buletinjps.penang.gov.my/images/buletin/presentation1.pdfaktiviti –aktiviti berkumpulan yang...

23
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang Paras 55, KOMTAR, 10000,Penang, Pulau Pinang, Malaysia BULETIN RENCAH MUTIARA MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN (JT), JPS PULAU PINANG HARI KELUARGA JPS DTL 2018 PROGRAM KECERDASAN JPS SPS BIL 4/2018

Upload: others

Post on 13-Jan-2020

47 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

Paras 55, KOMTAR, 10000,Penang, Pulau Pinang, Malaysia

BULETIN

RENCAH MUTIARA

MESYUARAT JAWATANKUASA

TINDAKAN (JT), JPS PULAU

PINANG HARI KELUARGA

JPS DTL 2018

PROGRAM

KECERDASAN

JPS SPS

BIL 4/2018

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Pada 26 Oktober 2018 (Jumaat), Bahagian Khidmat Pengurusan,

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP) telah

menganjurkan Ceramah : Bicara Eksklusif “Tangisan Saudara Islam,

Saudarakah Kita?” bertempat di Bilik Mesyuarat, JPSPP KOMTAR.

Bicara Ekslusif ini telah disampaikan oleh Ustaz Budiyanto bin

Unggun (Pengurus Cawangan Aman Palestin, Cawangan Pulau

Pinang.

Ceramah ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang

sifat berperikemanusiaan sesama manusia dan sensitiviti terhadap

isu semasa.

BICARA EKSKLUSIF

“TANGISAN SAUDARA ISLAM,

SAUDARAKAH KITA?”

Penyampaian cenderahati oleh

Ir. Saari bin Abdullah, Timbalan

Pengarah, Bahagian Pengairan Dan

Saliran

Penghayatan yang penuh khusyuk

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PROGRAM BICARA ILMIAH : INTEGRITI

DIKALANGAN PENJAWAT AWAM

Integriti secara umumnya adalah kualiti unggul yang wujud secara

keseluruhan dan padu pada individu dan sesebuah organisasi. Isu

integriti berkait rapat dengan isu etika dan nilai-nilai murni dalam diri

seseorang dan sesebuah organisasi.

Integriti penjawat awam pula merujuk kepada apabila seseorang

menjawat apa-apa sahaja jawatan yang diamanahkan dalam

perkhidmatan kerajaan, penjawat awam terbabit perlu bertindak

secara jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya,

telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh

kepada segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Apabila berlaku sesuatu konflik kepentingan, keutamaan haruslah

diberikan kepada kepentingan awam. Oleh itu, adalah penting bagi

semua penjawat awam melaksanakan segala tugas dan amanah

yang diberikan dengan sebaiknya supaya kepercayaan masyarakat

umum terhadap penjawat awam tidak terjejas sehingga boleh

mengganggu kestabilan dan keharmonian negara.

Pada 02 November 2018 (Jumaat), Bahagian

Khidmat Pengurusan Jabatan Pengairan Dan

Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP) telah

menganjurkan Program Bicara Ilmiah : Integriti

Dikalangan Penjawat Awam. Ceramah telah

disampaikan oleh Ustaz Safirol Iman bin Pisal,

Penghulu Kawasan Teluk Bahang.

BAHAGIAN KORPORAT

MESYUARAT JAWATANKUASA

TINDAKAN (JT), JPS PULAU PINANG

BIL 2/2018

Pada 10 Disember 2018 (Isnin), Bilik Mesyuarat Pejabat Lembangan

Sungai Muda.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memantau perkembangan

prestasi projek-projek pembangunan dan juga prestasi kewangan

yang dibelanjakan.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Pulau Pinang

dan ahli mesyuarat terdiri daripada semuga Ketua Bahagian dan

Jurutera-jurutera Daerah.

BAHAGIAN BSAH DAN ASET

LAWATAN AUDIT

KEMENTERIAN AIR,TANAH,DAN

SUMBER ASLI ( KATS )

27 November 2018 Lawatan Audit

Kementerian Air,Tanah

Dan Sumber Asli (KATS )

Ke stesen siren Lumba Kuda,

stesen siren Kampong Seronok

dan stesen Siren Sg.Pinang

Puan Norfaizah dan Mohd Shukri

Zakaria serta kakitangan BSAH turut

bersama-sama juruaudit semasa

membuat lawatan ke stesen-stesen

tersebut

BAHAGIAN BSAH DAN ASET

BENGKEL PENGENDALIAN DRONE

19 Disember 2018 Bengkel

Pengendalian Drone

bertempat di perkarangan JPSDBD.

Bengkel tersebut bermula seawal jam

10.00 pagi-4.00 petang.

Tenaga pengajar ada lah JD Hashim

sendiri.

