al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs melayu

75
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i Terjemahan oleh: al-faqir ila’llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady AKIDAH AHLISSUNNAH IMAM SYAFI’I SEBAGAIMANA DI DALAM ‘AL-FIQHUL-AKBAR’NYA AKIDAH AHLISSUNNAH IMAM SYAFI’I SEBAGAIMANA DI DALAM ‘AL-FIQHUL-AKBAR’NYA [Terjemahan oleh: al-faqir ila?llah Muhammad „Uthman El-Muhammady] Pandangan Imam Syafi?i berkenaan dengan Akidah Ahlissunnah wal-Jamaah boleh diperhatikan sebagaimana yang ada dalam al-Fiqhu’l-Akbarnya. Terjemahan Al-Fiqhu’l-Akbar Imam Syafi?i diperturunkan di bawah ini. Mula-mulanya penterjemah ingin menyatakan bahawa kitab al-Fiqhul Akbarnya itu berdasarkan kepada teks yang diterbitkan oleh al-Matba?ah al-„Amirah al-Syarqiyyah, Kaherah, 1324H, yang diterbitkan bersekali dengan teks „al-Fiqhul-Akbar? oleh Imam Abu Hanifah rd. Teks Imam Syafi?i adalah dari muka surat 10-38. Teks ini isi kandungannya sama dengan isi kandungan „al-Fiqh al-Akbar? sebagaimana yang ada dalam kitab al-Kaukab al-Azhar’ Sharh al-Fiqh al-Akbar karangan almarhum Dr. Shaikh Muhammad bin Yasin bin „Abdullah bekas mufti Mausil, terbitan al-Maktabah al-Tijariyyah, Makkah al-Mukarramah, Mustafa Ahmad al- Bazz, dari halaman 7 - yang selesai penulisannya pada tahun 1405/1985.1 Berkenaan dengan maklumat tentang manuskrip-manuskrip dan naskhah yang menjadi asas kepada teks ini ialah seperti berikut: Shaykh Yasin menyebut edisi terbitan Kaherah tahun 1900; naskhah tulisan tangan yang ditulis oleh Muhammad bin ?Abdullah bin Ahmad al- Rawi; naskhah yang ditulis oleh Shihab bin Ahmad bin Muslih al-Basri tahun 986; naskhah yang ditulis oleh Ahmad bin Shaykh Darwish al- Khatib di Jami? Shaykh Ma?ruf al-Karkhi Baghdad, dan disebutkan oleh

Upload: wwwmuhammadcom

Post on 21-Aug-2015

36 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

Terjemahan oleh: al-faqir ila’llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

AKIDAH AHLISSUNNAH IMAM SYAFI’I

SEBAGAIMANA DI DALAM ‘AL-FIQHUL-AKBAR’NYA

AKIDAH AHLISSUNNAH IMAM SYAFI’I

SEBAGAIMANA DI DALAM

‘AL-FIQHUL-AKBAR’NYA

[Terjemahan oleh: al-faqir ila?llah Muhammad „Uthman El-Muhammady]

Pandangan Imam Syafi?i berkenaan dengan Akidah Ahlissunnah wal-Jamaah boleh diperhatikan sebagaimana yang ada dalam al-Fiqhu’l-Akbarnya. Terjemahan Al-Fiqhu’l-Akbar Imam Syafi?i diperturunkan di bawah ini.

Mula-mulanya penterjemah ingin menyatakan bahawa kitab al-Fiqhul Akbarnya itu berdasarkan kepada teks yang diterbitkan oleh al-Matba?ah al-„Amirah al-Syarqiyyah, Kaherah, 1324H, yang diterbitkan bersekali dengan teks „al-Fiqhul-Akbar? oleh Imam Abu Hanifah rd. Teks Imam Syafi?i adalah dari muka surat 10-38. Teks ini isi kandungannya sama dengan isi kandungan „al-Fiqh al-Akbar? sebagaimana yang ada dalam kitab al-Kaukab al-Azhar’ Sharh al-Fiqh al-Akbar karangan almarhum Dr. Shaikh Muhammad bin Yasin bin „Abdullah bekas mufti Mausil, terbitan al-Maktabah al-Tijariyyah, Makkah al-Mukarramah, Mustafa Ahmad al-Bazz, dari halaman 7 - yang selesai penulisannya pada tahun 1405/1985.1

Berkenaan dengan maklumat tentang manuskrip-manuskrip dan naskhah yang menjadi asas kepada teks ini ialah seperti berikut:

Shaykh Yasin menyebut edisi terbitan Kaherah tahun 1900; naskhah tulisan tangan yang ditulis oleh Muhammad bin ?Abdullah bin Ahmad al-Rawi; naskhah yang ditulis oleh Shihab bin Ahmad bin Muslih al-Basri tahun 986; naskhah yang ditulis oleh Ahmad bin Shaykh Darwish al-Khatib di Jami? Shaykh Ma?ruf al-Karkhi Baghdad, dan disebutkan oleh Shaykh Yasin bahawa kitab ini disebut dalam „Tarikh al-Adab al-?Arabi? ditulis oleh al-„Allamah al-Shafi?i, dicetak, Carl Brockelmann, jilid 1 halaman 178-180 dinisbah kepada Imam Syafi?e dan edisi Syeikh Yasin ini adalah selepas diusahakannya dengan melihat teks-teks itu. (dalam „al-Kaukab al-Azhar?, hal.6). Dalam sebuah edisi baharu kitab „al-Risalah? oleh Imam Syafi?e, pada bahagian pendahuluan oleh penyelenggara edisi itu, iaitu oleh Dr ?Abd al-Latif al-Hamim dan Dr Mahir Yasin al-Fahl, halaman 41 disebutkan bahawa „al-Fiqh al-Akbar? adalah antara kitab-kitab Imam utama ini. (edisi al-Risalah Imam Shafi?i, bahagian pendahuluan pentahkik, terbitan Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, Beirut, 1426/2005).

Page 2: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Terjemahannya adalah seperti berikut, berdasarkan teks Kaherah tahun 1324 yang isinya sama dengan teks Shaykh Yasin tersebut, dengan sedikit-sedikit perbezaan. Bilangan-bilangan di awal perenggan diberikan oleh penterjemah untuk menyenangkan rujukan kepada isinya. Demikian juga kepala-kepala tajuk, yang tidak ada pada naskhah asalnya, diberikan oleh penterjemah. Nombor-nombor halaman diberikan mengikut teks Kaherah tersebut:

1 Sebutan tentang „al-Fiqh al-Akbar?, dalam Geschichte Der Arabischen Litteratur, by C. Brockelmann, Supplemant Band, Leiden, Brill, 1937, vol.1 p.305 menyebut Fiqh Akbar. Sebutan tentang edisi Kaherah 1324.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

2

Muka 102

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan salawat dan salam dariNya untuk penghulu kita Muhammad dan ahli keluarganya.3

Kata al-Sayyid al-Imam Abu ?Abdi?Llah Muhammad bin Idris al-Syafi?i radiya?Llahu „anhu.4

1. Ini tulisan (kitab) yang kami sebutkan di dalamnya zahir beberapa masalah berkenaan dengan usul-al-din yang wajib dan tidak boleh tidak mesti diketahui oleh mukallaf supaya berpegang kepadanya, dan kami namakannya al-Fiqhul-Akbar5. Dan kami bentangkannya tidak secara lanjut kerana hendak menghampirkan pemahaman tentangnya kepada pelajar peringkat permulaan. Dan Allah yang memberi taufiq.

2. Ketahuilah bahawa - moga-moga Allah membahagiakan anda- sesungguhnya tiap-tiap orang mukallaf diwajibkan mengenal Allah taala (ma?rifah Allah taala), dan erti ma?rifah itu ialah mengetahui yang dimaklumi itu mengikut apa yang sebenarnya (ma’rifatul-ma’lum ’ala ma huwa ’alaihi (? ?�? ?� ?� ج شفس

�1?? ? ح ? )) dengan secara tidak tersembunyi atasnya sesuatu daripada sifat-sifat perkara yang dimaklumi itu; [itu erti ma?rifat]. Adapun erti berat sangka atau zan dan taqlid [mengikut tanpa mengetahui dalilnya] itu ialah tidak menghasilkan ilmu dan ma?rifat, kerana erti zan atau berat sangka ialah membolehkan dua perkara [sama ada ya atau tidak] (tajwiz al-amrain) dan yang satu daripada yang dua itu lebih zahir [daripada yang satu lagi itu]6, dan makna taqlid pula ialah menerima pendapat orang yang tidak diketahui [akan

2 Halaman berdasarkan kepada teks Kaherah tahun 1324.

3 Berdasarkan teks yang diterbitkan oleh al-Matba?ah al-„Amirah al-Syarqiyyah, Kaherah, 1324, yang diterbitkan bersekali dengan teks „l-Fiqhul-Akbar oleh Imam Abu Hanifah rd. Teks Imam Syafi?i adalah dari muka surat 10-38. Ini juga teksnya yang disebutkan oleh artikel dalam EI.hal.253 (yakni

Page 3: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Encyclopedia of Islam, terbitan E.J. Brill, 1987 (Leiden-N.York-Kobenhavn-Kolm), hal.253). Dalam Brockelmann, GAL, SupplemantBand I, hal.305 disebutkan teks Kaherah juga. Isi kandungan teks ini didapati sama dengan isi kandungan teks dalam al-Kaukab al-Azhar Sharah al-Fiqh al-Akbar, syarah oleh Dr Syeikh Yasin bekas mufti Mausil, Irak, hal. 7-35. Yang kemudiannya ialah syarahnya oleh syeikh tersebut dari halaman 36-152. Beliau habis menyelesaikan syarahnya pada 2 Sya?ban 1405 Hijrah/ 23 1985 April 1985.

4 Bilangan perenggan-perenggan diberikan oleh penterjemah supaya senang dirujuk untuk perbandingan kemudiannya.

5 „Al-Fiqhul-Akbar? atau „Fiqh Besar? berkenaan dengan usul al-din atau dasar-dasar atau pokok-pokok pembicaraan agama, berbeza daripada „al-Fiqhul-Asghar? atau „Fiqh Kecil? yang membicarakan hukum-hukum cawangan atau ranting dalam agama, berkenaan dengan perkara yang wajib, haram, halal, harus, makruh, sah, batal dan seterusnya. Kitab ini tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada penafsiran ?mujassimah? atau ?musyabbihah? yang diragukan penisbahannya kepada Imam Syafi?i. Dr Shaikh Yasin mufti Mausil Iraq ada memberi syarahan tentangnya sebagaimana yang dinyatakan dalam biografi ringkasnya dalam laman web: http://www.odabasham.net/show.php?sid=9119; syarahnya berjudul ( لمشافعي األكبر الفقه شرح األزهر الكوكب ) .

Sekarang kita bersyukur kepada Allah kerana naskhah syarah kitab itu ada dalam tangan kita kerana ihsan daripada sahabat kita Tuan Syeikh Yusuf dari Makkah.

6 Ayat „satu daripadanya lebih zahir lagi daripada yang satu lagi itu? dalam teks Syeikh Yasin, hal.7.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

3

dalilnya] apa yang dikatakannya dan dari mana katanya itu [apa dalilnya itu];yang demikian itu tidak menjadi ilmu, dalilnya ialah firman Allah taala (الله)[ertinya] „Ketahuilah bahawa tiada tuhan melainkan Allah?7; maka itu perintah [menyuruh mencapai] ma?rifat, bukan perintah [menyuruh supaya berpada dengan tahu mengikut] berat sangkat [semata] dan taqlid [sahaja]8.

Ilmu yang dharuri dan ilmu yang diusahakan:

3. (Fasal). Ketahuilah bahawa ilmu para makhluk itu ada dua bahagian, ilmu yang bersifat dharuri, yang semestinya tidak boleh tidak, dan ilmu yang diusahakan (daruri wa muktasab). Maka erti ilmu dharuri itu ialah tiap-tiap pengetahuan yang wujudnya [ilmu itu] tidak dengan kudrat orang alim itu, itu adalah ilmu yang berlaku melalui pancaindera yang lima, berkenaan dengan perkara-perkara darurat tanpa pilihan [seperti kita tahu tentang panas, sejuk, dan tentang kita ini ada dan lain-lain yang seperti itu] dengan tidak ada ikhtiar usaha [kita]; dan erti ilmu yang diusahakan itu (al-muktasab) ialah tiap-tiap ilmu yang wujudnya itu dengan kudrat usaha orang alim itu, dan itu seperti ilmu hasil daripada tilikan fikiran dan pemandangan [akal] („an al-nazar wa al-ru?yah).9

Page 4: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Ilmu berkenaan dengan hukum yang lima yang wajib diketahui:

4. (Fasal). Ketahuilah bahawa taklif itu ialah perkara yang kalau dilanggar membawa akibat hukuman [dari Tuhan], maka termasuk ke dalam kategori ini semua jenis amalan orang-orang mukallaf; dan itu ada lima kategori; yang wajib, yang haram, yang sunat, yang makruh, dan yang harus. Makna yang wajib dan fardhu itu satu sahaja, iaitu apa yang menyebabkan

Muka 11

orang yang tidak menuntutnya [atau tidak menjalankannya] terkena azab; dan erti perkara yang diharamkan itu ialah perkara yang mendatangkan hukuman bila dibuat; erti yang sunat dan mustahab dan nafilah dan tatawwu? (sukarela) itu ialah pada hakikatnya satu sahaja, iaitu diberikan pahala bila dilakukan, dan tidak dihukum seksa bila ditinggalkan. Erti yang makruh itu ialah perkara yang diberi pahala bila ditinggalkan dan tidak diseksa bila dibuat. Erti yang harus itu ialah sama sahaja dibuat atau ditinggalkan oleh mukallaf [tidak ada pahala bila dibuat dan tidak ada dosa bila ditinggalkan].

7 Surah Muhammad:19.

8 Dalam perkara akidah iman mesti datang daripada ilmu dan ma?rifat bukan hanya mengikut orang lain tanpa mengetahui dalilnya. Adapun dalam perkara fiqh maka orang awam mesti mengikut mujtahid kalau ia sendiri bukan mujtahid yang boleh mengetahui hukum terus daripada Quran dan Sunnah mengikut aturan-aturannya.

9 Ilmu demikian didapati dengan usaha mencarinya dan berfikir untuk mengetahuinya.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

4

5. Maka hendaklah orang yang mukallaf itu beri?tikad dalam tiap-tiap satu daripada hukum yang lima kategori ini nisbah ia diwajib mana yang wajib, haram mana yang dilarang, mengikut apa yang dituntut oleh Syariat [misalnya sembahyang lima waktu adalah wajib, demikian pula puasa, membayar zakat dan seterusnya, berjudi haram, mencuri haram]; demikianlah sehingga ke akhirnya pembahagian yang lima itu. Kalau ia beri?tikad yang menyalahi yang demikian, maka ia terkena seksa.

Wajib ma’rifat:

6. (Fasal). Ketahuilah bahawa ma?rifat terhadap Allah taala ia wajib atas hambaNya bila ada padanya tiga syarat. Pertamanya ada akal, berilmu dan berkuasa yang dengan adanya itu semua maka sah hukum ditujukan kepadanya, maka dihukumkan, dengan ia berakal itu, bila didapati berserta dengan tahunya itu, kadar yang boleh membezakan dengannya antara yang harus dan yang mustahil; maka boleh diambil daripadanya penyaksian sebagai saksi atas yang ghaib. Keduanya baligh, cukup umur, iaitu dikira dengan umurnya, iaitu bila ia mencapai umur lima belas tahun (qamariyyah) atau melalui ia bermimpi (keluar mani dalam masa tidur kerana mimpi bersetubuh) kalau lelaki, dan demikian juga anak

Page 5: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

perempuan, atau dengan ia mengalami haidh. Ketiganya, ada pendengaran, iaitu dikembalikan hukum wajib dari Allah terhadapnya bahawa ia wajib mempunyai ma?rifat terhadapNya; bila tidak ada syarat-syarat ini, maka tidak wajib sesuatu apapun atasnya, berdasarkan firman Allah [yang bermaksud]: “Dan Kami tidak mengenakan azab [ke atas para hamba Kami] sehinggalah Kami mengutuskan kepada mereka rasul”.10 [Juga hukum demikian ] berdasarkan hadith masyhur dari Rasulullah salla?Llahu „alaihi wa sallam )

ر?ط 0 (? [ertinya]: “Kalam terangkat [yakni hamba tidak dikenakan azab atau hukuman Tuhan] daripada tiga orang: dari kanak-kanak kecil, sehingga ia baligh, orang gila sehingga ia sedar daripada gilanya, orang yang tidur sehingga ia jaga”.11

7. (Fasal). Ketahuilah bahawa perkara yang awal sekali yang wajib atas orang mukallaf itu ialah tilikan akal berfikir (al-nazar) dan mengambil dalil yang membawa kepada mengenal Allah (al-istidlal ila ma?rifati?Llah) taala, dan erti tilikan akal itu ialah fikir pada kalbu dan mengamat-amati (fikr al-qalb wa al-ta?ammul)

Muka 12

tentang perkara yang ditilik itu untuk mengenalinya dalam ilmu (talaban li ma?rifatihi), dan dengan amalan itu maka dicapai pengenalan terhadap apa yang tidak dikesani pancaindera (literal - yang ghaib daripada pancaindera).

8. Dan perkara yang darurat atau yang mesti wajib dalam usul al-din berdasarkan kepada firman Allah azza wa jalla [bermaksud]: “Dan tiliklah

10 Al-Isra? ayat 15.

11 Hadith Abu Daud, Tirmidhi, Ibn Majah, sahih.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

5

kepada buahnya bila pokok itu berbuah”12 dan firmannya ) ) جالذصحس ?&? حأ0 ج?طرش?فح [yang bermaksud]: “Maka ambil pelajaranlah wahai orang yang mempunyai pandangan akal yang tajam (ulil-absar)”13 dan firmanNya )? جالسض? جش?/ غ& ج? ف رج ح ج?ش?ظ ج لحي ( [yang bermaksud]: “Katakanlah: Perhatikanlah (tilikanlah dengan akal) apa yang ada di langit dan di bumi”14. Maka kami telah katakan bahawa perkara wajib yang awal-awal sekali ialah menilik dengan akal (al-nazar) kerana kebanyakan ibadat berkait dengan niat dan niat itu adalah kasad melakukan ibadat kepada Tuhan yang disembah yang khusus, dan kasad pula dari segi ini tidak mungkin melainkan selepas daripada mengenali Tuhan yang disembah itu, dan tidak sampai kepada mengenaliNya melainkan dengan tilik akal dan mengambil dalil. Maka sebab itulah kami katakan bahawa perkara yang wajib yang awal-awal sekali ialah [perkara tilik dengan akal dan mengambil dalil] yang demikian itu.

Page 6: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

9. Dan ketahuilah bahawa alam adalah nama bagi semua perkara selain daripada Allah terdiri daripada ArasyNya, KursiNya, langitNya, bumiNya, haiwannya, benda pejalnya, yang berkata-kata, yang diam, yang dijadikan, yang ada selepas daripada tidak ada.

Ikut Agama Hanif Nabi Ibrahim – dengan pandai mengambil dalil yang betul dalam berfikir

10. Dan dalil tentangnya ialah bahawa telah sabitlah yang alam ini berubah-ubah daripada satu sifat kepada satu sifat yang lain, daripada satu hal keadaan kepada satu hal keadaan yang lain pula, tidak terpisah ianya daripada warna-warni yang berlain-lainan, dan keadaan yang berbeza-beza, peristiwa-peristiwa yang silih berganti, dan apa yang tidak terlepas daripada peristiwa-peristiwa yang terjadi, dan tidak mendahulu daripadanya [oleh sesuatu], melainkan ia benda yang baharu sepertinya pula, kerana tidak terfikir pada akal adanya juzuk-juzuk yang banyak melainkan ia terhimpun atau bercerai-berai, atau ada berdampingan, atau berjauhan, walhal keadaan berhimpun dan bercerai itu adalah peristiwa-peristiwa baharu yang berlaku (hawadith); dan makna pendapat mencari dalil yang demikian ini ada dalam firman Allah berkenaan dengan kisah nabi Ibrahim „alaihissalam, ( 111? ج ح3 ف ورح?و? سأ �&11 ج لحي

سذ ج?ز ? ) [yang bermaksud]: “Maka apabila menjadi gelaplah malam padanya, baginda melihat bintang, katanya ini Tuhanku”15. Bila baginda melihat kepada bintang, matahari dan bulan itu berubah-ubah dalam sifat-sifatnya, maka baginda mengeluarkan semua itu daripada sifat ketuhanan dengan mengambil dalil jatuh turunnya, menghilangnya, dan berpindah-pindahnya dari satu keadaan kepada keadaan yang lain; kemudian dipanggil perbuatan mengambil dalil tentang perkara itu sebagai hujah dan dikaitkan yang demikian itu kepadaNya [Sendiri]. FirmanNya )? ه� ض

12 Al-An?am.99

13 Al-hasyr.2.

14 Yunus: 101.

15 Surah Al-An?aam: 76.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

6

ل ?�? ? 1 جذشج? ح 1 أض? ح حجط ? (? [ertinya]: “Itulah hujah Kami yang Kami kurniakan kepada Ibrahim dalam menghadapi kaumnya”.16

11. Kemudian Ia menerangkan bahawa antara orang yang Ia membawa kepada hidayatNya dan hujahNya ialah orang yang terangkat darjatnya; firmanNya ( فغ?ش

حء?ش دسجحش ) [ertinya]: “Kami angkatkan darjat-darjat orang yang Kami kehendaki”.17 Kemudian Ia berfirman kepada RasuNya salla?Llahu „alaihi wa sallam

Page 7: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Muka 13

[dalam ayat] )? فح?1 ح? 1 جذشج س� جضرغ ( yang bermaksud: “Dan ia mengikut agama Ibrahim yang berada dalam agama tauhid yang asal benar dan murni itu”18 Dan itu mewajibkan kita mengambil dalil sebagaimana beliau mengambil dalil [dalam berfikir]. Dan ketahuilah bahawa apa yang baharu ada itu mesti tidak boleh tidak ada pencipta yang mengadakannya. Dan dalil tentang perkara itu ialah perbuatan mesti ada pembuatnya sebagaimana tulisan itu mesti ada yang menulisnya dan bangunan itu mesti ada pembinanya. Maka mustahil ada tulisan melainkan mesti daripada penulis; itu termaklum dengan pengalaman yang nyata disaksikan secara dharuri, mesti tidak boleh tidak. Dan inilah hukum berkenaan dengan apa yang sepertinya terdiri daripada pelbagai jenis kemahiran dan pertukangan. Demikian pula perkara yang baharu diadakan dalam erti yang demikian itu dari segi tuntutan maknanya ada yang baharu menjadikannya, pembuat dan pencipta[nya].

