alquds in malay issue 59 hi re

11
| 1 Issue No 62 // 7 APRIL , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 7 APRIL 2015, Issue no 62 JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KHAS YAHUDI UNTUK MEMUSATKAN GERAKAN MENDAPATKAN AL- AQSA Isu minggu ini : Pusat Berita “Ciobrs” berkata, ses- ungguhnya Pihak Berkuasa Antikuiti Israel mengakui dalam laporan awal mereka baru-baru ini bahawa mereka sedang menggali Masjid Al-Aqsa dan menamakan projek itu sebagai “Penggalian Di Kaki Dinding Baha- gian Barat Temple Mount”. Projek itu telah berjalan diantara tahun 2013 dan 2014, dalam tempoh lebih daripada 2 tahun di binaan asas Masjid Al-Aqsa di bahagian sudut dinding barat Al- Aqsa yang membawa kepada pende- dahan sebahagian dari binaan masjid. Laporan itu menambah bahawa peng- galian tersebut mencapai kedalaman 6 meter ke bawah binaan asas masjid dan juga binaan batu yang menguku- hkan binaan masjid di kawasan itu. Laporan itu juga menunjukkan ba- hawa projek penggalian ini telah pun didahului oleh projek penggalian lain sebelum ini bermula pada akhir tahun 2011, yang telah mendedahkan struk- tur rongga binaan dan asas binaan berbatu sekaligus membuka jalan un- tuk sampai ke peringkat penggalian sekarang, yang sedang berterusan hingga ke saat ini. Sumber: Laman Web “Palestin48” ber- tarikh 25/3/2015 JAWATANKUASA-JAWATANKUA- SA KHAS YAHUDI UNTUK ME- MUSATKAN GERAKAN MENDAPAT- KAN AL-AQSA KAD UCAPAN YAHUDI YANG BER- LATAR BELAKANGKAN GAMBAR TEMBOK RATAPAN DAN DIBUANG DARINYA GAMBAR KUBAH BATU LONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN PE- NYUSUNAN STRATEGI –STRATEGI SERANGAN KE ATASNYA LONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN PAGAR BESI ISRAEL MENGUBAH BANDAR “ZA’IM” MENJADI PEN- JARA BESAR ISRAEL MEMAKSA SEORANG PENDUDUK JURUSALEM SUPAYA MEROBOHKAN RUMAHNYA SEND- IRI SYARIKAT PERANCIS “SAVAGE” MEMBATALKAN PENGLIBATAN MEREKA DALAM PROJEK PEMBI- NAAN KERETA KABEL DI JURUSA- LEM AKADEMI FIQH ISLAM ANTARA- BANGSA MENANGGUHKAN FAT- WA TENTANG HUKUM MENZIARA- HI AL-AQSA

Upload: alquds-malaysia

Post on 21-Jul-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Alquds in malay issue 59 hi re

| 1Issue No 62 // 7 APRIL , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 62 // 7 APRIL , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

7 APRIL 2015, Issue no 62

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KHAS YAHUDI UNTUK MEMUSATKAN GERAKAN MENDAPATKAN AL-

AQSA

Isu minggu ini :

Pusat Berita “Ciobrs” berkata, ses-ungguhnya Pihak Berkuasa Antikuiti Israel mengakui dalam laporan awal mereka baru-baru ini bahawa mereka sedang menggali Masjid Al-Aqsa dan menamakan projek itu sebagai “Penggalian Di Kaki Dinding Baha-gian Barat Temple Mount”. Projek itu telah berjalan diantara tahun 2013 dan 2014, dalam tempoh lebih daripada 2 tahun di binaan asas Masjid Al-Aqsa di bahagian sudut dinding barat Al-Aqsa yang membawa kepada pende-dahan sebahagian dari binaan masjid. Laporan itu menambah bahawa peng-galian tersebut mencapai kedalaman

6 meter ke bawah binaan asas masjid dan juga binaan batu yang menguku-hkan binaan masjid di kawasan itu.Laporan itu juga menunjukkan ba-hawa projek penggalian ini telah pun didahului oleh projek penggalian lain sebelum ini bermula pada akhir tahun 2011, yang telah mendedahkan struk-tur rongga binaan dan asas binaan berbatu sekaligus membuka jalan un-tuk sampai ke peringkat penggalian sekarang, yang sedang berterusan hingga ke saat ini.

