akta pendidikan 1996

29
AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) 4 JAM

Upload: pk1skmanja938021660

Post on 10-Dec-2014

207 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKTA PENDIDIKAN 1996

AKTA PENDIDIKAN 1996(AKTA 550)

4 JAM

Page 2: AKTA PENDIDIKAN 1996

Objektif

Meneliti dan membincangkan kandungan dasar-dasar awam yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996

Menyatakan tidakan-tindakan yang mesti dan boleh diambil oleh pengurus sekolah

Menyatakan tindakan-tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh pengurus sekolah

Page 3: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kandungan Kursus

Latar belakang Akta 550 Meneliti tafsiran beberapa istilah yang

digunakan dalam Akta 550 Membincangkan sistem pendidikan negara Membincangkan beberapa kandungan utama

Akta 550 Hubungan Akta 550 dengan akta-akta lain

Page 4: AKTA PENDIDIKAN 1996

AKTA

PARLIMENORDINAN KANUN

PERLEMBAGAAN

PENDIDIKAN 1996

550

550

550 550

550

550

550

550

P

PPP

P

P

P - Peraturan

Page 5: AKTA PENDIDIKAN 1996

Latar Belakang

Akta 550 dipinda bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961

Inti pati kandungan dalam akta berasaskan perakuan-perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979)

Diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agung setelah diluluskan parlimen pada 15 Julai 1996

Diwartakan pada 1 Ogos 1996

Page 6: AKTA PENDIDIKAN 1996

Latar Belakang

Akta 550 dibahagikan 16 bahagian dengan 156 seksyen

Terdapat pendahuluan pada Akta 550 yang menyatakan kepentingan dan hala tuju Dasar Pendidikan Kebangsaan• Rasional kandungan Pendidikan Kebangsaan• Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai

landasan kepada Dsar Pendidikan Kebangsaan

Page 7: AKTA PENDIDIKAN 1996

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan sepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Page 8: AKTA PENDIDIKAN 1996

Perlaksanaan Dasar Pendidikan

Melalui satu sistem pendidikan yang memperuntukan:• Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar

utama• Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang

sama• Pelbagai pendidikan dan komprehensif skopnya

Yang akan memenuhi keperluan negara serta memupuk perpaduan negara

Page 9: AKTA PENDIDIKAN 1996

Tafsiran Istilah (seksyen 2) Apakah yang anda faham dengan istilah-istilah

berikut?• Bahasa Kebangsaan• Guru• Ibu bapa• Institusi Pendidikan• Ketua Pendaftar• Murid• Pegawai Pendidikan• Pendidikan Rendah• Sekolah• Sekolah Bantuan Kerajaan

Page 10: AKTA PENDIDIKAN 1996

Sistem Pendidikan Kebangsaan

Sistem Pendidikan Negara hendaklah terdiri daripada:

i. Pendidikan Prasekolah

ii. Pendidikan Rendah

iii. Pendidikan Menengah

iv. Pendidikan Lepas Menengah dan

v. Pendidikan Tinggi

Tetapi tidak termasuk pendidikan disekolah ekspatriat

(seksyen 15)

Page 11: AKTA PENDIDIKAN 1996

Sistem Pendidikan Kebangsaan

Maka hendaklah ada tiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan:• Institusi Pendidikan Kerajaan• Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan dan• Institusi Pendidikan Swasta

(seksyen 16)

Berdasarkan peruntukan seksyen 15 dan 16

lakarkan kerangka konsep SPK dan nyatakan apakah implikasi dalam pendidikan negara?

Page 12: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kandungan Utama Akta

Bahasa Kurikulum Kebangsaan Pengajaran Agama Islam Penilaian dan Peperiksaan Murid Pengurusan Sekolah Kuasa Menteri Membuat Peraturan Dendaan dan Kompoun

Page 13: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kandungan Utama Akta (Bahasa)

Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama – seksyen 17(1)

Bahasa Kebangsaan diajar sebagai matapelajaran wajib – seksyen 17(2)

Page 14: AKTA PENDIDIKAN 1996

Perkara-Perkara Utama Dalam Akta (Kurikulum)

Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah – seksyen 18(1)

Kurikulum Kebangsaan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk matapelajaran teras yang dinyatakan dalam jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan – seksyen 18(2)

Menteri boleh menambah / meminda jadual dari semasa ke semasa dan diwartakan – seksyen 18(4)

Peraturan kurikulum Kebangsaan P.U(A)531 hendaklah dirujuk

Page 15: AKTA PENDIDIKAN 1996

Perkara-Perkara Utama Dalam Akta (Pendidikan Islam)

Diadakan apabila terdapat 5 atau lebih murid Islam dalam sesebuah institusi pendidikan yang diajar oleh guru bertauliah – seksyen 50(1)

(tauliah hanya dikeluarkan oleh JAIN / guru agama KPM)

Minimum 2 jam seminggu – seksyen 50(2) Pengelola / orang lain bertanggungjawab membuat

perkiraan untuk memenuhi keperluan ini – seksyen 50(3) dan (4)

Institusi pendidikan Islam yang tidak ditubuhkan dan disenggara Menteri / Kerajaan Negeri boleh diberi bantuan wang peruntukan parlimen – seksyen 52

Page 16: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kandungan Utama Akta (Pengajaran Selain Islam)

Institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran selain agama Islam untuk murid dengan 2 syarat:

i. Tidak dibiayai menggunakan wang yang diperuntukan oleh parlimen

ii. Pengajaran agama yang dianuti sahaja

- Seksyen 51

Page 17: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kandungan Utama Akta(Penilaian dan Peperiksaan Murid)