Allah memberi peringatan tentang perkara itu, firmannya ( خ ج � م& خ&ح ج أ ء?ش ش1 غ ج?م ? ). Yang bermaksud: “Adakah mereka diciptakan bukan dari sesuatu ataupun mereka yang menciptakan [diri mereka sendiri]?19; maknanya adakah mereka itu diciptakan dengan tidak ada pencipta, atau adakah mereka menciptakan diri mereka sendiri? Maka jelaslah (dengan ini) bahawa penciptaan itu mesti tidak boleh tidak ada pencipta[nya].

12. Dan ketahuilah bahawa yang mengadakan alam ini [daripada tidak ada kepada ada] ialah Allah jalla jalaluhu dan maha meratalah niamat kurniaNya. Dan dalil tentang itu ialah ia menjadi tetap [benar demikian] pada sisi mereka yang paling awal mempunyai akal tinggi, iaitu bahawa manusia itu dalam hal sempurna kejadian ciptaannya serta sempurna akalnya dan kudratnya ia tidak berupaya untuk menjadikan

16 Surah Al-Nisa?: 125. Banding dengan ayat dalam teks Dr Syeikh Yasin hal.9 ayatnya ( ج? ح 1 ح?أ ث فح?1 ح? 1 ذشج س� جضرغ أ ه&11 yang bermaksud: “Kemudian Kami wahyukan kepada engkau (wahai ج(

Muhammad) „Ikutilah agama Ibrahim yang hanif?. (an-Nakhl: 123)

17 Al-An?aam: 83. Mustahak difahami di sini bahawa bukannya nabi Ibrahim alaihissalam itu menyangka betul-betul bahawa itu semua „tuhan?; maksudnya bahawa nabi Ibrahim alaihissalam mengalami mi?raj yang ditunjukkan kepadanya tingkatan-tingkatan „hampir? kepada Tuhan secara darjat cerah cahaya bintang, kemudian darjat cerah cahaya bulan, kemudian darjat cerah cahaya matahari, sehingga kepada darjat yang tinggi sekali itu, maka keluarlah kata-kata dari mulutnya seperti yang diajarkan kepada kita kata-kata dalam doa iftitah waktu sembahyang mulai daripada „wajjahtu…? yang bermaksud „Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan sekalian alam…?.Nabi Ibrahim alaihissalam tidak pernah syirik.

18 Al-Nisa?: 125.

19 Surah al-Tur: 35.

______________________________

Page 8: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

7

untuk dirinya sendiri pendengaran, penglihatan, atau mengembalikan anggota badan yang jatuh daripadanya, baik dengan diri sendiri atau dengan bantuan orang lain yang sepertinya, dan pihak yang sebaya dengannya, dan kerana ia tidak mampu menjadikan dirinya sendiri dalam masa keadaan dirinya sebagai air yang hina, sebagai benih yang hanyir, lemah, lebih lebih lagi daifnya itu. Allah berfirman [dalam ayat ( ض ح ط0 أفشأ ? /?

� ضخ? ط أأ م& خ&ح ج? ح أ? م ? ) yang bermaksud]: “Adakah kamu lihat apa yang kamu pancarkan [sebagai air mani itu] adakah kamu yang menjadikannya atau Kami yang menjadikan?” 20 Maka Allah memberi peringatan tentang perkara itu, iaitu bahawa anak yang dilahirkan itu bapanya tidak menjadikannya, kerana ia keluar sebagai mani, walhal ia belum ada, dan ia tidak suka, kemudian ia ada, maka teranglah bahawa penciptaan bentuk rupa janin itu dalam rahim daripada mani itu ialah perkara yang berlaku bukan dengan kehendak kita, tidak akan menjadi, maka penciptanya dan pembentuk rupanya ialah Allah. Dan dalil tentang perkara itu ialah firman Allah ( ?? الله

س?ص� ج ر&حسب ج ك& خ&ح ج ) [yang bermaksud]: “Dia adalah Allah, Maha Pencipta, Penjadi Yang Awal, Pembentuk rupa”21

Demikian pula firman Allah ( 111 و? ء?ش و ?�? ? ?? ? رذ?فح ء?ش و ك& خح سذى الله ى& ر ) [yang bermaksud] “Itu adalah Allah Pencipta segala sesuatu, maka hendaklah kamu beribadat kepadaNya, Ia pemelihara segala sesuatu”.22

13. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa Pencipta alam adalah kadim, azali, maknanya tidak ada awal bagi wujudNya, dalilnya ialah bahawa kalaulah Tuhan Maha Pencipta itu baharu ada, maka ia memerlukan pula kepada pencipta yang baharu yang lain pula,

Muka 14

yang mengadakanNya dan mewujudkanNya, kemudian kalau penjadinya itu baharu ada, maka itu membawa kepada perlu ada penjadi yang satu lagi pula, dan bergantunglah tiap-tiap yang menjadikan itu kalau ia baharu ada dengan penjadi yang sebelum daripadanya, maka itu membawa kepada apa yang tidak berkesudahan, dan wajib dengan itu mustahil adanya pencipta dan makhluk yang dicipta [yang baharu ada itu]. Allah berfirman dalam ayat (?? جالخش? ي?جال ) [yang bermaksud]: “Dialah Yang Awal [tanpa Permulaan] Dialah Yang Akhir [tanpa kesudahan]”. 23 Maka Allah azza wa jalla memberitahu tentang wujudNya yang tidak terhenti dan terus menerus berkekalan itu.

14. (Fasal). Ketahuilah bahawa Pencipta alam itu adalah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, sendiri tunggal tanpa yang dua bagiNya. Erti wahdaniyyah pada sifat-sifat Allah itu ialah bahawa mustahil ada padanya pembahagian diriNya kepada juzuk-juzuk dan bahagian-bahagian, secara waham dan takdir [yakni kuantiti banyak atau sedikit]; Ia Tunggal Sendiri dengan Sifat-SifatNya, dan ZatNya, tanpa

20 Al-Waqi?ah: 58-59.

Page 9: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

21 Al-Hashr: 24.

22 Al-An?aam: 102.

23 Al-Hadid: 3.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

8

menyerupai makhlukNya, Ia Tunggal SendiriNya terhubung dengan sekalian yang baharu, dari segi Ia sahaja yang mengadakannya, dan mula menciptanya, dan dalil tentang yang demikian itu ialah bahawa telah sabit dan tetap hakikat bahawa perbuatan dan penciptaan memaksudkan ada pembuat dan tukang mahirnya, yang tidak boleh tidak, dan maha kaya adanya fa?il [yakni pembuat atau pencipta] bagi Pencipta yang tunggal itu, maka Pembuat Yang Tunggal tidak boleh tidak daripadanya, dan apa yang bertambah kepadanya itu menjadi bercanggahan di dalamnya dengan berbilang-bilang, dan saling gugur menggugurkan, [yakni kalau berbilang-bilang maka satu pihak mahukan sesuatu yang satu lagi pula mahukan yang lain maka berlakulah percanggahan dalam alam] kerana tidak ada yang memberatkan bagi sebelah pihak yang berbilang-bilang, atas setengah yang lain [dengan itu ada sistem tersusun dalam alam yang satu ini].

[Berkenaan dengan tidak mungkin adanya dua kuasa atas alam ini] Allah berfirman (? س?& أ ح/? 1 ف وح &ف&غذضح الله جال ) [yang bermaksud]: “Kalaulah ada di langit dan bumi itu tuhan-tuhan [banyak tuhan-

tuhan langit dan tuhan-tuhan bumi] selain daripada Allah nescaya binasalah kedua-duanya”.24 Maka Allah menerangkan bahawa kalaulah ada tuhan-tuhan lebih daripada Tuhan yang Esa, maka tidak adalah langit dan bumi, kerana banyaknya tuhan-tuhan itu memestikan adanya berbezaan dan saling sekat-menyekat [antara tuhan-tuhan itu] daripada maksud-maksud [tuhan-tuhan itu masing-masingnya]. Firman Allah ( واحذ ه ال كن ه ال وOا ا ) [ yang bermaksud]: “Hanyasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa”.25 26

15. (Fasal). Ketahuilah bahawa Pencipta alam tidak menyerupai sesuatu dari kalangan para makhlukNya, dan dalil tentang perkara ini ialah bahawa persamaan itu memestikan adanya perkongsian dalam semua sifat-sifat dan hukum-hukum [antara sesuatu dengan apa yang sama dengannya itu], kerana hakikat persamaan itu ialah kedua-duanya itu lain pada zatnya, dan harus pula kedua-duanya ada semua perkara-perkara yang harus ada pada rakannya itu, maka ia boleh mengambil tempat rakannya, dan memenuhkan „tempat?nya, maka kalaulah Tuhan Yang menjadikan alam menyerupai makhlukNya maka harus ada padanya sifat-sifat makhlukNya, dan yang demikian itu mustahil, kerana memestikan harus keadaannya baharu ada, [walhal itu mustahil],

Muka 15

Page 10: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

dan kerana itu bercanggahan [satu dengan lainnya]; maka sabitlah bahawa Tuhan yang menjadikan alam (al-Bari) itu tidak menyerupai makhlukNya, dan makhlukNya tidak menyerupaiNya [pula]; Allah berfirman (1 & ء?ش ث/ و ظ ) [yang bermaksud]:

24 Anbiya: 22.

25 Al-Kahf: 110.

26 Kalau dalam kehidupan dan pengetahuan sekarang kita katakan bahawa adanya sistem yang tersusun rapi daripada atom, zarrah dan sub-zarrah hingga kepada planet-planet, daripada sel-sel dan molekul-molekul hingga kepada bimasakti-bimasakti, semuanya tersusun –itu semua menunjukan satu aturan yang menunjukkan pula ada satu Pengaturnya, Tuhan Yang Maha Esa Jalla jalaluh. Dan pengalaman golongan arifin dalam sejarah menunjukkan wujud hakiki yang satu, Allah.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

9

“Tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya”27 Ertinya tidak ada sesuatu yang serupa denganNya.

16. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa had dan penyudahan tidak ada pada Allah taala; dan erti had itu ialah hujung penyudah sesuatu benda dan bahagian akhirnya, dan dalil berkenaan dengan perkara ini ialah bahawa Ia yang tidak ada terbatas permulaanNya maka tidak ada keterbatasan ZatNya, maknanya ialah sesiapa yang tidak ada bagi wujudnya permulaan maka tidak ada bagi zatnya kesudahan; kerana apa yang terbatas itu ada kesudahan [baginya], maka sah diwahamkan padanya ada tambahan dan kekurangan; dan boleh didapati [pula apa] yang sepertinya, maka [kalau demikian] ada baginya kekhususan jenis dari penyudahan dan pembatasan yang sah ada pula yang lebih besar daripadanya atau lebih kecil, [lagi pula kalau demikian itu] memestikan ada baginya apa yang menjadikannya (mukhassis) yang menjadikannya (atau yang mengkhususkannya) atas had dan kesudahan dan kejadiannya atas kadar [tertentu] dan itu membawa kepada baharunya Allah taala - maha sucilah Ia dengan kesucian yang setinggi-tingginya daripada yang demikian itu.

Tuhan mustahil ‘aradh atau sifat jisim28

17. (Fasal) Ketahuilah bahawa Allah taala itu bukan jauhar29, bukan jisim, juga bukan sifat bagi jisim (atau bukan ?aradh)30; dan dalil tentang yang demikian itu ialah bahawa jauhar itu adalah asal kejadian segala sesuatu [dari segi alam benda mengikut teori fizik zamannya31], dan ia yang tersusun daripadanya itu jisim dan daripada itu

27 Al-Syura: 11

28 Bila Ia tidak jisim maka tidak ada padanya sifat-sifat jisim seperti bertempat, memerlukan masa, berpihak (atas bawah belakang hadapan kiri kanan), demikian seterusnya; dengan itu tidak timbul konsepsi „duduk? atas „Arasy, „turun? ke langit dunia, dan lain-lain konsep yang berlawanan dengan itu

Page 11: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

dari kalangan golongan mujassimah dan musyabbihah, ertinya golongan yang memahami Allah seperti Ia berjisim, atau Ia menyerupai makhluk dalam apa segi sekalipun.

29 Penggunaan „jauhar? dan „aradh? oleh Imam ini berlaku - Allah meredhainya - kerana pada zaman itu sudah timbul penggunaan istilah-istilah itu; maka sebagai imam dalam ilmu dalam berbicara tentang hakikat ketuhanan, ia tidak boleh mengelak, bahkan nampaknya terpaksa menggunaakannya untuk menolak sangkaan yang mungkin timbul bahawa Allah menyerupai makhluk dari segi Ianya jauhar atau aradh (bahasa Inggerisnya „substance? and „accidents?), dengan implikasi-implikasinya; kalau sekarang mungkin kita katakan bahawa Allah bukan „zarah?, bukan „sub-zarah?, bukan „quarks? bukan „gelombang? (waves), bukan „meson?, bukan „baryon? (kalau diperlukan dalam perbincangan) sebab adanya teori yang menyebutkan bahawa segala yang ada ini walaupun kelihatan sebagai „pejal?, boleh diukur, disukat, dan seterusnya, sebenarnya pada paras sub-zarah (sub atomic level) ia „gelombang? atau „zarah?, tidak menentu, kadang-kadang sebagai zarah kadang-kadang sebagai gelombang. Lihat „The Tao of Physics? oleh Fritjof Capra, Flamingo books, Fontana Paperbacks, 10th impression, London, 1985, hal.150. Maka di sisi ahli pengetahuan timbul keperluan kepada pembicaraan sedemikian itu.

30 Lihat bagaimana Imam Syafi?i menggunakan istilah jisim dan „aradh yang pada zamannya ada dalam perbincangan ilmiah. Banding pula dengan kita sekarang.

31 Sekarang dalam teori quantum asal semuanya gelombang atau zarah itu. Dalam laman web terhubung dengan universiti Princeton disebutkan: „quark? (dalam ilmu fizik) secara hipotesis partikel yang sebenar dalam „mesons? dan „baryons?; di sana dianggapkan ada enam „rasa? (flavours) quarks (dan anti-quarks pula), yang datang dalam berpasangan; tiap-tiap satunya ada caj elektrik +2/3 atau -1/3; wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn diakses 11-3-11 11.08 pagi. Dan „baryons? and „mesons? pula asalnya nama yang merujuk kepada „mass? („berat?) dua jenis partikel. „Baryons?

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

10

timbul kata-kata „pakaian jauhari? bila pakaian itu asli. Dan Tuhan Yang Mula menjadikan alam mustahil daripada menjadi tersusun daripadanya sesuatu, sehingga jadilah jauhar sekarang jauhar-jauhar [pula], Ia sunyi daripada [bersifat seperti] sekalian makhluk, gerak, diam, warna-warna, rasa, bau, dan yang lain daripada itu. Dan Ia Qadim, sediakala, maha sucilah Ia daripada perkara-perkara baharu, maka nyatalah bahawa Ia bukan jauhar [dan yang lain-lain yang disebut sebagai benda yang dijadikan daripada alam ini].

Tuhan mustahil jisim

18. Dan mustahil juga bahawa Ia itu jisim32 kerana jisim itu adalah himpunan yang tersusun daripada [bahagian-bahagian atau juzuk-juzuk], dan daripada yang demikian terdapat kata-kata ahli bahasa, “ini jisim” dan ini lebih besar jisimnya daripada yang itu; maka mereka memberi gambaran tentangnya dengan cara bersangatan sifatnya bila banyak susunannya dan himpunannya, dan berlakulah perkara

Page 12: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

demikian itu dalam kata-kata mereka tentang “ „alim, „aliim, dan lebih „alim [daripadanya]”( ? ,Q �11? ? ح

أ? ? Q� ) bila bertambah taalukan ilmunya dengan maklumat-maklumat; dan termaklum bahawa yang alim itu pada asalnya ialah alim tentang ilmu, demikian pula kata-kata pendapat

Muka 16

berkenaan dengan jisim.

Allah mustahil atasNya sifat-sifat jisim

19. (Fasal) Dan yang tahkik [dalam erti yang sebenar-benarnya berkenaan dengan perbahasan ini] ialah bahawa gambaran sifat bila ia berhak amat bersangatan sifatnya itu dengan penambahan maknanya, maka berhaklah ia sebagai asal gambaran sifat, kerana sebab itu, seperti sifat panjang (tawiil), atwalu (lebih panjang), dan 'alim (mengetahui) dan a'lamu (lebih mengetahui) dan yang sepertinya. Sesungguhnya Allah taala memberi peringatan kepada kita tentang makna ini dalam firmanNya ( ? صجد

غQ ج? ?& ج? ف ذغطس ج& ) [yang bermaksud]: “Dan Allah mengurniakan kepadanya ilmu yang luas dan tubuh badan yang perkasa”.33 Ertinya pada segi kebesaran tubuh badan dirinya walhal Allah taala yang menjadikan alam ini tidak mempunyai juzuk-juzuk dan bahagian-bahagian [seperti bahagian badan makhluk] bahkan Ia Tuhan Yang

asal dari perkatan Yunani ertinya „berat? termasuk di dalamnya proton dan partikel-partikel yang lebih berat lagi. „Mesons? dari kata Yunani ertinya „antara? „antara dua? adalah partikel-partikel dengan „mass? (atau „berat?nya) adalah antara berat elektron dan proton. Sekarang nama „baryon? merujuk kepada mana-mana partikel yang terbina daripada tiga „quarks?, seperti proton dan neutron. „Mesons? pula adalah partikel-partikel yang terbina daripada satu quark tergabung dengan satu anti-quark...(dari http://www.britannica.com/EBchecked/topic/54531/baryon diakses 11-3-11 11.12 pagi)

32 Ini menunjukkan Imam ini –Allah meredhainya- sangat tajam pengamatannya tentang bahasa dan perkembangan pengetahuan zamannya. Alangkah baiknya contoh tauladan yang kelihatan pada tokoh utama ini.

33 Al-Baqarah: 247.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

11

Maha Esa sebagaimana Ia berfirman [dalam ayat ( أحذ الله?? ل ) yang bermaksud]: “Katakanlah Ia Allah Yang Maha Esa”.34 Walhal apa yang terhimpun [daripada beberapa bahagian] dan yang tersusun tidak menjadi satu, dan mustahil Ia itu 'aradh [atau sifat seperti sifat pada zat benda] kerana 'aradh itu mustahil padanya sifat baqa? atau kekal atau sedikit kekalnya itu. Kerana makna demikian ini maka Allah berfirman [dalam ayat ( ح?1 ذ& ج شض? ?ذ0 ضش ) yang bermaksud]: “Mereka berkehendak kesenangan dunia ini yang sementara ('arad al-dunya?)”.35 Kerana sedikit sahaja sifat baqa?nya itu walhal Tuhan

Page 13: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Yang menjadikan alam ini wajib sifat baqa? bagiNya kekal berterusan wujudNya, mustahil tiada. Allah berfirman [dalam ayat ( رم0? فح ح?�11? و ?