Penggunaan Drone yang dikawal

secara automatik bagi tujuan

mengambil gambar kawasan.

Pengumpulan data melalui

penggunaan Drone juga dapat

memberi gambaran yang lebih jelas

sesuatu kedudukan dan

kawasan.Data-data ini penting untuk

proses penyediaan dan pengumpulan

data-data aset tetap JPSPP.

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Kursus Mualim Domestik < 500GT (Terhad)

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal (BPME) JPS

Pulau Pinang dengan kerjasama JPS Perlis ,JPS Kedah, JPS Perak

serta Jabatan Laut Kawasan Utara telah menganjurkan Kursus Mualim

Domestik <500 GT (Terhad).Kursus ini telah diadakan pada 3 hingga 6

Disember 2018 bertempat di Institut Pembangunan Modal Insan

(IPMI),Ipoh, Perak. Program yang dijalankan sepanjang emapat(4) hari

kursus adalah dua (2) hari bagi tempoh berkursus dan diikuti dengan

peperiksaan lisan selama dua (2) hari.

Aktiviti –aktiviti berkumpulan yang disertai

oleh peserta JPS Pulau Pinang.

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Objektif Kursus Mualim Domestik <500GT (Terhad) adalah

untuk mendapatkan lesen kad pelaut bagi mengendalikan

bot.JPS Pulau Pinang telah menghantar wakil-wakil bagi setiap

daerah bagi mengikuti program ini.Semua peserta dari JPS

Pulau Pinang yang menyertai kursus ini telah lulus dan layak

mendapatkan kad pelaut.

Taklimat berkenaan kursus disampaikan oleh

penceramah

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Pada 13 Oktober 2018 (Sabtu), telah diadakan sambutan Hari SukanNegara peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat Kompleks Sukan Negeridi Batu Uban, Pulau Pinang. Di dalam program tersebut, sebahagian wargaJPS Pulau Pinang telah mengambil bahagian seperti aktiviti senaman robikdan ceramah berkaitan kesihatan serta sukan.

Warga JPS Pulau Pinang yang turut serta

Ucapan perasmian oleh Ketua Menteri Pulau Pinang

Yeah dapat cabutan bertuah !!

Peserta diberikan sijil penyertaan

DAERAH TIMUR LAUT

HARI KELUARGA JPS DTL 2018

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut (JPSDTL) telah

menganjurkan Hari Keluarga pada 11 November 2018 (Ahad)

bertempat di Pusat Sukan Air Tanjung Bunga. Program ini telah

dihadiri lebih kurang 40 kakitangan JPS DTL Bersama suami, isteri

dan anak-anak kakitangan. Program ini turut dihadiri oleh Jurutera

Daerah iaitu Hajah Nortilawati Binti Haji Osman.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut

DAERAH TIMUR LAUT

TEAM BUILDING JPSDTL 2018

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut (JPSDTL) telah

menganjurkan Team Building JPSDTL 2018 pada 27 Disember 2018

(Khamis) bertempat di Escape Theme Park, Teluk Bahang.

Program ini telah dihadiri lebih kurang 15 kakitangan JPS DTL.

Antara tujuan program ini dianjurkan adalah bagi mewujudkan

kerjasama antara pasukan. Program ini turut dihadiri oleh Jurutera Daerah iaitu Hajah Nortilawati Binti Haji Osman

Sepanjang program berlangsung

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

TAKLIMAT SEBUTHARGA

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

PULAU PINANG BAGI TAHUN 2019

Pada 22 November 2018,bermula jam 9.00 pagi JPS Seberang Perai Selatan

bersama JPS Pulau Pinang telah mengadakan Taklimat Sebutharga Kerja-

kerja Penyelenggaraan Daerah Seberang Perai Selatan. Ucapan aluan dan

sedikit penerangan oleh Jurutera Daerah Seberang Perai Selatan, Mohd

Fadhil bin Ahmad dan Perbertangan Taklimat kerja oleh 3 Penolong Jurutera

Kawasan. Taklimat dihadiri seramai …………… kontraktor.

Ucapan Aluan oleh Jurutera

Daerah dan Taklimat oleh

Penolong Jurutera Daerah.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Sesi Pendaftaran dan Kehadiran Kontraktor.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

PROGRAM KECERDASAN JPS SPS

Satu Program telah dibuat oleh kakitangan Pejabat JPS SPS pada 28

Disember 2018 di Mega Lane Bowling Pacific, jam 5.30 petang. Progam

kecerdasan JPS SPS dengan Pertandingan Perlawanan bowling yang

telah diaturkan ini merupakan satu kaedah bagi sesi silaturahim bersama di

luar waktu berkerja dan mengurangkan stress diwaktu bekerja.

