah.

Page 7: Amali sce 3101

dalam larutan albumen dan campuran larutan kemudiannya dipanaskan.

(b) Ujian Biuret2 ml larutan natrium hidroksida ditambahkan kepada larutan albumen. Kemudian 2 titis larutan kuprum(II) sulfat 1% dititiskan kepada larutan itu.

(c) Ujian XantoproteinBeberapa titis asid nitric pekat ditambahkan ke dalam larutan protein dan dipanaskan. Kemudian sedikit larutan ammonia ditambahkan ke dalam larutan tersebut selepas disejukkan.

Kesimpulan : Terdapat protein

Larutan ungu terbentuk

Kesimpulan: Terdapat protein

Protein menggumpal dan warnanya bertukar daripada putih menjadi kuning apabila dipanaskan. Apabila ammonia ditambah, gumpalan protein bertukar menjadi warna jingga.

(C) Lemak (minyak)

(a) Ujian kesan grisMinyak dititiskan ke atas kertas turas dan dibiarkan kering.

(b) Ujian Sudan IIIBeberapa titis minyak dititiskan ke dalam 2 ml air dan digoncang. Kemudian beberapa titis larutan Sudan III dititiskan ke dalam campuran itu.

Kesan minyak yang lut sinar ditinggalkan pada kertas turas.

Lapisan minyak berwarna merah terapung di atas air.

Kesimpulan : Terdapat kehadiran lemak.

(D) Vitamin C Ujian DCPIP2 titis larutan DCPIP (diklorofenolindolfenol) ditambahkan ke dalam larutan vitamin C.

Warna larutan DCPIP terluntur.

Eksperimen 3

Page 8: Amali sce 3101

Tajuk : Sistem Respirasi ikan

Pengenalan:

Haiwan akuatik seperti ikan mempunyai struktur respirasi yang khusus dipanggil insang untuk bernafas. Ikan mempunyai empat pasang insang yang dilindungi operculum.Setiap insang pula terdiri daripada rod tulang kecil dipanggil lengkung insang. Di tepi sebelah luar setiap lengkung insang disokong dua baris filamen insang. Di tepi sebelah dalam lengkung insang terdapat banyak tulang halus dipanggil sisir insang untuk menapis partikel makanan yang mungkin termasuk dalam liang insang dan menyebabkan kerosakan filament insang. Di permukaan setiap filamen insang terdapat banyak unjuran nipis dan pipih yang disebut lamella, untuk menambahkan luas permukaan. Lamela insang terdapat banyak jaringan kapilari darah untuk pertukaran gas.Pertukaran gas banyak berlaku pada filament insang.

Tujuan : Menyiasat sistem respirasi ikan

Bahan dan radas :

Ikan, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan.

Prosedur;

1. Potong operculum pada satu sisi ikan untuk mendedahkan insang.

2. Perhatikan berapa pasang insang yang terdapat pada ikan tersebut.

Setiap sisi kiri dan kanan ikan terdapat 2 pasang insang. Jadi ke semuanya terdapat 4 insang dalam seekor insang.

3. Keluarkan insang, keluarkan satu lengkung insang dan ambil filamen insang.

Page 9: Amali sce 3101

4. Perhatikan filamen insang di bawah mikroskop.

Filamen insang diperhatikan di bawah mikroskop.

3. Pertukaran gas berlaku di filamen insang. Huraikan ciri-ciri penyesuaian filamen insang yang membolehkan pertukaran gas yang effisien.

- Terdapat banyak unjuran nipis (lamella) pada filamen insang untuk meningkatkan nisbah luas permukaan isi padu untuk penyerapan oksigen terlarut di dalam air.- Membran filament insang sangat nipis dan memudahkan oksigen meresap ke dalam darah.- Terdapat banyak kapilari darah dalam filamen insang untuk meningkatkan kadar pertukaran gas secara resapan.

Darah dalam kapilari darah lamela dan air di sekeliling mengalir dalam arah yang bertentangan. Ini akan menghasilkan aliran lawan arus yang membolehkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida yang lebih efisien, jika dibandingkan dengan aliran air dan darah kapilari yang selari antara satu sama lain.

4. Terangkan fungsi insang filamen.

Filamen insang berfungsi sebagai penyalur gas respirasi dan secara tidak langsung ia sebagai tempat penyerapan gas.

Perbincangan;

Page 10: Amali sce 3101

1. Sisik ikan berfungsi sebagai pelindung dari serangan penyakit, melindungi ikan daripada perubahan cuaca drastic dan mempermudahkan gerakan ikan di dalam air kerana ikan akan selalu bergesekan dengan air ataupun benda di sekitarnya.

