aku dan bintang vol 13

Upload: planetarium-sultan-iskandar

Post on 17-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    1/20

    Oktober 2012 - Mac 2013

    BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK &

    PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

    ISSN 1985-0344

    Keluaran 13

    www.planetarium-sarawak.org

    Piramid Giza: Misteri Di Sebalik Buruj Orion

    Meteor, Planetarian dan Masyarakat

    Apa Kata Sahabat Astronomi

    Dark Sky: Kempen Kesedaran Silau Cahaya

    Ikuti kami melalui media sosial di sebelah

    Planetarium SultanIskandar

    @SahabatPSI SahabatPSI Planetarium SultanIskandar

    sahabatastronomi Planetarium SultanIskandar

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    2/20

    Oktober 2012 - Mac 2013 2www.planetarium-sarawak.org

    Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

    Kementerian Pembangunan SosialSarawak

    93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-251275Faks: 082-258059

    http://www.planetarium-sarawak.orge-mel: [email protected]

    EditorAlfean Aziz

    Sumbangan

    Ismandy AliFaliq Asyraf

    Noraizah Idris

    Asfahanim BujangJenau Adam

    Nur Hidayah Bt. ShaeAlfean Aziz

    Muhd Zulfadhli Usop

    Program AngkasawanShowcase - 5

    Apa kata SahabatAstronomi - 6

    Perkhemahan Astronomidi Pusat Ko-Kurikulum- 7

    Meteor, Planetarian danMasyarakat - 8Perkhemahan Astronomi2012 - 10Piramid Giza: Misteri DiSebalik Buruj Orion - 12

    Dark Sky: KempenKesedaran Silau Cahaya- 15

    Astrofotogra melalui

    Cellphone Digiscoping- 16Astrokuiz PeringkatNegeri Sarawak:Sempena 50 TahunSarawak Merdeka DalamMalaysia - 17

    Kajian Pendek ModelMental Konsep Bentuk

    Bumi dan Tarikan

    Graviti - 18Tayangan 2013 - 20

    Muka Depan

    Gambar yang diambil oleh ahliPersatuan Astrnomi Sarawak, Muhd

    Zulfadhli Usop ketika langit malamcerah di Marudi semasa mengadakansesi Jerayawara Sahabat Astronomi ditempat itu.

    Kesedaran amat penting dalam memberikan pendidikan ilmu astrono-mi kepada masyarakat, dan pelajar secara khususnya.

    Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sa-rawak (SAS) merupakan badan yang cuba sedaya-upaya untuk meningkatkankesedaran astronomi dengan mudah dan menyeronokkan.

    Salah satu program yang sering mendapat perhatian di kalangan pelajar disekitar bandar raya Kuching dan Samarahan adalah Program Sains Angkasa CutiSekolah.

    Sejak pengenalan program ini, ia telah berjaya menarik minat pelajar un-tuk memahami konsep mudah astronomi berdasarkan bilangan peserta yang

    mendaftar semakin bertambah dan tempoh untuk memenuhi kuota tempatduduk juga semakin singkat.

    Konsep yang mudah seperti aktiviti praktikal dan pelajar berpeluang untukberkongsi maklumat serta mencari kawan baru merupakan tarikan bagi menyer-tai program ini.

    Namun, program yang dianjurkan oleh PSI dan SAS bukan sahaja tertumpudi bandar raya Kuching sahaja, melalui Jerayawara Sahabat Astronomi, kamicuba membawa ilmu astronomi kepada pelajar-pelajar di kawasan luar Kuching,terutama di kawasan luar bandar.

    Jerayawara Sahabat Astronomi bukan sahaja menyebarkan ilmu astronomikepada pelajar sekolah rendah dan menengah, ia juga sebagai kajian untuk me-ngetahui tahap kefahaman pelajar tentang astronomi.

    Di samping itu, PSI dan SAS menganjurkan AstroKuiz 2013 dengan kaliterakhir diadakan pada 2010.

    Konsep AstroKuiz kali ini berbeza daripada yang sebelumnya kerana ia di-anjurkan di peringkat Sarawak berdasarkan pemilihan kumpulan terbaik di se-tiap zon.

    Dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, penganjur AstroKuiztelah memilih wakil zon masing-masing dan juga pihak kejohanan diadakanpada 25 Mei 2013.

    Diharapkan dengan banyak aktiviti yang dianjurkan oleh PSI dan SAS, ke-sedaran ilmu astronomi di kalangan pelajar dan orang awam akan meningkatselaras sebagai tonggak kepada pembangunan modal insan negara.

    Kesedaran ilmu astronomi tonggakpembangunan modal insan

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    3/20

    Oktober 2012 - Mac 20133

    Ismandy AliKurator, Planetarium Sultan Iskandar

    Greetings,

    Iknow that this might be a little odd to you frequentreaders of Aku & Bintang out there, but if you ever

    came to any of my talks I used to ask this question tothose kids Who wants to go to space? and all of themraised their hands. A fascinating view of a very inspiringhands of future generation.

    I bet every Malaysian knows Dr. Muszaphar Shukor,the rst Malaysian who went to space last 2007. I dontthink I need to elaborate more on that as it was once a verypopular subject.

    There is this guy from Canada, Andrew Rader whomI met in social media some time ago. He became a buddyand personally, I like his noble cause in space education. SoI want to take this golden opportunity to introduction the

    readers about Andrew and his cause in space and humanityin general.

    Andrew Rader is a Canadian with a dream to help hu-manity get to Mars. He has a PhD in aerospace engineeringfrom MIT (2009), where he examined the impacts of longduration spaceight on the human body.

