akta pengambilan tanah

Upload: azcomp

Post on 30-Oct-2015

799 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN1.Pelbagai status tanah akan terlibat dengan cadangan pengambilan tanah bagi melaksanakan sesuatu projek pembangunan Kerajaan terutamanya yang melibatkan pengambilan jajaran (Linear acquisition) seperti Pembinaan Jalan/Lebuhraya, Pembaikan Sungai, Laluan Paip Air dan sebagainya. Status status tanah yang terlibat boleh diklasifikasikan seperti berikut:-

  • Tanah Milik tidak termasuk Tanah Milik Persekutuan.Tanah Milik Persekutuan Tanah Rizab Persekutuan Tanah Kerajaan (Di Wilayah Persekutuan dirujuk sebagai Tanah Persekutuan)Tanah Rizab (Dirizabkan dibawah Seksyen 62 KTN atau dirizabkan dibawah Undang undang Tanah Negeri terdahulu)Tanah Lombong danTanah Simpanan Hutan

    Semua tanah tanah ini perlu dijadikan Tanah Kerajaan melalui proses undang undang dan peraturan peraturanyang telah ditetapkan.

  • 2.Penyelesaian bagi setiap status tanah tanah tersebut adalah berbeza dan ianya perlu diproses mengikut prosedur dan peraturan peraturan seperti berikut:-

    Status Tanah Cara Penyelesaian

    i)Tanah Milik Diproses melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.

    ii)Tanah Milik PersekutuanPerlu dibuat pelepasan tanah mengikut Perkara 86 Perlembagaan Persekutuan dan kemudiannya diserah balikkepada kerajaan.

  • iii)Tanah Rizab Persekutuan Perlu dibuat pelepasan/ (yang diwartakan)perkembalian mengikutPerkara 85 Perlembagaanpersekutuan dan Kemudiannyadibatalkan perizapannya.

    iv)Tanah KerajaanMemohon kebenaran daripadadaripada Pihak Berkuasa Negeri(Di Wilayah Persekutuan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) untuk memasuki dan menggunakan tanah/kawasan yang terlibat.

  • v)Tanah Rizab Melalui pembatan rizab di bawahSeksyen 64 KTN.

    Tanah Lombong Diselesaikan melalui syarat syarat kelulusan melombong/rundingan.

    vii)Tanah Simpanan HutanDikeluarkan dari kawasan simpanan hutan mengikut peruntukan di bawah seksyen II Akta Perhutanan Negara 1984 dan diwartakan (Seksyen 13 Akta yang sama).

  • BORANG - BORANG

  • BORANG BORANG STATUTORI YANG DIGUNAKAN

    Borang A Seksyen 4 (Tanah 252)Borang B Seksyen 5 (Tanah 258)Borang C Seksyen 7 (Tanah 253)Borang D Seksyen 8 ( Tanah 254 Pin 1/78)Borang E Seksyen 10 (Tanah 255 Pin 1/82)Borang F Seksyen 11 (Tanah 259)Borang G Seksyen 14 (Tanah 260 Pin 2/82)Borang H Seksyen 16 (Tanah 256 Pin 1/82)Borang I Seksyen 19 (Tanah 261 Pin 1/78)Borang J Seksyen 20 (Tanah 262)Borang K Seksyen 22 (Tanah 263 Pin 1/78)Borang L Seksyen 24 (Tanah 264 Pin 2/86)Borang M Seksyen 36 (Tanah 267)Borang N Seksyen 38(1) (Tanah 268 Pin 2/82)Borang O Seksyen 38(5) (Tanah 269 Pin 1/78)Borang P Seksyen 43 (Tanah 270)Borang Q Seksyen 58

