amalan muafakat

28
AMALAN MUAFAKAT

Upload: siti-noor

Post on 25-Nov-2015

47 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Slide 1

AMALAN MUAFAKAT

Pada suatu hari, anai-anai berkumpul di bawah pohon saga.

Kawan-kawan, marilah kita membuat sarang di sini. Tempat ini sesuai untuk kita tinggal. -

Marilah kita membuat sarang yang lebih besar. -

Saya rasa sarang itu tidak perlu besar sangat. Haiwan lain pun hendak tinggal di sini. -

Tidak lama kemudian, semut merah dan semut hitam pun datang.

Wahai anai-anai, kami hendak membuat rumah di sini! -

Kami pun hendak membuat rumah di sini. -

Wahai sahabatku, kamu boleh membina rumah di sini! Namun, kami berharap agar kamu mengamalkan sikap bertolak ansur agar hidup kita harmoni. -

Mereka bersetuju lalu mengorek lubang dan menimbunkan tanah sehingga menjadikan busut semut merah lebih besar.

Wah, besar sungguh kediaman kamu! Sarang kami kecil, sedangkan rakyat kami yang paling banyak berbanding dengan anai-anai dan semut merah. Kami tidak dapat mengorek lebih dalam kerana ada batu besar di dalam tanah. -

Pertengkaran mula berlaku. Masing-masing ingin membina busut yang lebih besar. Anai-anai meredakan pertengkaran dengan meminta semut merah memberikan sedikit kawasan sarangnya kepada semut hitam. Anai-anai juga memberikan sedikit kawasannya kepada semut hitam.

Semut merah, berikanlah sedikit kawasan sarang kamu kepada semut hitam. Kami juga memberikan sedikit kawasan sarang kami kepada semut hitam -

Baiklah anai-anai. Semut hitam, ambillah sedikit kawasan sarang kami untuk membina sarang kamu. -

Terima kasih anai-anai dan semut merah. Kamu semua sungguh baik hati. -

Anai-anai meminta jirannya saling membantu untuk membina sarang yang kukuh supaya air hujan tidak masuk ke dalam sarang mereka.

Semut merah, semut hitam, marilah kita saling membantu untuk membina sarang yang kukuh supaya air hujan tidak masuk ke dalam sarang kita. -

Baiklah anai-anai. -

Baiklah anai-anai. -

Akhirnya, mereka berjaya membina sarang yang kukuh. Mereka dapat hidup dengan lebih selesa kerana air hujan tidak masuk ke dalam sarang. Kini mereka sedar bahawa amalan muafakat dan bertolak ansur dapat menjadikan hidup lebih harmoni.

TAMAT

MARI BUAT LATIHANMula-mula, sekumpulan anai-anai berkumpul berbincang sarang

Sekumpulan anai-anai berkumpul di bawah pohon saga. Anai-anai berbincang untuk membuat sarang tempat tinggal mereka.

Kemudian, - semut merah semut hitam ingin membuat sarang

Semut merah dan semut hitam pun datang. Semut hitam dan semut merah juga ingin membuat sarang di kawasan tersebut.

Selepas itu, - berselisih faham

Semut hitam berselisih faham dengan semut merah kerana semut merah membina sarang yang lebih besar berbanding sarang semut hitam dan anai-anai. Semut hitam tidah dapat mengorek lebih dalam kerana ada batu besar di dalam tanah.

Seterusnya, -

Anai-anai meredakan pertengkaran tersebut dengan meminta semut merah memberikan sedikit kawasan sarangnya kepada semut hitam. Anai-anai juga memberikan sedikit kawasannya kepada semut hitam.

Akhir sekali, -

Anai-anai, semut merah dan semut hitam berjaya membina sarang yang kukuh dan dapat hidup dengan selesa. Kini, mereka sedar bahawa amalan muafakat dan bertolak ansur menjadikan hidup harmoni.

TAMAT