? جالوشجV? ج&الي ج?ر سذه ج ) yang maksudnya] “Tiap-tiap sesuatu di atasnya binasa, walhal Wajah Tuhan kamu kekal, Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan”.36

20. (Fasal) Ketahuilah bahawa gambaran bentuk rupa dan sifat tersusun mustahil atas Allah taala dengan makna yang kami sebutkan pada jisim, dan itu kerana yang mempunyai bentuk rupa itu tidak terkhusus dengan satu bentuk rupa tidak bentuk rupa lain melainkan dengan penentu bentuk rupa yang khusus yang si pembuatnya dan si penciptanya, dan sesiapa yang ada bentuk rupa juga ia makhluk, dan tidak ada kemusykilan lagi padanya, dan kerana rupa bentuk itu tidak menyerupai pembentuk rupa bentuk itu walhal Allah adalah Pembentuk rupa bentuk dan „bentuk rupa?Nya tidak menyamaiNya oleh sesuatupun; firman Allah [dalam ayat ( ) س?ص� ج ر&حسب ج ك& خ&ح ج

yang bermaksud] Maha Pencipta Yang Awal Mula Menjadikan, Pembentuk rupa [sekalian makhlukNya]”.37

Mustahil atas Allah warna, kecapan rasa, bau, panas sejuk, dan yang sepertinya

21. (Fasal). Ketahuilah bahawa Allah taala mustahil atasnya warna, penciptaan/ kejadian [seperti makhluk], kecapan rasa, dan bau, panas, sejuk, dan yang sepertinya, kerana ini semua sifat-sifat makhluk yang baharu, dan tanda-tanda penciptaan dan yang disifatkan itu dengan suatu daripadanya itu berserta dengan harus sifat lain daripadanya maka ia tidak terkhusus dengan yang demikian melainkan dengan adanya yang mengkhususkannya, itulah yang menjadikannya dan menciptanya, walhal itu sifat makhluk yang baharu; demikianlah hukum mustahil [atas Allah] itu rasa lazat, sakit, dan sifat-sifat yang lain lagi yang terkhusus ianya

Muka 17

bagi makhluk; firman Allah azza wa jalla ( ح؟/11 ع? ض ) [dalam ayat yang bermaksud]:38 “Adakah kamu mengetahui seorang yang sama dengan dia?”.

34 Surah al-Ikhlas: 1.

35 Al-Anfaal: 67.

36 Al-Rahman: 27.

37 Al-Hashr: 24.

38 Maaryam: 65.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

12

Page 14: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Allah mustahil bertempat

22. (Fasal) Dan ketahuilah bahawa Tuhan yang mula menjadikan alam ini tidak ada tempat bagiNya. Dalil tentang perkara itu ialah bahawa Allah taala telah ada walhal tempat tidak ada [pada zaman kadim itu], maka Ia menjadikan tempat atau ruang walhal Ia dalam sifatNya yang azali sebagaimana telah adaNya sebelum Ia menjadikan tempat atau ruang itu; maka mustahil Ia berubah pada zatNya dan bertukar pada sifatNya; dan [itu juga demikian] kerana Ia tidak bertempat walhal ada bagiNya „di bawah? jadilah penyudah bagi zat yang terhad, walhal keadaan terhad atau terbatas itu sifat makhluk; maka maha suci atau maha tinggilah Allah daripada yang demikian itu.

Allah mustahil bagiNya ada pasangan dan anak

23. Dan kerana makna inilah pula mustahil bagiNya ada isteri dan anak kerana itu tidak boleh berlaku melainkan dengan perhubungan [seperti antara lelaki dan perempuan] dan bersambung dan bercerai, demikianlah pasangan, dan anak pada sifatnya maka itu mustahil bagi Allah. Maka kalaulah dikatakan Allah berfirman ( ح ج جعط? ش?& ج ?�? ش& ?? ) [dalam ayat yang bermaksud]: “Tuhan Yang Rahman beristawa atas Arasy”39 maka hendaklah dijawab: “Sesungguhnya ayat ini termasuk daripada ayat mutasyabihat yang mencengangkan dalam jawapan seperti apa yang sama dengannya bagi orang yang tidak mahu memperdalam ilmu berkenaan dengannya iaitu ia mengambilnya sebagaimana datangnya dan tidak dibahaskan lagi tentangnya serta tidak bercakap-cakap tentangnya kerana tidak aman daripada terjatuh ke dalam syubhat dan keadaan seperti gaung [yang berbahaya] kalaulah [orang yang berkenaan] bukannya orang yang dalam dan tetap teguh dalam ilmunya; maka ia wajib beri?tikad bahawa Tuhan yang menjadikan alam itu bersifat dengan sifat yang kami sebutkan itu bahawa Ia tidak dikandung oleh tempat dan tidak berlalu atasnya zaman [ia tidak ada umur], ia suci daripada had batasan, suci daripada kesudahan, maha kaya daripada memerlukan tempat, dan pihak [seperti kiri kanan belakang hadapan], [sebagaimana yang ada dalam ayat (1 & شة ث/ و ظ )yang bermaksud] (tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya)40 dan [dengan itu] ia selamat daripada kebinasaan; kerana inilah maka Imam Malik marah kepada orang yang bertanya tentang ayat ini, lalu jawabnya: istiwa? atau bersemayam itu disebutkan [dalam ayat], kaifiat atau bagaimananya itu tidak diketahui, iman tentangnya wajib, bertanya tentangnya bid?ah. Kemudian katanya: Kalau ia kembali bertanya maka aku akan menyuruh ia dipukul tengkuknya. Allah menjaga kami dan anda semua daripada tashbih [yakni menyamakan antara Tuhan dan makhlukNya].

Allah wajib bersifat dengan Sifat-Sifat Hayat, mengetahui, berkuasa, berhendak, mendengar, melihat, berkata-kata, kekal

39 Taha: 5.

40 Al-Syuraa: 11

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

13

Page 15: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

24. (Fasal). Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan alam itu bersifat dengan sifat Hidup, Mengetahui, Berkuasa, Berkehendak, Mendengar, Melihat, Berkata-kata, Kekal. Dalil tentangnya ialah bahawa perbuatan-perbuatanNya itu teguh sempurna (muhakkamah), paling teliti penuh kemahiran (al-mutqanah), tersusun atas susunan yang paling sempurna dan lengkap, yang menunjukkan bahawa Ia keadaanNya Berkehendak, mustahil atasNya Kecelaan yang menghalang

Muka 18

[Nya] daripada sifat Mendengar, Melihat, Berkata-kata, mustahil atasNya sifat-sifat bisu, tuli, buta, dan diam; [wajib atasnya ada sifat-sifat] yang menunjukkan IaNya hal keadaanNya mendengar, Melihat, Berkata-kata, keadaanNya Sediakala, Kekal, Berterusan wujudNya. Firman Allah taala ( ? ? ح& ج ?�? و?ض

ش?/ 0 ال? ز& ج ) [yang bermaksud]: “Dan bertawakallah kepada Tuhan Yang Maha Hidup, yang tidak mati-mati”.41 Firman Allah taala ( ش0 لذ ء?ش و ?�? الله ج )[ yang bermaksud]: “Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.42 Dan firmanNya dalam ayat( خ م&ذ � 0Q? ضم أحغ? ف ح?غ جال? ح م

) [yang bermaksud]: “Sesungguhnya Kami jadikan manusia dalam sebaik-baik kejadian”.43 Dan firmanNya ( ذ0 ش0 ح� حي?ف ) [dalam ayat yang bermaksud]: “Ia melakukan apa yang dikehendakiNya”.44

25. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa Tuhan yang menjadikan alam itu Hidup dengan Sifat Hayat, Berilmu dengan Sifat Ilmu, Berkuasa dengan Sifat Qudrat, Mendengar dengan Sifat mendengar, Melihat dengan Sifat Melihat, Berkata-kata dengan Sifat Berkata-kata, Kekal dengan Sifat Baqa?, dan sifat-sifat ini adalah sifat-sifat yang azali, wujud dengan zatNya, yakni bukan sebagai ?aradh atau sifat seperti sifat yang ada pada benda yang baharu, dan bukan baharu ada, Ia telah dan terus menerus ada, bersifat dengan sifat-sifat demikian ini, dan tidak ada sesuatu daripada sifat-sifat makhluk yang menyerupaiNya dalam sifat-sifat demikian, sebagaimana zat-zat makhluk tidak menyerupai ZatNya, Dan dalil tentang yang demikian itu ialah bahawa tiap-tiap sifat itu sahlah ada zat yang bersifat dengan sifat itu, maka mustahil ada sifat itu tanpa ada zat [yang bersifat dengannya], demikian pula mustahil adanya apa yang disifatkan dengan hukum sifat itu walhal sifatnya tidak ada [yakni bendanya ada tetapi sifatnya tidak ada, itu mustahil].

26. (Huraiannya). Bahawasanya mustahil ada Qudrat, Ilmu, dan lainnya, daripada sifat-sifat walhal tidak ada Yang Berkuasa, Yang mengetahui, [Yang Mendengar, Yang Melihat dan seterusnya]; demikian pula mustahil adanya yang mengetahui, yang berkuasa, walhal tidak ada qudrat dan ilmu, kerana taalukan tiap-tiap satu daripadanya adalah seperti taalukan rakannya; firman Allah taala ( ذ? ض أ ? 3? ): [yang bermaksud]: “Ia menurunkan [Qur?an itu] dengan IlmuNya”45 Dan firmanNya lagi ( ? ث أ ضح ح ??

? ذ جال ضعغ ال ? 3? ) [yang bermaksud]: “Dan wanita itu tidaklah mengandung dari [kalangan] wanita itu dan tidak pula ia melahirkan [anaknya] melainkan dengan

41 Al-Furqan: 58.

42 Al-Ahzab: 27; al-Fath: 21.

43 Al-Tiin: 4.

44 Al-Buruuj: 16.

Page 16: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

45 Al-Nisa?: 165.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

14

IlmuNya”.46 Dan firmanNya (? س?غ&ح ج? ? ذ ) [yang bermaksud]: “Dan padaNya ada Ilmu berkenaan dengan Masa Kiamat” 47 Dan firmanNya ( 1 ط� ج ز?م& ج?ر ? ) [ yang bermaksud]48: “Dia yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh”. Dan firmanNya ( ? ذ0 ذأ? ح? ح? 1 ذ ح/ء غ& ج )[yang bermaksud]: “Dan langit Kami binakannya dengan Kekuasaan”.49 Yakni dengan Kekuatan (secara literalnya „dengan tangan-tangan? [yang banyak]); maka Allah mensabitkan bagi diriNya Ilmu, Qudrat, maka wajib kita mensabitkannya bagi DiriNya itu [Sifat-Sifat demikian]. Maka apa yang Ia nafikan bagi DiriNya wajib kita menafikannya pula. Firman Allah taala (0 ذ&? 0? ذ� ) [yang bermaksud] “Ia tidak melahirkan dan Ia tidak dilahirkan”.50 Kerana menafikan apa yang diisbatkan untuk DiriNya adalah sama seperti mensabitkan apa yang dinafikan olehNya bagi DiriNya pula. Dan itu mustahil; kalau tidak apa pula perbezaan dan tidak didapati jalan berlainan kepada yang demikian itu.

Sifat-Sifat Allah Yang Qadim tidak membawa kepada kesyirikan dengan Qadimnya Sifat-Sifat itu, bahkan tetap Ia tauhid dengan ZatNya dan Sifat-SifatNya

27. (Fasal) Kalau dikatakan: Bahawasanya Tuhan yang menjadikan alam itu ada lapan sifat semuanya qadim [sebagai kunci mengenaliNya, walhal sifat-sifat kesempurnaannya tidak terkira], maka anda mengisbatkan berserta Allah lapan perkara qadim, maka yang demikian itu mensabitkan persyarikatan dalam perkara qidam [atau kesyirikan dalam perkara qadim]. Maka hendaklah dijawab: Itu tidak membawa kepada maksud demikian, kerana perkongsian dalam segi qidam demikian itu tidaklah membawa kepada maksud keserupaan dalam semua sifat-sifat sebagaimana yang kami terangkan sebelum ini; dan [yang demikian itu juga] kerana persyarikatan dalam perkara qidam itu kalau ia memestikan berlaku keserupaan maka mesti berlaku persyarikatan dalam perkara baharu maka mesti ia membawa kepada maksud jauhar-jauhar dan jisim-jisim seperti „aradh-„aradh dan sifat-sifat; maka bila tidak sah apa yang kami katakan, maka tidak sah pula apa yang mereka katakan dan apa yang kami isbatkan tentang sifat-sifat Tuhan yang menjadikan ia semua itu sifat-sifat yang ada berserta dengan ZatNya; maka ia [yakni Tuhan dengan ZatNya dan Sifat-SifatNya] bukannya menjadi misalnya seperti sifat-sifat kita yang ada dalam zat-zat kita ini, yang tidak seperti kita sebagai misal-misal seperti zat-zat kita. Hendaklah ini difahami. [Maka tidak timbul syirik sifat-sifat itu dengan Zat Allah, kerana sifat-sifatNya tidak bercerai dengan ZatNya. Maka kemusykilan syirik itu tertolak].

Erti Sifat Hayat dan Sifat Ilmu dan Qudrat Allah

28. (Fasal) Dan ketahuilah bahawa erti Hayat itu ialah sifat yang satu yang azali yang dengannya maka jauhlah Ia [atau sunyilah Ia] daripada [ciri-ciri] perkara-perkara yang mati, bukannya [hidupNya itu] dengan roh, dan bukannya hidupNya itu

46 Fatiir: 11.

Page 17: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

47 Luqman: 34.

48 Al-Dhariyat: 58.

49 Al-Dhariyat: 47.

50 Al-Ikhlas: 3.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

15

berhajatkan kepada yang lain daripadaNya seperti [memerlukan kepada] makanan, nafas, dan bukannya menyerupai hidup makhluk; dan makna IlmuNya itu ialah bahawa ia sifat yang azali yang terpisah daripada erti-erti yang bercanggahan dengan ilmu; yang dengannya [Sifat Ilmu itu] Ia mengetahui semua maklumat-maklumat secara menyeluruh dan satu persatu tentang apa yang telah, sedang dan akan ada serta apa yang tidak akan ada dan bagaimana akan adanya.

29. Dan erti Qudrat itu ialah bahawa ia sifat yang azali yang satu yang [kerananya maka] jauhlah [atau sunyilah] Ia daripada sifat lemah yang berkaitan dengan sifat-sifat makhluk yang baharu dengan cara yang sedemikian rupa sehingga tidak ada makhluk yang baharu ini melainkan dengannya [yakni dengan sifat QudratNya itu adanya sekalian yang baharu; dengan itulah maka adanya alam ini].

Sifat Iradah/Iradat

30. Erti Iradah itu ialah bahawa ia sifat yang satu, azali, yang dengannya [yakni dengan Sifat Iradah itu] maka jauhlah [atau sunyilah] Tuhan daripada kekurangan-kekurangan yang menghalangnya [daripada kesempurnaan] dengan Sifat Iradah itu, seperti syahwat keinginan [yang mengganggu IradahNya], kelupaan, dan lainnya daripada perkara yang mustahil berhimpun iradah dengannya, yang bersangkut dengan semua perkara-perkara yang dikehendaki dan dikhaskan dengan waktu-waktunya. [Ertinya IradahNya itu Iradah yang sempurna, tanpa apa-apa kekurangan, tanpa nafsu syahwat yang menggangu, tanpa lupa dan lalai, pendeknya semua sifat-sifat kekurangan tidak ada menyentuh IradahNya yang sempurna itu, apa yang Dia kehendaki jadi, apa yang Ia tidak kehendaki, tidak menjadi, dan terjadinya sesuatu mengikut IradahNya, pada waktu yang dikehendakinya]

Sifat Mendengar dan Melihat

31. Dan erti Mendengar dan Melihat [sebagai sifat-sifat Allah itu] ialah bahawa ia dua sifat yang azali, dengan keduanya itu sunyilah Allah daripada pekak dan buta dan kekurangan-kekurangan yang menghalang daripada mendengar apa-apa yang boleh didengar dan [melihat] apa yang boleh dilihat; maka Sifat Mendengar dan MelihatNya itu

Muka 20

Page 18: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

adalah berkenaan dengan semua yang boleh didengar dan semua yang boleh dilihat [ertinya Ia boleh mendengar semua perkara yang didengar dan melihat segala yang boleh dilihat tanpa apa-apa halangan, tanpa apa-apa sifat kekurangan].

Sifat Berkata-kata dan Sifat Baqa

32. Dan erti Sifat Berkata-kataNya itu ialah sifat yang satu, azali, dengannya maka

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

16

sunyi Ia daripada bisu dan senyap tanpa kata-kata dan [juga sunyi Ia daripada] kekurangan-kekurangan yang menghalang berkata-kata. [Syeikh Dr Muhammad Yasin rh memberi huraian berkenaan dengan Sifat Berkata-kata itu dengan kata-katanya: „Ketahuilah - mudah-mudahan Allah memberi hidayat kepada anda - bahawa Kalam Tuhan itu bukan berhuruf dan bersuara, kerana huruf dan suara itu mengandungi harus ada dahulu dan kemudian [dalam berkata-kata dengan huruf dan suara itu], dan itu mustahil pada Tuhan Yang Qadim - Maha Tinggilah Ia - dan apa yang ditunjukkan daripada Kitabullah yang berkaitan dengan Sifat Kalam Tuhan tidak ada akhir baginya, dan KalamNya itu tanpa huruf dan tanpa suara, kerana wajib jauhlah sifatNya daripada berhuruf dan bersuara?51]

33. Dan erti sifat Baqa pula ialah bahawa ia sifat yang satu, azali, yang dengannya maka sunyi Ia daripada apa yang tidak baqa kerana sifat azali dan qadim itu tidak lagi ada fana dan ketiadaan wujud selepas daripadanya; dan dalil tentang tauhid sifat-sifatNya itu ialah kalaulah ada dari tiap-tiap jenis [sifat Tuhan itu] lebih daripada satu [katakanlah ada dua qudrat, dua atau tiga iradat dan seterusnya] maka itu membawa kepada pengkhususan [penentuan mana-mana satu antara yang banyak itu] dan itu menjadi dalil bagi makhluk yang baharu pula, dan tidak selamatlah orang yang berpendapat begitu daripada saling bercanggahan [dalam pendiriannya yang berlawanan dengan mantik itu] kerana setengah daripada yang berlawanan itu tidak lebih utama daripada yang lainnya. [Dengan itu maka mustahil banyak sifat dalam mana-mana jenis sifat Tuhan dan sabit atau tetaplah tauhid bagi sifat-sifat Tuhan itu].

34. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa Sifat Berkata-kata Tuhan yang menjadikan alam itu ialah bahawa itu sifat yang qadim dan azali yang wujud berserta dengan ZatNya, dan itu bukan makhluk, bukan baharu ada, dan sesiapa yang mengatakan ia makhluk ia kafir tidak boleh tidak lagi. KalamNya atau Berkata-KataNya itu termaktub dalam mushaf-mushaf kita, dihafal dalam kalbu kita, dibaca oleh lidah kita, dibaca dalam majlis-majlis kita, didengar dengan telinga kita, walhal ia bukan tulisan [itu], bukan hafalan, bukan bacaan, bukan tilawat itu. Bukan pendengaran itu, kerana itu semua baharu ada, daripada tidak ada, walhal Kalam Tuhan qadim. Sebagaimana Tuhan yang menjadikan alam itu [qadim, walhal KalamNya] tertulis dalam kitab-kitab kita, termaklum dalam hati kita, disebut pada lidah kita [seperti dalam zikir dan lainnya], walhal zat Tuhan Yang menjadikan alam itu sendiri bukan tulisannya, dan

Page 19: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

51 „Al-Kaukab al-Azhar?, hal.76. Kalau hendak diperhatikan lagi sifat ini, mungkin boleh disebut bahawa memang bahawa Kalam Ilahi tidak berhuruf dan bersuara kerana ia mesti menyalahi kalam makhluk. Maka bila ia diturunkan ke alam dunia ini untuk umat manusia, ia turun dalam „acuan? bahasa Arab untuk difahami oleh manusia yang beriman. Dengan ia diturunkan ke alam dunia ia dimasukkan ke dalam „acuan? bahasa Arab; bila dibaca dan ditulis serta dihafal maka terdengarlah bunyi lafaz-lafaznya dan terlihatlah huruf-hurufnya, serta diingatlah bacaannya, kerana ia dalam „acuan? bahasa Arab. Tetapi sifat asalnya sebagai kalam Tuhan tidak seperti kalam manusia tidak berubah; ia sama misalannya seperti air dalam gelas, kelihatan berwarna biru kerana gelas berwarna biru, tetapi hakikat air yang asal tanpa warna itu kekal seperti asalnya. Demikianlah Quran berbahasa Arab itu kelihatan „Arabnya? pada tulisannya dan bunyinya kerana ia dalam „acuan? bahasa Arab itu (yang bagaimanapun menunjukkan kepada kalam Ilahi yang asal tanpa huruf dan suara). Tetapi sifat asalnya kekal tidak berubah sebagai kalam Ilahi; sama seperti air yang tidak berubah walaupun ada dalam gelas itu. Sebab itu ulama menyatakan bahawa walaupun Quran itu ditulis atas Mushaf, dihafal di dada, dibaca oleh lidah manusia, ia adalah Kalam Ilahi yang tidak berhuruf dan bersuara pada sisi Tuhan; itu kekal tidak berubah.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

17

zikir itu. [Ringkasnya Quran yang ditulis dalam bahasa Arab itu, dihafal dan dibaca itu menunjukkan kepada Kalam Tuhan yang qadim dan azali; sebab itu tidak boleh dikatakan Quran itu makhluk, sebab ia daripada Kalam Tuhan].