2. Insang berfungsi sebagai struktur respirasi. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku pada permukaan insang.

3. Terdapat dua pasang insang. Setiap lembaran insang terdiri dari sepasang filament yang mengandungi lamella( lapisan nipis )

4. Ciri-ciri insang terdiri daripada lengkungan insang, dengan dua baris filament insang, mempunyai banyak lamella insang/ kapilari darah.

5. Pada filament, terdapatnya pembuluh darah yang mengandungi kapilari darah sehingga memungkinkan terjadinya penukaran gas oksigen dan gas karbon dioksida.

6. Inspirasi : Oksigen dari air masuk ke dalam insang yang kemudian diikat oleh kapilari darah untuk dibawa ke jaringan tubuh.

7. Ekspirasi : Karbon dioksida dari jaringan bersama darah menuju ke insang dan selanjutnya dikeluarkan dari tubuh.

5. Hasil pemerhatian. ( filament insang )

Page 11: Amali sce 3101

Rujukan;

www.tuitionplaza.com

www.wikipedia.org

www.bio_isu.tripod.com/id3.html

Amali 4 ( ms. 96)

Page 12: Amali sce 3101

Enzim dan Pencernaan ( E )

Tujuan : Mengkaji penghasilan oksigen ketika fotosintesis.

Objektif : Membuktikan bahawa oksigen dihasilkan apabila proses fatosintesis berlangsung.

Alat dan bahan : Tanaman Hydrilla sp, bikar kaca, corong turas.

Prosedur;

1. Letakkan Hydrilla sp. (Tumbuhan air tawar) dibawah corong turas yang diterbalikkan. Gunakan air kolam bagi tujuan merendamkan tumbuhan ini. Corong turas ditinggikan sedikit dari bahagian bawah bikar untuk membolehkan pergerakan air yang bebas.

2. Terbalikkan tabung uji yang dipenuhi dengan air pada bahagian corong turas. Pastikan tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam tabung uji. Label set ini sebagai A.

3. Letakkan radas ini di bawah cahaya matahari selama beberapa jam.

4. Sediakan satu lagi set radas seperti di atas tetapi letakkan di tempat gelap. Radas ini bertindak sebagai kawalan dan dilabelkan dengan B.

5. Uji gas yang terkumpul dengan kayu uji bernyala bagi kedua-dua set A dan set B. Apa yang dapat diperhatikan. Namakan gas yang terkumpul.

Pemerhatian:

1. Di tempat yang terkena cahaya matahari langsung pada minit ke 0 dalam suhu 30o belum muncul gelembung satupun, volume oksigen pun belum ada. Pada menit ke 10 dalam suhu 30.5o muncul gelembung sebanyak 715 gelembung, dengan volume oksigen 1 cm. Pada minit ke 20 dalam suhu 31.2o muncul gelembung sebanyak 771 gelembung, dengan volume oksigen 2 cm. Pada minit ke 30 dalam suhu 32.1o muncul gelembung sebanyak 601 gelembung, dengan volume oksigen 2.5 cm. Pada minit ke 40 dalam suhu 33.1o muncul gelembung sebanyak 919 gelembung, dengan volume oksigen 3.8 cm.

2. Pada tempat yang tidak terkena cahaya matahari pula,  pada menit ke 0 dalam suhu 31.5o belum muncul gelembung satupun, volume oksigen pun belum ada. Pada minit ke 10 dalam suhu 31o muncul gelembung sebanyak 3 gelembung, dengan volume oksigen 0.05 cm. Pada minit ke 20 dalam suhu 30.7o muncul gelembung sebanyak 9 gelembung, dengan volume oksigen 0.1 cm. Pada minit ke 30 dalam suhu 30.6o muncul gelembung sebanyak 10 gelembung, dengan volume oksigen 0.15 cm. Pada minit ke 40 dalam suhu 30.5o muncul gelembung sebanyak 12 gelembung, dengan volume oksigen 0.2 cm.

Perbincangan;

1. Apabila diuji dengan kayu uji bernyala, pada set A, kayu uji tersebut terus menyala malah lebih terang, manakala kayu uji yang diletakkan pada tabung uji B pula terus terpadam. Gas yang terkumpul dalam tabung uji A adalah gas oksigen.

Rumusan;

Page 13: Amali sce 3101

Gelembung yang dihasilkan pada ujikaji tersebut adalah gas oksigen. Gas ini terbentuk kerana proses fotolisis yang mana air diuraikan menjadi gas oksigen yang akan muncul berupa gelembung-gelembung dengan persamaan reaksi sebagai berkut;

2H2O(l) 4H+(aq) + O2 (g). Dari persamaan tersebut, nyatalah gas oksigen terhasil dari penguraian air.