    His expertise is in how different gravity environmentsimpact the humans in terms of bone, muscle and spatialorientation, and how Lunar and Martian gravity wouldimpact long term settlement. Andrew is a prime Canadian

    Applicant for the Mars One Mission, open to all people ofthe world, whose aim is to send the rst colonists to Marsstarting in 2023.

    He also recently won the top competitive television se-ries in Canada, Canadas Greatest Know-it-All. You cannd many of Andrews radio, television, and newspaperinterviews by searching for his name on Google.

    For the last three years, Andrew has worked as a sys-tems engineer, where he has designed spacecraft for manyCanadian missions, including a space telescope that willpeer deep into the universe in the ultraviolet spectrum,searching for evidence of young stars are being born, anda quantum key transfer mission that would allow unbreak-

    able codes to be sent around the planet in milliseconds.Space impacts our daily lives in communications, environ-mental monitoring, and surveillance, but it also inspires theentire world it is something that we do not as individual

    countries, but together as a species.Earth is but a tiny precious world oating in a vast

    ocean of space. There are more planets out there than allthe grains of sand on all the beaches of the world. We useastronomy to peer out across that ocean but we can alsotravel across it, and eventually live there.

    Andrew is a dedicated advocate of both robotic andhuman spaceight, promoting space activities through pre-sentations to thousands of school children across Canada,and in the Canadian media.

    He was a nalist for astronaut selection in 2009 whenhe was still completing his degree, and now he hopes to

    become an astronaut in the commercial sector before y-ing to Mars.

    The current trends in commercial spaceight are espe-cially exciting, because they are helping to open up spacefor everyone in the world for the future. Soon everyone onthe planet will have the opportunity to participate in spaceactivities.

    Since Andrew is a space researcher, his objective is toprepare for the Mars One mission and start with a com-mercial suborbital ight.

    He is currently a leading candidate for a suborbitalcontest, where he wants to perform a student science ex-periment in space to help inspire our youth. You can help

    Andrew on his mission to get to space by voting for him atwww.voteandrewtospace.com (click the blue button on theleft above his name and then log in with Facebook to vote).Each vote makes a real big difference!

    You can nd Andrews many videos on his YouTubechannel (AndrewRader). You can also get involved by in-teracting with Andrew on twitter (@Rader_Andrew) andFacebook (Rader.Andrew), where you can discuss ideas foran experiment to perform. Maybe your idea could be thenext big thing in space!

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    4/20

    Oktober 2012 - Mac 2013 4www.planetarium-sarawak.org

    Pelajar menunggu roket air mereka jatuh ketika Program Angkasawan Show-case di Planetarium Sultan Iskandar.

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    5/20

    Oktober 2012 - Mac 20135

    Program Angkasawan Show-case 2012 anjuran Yayasan

    Angkasawan Malaysia bertem-pat di Planetarium Sultan Iskandartelah mendapat sambutan yang me-riah dari pihak sekolah, agensi-agensikerajaan dan juga orang awam yangtelah melibatkan diri dalam setiapaktiviti yang telah diadakan pada 11

    hingga 13 September 2012.Antara aktiviti yang menarik mi-nat pihak sekolah, agensi-agensi danorang awam ialah kehadiran calonangkasawan negara iaitu Mejar DrFaiz Khaleed yang turut berkongsipengalaman beliau tentang kejayaanProgram Angkawasan Negara.

    Sesi ceramah itu turut disertai olehkakitangan dari Planetarium Nega-ra iaitu Encik Jong Tze Kian yangberkongsi maklumat tentang pence-

    maran cahaya dalam kehidupan seha-rian kita dan juga Encik Farid Omar,salah seorang kakitangan dari Yayasan

    Angkasawan Malaysia yang membericeramah bertajuk Komunikasi Radio

    Program Angkasawan ShowcaseAmatur.

    Selain itu, terdapat juga aktivitiseperti pertandingan pelancaran roketair berpayung terjun antara sekolah-sekolah dalam kawasan Kuching,Centripetal Force dan Geocaching dimana para peserta mencari harta ka-run menggunakan GPS pada telefonbimbit pintar masing-masing yang di-anjurkan oleh Yayasan AngkasawanMalaysia.

    Planetarium Sultan Iskandar jugatidak ketinggalan untuk mengadakan

    aktiviti untuk pihak sekolah dan orangawam yang hadir seperti Astrokuiz,Mars Rover dan cabutan bertuah de-ngan hadiah berupa poster, hamperdan binokular untuk pemenang.

    Para peserta sedang mencuba untuk melancarkan roket air.

    Sesi membuat payung terjun untukroket air.

    Para peserta bekerjasama menyiap-kan projek masing-masing.

    Sesi menyiapkan roket air antara tugasan yang diberikan dalam projek Angka-sawan Showcase.

    Noraizah Idris

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    6/20

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    7/20

    Oktober 2012 - Mac 20137

    PerkhemahanAstronomi di Pusat

    Ko-Kurikulum

    Para pelajar sekolah sedang sibuk membuat carta bintang.Pelajar bagi Tahap 1 dan 2 giat mencari buruj dalam peta

    bintang yang disediakan.

    Sesi ceramah yang diadakan semasa perkhemahan as-tronomi.

    Para pelajar sedang belajar cara menggunakan carta bin-tang.

    Carta bintang yang telah siap... Pelajar sedang belajar caramenggunakan carta bintang untuk mencari buruj di langitmalam.

    Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak sekali lagi telah men-jemput Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan

    Astronomi Sarawak untuk mengadakan sesi ceramahdan aktiviti bersama-sama pelajar dari Tahap 1 hingga6 dalam Kem Pendidikan Alam Semula Jadi PeringkatSekolah Rendah di Pusat Ko-Kurikulum Santubong.

    Program yang melibatkan 132 pelajar dan 26 gurupengiring telah diadakan pada 24 April 2012 dengan parapeserta telah didedahkan dengan beberapa konsep mudahastronomi.

    Pembahagian kepada beberapa kumpulan telah diada-kan dengan pelajar dari Tahap 1 dan 2 dan pelajar Tahap 3

    hingga 6 pula telah belajar cara menggunakan carta bintang.Apa yang menarik bagi program kali ini adalah ia meli-batkan pelajar di peringkat kebangsaan dengan pelajar-pe-lajar seluruh negara telah menyertai program ini.

    Kebanyakan program yang diadakan adalah secara teorisahaja selain aktiviti kuiz memandangkan cuaca tidak me-ngizinkan serta menghalang aktiviti cerapan langit malamdiadakan pada malam tersebut.

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    8/20

    Oktober 2012 - Mac 2013 8www.planetarium-sarawak.org

    B

    erikutan dari insiden sebuahtahi bintang besar yang me-nerangi pagi di sebuah bandar

    di Rusia telah menyebabkan videotersebut dikongsikan secara meluasmelalui internet. Saya telah melihatpelbagai video yang diposkan olehpenduduk dari sana melalui YouTubedan dikongsikan berulang kali me-lalui Facebook dan Twitter.

    Ada video yang menunjukkanlaluan meteor (freball) yang sungguhterang di langit, ada pula video yangmenunjukkan hanya cahaya yang

    sungguh terang yang menyebabkanbayang yang bergerak (untuk mem-bandingkan ia lebih terang dari ma-tahari), ada juga yang menunjukkan

    video yang nampak laluan asap di

    langit malah ada juga yang menunjukkan video dari CCTV pejabat yang manamereka bersembunyi di bawah meja dan kemudian cermin tingkap pecah de-ngan tiba-tiba.

    Malah terdapat satu persoalan yang diperkatakan kenapa kereta di Rusiamempunyai car cam(soalan ini saya tidak akan jadikan isu di dalam artikel ini).Saya juga sering ditanya melalui media sosial tentang perbezaan tahi bintang,meteor dan bagaimana pula dengan meteorit? Habis tu apa pula dengan aste-

    roid? Hujan meteor tu apa pula? Istilah yang pelbagai ini harus dirungkaikanseperti yang terdapat di dalam jadual yang berikut:

    Objek Denisi

    Asteroid Batu-batu besar yang kebanyakannya terletak di antaraorbit planet Marikh dan Musytari

    Meteoroid Batu-batu kecil yang terdapat di angkasa lepas

    Meteor Batu-batu kecil yang jatuh ke Bumi dan kemudian berge-sel dengan molekul di atmosfera dan menghasilkan ca-haya

    Meteorit Batu-batu kecil yang jatuh dari angkasa dan sampai kepermukaan Bumi

    Saya juga sering ditanya soalan berkenaan dengan hujan meteor dan adakahhujan meteor itu dimaksudkan sebagai meteor yang membawa air? Saya juga

    Meteor, Planetariandan Masyarakat

    Ismandy Ali

    Aktiviti interaktif sains didedahkan kepada pelajar untuk menarik minat pelajar dalam bidang sains.

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    9/20

    Oktober 2012 - Mac 20139

    sering menyatakan bahawa ia tiadakaitan dengan air hujan dan itu hanyamerupakan satu istilah yang merujukkepada ada banyak meteor yang ber-laku pada selang masa yang pendek.

    Soalan yang sering ditanya adalah,

    jika saya dapat melihat meteor adakahitu bermaksud saya dapat mengambilbatu tersebut? Soalan tersebut me-mang nampak logik untuk ditanya danmungkin sesuai untuk dijadikan se-bagai salah satu dari FAQ (Frequently

    Ask Question) untuk Aku & Bintangpada masa akan datang.

    Cerapan awamSaya seronok dengan pelbagai

    soalan dari orang awam berkenaandengan soalan yang beralu-talu sep-

    erti itu. Kebanyakan soalan tersebutselalu ditanya kepada saya khususnyasemasa kami mengadakan jerayawaradi sekolah dan juga mengadakan pro-gram seumpamanya di tempat awamdi beberapa buah bandar dan pekankecil di Sarawak.

    Saya pernah ditarik tangan olehseorang pakcik di pekan Daro baru-baru yang begitu teruja untuk menun-jukkan kepada saya sebuah bintangyang tidak berkelip (sebenarnya planetZuhal) dan memberitahu saya apayang dia lihat dari kecil itu sebenarnyaadalah sebuah satelit. Malah beliaujuga dengan panjang lebar menceri-takan sebuah bintang yang bolehbergerak dan menyatakan itu adalahtahi bintang yang tiada ekor. Keper-cayaan beliau yang sudah berpuluh ta-hun ini menunjukkan kegagalan pen-didik astronomi seperti kami untukmengadakan program yang berimpaktinggi kepada masyarakat.

    Saya masih teringat pada suatu ke-tika dahulu semasa cerapan awam diSK Mukah pada tahun 2011 di manaseorang ibu pernah bertanyakan ke-pada saya kenapa tidak mengadakanlebih banyak program sebegini kepadamasyarakat. Malah beliau tertanya-tanya kenapa kami tidak mengada-kan aktiviti serupa semasa Pesta Kaul(Pesta tahunan kaum Melanau di Ba-hagian Mukah) sebagai contoh.

