aloi

21
TAJUK 4 : ALOI APA ITU ALOI ? TAJUK 4 : ALOI APA ITU ALOI ?

Upload: priscilla-paul

Post on 03-Nov-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Aloi

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

TAJUK 4 : ALOI

APA ITU ALOI?ALOICampuran yang terdiri daripada dua atau lebih logam mengikut kadar Peratusan yang ditetapkan. Campuran logam ini akan mengubahsifat logam asal.Tujuan aloi untuk menjadikan ia lebih kuat, keras, tahan kakisan, berkilau, membaiki rupaE.g: Gangsa, loyang , steel, stainless steel, duralumin, pewterALOIAloi ialah bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logam dengan komposisi tertentu.Campuran logam-logam ini akan mengubah sifat logam asal dan menghasilkan aloi yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendakiAloi terdiri daripada campuran logam utama dengan atom unsur lain yang dipanggil atom asing.

Sifat Logam Dan Susunan Atom Logam1.Logam tulen mempunyai struktur raksasa yang terdiridaripada atom atom yang sama saiz. Lapisan lapisan atom disusun secara teratur, rapat, dan sekata dalam satu kekisi yang teguh. Ini menyebabkan logam tulen mempunyai ketumpatan yang tinggi.2.Elektron valens dalam atom atom logam tulen bebas bergerak. Elektron bebas ini menyebabkan logam tulen bertindak sebagai konduktor elektrik yang baik.43.Ikatan logam yang kuat menyebabkan banyak haba diperlukan untuk memutuskan ikatan logam supaya atom atom logam dapat menjauhi antara satu sama lain.

Oleh itu, takat lebur dan takat didih logam tulen adalah tinggi. 4.Logam tulen terdiri daripada atom atom yang sama saiz. Oleh itu, lapisan lapisan atom dapat disusun dengan rapat dan sekata.Apabila sesuatu daya dikenakan pada suatu arah, lapisan lapisan atom menggelongsor di antara satu sama lain dengan mudah dan menjadikan logam tulen lembut. Logam tulen dikatakan mulur kerana mudah dijadikan kepingan yang nipis atau dawai yang panjang

dayaLayer of atom slide5. Susunan atom yang sekata ini menyebabkan kewujudan ruang ruang kosong di antara atom atom. Apabila permukaan logam diketuk, atom atom mudah menggelongsor dan mengisikan ruang ruang yang kosong. Maka, logam, dapat bertukar kepada pelbagai bentuk yang dikehendaki. Logam tulen dikatakan senang ditempa.forceThe shape of the metalchangesKekerasan Aloi Berbanding Dengan Logam TulenSifat-sifat logam seperti mulur, mudah ditempa dan mudah berkarat menyebabkannya kurang berguna untuk tujuan-tujuan tertentuSifat-sitat logam tulen ini oleh diubah melalui pengaloianKehadiran atom-atom asing dalam logam asal mengganggu struktur atom logam asal.Ini menjadikan aloi lebih keras daripada logam asalTakat didih dan kekonduksian elektrik aloi juga berkurang berbanding logam asal.Sifat-sifat ini menjadikan aloi lebih berguna bagi tujuan tertentu.Cth untuk membina kapal, jambatan, membuat duit syiling dan sebagainyaSusunan Atom Dalam Logam Tulen Dan Aloi1. Atom asing mempunyai saiz yang berlainan daripada logam utama.2. Atom asing menempati ruang kosong di dalam kekisi logam tulen.3. Atom asing mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur dan sekata.4. Ini menghalang atom-atom logam utama daripada menggelongsor.5. Ketertempaan dan kemuluran logam akan berkurang.6. Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen.

+Pure metal A Pure metal B AlloyTujuan pengaloian:1. Menambahkan kekerasan dan kekuatan logam tulen. Contohnya: magnalium(aloi magnesium dan aluminium) lebih keras daripada aluminium tulen.

2. Membaiki rupa logam dan menjadikan bahan lebih indah. Contohnya: piuter(aloi timah, antimoni dan kuprum) lebih indah daripada timah tulen.

3. Mencegah kakisan logam. Contohnya: keluli nirkarat(aloi ferum, karbon, kromium dan nikel) sukar berkarat berbanding dengan ferum(besi) tulen.