Keadaan suhu awal lebih rendah dari pada suhu akhir. Ini karena ia belum dipengaruhi oleh intensiti cahaya matahari dan angin.Frekuensi pembentukan gelembung dari awal sampai akhir percubaan adalah meningkat, karena adanya pengaruh cahaya matahari terhadap proses fotosintesis.Didapati juga air dalam tangkai tersebut semakin lama semakin turun karena adanya gelembung - gelembung oksigen yang dihasilkan oleh tanaman Hydrilla semasa berlaku proses fotosintesis.

Fotosintesis dipengaruhi oleh factor-faktor seperti berikut;

-Suhu,

-Cahaya

-Air

-Karbon diokssida

-Kandungan klorofil.

Berdasarkan ujikaji di atas, kesimpulannya, dalam proses fotosintesis, air dan cahaya matahari sangat diperlukan dan semasa berlakunya proses fotosintesis, oksigen dibebaskan.

Rajah Ujikaji Penghasilan Oksigen ketika Fotosintesis

Page 14: Amali sce 3101

Laporan Eksperimen Pembedahan Sistem Respirasi Mamalia.

Tujuan: Menyiasat sistem respirasi mamalia

Bahan dan radas: Tikus, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan,

Prosedur:

1. Letak tikus di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke atas. Gunakan jarum untuk memegang tikus di atas papan pembedahan.

2. Mula potong di bahagian ventral pada garisan tengah dan potong hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur.

3. Dengan memegang kulit dengan forseps, keluarkan tisu perantara. Tarik kulit dan pinkan ke atas papan pembedahan.

4. Potong dinding toraks secara ventral dan sisi untuk mendedahkan rongga toraks.

5. Keluarkan kelenjar timus.

6. Potong otot dan tisu di bahagian leher untuk mendedahkan trakea dan laring.

7. Potong di bahagian atas laring. Keluarkan tisu perantara yang terlekat pada trakea.

8. Dengan hati-hati, keluarkan kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring serentak. Pisahkan esofagus dari jantung .Pinkan laring, trakea dan paru-paru di atas papan pembedahan. Lukisgambarajah berlabel struktur-struktur yang anda telah keluarkan

Laporan bergambar pembedahan respirasi tikus.

1. Keratan jantung tikus

Page 15: Amali sce 3101

Soalan:1. (a) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini. 13 tulang rusuk

(b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini. Sangkar rusuk haiwan ini berfungsi

2. (a) Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma

(b) Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan.

3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan.

Picit paru-paru and perhatikan teksturnya. Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-paru akan mengembang dan paru-paru akan terapung dalam air.

4. Ukur panjang trakea (dari laring ke bahagian cabang bronkus).

Laporan Eksperimen Pembedahan Sistem Respirasi Mamalia.

Page 16: Amali sce 3101

Tujuan: Menyiasat sistem respirasi mamalia

Bahan dan radas: Tikus, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan,

Prosedur:

1. Letak tikus di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke atas. Gunakan jarum untuk memegang tikus di atas papan pembedahan.

2. Mula potong di bahagian ventral pada garisan tengah dan potong hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur.

3. Dengan memegang kulit dengan forseps, keluarkan tisu perantara. Tarik kulit dan pinkan ke atas papan pembedahan.

4. Potong dinding toraks secara ventral dan sisi untuk mendedahkan rongga toraks.

5. Keluarkan kelenjar timus.

6. Potong otot dan tisu di bahagian leher untuk mendedahkan trakea dan laring.

7. Potong di bahagian atas laring. Keluarkan tisu perantara yang terlekat pada trakea.

8. Dengan hati-hati, keluarkan kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring serentak. Pisahkan esofagus dari jantung .Pinkan laring, trakea dan paru-paru di atas papan pembedahan. Lukisgambarajah berlabel struktur-struktur yang anda telah keluarkan

Laporan bergambar pembedahan respirasi tikus.

1. Keratan jantung tikus

Soalan:

Page 17: Amali sce 3101

1. (a) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini. 13 tulang rusuk

(b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini. Sangkar rusuk haiwan ini berfungsi

2. (a) Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma

(b) Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan.

3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan.

Picit paru-paru and perhatikan teksturnya. Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-paru akan mengembang dan paru-paru akan terapung dalam air.

4. Ukur panjang trakea (dari laring ke bahagian cabang bronkus).

Rajah – Fotosintesis

Page 18: Amali sce 3101