35. Dan dalil tentang kalamNya itu qadim ialah firmanNya ( أ ثح1 ش أسجد جرج ش أ ?/ح ج

0 ى1 ف و ي?م ? ) [yang bermaksud]: “hanyasanya perintahNya itu ialah bila Ia mahu mengadakan sesuatu Ia berkata [kepadanya] jadilah [kamu] maka jadilah [benda itu]”.52 Maka Tuhan mensabitkan bahawa makhluk itu ditujukan kata kepadanya „kun? maka kalaulah itu makhluk, maka jadilah kata kepadanya itu „kun?; dan itu jadi membawa kepada bersambung tiap-tiap kata dengan kata yang lain sampai kepada tiada kesudahan dan itu membawa kepada terbatal kata itu. Maka bila yang demikian itu terbatal wajiblah hal keadaan kata Allah itu azali bukan makhluk, bukan baharu ada53. Dan [yang demikian itu juga begitu] kerana yang hidup yang tidak sah atasnya percakapan tidak sah pula ia sunyi daripada kekurangan-kekurangan yang mencegah daripada percakapan seperti seorang daripada kita. Dan Tuhan Yang menjadikan alam ini subhanahu wa taala Maha Hidup sah bahawa Ia berkata-kata dan kecacacatan-kecacatan yang mencegah daripada percakapan mustahil atasnya; maka sabitlah bahawa Ia terus menerus dalam Berkata-kata dan KalamNya itu

Muka 21

Qadim.

Tuhan MelihatNya Sendiri Dan Mu’minin melihatNya Dalam Syurga

Page 20: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

36. (Fasal) Dan ketahuilah bahawa Allah subhanahu wa taala melihat DiriNya sendiri terus menerus tanpa henti-hentinya tanpa bersambung dengan cahaya dan tanpa berhadapan dan harus bagi makhlukNya melihatnya secara akal kerana Ia maujud dan tiap-tiap yang maujud lebih sah ia boleh dilihat; bahkan wajib orang-orang yang beriman melihatNya pada Hari Kiamat melalui jalan khabar [melalui riwayat dalam Qur?an dan hadith] dengan pandangan mata kepala mereka dan orang-orang kafir tidak [melihatNya]. Maka sesungguhnya harus (yakni mungkin) Ia diketahui melalui akal dan yang wajibnya ialah Ia tidak diketahui melainkan melalui khabar [dalam Qur?an dan Sunnah]54.

Dan sesiapa yang melihatNya dari kalangan mu?minin dari makhlukNya maka ia melihat itu berlainan daripada perkara-perkara [lain] yang dilihat dan perkara-perkara

52 Yaasiin: 82.

53 Ertinya Kalam Tuhan dan perintahNya bukan makhluk; maksudnya ialah bila Ia kehendaki sesuatu itu berlaku, maka ia berlaku tanpa ada perancangan seperti perancangan makhluk. Ia terus berlaku; dan bukannya Tuhan bercakap „Kun? dalam Bahasa Arab kepada sesuatu itu, maksudnya apa yang ada dalam ilmuNya bila Ia kehendaki terjadi, teruslah perkara itu terjadi, atau teruslah sesuatu itu berlaku dengan tidak ada senggang masa sedikitpun antara kehendakNya dan terjadinya perlara itu.

54 Yakni wajib kita mengetahui Tuhan melalui dalil Qur?an dan Sunnah.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

18

[lain] yang diketahui55. Dan dalil [tentang yang demikian] ialah firmanNya ( ? ثز? 0? ج

ظشز?ح ح?سذ ?& ج ظشز?ح ) [yang bermaksud]: “Pada hari itu muka [orang-orang mu?min] berseri-seri kepada Tuhannya mereka melihat”.56 Dan memandang itu bersekali dengan sebutan tentang „Wajah? selepas daripada huruf al-jar [ج ? & ] yang dari segi bahasa tidak boleh dimaksudkan melainkan dengan erti melihat secara pandangan dengan mata; dan firman Tuhan ( ه&11 ج ش?ظ أ?? أس سخ ) yang memberi khabar tentang nabi Musa [dalam ayat yang bermaksud]: “Tuhan, berikan hamba melihat kepada Engkau”57 maka kalaulah memandang kepadaNya itu mustahil tentulah nabi pilihanNya dan Rasul yang ditujukan KalamNya itu tidak akan meminta kepadaNya kerana itu membawa kepada erti kejahilan Musa terhadap Sifat-Sifat Tuhannya dan ini termasuk perkara yang tidak harus berlaku pada anbiya dengan sepakat ulama58; [ini juga begitu hukumnya] kerana apa yang mustahil dalam hubungan dengan memandang kepada sesuatu yang maujud mustahil pula dalam hubungan dengan taaluk ilmu tentang yang maujud seperti tidak ada, yakni apa yang mustahil dipandang dalam ia maujud mustahil ia diketahui dalam ia maujud; dan Tuhan Yang menjadikan diketahui maujud seperti maujud-maujud yang lain, dan kerana Tuhan yang menjadikan itu sah ia boleh dilihat dengan ittifak [ulama] walhal kita bukannya dalam berhadapan denganNya maka sah kita melihatNya walhal Ia bukan berhadapan dengan kita.

Page 21: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

[Dalam syarahnya berkenaan dengan hal ini Syeikh Yasin rh menulis „Antaranya (yakni ayat-ayat berkenaan dengan memandang kepada Allah) ialah firmanNya ( ال

ش1 خ&ر ج ف1 ط&� ج? ?? جالذصحس ذسن0? ?? جالذصحس ضذسو ( ) yang bermaksud „Dia tidak dapat dicapai oleh pandangan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui dengan mendalam? (al-An?aam: 103); maka terang nyata bahawa semua pandangan mata tidak dapat mencapaiNya; yang boleh difaham daripadanya ialah setengahnya dapat mencapainya. Allah telah menerangkan bahawa ada pihak yang mencapaiNya dan ada pihak yang tidak dapat mencapainya. Allah berfirman ( ? ظشز?ح ح?سذ ?& ج ظشز?ح ثز? 0? ج ( ) [yang bermaksud: Pada hari itu muka-muka [orang-orang mukminin] berseri-seri, melihat kepada Tuhannya?, sesungguhnya wajah-wajah yang berkerut suram tersekat daripada memandang kepada Tuhan sebagaimana yang dibezakan antara dua golongan manusia dalam firmanNya ( 0? ط1 ضر

? ج? د?ضغ? ?ج ?? ) (ali ?Imran: 106) [yang bermaksud]: Pada hari itu setengah wajah kelihatan putih dan setengahnya hitam?. Maka wajah-wajah yang hitam itu terhalang [daripada melihat]Nya, dan wajah-wajah yang putih bergemilang bercahaya melihat kepadaNya. Kemudian Nabi salla?Llahu ?alaihi wa sallam mengkhususkan kepada para sahabatnya perkara khas ini dan sabdanya [maksudnya]: Sesungguhnya kamu

55 Yakni Tuhan yang dilihat itu lain daripada perkara-perkara lain yang dilihat; demikian pula Ia diketahui walhal Ia berlainan daripada perkara-perkara lain yang diketahui. Ini kerana Ia menyalahi atau berlainan daripada sekalian makhluk.

56 Al-Qiyamah: 22-23.

57 Al-A?raaf: 143.

58 Yakni tidak mungkin seorang nabi jahil; maka bila Musa alaihissalam sebagai nabi memohon perkara itu maka itu menunjukkan ia mungkin berlaku. Hanya melihat Tuhan bagi orang mukminin berlaku dalam akhirat di Syurga. Ringkasnya orang-orang yang beriman melihat Tuhan dengan mata kepala mereka dalam Syurga di akhirat nanti. Allahumma amin.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

19

akan melihat Tuhan kamu pada hari Kiamat sebagaimana kamu melihat kepada bulan malam purnama ...? riwayat al-Bukhari dan lainnya. ]59

Sifat Iradat Tuhan

37. Dan ketahuilah bahawa apa yang dikehendaki Allah hal keadaannya mestilah jadi dan apa yang tidak dikehendaki Allah jadinya maka mustahil ia jadi; dan tidak harus akan berlaku melainkan apa yang dikehendaki [olehNya]. Dan dalil tentang perkara itu ialah ramai sekali Muslimin [bahkan semua

Page 22: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Muslimin] yang berpegang kepada pendapat bahawa apa yang dikehendaki Allah jadi dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak menjadi; dan firmanNya ? الله شحء0 أ جال شحؤ0 ح ( ) [yang bermaksud]: “Dan mereka tidak menghendaki melainkan bila dikehendaki Allah”.60 Dan firman Allah ( ?/ أج ذجو?& شحء ?� ف

1? ) dalam ayat [yang bermaksud]: “Maka kalau Ia kehendaki Ia memberi hidayat kepada kamu semuanya”[tambah nota kaki Al-An?aam:149 ]. Mudah-mudahan [masukkan ayat teks Quran Ibrahim:27]”Allah memberi ketetapan

Muka 22

kepada mereka yang beriman dengan kata-kata yang teguh tetap (yakni kalimah tauhid „la ilaha illa?Llah?) dalam hidup dunia ini”61 Maka Ia menetapkan bahawa hidayat dan membiarkan sesat itu kedua-duanya itu daripada Allah taala dan dalam kadar ini daripada ayat-ayat [demikian] maka cukuplah [untuk kita memahami hal ini], kerana Qudrat Kuasa Tuhan yang menjadikan alam itu qadim yang meliputi semua ketentuan-ketentuan, yang tidak boleh keluar daripada apa yang ditentukan itu dalam QudratNya.

38. Maka kalaulah berlaku dalam kekuasaanNya dan itu memesti termasuk semua perkara yang ditakdirkanNya, dan masuk kekurangan dalam QudratNya , itu mustahil pada sifatNya; maka jelaslah mustahil adanya apa yang tidak dikehendaki hal keadaannya [oleh]Nya, dan kerana [sebagai contohnya] kalaulah Ia kehendaki dari Fir?aun itu keimanan walhal ia mengetahui apa yang sebaliknya, nescaya [jadilah pula] Ia menghendaki menjadikan jahil diriNya sendiri dan menjatuhkan diriNya daripada martabat ketuhanan, itu mustahil bagi sifat Allah taala.

39. (Fasal). Kalaulah dikatakan [dalam pertanyaan orang]: “Adakah anda semua mengatakan bahawa Allah azza wa jalla menghendaki kufur, pembunuhan, dan lain-lain kemaksiatan itu”, maka kami katakan [kata Imam Syafi?i]: Kami tidak mengatakan perkara demikian itu secara mutlak begitu, kerana itu mewahamkan kesilapan, tetapi Kami katakan: semua yang berlaku itu dalam kekuasaanNya dan dengan iradah dan kehendakNya; maka masuklah semua itu dalam semua perkara-perkara makhluk yang baharu ada [dan berlaku]; dan itu adalah sebagaimana yang kita katakan tentang Tuhan pencipta yang menjadikan makhluk: Wahai Tuhan yang

59 Al-Kaukab al-Azhar hal.81.

60 Al-Insan: 30.

61 Ibrahim: 27.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

20

menciptakan makhluk! Kita tidak mengatakan: Harus kita kata: Wahai Tuhan yang menjadikan kera, anjing, jengking kala, ular, walaupun semua itu makhluk Allah taala; demikian pula di sini. Adapun untuk

Page 23: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

kita kita mengatakan: Sesungguhnya Allah ta?ala menghendaki apa yang berlaku daripada kekufuran, kemaksiatan, walhal Ia mencegahnya, mengenakan hukuman azab kerananya, wajib kita mengelakkan daripada mewahamkan kesilapan [berhubungan dengan Tuhan] sebagaimana wajib kita mengelak daripada mewahamkan kesilapan daripada kesalahan itu sendiri.

40. (Fasal) Ketahuilah bahawa Allah menjadikan usaha para hambaNya dan Ia mengadakannya daripada tidak ada kepada ada, dan Ia menjadikan itu usaha-usaha bagi mereka, dengan Ia menjadikan bagi mereka kudrat bersekali dengannya, dan hamba pula adalah orang yang mengusahakan bukan pencipta amal itu, dan Tuhan yang menjadikan Ia pencipta bukan yang mengusahakannya. Dan erti mencipta itu ialah mengadakan daripada tidak ada kepada ada; dan erti usaha itu ialah apa yang berkait dengan kudrat yang baharu ada [dalam berlaku perbuatan itu]. Dan dalil tentangnya ialah firman Tuhan ( ج?�? ج أ

شوحء لله � خ ش& � وخ ج?م م ? )[dalam ayat yang bermaksud]: “Adakah kamu menjadikan bagi Allah itu sekutu-sekutu yang dapat mencipta seperti ciptaanNya?”62

Muka 23

Maka Ia menerangkan bahawa tiap-tiap makhluk itu Allah-lah yang menjadikannya, tidak ada pencipta selain daripadaNya. Allah azza wa jalla berfirman ( ض ح? م�ى خ الله? ?ط?ح ض ح? رذ?أض ? ? 3 ) [yang bermaksud]: „Adakah kamu menyembah apa yang kamu pahatkan walhal Allah adalah Yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan?”63. Maka [dalam ayat ini] Allah memberitahu bahawa Ia pencipta amalan kamu sebagaimana Ia adalah pencipta diri kamu sendiri; [yang demikian ini ialah] kerana termasuk ke dalam syarat pencipta sesuatu ialah ia mengetahui tentang apa yang ia ciptakan itu; maka kalau si hamba itu pencipta bagi usahanya itu dan fiel perbuatannya, maka ia mengetahui bilangan gerak-gerinya dan diamnya dan lain-lain gambaran usahanya yang kembali kepada dirinya itu, dan bila kembali kepada dirinya dan diketahui secara dharuri bahawa ia tidak mengetahui itu semua, maka sabitlah bahawa Pencipta ialah Allah ta?ala; maka dalam maksud dan erti inilah terdapat firman Allah (?

ذ ج?ش?جج? أ ى&? ل ج?أعش ? ) [yang bermaksud]: “Sembunyikanlah kata-kata kamu atau jadikanlah ia terang nyata”.64 Maka nyatalah bahawa Pencipta tidak boleh tidak mesti mengetahui apa yang diciptakannya, kerana kalaulah sah adanya penciptaan dari pencipta yang tidak mengetahui apa yang diciptakannya, maka sahlah adanya perbuatan daripada orang yang tidak mengetahui pada pokoknya, maka itu membawa kepada terbatalnya sifat keTuhanan, maka yang demikian itu mustahil. Maka bila sabitlah yang demikian itu, bahawa usaha-usaha para hamba itu semuanya makhluk Allah; yang demikian itu ditunjukkan oleh orang Salaf kepada anda bahawa

62 Al-Raa?d: 16.

63 Sad: 95.

64 al-Mulk: 13.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

21

Page 24: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

tidak ada Pencipta melainkan Allah sebagaimana mereka sebutkan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.65

41. (Fasal). Ketahuilah bahawa hamba itu berupaya untuk menjalankan usahanya secara boleh memilihnya tanpa ia digagahi melakukannya. Dan dalil berkenaan dengan yang demikian itu ialah bahawa seseorang itu bila ia kembali kepada dirinya maka ia membezakan antara gerak-geri yang berlaku secara tergagah (harakah al-irti?ash) dan gerak geri secara pilihan; maka sesiapa yang menentang yang demikian ini ia menolak apa yang dharuri yang semestinya berlaku, maka tidak ada faedah bercakap-cakap dengan orang yang seperti itu. Maka kalaulah kudrat yang baharu itu tidak bersekali dengan gerak-geri yang dipilih, maka kerana apa ada perbezaan antara dua gerak itu; maka teranglah bahawa satu daripada dua gerak itu usaha baginya dan yang satu lagi itu bukan usahanya; dan sabitlah bahawa hamba itu mengusahakan [amalannya] tidak dipaksa [melakukannya], juga ia tidak pencipta [amalannya]; maka terbatallah pendapat golongan Qadariyyah66 dan Jabariyyah dan sahlah pendapat Ahlissunnah sebagai satu mazhab antara dua mazhab itu.

42. (Fasal). Ketahuilah bahawa kudrat si hamba itu dipanggil sebagai „istita?ah? atau kemampuan dan ia berserta

Muka 24

dengan usaha bukan sebelum dan selepasnya [yakni bukan sebelum atau selepas usahanya itu]. Dan dalilnya ialah firman Allah ( صرشج?? غ1 ضغطط? ه ج ) [yang bermaksud]: “Dan sesungguhnya engkau tidak mampu bersabar berserta dengan saya”67, kerana keupayaan (istita?ah) bila anda mendapatnya maka tidak sunyi daripada sama ada sah ada perbuatan berserta dengannya atau tidak sah (mustahil) [ada perbuatan]; maka bila sahlah ada perbuatan berserta dengan adanya keupayaan itu, maka itu pendapat kami, maka kalau tidak mungkin adanya fi?il berserta dengannya [yakni berserta dengan keupayaan itu], maka tidak sunyilah istihalah atau kemustahilan itu sama ada dengan ain keupayaan itu sendiri atau ain perbuatan itu, [yakni kalau mustahil tidak ada perbuatan itu maka itu kerana tidak ada perbuatan atau tidak ada kemampuan itu sendiri,] atau waktu [yang berkenaan], maka terbatallah ada istihalah atau ketidakmungkinan itu dengan ain keupayaan itu sendiri, kerana kalau demikian tidak harus adanya perbuatan baginya seperti maut dan kelemahan, dan batallah pula ia itu dengan ain fi?il perbuatan, kerana kalau ia dengan ain

65 Huraian dan cara memberi dalil yang teliti yang ditunjukkan oleh Imam Syafi?i tentang hakikat bahawa Pencipta semuanya ialah Allah, sampai amalan manusia pun Allah yang menciptanya, manusia adalah yang mengusahakannya. Dengan ini dijelaskan erti pencipta dan erti pengusaha atas amalan.

66 Golongan Jabariah yang menganggap manusia tergagah, tidak ada pilihan ikhtiar, dalam perbuatannya; ia seperti bulu ayam ditiup angin, pergi ke mana sahaja ia ditiup; Qadariah ialah golongan yang menganggap ia yang membuat usahanya, bertanggungjawab sepenuhnya tentang perkara itu; Ahlisunnah berada antara dua aliran itu, bukan Qadariah dan bukan Jabariah. Ahlissunnah beranggapan amalan manusia diciptakan oleh Tuhan, manusia melakukan usahanya; ia bertanggungjawab atas usahanya. Usaha yang baik membawa balasan yang baik usaha yang jahat membawa kepada balasan yang jahat.

Page 25: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

67 Al-Kahf.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

22

perbuatan tidak harus hasil jenisnya langsung, sebagaimana dalam perkara yang awal itu, kerana tidak harus adanya perbuatan, dan batallah [pula] istihalah itu dengan waktu kerana waktu itu dari jenis waktu yang awal itu; maka kalaulah ia tidak mungkin dalam waktu yang awal, maka ia tidak mungkin pula dalam waktu yang kedua, dan kerana kalaulah kudrat itu terdahulu ada atas waktu itu, maka sahlah wujud fi?il perbuatan itu di dalamnya, kalau batallah bahagian-bahagian ini maka sahlah dan sabitlah bahawa keupayaan (istita?ah) itu berserta dengan perbuatan bukan sebelum daripadanya bukan [juga] kemudian daripadanya; dan [ini juga] kerana keupayaan (istita?ah) itu ?aradh, maka mustahil ia kekal kepada yang kedua hal wujud [istitaah] itu, maka sabitlah bahawa ia berserta dengan perbuatan.68

43. (Fasal) Ketahuilah bahawa keupayaan yang satu itu tidak sesuai dengan dua perkara yang berlawanan; keupayaan iman tidak sesuai dengan kufur, dan keupayaan kufur tidak sesuai dengan iman; maka keupayaan iman dan taat itu taufik daripada Allah, ta?yid (pengekuatan) dan pertolongan (nasr) serta keupayaan (istita?ah) kufur adalah kesesatan (khudhlan), penjauhan, dan istita?ah maksiat yang lain daripada kufur itu adalah keharaman [daripada mendapat rahmat Ilahi-uem]. Dalil tentangnya ialah firman Allah ( ال1 عر?? 1 غطط0 فال ) [yang bermaksud]: “Maka mereka tidak berupaya untuk mendapat jalan [kepadanya]”69 iaitu mereka tidak berupaya mendapat jalan kepada hidayat; maka itu menunjukkan bahawa istita?ah hidayat berserta dengan hidayat, dan [juga] kerana telah sabitlah dan tetaplah kenyataan bahawa istita?ah atau keupayaan itu berserta dengan amal perbuatan, maka sabitlah ia tidak sesuai bagi dua perkara yang berlawanan, kerana mustahil berhimpun

Muka 25

dua perkara yang berlawanan bersama-sama.

44. Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Mula menjadikan [alam] Maha sucilah Ia, berkuasa untuk mengadakan islah (kebaikan) dan yang aslah (atau yang lebih baik lagi) daripada apa yang dibuat, dan berkuasa untuk menjadikan [sesuatu yang] halus dan lebih halus lagi itu, daripada apa yang dilakukan, tanpa kesudahannya, dan berkuasa [pula] melakukan tindakan atas yang kuffar dengan layanan latif, lemah-lembut, yang kalau Ia lakukan [yang latif] dalam hubungan dengan mereka, mereka beriman pada waktu itu, dan kalau Ia lakukan yang demikian [dengan yang bersifat latif itu] dengan mereka yang beriman pula, maka mereka akan menjauh diri daripada kemaksiatan. [Ringkasnya tidak wajib Allah melakukan yang baik dan yang lebih baik, itu semua harus bagiNya, bukan wajib atau mesti atasNya].