    Saya sungguh terharu dengan ke-nyataan beliau bahawa dia hendakmenjadikan anaknya celik astronomiseperti encik, dan mesti sesuatuyang amat jarang berlaku, tambahnya

    lagi.Apa yang cuba saya hendak sam-

    paikan di sini adalah sains harus nam-pak mesra dan tidak rumit serta seba-hagian dari masyarakat dan walaupunia nampak fokus kepada pelajar seko-lah, ia juga harus menjadikan penyer-taan ibu-bapa (baca: orang ramai) se-

    bagai pemangkin kepada pe-nyertaanpelajar.Sains dan masyarakatPakcik yang berumur pertengahan

    50-an dan seorang ibu yang saya jum-pa semasa cerapan itu saya percayaadalah beberapa petunjuk bagaimanamasyarakat kita sebenarnya minatakan astronomi (baca: sains) dan dariitu kita harus mengadakan lebih ba-nyak program di bandar dan perkam-pungan di serata negeri.

    Hidangan majlis seperti men-datangkan artis popular, pertandingankaraoke dan aktiviti sukan kampungtidak semestinya harus menjadi pili-han sekiranya aktiviti untuk masyara-

    kat diadakan di kawasan luar bandardan pekan kecil.

    Mungkin kita harus menitikbe-ratkan aktiviti saintik selain daripadaaktiviti yang biasa diadakan. Mungkinjuga kita harus mengadakan lebih ban-yak aktiviti interaktif sains seperti re-mote controlled plane/boat, pertandingan

    roket multi-peringkat dan popularkanaktiviti masyarakat setempat denganmenerangkan konsep sains di seba-liknya atau paling kurang pun mena-makannya dengan nama sains.

    Jika kita lihat di dalam kalendar ta-hunan, pelbagai program telah diada-kan di beberapa kawasan di pelosokSarawak dan kebanyakannya agakberulang seperti memancing dan bolasepak.

    Adakah ini bermaksud untuk

    mempopularkan sains ke seluruh pe-losok masyarakat, sebuah badan kera-jaan yang menggalakkan dan meng-koordinasikan aktiviti sains ke akarumbi harus ditubuhkan?

    Soalan daripada orang ramai ketika diadakan jerayawara astronomi.

    Penglibatan orang ramai dalam aktiviti yang berkaitan dengan sains dan as-tronomi.

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    10/20

    Oktober 2012 - Mac 2013 10www.planetarium-sarawak.org

    5

    Perkhemahan

    1 2

    3 4

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    11/20

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    12/20

    Oktober 2012 - Mac 2013 12www.planetarium-sarawak.org

    Faliq AsyrafMesir

    Mesir dan piramid adalah duaperkara yang tidak mam-pu dipisahkan, bahkan ia

    merupakan tinggalan sejarah yangtertua di dalam 7 perkara ajaib duniapurba. Alhamdulillah, penulis sertakeluarga telah diberikan peluang un-tuk melawat tempat yang penuh ber-sejarah ini.

    Piramid giza ataupun piramid RajaKhufu, adalah piramid yang terbesardi dunia dengan ketinggian 138.8 me-

    ter setelah mengalami hakisan. Ber-hampiran dengannya adalah dua lagipiramid yang lebih kecil berbandingpiramid Raja Khofu, dan tiga piramidkecil khas untuk puteri-puteri Firaun,

    Piramid Giza: Misteri Di SebalikBuruj Orion

    gelaran bagi raja yang memerintahpada masa tersebut. Di Mesir sahaja,terdapat lebih dari seratus piramidyang berlainan saiz.

    Pelbagai teori dikemukakn olehpara pengkaji sejarah tentang pembi-naan piramid. Ada yang mengatakanbahawa piramid ini telah dibina olehhamba-hamba Firaun dengan carapaksaan. Namun, orang tempatanberpendapat bahawa piramid ini dibi-na bukan atas paksaan dan kekerasan,malah dengan penuh rasa cinta danrasa ingin berkhidmat kepada Firaunyang juga dianggap tuhan merekapada ketika itu. Ini dibuktikan dengan

    hasil binaan piramid yang sungguhteliti, ukiran yang indah, menunjuk-kan bahawa mereka membina piramiddengan jiwa mereka, atas kemahuan

    dan kehendak mereka sendiri.Diceritakan bahawa Firaun ini

    memiliki keistimewaan yang luar biasaantaranya, beliau tidak pernah jatuh

    sakit. Tidak hairanlah, dengan keis-timewaan tersebut dan kemampuanmembina binaan besar seperti piramidpada zaman tersebut, beliau mengge-lar dirinya sebagai tuhan. Namun, parailmuwan dan pengkaji sejarah masihlagi berbeza pendapat mengenai Fi-raun yang hidup pada zaman NabiMusa Alaihissalam, di mana Firauntelah ditenggelamkan bersama balatenteranya ketika mengejar Nabi Musa

    Alaihissalam seperti yang diceritakan

    dalam kitab suci Al-Quran.Apa yang lebih menarik, piramid

    ini juga dikatakan mempunyai kaitandengan ilmu astronomi. Ramai ilmu-

    Penulis bersama keluarga berlatarbelakangkan Piramid Giza.