Perbezaan Antara Logam Tulen Dan AloiLogam TulenAloiAtom-atom mempunyai saiz yang sama.Atom-atom mempunyai saiz yang berbeza.Mengandungi satu jenis atom sahaja.Mengandungi lebih daripada satu jenis atom.Susunan atom teratur dan sekata.Susunan atom kurang teratur dan kurang sekata.Lapisan atom mudah menggelongsor.Lapisan atom sukar menggelongsor.Mulur, tertempa dan mudah terkakis.Keras, indah dan tahan kakisan.KELAS-KELAS ALOIBoleh dikelaskan mengikut bilangan kandungan jenis atom dalam campurannya.Aloi yang mengandungi 2 campuran dipanggil a binary alloy; 3 campuran dipanggil ternary alloy.Aloi boleh dikelaskan kepada substitution alloys dan interstitial alloys, mengikut cara aloi itu dibentukSubstitution Alloys/ Aloi PenggantianAtom bagi komponen mempunyai saiz yang sama dan pelbagai atom hanya menggantikan satu sama lain dalam struktur kristal.Contoh aloi penggantian binary ialah loyang yang dibuat daripada copper dan zink. Interstitial Alloys/Aloi interstitial (Selitan)Berlaku apabila atom salah satu komponen yang lebih kecil daripada yang lain dan atom yang lebih kecil boleh muat ke dalam ruang (celahan) antara atom yang lebih besar.Terminologi Biasanya nama bagi sesetengah aloi digunakan adalah berdasarkan logam utama terkandung dalam sesuatu aloi itu. Cth, emas 14 karat adalah aloi bagi emas dengan mengandungi unsur lain. Emas dengan karat berbeza adalah aloi emas dengan unsur silver (perak) or copper (tembaga)

24K adalah logam tulenperkataankarat menunjukkan nisbah logam tulen dalam aloi berasaskan jum keseluruhan adalah 24 parts. 14-karat (14K) gold menunjukkan komposisi emas ialah sebanyak 14 bahagian dan 10 bahagian lagi campuran satu atau lebih logam lain menjdikannya 58.3% gold. Emas 10K mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian satu atau lebih logam tambahan, menjadikan ia emas 41.7%. Emas 10K adalah Karat minimum yang boleh dipanggil sebagai "emas" di Amerika Syarikat.Kegunaan AloiAloi seperti gangsa, loyang, keluli nirkarat, keluli berkarbon, duralumin dan pewter banyak dan biasa digunakan dalam kehidupan harianKegunaan setiap jenis aloi ini bergantung kepada ciri-ciri aloi tersebut.Komposisi, sifat, dan penggunaan aloiAloiKomposisiSifat AloiKegunaan AloiDuralumin 95.5% Aluminium, 4% Kuprum, 0.5% MagnesiumKeras, tahan kakisan dan indah serta ringan.Membuat badan kapal terbang, basikal lumba dan kabel elektrik.Gangsa 90% Kuprum, 10% StanumKeras, tahan kakisan dan indah.Membuat pingat, pedang dan barang perhiasan.Loyang70% Kuprum, 30% ZinkKeras, tahan kakisan dan indah.Membuat alat elektrik dan barang perhiasan.Piuter 91% Stanum, 7% Antimoni, 2% KuprumTahan kakisan dan indah.Membuat cenderamata dan barang perhiasan.Keluli 99% Ferum, 1% KarbonKeras dan tahan kakisan.Membuat badan kenderaan, kapal dan jambatan.Keluli nirkarat73% Ferum, 18% Kromium, 8% Nikel + KarbonKeras, tahan kakisan dan indah.Membuat alat-alat dapur.Kupronikel 75% Kuprum, 25% NikelKeras, tahan kakisan dan indah.Membuat duit syiling dan kipas turbin.Pateri 50% Plumbum, 50% StanumTahan kakisan.Menyambung dawai elektrik dan industri kimpalan.Ciri-ciri logame.g.: iron (Fe), aluminium (Al), tin (Sn),copper (Cu)Kebanyakan logam adalahpepejalMulur atau bolehditarikBoleh ditempa atau bolehadalah berbentukTakat didih & takat lebur yang tinggiPermukaan berkilatKonduktor haba dan elektrik yang baik