Sumber: Laman Web “Palestin48” ber-tarikh 25/3/2015

JAWATANKUASA-JAWATANKUA-SA KHAS YAHUDI UNTUK ME-MUSATKAN GERAKAN MENDAPAT-KAN AL-AQSAKAD UCAPAN YAHUDI YANG BER-LATAR BELAKANGKAN GAMBAR TEMBOK RATAPAN DAN DIBUANG DARINYA GAMBAR KUBAH BATULONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN PE-NYUSUNAN STRATEGI –STRATEGI SERANGAN KE ATASNYALONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN PAGAR BESI ISRAEL MENGUBAH BANDAR “ZA’IM” MENJADI PEN-JARA BESARISRAEL MEMAKSA SEORANG PENDUDUK JURUSALEM SUPAYA MEROBOHKAN RUMAHNYA SEND-IRISYARIKAT PERANCIS “SAVAGE” MEMBATALKAN PENGLIBATAN MEREKA DALAM PROJEK PEMBI-NAAN KERETA KABEL DI JURUSA-LEMAKADEMI FIQH ISLAM ANTARA-BANGSA MENANGGUHKAN FAT-WA TENTANG HUKUM MENZIARA-HI AL-AQSA

Page 2: Alquds in malay issue 59 hi re

2 | Issue No 62 // 7 APRIL , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KHAS YAHUDI UNTUK MEMUSATKAN GERAKAN MENDAPATKAN AL-

AQSA

Pusat Berita “Ciobrs” pada hari Rabu (25/3) melaporkan bahawa pertubuhan “Pemuda Untuk Temple Mount” kini berusaha untuk mendapatkan hak mereka dalam fatrah akhir pilihanraya “The Knesset”. Oleh itu mereka mengumumkan beberapa pelan perancangan tersusun untuk mencapai matlamat mer-eka itu dalam masa terdekat. Diantaranya ialah dengan menubuhkan 4 jawatankuasa gerak kerja yang dibahagi-bahagikan mengikut portfolio masing-masing dan menamakan jawatankuasa-jawatankuasa itu sebagai “Perebutan Kembali The Temple Mount”, dan dalam masa yang sama mengadakan kursus-kur-sus khas berkaitan dengan Al-Aqsa (Temple Mount bagi mereka) menerangkan cara-cara mengatur dan menggiatkan serangan terhadap Al-Aqsa melalui apa yang dinamakan lawatan lapangan.

Ciobrs juga menerangkan secara terperinci mengenai penubuhan 4 jawatankuasa itu beserta lapangan kerja mereka mengikut pengumuman yang dibuat oleh pertubuhan “Pemuda Untuk Temple Mount”. 4 jawatankuasa itu adalah; Jawatankuasa Undang-Undang, yang bidang tugasnya adalah mendokumenta-sikan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Al-Aqsa dan keadaan-keadaan serangan balas dan penentan-gan Palestin terhadap serangan yang dibuat oleh kependudukan terhadap Al-Aqsa, seterusnya mengkaji kes-kes dan undang-undang untuk menentang hukuman atau serangan ke atas mana-mana yahudi yang didapati menyerang Al-Aqsa. Jawatankuasa kedua ialah, Jawatankuasa Parlimen yang mana bidang tu-gasnya adalah melakukan kerja-kerja lapangan yang berbeza-beza di “The Knesset”, bertujuan untuk mempercepatkan penerimaan dan kelulusan undang-undang dalam memelihara hak yahudi di Al-Aqsa. Jawatankuasa ketiga pula adalah, Jawatankuasa Media yang tugasnya memperluas cabang kerja media massa dan memberikan penerangan kepada rakyat Israel tentang apa sebenarnya “The Temple Mount” dan jawatankuasa keempat pula ialah Jawatankuasa Pembudayaan yang gerak kerjanya adalah menyu-sun dan menganjurkan seminar-seminar dan ceramah-ceramah dan meggerakkan pengumpulan dana.

Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 26/3/2015

Page 3: Alquds in malay issue 59 hi re

| 3Issue No 62 // 7 APRIL , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

KAD UCAPAN YAHUDI YANG BERLATAR BELAKANGKAN GAMBAR TEMBOK RATAPAN DAN

DIBUANG DARINYA GAMBAR KUBAH BATU

Wakil Arab dalam “The Knesset” Yousef Jabareen memohon supaya disiasat kes pengedaran kad-kad ucapan tahniah sempena “Holiday Bash” oleh sebuah tadika yahudi di kawasan “Kiryat Tivon” berhampiran dengan bandar Haifa di bahgian utara Palestin, yang mana pada kad itu telah dipadam gambar “Kubah Batu” dan digantikan dengan gambar “Tembok Ratapan” meng-gunakan perisian “Photoshop”.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 30/3/2015

.