Menteri boleh menetapkan cara murid dinilai dan taraf yang perlu dicapai – seksyen 67(1)

Penilaian ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana peperiksaan yang ditetapkan – seksyen 67(2)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengendalikan peperiksaan – seksyen 68

Page 18: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kandungan Utama Akta(Penilaian dan Peperiksaan Murid)

Larangan pengendalian peperiksaan kecuali mendapat kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan – seksyen 69(1)

Larangan di atas tidak terpakai bagi:i. Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen

68 (e)ii. Majlis Peperisaan Malaysia di bawah Akta 225 Pengendalian untuk menilai murid sesuatu institusi itu sendiri

- Seksyen 69 (4)

Page 19: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kandungan Utama Akta(Pengurusan)

Institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikut suratcara pengelolaannya – seksyen 56

Tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah mempunyai suratcara pengelolaan – seksyen 53 (1)

Seksyen 53(1) tidak terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan kecuali SJK dan sekolah-sekolah yang ditentukan oleh Menteri – (3)

Pembubaran Lembaga Pengelola institusi pendidikan kerajaan / bantuan kerajaan – seksyen 59, 60, 61 dan 62

Page 20: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kandungan Utama Akta(Pengurusan)

Kuasa menteri memberi bantuan kewangan dan lain-lain – seksyen 64

Menteri mengadakan pemeriksaan perubatan dan pergigian terhadap murid – seksyen 65

Tanpa menjejaskan kuasa dalam seksyen 64 Menteri boleh mengadakan kemudahan penginapan – seksyen 66

Page 21: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kandungan Utama Akta(Pengurusan)

Semua institusi pendidikan hendaklah didaftarkan di bawah akta ini – seksyen 79(1)

Permohonan pendaftaran kepada Ketua Pendaftar – seksyen 79(2) dan Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat – seksyen 79(3)

Perakuan Pendaftaran Sementara dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar – seksyen 81(1)

Perubahan kepada premis dan alamat premis hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu – seksyen 83(1)

Page 22: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kandungan Utama Akta(Pengurusan)

Semua pengelola dan pekerja hendaklah didaftarkan – seksyen 88

Ketua Pendaftar boleh mengeluarkan suatu permit kepada pemohon atau seseorang yang bertindak secara sementara sebagai pengelola atau pekerja – seksyen 89 (2)

Permit boleh dibatalkan bi;a-bila masa; dan pemohon untuk didaftar hendaklah terhenti berkuatkuasa apabila dia didaftarkan di bawah akta ini – seksyen 89 (3)

Page 23: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kandungan Utama Akta(Pengurusan)

Pengelola, guru besar atau orang yang bertanggungjawab tentang pengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan, mengikut cara yang ditetapkan, suatu daftar yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan mengenai semua murid di institusi pendidikan itu

• Seksyen 98, bab 4 : Pendaftaran Murid

Page 24: AKTA PENDIDIKAN 1996

Perkara Utama Dalam Akta(Pengurusan)

Tiada seorang pun boleh mengajar di sesuatu institusi pendidikan melainkan jika didaftarkan sebagai guru di bawah akta ini – seksyen 103(1) tetapi terpakai bagi:• Anggota Perkhidmatan Pendidikan ayng mengajar di

institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan• Seseorang yang suatu permit mengajar telah dikeluarkan

di bawah seksyen 114 ( guru pelatih, guru sementara dan mereka yang menunggu keputusan permohonan untuk didaftar sebagai guru)

• Seseorang murid institusi latihan guru yang ditubuh di bawah kawalan langsung Menteri – seksyen 103(2)

Page 25: AKTA PENDIDIKAN 1996

Hubungan Akta 550 Dengan Akta-Akta Lain

Menteri bertanggungjawab ke atas Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) – seksyen 70

Larangan penubuhan IPT kecuali mengikut undang-undang bertulis tentang IPT – seksyen 71

Melanggar seksyen 71 adalah satu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya – seksyen 72

Akta yang berkaitan ialah Akat 555

Page 26: AKTA PENDIDIKAN 1996

Kuasa Menteri Membuat Peraturan

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud perlaksanaan akta ini – seksyen 130• Prosedur penerimaan murid• Tempoh penggal institusi pendidikan• Prosedur pendaftaran institusi pendidikan, guru• Tentang displin murid• Kurikulum Kebangsaan• Persatuan murid• Piawaian 3K• Dan lain-lain

Page 27: AKTA PENDIDIKAN 1996

Dendaan dan Kompoun

Sila bincangkan denda maksimum yang layak dikenakan jika sabit kesalahan-kesalahan berikut:

i. Mengendalikan peperiksaanii. Menubuh,mengendali, mengurus IPTiii. Mengendalikan kursus atau pengajianiv. Mempromosi sesuatu institusi pendidikan tidak

berdaftarv. Kesalahan berhubung pendaftaran institusi

pendidikan

Page 28: AKTA PENDIDIKAN 1996

Dendaan dan Kompoun

Sila bincang dan senaraikan• KESALAHAN yang layak dikenakan denda tidak

lebih RM 30,000 jika sabit kesalah tersebut• KESALAHAN yang layak dikenakan denda tidak

lebih RM 10,000 jika sabit kesalahan tersebut• KESALAHAN yang layak dikenakan denda tidak

lebih RM 5000 jika sabit kesalahan tersebut

Page 29: AKTA PENDIDIKAN 1996

RUJUKAN

Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550) & Peraturan Terpilih. Kuala Lumpur. International Book Service