  • AKTA AKTA/PEKELILING YANG BERKAITAN

    Kanun Tanah Negara 1965Akta Hakmilik Strata 1985Kaedah kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995Enakmen Rizab MelayuAkta Penilai, Penaksir dan Agen Hartanah 1981Akta Pengambilan Tanah 1960Interpretation Acts 1948 and 1967Akta Syarikat 1965Akta Pertubuhan 1966Akta Koperasi Perlembagaan PersekutuanProbate And Administration Act 1959 (Act.97)Power of Attorney Ordinance 1949 and Wills Ordinance 1959Trustee Act 1949Limitation Act 1953Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 (Akta 98)Land (Group Settlement Areas) Act 1960Government Proceedings Act 1956Control of Rent Act 1966 Public Authorities Protection Act 1948Undang undang bertulis lain yang berkaitan

  • SEJARAH PERUNDANGAN

    Sebelum Wujudnya Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 34/60)(sekarang Akta486), tiap tiap negeri mempunyai undang undangnya sendiri untukmembolehkan tanah diambil balik oleh kerajaan bagi melaksanakan projek projek pembangunan. Pembangunan yang dimaksudkan ini adalah tertaklukkepada peruntukan peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (yang kemudian daripada ini disebut sebagai Akta )

    2. Tujuan Akta ini digubal ialah untuk :-

    i)Menyatukan semua undang undang yang terdahulu yang berkaitan dengan pengambilan tanah.ii)Pentaksiran pampasan daniii)Perkara perkara lain yang berkaitan dengannya

  • Mulai 13.10.1960 undang undang pengambilan tanah yang diguna pakai oleh negeri negeri berkenaan telah dimansuhkan dan Akta yang disatukan ini menjadi pengganti kepada undang undang yang digunakan sebelumnya. Berikutan dengan penggubalan Akta ini semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak menggunakan undang undang yang sama.

    PERUNDANGAN

    Pengambilan tanah adalah merupakan salah satu cara untuk memperolehi tanah dan pengambilan ini dibuat secara paksa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Oleh itu unsur pelucutkan hak telah timbul terhadap pemilik tanah untuk ianya terus menikmati penggunaan tanah yang dimilikinya. Walau bagaimanapun Perlembagaan Persekutuan telah melindungi hak terhadap harta dan penjelasan mengenainya adalah dirujuk kepada Perkara 13 yang berbunyi seperti berikut:-

    (1)Tiada seorang pun yang boleh dilucutkan hartanya melainkan mengikut undang undang.

  • (2) Tiada sesuatu undang undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta harta secara paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

    Tanah yang diambil di bawah Akta hendaklah dirujuk kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) kerana PBN sahajalah yang boleh mengambilnya. Kuasa mengambil tanah ini adalah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan (Jadual Kesembilan, senarai 11, Para 2(d)).

    Pihak yang boleh memohon pengambilan tanah adalah terdiri daripada :-i)Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi pihak Kementerian atau Jabatan Jabatan Persekutuan ;ii)Jabatan Negeri;iii) Perbadanan Negeri /Persekutuan atau iv)Orang Perseorangan atau badan persendirian

  • Permohonan Pengambilan tanah yang dibuat hendaklah menepati kehendak yang ditetapkan di bawah seksyan 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 iaitu melibatkan tujuan tujuan seperti berikut:-

    i)Untuk maksud awam ( Seksyen 3(1)(a));

    ii) Untuk apa apa maksud yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri memberi faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau sebahagian daripadanya atau kepada orang orang awam keseluruhan atau mana mana kumpulan orang orang awam (Seksyen 3(1)(b)) atau

    iii)Untuk maksud perlombongan atau perumahan, pertanian, perdagangan,perusahaan atau rekreasi atau mana mana kombinasi daripada maksud - maksud tersebut (Seksyen 3(1)(c).

  • Tanah yang boleh diambil adalah melibatkan tanah tanah seperti berikut :-i)Tanah milik kecuali tanah milik Kerajaan Persekutuan ii) Tanah yang dipegang di bawah hakmilik interim (dibawah NLC (Penang and Malacca Titles) Act 1963). iii)Tanah yang diduduki dengan harapan mendapatkan hakmilik iv)Tanah yang diduduki oleh kerana ada catatan dalam Daftar Pegangan dibawah Land (Group Settlement Area ) Act 1960.v) Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat.