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    13/20

    Oktober 2012 - Mac 201313

    wan serta para saintis bersetuju ba-hawa pembinaan piramid ini adalahberdasarkan kedudukan bintang dilangit. Robert Bauval dalam bukunyaThe Orion Mystery menceritakanbahawa piramid ini bukanlah sekadar

    tempat jasad Firaun serta peralatanyang digunakan semasa hidupnya dis-emadikan, bahkan ia dibina berdasar-kan kedudukan bintang pada burujorion. Setelah menghabiskan sepuluhtahun mengkaji tentang kedudukanbintang di langit pada zaman piramiddibina, ternyata bahawa tiga piramidyang dibina menepati susunan bintangorions belt iaitu Mintaka, Alnilam,dan Alnitak.

    Sungai Nil yang mengalir berham-

    piran dengannya pula selari dengankedudukan garisan Milky Way atauBima Sakti. Manakala binaan besarseperti singa, yang berhampiran de-ngan piramid, digelar dengan namasphinx, menghadap ke arah burujLeo atau singa pada zaman tersebut.

    Walaupun tidak dijelaskan secara ter-perinci dalam manuskrip tamadunmesir purba kaitan antara piramiddan kedudukan objek astronomi pada

    waktu tersebut, namun dengan pene-muan-penemuan baru, semakin jelasbahawa pembinaan piramid mem-punyai kaitan yang kuat dengan ilmuastronomi. Ini membuktikan juga ba-hawa masyarakat yang hidup pada za-man tersebut mempelajari serta mem-praktikkan cabang ilmu astronomidalam kehidupan mereka.

    Sungguhpun, lawatan ke piramidini bukanlah bererti penulis memu-liakan Firaun, namun sekadar untukmengambil pengajaran bahawa sekuatdan setinggi mana pun sesebuahtamadun atau kerajaan itu, ia hanyalahsuatu yang sementara, pasti akan adapenghujungnya dan bahawa sekuatmanapun raja, hingga mengatakan

    dirinya adalah tuhan, dia tetap seorang

    manusia, akan mati, sama seperti tum-buhan, haiwan serta makhluk yanglain, sedang tuhan yang sebenarnya,tidak akan ada penghujung, tidak se-perti makhluk, penuh dengan sifatkesempurnaan, kekal abadi selamanya.

    Moga perkongsian kali ini ber-manfaat buat para pembaca setia ma-jalah Aku Dan Bintang. Salam perke-

    nalan buat semua.

    Kedudukan piramid menyerupai susunan bintang pada Orions belt.

    Kedudukan Sungai Nil yang selari dengan garisan Bima Sakti.

    Kedudukan Sphinx menghadap BurujLeo pada masa tersebut.

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    14/20

    Oktober 2012 - Mac 2013 14www.planetarium-sarawak.org

    Dark Sky

    Pemandangan Galaksi Bima Sakti digurun Bardenas, Spanyol.Sumber: Stock Photo

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    15/20

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    16/20

    Oktober 2012 - Mac 2013 16www.planetarium-sarawak.org

    Digiscoping adalah aktivitialternatif kepada DSLR/telefoto melalui peng-

    gabungan kanta. Penggunaan kameratelefon mudah alih untuk mengambilgambar melalui kanta mata teleskopadalah lebih mudah dan murah dalamkategori astropengimejan.

    Baru-baru ini, ahli-ahli astronomi

    amatur telah mendapati bahawa me-reka boleh memperoleh hasil imejmatahari, bulan, dan planet-planetlain yang terbaik hanya melalui telefonmudah alih dengan digiscoping.

    Kedudukan pada CCD astro-pengimejan pada telefon mudah alihadalah ketetapan sweetspot ber-hampiran kanta mata diperlukan un-tuk mengelakkan vignette atau pusatluar sesuatu imej. Ia adalah tugasanyang memerlukan kesabaran yang

    tinggi dan kerja tangan yang sangatmantap.

    Bagi yang mahir dalam mengenda-likan peralatan-peralatan kamera digi-

    tal dalam mencapai kedudukan yangtepat pada penyambungan kanta mata

    bolehlah membina satu daripadanyamelalui telefon mudah alih.

    Jika anda belum mencuba digi-scoping telefon mudah alih, mulakandengan shot pada siang hari. Lakukaneksperimen dengan teleskop pelbagaikanta mata untuk melihat penyatuanyang mana satu akan mendapat hasilyang terbaik. Dengan mengambil imejkecerahan bulan pada sasaran (ter-utamanya bulan penuh berdekatan),anda bolehlah mencuba pengimejan

    bulan hanya selepas matahari terbe-nam semasa senja atau menggunakanturasan kanta mata lunar jika langit ke-lihatan sudah gelap.

    Jangan berputus asa jika andamendapat hasil imej yang kurangmemuaskan, cuba lagi sehingga andaberpuas hati dengan imej yang dihasil-kan. Satu lagi perkara yang menariktentang digiscoping telefon mudahalih adalah anda boleh menangkapimej dan dengan penyambungan ketelefon mudah alih kini anda bolehberkongsi pengalaman dengan rakan-rakan dan keluarga melalui media so-sial sahaja seperti e-mel, Facebook,

    YouTube, Twitter, atau dalam masasebenar pada panggilan persidangan

    video dengan segera berkaitan ang-kasa tanpa menunggu terlalu lama.

    Anda juga tidak perlu berbe-lanja lebih dengan membeli semuaperalatan astrofotogra yang berkostinggi. Ia adalah tanpa penyambungankepada komputer juga tanpa menggu-nakan wayar.

    Digiscoping adalah mudah, cepatdan tidak merumitkan bagi semuapemburu, pemerhati burung, dan yangberminat untuk menangkap gambar

    yang berkualiti tinggi dan video hanyadari telefon mudah alih mereka.