45. Dan dalil tentang perkara itu ialah bahawa apa yang sah daripada fi?il perbuatan hal keadaannya dan hal ia baharu adanya (huduth)nya, itu mewajibkan adanya Tuhan Yang Maha Mengadakan yang berkuasa atasnya, kerana wajibnya ada hal keadaan apa-apa yang ditentukan takdirkanNya tanpa

Page 26: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

kesudahan, dan wujudnya iman dari kuffar harus, dan terjaganya (ismahnya) orang-orang mukmin daripada

68 Lihatlah bagaimana mantiknya percakapan dan hujah Imam Syafi?i ini - Allah meredhainya. Amin.

69 Al-Isra?: 48.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

23

dosa-dosa sahih wujudnya, maka wajib adanya Tuhan Maha mengadakan yang bersifat dengan sifat qudrat atas yang demikian itu, dan tidak ada kesudahan [pula] bagi yang aslah dalam apa-apa yang ditakdirkanNya70, walhal golongan Mu?tazilah mengingkari perkara yang demikian itu. [kerana mereka berpegang kepada pendapat wajib Tuhan melakukan apa yang baik dan yang lebih baik lagi. Dalam Ahlisunnah itu harus, bukan wajib, terletak pada sifat Rahmat dan Kasihan Belas Tuhan].

46. (Fasal) dan ketahuilah bahawa tidak wajib atas Tuhan Yang Maha mengadakan untuk melakukan sesuatu langsung berhubung dengan makhluk[Nya], kalau Ia kehendaki Ia menjadikan, kalau Ia tidak kehendaki Ia tidak menjadikan makhluk, [kalau] Ia mengurniakan niamat atas mereka, itu adalah dari kemurahan pemberian daripadaNya, kalau Ia menguji mereka dengan pelbagai jenis bala, maka itu adalah keadilan daripadaNya, kerana Ia Pemilik sekalian zat-zat [yang ada dalam alam ini sekalian nya]; Ia melakukan apa yang dikehendaki dalam kerajaan pemerintahanNya, tidak ada bangkangan atasNya tentang apa yang diuruskanNya, tidak ada hukuman atas apa yang ditentukanNya, kalau ia kehendaki Ia kurniakan niamat, kalau Ia kehendaki Ia mengenakan hukuman, Ia melakukan apa yang dikehendakiNya, dan menghukumkan apa yang dikehendakiNya [pula].71

47. Dan dalil tentang perkara itu ialah bahawa hakikat wajib itu ialah perkara yang ditinggalkan memestikan ada hukuman akibatnya dan itu mustahil dalam hubungan dengan Sifat-Sifat Tuhan; [dan lagi yang demikian ialah] kerana perkara yang wajib itu memestikan pihak yang mewajibkan, ada suruh, dan ada Pemerintah Yang Mewajibkan atas pihak yang dikenakan perintah itu, dan mustahil ada pihak yang mengatasi Tuhan Yang Maha Mengadakan, maka itu mewajibkan atasnya apa yang berlawanan dengan pendirian golongan Mu?tazilah [kerana pada Mu?tazilah wajib Allah melakukan apa yang baik dan apa yang lebih baik].

48. (Fasal). Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Maha Mengadakan itu menjadikan makhluk bukannya untuk menolak kemudaratan [daripada DiriNya] dan bukan juga untuk mendatang kemanfaatan kepadaNya, bukannya dengan sesuatu sebab atau

70 Maksudnya ialah: Allah melakukan perbuatanNya, maka adalah perbuatan itu, dan Ia berkuasa atas apa yang diadakannya itu, dengan itu ada pula ketetapan-ketetapan takdir dariNya atas sekalian makhluk. Itu semua tidak ada kesudahannya; kemudian dalam susunan tadbir Tuhan itu harus orang kafir beriman, harus orang mukmin terkawal daripada dosa, itu semua adalah dalam Kudrat Kuasa

Page 27: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Tuhan, tidak ada kesudahan tentang ketetapan-ketetapan takdirNya, dan tidak ada kesudahan tentang apa-apa yang lebih baik itu, tetapi golongan Mu?tazilah menganggap Tuhan wajib melakukan yang islah dan aslah, yang baik dan yang lebih baik lagi; pada Ahlisunnah itu harus, bukan wajib atas Tuhan, terserah pada Sifat Kasihan belasNya atau KebijaksanaanNya.

71 Ertinya Allah harus mengadakan makhluk atau melakukan sesuatu berhubungan dengan makhluk, bukan wajib atasNya. Kalau Ia kurniakan niamat itu dari kasihan BelasNya, kalau Ia uji makhluk dengan bala bencana, itu dari keadilanNya. Kalau ia menghukum itu kerana KeadilanNya; kalau ia memberi balasan baik, itu kerana sifat kasihan BelasNya. Demikian seterusnya. Tidak ada yang wajib atasNya, kerana siapakah yang hendak mewajibkan atasNya sesuatu? Dia memiliki segala-galanya. Dengan itu tidak timbul Ia menzalimi pihak lain itu, sebab dari segi Malik yang mutlak penuh Dia sahaja yang mempunyai Malik. Dan apa yang Ia lakukan adalah berpatutan sebab Ia Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Dengan itu tidak berlaku kezaliman pada tadbirNya kerana semuanya milikNya; tidak ada yang boleh menyoal tentang tadbirNya, sebab semuanya dalam milikNya. Tidak ada yang mengatasiNya.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

24

kerana, bahkan Ia mengetahui apa yang ada pada azali lagi, bahawasanya Tuhan Yang Maha Tinggi

Muka 26

menjadikan mereka [semua], dan menghendaki penciptaan mereka, maka Ia menjadikan mereka semua sebagaimana yang diketahui, maka apa hikmat yang paling matang sekali, lebih daripada mengadakan yang termaklum itu, dan apa yang dikehendakiNya. Dan dalil tentang yang demikian itu, ialah kalaulah Ia menjadikan makhluk itu kerana sesuatu kerana [kepentingan] maka jadilah kerananya itu tidak sunyi daripada ianya kadim atau baharu; kalau ia kadim, maka wajib sediakala mencipta makhluk kerana kadim sebabnya, walhal makhluk adalah baharu [sifatnya]; dan kalau ianya baharu, maka wajib taalukannya dengan kerana yang lain pula, dan percakapan berkenaan dengan sebab atau kerana itu seperti percakapan berkenaan dengan ini, dan itu membawa kepada keadaan yang tidak ada hujungnya, dan itu mustahil. Dan kalaulah sebab ini terkaya, berserta dengan hal keadaannya baharu, terkaya daripada sebab, maka wajib terkaya semua yang baharu daripada sebab (illah), maka jelas ini terbatal illah; firman Allah taala ( ذ0 ش0 ح� حي?ف ) [maksudnya] „Ia melakukan apa yang dikehendakiNya?.72

49. (Fasal) Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Maha Mengadakan Maha Tinggi, Maha berkuasa untuk membinasakan semua makhluk secara seorang-seorang atau secara semua sekali, sebagaimana Ia menjadikan mereka sesuatu kemudian sesuatu pula, maka Ia mentiadakan yang awal dan mengekalkan yang keduanya, dan mentiadakan yang keduanya dan mengekalkan yang awalnya [pula], sebagaimana yang dikehendakiNya, dan Allah menjadikan fananya itu dengan Ia tidak menjadikannya itu kekal, maka pada masa itu binasalah ia, berlainan daripada pendirian Mu?tazilah bila mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Allah taala tidak berkuasa untuk membinasakan sesuatu diri daripada alam ini, tetapi Ia

Page 28: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

berkuasa untuk membinasakan semua alam ini secara sekali gus selalu, dan ini adalah kerosakan yang sehabis-habis rosaknya [dalam pegangan agama]. Dan dalil bahawa Tuhan Yang Maha mengadakan itu kalaulah Ia tidak mengadakan diri-diri itu satu daripadanya maka Ia menentukan kebinasaannya, dengan sepakat ulama, dan kalau Ia menjadikan berserta dengannya yang satu lagi, itu mustahil dikatakan bahawa Ia tidak mentakdirkan kebinasaan atas diri-diri satu demi satunya, kerana [cara berhujah yang demikian] itu membawa kepada keadaan bahawa apa yang ditakdirkan olehNya itu menjadi kesulitan bagi apa yang ditakdirkannya pula bagi makhlukNya yang lain pula, dan itu jelas batalnya. Firman Allah taala ( ش0 لذ ء?ش و ?�? الله ج ) [bermaksud] „Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu?.73

50. (Fasal) Ketahuilah bahawa Allah taala Maha berkuasa untuk mengadakan semula makhluk selepas daripada binasanya. Golongan Karramiyyah74 berpendapat

72 Al-Buruuj: 16.

73 Banding dengan surah Al-Baqarah ayat-ayat 20; 106; 109; 147 dan seterusnya.

74 Golongan Karramiyyah ialah pengikut Muhammad bin Karram yang mengajarkan Tuhan berjisim tetapi bukan seperti jisim [yang biasa dikenali].

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

25

jauh daripada [mengadakan semula alam] yang seperti itu, adapun [mengadakan] alam itu [sendiri selepas daripada binasanya] itu tidak mungkin; adapun [dalam Ahlissunnah] perkara itu tidak jauh [daripada itu bahkan berlaku]. Dalil tentang yang demikian itu ialah bahawa mengadakan semula makhluk yang baharu itu daripada tidak ada kepada ada selepas daripada ia ada dan tidak ada selepas daripada ada itu dan tidak ada [pula]

Muka 27

sebelum daripada ada itu bukan perkara melampau-lampau [dalam percakapan]. Dan kalaulah mustahil bagi Allah menjadikan makhluk selepas daripada tidak ada kali keduanya [yakni mula-mula tidak ada, itu tidak ada pertama, kemudian ada, lepas itu tiada, itu tiada kali kedua] maka mustahil ia menjadikan makhluk pada awalnya; bila batal yang demikian itu [batal Tuhan tidak boleh menjadikan makhluk pada awalnya] maka sahlah bahawa ia menjadikannya pada awal mulanya. Demikian pula mengadakannya pula kali keduanya, kerana kudrat Allah kekal ada; dan penghalang-penghalang daripada mengadakan kali kedua itu hilang, maka sahlah bahawa Ia boleh mengadakan makhluk kali kedua itu, sebagaimana Ia mengadakannya pada awal mulanya. Firman Allah dalam ayat (? ?? ذ1? 0 ث ك� خ& ج رذأ0? ز& ج ? ) [yang bermaksud]: ?Ia Yang mula mengadakan makhluk kemudian Ia mengulangi mengadakannya pula?.75

51. (Fasal). Ketahuilah bahawa kezaliman dan kejahatan mustahil terhasil daripada Tuhan Yang Maha Menjadikan, dengan erti dengannya itu Ia melakukan kezaliman dan kejahatan, Ia tidak melakukan

Page 29: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

kezaliman dengan perbuatan, dan tidak melakukan kejahatan dengan hukuman, kerana erti kejahatan (al-jur) dan kezaliman (al-zulm) itu ialah melanggar had yang tertentu dan resam yang diresmikan, dan itu mustahil berlaku di bawah sesuatu perintah seorang yang memerintah dan larangan seseorang yang melarang, sehingga boleh dikatakan bahawa berlaku pelanggaran suruhannya dan larangannya, maka kerana ini maka tidak sah kezaliman dan kejahatan dari Allah dalam bentuk yang kami katakan itu; sesungguhnya ada disifatkan [dalam percakapan bahasa Arab] bahawa benda padat itu zalim dan jahat atas wajah hakikat [dari segi penggunaan bahasanya]; dikatakan „zalim air wadi itu? bila ia melintasi had dan tempat tanda; dan „zalim langit? bila ia hujan banyak bukan pada waktunya; „dan jahat panah itu? bila ia tersasul daripada tempat tuju panahannya walau ia bukan yang melakukan kezaliman dan kejahatan. Maka sabit bahawa kezaliman tertuju ke atasNya dengan pandangan berlaku kezaliman dan melintasi daripada resam yang diresmikan, itu mustahil [berlaku] dalam hubungan dengan sifat Tuhan.

52. (Fasal). Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Maha mengadakan - Maha suci Ianya - Ia mengenakan kesakitan atas bayi-bayi dan Ia menakluki haiwan-haiwan dengan tidak ada tujuan untuk diri, menggunakan mereka itu, dan tanpa manfaat yang datang daripada mereka, tidak secara jangka pendek dan jangka panjang, dan dengan kebaikan dariNya, dan keadilanNya, kerana Ia memiliki semua a?yan [zat-zat makhluk yang ada], maka pemerintahanNya melitupi segala sesuatu, dalam segala

75 Ar-Ruum: 27.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

26

segi, ia memiliki atasnya, dan atas Yang Memiliki itulah untuk mentadbir dalam sekalian kerajaan milikNya, mengikut apa yang dikehendakiNya, tidak ada bantahan atasNya oleh seseorang dalam pemerintahanNya itu, dan Ia tidak dipersoalkan tentang perbuatanNya, dan tidak dikenakan hukuman atasNya dalam penentuan perintah dan hukumNya.

Berkenaan Dengan Ajal

53. (Fasal) Ketahuilah bahawa ajal manusia dan sekalian haiwan adalah satu [sahaja], ertinya ialah

Muka 28

bahawa tiap-tiap makhluk (lit. „sesiapa?, man) yang ada dalam ilmu Allah taala ia akan mati atau terbunuh dalam masa yang termaklum, maka tidak mungkin ia terlewat daripada waktunya (atau ajalnya) kerana mustahil berlaku perkara itu berlainan daripada maklumat-maklumat (dalam Ilmu)Nya; firman Allah taalah ( ال ?� أج جحء فحرج

0 غطمذ0 ال? س?عح? غطحءخش ? ) (maksudnya): “Bila datang ajal mereka maka mereka tidak boleh memperlambatkannya sesaatpun dan juga tidak boleh mendahulukannya”76.

Page 30: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

54. (Fasal) Ketahuilah bahawa makna rezeki itu pada sahabat kami (dalam mazhab Syafi?i di kalangan Ahlissunnah – uem) [rezeki itu] ialah apa yang dijadikan oleh Allah untuk mendirikan badan manusia dan haiwan-haiwan lainnya yang terdiri daripada [makanan] untuk makanan mereka dan yang menjadi sebab bagi hidupnya mereka. Di kalangan para sahabat kami [pula] ada yang berpendapat bahawa rezeki itu ialah apa yang boleh mendatangkan manfaat dengannya, dan tiap-tiap perkara yang mendatangkan manfaat bagi manusia ia adalah rezeki [baginya] terdiri daripada makanan dan lainnya. Maka ini erti yang lebih umum lagi daripada yang awalnya; dan tidak ada perbezaan hal [nya nisbah ia sebagai rezeki itu] antara ia daripada [perkara] yang halal atau yang haram. Maka seseorang itu tidak mendapat manfaat dengan sesuatu [sebagai rezeki] melainkan apa yang dikurniakan oleh Allah sebagai rezeki baginya.

55. Golongan Mu?tazilah berpendapat bahawa rezeki itu ialah yang dimiliki [seseorang atau makhluk], maka yang haram itu bukan rezeki [sebab ia bukan dimiliki], ini adalah kesilapan mereka [dalam pandangan tentang perkara ini].77

56. Dan dalil tentang perkara demikian ialah firman Allah ( ? جال جالسض? ف دجذس ح

? ? ح?سصل الله ) (yang bermaksud): “Dan tidak ada binatang melata di bumi melainkan Allah-lah yang menanggung rezekinya”.78 Kalau perkara itu sebagaimana yang mereka nyatakan [dalam pendapat mereka] maka orang yang merampas itu bila ia

76 Al-A?raaf: 34 banding Yunus: 49; Al-Nakhl: 61.

77 Perhatikan bagaimana Imam utama ini ada kepekaan tentang masalah intelektuil dan teologi zamannya.

78 Surah Hud: 6.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

27

memakan [makanannya] sepanjang umurnya dalam merampas ia tidak memakan sesuatu pun daripada rezeki Allah [maka kalau demikian dari mana datangnya itu? Walhal Allah Pencipta segala sesuatu dan „sesuatu? itu termasuk „rezeki?]; itu [yakni pendirian Mu?tazilah yang demikian itu] adalah pendirian yang terkeluar daripada agama [Islam]; dan [seperkara lagi] kalaulah rezeki itu pemilikan, maka wajiblah binatang-binatang itu tidak memakan daripada rezekinya kerana para haiwan itu tidak memiliki; dan wajib pula anak-anak kecil itu tidak diberikan rezeki daripada labu susu ibunya kerana ia tidak memiliki sesuatu daripada susu ibunya itu. Maka bila halnya bukan sedemikian, robohlah [hujah mereka] mengikut segi pandangan yang kami terangkan berkenaan dengan erti rezeki, [dan] orang yang berakal tidak akan menyalahi pendapat ini.79

Berkenaan Dengan Pangkat Nabi Dan Mukjizat

Page 31: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

57. Fasal berkenaan dengan soal-soal nubuwwah (al-nubuwwat). Ketahuilah bahawa Allah mentaklifkan atas para hambaNya, memerintah mereka dan melarang mereka, kerana Ia adalah Pemilik segala zat yang ada (al-a?yan), Penciptanya dan juga Yang Mula Mengadakannya; kemudian Ia memberi mereka faham tentang Suruhan dan Tegahan melalui percakapan para RasulNya (literal: atas lidah para rasulNya) dari jenis bangsa manusia seperti mereka dalam bentuk rupa mereka [juga]. Maka bila Allah membangkitkan seorang rasul dari kalangan mereka, wajiblah rasul itu diperkuatkan dengan mukjizat yang nyata

Muka 29

serta tanda-tanda yang terang gemilang yang menunjukkan benarnya [rasul itu dalam pengakuannya], kerana tidak boleh dibezakan rasul yang diutuskan itu dengan pihak yang diutuskannya kepada mereka itu melainkan dengan [mukjizat yang ada itu]80 kerana kedua-duanya itu bersamaan pada bentuk rupa dan susunan pada jisimnya [kerana sama-sama manusia].

58. (Fasal) Ketahuilah bahawa mukjizat itu perbuatan baharu berlaku yang berlawanan dengan adat kebiasaan pada zahirnya, yang berlaku pada seseorang yang mengaku ia mempunyai pangkat sebagai nabi; perkara yang demikian bermuafakat dengan pengakuannya berserta dengan pihak yang sepertinya membuat pengakuan yang sama seperti itu kepada orang ramai, tetapi berserta pula ia jelas tidak berkemampuan mendepani mereka; [dengan itu pengakuannya jelas palsu]; ia sebagaimana yang kami nyatakan sebagai perkara yang baharu yang berlaku, kerana Yang Qadim itu bukan mukjizat [lagi]. Dan kami katakan ia perkara baharu yang berlaku yang menyalahi adat kebiasaan, kerana perkara yang biasa berlaku itu bukan mukjizat, misalnya seperti naiknya matahari dari pihak timur dan jatuhnya pada pihak

79 Ini menunjukkan bahawa Imam ini terlibat dalam perbincangan ilmiah dan intelektuil zamannya. Ini adalah segi yang berupa tambahan lagi daripada wajahnya sebagai faqih yang unggul zamannya.

80 Kalau rasul palsu tidak ada mukjizat tetapi perkara luar biasa seperti sihir sahaja; dan itu bukan bukti kebenaran tetapi kepalsuan. (uem)

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

28

barat. Ini kerana semua manusia dalam perkara ini adalah sama [kedudukannya, yakni ini berlaku pada semua orang dengan pengalaman tentang matahari naik dan jatuh itu].

59. Kami katakan ia berlaku pada orang yang mengaku mempunyai pangkat sebagai nabi, kerana hendak membezakannya daripada perkara-perkara yang dipanggil keramat (?al-karamat?). Dan kami katakan ia bermuafakat dengan pengakuannya kerana harus pula berlaku perkara itu kerana boleh berlaku perkara itu zahir menjadi dalil tentang kebohongan [seseorang itu], seperti orang yang mengaku mempunyai pangkat nabi secara bohong, bahawa Allah menghidupkan mayat itu dengan dakwaannya, lalu Allah menghidupkannya kemudian Allah mewahyukan waktu berlaku perkara itu ini [peribadi] pembohong

Page 32: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

jangan percaya kepadanya. Dan kami katakan: dengan cara sengaja dan mengikut, kerana manusia boleh membuat pengakuan tentang yang sepertinya tetapi itu tidak berhasil melainkan dengan berlaku mukjizat itu. Kami katakan: ternyata kelemahan mereka kerana melalui lemahnya mereka menentangnya dengan itulah ia dikenali, dan dengan itulah ia menjadi berjaya.