    PROSEDUR PENGAMBILAN TANAH

    Carta aliran bagi menunjukkan prosedur pengambilan tanah adalah seperti di lampiran. Borang borang Statutori yang ditetapkan didalam Jadual Kedua Akta ini adalah digunakan untuk tujuan prosiding pengambilan tanah dan Borang Borang tersebut dikenali sebagai Borang A Borang Q.

  • PERUNTUKAN PERUNTUKAN YANG PERLU DIPATUHI.

    Notis Di bawah Seksyen 410.1Seksyen ini bertujuan supaya membolehkan pihak yang memohon untuk tanah diambil membuat kajian dan pemeriksaan tanah bagi menentukan kesesuaian tapak sebelum cadangan projek dapat dilaksanakan. Diperingkat ini kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu dan setelah diluluskan pemberitahuan melalui Borang A hendaklah disiarkan dalam Warta.

    10.2Pentadbir Tanah hendaklah memberikan notis awam bagi Borang A yang telah diwartakan mengikut peraturan peraturan yang ditetapkan di bawah seksyen 52 Akta ini. Pemberitahuan tersebut akan luput dan terhenti kuatkuasanya jika tidak diikuti dengan perisytiharan dalam Warta di bawah seksyen 8 dalam tempoh 12 bulan. Tempoh ini dikira dari tarikh perisytiharan warta di bawah seksyen 4.

  • 10.3Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan untuk diwartakan semula di bawah Seksyen 4 apabila tanah berkenaan masih lagi diperlukan bagi maksud yang dirujukkan di bawah Seksyen 3 Akta ini.

    11. Surat Kuasa Masuk Dan Mengukur Di bawah Seksyen 5.

    11.1Pengarah Negeri boleh dengan kebenaran bertulis dalam Borang B memberi kuasa secara am atau khusus kepada mana mana pegawai atau orang, bersama dengan kakitangan dan pekerja untuk memasuki mana mana tanah yang dinyatakan di dalam Pemberitahu Warta di bawah seksyen 4 bagi menjalankan kerja kerja yang ditetapkan di dalam Borang B.

    11.2 Orang orang yang diberi kuasa untuk memasuki tanah hendaklah mengemukakan surat kuasa masuk dan mengukur (Borang B) bersama sama salinan Warta yang berkaitan (Borang A) apabila diminta oleh penduduk di tanah berkenaan.

  • 11.3Orang orang yang diberi kuasa tidak boleh memasuki bangunan atau halaman tertutup atau taman rumah kediaman kecuali mendapat persetujuan daripada penduduk di tanah itu atau jika persetujuan tidak diperolehi, orang orang yang hendak memasuki tanah itu telah memberikan tiga(3) hari notis secara bertulis kepada penduduk itu tentang cadangannya untuk berbuat demikian. Bayaran Kerosakan Di bawah Seksyen 6 12.1 Ada tiga(3) keadaan penyelesaian pembayaran ini dibuat kepada penduduk yang terlibat iaitu :-

    12.1.1Orang orang yang diberi kuasa memasuki tanah membayar pampasan kerosakan kepada penduduk dengan secepat yang mungkin.12.1.2Sekiranya berlaku pertikaian terhadap pampasan yang dibayar, orang orang yang diberi kuasa hendaklah merujuk pertikaian itu kepada Pentadbir Tanah dengan segera untuk keputusannya. 12.1.3Penduduk boleh merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri apabila terkilan dengan keputusan yang telah dibuat oleh Pentadbir Tanah. Pada peringkat ini keputusan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah muktamad.

  • 13. PERISYTIHARAN DI BAWAH SEKSYEN 8

    13.1 Apabila tanah - tanah terlibat telah dikenal pasti, Pentadbir Tanah hendaklah menyedia dan mengemukakan perkara perkara seperti berikut kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk pertimbangan dan keputusan

    a)Pelan yang menunjukan tanah yang hendak diambil balik dan b)Senarai tanah yang terlibat dengan pengambilan, (Borang C).