Page 4: Alquds in malay issue 59 hi re

4 | Issue No 62 // 7 APRIL , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

LONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN PENYUSUNAN

STRATEGI –STRATEGI SERANGAN KE ATASNYA“Institusi Jurusalem Untuk Pen-gajian Zionis” telah mengajur-kan seminar bertajuk “Konflik Di Temple Mount” dengan melibatkan beberapa orang pakar-pakar Israel. Didalam seminar itu mereka me-lemparkan idea-idea, cadangan be-serta gambaran bagaimana untuk membahagi-bahagikan Al-Aqsa diantara orang-orang Islam dan yahudi. Seminar itu turut dihadiri oleh seramai 100 orang peserta dan juga menunjukkan niat dan langkah serius mereka dalam menguasai Al-Aqsa.Seminar yang diadakan pada akhir minggu lalu menumpukan terhadap langkah-langkah gerakan Islam di Palestin dan sejauh mana tindakan mereka dalam mempertahankan Jurusalem dan Al-Aqsa, dan ger-ak kerja Israel dalam menyerang pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang Islam yang bersolat di Mas-jid Al-Aqsa.Amnon Ramon pula dalam sesi pembentangannya menjelaskan bahawa fatwa yahudi mengenai “Ibadat Di Masjid Al-Aqsa” telah berubah baru-baru ini, dan membu-ka peluang untuk meramaikan lagi bilangan yahudi yang beribadat di sana, sambil mengisyaratkan kepa-da seruan-seruan yang mendorong ke arah itu sejak akhir-akhir ini sekaligus menimbulkan kesedaran awam di kalangan masyarakat ya-hudi berkaitan perkara itu.Jurugambar dokumentari “Galle Taopon” membentangkan gambar-gambar aktiviti “Pertubuhan-Per-tubuhan The Temple Mount” den-gan Al-Aqsa terutamanya pada 10 tahun terakhir ini. Dia juga menarik perhatian umum kepada banyaknya

sektor lain yang turut terlibat dan mengambil berat terhadap perkara ini dan bilangan mereka ini sentia-sa bertambah dari masa ke semasa. Dan mereka juga bukan sahaja ter-diri dari aliran-aliran agama tetapi masyarakat umum kerana menin-gkatnya kesedaran orang ramai mengenai isu ini.Seorang pengkaji dan juga wartawan yang pakar dalam hal ini “Nadaf Cherjaua” pula mem-bentangkan pendakwaan bahawa di sana ada peluang dalam mem-buka jalan kepada orang-orang yahudi untuk masuk menziarahi Al-Aqsa ataupun melakukan ritual keagamaan di sana, pada tahun-tahun akhir ini. Beliau mencadan-gkan supaya kumpulan-kumpulan yahudi ini mengadakan sebuah pusat untuk menyusun undang-undang (merangka undang-un-dang dan mendapatkan kelulusan berkaitannya) dalam masa terdekat supaya dapat mengubah ketidaka-dilan undang-undang terhadap hak yahudi seperti yang berlaku seka-rang. Beliau turut mencadangkan untuk memfokuskan tumpuan ter-hadap ziarah-ziarah yahudi ke Al-Aqsa sekaligus menukarnya men-jadi tempat ziarah yahudi seperti

kawasan kependudukan bernama “Kota Daud” di selatan Al-Aqsa, dan menumpukan kepada ziarah itu sehingga sampai ke angka pulu-han ribu masyarakat yahudi dengan penglibatan tokoh-tokoh agama, guru-guru, dan ahli-ahli sejarah Is-rael, perkara ini berkemungkinan besar dapat mengubah keadaan Is-rael menjadi lebih baik.Profesor “Yitzhak Reiter” dalam pembentangannya mengemukakan konflik politik sekitar isu Masjid Al-Aqsa, dan memberi 3 cadan-gan solusi untuk dilaksanakan pada masa akan datang; cadangan pertama, pembahagian Masjid Al-Aqsa dari sudut zaman dan tem-pat; cadangan kedua, meluaskan lapangan Masjid Al-Aqsa seperti meluaskan kawasan-kawasan suci padanya, kemudian barulah melak-sanakan pembahagian antara orang Muslim dan yahudi; cadangan ke-tiga, melibatkan orang Islam dan juga yahudi dengan mengenakan ke atas mereka semua “kawalan pihak berkuasa” iaitu tentera seperti yang dilakukan di Masjid Al-Ibrahimi.

