amalan kebersihan sekolah

27
AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH Disediakan oleh: MOHD AZLAN B SAHEIMI AHMAD ZULHELMI B RAMLAN

Upload: chekgualan

Post on 02-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pendidikan kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

AMALAN KEBERSIHAN

SEKOLAHDisediakan oleh:MOHD AZLAN B SAHEIMIAHMAD ZULHELMI B RAMLAN

Page 2: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH
Page 3: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

PENGENALAN

• Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk sejak awal dari rumah dan diperkukuh serta diperkembangkan di sekolah agar dapat menjadi amalan sepanjang hayat

Page 4: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

OBJEKTIF• Membina amalan kebersihan sebagai budaya

hidup yang berterusan. • Meningkatkan keprihatinan dan komitmen

warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan.

• Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah.

• Mewujudkan iklim,identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

Page 5: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

KONSEP

• hidup sihat di sekolah • Mewujudkan alam sekitar sekolah yang

selamat, bersih, indah dan ceria • Menimbulkan 'sense of belonging' dan rasa

sayang kepada sekolah • Masalah disiplin sekolah seperti merosakkan

harta benda sekolah (vandalisme) dapat diatasi

Page 6: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

RASIONAL• Terdapat beberapa keadaan yang didapati tinggi

di kalangan murid-murid sekolah seperti malnutrisi, karies gigi, jangkitan cacing, masalah penglihatan

• 20 peratus jumlah penduduk negara adalah murid sekolah rendah. Oleh itu, peningkatan kesihatan di sekolah merupakan faktor penting dalam kemajuan masyarakat.

• Murid merupakan agen perubahan yang penting kerana mudah menerima sesuatu pengetahuan atau perubahan.

Page 7: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

PIAWAIAN YANG DIKEHENDAKI

• Sekolah perlu bersih, berfungsi dan selamat.• Pihak pengendali makanan dan sekolah perlu

ditingkatkan. • Ciri-ciri kebersihan dan keselamatan makanan

hendaklah diserapkan kantin dan dapur asrama sekolah.

Page 8: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

PERKARA-PERKARA ASAS MAKANAN BERSIH DAN SELAMAT :

1)Kebersihan bahan mentah2)Kebersihan diri pengendali makanan. 3)Keperluan kemudahan asas yang mencukupi 4)Reka bentuk premis dan peralatan yang

sesuai. 5)Pengurusan dan penyelenggaraan premis

yang sempurna.

Page 9: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

1)Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah :

• Dipilih dari sumber yang diketahui, bersih, segar. • Bahan-bahan mentah yang mudah rosak seperti

ikan, daging, susu disimpan dalam peti sejuk. • Penggunaan penyepit atau sudu atau garpu.• Pilihlah tin yang tidak kemek dan tidak berkarat.• Bilik penyimpanan bahan mentah mestilah

bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan.

Page 10: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

2) Ciri-ciri kebersihan diri pengendali makanan yang baik:

• Amalan membasuh tangan dgn sabun.• Kuku pendek dan bersih. • Berpakaian bersih, memakai apron dan

tudung kepala.• Jangan meludah,bercakap, bersin,merokok

atau batuk ke arah makanan.

Page 11: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

3) Keperluan kemudahan asas yang mencukupi :

• Sistem pembuangan sampah yang sempurna.• Tong sampah bertudung dan bersih.• Sistem pembuangan air limbah yang berkesan.• Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih.• Kemudahan membasuh tangan (sabun, berus

dan tuala bersih atau alat pengering tangan) bagi pelanggan dan pekerja.

Page 12: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

4) Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan yang Sesuai :

• Mempunyai ruang yang mencukupi • Almari atau rak menyimpan mestilah ditutup.• Lantai mestilah mudah dicuci dan tidak

menakung air. • Tempat membasuh peralatan yg mencukupi.• Peti sejuk mencukupi dan berfungsi.• Pencahayaan dan pengudaraan yg baik

Page 13: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

5) Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna :

• Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan pekerja-pekerja.

• Kerjasama yang rapat di antara pekerja dan pengurus

• Kerosakan-kerosakan perlu diperbaiki secepat mungkin.

Page 14: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB1) Pengusaha premis2) Pekerja premis3) Guru Besar / Pentadbir4) Guru5) Murid6) Ibu bapa

Page 15: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

1) Tanggungjawab seorang pengusaha premis makanan ialah :

• Pastikan semua aspek kebersihan dipatuhi.• Pastikan semua pekerja mendapat

pemeriksaan kesihatan dan suntikan pencegah.