    13.2 Tanah tanah yang telah diluluskan oleh PBN, hendaklah diisytiharkan dalam Warta melalui Borang D. Penwartaan ini akan luput dalam tempoh dua(2) tahun melainkan dalam tempoh itu perintah award di bawah seksyen 14 dibuat.

  • 13.3Apabila penwartaan telah luput peruntukan peruntukan Seksyen 35(2), (3) dan (4) hendaklah digunapakai dengan pengubahsuaian pengubahsuaian yang perlu.

    14.PERMULAAN PROSIDING DI BAWAH SEKSYEN 10

    14.1Tindakan tindakan seperti berikut hendaklah diambil sebelum prosiding pengambilan tanah dimulakan.

    a)Menandakan di atas tanah sempadan kawasan pengambilan tanah yang terlibat (Seksyen 9(1)(a) danb)Membuat catatan cadangan pengambilan tanah di dalam dokumen hakmilik daftar (DHD) (Seksyen 9(1)(b)c)Mendapatkan maklumat maklumat perancangan bagi tanah yang dijadualkan untuk tujuan penentuan pampasan (Seksyen 9A) (Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebutan Pengarah Perancang Bandar dan Desa dirujukkan sebagai Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur.

  • 14.2Setelah tindakan di bawah Seksyen 9 disempurnakan, notis awam bagi Borang E hendaklah dilakukan dengan menampalkannya di tempat tempat seperti berikut:-

    a)Di Pejabat Tanah yang berkenaan;b)Papan notis awam dalam Mukim atau pekan yang berkenaan danc)Tempat tempat lain di atas atau berdekatan dengan tanah yang berkenaan.

    14.3Tarikh siasatan ditetapkan melalui Borang E dan tarikhnya hendaklah selepas 21 hari dari tarikh notis awam.14.4Borang E hendaklah juga diserahkan kepada pihak pihak yang berikut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11(1) Akta ini.

    a)Penduduk yang menduduki di tanah berkenaan;b) Pemilik tanah berdaftar jika ianya bukan penduduk di tanah itu;

  • c)Mana mana orang yang mempunyai kepentingan berdaftar dand)Mana mana orang yang diketahui dan mempercayai ianya mempunyai kepentingan di atas tanah itu.

    14.5Penyerahan notis tersebut hendaklah mematuhi peraturan peraturan yang telah ditetapkan di bawah seksyen 53 Akta ini.

    15.SIASATAN PENGAMBILAN TANAH DI BAWAH SEKSYEN 12

    15.1Siasatan penuh hendaklah dilakukan untuk menentukan nilai tanah yang dijadualkan dan seterusnya Pentadbir Tanah hendaklah mentaksirkan amaun pampasan mengikut kriteria dan prinsip prinsip yang ditetapkan di dalam Jadual Pertama Akta ini. Maklumat maklumat lain seperti kepentingan pihak pihak yang menuntut pampasan dan bantahan terhadap keluasan tanah diambil (jika ada) oleh pihak pihak yang berkepentingan hendaklah diperolehi sebelum keputusan award dapat dibuat.

  • 15.2 Pentadbir Tanah boleh mendapatkan pendapat bertulis mengenai nilai bagi semua tanah tanah yang dijadualkan daripada Penilai sebelum suatu award pampasan dibuat di bawah Seksyen 14.

    15.3Siasatan ini boleh ditangguhkan dari masa ke semasa atas sebab sebab yang munasabah.

    16.Award Di bawah Seksyen 14.

    16.1Setelah selesai membuat rumusan terhadap siasatanyang dijalankan, award bertulis pampasan dalam Borang G hendaklah disediakan oleh Pentadbir Tanah. Award berasingan dibuat kepada tiap tiap orang yang berkenaan.16.2Award yang dibuat dalam Borang G adalah tetap dan muktamad dari segi keluasan tanah diambil, nilai tanah dan pembahagian pampasan tidak kira sama ada pihak yang berkepentingan hadir atau tidak di dalam siasatan itu.

  • 17. Tawaran Pampasan Di bawah Seksyen 16

    17.1 Selepas award dibuat, Pentadbir Tanah hendaklah menyediakan tawaran pampasan di dalam Borang H. Notis tawaran pampasan ini hendaklah diserahkan kepada setiap orang yang berkepentingan.

    18.Tanah Diambil Milik Di bawah Seksyen 22

    18.1Tanah diambil milik apabila Borang K dikeluarkan. Tarikh Tanah diambil secara formal setelah Borang K diserahkan kepada penduduk di tanah yang berkenaan dan sekiranya tidak dapat dikesan ianya ditampalkan diatas tanah itu.18.2Selepas tanah diambil milik, Pentadbir Tanah hendaklah juga menyerahkan Borang K kepada pemilik tanah berdaftar (jika ianya bukan penduduk di tanah berkenaan) dan Pihak Berkuasa Pendaftaran (Jika ianya bukan Pentadbir Tanah itu sendiri)

  • 19.Catatan Dalam Dokumen Hakmilik Daftar Di bawah Seksyen 23.

    19.1Catatan Borang K hendaklah dibuat di dalam Dokumen Hakmilik Daftar. Sebaik sahaja endosan dibuat tanah berkenaan akan terhenti menjadi tanah milik dan terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tanah Kerajaan (Di Wilayah Persekutuan Tanah Persekutuan) bebas daripada sebarang bebanan.

    20.Bayaran Pampasan Di bawah Seksyen 29.

    20.1Bayaran pampasan hendaklah dibuat selepas Borang H diserahkan kepada pihak pihak yang berkepentingan dengan secepat yang mungkin melainkan jika ianya melibatkan keadaan- keadaan seperti berikut:-a)Tidak ada orang yang layak untuk menerima bayaran pampasanb)Orang yang berhak enggan untuk menerimanya atau c)Adanya pertikaian terhadap hak untuk menerimapampasan atau berlakunya pertelingkahan tentang pembahagiannya.

  • 20.2 Sekiranya pembayaran tidak dapat dibuat, Pentadbir Tanah hendaklah mendepositkan wang pampasan di Mahkamah.

    21.Caj Bayaran Lewat Di bawah Seksyen 32

    21.1Caj bayaran lewat sebanyak 8% tahun hendaklah dibayar apabila pampasan yang di awardkan tidak dibayar atau didepositkan pada atau sebelum tarikh kena dibayar (due date). Tarikh kena dibayar bermaksud tarikh mengambil milik tanah atau suatu tarikh tiga (3) bulan selepas penyampaian notis Borang H (Pemberitahu Pemberian dan Tawaran Pampasan) di bawah Seksyen 16 (1) bagi tanah yang berkenaan mengikut mana yang lebih awal

  • 22.Tindakan Susulan Selepas Tanah Diambil Milik

    22.1Pemilik tanah diminta menyerahkan dokumen hakmilik keluaran (DHK). Gunakan Borang L apabila DHK belum diserahkan. Jika Pengambilan kesemua tanah DHD dan DHK dibatalkan.

    22.2Semakan cukai tahunan hendaklah dibuat bagi baki tanah yang tidak terkena dengan pengambilan. Pengiraan cukai tahunan adalah berdasarkan kepada keluasan sementara (Seksyen 25(1)).

    22.3Menyediakan Permohonan Ukur (bagi kes kes tanah yang dipegang dibawah hakmilik kekal) untuk dihantar ke Jabatan Ukur dan cukai tahunan hendaklah dikira semula berdasarkan kepada luas sebenar selepas diukur halus (Seksyen 25(2))..