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan diantara kakitangan JPS SPS

dan dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan proaktif dalam perlaksanaan

kerja dimasa akan datang.

Ucapan PJD YB ( En Yazid Baharum ) / Champion JPS SPS

Selfie Dulu / Family JPS SPS

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

BENGKEL MYPORT FOLIO JPS

SEBERANG PERAI SELATAN

Satu Bengkel telah dilaksanakan oleh pihak pentadbiran JPS SPS

pada 19 Disember 2018 di Dewan Seminar, Rumah Pam JPS SPS, jam

8.30 pagi bagi memastikan setiap kakitangan Pejabat mempunyai Fail

Meja yang lengkap, mengikut SOP kerja dan bekerja dengan baik.

Penerangan dan Kaedah penyediakan diberi oleh Jurutera Daerah JPS

SPS, Mohd Fadhil bin Ahmad.

Bengkel yang memberi input yang bermanafaat kepada kakitangan

JPS dalam penggunaan IT dan perkongsian ilmu bersama dalam

perlaksanaan tugas mesikpun berada dipejabat atau kawasan.

JD @ Guru Besar @ Guru

Disiplin JPS SPS

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Tekun dalam menuntut ilmu/ berkongsi Ilmu # jangankedekut

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

KURSUS KESERONOKAN BEKERJA

Satu Kursus telah dibuat oleh pihak pentadbiran JPS SPS pada 29

November 2018 di Dewan Seminar, Rumah Pam JPS SPS jam 8.30 pagi

dengan Jemputan Penceramah Tuan Mohd Sufian bin Mohd Shadzaly,

Pegawai Psikologi dari Jabatan Penjara Pulau Pinang.

Sedikit perkongsian sebagai penjawat awam dan aktiviti berkumpulan

yang bermanafaat kepada kakitangan JPS SPS yang mengikuti kursus ini.

Tahniah diucapkan kepada kakitangan yang memberi komitmen dalam

kursus dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Mohd

Sufian atas ilmu yang diberikan.

Perkongsian Ilmu oleh Tuan

Mohd Sufian Bin Mohd

Shadzaly

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Aktiviti dalam kumpulan / Sesi bergambar bersama

DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

9.10.2018 - Telah diadakan PROGRAM BERSAMA PENGARAH DAN

WARGA JPS DAERAH SPT UNTUK PROGRAM MELAKSANAKAN

GOES GREEN JPSSPT. Program Goes Green JPS SPT ini diadakan

di Rumah Pam Seberang Jaya. Di dalam Program ini juga Tuan

Pengarah JPS Pulau Pinang telah merasmikan rumah Hijau Rumah

Pam Seberang Jaya. Program ini dihadiri oleh 40 orang Pegawai dan

kakitangan JPS SPT.

GOES GREEN JPSSPT

Tuan Pengarah JPS Pulau Pinang telah merasmikan Rumah Hijau RumahPam Seberang Jaya untuk Program Goes Green JPS SPT. Program ini juga dihadiri oleh lebih 40 orang kakitangan JPS SPT di Rumah Pam Seberang Jaya

DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Perasmian rumah Hijau Rumah Pam Seberang Jaya oleh Tuan Pengarah JPS Pulau Pinang untuk Program Goes Green JPS SPT

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Majlis tahlil dan ceramah agama

oleh Ustaz Fawwaz Mat Jan

Pada hari jumaat 12 Oktober 2018 telah diadakan majlis tahlil dan ceramah

agama oleh Ustaz Fawwaz Mat Jan di Pusat Kecemerlangan JPS SPU.

Ceramah ini telah dihadiri oleh kakitangan JPS SPU dan daerah-daerah

lain.

Ceramah agama yang sering diadakan di JPS SPU ini dapat meningkatkan

iman dan takwa di dalam hati dan dapat meningkatkan prestasi kerja

dikalangan kakitangan kerana kesedaran akan timbul bila kita sering

diingatkan didalam setiap ceramah yang sering dihadiri.

Ustaz Fawwaz sedang

menyampaikan ceramah

Tahlil untuk arwah yng meninggalkankita terlebih dahulu

Program hiking Bukit Tokun

Bersama JPS SPU

Pada hari sabtu 27 Oktober 2018 JPS SPU telah mengadakan program

hiking di Bukit Tokun, Bukit Mertajam. Seramai 20 orang peserta warga

JPS dan keluarga telah menyertainya. En Mohamad Fisol seorang kaki

hiking telah dijemput sebagai guide dalam program tersebut. Selain ketenangan yang diperolehi dengan pemandangan

kehijauan alam sekitar, aktiviti hiking ini bagus untuk otak dimanaianya dapat membantu anda mengurangkan masalah selalubermain difikiran.

Seronok dapat menamatkan

pendakian

Salah satu tempat menarik yang disinggahi

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA