alat-alat kebesaran diraja malaysia esya dayana.pptx

10
ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH :E_SYA :DU-U-NO 2 CANOPUS

Upload: amira-syafiqah

Post on 24-Jan-2016

311 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA MALAYSIA ESYA DAYANA.pptx

ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA

MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :E_SYA

:DU-U-NO

2 CANOPUS

Page 2: ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA MALAYSIA ESYA DAYANA.pptx

TENGKOLOK

Tengkolok DiRaja dijalin daripada kain tenunan warna hitam bersulam benang emas. Bentuk ikatan atau solek dinamakan Dendam Tak Sudah. Di sebelah depan tengkolok terdapat ukiran melambangkan padi dan jata negeri Kedah Darul Aman. 

Jata ini diperbuat dengan menggunakan batu zamrud dan 4 biji berlian (perisai), 5 biji berlian (bulan sabit), dan 30 biji berlian (bunga padi). Di sekeliling Jata terdapat 23 lekuk bertatahkan berlian 3 biji lambang matahari dan bintang. Dari lekuk ini terdapat 9 rumpun batang padi bertatah 69 biji batu berlian, setiap ikatan berbentuk bunga lawang.

Page 3: ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA MALAYSIA ESYA DAYANA.pptx

KERIS PENDEK DIRAJA

Keris ini untuk pemakaian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan merupakan lambang kekuasan Baginda. Pemakaiannya adalah untuk majlis Istiadat DiRaja mengikut ketetapan yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Page 4: ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA MALAYSIA ESYA DAYANA.pptx

PENDING DIRAJA

Pending DiRaja berbentuk bulat dan bertatahkan 12 biji batu berlian. Di tengahnya diperbuat daripada 'enamel' dan terdapat bintang 8 penjuru bertatahkan 16 biji batu berlian. Di tengahnya terletak sebiji permata berlian. Di kiri kanan terdapat ukiran berbentuk bunga ketola bertatahkan 3 biji permata berlian. Tali pinggangnya diperbuat daripada anyaman emas 112 mayam.

Page 5: ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA MALAYSIA ESYA DAYANA.pptx

KERIS PANGJANG DIRAJA

Keris Panjang DiRaja ialah keris istiadat yang digunakan oleh Dato' Seri Maharaja Lela atau pun Ketua Istiadat semasa melangsungkan sesuatu Adat Istiadat DiRaja.

Page 6: ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA MALAYSIA ESYA DAYANA.pptx

COGAN AGAMA

Cogam Agama adalah satu lagi lambang kekuasaan

Baginda Sultan yang diperbuat daripada perak.

Panjangnya 162.66 cm. Ia berupa tongkat berkepala

besar dengan berukiran emas dengan perkataan

"Allah". Pada kepala cogam terukir kalimah suci, dan

pada tongkatnya terukir ayat Al-Quran.

Page 7: ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA MALAYSIA ESYA DAYANA.pptx

COGAN ALAM

Alat kebesaran ini diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm. Ia berupa satu bulatan tanda alam semesta dan diterapkan dengan lambang 11 buah daerah Negeri Kedah Darul Aman. Di bawahnya tertera bunga padi, lambang Negeri Kedah Darul Aman sebagai Negeri Jelapang Padi serta Pengairan Muda sumber pembekalan air yang mengairi sawah padi. Tongkat pula dihiasi dengan ukiran daun telepok Siam dan bunga orkid Langkawi serta ayat suci Al-Quran.

Page 8: ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA MALAYSIA ESYA DAYANA.pptx

COKMAR

Lambang kekuasaan Baginda Sultan ini

panjangnya 81.32 cm. Terdapat dua batang cokmar

yang diperbuat daripada perak. Ia berupa tongkat

berkepalakan kubah yang mempunyai ukiran bunga

tanjung kuncup

Page 9: ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA MALAYSIA ESYA DAYANA.pptx

TOMBAK,LEMBING DAN PEDANG

Dua belas bilah alat senjata Melayu bagi tiap-tiap

satu jenis yang juga menjadi sebahagian daripada

alat kebesaran DiRaja

Page 10: ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA MALAYSIA ESYA DAYANA.pptx

TAMAT

BYE...