60. (Fasal) Ketahuilah bahawa mukjizat itu ada dua jenis, satunya ialah dengan perkara yang tidak teradat dan tidak berulang seperti bertukar tongkat menjadi ular, tangan menjadi putih bercahaya, menghidupkan orang mati, keluar terpancar air antara jari-jari; yang keduanya ialah yang terhalang daripada diulang berserta dengan pengakuan dan seruan [keperluan] kepadanya kepada mengikut dan berubah mereka dengan menyalahi[nya] dan terputus daripada mereka menolak menjawab kata-kata nabi [ertinya]: “Mukjizatku ialah kamu tidak boleh berkata-kata dan bercakap satu hari atau saat walhal kamu selamat sejahtera”, maka tidak mampu mereka melakukan itu, yaitu atas orang yang membuat dakwaan [menjadi nabi itu] dan apa yang dibawanya yang terdiri daripada perkara itu yang sah berada di bawah kudrat hamba.

61. Dan sesungguhnya kami katakan yang demikian itu kerana mukjizat itu menunjukkan atas benarnya orang yang mengaku menjadi nabi itu, dengan keadaannya menyalahi adat kebiasaan sebagaimana yang kami terangkan. Dan makna ini ada di sini sebagaimana wujudnya berubah tongkat [menjadi ular] dan menghidupkan orang yang mati.

Muka 30

62. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa mukjizat itu mustahil timbul pada orang-orang pembohong. Dan dalil tentang yang demikian ialah bahawa mukjizat itu menunjukkan orang yang bersifat dengan sifat benar, maka mustahil ia timbul pada orang yang jahat dan jahil, kerana dalam perkara yang demikian itu berlaku perubahan pada hakikat-hakikat yang sebenar. [Maka kalau ia timbul juga pada pembohong, maka itu berlawanan dengan hakikat yang sebenar, sebab yang benar itu tandanya benar, kenabian adalah benar dan tandanya ialah mukjizat yang sebenar, kalau tidak itu menyalahi hakikat yang sebenar].

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

29

63. (Fasal) Ketahuilah bahawa mukjizat yang satu memadai bagi hak kenabian [seseorang nabi itu]; dan dalil tentang perkara itu ialah kerana ia dalil atas benarnya seseorang yang mengaku menjadi nabi; maka terhasil yang demikian dengan mukjizat yang satu seperti dalil yang menerangkan tentang hukum yang menjadi putus perkara itu dengannya, dan tidak terhenti pengenalan hukum itu atas dalil yang lain [lagi].

64. (Fasal) Ketahuilah bahawa para nabi dan rasul - salla?Llahu ?alaihim wa sallam - [dengan mereka itu] Allah memberi rahmat atas para hambaNya yang ramai itu, mula pertamanya Adam bapa umat manusia (abul-bashar) yang kepada baginda itulah maka kembali keturunan umat manusia semua, dan yang terakhirnya ialah Muhammad - salla?Llahu ?alaihi wa sallam. Maka diriwayatkan dalam riwayat Abu

Page 33: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Dharr bahawa para anbia itu adalah seramai seratus dua puluh empat ribu orang, dan yang rasul di kalangan mereka ialah seramai tiga ratus tiga belas orang. Maka wajib atas kita beriman dengan semua para nabi dan rasul itu secara keseluruhannya. Adapun perbezaan antara anbia dan rasul itu ialah bahawa rasul itu ada membawa syari?at dan para nabi itu pula dibangkitbkan atas syari?at para rasul itu; maka tiap-tiap rasul itu nabi tetapi bukan semestinya tiap-tiap nabi itu rasul.

65. (Fasal). Ketahuilah bahawa nabi kita adalah nabi terpilih Muhammad bin ?Abdullah bin ?Abd al-Muttalib, rasul Tuhan Pentadbir sekalian alam, yang dibangkitkan kepada sekalian umat manusia semuanya, dan ia adalah khatam para nabi, yang tidak ada nabi lagi selepas daripadanya sampai ke hari kiamat. Dalil tentang [kerasulan]nya ialah timbulnya mukjizat yang nyata padanya [lit. atas tanganannya], yang menunjukkan bukti tentang benar [pengakuan]nya [sebagai nabi dan rasul itu]; dan menjadi sabit dan tetap kenabian nabi-nabi yang lain - salla?Llahu

Muka 31

?alaihim - yang sebelum daripada baginda itu dengan [adanya mukjizat-mukjizat] yang menjadikan sabit dan tetap pangkat rasul dan nabi pada baginda [Nabi Muhammad salla?Llahu ?alaihi wa sallam].

Mukjizat Qur’an mukjizat terbesar

66. Dan mukjizat nabi kita - salla?Llahu ?alaihi wa sallam - banyak, yang huraian ringkas ini tidak mampu menyenaraikannya, maka kami menyebutnya mana-mana yang berhubungan dengan Qur?an kerana yang demikian itu lebih nyata, dan tidak ada ruang lagi untuk diingkar dan ditentang, kerana ia lebih kuat dalam menimbulkan kelemahan [pihak yang hendak menentang] dan lebih kuat memotong [pihak yang hendak mencari] kelemahan. Kami dapati Qur?an ini [hakikatnya ialah] Kalam Tuhan, dari segi sudut pandangan ini, dengan gubahan yang terang nyata dengan susunan [seperti] syair dan percakapan fasih, yang menerangkan dengan nyata percakapan serta gubahan indah dengan sajaknya.

67. Dan manusia disuruh membawa contoh demikian dengan firmanNya ( ث& ل

م&شأ ج ج?ز ث/ ذ ج?أض0 أ ?�? ج& ج? ?ظ جال ص?/ ججط ( ) [yang bermaksud]: “Katakanlah [wahai

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

30

Muhammad] sesungguhnya kalaulah jin dan manusia berhimpun semuanya untuk membawa [gubahan] yang seperti Qur?an ini...”81. Kemudian manusia disuruh untuk melakukan demikian dengan sehabis-habis suruhnya sampai kepada firmanNya ( ىا أت ف

له ث ه هي سىرة ب ) [bermaksud] “bawakanlah suatu surah yang sama sepertinya “...buatlah satu surah sahaja yang sama seperti [Qur?an itu]”82. Maka mereka tidak mampu membawa suatu surah seperti [Qur?an] itu walaupun bahasanya adalah bahasa mereka, dan bawaannya bawaan mereka. Maka penentangan mereka itu lebih senang daripada menunaikan jumlah harta dan memberikannya serta

Page 34: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

melakukan daya usaha dengan seluruh diri dan jiwa raga mereka sampai ke hari ini. Maka tidak muncul penentangan itu dengan surah yang menyaingi surah-surah [Qur?an] yang pendek-pendek dari seorangpun dari kalangan mereka, walaupun golongan kuffar dan musuh itu ramai yang memusuhi agama Islam, dan itu adalah dalil yang paling kuat yang menunjukkan peri sahihnya mukjizat baginda dan memang benar pengakuan pangkatnya menjadi nabi itu.

Para Nabi Maksum (Ma’sum)

68. (Fasal). Ketahuilah bahawa para anbiya itu maksum (ma?sum) [tidak berdosa] terelak daripada kemaksiatan-kemaksiatan selepas mereka menjadi nabi. Dalil tentang perkara ini ialah apa yang kami kemukakan iaitu lahirnya mukjizat pada pembohong-pembohong adalah perkara mustahil, dan [adanya] mukjizat itu menunjukkan bahawa para nabi itu sunyi daripada kebohongan; maka [dengan itu] wajib mereka itu maksum, sunyi daripada kekotoran bohong, suci daripada dosa-dosa; ini kerana mengikut kata-kata mereka adalah perkara wajib [atas para hambaNya], dan perkara i?tiqad [dan keyakinan] wajib dijadikan pegangan dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan mereka; dan kemungkinan berlakunya kemaksiatan pada mereka membawa kepada tertegahnya [manusia] mengikut mereka, dan itu membawa kepada terbatalnya syari?at-syari?at, dan yang demikian itu batil, tidak boleh tidak.

69. (Fasal). Ketahuilah bahawa nabi kita - salla?Llahu ?alaihi wa sallam - baginda adalah maksum [suci daripada dosa], sunyi daripada terlupa akan al-Qur?an, ini berdasarkan ayat Qur?an ( ض فال شأن?م ع Kami akan membacakan Qur?an kepada engkau maka engkau tidak akan“ :[yang bermaksud] ( ??غmelupainya” 83 Adapun „terlepas pandang? ( غ& ج ?? ) terhadapnya

Muka 32

dalam masa sembahyangnya atau lain daripada itu, termasuk beberapa hukum Syara?, maka para sahabat kami [dalam Ahlissunnah] berbeza pendapat tentangnya. Antara mereka ada yang berpendapat bahawa itu harus atasnya tetapi bila itu berlaku atas baginda, ia tidak terus dengan perkara itu; dan diriwayatkan bahawa baginda -

81 Al-Isra?: 88; sambungannya ialah “nescaya mereka tidak akan dapat membuat apa yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian daripada mereka menjadi pembantu kepada yang lainnya.”

82 Al-Baqarah: 23.

83 Al-A?laa: 6.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

31

salla?llahu „alaihi wa sallam - terlepas pandang atau terlupa (ع?? ) [dalam sembahyangnya] lalu baginda melakukan sujud sahwi, kerana terlepas pandang dan terlupa ( غ& ج? ح1? غ& ج ?? ) bukan daripada perbuatan [sengaja]nya, maka ia menjadi maksiat daripadanya [walhal itu bukan demikian], kerana

Page 35: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

perkara demikian tidak termasuk di bawah taklif [yakni bila terlupa betul-betul maka tidak mengapa, kalau dalam sembahyang disunatkan sujud sahwi].

70. Di kalangan mereka [dalam kalangan sahabat kami dalam Ahlissunnah] berpendapat bahawa terlepas pandang atau terlupa ( س 0? 1 ذ& ج س? جال? ف?? غ& ج ) dalam perkara agama tidak dibolehkan, kerana yang demikian itu menghalang [orang] mengikutnya pada masa itu, dan kalau pun ia tidak berterusan dalam demikian, pada masa kemudiannya, walhal kita diperintah untuk mengikutinya dalam semua hal keadaannya, perbuatan, dan kata-katanya, maka itu tidak dibolehkan berlaku atasnya.

Terlupa Dalam Sembahyang

71. Adapun terlupa dalam sembahyangnya maka itu bukan perbuatan [lupa] daripadanya sebagai „kelupaan? ( ج??ع ); bahkan ia perbuatan yang seperti perbuatan orang lupa itu adalah bagi menerangkan hukum Syara? ( �شع? ح ح1 ذ ش& ). Kerana ini maka nabi - salla?Llahu „alaihi wa sallam - bersabda bila [sahabat yang terkenal dengan panggilan] Dhul-Yadain berkata ( ص1? غ أ جص&الز ألصشش

أع ?/ح ج ى0 ه& ر و فمحي الله ي?سع ح0 ??

1 الذ ? ): “Adakah tuan kasarkan sembahyang atau adakah tuan terlupa wahai Rasulullah?” lalu baginda menjawab: “Semua itu bukan, bahkan saya [dijadikan ter]lupa bagi memberi penerangan [tentang hukum Syara? berkenaan dengan masalah-masalah yang berkenaan]”84, maka ini perjalanan yang baik (

س حغ مس0 غش ? ) [„maka ini perjalanan yang baik? adalah nampaknya kata-kata Imam Syafi?i].

72. (Fasal). Ketahuilah bahawa nabi kita Muhammad - salla?Llahu „alaihi wa sallam - adalah nabi yang paling afdhal sekali [di kalangan] nabi-nabi, berdasarkan sabdanya-salla?Llahu „alaihi wa sallam- ( ? جد

س ح1 م& ج? 0 جب?& ضحص? د ) [yang bermaksud]: “[Nabi]Adam yang kemudian daripadanya berada di bawah panji-panjiku pada hari kiamat,” 85dan sabdanya ( O أ خر ف وال ادم ذ ول يذ س ا ) “Saya adalah penghulu anak Adam dan itu bukan berbangga-bangga”86

73. Maka tersilap orang yang melebihkan nabi Ibrahim a.s. mengatasi nabi Muhammad salla?Llahu ?alaihi wa sallam- kerana nabi salla?Llahu ?alaihi wa sallam tidak melebihkan nabi Ibrahim a.s. mengatasi dirinya, maka [kalau demikian] keluarlah ia daripada ijma? ulama salaf.

Iman Dengan Hati dan Amalan Dengan Anggota

84 Hadith berkenaan dengan nabi saw „terlupa? riwayat Dhul-Yadain riwayat al-Bukhari dan lainnya.

85 Hadith „Adam dan yang kemudian daripadanya di bawah benderaku pada hari kiamat?-dikeluarkan oleh Ahmad (1/196) , juga al-Bukhari dan lainnya.

86 Hadith „Aku penghulu anak Adam dan itu bukan berbangga-bangga?-dikeluarkan oleh Ahmad (1/296), al-Bukhari (4476, 6565 dan beberapa tempat) dan Muslim (153) dan lainnya. Hadith sahih.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

Page 36: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

32

74. (Fasal) berkenaan dengan iman. Ketahuilah bahawa iman itu ma?rifat dengan hati, pengakuan dengan lidah dan amalan dengan anggota [badan].Kemudian iman itu ada pokok dan cabangannya. Pokok atau dasarnya ialah bila seseorang hamba itu meninggalkannya, ia menjadi kafir, seperti ma?rifat [ kenal Allah dengan hatinya] serta dengan membenarkan dan beri?tikad tentang apa wajib dii?tikadkannya, yang terdiri daripada hukum-hukum untuk orang-orang mukallaf yang kami telah menerangkannya (lihat perenggan-perenggan sebelum ini berkenaan dengan hukum-hukum mukallaf).

75. Adapun furu? atau cawangannya ialah bila hamba meninggalkan perkara itu ia tidak menjadi kafir tetapi ia menjadi derhaka kerana meninggalkan sebahagian daripadanya seperti sembahyang (solah) yang diwajibkan [yang lima waktu itu] dan yang lainnya yang terdiri daripada perkara-perkara yang wajib, dan tentang yang setengah lainnya pula orang yang meninggalkannya menjadi orang yang meninggalkan

Muka 33

apa yang lebih afdhal seperti [ia meninggalkan] sembahyang sunat dan yang lain daripadanya terdiri daripada amalan-amalan sunat dan tambahan-tambahan dan kekurangan-kekurangan. Hanyasanya berlakulah atas jalan ini perkara-perkara cawangan bagi iman bukan perkara asalnya atau pokoknya, kerana kekurangan pada perkara pokok adalah kekufuran dan tidak ada tambahan padanya kerana ia wajib dii?tikad oleh semua orang sehingga [dengannya] berlakulah nama mu?min dan iman bagi semua orang berdasarkan kepada firman Allah azza wa jalla ( ? ى ح/ 0 ج غ1 ع&11 الله وح ح ? ) [yang bermaksud]: “Allah tidak akan menyia-nyiakan iman kamu”87 yakni Ia tidak akan menyia-nyiakan sembahyang kamu, terhadap Bait al-Maqdis [sebagai kiblat], maka di sini dinamakan solah sebagai keimanan [dalam ayat ini].

Tentang Kata-Kata Saya Mu’min Insya’ Allah

76. (Fasal). Ketahuilah bahawa pegangan Ahlissunnah wal-Jamaah „aku mu?minun? insya?Allah? itu bukannya syak pada keimanan [diri], yang terhasil dan ada [pada mereka], syak itu ialah syak terhadap keimanan yang dikurniakan ganjaran kepadanya, dan itu berkait dengan kesudahan yang terakhir dengan persepakatan [ahli ilmu] dan kesudahan yang terakhir [di alam yang kekal abadi itu] adalah perkara ghaib bagi kita [kita tidak ada pengetahuan tentangnya], maka syak itu berlaku dalam perkara yang ghaib itu, bukannya dalam perkara yang terhasil [yakni iman]dalam diri seseorang yang sudah ada itu.

77. Maka kalaulah perkara kesudahan sekali itu terlebih dahulu mendapat bantuan dalam terhasilnya , maka hal ehwal [orang yang berkenaan itu] sama semuanya dalam keimanan [yakni akibatnya menjadi baik keimanan sekarang pun baik], kalaulah kesudahan itu dalam murtad - dijauhkan Allah - maka tidaklah perkara yang terdahulu

87 Al-Baqarah: 143.

______________________________

Page 37: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

33

itu dikira daripada keimanan; kerana itulah erti kata-kata „Sesungguhnya kita mu?minin insya?Allah? dan tertegah daripada kata-kata “kami mun?minin secara hak dan pasti” kerana itu membawa kepada sangkaan terhukum secara putus sudah akibat kesudahan terakhir dan terjatuh ke dalam perkara-perkara yang membawa kepada kesilapan-kesilapan; maka Ahlissunnah mengelak diri daripada erti-erti kesilapan dan mengelak diri daripada ibarat-ibarat kata-kata yang membawa sangkaan atau mewahamkan kesilapan. Maka barangsiapa yang insaf dan sedar tentang dirinya ia tidak menyanggahi [hal demikian] dalam perkara yang demikian itu.

78. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa sesiapa yang meninggal dunia dalam keimanan dari kalangan mereka yang fasik, sebelum daripada bertaubat maka [hal keadaan dirinya] berada dalam genggaman kehendak Allah, kalau Ia kehendaki Ia mengazabkannya dan kalau Ia kehendaki Ia memaafkannya. [Ertinya terserah kepada kehendak Ilahi].

79. Kalau Ia mengazabkannya ia tidak kekal dalam nereka, dan ia tidak terkeluar daripada keimanan dengan melakukan kemaksiatan-kemaksiatan itu, yang selain daripada kufur.Dalil tentang yang demikian ialah firman Allah ( غفش0? ذ ششن0 أ غفش0 ال الله ج

شحء0 ه& ر? د ح ) [yang bermaksud]: “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni Ia disekutukan [dengan yang lainnya] dan ia mengampunkan [dosa] yang selain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya”.88 Maka adalah perkara mustahil yang hal keadaanNya itu memberi khabar yang menyalahi khabaranNya itu dan kerana dosa-dosa itu bukan

Muka 34

kekufuran kerana [kufur] itu menyalahi iman dan tidak mengangkatkannya, maka boleh bertemu kedua-duanya; dan keimanan itu kalau ia terangkat dengan kemaksiatan maka dihukumkan murtad [orang yang berkenaan itu] dan disuruh ia beriman dan bukan bertaubat; walhal baginda –salla?Llahu ?alaihi wa sallam - bersabda ( ح/ 0 جال رسز ثمحي ر� ل? ف وح س?ح& ج? ف? رم0 ال ) [bermaksud]: “Tidak tinggal kekal dalam neraka orang yang ada iman sebesar zarah dalam hatinya,”89 dan itu adalah ijma? ulama salafussoleh: orang mu?min tidak menjadi kafir dengan kemaksiatan [yang dilakukannya], bahkan ia masih orang beriman dengan keimananan tetapi ia menjadi fasik dengan kemaksiatannya itu. [Yang demikian itu juga hukumnya ialah] kerana Allah taala menerangkan hukum orang membunuh, penzina, pencuri, dan menamakan mereka orang-orang mu?min. FirmanNya: (0 ج ى�11? وطد ج?? أ 0 ز& ج ح?0 أ ح Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu hukum qisas” 90 , maka“ (ertinya) ( م&صحص[dalam ayat yang berkenaan ini] dinamakan pembunuh itu sebagai orang beriman, kerana hukum murtad itu termaklum dalam Syari?at, dan hukum ahli-ahli maksiat di kalangan Muslimin tidak sama sesuatupun dari segi keimanannya dengan

88 Al-Nisa?: 48.

Page 38: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

89 Hadith tentang tidak kekal orang yang ada iman sebesar zarrah dalam kalbunya. Riwayat dalam Tirmidhi (berkenaan dengan ciri Jahannam) (2598 جهنم صفة الترمذي سنن )( ) فى كان من النار من يخرج

ذرة مثقال قمبه

االيمان من ( )

90 Al-Baqarah: 178.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

34

hukum-hukum orang murtad pada satu segi [pun]. Hendaklah dicamkan dengan cermat tentang perkara ini. [Yakni jangan faham orang yang melakukan dosa besar itu kafir, ia menjadi fasik, oleh itu jangan senang-senang mengkafirkan orang Islam].

80. (Fasal). Ketahuilah bahawa dosa-dosa itu semuanya adalah perkara-perkara derhaka [terhadap Allah] [dan orang yang melakukannya] berhak menerima hukuman kerananya; dan kadarnya berlain-lainan mengikut berlain-lainan dosanya; maka tidak harus dikecil-kecilkan sesuatu daripada dosa-dosa kerana perbuatan mengecil-ngecilkannya termasuk menjadi dosa besar [pula]91; dan pendapat dikeluarkan bahawa setengah daripada dosa-dosa itu lebih kecil daripada setengah yang lainnya secara bandingannya, sebagaimana dikatakan bahawa pembunuhan itu lebih kecil daripada kufur [tetapi ia] lebih besar daripada minum arak.

81. Dalil tentang yang demikian ialah bahawa setiap kemaksiatan itu mesti ditinggalkan kerana suruhan Tuhan dan meninggalkannya itu perkara yang besar oleh kerana besarnya hak Allah dan kerana Maha Hebat Kudrat KuasaNya; maka tidak boleh dikecil-kecilkan [berbuat] dosa terhadapNya.