    Astrofotogra Melalui CellphoneDigiscoping

    Telefon pintar yang dilekatkan dengan teleskop.

    Salah satu imej bulan yang diambildengan menggunakan telefon pintardigiscoping.

    Asfahanim Bujang

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    17/20

    Oktober 2012 - Mac 201317

    Kemajuan negara masa kiniadalah merujuk kepada in-tipati ilmu pengetahuan

    dalam bidang astronomi dan sainsangkasa.

    Bidang astronomi merupakansatu bidang yang sangat menarik danpenting dalam keperluan seharian.Kewujudan para penyelidik dan sain-tis muda lahir daripada kalangan parapelajar dalam bidang sains angkasa se-

    cara tidak langsung dapat membang-unkan teknologi astronomi di dalamnegara, sekaligus memastikan negaraberkembang seiring dengan negaramaju yang lain.

    Sejajar dengan itu, pihak Planeta-rium Sultan Iskandar, berpendapatpertandingan seperti Astrokuiz iniamat penting untuk menarik minatorang ramai khususnya golongan pela-jar untuk mendalami ilmu astronomi.

    Pertandingan Astrokuiz mula di-

    perkenalkan pada tahun 2006 dengangolongan sasaran adalah dari kala-ngan para pelajar sekolah menengah(Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) dania telah mendapat sambutan yang be-

    gitu hangat daripada sekolah-sekolahdi sekitar bandar raya Kuching.

    Selepas menghilang beberapa ke-tika, PSI telah mengambil langkahuntuk memperluaskan pertandinganini kepada setiap sekolah di seluruhnegeri Sarawak.

    Anjuran bersama-sama Persa-tuan Astronomi Sarawak juga telahmendapat sokongan dan kerjasamadaripada Jabatan Pelajaran Negeri Sa-rawak dan Planetarium Negara.

    Berdasarkan pemilihan pesertapula, pihak PSI akan memilih peserta

    yang paling layak bagi mewakili ba-hagian masing-masing untuk ke per-tandingan Astrokuiz bagi peringkatkebangsaan. Tahap pemilihan pesertayang akan diadakan iaitu:

    Tahap 1: Ujian Saringan diadakandi sekolah menengah yang berminat diseluruh Sarawak.

    Tahap 2: Setiap sekolah bolehmenghantar lebih dari satu kumpulantetapi hanya yang terbaik dari setiapzon akan dipilih ke peringkat akhir diKuching.

    Objektif utama pertandingan inidiadakan adalah untuk menguji tahappengetahuan pelajar sekolah khusus-

    nya dalam bidang astronomi.Pelbagai kategori akan dipertan-

    dingkan iaitu kategori Sejarah dan To-koh Astronomi, Sistem Suria, Bintangdan Buruj, Falsafah, Teknologi As-tronomi, dan Pengetahuan Am. Per-tandingan ini bukan sahaja dapat me-narik minat pelajar untuk mempelajaribidang astronomi malah juga dapatmemupuk serta mengeratkan lagihubungan silaturrahim antara pesertayang menyertai pertandingan ini.

    Pertandingan ini juga diadakanbertujuan untuk mendedahkan ke-

    pada orang ramai betapa pentingnyailmu astronomi serta memberi pelu-ang kepada pelajar dari seluruh negeriuntuk menyertainya.

    Sebelum ini ia hanya tertumpu dibeberapa buah sekolah yang berham-piran bandar Kuching.

    Penyertaan pertandingan ini akanadalah terbuka kepada setiap zon bagimembolehkan semua pelajar dari ka-

    wasan luar bandar Kuching turutsama menyertai pertandingan ini.

    Sejajar dengan itu, ia merupakansalah satu usaha kerajaan untuk mem-bangunkan kawasan luar bandar darisegi teknologi dan pengetahuan sains.

    Sempena 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam MalaysiaASTROKUIZ PERINGKAT NEGERI SARAWAK

    Jenau Adam

    Peserta Astrokuiz pada 2007.

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    18/20

    Oktober 2012 - Mac 2013 18www.planetarium-sarawak.org

    Statistik menunjukkan 70 peratusdaripada jumlah pengunjung adalahmurid-murid sekolah dan mereka

    merupakan penyumbang utama kepadakehadiran pelawat ke Pusat Pembelaja-ran Sains Angkasa Pertama Negara, Pla-netarium Sultan Iskandar Kuching sejakpenubuhan pada 19 Januari 1989.

    Statistik pelawat tersebut hasil soko-ngan interaktif aktiviti sains mula diperke-

    nalkan pada tahun 2006 yang selari dengansilibus modul pengisian pembelajaran sub-jek Sains, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Pasca tayangan interaktif aktiviti sainsberkaitan astronomi dan sains angkasaadalah berdasarkan cadangan kesesuaiandan diilhamkan daripada rujukan yang di-tulis dari dalam dan luar negara. Selain itu,ia juga hasil kreativiti kakitangan PSI, Sah-abat Astronomi dan Persatuan AstronomiSarawak (SAS).

    Justeru, pihak PSI dengan kerjasamaPersatuan Astronomi Sarawak telah mem-

    buat kajian pendek model mental untukmenyelami minda dan tanggapan murid-murid terhadap perkara asas iaitu bentukmuka bumi dan konsep graviti.

    Lagipun, kajian pendek model men-tal berkaitan persepsi terhadap konsep inibelum pernah diadakan sejak penubuhanPSI.

    Ini sekaligus menjadi pemangkinproses berterusan memperbaiki programpendidikan astronomi tidak formal di Sar-awak.