• Pastikan pekerja yang sakit mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat.

• Melatih pekerja mengenai kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke semasa.

Page 16: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

2) Tanggungjawab Pekerja di Premis Makanan • Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.• Melaporkan kepada majikan apabila sakit dan

dapatkan rawatan segera.• Elakkan diri dari perbuatan seperti korek

hidung, menyentuh makanan masak dengan tangan yang kotor dan sebagainya.

• Mempelajari dan mengamalkan tabiat yang baik bagi meninggikan taraf kebersihan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan kawasan-kawasan tempat kerja.

Page 17: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

3) Tanggungjawab Guru Besar :• Memberi penerangan jelas kepada guru.• Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan yg

dianggotai oleh guru-guru, agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan bukan kerajaan.

• Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga sekolah.

• Mengambil kira pengalaman murid dan guru sebelum menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan.

Page 18: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

4) Tanggungjawab guru :• Menyokong, dan melaksana aktiviti-aktiviti

yang dirancang oleh Jawatankuasa.• Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan.• Menjadi contoh kepada murid -Gaya Hidup

Sihat.• Menggalakkan murid-murid dan pelajar

menyertai aktiviti atau program dengan aktif.• Memberi penerangan kepada ibu bapa

mengenai program amalan kebersihan.

Page 19: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

5) Tanggungjawab murid :

• Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti.• Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri

sendiri.• Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa

dan masyarakat setempat mengenai aktiviti-aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah.

Page 20: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

6) Tanggungjawab ibu bapa :• Menyokong dan menyertai aktiviti atau

program yang dirancang oleh pihak sekolah. • Memberi bantuan kepakaran, kewangan,

barangan serta sokongan moral kepada sekolah .

• Memberi galakan kepada anak untuk menyertai aktiviti .

• Memberi cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan kepada Jawatankuasa .

Page 21: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

1) Pendidikan Kesihatan di sekolah2) Perkhidmatan kantin sekolah3) Perkhidmatan pergigian

Page 22: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

1) Pendidikan Kesihatan di Sekolah• Dalam pendidikan formal, Pendidikan Kesihatan

telah bersepadu dengan pendidikan jasmani dan dinamakan sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan PendidikanKesihatan (PJ & PK).

• Nilai-nilai kesihatan telah diterapkan merentasi kurikulum yang sedia ada mata pelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya.

• Pendidikan tidak formal juga dilaksanakan di sekolah-sekolah melalui aktiviti seperti kuiz, ceramah, pameran dan kempen dengan kerjasama Jabatan Kesihatan.

Page 23: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

2) Perkhidmatan kantin sekolah :Antara langkah pencegahan kes keracunan

makanan yang ditetapkan oleh KPM :

• Pastikan pekerja / pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri setiap masa.

• Pastikan alat /perkakas yg digunakan sentiasa bersih.

• Pastikan bangunan dan kemudahan dalam keadaan bersih dan kemas.

• Pastikan pekerja/ pengendali makanan mengamalkan amalan yang baik – menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian

Page 24: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

3) Perkhidmatan pergigian :

• Mula dilaksanakan pada tahun 1950'an • Dikendalikan oleh jururawat pergigian • Bahagian Pergigian dalam Kementerian

Kesihatan juga memberi perkhidmatan pergigian murid sekolah.

• menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan sebagai satu usaha pencegahan dan peningkatan kesihatan gigi.

Page 25: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

• Menyediakan peruntukan bagi pegawai dan peralatan bagi klinik pergigian sekolah.

• Membekalkan pegawai di samping melatih guru-guru pelatih di maktab perguruan.

• Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan pihak swasta bagi membekalkan kit pergigian dan bahan-bahan pendidikan kepada semua murid darjah satu hingga darjah tiga setiap tahun. Program ini adalah selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia yang digalakkan oleh kerajaan.

Page 26: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

PROGRAM-PROGRAM KESIHATAN LAIN YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH IALAH :

1. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2. Program Susu Sekolah 3. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan

dan Keindahan Sekolah (Program 3K) 4. Pendidikan Pencegahan AIDS Di Sekolah5. Program Anti Denggi Di Sekolah 6. Program Sekolah Bebas Daripada Asap Rokok 7. Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS

untuk Remaja), dan sebagainya. 8. Program-program Adhoc berdasarkan masalah

kesihatan semasa, seperti program Anti Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

Page 27: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

SEKIAN, TERIMA KASIH