Soal Syafa’at Nabi salla’Llahu ’alaihi wa sallam

82. (Fasal). Ketahuilah bahawa syafa?at Rasulu?Llah -salla?Llahu ?alaihi wa sallam- bagi orang yang berdosa besar di kalangan umat ini pada hari kiamat nanti adalah perkara yang hak. Dan dalil tentang perkara itu ialah firman Allah taala ( أى سى ع

92( هحوىدا قاها ه ك رب عث ب ي [yang bermaksud]: “Moga-moga Tuhan akan membangkitkan engkau kepada makam yang terpuji”, ertinya [makam yang terpuji itu] ialah syafa?at. Nabi salla?Llahu ?laihi wa sallam bersabda ( &رحتش ج ال? ط?شفح جدخشش ط أ ى ? ): “Aku menyimpan syafa?atku untuk mereka yang berdosa besar dari umatku”93; sabdanya lagi - salla?Llahu ?alaihi wa sallam ( ط?0 غ/ح خ ص1 ط?أ?

غد ذح شش?ص? ى& ج غ ج?ج ص1 ض?أ ?� لر أحذ أحص�? ش&

فح ج ص1 ط?أ?سج??غ? غجذج جالسض ?& ص�? ج? ت?ح غ& ج ?& ج س?ش& )- “Aku dikurniakan [oleh Tuhan] lima perkara yang tidak dikurniakan kepada seorangpun [di kalangan para nabi] sebelumku: aku dikurniakan „jawami?ul-kalim?, yakni kata-kata yang sedikit yang membawa ertinya yang luas sekali, aku

Page 39: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

diberi pertolongan dengan adanya rasa gerun [dalam hati musuh terhadapku], dijadikan halal bagiku harta rampasan perang [dalam jihad],

Muka 35

untukku harta rampasan perang, dijadikan bagiku bumi seluruhnya sebagai tempat sujud dan ia suci, dan aku dikurniakan syafa?at”.94 ?[Hukum tentang syafaat itu

91 Orang yang mengecil-ngecilkan dosa-dosa kecil dosa itu menjadi besar pula nisbah bagi orang itu. Oleh itu dilarang mengecilkan dosa-dosa walaupun kecil.

92 Al-Isra?: 79.

93 Sunan Abi Daud dan Sahih Tirmidhi, juga al-Tabarani dalam „al-Awsat?.

94 Hadith tentang baginda dikurniakan lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang nabi sebelum daripadanya ialah hadith riwayat yang sepenuhnya daripada Jabir - Allah meredhainya - Aku diberikan pertolongan [oleh Tuhan] dengan perasaan gerun musuh [terhadapku] dalam jarak

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

35

demikian juga] kerana keampunan cantik sekali [memberi kesan] bila berlaku taubat, dan keampunan itu menjadi cantik [dan berkesan] dengan syafa?at Rasulu?Llah - salla?Llahu ?alaihi wa sallam - itu lagi utama, kerana pada perkara itu [terkandung erti] mengangkat martabat dan mendatangkan keinginan dan semangat kepada ketaatan kepadaNya dan beriman kepadaNya.

83. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan beriman serta tanpa dosa maka ia adalah dikalangan mereka yang dijanjikan syurga secara pasti tidak boleh tidak. Demikian pula orang yang meninggal dunia di kalangan mereka yang beriman dan taubatnya sah lalu ia mati [ia juga dijanjikan pasti masuk syurga].

Dan dalil tentang [mereka pasti menjadi ahli syurga] itu ialah firman Allah azza jalla (? ?غ&حذم ج? غ&حذم ج &ه? أ م�شذ ج ث ? ) [bermaksud]95: “Orang-orang yang paling mendahului [orang lain dalam amalan

agamanya] adalah paling mendahului; mereka itulah orang-orang yang dihampirkan [ke sisi hadrat Allah]”. Dan [dalilnya lagi ialah] firmanNya ( ? 0 ز& ج

الله ج?روش? غ?ف أ ج?3 ظ? أ فححشس ج?�? ف جرج ) [yang bermaksud]96 “Dan orang-orang yang bila melakukan perbuatan yang keji atau mereka menzalimi diri sendiri mereka ingat kepada Allah...”. Dan diriwayatkan [dalam hadith] bahawa nabi - salla?Llahu ?alaihi wa sallam – bersabda ( ال و? د ز& ج ط&حتد جد ر ? ): ”Orang yang bertaubat daripada dosa adalah sama seperti orang yang tidak ada dosa”97 dan

[sabdanya juga] ( الله أحد جرج

Page 40: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

? د ر عش0 رذج ? ) ertinya: “bila Allah kasih kepada seorang hamba maka dosa [yang berlaku atasnya] tidak memberi mudarat kepadanya”98 kemudian baginda membaca ayat Qur?an ( جذ?ط& ج حد0 الله ج

0 ش?ط�ط ج حد0 ? 1 ? ) [yang bermaksud]: “Sesungguhnya Allah kasih kepada orang-orang yang bertaubat dan Ia kasih pula kepada orang-orang yang membersihkan dirinya”99

Syurga dan Neraka

84. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa niamat ahli syurga itu tidak berkesudahan dan azab ahli neraka pula dari kalangan mereka yang kafir tidak putus. Dalil tentang yang demikian itu ialah firman Allah taala yang memberi gambaran berkenaan dengan niamat-niamat ahli syurga ( ?? ال? س??مط ال v?س ) [yang bermaksud]: “yang tidak terhenti

perjalanan jauh selama sebulan, dijadikan bagiku bumi sebagai masjid yang suci [boleh sembahyang di mana pun], maka mana-mana lelaki dari umatku yang sampai waktu sembahyang [di mana-mana] hendaklah ia sembahyang [sebab bumi suci untuk ia lakukan sembahyang padanya], dan dihalalkan bagiku harta rampasan perang [dalam jihad] yang tidak dihalalkan bagi seorang sebelumku, dan dikurniakan kepadaku syafaat [yakni aku boleh memberi syafaat pada mauqif bagi meringankan azab makhluk di Padang Mahsyar], dan nabi sebelumku dibangkitkan khas kepada kaumnya [sahaja], walhal aku dibangkitkan untuk umat manusia seluruhnya ” (al-Bukhari, al-fath, 1/519 al-tayammum hadith 335 التيمم كتاب 335 الحديث رقم 1 ( الفتح - /519 .)

95 Al-Waqi?ah: 10-11.

96 Ali „Imran: 135.

97 Riwayat ibn Majah dan al-Tabarani dalam „al-Kabir?, sahih ) د ر ال و? د ز& ج ط&حتد ج ? (&?

98 Hadith ( د ر عش0 رذج? الله أحد جرج ? ) Dalam al-Dailami, ibn al-Najjar dan al-Qushairi dalam „al-Risalah?.

99 Al-Baqarah: 222.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

36

(buahnya dalam syurga) dan tidak terlarang mengambilnya”100 dan lagi firmanNya ( دجتQ ح?� أو ) [yang bermaksud: “buahnya tidak henti-henti sedang naungannya [demikian pula kekal berterusan]”101 dan firmanNya lagi ( ش?ح ج ?&? ص وح ح&حش جص&ح ج?3?? ج?? أ 0 ز& ج ج

ح?1 ف 0 ذ& خح ال?ض ط?ف&شد ج ) [yang menjadi dalil tentang yang demikian bermaksud]: “Sesunguhnya mereka yang beriman dan melakukan amalan-amalan yang soleh bagi mereka itu syurga Firdaus sebagai tempat tinggal mereka dari kurnia Tuhan dan kekal mereka di dalamnya”102

Page 41: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

85. Perkataan “al-khulud” [dalam bahasa Arab] ertinya berterusan dengan tidak ada hujung atau penamatnya (?al-dawam la nihayata lahu?). Allah berfirman dalam memberi gambaran berkenaan dengan ahli neraka ( ح3 و. ح?1 ف ج?ذ1? أ ح?? ج?خشج0 أ ج?أسجد ح3 و

ح ش1 غ دج?� ج? ح& ذذ د?� ج جص?ع ? ) [yang bermaksud]: “Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya mereka dikembalikan [lagi] kedalamnya”103 dan [yang yang bermaksud]104: “Tiap-tiap kali kulit mereka hangus Kami gantikan kulit mereka dengan kulit yang lain”, yakni Kami kembalikan kepada kejadiannya dahulu supaya mereka merasai azab seksa itu; itu dalil yang menunjukkan kekalnya azab seksa itu. Ini juga ditunjukkan oleh ayat Tuhan ( ح?1 ف 0 ذ& خح ?& ج ج?وفش 0 ز& ج ج )[yang bermaksud]: “Sesungguhnya mereka yang kafir itu105” sampai kepada ayat “kekal mereka di dalamnya”. Maka dinaskan mereka itu kekal (?alal-khulud) di dalam neraka itu dan terbatallah pendapat mereka yang mengatakan bahawa niamat ahli syurga dan azab ahli neraka itu akan habis tamat. (Inilah pegangan Ahlissunnah dalam perkara ini-uem).

Muka 36

Syurga dan Neraka Makhluk

86. (Fasal) Dan ketahuilah syurga dan neraka kedua-duanya adalah makhluk [yang dijadikan Tuhan], dan dalil tentang perkara ini ialah firman Tuhan ( ? ح?شظ? ?س ج

1 ط��م ذش?أ جالسض? جش?/ غ& ج ? )[yang bermaksud]106: “...dan syurga yang luasnya seperti luas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa”; digambarkan ianya dengan kata „al-?ard?, keluasan, dan hal keadaannya disediakan bagi mereka yang bertaqwa. „Ard? tidak sabit berlaku melainkan dalam hubungan dengan perkara wujud yang bersifat makhluk. Demikian pula halnya dengan ayat ( &�حفش ذش?أ ح&جحسز ج? ط?ح& ج? ح د?ل? ?ط& ج س?ح& ج ج?فحضم 0 ى ? ) [yang bermaksud]107: “...peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir”. Kata „al-mu?ad? ( ذ?� ج ) tidak ada digunakan melainkan dalam hubungan dengan perkara yang ada yang bersifat makhluk yang dijadikan; maka [dengan ini] terbatallah pendapat mereka yang mengatakan bahawa syurga dan neraka

100 Al-Waqi?ah: 33.

101 Al-Ra?d: 35.

102 Al-Kahf: 107.

103 Al-Sajadah: 20

104 Al-Nisa?: 56.

105 Seperti dalam surah al-Bayyinah: 6.

106 Ali „Imran: 133

107 Al-Baqarah: 24

Page 42: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

37

itu bukan makhluk yang diciptakan Tuhan dahulunya, hanyasanya kedua-duanya dijadikan kemudian [yakni kedua-duanya makhluk yang baharu dijadikan dan bukan sediakala].

Azab Kubur

87. (Fasal). Ketahuilah bahawa azab kubur itu adalah untuk dialami oleh mereka yang dikenakan azab seksa. Dalil berkernaan dengan perkara itu ialah firman Allah ( ح1 ش?? ج?غذ ح?�11? ? شظ?0 س?ح& ج ) [yang bermaksud]108: “Pada mereka dibentangkan Neraka pagi dan petang [dalam alam barzakh mereka]”. Dan termaklum bahawa mereka itu tidak dibentangkan kepadanya neraka sebelum daripada mati walhal mereka berada di atas muka bumi dan dalam alam kiamat pula di situ tidak ada pagi dan petang; kerana Tuhan berfirman memberi penerangan berkenaan dengan hukum kiamat ( جي ج?� جدخ

زجخ?& ج أشذ?? فش ) [dalam ayat yang bermaksud]: “Masuklah semua kaum Firaun [yang mengikutnya] ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya”109 [yang menunjukkan bahawa azab kubur itu lain dan azab akhirat itu lain pula].

88. Saya mengatakan [kata Imam Shafi?i] bahawa mereka itu dibentangkan untuk mereka neraka sewaktu mereka berada dalam kubur, dan diriwayatkan [dalam hadith] bahawa nabi - salla?Llahu ?alaihi wa sallam - kerap biasa berdoa ( ص أ جال ج ال م&رش ج زجخ? ? ف&مش ج? ى&فش ج ذه ر??أ?? ج ?&� ج ? ) “Wahai Tuhan, sesungguhnya hamba berlindung kepada Engkau daripada kekufuran, kefakiran, dan azab kubur, tidak ada Tuhan melainkan Engkau”110. Dan baginda kerap biasa berdoa dalam sembahyangnya “Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkanlah kami daripada neraka” ( ل? ?س حغ جالخشز? ف? ?س حغ ح?1 ذ& ج? ف? ح أض? ح سذ

زجخ? ?ح

111( س?ح& ج ; maka azab kubur itu kalau ia tidak berlaku dengan nukilan ilmu [yang sebegini dengan Qur?an dan sunnahnya sekali] maka tidak ada lagi khabar yang menjadi ilmu pada dasarnya.

89. (Fasal). Ketahuilah bahawa soalan munkar dan nakir [di alam barzakh] adalah perkara yang hak yang tetap adanya, wajib beri?tikad tentangnya, dan [wajib dii?tikadkan] bahawa orang mati itu hidup dalam alam kuburnya dan ia akan disoal oleh dua malaikat itu tentang Tuhannya, agamanya, dan nabinya; maka orang yang beriman menjawabnya dengan betul dan orang kafir akan menjadi tercengang-cengang, dan kelam kabut dalam memberi jawapannya.

90. [Berkenaan dengan perkara ini] diriwayatkan dalam khabar yang masyhur bahawa nabi - salla?Llahu ?alaihi wa sallam - bersabda ( ح ح/?? ج� ح ذ1 ذ? ظح�11 غ فظح م&رش ج ذخال0 ى ? /

م&رش ج? س فط ?/ح ? 1? ر ? 0 د? سذ? م&رش ج صححد غأال1 ف شصذطح ( ): “Mereka berdua itu adalah malaikat yang masuk ke dalam kubur, dalam keadaan gagah dan garang, membawa di tangan mereka dua pemukul daripada besi; keduanya akan menyoal orang dalam kubur itu tentang Tuhannya

Page 43: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

108 Al-Mu?min: 46.

109 Al-Mu?min: 46.

110 Hadith ( ص أ جال ج ال ?& ج ى&فش ج ذه ر??أ?? ج ?&� ج ? ) Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud.

111 Al-Baqarah: 201.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

38

Muka 37

agamanya, nabinya, dan kedua mereka itu adalah ujian [bagi mereka yang berada] dalam alam kubur”. 112

Mizan Timbangan Amal dan Sirat

91. (Fasal). Ketahuilah bahawa Neraca Timbangan Amal (Mizan) dan Titian (Sirat) serta Kolam Nabi (al-Khaud) adalah perkara-perkara yang hak. Dalil tentang perkara-perkara itu semua ialah firman Tuhan Yang Maha Tinggi ( ? م&غ ج 0 جص?� ج غ?ع ?

1 س ح1 م& ج ?& ) [yang bermaksud]: “Dan Kami mendirikan neraca-neraca timbangan yang tepat pada hari kiamat”113; dan firmanNya ( 0 جص? ص� ثم ف ?? ) [yang bermaksud]: “Maka sesiapa yang berat timbangan amalannya”114 dan sabda nabi-salla?Llahu ?alaihi wa sallam ( 0 س ح1 م& ج? 0 الله د?ص

ذ ك?ط 0 غ&ح? رحد?& ج ح/ي? أ ذ ص?ض وفطح? ح ضج11 ) - “Pada hari kiamat akan didirikan timbangan amalan, yang ada dua lidahnya, dengannya dijayakan timbangan amalan para makhluk, ia ada lidah yang bercakap”115. Ini riwayat yang masyhur yang diterima para ulama dengan penerimaan yang elok. Dengan neraca-neraca itu dilakukan timbangan amalan para hamba Tuhan; maka sesiapa yang berat amalannya dengan kebajikan, ia selamat; sesiapa yang lebih berat amalannya dengan kejahatan ia binasa. Keputusan tentang nasibnya terserah kepada Allah.

92. Adapun berkenaan dengan Titian116 (Sirat) maka ia bersifat sebagai jambatan terbentang atas neraka Jahannam, dan diriwayatkan dalam khabar yang masyhur

112 Antara hadith-hadith yang mengandungi makna-makna sebagaimana yang disebut oleh Imam Syafi?i ini walaupun kata-katanya berbeza (dan ini pegangan Ahlisunnah) ialah hadith-hadith dalam „Tadhkirah al-Qurtubi?, hal.108-109, 111. (Melalui maktabah mishkat).

113 Al-Anbiya?: 47

114 Al-A?raf: 8.

Page 44: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

115 Dalam kitab „Ali-Siraj al-Munir? oleh Khatib Sharbini jld.1 hal.2516 bahawa imam-imam generasi salaf menganggap sahih pendirian tentang Allah meletakkan mizan secara hakikatnya yang dengannya ditimbangkan amalan sekalian hambaNya dan dari riwayat al-Hasan mizan itu ada daunnya dan lidahnya. ) ? ?& ج ح/ي? أ? ذ ص?ض مس1 حم? ح ضج11 عغ0 ?& ح?ض الله أ غ&ف� ج س/ أت �11? ? ز& ج ح1 جص&ح

غ&ح? وفطح ضج�11 ج?? ح&غ ج?? رحد (maktabah al-shamilah. 116 Hadith-hadith berkenaan dengan Sirat ini antaranya ialah seperti berikut: dari hadith riwayat Muslim yang panjang berkenaan dengan ma?rifah Tariq ar-ru?yah berkenaan dengan memandang kepada Tuhan di akhirat hadith no.267 yang mengandungi di tengah-tengahnya ayat ( ? 0 ش?ظ 1 ذ جص&شجغ عشخ ?

ع ج جال ثز? 0 طىح0 ال? ض1 ج0 ي?أ? ط أ? ?ح أ? فأو? ج ع ج??? د? ش& ث د&11 وال? ج? ف? ع ع ?&� ج ثز? 0 ش& ح? 0 ال أ ش1 غ ذج?غ& ج ن?ش ث ح?? فح لحي الله ي?سع ح0?? ج?& لح ذج?غ& ج ط0 سأ ذج?غ& ج ن?ش

� ج?/? ف ?& ح/? ذأ ط?ح& ج ضخطف الله جال ح?/ ظ? لذس ? ذ? ذم إ خ& ج?? ج 0? حط? ج�حص ج?? ? ( )

Ertinya: “Maka diletakkan Titian atas belakang Jahannam, maka aku dan umatku yang mula-mula sekali melalui[nya], dan tidak ada yang berkata-kata pada hari itu selain daripada para rasul; dan para rasul hari itu menyeru „Ya Tuhan sejahterakanlah, sejahterakanlah?, dan pada Jahannam itu ada besi penyangkut/pengait seperti duri pohon sa?dan; adakah kamu pernah melihat pohon sa?dan? Mereka menjawab: ya wahai Rasulullah. Sabdanya: ia seperti duri pohon sa?dan, hanyalah tidak ada yang tahu tentang kadar amat besarnya itu melainkan Allah; maka duri itu mengait umat manusia dengan amalan mereka [kerana amalan yang jahat dan memasukkan mereka ke dalam Neraka di bawahnya], antara mereka itu orang mukmin yang kekal dengan amalannya [yang selamat tidak binasa terkena

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

39

bahawa ia lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang. Maka sesiapa yang tergolong ke dalam golongan yang berbahagia (ahl al-sa?adah) ia melaluinya seperti angin berlalu, dan tiap-tiap orang yang beriman melaluinya mengikut kadar martabatnya [di sisi Tuhan], dan orang kafir tidak mungkin melaluinya [maka ia binasa dalam Neraka].117

93. Adapun berkenaan dengan Kolam Nabi (al-Haud) ada riwayat hadith berkenaan dengannya yang tersebar di kalangan manusia [yang menjadi ahli ilmu]; dikatakan bahawa berkenaan dengan makna firman Allah [yang bermaksud]: “Sesungguhnya Kami kurniakan kepada engkau [wahai Muhammad] al-kauthar”118; ia adalah Kolam nabi - salla?Llahu ?alaihi wa sallam; dan dasar pintu membuka fahaman tentang bandingan-bandingan dalam perkara itu ialah: daripada perkara yang bukan mustahil dari segi akal tentang adanya, maka bila ada riwayat yang datang berkenaan dengannya wajib pula menerimanya dan beriman kepadanya; dan riwayat-riwayat khabar tentang perkara ini adalah demikian, hukumnya tentang perkara-perkara yang lain juga yang ada riwayat tentangnya adalah seperti itu juga hukumnya, berkenaan dengan huru hara hari kiamat, gambaran berkenaan dengan syurga dan neraka, maka beriman dengan perkara-perkara yang sedemikian itu adalah wajib.

