akta pendidikan 1996

25
Akta Pendidikan 1996 Diwartakan pada 11 Disember 1997 lanjutan dan pembaharuan dari akta pendidikan 1961

Upload: tomey2794

Post on 13-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

3093

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996

Diwartakan pada 11 Disember 1997lanjutan dan pembaharuan dari akta pendidikan 1961

Page 2: Akta Pendidikan 1996

•Bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. •Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar Pendidikan kebangsaan.

•Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

Page 3: Akta Pendidikan 1996

TUJUAN PENGGUBALAN AKTA PENDIDIKAN 1996

•Memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

•Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.

Page 4: Akta Pendidikan 1996

•Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

•Mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan swasta. •Memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Sambung………….

Page 5: Akta Pendidikan 1996

Sambung………

•Penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan.

•Menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.

•Pendidikan islam diperluaskan untuk pelajar islam.

•Memperluaskan bidang kuasa menteri pendidikan.

Page 6: Akta Pendidikan 1996

Sambung………

•Mempertingkatkan pendidikan teknikal.

•Memperkukuhan latihan perguruan.

•Pendidikan swasta yang lebih sistematik.

•Memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

Page 7: Akta Pendidikan 1996

KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 19961.Sistem Pendidikan Kebangsaan:

a)Buat pertama kalinya diperuntukan bahawa sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada:- Pendidikan Pra Sekolah- Pendidikan Rendah - Pendidikan Menengah - Pendidikan lepas menengah - Pendidikan tinggi (Seksyen 15)

 

Page 8: Akta Pendidikan 1996

1b) Diwujudkan 3 kategori institusi pendidikan dalam Sistem PendidikanKebangsan, iaitu:• Institusi pendidikan kerajaan • Institusi pendidikan bantuan kerajaan(sumbangan modal dan bantuan dari bayaran wang awam)•Institusi pendidikan swasta. (Seksyen 16)

Page 9: Akta Pendidikan 1996

Dua Jenis Sekolah Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan1. Sekolah Kebangsaan – menggunakan b.kebangsaan sbg bhs pengantar utamab.inggeris,mp wajibkemudahan bagi mp b.(cina)mandarin dan tamil 2. Sekolah Jenis Kebangsaan- b.(cina)mandarin dan bhs tamil sbg bhs pengantar utama-b.kebangsaan dan b. Inggeris mp wajib

Page 10: Akta Pendidikan 1996

Bahasa Kebangsaan• Diperuntukan dengan jelas bahawa Bahasa Kebangsaan adalah pengantar utama dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 17)

•Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

Page 11: Akta Pendidikan 1996

Kurikulum Kebangsan

•Seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah wajib mengikut kurikulum kebangsaan dalam sistem pendidikan melainkan yang dikecualikan

Page 12: Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Islam•Pendidikan Islam dijadikan salah satu daripada mata pelajaran teras (Seksyen18(2)•Pendidikan Islam wajib diajar kepada kepadasetiap murid di semua jenis sekolah jika terdapat 05 orang / lebih orang Islam (Seksyen 150)

Page 13: Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Pra Sekolah•Diperuntukan sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 15) •Menteri Pendidikan boleh menubuh dan menyenggara tadika (Seksyen 21) •Semua tadika diwajibkan mengggunakan garis panduan kurikulum pra sekolah yang (akan) dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (Seksyen 22)

Page 14: Akta Pendidikan 1996

 Pendidikan Khas•Menteri boleh mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-manaksekolah rendah atau menengah (Seksyens40)40)••Menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum pendidikan khas (Seksyen 41)

Page 15: Akta Pendidikan 1996

•Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar untuk Peperiksaan Awam, melainkan yang dikecualikan.

Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.

•Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika.

Page 16: Akta Pendidikan 1996

•Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.

•Seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.

•Seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.

Page 17: Akta Pendidikan 1996

•Seksyen 77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu.

Page 18: Akta Pendidikan 1996

Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan KebangsaanFPK menjadi teras AktaKedudukan bahasa Kebangsaan diperkukuhKurikulum diselaraskanPeperiksaan yang samaPendidikan prasekolah diperluasmutu pendidikan prasekolah dipertingkatpendidikan teknik dipertingkat disekoah menengahpendidikan guru diperkukuhpendidikan swasta berkembang dan lebih sistematikpendidikan khas diberi tumpuanmengambilkira kepentingan semua kaum.

Page 19: Akta Pendidikan 1996

            Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta

Page 20: Akta Pendidikan 1996

Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan

Page 21: Akta Pendidikan 1996

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita

Page 22: Akta Pendidikan 1996

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri

Page 23: Akta Pendidikan 1996

Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar

Page 24: Akta Pendidikan 1996

Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.

Page 25: Akta Pendidikan 1996

Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan