aktiviti eq

13
Aktiviti 1 Tajuk Aktiviti : Emosi Saya Tempoh Masa : 60 minit Peralatan : Pelakat Emosi dan kertas model manusia. Objektif : Pada akhir aktiviti ini, peserta akan dapat : 1. Memahami emosi sendiri pada setiap situasi. 2. Memahami konsep kecerdasan emosi. Langkah-langkah : 1. Susun kerusi masing-masing dalam bentuk bulatan dan duduk. 2. Fasitator bertanya khabar dengan ahli-ahli kelompok. 3. Fasitator memulakan sesi dengan doa mengikut agama masing-masing. 4. Setiap ahli dibekalkan pelekat emosi (Lampiran A). 5. Fasitator menyenaraikan satu contoh emosi, contohnya gembira. 6. Ahli memilih gambar emosi dan melekatkannya pada bahagian X model manusia (Lampiran B). 7. Fasitator meminta ahli menuliskan satu situasi yang sama dengan emosi tersebut dalam bahagian Y model manusia. 8. Situasi yang ditulis haruslah berasal daripada pengalaman ahli sendiri. 9. Fasitator meminta penjelasan ringkas daripada hasil ahli. 10. Langkah 5-9 diulangi bagi emosi yang berbeza.

Upload: hasanul-isyraf

Post on 14-Jun-2015

313 views

Category:

Technology


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti eq

Aktiviti 1

Tajuk Aktiviti : Emosi Saya

Tempoh Masa : 60 minit

Peralatan : Pelakat Emosi dan kertas model manusia.

Objektif : Pada akhir aktiviti ini, peserta akan dapat :

1. Memahami emosi sendiri pada setiap situasi.

2. Memahami konsep kecerdasan emosi.

Langkah-langkah :

1. Susun kerusi masing-masing dalam bentuk bulatan dan duduk.

2. Fasitator bertanya khabar dengan ahli-ahli kelompok.

3. Fasitator memulakan sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.

4. Setiap ahli dibekalkan pelekat emosi (Lampiran A).

5. Fasitator menyenaraikan satu contoh emosi, contohnya gembira.

6. Ahli memilih gambar emosi dan melekatkannya pada bahagian X model

manusia (Lampiran B).

7. Fasitator meminta ahli menuliskan satu situasi yang sama dengan emosi

tersebut dalam bahagian Y model manusia.

8. Situasi yang ditulis haruslah berasal daripada pengalaman ahli sendiri.

9. Fasitator meminta penjelasan ringkas daripada hasil ahli.

10. Langkah 5-9 diulangi bagi emosi yang berbeza.

Page 2: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

2

11. Fasitator membuat rumusan tentang kecerdasan memahami emosi sendiri.

Keupayaan Otak manusia mentafsirkan setiap pemikiran dan

tindakan membolehkan kita mengenal pasti keadaan emosi. Kita secara

automatik mengetahui emosi kita apabila sedang marah, gembira, takut,

penat dan sebagainya.

Kebolehan memahami emosi sendiri adalah kebolehan asasi yang

bersifat natural. Agak pelik, apabila seseorang individu, tidak dapat

membezakan serta bertindak balas dengan situasi yang memerlukan

perubahan emosi berlaku.

12. Fasitator menutup sesi dengan ucapan terima kasih atas penyertaan dan

kerjasama yang diberikan.

13. Akhiri sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.

Falsafah :

Kebolehan memahami emosi sendiri adalah kebolehan asasi yang bersifat

natural.

Page 3: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

3

Lampiran A

Gembira

Derita

Terkejut

Malu

Gementar

Bingung

Puas Hati

Penat

Sedih

Takut

Risau

Marah

Page 4: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

4

Lampiran B

X X

Y Y

Page 5: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

5

Aktiviti 2

Tajuk Aktiviti : Mengendalikan Emosi

Tempoh Masa : 60 minit

Peralatan : Gambar situasi, LCD Projektor, Kertas A4

Objektif : Pada akhir aktiviti ini, peserta akan dapat :

1. Mengetahui teknik kebolehan mengendalikan emosi.

2. Memahami konsep kecerdasan emosi.

Langkah-langkah :

1. Susun kerusi masing-masing dalam bentuk bulatan dan duduk.

2. Fasilitator bertanya khabar dengan ahli-ahli kelompok.

3. Fasilitator memulakan sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.

4. Fasilitator membekalkan kertas A4 kepada setiap ahli.

5. Fasilitator menayangkan sekeping gambar (Lampiran A) dengan

menggunakan LCD projektor.

6. Fasilitator menanya soalan dan ahli diminta menulis jawapan pada kertas A4

yang disediakan.

a. Apakah perasaan emosi orang itu dalam gambar?

b. Apakah yang dapat membantunya berasa lebih selesa?

7. Fasitator meminta huraian ringkas daripada ahli.

8. Fasilitator ulangi langkah 5-7 dengan gambar yang seterusnya.

Page 6: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

6

9. Fasilitator menyenaraikan 10 cadangan mengendalikan emosi oleh Stephen

Covey mengikut kajian John Mayer (Lampiran B).

Catatan:

John Mayer (Universiti New Hampshire) dan Peter Salovey (Universiti

Harvard) merupakan ahli psikologi yang mula-mula sekali menggunakan

Istilah emotional intelligence pada tahun 1990.

10. Fasilitator menutup sesi dengan ucapan terima kasih atas penyertaan dan

kerjasama yang diberikan.

11. Akhiri sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.

Falsafah :

Kebolehan mengendalikan emosi, anak kunci kepada kecemerlangan sikap.

Page 7: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

7

Lampiran A

Situasi 1

Situasi 2

Page 8: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

8

Situasi 3

Situasi 4

Page 9: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

9

Lampiran B

Top Ten Suggestions

1. Become emotionally literate. Label your feelings, rather than labeling people or situations.

"I feel impatient." vs "This is ridiculous." I feel hurt and bitter". vs. "You are an insensitive jerk."

"I feel afraid." vs. "You are driving like a idiot."

2. Distinguish between thoughts and feelings.

Thoughts: I feel like...& I feel as if.... & I feel that

Feelings: I feel: (feeling word)

3. Take more responsibility for your feelings.

"I feel jealous." vs. "You are making me jealous."

4. Use your feelings to help them make decisions.

"How will I feel if I do this?" "How will I feel if I don't"

5. Show respect for other people's feelings.

Ask "How will you feel if I do this?" "How will you feel if I don't."

6. Feel energized, not angry. Use what others call "anger" to help feel energized to take productive action.

7. Validate other people's feelings. Show empathy, understanding, and acceptance of other people's feelings.

8. Practice getting a positive value from emotions.

Ask yourself: "How do I feel?" and "What would help me feel better?"

Ask others "How do you feel?" and "What would help you feel better?"

9. Don't advise, command, control, criticize, judge or lecture to others.

Instead, try to just listen with empathy and non-judgment.

10. Avoid people who invalidate you.

While this is not always possible, at least try to spend less time with them, or try not to let them have psychological power over you.

* First, thanks to Stephen Covey for the title idea. Second, these 10 habits are based on a mixture of my defintion of EQ and the more academic definition of emotional intelligence offered by John Mayer and his research colleagues.

Page 10: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

10

Aktiviti 3

Tajuk Aktiviti : Skrip Hidup

Tempoh Masa : 60 minit

Peralatan : Karung hitam, kertas A4

Objektif : Pada akhir aktiviti ini, peserta akan dapat :

1. Memahami kepentingan motivasi diri.

2. Memahami konsep kecerdasan emosi.

Langkah-langkah :

1. Susun kerusi masing-masing dalam bentuk bulatan dan duduk.

2. Fasilitator bertanya khabar dengan ahli-ahli kelompok.

3. Fasilitator memulakan sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.

4. Fasilitator meminta setiap ahli mengambil sekeping kertas perasaan

(Lampiran A).

5. Setiap ahli diminta mencipta sebuah skrip hidup yang berkaitan situasi

perasaan emosi yang dicabut.

6. Ahli diminta mencadangkan 1 cara bagaimana menyalurkan emosi yang

negetif atau 1 cara mengekalkan emosi yang positif mengikut cabutan

masing-masing.

7. Persembahan setiap ahli dan fasilitator meminta huraian yang ringkas jikalau

perlu.

Page 11: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

11

8. Fasilitator menerangkan kepentingan motivasi dalam pengurusan emosi.

Kepintaran emosi dapat ditingkatkan dengan mendorong diri sendiri

supaya membina emosi yang stabil dan seimbang. Walau pun ramai

daripada kita masih memerlukan pihak lain untuk memotivasikan diri

sendiri, namun amat penting bagi kita memiliki keyakinan diri untuk

berubah. Memilih sama ada hendak berubah ataupun tidak, terletak atas

diri sendiri. Orang lain hanya sekadar membantu mempertingkatkan

iltizam dan kemahuannya untuk berubah. Oleh itu, dalam konteks

kepintaran emosi, seseorang itu haruslah berusaha mendorong emosi

supaya lebih stabil dan seimbang dalam pelbagai keadaan dan situasi.

9. Fasilitator menutup sesi dengan ucapan terima kasih atas penyertaan dan

kerjasama yang diberikan.

10. Akhiri sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.

Falsafah :

Motivasi pendorong emosi seimbang dan stabil.

Page 12: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

12

Lampiran A

1. 2. 3.

4. 5.

6.

7. 8. 9.

10. 11. 12.

13. 14. 15.

Marah Gementar Benci

Khuatir Gembira Susah hati

Tak Sabar Gagal Dilupakan

Bangga Takut Sunyi

Cemburu Terkejut Puas hati

Page 13: Aktiviti eq

Aktiviti Kecerdasan Emosi

13

16.

17.

18.

19.

20. 21.

22. 23. 24.

Kecewa Kritik diri Bosan

Malu Lega hati Sakit

Murung Stress Bahagia