Sumber: Pusat Berita Palestin ber-tarikh 31/3/2015

Page 5: Alquds in malay issue 59 hi re

| 5Issue No 62 // 7 APRIL , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

LONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN

PAGAR BESI ISRAEL MENGUBAH BANDAR “ZA’IM” MENJADI PENJARA BESAR

Pekerja-pekerja dari sebuah syarikat pembinaan Israel pada hari Rabu (25/3), telah memasang pagar besi di pintu masuk utama di bandar “Zai’m” di bahagian timur Kota Jurusalem, walaupun setelah pemimpin tempatan di situ mengemukakan bantahan kepada Mahkamah Tinggi Isra-el. Pemimpin tempatan, Na’im Sabb Laban menjelaskan bahawa dia amat terkejut apabila seorang pegawai Israel menelefonnya dan memberitahu bahawa mereka ingin me-masang pagar besi di pintu masuk utama bandar “Zai’m” tanpa memaklumkan mereka terlebih dahulu ataupun menunjukkan sebarang hitam putih projek. Kononnya atas alasan keselamatan dan mereka akan sentiasa membiarkan-nya terbuka kecuali apabila terdapat “keadaan yang ber-bahaya”, dan akan meletakkan askar sebagai pengawal di bandar itu.

Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 26/3/2015

Page 6: Alquds in malay issue 59 hi re

6 | Issue No 62 // 7 APRIL , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Pihak berkuasa Israel memaksa seorang penduduk Jurusalem “Nidhal Daa’nna” supaya merobohkan rumahnya sendiri yang terletak berdekatan dengan “Pintu Silsilah” untuk mengelakkan daripada membayar denda yang sangat mahal yang akan dike-nakan oleh majlis perbandaran kepadanya iaitu kira-kira 40 ribu syikal (bersamaan 10 ribu dolar amerika) sebagai upah perobo-han. Yang demikian itu adalah setelah rumahnya diberi perintah perobohan kerana dibina tanpa lesen.

Daa’nna mendapat tahu bahawa sebahagian daripada tanah rumahnya itu mendap sebelum ini disebabkan oleh penggalian yang dibuat Israel dibawah Masjid Al-Aqsa dan sekelilingnya, dan mengaku bahawa dia pernah ternampak satu terowong di bawah rumahnya.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” + Pusat Berita Pal-estin bertarikh 31/3/2015.

ISRAEL MEMAKSA SEORANG PENDUDUK JURUSALEM SUPAYA MEROBOHKAN RUMAHNYA

SENDIRI

Page 7: Alquds in malay issue 59 hi re

| 7Issue No 62 // 7 APRIL , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Akhbar Haaretz pada hari Khamis (26/3) melaporkan bahawa syarikat Perancis “Savage” memutus-kan untuk tidak terlibat dalam projek pembinaan kereta kabel di Jurusalem, selepas diberi amaran oleh Kementerian Luar dan Kementerian Kewangan Perancis, supaya menjauhi projek itu. Syarikat “Suez Environment” yang merupakan syarikat induk kepada syarikat “Savage” melalui jurucakapnya berkata : “Untuk mengelakkan sebarang salah faham politik, maka syarikat mengambil keputusan untuk tidak terlibat dengan projek ini”, sepertimana syarikat “Buma” yang juga daripada Perancis, sebelum ini turut mengumumkan ketidakterlibatan mereka dalam projek ini, selepas disebut-sebut akan terlibat.

Menurut akhbar Perancis “Avaegaro”, Saeb Erekat telah menulis surat kepada Menteri Luar Perancis Laurent Fabius pada 10 Mac lalu dan mengadu tentang kesediaan syarikat Perancis untuk bekerjasama dengan Israel bagi melaksanakan projek kereta kabel di Jurusalem di bahagian timur Jurusalem. Saeb juga menyebut dalam suratnya bahawa perancangan pembinaan Israel itu akan merampas tanah-tanah di Jurusalem yang mana sebahagiannya adalah milik Jawatankuasa Wakaf Jurusalem.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 26/3/2015

.

SYARIKAT PERANCIS “SAVAGE” MEMBATALKAN PENGLIBATAN MEREKA DALAM PROJEK

PEMBINAAN KERETA KABEL DI JURUSALEM

Page 8: Alquds in malay issue 59 hi re

8 | Issue No 62 // 7 APRIL , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Akademi Fiqh Islam Antarabangsa yang bernaung di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam , dalam semi-narnya yang ke-22 yang ditutup pada hari Rabu (25/3), mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu fatwa mengenai hukum ziarah orang Islam ke Jurusalem dan Masjid Al-Aqsa, kerana tidak mendapat kata sepakat dari semua anggotanya dalam isu yang menjadi perdebatan ramai ini.

Menteri Wakaf Dan Hal Ehwal Tempat-Tempat Suci Islam Jordan, Dr. Hail Daud, berkata bahawa aka-demi mengambil keputusan menangguhkan dahulu keputusan mengenai masalah ini dan memerlukan kepada kajian yang lebih mendalam. Beliau menambah, setelah perbincangan panjang mengenai ma-salah ini, kebanyakannya mengenai baik buruk kesan ziarah ini, ada diantara kami yang yang melihat-nya sebagai kebaikan, ada yang melihat sebagai keburukan, ada yang tidak melihat apa-apa kebaikan dan ada yang melihat tidak ada apa-apa keburukan.

Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 25/3/2015

.

AKADEMI FIQH ISLAM ANTARABANGSA MENANGGUHKAN FATWA TENTANG HUKUM

MENZIARAHI AL-AQSA

Page 9: Alquds in malay issue 59 hi re

| 9Issue No 62 // 7 APRIL , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

“Gabungan Arab Untuk Pembangunan Dan Pengu-kuhan Negara” mengutuk undang-undang Israel yang mengenakan paksaan untuk tinggal diam di rumah ataupun lebih dikenali sebagai “tahanan rumah”. Pengerusi gabungan itu, Muhammad Syamiah berkata, “Sesungguhnya undang-undang ini adalah zalim, tidak bermoral dan berlawanan dengan peraturan-peraturan dan peruntukan-peruntukan undang-undang kemanu-siaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi ma-nusia antarabangsa, juga merupakan hukuman kolektif terhadap individu dan juga keluarga. Beliau menambah bahawasanya mahkamah-mahkamah Israel telah men-genakan hukuman “tahanan rumah” ke atas lebih 250 orang penduduk Jurusalem sejak tahun lalu, dan keban-yakannya adalah kanak-kanak bawah umur.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 28/3/2015

.

KESATUAN ARAB MENGUTUK UNDANG-UNDANG “TAHANAN RUMAH” KEPADA PENDUDUK

JURUSALEM

Page 10: Alquds in malay issue 59 hi re

10 | Issue No 62 // 7 APRIL , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Perdana Menteri Palestin Mahmood Abbas berkata, sesungguhnya Jurusalem hanya mempunyai masa beberapa jam terakhir untuk hidup sebelum proses pengyahudian sempurna keatasnya. Disebabkan itu, beliau menyeru semua supaya memberi perhatian serius kepada isu ini dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Al-Aqsa dan menguatkan ketabahan penduduk-penduduknya. Beliau berkata begitu dalam ucapan aluannya ketika Sidang Kemuncak Arab ke-26 di Sharm Al-Syeikh pada hari Sabtu (28/3). Menteri-menteri luar negara-negara Arab menerima cadangan Palestin untuk mem-benarkan pemimpin negara Arab berucap di hadapan Kongres AS untuk menjelaskan tentang “Inisiatif Keamanan Arab” dan pandangan Arab terhadap “Penyelesaian Konflik Arab-Israel”.

Abbas juga memberi amaran terhadap perancangan bahaya Israel yang mahu mewujudkan negara Pal-estin di Gaza dan pemerintahan sendiri di tebing barat, tidak termasuk Kota Jurusalem, dan mahu mengadakan gencatan senjata dalam tempoh 15 tahun. Beliau menjelaskan bahawa perancangan ini bertujuan menghapuskan Jurusalem dan pelarian-pelarian juga memusnahkan projek-projek Palestin secara keseluruhannya, katanya sambil menyeru pemimpin-pemimpin Arab agar menolak projek-pro-jek ini yang akan memadamkan semua impian dan projek negara Palestin. Beliau juga meminta dari pemimpin-pemimpin Arab dan Islam supaya menziarahi Jurusalem dan bersolat di sana, agar dapat membantu dalam menyelamatkan tempat-tempat sucinya dan menguatkan ketabahan penduduknya.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 28/3/2015

ABBAS: JURUSALEM HANYA MEMPUNYAI BEBERAPA JAM TERAKHIR SEBELUM SEMPURNANYA PROSES

PENGYAHUDIAN KE ATASNYA

Page 11: Alquds in malay issue 59 hi re

| 11Issue No 62 // 7 APRIL , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News