Page 45: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Hukum Berkenaan Dengan Ijma’

94. (Fasal).Ketahuilah bahawa ijma?119 ulama umat ini dalam hukum tentang sesuatu perkara itu sahih atau tidaknya, itu menjadi perkara yang hak [dan benar],

kait] dan antara mereka yang lalu sehingga selamat”. Dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, bab sirat atas Jahannam, hadith no.6204 terdapat hadith yang sama yang menyebut tentang Sirat atas Jahannam, para rasul menyeru „selamatkanlah, selamatkanlah, dan ada pengait besi, ada duri seperti duri sa?dan yang mengait manusia memasukkan mereka dalam neraka. Dan dalam Sunan Abu Daud ada hadith daripada „Aishah rd

) ? وح? �11? ط?ح& ج? الله شحء ضأخز حغه? د&11 وال �11?? ف1 غ& ج أحذ? ش?ش& ج أدق جغش? ج&" ? لحيح0 ش& وح? ر&شق وح? ط&شف

? وحخ ج ?1 خ& ج ذ0? وأجح تىس ج? ش& Q?? خذ? غ ج?ح ف ع ع سخ ?&? م0 ال� ? ?�? س?ح& ج? ف ىشدط? غ�

) ??ج

Yang menyebutkan sabda baginda bahawa „Jahannam itu ada Sirat atau Titian yang lebih halus daripada sehelai rambut, lebih tajam daripada pedang, dan atasnya ada peyangkut-penyangkut besi dan duri yang mengait sesiapa yang Tuhan kehendaki di kalangan manusia, dan manusia melalui Titian itu setengahnya seperti kilat menyambar, setengahnya seperti angin lalu, setengahnya seperti kuda berlari kencang, dan setengahnya seperti dengan tunggangan unta, dan malaikat menyeru „Ya Tuhan, selamatkanlah, selamatkanlah, maka selamat orang yang disejahterakan, dan dan sejahtera orang terkoyak kulitnya, orang yang jahat masuk ke dalam ke neraka atas mukanya ( ج? ?�? س?ح& ج? ف ??

( ىشدط ?

Antara hadith-hadith ini disebutkan oleh ibn Rajab al-Hanbali dalam kitabnya al-Takhwif min al-Nar wa Ta’rif bi Hal Dar al-Bawar, Maktabah Dar al-Bayan, Dimashq, 1399, bab 26 bab ) رط ا الص ضرب في

عميه الموحدين مرور و جهنم جسر هو و جهنم متن عمى (

117 Mengikut al-Baihaqi dalam Shu?ab al-Iman ia hadith riwayat Anas rd. Perbincangan dan huraian berkenaan hadith-hadith yang menyentuh hal shafa?ah dan lalu makhluk atas Sirat dalam Fath al-Bari Sharah al-Bukhari sangat nyata sekitar tajuk ini pada „kitab al-riqaq?, hadith 9794.

118 Surah al-Kauthar: 1

119 Perhatikan bagaimana Imam Syafi?i berpegang kepada ijma? ulama umat ini, bukan ijma? ulama dari sesuatu zaman tertentu, seperti zaman Salaf sahaja.

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

40

Page 46: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

terputus hukumnya itu, maka tidak boleh diambil pendirian yang menyalahinya lagi, dan wajib atas kita [mukallaf] mengikut mereka itu [dalam perkara yang mereka ijma?kan itu-uem] berdasarkan kepada firman Allah ( ? 0 ع ج شحلك 1 ضر ح ذ?ذ ي?ش&

� ج 1 عر ش1 غ طرغ0? ? ذ?& ج شج1 ص عحءش? ?ج? ص? ?&? ض ح? ?? 11 إ ( ) [yang bermaksud: “Sesiapa yang menentang rasul [Tuhan] selepas daripada menjadi jelas nyata untuknya bimbingan [yang sebenar] dan ia mengikuti jalan yang selain daripada jalan orang-orang yang beriman, maka kami biarkan ia menjalani jalan yang dipilihnya itu, kemudian kamu lemparkannya ke dalam neraka, alangkah buruk tempat kembalinya itu.”120

Muka 38

95. Maka kita diberi peringatan ancaman kalau tidak mengikuti jalan orang-orang yang beriman [jalan ijma? itu], sebagaimana kita diberikan ancaman kalau menyalahi perjalanan mengikut Rasul; maka sabitlah [dengan ini] bahawa wajib kita mengikuti ijma? mereka.Rasul –salla?Llahu ?alaihi wa sallam bersabda ( فمذ رسجع ذ1 ل س?ح/ ج& ج فحسق

م? جالعال سذمس غ� خ ?? ): “Sesiapa yang meninggalkan jamaah [para sahabat atau meninggalkan ijma? ulama] dengan kadar satu hasta, maka ia membuang ikatan agama Islam daripada lehernya.”121

96. (Fasal) Dan ketahuilah bahawa seseorang itu bila ada kemusykilan tentang sesuatu dalam urusan agamanya wajib ia bertanya kepada orang alim yang lebih mengetahui daripadanya, dan wajib ia beramal dengan jawapan orang itu, berdasarkan kepada firman Allah [yang bermaksud]: “Bertanyalah kepada mereka yang mengetahui jika kamu tidak mempunyai pengetahuan”122.

97. (Fasal berkenaan dengan Imamah). Ketahuilah bahawa imam yang hak [yang memimpin umat Islam] kemudian daripada nabi salla?Llu ?alaihi wa sallam - ialah Abu Bakar - Allah meredhainya - dan dalil tentang perkara itu ialah ijma? para sahabat tentang keimamannya itu dan mereka mengikut pimpinannya itu dengan yang akhirnya itu serta dengan muafakat mereka dan mengikut mereka terhadapnya dalam ceramah mereka berhubungannya dan mereka memberi kata-kata setia kepadanya mengakui khilafahnya. Mereka itu berkata semuanya ?Wahai khalifah Rasulillah? salla?llahu ?alaihi wa sallam - dan perkara yang berlaku melalui ijma? adalah perkara yang hak. Nabi salla?llahu ?alaihi wa sallam bersabda: ( خ&طأ ج ?�? ? ط أ غ/ الضجط ) “Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah”123 dan kerana memang termaklum bahawa

120 Al-Nisa?: 115

د?دأ? جذ ف1? ظ? ح1 صح 4758 ث0 حذ? م? جالعال سذمس غ� خ فمذ شرشج? ح/ ج& ج فحسق 121 ( )

122 Al-Nahl:43; al-Anbiya?: 7.

حج جذ ع -Q ظ?جأل جد?غ& ذح ى�11? ف حO جخطالف ط0 سأ فارج, س& جع&ال ?�? غ/ ضجط ال? طv أ ئ ) 123 )

Page 47: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Ertinya: Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan, maka bila kamu melihat perbezaan pendapat, maka hendaklah kamu mengikut pendapat golongan yang terbanyak yang besar itu [dalam Ahli Sunnah wal-Jamaah]. Ibn Majah. Selain dari itu ada hadith-hadith seperti:

) ? ?�? ع? �11? الله ?�ص ذ/ ح س أ لحي? أ? ط أ غ/ ج0 ال الله ئ) ف�ع ذ ش/? جذ )? 2167? ( ز ط&ش ج? ج?سغ الله ذ0? س& ظال

س?ح& ج ?& ئ شز شز? س?ح/ ج& ج (Riwayat Tirmidhi: (2167) dari ibn „Umar dengan lafaz: Sesungguhnya Allah tidak menjadikan umatku /atau katanya umat Muhammad salla?Llahu „alaihi wa sallam (bersepakat) atas kesesatan, dan Tangan Allah (kekuasaan/panduanNya) berada atas jamaah dan sesiapa mengasingkan diri

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

41

mereka itu memberi bai?ah untuk taat kepadanya, tanpa mengingkari perkara itu, kerana bukannya perkara kecenderungan kepada harta, kerana tidak ada harta dalam perkara itu, juga bukan kerana takut kepada pedangnya, kerana ia bukannya kuat pada dirinya sendiri itu, juga bukan kerana mencari kekuatan menghadapi anak jenisnya, bukan juga untuk menjaga diri daripada keluarganya, kerana ia tiada keluarga besar, dan mereka tidak menyalahi beliau dalam sesuatu perkara, sehinggalah beliau meninggal dunia, dan sabitlah bahawa beliau adalah imam yang hak sebenarnya.

98. (Fasal). Ketahuilah bahawa imam yang hak selepas daripada Abu Bakar ialah ?Umar bin al-Khattab Allah meredhainya, dan dalil tentang perkara tersebut itu ialah Abu Bakar menentukan bahawa ia khalifah selepas daripada dirinya, dan ia mengangkatnya demikian, kemudian ummat Islam bersepakat mengakuinya, tanpa ada bangkangan, tanpa khilaf, dan mereka memberi kesetiaan kepada beliau sebagai khalifah amir al-mu?minin, dan mengikut pimpinannya, maka berlalulah masanya dalam pemerintahan, dalam keadaan yang betul, tidak ada berlaku kegelinciran dalam perkara itu, sampailah masanya ia meninggal syahid; dan sabitlah bahawa ia adalah imam yang hak.

Muka 39

99. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa imam yang hak selepas daripada ?Umar [bin al-Khattab] ialah ?Uthman [bin ?Affan] Allah meredhainya, yang beliau jadikan sebagai ahli syura, dengan pilihan ?Abd al-Rahman bin ?Auf, maka beliau memilih ?Uthman, dan kemudian ijma? para sahabat tentang perkara itu, dan mereka membenarkan pendapat ?Abd al-rahman tersebut yang menjadikan khilafah itu [di tangan ?Uthman], dan orang ramai di kalangan sahabat mendirikan hujah atas yang hak, maka ?Uthman berlaku adil, sehingga ia mati syahid.

100. (Fasal). Ketahuilah bahawa imam yang hak selepas ?Uthman ialah ?Ali bin Abi Talib - Allah meredhainya - maka sabitlah keimamannya itu dengan ba?iah para sahabat yang besar-besar dan yang baki lagi menyetujui yang demikian, maka tidak ada dalam kalangan mereka itu penentangan yang

Page 48: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

mencederakan kekhalifahannya itu, Allah meredhainya. Maka beliau menjalankan tugas dalam khilafahnya itu , dan beristiqamah di dalamnya dan tidak melakukan kezaliman dalam sesuatupun. Beliau tidak menyimpang daripada perjalanan yang benar dalam kata-katanya dan perbuatan-perbuatannya. Dan disebutkan mereka ini adalah golongan para khalifah yang berada dalam jalan yang benar dan yang memutuskan hukum mengikut keadilan, serta mereka meneruskan jalan istiqamah dan benar , serta melicinkan perjalanan atas yang betul; mereka khulafa? rasyidin dan kitab [kami] ini [dari segi kandungannya] membuat andaian yang lebih lagi daripada itu.

mengambil pendirian yang ganjil maka ia mengambil jalan ganjil ke neraka. Kata Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam kitab usul al-fiqhnya al-Mahsul bahawa hadith-hadith itu semuanya mengandungi maksud bersama tentang dalil yang menunjukkan erti yang satu, yakni umat [Muhammad ini] semuanya tidak bersepakat atas kesalahan (al-khata’).

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

42

101. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa syarat-syarat menjadi khalifah itu sepuluh: berakal, baligh, merdeka, Islam, keadaannya lelaki, mempunyai pengetahuan, dengan demikian rupa yang layak ia memberi fatwa, ia dari golongan orang ahli ijtihad, ada kemampuan mentadbir, berani, orang soleh dalam agama, dan hendaklah ia dari golongan Quraisy. Bila terhimpun pada seseorang syarat-syarat ini maka jadilah ia layak sebagai imam bila diberikan bai?ah kepadanya.

102. (Fasal). Ketahuilah bahawa imam [yang memerintah atas seluruh Muslimin di dunia] dalam sesuatu zaman itu hendaklah seorang [sahaja], tidak boleh lebih daripada seorang. Kata setengah daripada mereka [yang arif dalam hal ini] harus dikhaskan tiap-tiap rantau [atau iklim] dari negeri-negeri Islam (kull aqalim min bilad al-Islam) seorang imam [yang memerintah padanya]. Dan setengah daripada sahabat kami (dalam Ahlissunnah) berpegang kepada pandangan ini; yang asah atau paling sahih ialah pandangan yang pertama. Dalil tentang perkara ini ialah ijma? para sahabat

Muka 40

tentangnya. Dengan itu maka mereka tidak membenarkan ada dua orang imam dalam sesuatu masa.

103. Perbincangan mereka pada Hari al-Saqifah [ialah seperti berikut]: Golongan Ansar berkata: Dari pihak kami seorang amir, dari pihak kamu [orang Muhajirin] seorang amir; mereka merujuk kepada pandangan Abu Bakar; lalu mereka memutuskan ada seorang imam dan berlaku ijma? dalam perkara itu. Maka menyalahi ijma? tidak dibolehkan [itu prinsip dalam Ahlissunnah wal-Jamaah] dalam keadaan macam manapun. Dan [yang demikian itu tidak dibolehkan] kerana ia membawa kepada saling tentang menentang antara satu sama lain dan menimbulkan fitnah di kalangan Muslimin serta berlakunya peperangan antara mereka yang beragama Islam; itu tidak dibolehkan. Sabda nabi salla?Llahu ?alaihi wa sallam ( ج?فحظشذ ح ح جال غ0? ذ جرج

Page 49: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

? ف1 غ& ذح ?/ح أحذ ج ) ertinya: “Bila diberikan bai?ah kepada dua orang imam maka hendaklah dipukul muka seorang daripadanya dengan pedang”.124

104. (Fasal). Ketahuilah bahawa para sahabat - Allah meredhai mereka semuanya- adalah orang-orang yang bertaqwa , yang banyak berbuat bakti, yang adil, dan mereka mendapat kelebihan melalui persahabatan mereka dengan Rasulullah salla?Llahu ?alaihi wa sallam, dan mereka menyaksikan turun wahyu dan turunnya Qur?an. Nabi salla?Llahu ?alaihi wa sallam bersabda ( جلطذ? 0 ذأ?? ج& وح? أصححذ

ط0 ذ?ط ج ط0 ): “Para sahabatku seperti bintang-bintang, maka dengan sesiapa di kalangan mereka kamu membuat panduan kamu mendapat bimbingan yang benar.”125 Maka tidak dibolehkan

124 Dalam hadith Muslim terdapat riwayat (1480/ خ& غ0? ذ جرج? خ&ذس ج ذ1? ع? أذ : ? 3 غ ح1 صح? ف ج?� فحلط 1 فط�11

ح/?? خش2 ج ):Dari Abu Sa?id al-Khudri [bahawa baginda salla?Llahu „alaihi wa sallam bersabda ertinya]: Bila diberikan bai?ah kepada dua orang khalifah bunuhlah yang seorang lagi itu.

125 Berkenaan dengan hadith hal para sahabat ini terdapat kenyataan dalam Tuhfatul-Ahwadhi seperti berikut:

(? V VحيVق لVيهV ذ مدV?V طمVحد?جال? ف الب Vب ث0 حV VشعVر مQوسVى أ ج ي ال Vز� ?Vج VخشV ف�Vع ذ م مQسل أ ? ج& ج " :( Q�?V ج ?QVسV أ

Vء غ� �? ج& ج ص?VVر رV فVارVج حQ�?V V? ضV أ ء غ�V ج أ �حV ح

0 Q?? V Qذ . ?V?حذVصحV V? أ سV أV&? Q VصحVحذ ?VVد رV فVارVج? ط� أل V? QأVض? أ VيهVق لVحيV? ") ذ00Q?V?Q حV? ط� أ ذ? ف ??VسQ: الب Vث�0 ح

V?Qح ذاع ي�?صV?د� Vش11 غ V00 ??3لV? ?? ذ V0 حVبد ثVع حيم �الر

Vم الع ، V?ذ? ف Vث�0 ح QمV?00 طغ�V? ?? ذ V0 حVاك ث�اح بن الض�ح VزQم م ) " :VVحذ ثVصحV ? ج& ج ث�V وV? أQء غ�V ج? ف?� �زV ح VخV أ

ج?V: لVحيV? )" ذV?Vط ج ح??V? Vج ذ Vز� ?

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

43

orang mencela mereka dan bercakap secara mencela mana-mana seorang dalam kalangan mereka [Ini prinsip Ahlissunnah berkenaan dengan sejarah awal Islam dan para Sahabat-uem]. Maka tidak dibolehkan menyebut apa-apa tentang mereka melainkan perkara kebaikan; maka kita diam daripada berbicara tentang apa yang berlaku dalam perselisihan antara mereka. Ini kerana [larangan tentang perkara itu berdasarkan] sabda nabi salla?llu ?alaihi wa sallam ك?ف أ ?� ف ?? 1 ذ شجش ح? حو0 ج

أحذ ث أحذو

ف1? ص ال? أحذ ذ غ� ذ ح� ح?ر ر (? ): “Hendaklah kamu berjaga-jaga dengan baik berkenaan dengan apa yang berlaku tentang para sahabat; kalau seorang dari kamu membelanjakan harta seperti emas sebesar bukit Uhud, kamu tidak dapat mencapai walau secupak yang ada pada seorang dalam kalangan mereka, juga tidak setengah cupakpun”126. Maka sesiapa yang bercakap tentang seorang dari mereka [secara yang tidak baik] sama ada kerana jahil atau kerana tersilap, maka itu mewajibkan datang atasnya la?nat

Page 50: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

Allah dan la?nat RasulNya salla?lu ?alaihi wa sallam. Sabda baginda salla?llahu ?alaihi wa sallam ( عد س ?& �11? ف الله عد? الله عد فمذ?? عر?? ? عر فمذ? أصححذ ?

1? ال& ج? س ?&? الله ?( ) “Sesiapa yang memaki sahabatku maka ia memaki aku sendiri, dan sesiapa yang memaki aku, maka ia memaki Allah; dan sesiapa memaki Allah maka atasnya la?nat Allah dan la?nat sekalian mereka yang berhak mela?nat.

Tamat ?al-Fiqhul-Akbar? oleh Imam Syafie rd.127

Kata al-Baihaqi dalam al-I’tiqad selepas hadith Abu Musa al-Ash?ari yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dengan lafaz (maksudnya): Bintang-bintang mengamankan langit, bila bintang-bintang tidak ada (lit. sudah pergi) maka berlakulah kepada ahli langit apa yang dijanjikan, dan para sahabatku adalah yang mengamankan umatku, bila para sahabatku tidak ada lagi (lit. bila mereka pergi) berlakulah apa yang dijanjikan. Kata al-Baihaqi diriwayatkan dalam hadith mausul dengan sanad yang tidak kuat ( ل ش1 غ ?? ) yakni hadith „Abd al-Rahim al-„Ammayya, dan dalam hadith munqati?, yakni hadith Dahhak bin Muzahim, „Misalan bagi sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit, sesiapa yang mengikuti suatu bintang di antaranya ia mendapat hidayat yang betul; katanya: dan yang kami riwayatkan hadith di sini daripada hadith sahih yang membawa kepada setengah daripada maknanya, kata al-hafiz: al-Baihaqi adalah benar, ia membawa kepada sahihnya bandingan bagi sahabat sebagai bintang-bintang itu, khasnya, adapun dalam soal mengikut maka tidak zaqhir [hal ini] daripada hadith Abu Musa, ya, mungkin diperhatikan itu daripada makna mengikut dengan bintang-bintang, dan yang zahir daripada hadith itu ialah isyarat tentang perkara fitnah yang timbul selepas habis zaman sahabat dengan hilangnya perjalanan sunah Rasul dan zahirnya bid?ah-bid?ah dan merebaknya kejahatan di bumi. Habis kenyataan. (huraian hadith 3723 Tuhfah al-Ahwadhi Sharah Hadith Sunan Tirmidhi, melalui al-islam.com)

"? ( .

Nota: Sebagaimana yang telah disebutkan dalam notakaki (25) sebelum ini dalam teks ini tidak terdapat unsur-unsur yang membolehkan ianya digunakan untuk memberi sokongan kepada aliran mujassimah atau aliran musyabbihah yang menafsirkan ayat-ayat mutasyabihat secara literal mengikut erti zahir lafaznya. Nampaknya apa yang disebut oleh Shaikh Hasan al-Saqqaf dalam edisinya terhadap „Daf’ Shubh al-Tashbih bi Akaffi ’t-Tanzih? (Dar al-Imam al-Nawawi, Amman, Jordan, 1421/2000) tentang pegangan, kononnya, oleh Imam Syafi?i melalui al-Hakkari, Abu

______________________________

al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i

http://fiqhakbar.wordpress.com/

http://blogtraditionalislam.wordpress.com/

Muhammad al-Maqdisi dengan isnad mereka kepada Abu Thaur dan Abu Syu?aib kedua mereka itu dari Imam Syafi?i: iaitu kata Imam Syafi?i Allah atas Arasy dalam langitNya, (fi sama?ihi), ia berdamping

Page 51: Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu

dengan makhlukNya bagaimana Ia kehendaki [memberi gambaran perdampingan segi ruang dan tempat-uem], dan Ia turun ke langit dunia bagaimana Ia kehendaki...” (hlm. 72), dinyatakan oleh Shaikh Hassan al-Saqqaf itu kebohongan.Unsur-unsur demikian tidak ada dalam teks Kahirah yang digunakan di sini. Demikian juga unsur-unsur seperti itu tidak ada dalam teks Shaykh Yasin. Nampaknya teks Kahirah ini sama dengan teks yang digunakan oleh al-„Allamah Dr Sheikh Yasin mufti Mausil Iraq itu, kerana isi kandungan kedua-duanya sama, dengan perbezaan yang sangat sedikit sekali.

Berkenaan dengan hal ini menarik juga kenyataan berikut dalam satu laman web berkenaan dengan kata-kata Imam Syafi?i yang betul-betul nukilannya sama seperti yang ada pada teks yang digunakan di sini (dalam para 21 dan 22 terjemahan „al-Fiqhul-Akbar? Imam Syafi?i. Kenyataan-kenyataan itu seperti berikut