    22.4Cukai baru berkuatkuasa pada tahun berikutnya (Seksyen 25(3))

  • 22.5Menyedia dan mengeluarkan hakmilik sambungan (Seksyen 26(1)). Pengukuran semula baki tanah bagi pengambilan sebahagian hanya akan dilakukan apabila ianya melibatkan tanah yang dipegang di bawah hakmilik kekal.

    22.6Jika pengambilan tanah melibatkan hakmilik sementara tindakan hendaklah diambil untuk meminda sempadan tanah di atas pelan di dalam DHD dan DHK jika ada (Seksyen 26(3)).

  • CARTA ALIRAN KERJA - PENGAMBILAN TANAH UNTUK MAKSUD AWAM DI BAWAH SEKSYEN 3(1)(a) APT 1960PTG/WPTERIMA PERMOHONANKPTGUNIT PENGAMBILAN TANAHDAFTAR FAILBUAT CARIAN STATUS/HAKMILIK TANAHSEDIAKAN PELANPEMERIKSAAN TAPAKLAPORAN PEGAWAIPETEMPATANMEMO DAN PELAN KE UNIT TEKNIKAL UNTUK CHARTINGKEMENTERIAN / AGENSI (Pek. KPTG Bil.3/1979 dan Pek. PTP Bil.1/2003)1

  • PENYEDIAAN KERTAS MESYUARAT JAWATAN KUASA KERJATANAH WILAYAH PERSEKUTUAN DAN BORANG A(SEK.4 APT)KELULUSAN MESYUARAT JAWATAN KUASA KERJA TANAHPENGARAH NEGERI T/TANGAN BORANG AWARTA (SEK.4 APT)NOTIS AWAM (SEK.52 APT)KAJIAN DAN PENGESAHAN KESESUAIAN TAPAK OLEH JAB.PEMOHON BORANGB(SEK.5 APT)PENYEDIAAN KERTAS MESYUARAT JAWATAN KUASA KERJATANAH WILAYAH PERSEKUTUAN BORANG C DAN D(SEK.7 & 8 APT)KELULUSAN MESYUARAT JAWATAN KUASA KERJA TANAH21

  • MENANDAKAN SEMPADAN PENGAMBILAN (SEK.9(1)(a) APTBUAT CATATAN DALAM DHD (SEK.9(1)(b) APT)MAKLUMAT PERANCANGAN DARIPADA PERANCANG DBKL(SEK.9A APT)PENYAMPAIAN BORANG E(SEK.10 APT) DAN NOTIS AWAM (SEK.52 APT)SIASATAN/BICARA (SEK.12 APT)AWARD PENTADBIR TANAHBORANG G (SEK.14 APT)RUJUK KEPADAPENILAI UNTUK TUJUAN NILAIANMENGELUARKAN SIJIL PERAKUAN SEGERA (SEK.19 APT) (JIKA PERLU)(Tidak Kurang 21 hari)(Tidak Kurang 15 Hari)PENGARAH NEGERI T/TANGAN BORANG D WARTA (SEK. 8 APT)SIASATAN DAN LAPORAN TERPERINCI ATAS TANAH (SETIAP LOT)423

  • BAYARAN PAMPASAN / DEPOSITKE MAHKAMAH (SEK.29 APT)AMBIL MILIK DENGAN RASMI BORANG K (SEK.22 APT) CATATAN DALAM DHD(SEK.23 APT)RUJUKAN KEPADA MAHKAMAH BORANG O(SEK.38(5) APT)MEMASUKI TAPAKPINDAAN CUKAI TANAH(SEK.25(1) APT)PINDAAN PELAN HAKMILIK SEMENTARA (SEK.26(3) APT)PERMOHONAN UKURHAKMILIK KEKAL(SEK.25(1) APT)HAKMILIK SAMBUNGAN/PINDAAN CUKAI TANAH (SEK.26(1) DAN 25(2) APT)TAWARAN PAMPASAN BORANG H (SEK. 16 APT)PERMOHONAN BANTAHAN DIRUJUK KE MAHKAMAH BORANG N (SEK.38(1) APT)43

  • SEKIAN,TERIMA KASIH