    Tambahan pula, data yang diperolehimelalui kajian pendek model mental inibukan sahaja boleh menaik taraf aktivitianjuran PSI dan SAS, selain ia menyahutcabaran salah satu objektif Agenda SosialNegeri dalam meningkatkan pendidikandan pembangunan kemahiran, menguat-kan strategi baru rakyat serta menjanakeyakinan masyarakat di Sarawak dalammenghadapi kehidupan dunia era globa-lisasi.

    Kajian model mental berkenaan de-ngan konsep bumi bulat dan graviti inisebenarnya telah dilakukan di negara Baratoleh para penyelidik semenjak pertengah-an 70-an lagi. Kenyataan ini disokong olehpenyelidik seperti Agan & Sneider (2004)dan beberapa kajian telah dibuat me-ngenai modul mental dan kaedah-kaedah

    Kajian Pendek Model Mental KonsepBentuk Bumi dan Tarikan Graviti

    pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Ia turut memberikan signikasi kepada

    kanak-kanak tentang salah faham berkai-tan konsep bentuk bumi dan kesan-kesangraviti termasuklah penyebab dan pene-rangan kepada fenomena astronomi asasseperti siang dan malam, kejadian musim,fasa-fasa bulan dan bintang.

    Para penyelidik sebelum ini sepertiZurida dan Mohd. Zaaba 2001; Dun-lop 1999; Sharp 1996; Vosnidau 1991;Baxter 1989; Nussbaum 1979; Mali &Howe 1979; Nussbaum & Novak 1976,mendapati penemuan tentang salah fahammengenai ilmu astronomi dilaporkan telah

    didapati wujud dalam pelbagai peringkatumur kanak-kanak lagi.

    Penyelidik seperti Roslizah A. Samad(2006) pula mendapati bahawa konsepsiberkaitan salah faham mengenai fenom-ena-fenomena seharian atau fenomena-fenomena astronomi yang asas seperti ke-jadian siang dan malam, gerhana matahari,fasa-fasa bulan, kejadian musim dan ben-tuk bumi dibuktikan sukar diubah.

    Malah beliau mendapati bahawa salahfaham berkaitan persepsi dan konsep iniakan turut memberi pelbagai implikasi

    sekaligus akan mengganggu proses pem-belajaran dalam menghasilkan pengaja-ran yang berkesan dan bermakna kepadakanak-kanak di Malaysia.

    Kajian pendek model mental berke-naan dengan murid-murid sekolah di Sa-rawak ini telah melibatkan dua hipotesis.Hipotesis pertama adalah murid-muridkita mempunyai tanggapan model mentalbentuk Bumi dan tarikan graviti yang keti-nggalan berbanding dengan murid-muriddi luar negara seperti di negara Barat.Hipotesis kedua adalah terdapat per-

    bezaan tanggapan model mental bentukBumi dan tarikan graviti antara murid-murid di bandar dan murid-murid di ka-wasan luar bandar/pesisir bandar.

    Para penyelidik mendapati bahawahipotesis pertamaadalah betul dan ter-bukti melalui data-data yang diperolehsebagai penyokong pernyataan hipotesistersebut.

    Ternyata, kaedah kualitatif dalam pe-nyelidikan kajian pendek model mentalini telah berjaya memperoleh data yangdikehendaki dalam mencungkil dan meng-

    ukur tahap kefahaman serta pengetahuankonsep astronomi dan sains angkasa selainianya juga dapat menyokong silibus pem-belajaran dan pengajaran sains di sekolahterutamanya dalam kalangan murid-murid

    berumur 10 hingga 12 tahun di Sarawak.Bagi hipotesis kedua pula, para pe-

    nyelidik mendapati bahawa murid-muridsekolah di Sarawak sama ada di Bandarmahupun di luar bandar/pesisir bandartidak mempunyai perbezaan dari aspektanggapan model mental bentuk Bumi dantarikan graviti.

    Data yang diperoleh menunjukkanbahawa majoriti murid-murid sekolah diSarawak mempunyai tanggapan konsepyang salah tentang bumi adalah bulat danbukan berbentuk sfera, begitu juga denganpemahaman yang salah tentang konseptarikan graviti.

    Para penyelidik berjaya membuktikanperyataan ini melalui kaedah soal jawabdi samping demonstrasi pendidikan sertapemantauan dalam program jerayawara kesekolah-sekolah.

    Hasil data para penyelidik melalui kaji-an pendek model mental ini membuktikanhipotesis pertama ini boleh dibuat perban-dingan dengan capaian-capaian pelbagaisumber penulisan sebelum ini dari jurnalAstronomy Education Review di http://aer.aas.org. Untuk hipotesis kedua pula, peratusanpelajar di kawasan luar bandar atau pesisir

    bandar dengan kawasan bandar pula akandibandingkan.

    Justeru itu, perbandingan peratusanpra-ujiandenganpasca-ujianakan dikira ber-dasarkan statistik dan nilai tersebut akandiambil kira sebagai peratusan perolehan(gain) hasil daripada aktiviti yang dijalan-kan. Sekiranya peratus perolehan itu

    adalah rendah iaitu kurang dari 40 peratus,ini bermakna aktiviti tersebut harus dibaikisama ada dari segi alat bantu mengajaratau pendekatan. Manakala, hasil daripadapemantauan (bahagian pertama)semasa pe-

    Carta Pai (0.1): Taburan perbandi-ngan tahap ketepatan & kefahaman4 Soalan Utama Terpilih oleh respon-den (murid sekolah kebangsaan)dalam bandar terhadap tanggapanmodel mental konsep bentuk Bumi &tarikan graviti.

    Jenau Adam

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    19/20

    Oktober 2012 - Mac 201319

    nyelidikan melalui kajian pendek modelmental ini mendapati bahawa para respon-den secara rawak adalah kurang daripada40 peratus ketepatan tentang tanggapanmodel mental dari aspek reeksi dan mak-

    lum balas serta tindak balas terhadap kon-sep bentuk Bumi dan tarikan graviti.

    Kesimpulan kajian pendek modelmental ini yang dijalankan menerusi Jela-jah Program Jerayawara Sahabat Astrono-mi selain menyokong silibus subjek Sainsdi sekolah, ia juga membantu memotivasidan mendedahkan para murid di sekolahbandar dan sekolah luar bandar terhadapreeksi dan maklum balas serta tindakbalas yang tepat tentang konsep bentukBumi & tarikan graviti. Berdasarkan kajianini, kami setuju apa yang disarankan oleh

    Agan & Sneider (2004), bahawa kajianpendek model mental berkaitan persepsidan konsep ini menyokong pemahamankanak-kanak tentang konsepsi bentukBumi dan graviti.

    Ia amat penting untuk pembangu-nan konseptual astronomi seterusnyapendekatan pengarahan yang bertepatanatau bersesuaian tahap perkembanganpelajar atau kanak-kanak dalam mengua-sai penuh asas konsepsi berkaitan bentukbumi dan graviti.

    Rujukan Bailey, J.M. and Slater, T. F. (2004) A

    Review of Astronomy Education Re-search. The Astronomy Education Review,2, 20-45.

    Marc S. Cohen 2008, Introduction toAristotle, Department of Philosophy,University of Waashington, dicapai 16Januari 2011, dari http://faculty.wash-ington.edu/smcohen/433/arintro.htm

    Vasilios Siris 2001, Index of AncientGreek Philosophers-scientists, di ca-pai 6 Januari 2011 dari http://www.

    ics.forth.gr/~vsiris/ancient_greeks/presocratics.html Agan, L. and Sneider, C. (2004). Learn-

    ing About the Earths Shape and Grav-ity: A Guide for Teachers and Curricu-

    Carta Pai (0.2): Taburan perbandi-ngan tahap ketepatan & kefahaman4 Soalan Utama Terpilih oleh

    respon-den (murid sekolah kebangsaan)di luar bandar terhadap tanggapanmodel mental konsep bentuk Bumi &tarikan graviti.

    Carta Garis (0.1): Taburan tahap ketepatan menjawab 4 Soalan Utama Terpiliholeh responden (murid) seramai 838/858 orangbagi bersekolah dan dikategori-kan sebagai Sekolah Kebangsaan di bandar.

    Carta Garis (0.2): Taburan tahap ketepatan menjawab 4 Soalan Utama Terpiliholeh responden (murid) seramai 790/817orangbagi bersekolah dan dikategorisebagai Sekolah Kebangsaan di luar bandar/pesisir bandar.

    Carta Garis (0.3): Taburan perbandingan tahap ketepatan dan kefahaman 4 So-alan Utama Terpilih oleh responden (murid) terhadap tanggapan model mentalkonsep bentuk Bumi dan tarikan graviti di antara Sekolah Kebangsaan di ban-dar dengan Sekolah Kebangsaan di luar bandar/pesisir bandar.

    lum Developers. The Astronomy Educa-tion Review, 2, 90-117.

    Dick, B. 2003, What Is Action Re-search? Dicapai Januari 5 2011 darihttp://www.scu.edu.au/schools/gcm/ar/whatisar.html

    Agan, L.,& Sneider, C.(2004). The As-sociation of Universities for Researchin Astronomy. In Learning About theEarths Shape and Gravity; A Guide

    for Teachers and Curriculum Devlop-ers. The Astronomy Education Review, 2:2:90-117.

    Roslizah, A.Samad.(2006). Salah FahamBeberapa Aspek Ilmu Falak dalam Pen-gajaran dan Pembelajaran. Diperolehipada 17hb Januari 2010, dari http://www.al-azim.com/masjid/seminar/falak2006/1.pdf.

  • 7/23/2019 Aku Dan Bintang Vol 13

    20/20

    Tayangan ini berbentuk dokumentari tentang se-suatu yang misteri di alam semesta yang sedangdikaji oleh para saintis di Amerika. Apakah yang

    anda tahu tentang kegelapan yang ada pada luar planetkita? Ingin mengetahui apakah sebenarnya kegelapanyang digelar Dark Matter tersebut? Saksikan tayanganini di PSI bagi membongkar persoalan misteri tersebut.

    T

    ayangan ini mengisahkan satu perjalanan yangakan membawa para penonton dari pandanganmikroskopik yang berkaitan dengan alam se-

    mesta. Perjalanan anda akan diiringi dengan muzik dangrak yang berbentuk 3 dimensi tentang kehidupan yangmerangkumi peranan DNA. Saksikan tayangan ini selan-jutnya di PSI.

    Tayangan ini mengisahkan pengembaraan bintang is-timewa yang mencari planet mengelilinginya. Sepan-jang perjalanannya, dia mempelajari pelbagai jenis-

    jenis bintang yang lain. Adakah bintang istimewa ini berjayamencari planet yang mengelilinginya? Saksikan tayanganpenuh kisah bintang istimewa ini di PSI.

    The Little StarThat Could

    Life:

    A Cosmic Story

    Dark Matter

    Tayangan 2013